Ana səhifə

M II kep meter. M kep Masihi; 1959~ tahun 1959 Masihi ma


Yüklə 0.79 Mb.
səhifə15/18
tarix26.06.2016
ölçüsü0.79 Mb.
1   ...   10   11   12   13   14   15   16   17   18

monoatom (Kim) bkn molekul yg terdiri drpd satu atom sahaja (mis argon, helium, neon, dll).

monodrama karya drama yg dituliskan utk seorang pelaku.

monofobia perasaan takut yg keterlaluan ketika berada seorang diri.

monoftong (Lin) bunyi vokal tunggal yg tidak mengalami perubahan dr segi kualiti dr awal hingga akhir pengeluarannya, berbanding dgn diftong.

monogami amalan berkahwin dgn satu orang sahaja pd sesuatu masa.

monoglot 1. menggunakan satu bahasa sahaja; 2. orang yg hanya bertutur dlm satu bahasa.

monograf tulisan, huraian, rencana, dsb bkn sesuatu perkara atau masalah yg khusus atau bkn sesuatu aspek drpd sesuatu bidang ilmu.

monogram reka bentuk yg melambangkan parap (huruf pertama nama seseorang) yg biasanya digores pd sesuatu (spt pen, sapu tangan).

monokotiledon (monokotilédon) tumbuhan yg mempunyai satu kotiledon sahaja.

monokrasi pemerintahan yg dijalankan oleh seorang pemerintah sahaja.

monokrom mempunyai atau menggunakan satu warna sahaja.

monoksida (Kim) sebatian yg mengandungi satu atom oksigen sahaja (mis karbon monoksida).

monokultur pertanian yg berasaskan sj tanaman sahaja.

monolit (Geo) bongkah batu tunggal yg tegak, biasanya berbentuk spt tiang atau tugu.

monolitik merujuk kpd suatu kesatuan yg besar dan sukar diubah: pemerintahan ~; individu tenggelam dlm sistem pasaran yg meluas dan ~.

monolog 1. percakapan yg agak panjang oleh seorang pelakon sahaja dlm sesebuah drama filem: bahan ini berupa ~ yg kadang-kadang diselangi pertanyaan dan seruan orang yg mendengarnya; 2. adegan drama atau sandiwara dgn seorang sahaja pelakonnya yg menyampaikan percakapan seorang diri; 3. percakapan panjang lebar oleh seorang penutur sahaja, biasanya menafikan kesempatan orang lain utk bercakap atau mengeluarkan pendapatnya;

bermonolog melakukan monolog: apatah lagi apabila saya kena ~ hampir 25 minit di pentas; bukan hanya bisikan dlm diri dan ~ semata-mata.

monomer (Kim) molekul ringkas yg berpadu dgn beberapa molekul yg sama (atau yg berlainan) utk membentuk polimer.

monomania keadaan fikiran yg terlalu asyik memikirkan suatu idea, isu, minat dsb.

monopoli 1. penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan, perdagangan, perkhidmatan, dsb dlm pasaran tertentu oleh seseorang, sesebuah firma, atau sekumpulan orang atau firma; ~ asing dlm perdagangan telah dapat dipatahkan oleh ahli-ahli perniagaan anak negeri; 2. pemikiran atau penguasaan sesuatu yg tidak boleh dikongsi dgn orang atau pihak lain: Islam bukan ~ orang Arab;

memonopoli 1. menguasai sesuatu (perdagangan, perkhidmatan, dsb) dgn bebas tanpa menghadapi saingan: Portugis dan Belanda datang ke alam Melayu ini bertujuan utk ~ perdagangan; 2. mempunyai, mengawal, atau menggunakan sesuatu (peluang dll) sepenuhnya;

pemonopolian perbuatan (proses) memonopoli;

pemonopoli orang atau pihak yg memonopoli sesuatu (perniagaan, perkhidmatan dsb): undang-undang ini bertujuan mengelakkan ~ drpd mengaut keuntungan yg berlebihan.

monopsoni (Eko) keadaan pasaran apabila barangan atau perkhidmatan yg ditawarkan oleh beberapa orang penjual, dibeli oleh seorang pembeli sahaja.

monorel (monorél) kereta api yg berjalan di atas rel tunggal (biasanya di aras yg tinggi).

monosakarida (Bio) gula ringkas (spt glukosa) yg tidak dapat diuraikan lagi menjadi gula lain.

monosemi (Lin) kata yg mempunyai satu makna sahaja.

monosit (Ubat) sel darah putih yg mempunyai satu nukleus besar, berbentuk spt buah pinggang dan bersifat fagosit.

monotaip (Cetak) mesin utk membuat huruf (percetakan), dgn cara dituang satu per satu.

monoteis (monotéis) orang yg menganut faham monoteisme.

monoteisme (monotéisme) kepercayaan bahawa Tuhan itu hanya satu.

monotoni tidak adanya keragaman (pd nada, kerja, dsb).

monovalen (Kim) bkn sesuatu unsur dll yg valensinya satu.

monsun 1. angin bermusim di Asia Selatan yg bertiup dr Barat Daya pd musim panas dan Timur Laut pd musim sejuk; 2. musim hujan sewaktu monsun Barat Daya bertiup dr bulan April hingga Oktober.

montaj gambar, filem, gubahan lagu, atau penulisan yg terdiri drpd bahagian yg berasingan dan digabungkan menjadi satuan yg menarik.

montek (monték); akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar serepat, akar suluh hutan, Urceola torulosa.

montel (montél) berisi lagi sihat (badan), berisi lagi cantik.

montir IB tukang memasang atau membaiki enjin (motokar dll), fomen.

montok 1. penuh berisi (bkn tubuh atau bahagian tubuh), gemuk berisi, besar lagi padat, montel: air mata berlinang di pipinya yg masih ~ itu; 2. besar dan bernas (tetek);

kemontokan perihal montok.

monumen bangunan (patung dll) yg dibina utk memperingati seseorang atau sesuatu peristiwa penting, tugu.

monyeh (monyéh) Kd; termonyeh-monyeh tersengih-sengih.

monyel (monyél) Tr habis.

monyet (monyét) sj binatang yg hampir sama dgn kera;

baju ~ baju yg bersambung dgn seluar (dipakai oleh kanak-kanak); cinta ~ cinta kasih yg keanak-anakan; pintu ~ pintu yg berdaun dua (di atas dan di bawah);

kera menjadi ~ prb sama sahaja halnya; spt ~ mendapat bunga (adakah ia tahu akan faedah) prb tiada tahu menghargai sesuatu yg elok.

monyok Kd 1. masam muka; 2. bersedih.

monyong Jk muncung, jongor.

monyos ark malu, kemalu-maluan;

termonyos tersipu-sipu (kemalu-maluan).

mop alat pengelap lantai dll (dibuat drpd bahan serap air yg berambu yg diikatkan pd pemegang).

mopit C sj kalam Cina (utk menulis tulisan Cina); pit II.

mor; tanah ~ tanah lapang yg tidak digunakan (biasanya ditumbuhi bermacam-macam pokok belukar).

mora (Lin) unit terkecil utk mengukur kuantiti atau kepanjangan dlm sistem prosodi, biasanya lebih pendek drpd satu suku kata.

morain (Geo) longgokan atau timbunan tanah, batu, puing, dsb yg diseret dan dimendapkan oleh glasier.

moral 1. ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan (kelakuan, kewajiban, dll), sikap atau cara berkelakuan yg berasaskan atau yg diukur dr segi baik buruk sesuatu akhlak: kadang-kadang, dongeng itu memang perlu sbg saluran pendidikan ke arah membentuk akhlak atau ~ yg baik; Datuk Penghulu ini sangat fanatik dlm perkara menjaga ~; 2. berkaitan dgn apa yg betul atau adil; bantuan ~ bantuan dgn kata-kata yg mengakui kebenaran atau yg menyokong seseorang atau sesuatu pihak (bukan berupa kebendaan); kemenangan ~ kemenangan mempertahankan sesuatu yg benar; 3. semangat utk menghadapi ejekan (olokan) demi mempertahankan kebenaran;

bermoral mempunyai moral, berakhlak: pengarang menggambarkan Aminah sbg perempuan yg ~ rendah; tidak ~ tidak berakhlak, sangat buruk (bkn tingkah laku), bertentangan dgn ciri-ciri akhlak yg dianggap baik (bkn perbuatan dsb).

moralis orang yg berpegang teguh pd (mengajar, mengamali) kebaikan atau keadilan.

moralisasi ajaran (petunjuk, nasihat, dll) bkn perbuatan atau kelakuan yg baik.

moraliti prinsip akhlak atau kelakuan yg baik (atau mulia): budi merupakan landasan ~ dan etika Melayu.

morat I; ~-marit tidak teratur, kucar-kacir, kacau-bilau, tidak keruan.

morat II Pr sebab.

moratorium penggantungan atau penangguhan sesuatu kegiatan secara persetujuan bersama.

moreh (moréh) jamuan di masjid atau surau dlm bulan puasa, biasanya selepas bertarawih dan bertadarus.

moreng (moréng); coreng-~ penuh dgn coreng;  coreng I.

mores (morés) I sj kain; muris I.

mores (morés) II (Ant) tatalaku, adat, kebiasaan dsb yg sudah mendasari nilai-nilai kehidupan sesuatu kumpulan atau masyarakat.

morfem (morfém) (Lin) satuan terkecil dlm bahasa yg mempunyai erti atau fungsi tertentu: perkataan “perumahan” terdiri drpd satu ~ bebas iaitu perkataan “rumah” dan dua ~ terikat iaitu “pe(r)-” dan “-an”.

morfin sj dadah yg melalikan yg diperoleh drpd candu dan digunakan utk melegakan kesakitan, dan jika disalahgunakan akan mengakibatkan ketagihan.

morfina (Kim) morfin.

morfofonem (morfofoném) (Lin) unit fonologi yg terdiri drpd set fonem yg hadir sbg alomorf sesuatu morfem.

morfofonemik (morfofonémik) kajian tentang kelainan fonologi dlm alomorf.

morfologi 1. kajian tentang pembentukan kata dlm sesuatu bahasa, termasuk infleksi, terbitan, dan pemajmukan; 2. cabang biologi yg berkaitan dgn bentuk dan struktur organisma; 3. kajian tentang struktur dan bentuk sesuatu.

mori kain putih (utk dibuat kain batik).

morong sj periuk atau cerek (tempat memasak teh).

mortaliti (Bio) kadar kematian.

mortar I sj meriam pendek utk menembakkan peluru, tinggi ke udara, pd jarak yg dekat: sebutir peluru ~ telah dijumpai berhampiran dgn lombong kira-kira tiga batu dr Sungai Raya.

mortar II (S.bina) bahan binaan yg terdiri drpd campuran pasir, kapur, simen dan air dgn kadar tertentu utk mengikat bata, batu, jubin dsb, lepa.

mortir IB mortar.

mosi IB cadangan yg dikemukakan dlm mesyuarat (rapat dll) supaya dibincangkan dan diputuskan, usul; ~ kepercayaan mosi yg menyetujui kebijaksanaan pemerintah (pengurus dll); ~ tidak percaya undi atau usul tidak percaya.

mota I sj tumbuhan (rumpai yg umbinya boleh dibuat ubat), Cyperus rotundus.

mota II; kain ~ sj kain yg kasar tenunannya (utk layar dll).

motal Kl sj botol besar, setoples.

motel (motél) hotel yg dibina berhampiran dgn jalan raya, dan menyediakan kemudahan khas, terutamanya tempat letak kereta yg berhampiran dgn bilik penyewa.

motif 1. sebab (tujuan) yg mendorongkan seseorang melakukan sesuatu atau bertindak: soal kesusasteraan ini juga tidak terlepas drpd ~ ekonomi, kerana apa gunanya mengarang kalau tidak dibeli orang; 2. dasar fikiran atau pendapat: cerita ini juga memperlihatkan ~ pengarangnya yg tegas sekali; 3. pokok (dasar, tema) dlm sesebuah cerita dll: hikayat yg mempunyai ~ dua orang asyik-maksyuk bercerai tetapi akhirnya bertemu kembali; 4. sesuatu yg dijadikan dasar atau corak pd lukisan (ukiran dll): penenun Iban paling gemar menggunakan ~ manusia, binatang, dan tumbuh-tumbuhan;

bermotifkan mempunyai (menggunakan) sesuatu sbg motif, berasaskan, berpunca drpd: pending yg dijumpai di Perak itu ~ bunga teratai; pembunuhan itu mungkin ~ perasaan dendam.

motivasi 1. keinginan yg keras atau semangat yg kuat pd diri seseorang yg mendorongnya utk berusaha atau melakukan sesuatu dgn tujuan utk mencapai kejayaan: sikap dan ~ terhadap pembelajaran sesuatu bahasa merupakan faktor penting yg menentukan kejayaan seseorang pelajar yg mempelajari sesuatu bahasa; 2. sesuatu yg membuat atau mendorong seseorang berusaha atau melakukan sesuatu dgn penuh minat: dlm temu duga juga, kaunselor dikehendaki memberikan ~ supaya klien bekerjasama dengannya;

bermotivasi mempunyai motivasi, ada motivasinya: kebanyakan remaja begitu ~ utk mengikuti latihan;

memotivasikan memberikan dorongan, galakan, semangat, dsb utk melakukan sesuatu, mendorongkan, membangkitkan, menggalakkan: setiap orang mestilah ada rancangan utk ~ diri sendiri demi kecemerlangan hidup; salah satu usahanya ialah ~ para pekerja.

moto kata semboyan, cogan kata;

bermotokan mempunyai (menggunakan) sesuatu sbg moto: keluaran sulungnya yg ~ kebudayaan dan pengetahuan.

motobot bot yg dijalankan dgn motor.

motokar kenderaan beroda empat yg digerakkan dgn enjin pembakaran dalam, kereta;

bermotokar 1. memiliki motokar; 2. menaiki motokar.

motor 1. alat yg menukar satu bentuk tenaga menjadi tenaga mekanikal utk menghasilkan gerakan; ~ sangkut = ~ tempel Id enjin yg dilekatkan di buritan perahu (utk menggerakkan perahu); 2. bp (sesuatu) yg dijalankan dgn motor; perahu ~ motobot; sepeda ~ Id motosikal; 3. Id motokar, kereta;

bermotor 1. Id menaiki motokar atau motosikal; 2. dilengkapi motor, memakai motor: basikal ~;

permotoran hal (kegiatan, sukan dsb) yg berkaitan dgn kenderaan bermotor: kegiatan di litar itu akan ditingkatkan dgn pelbagai bentuk sukan ~ spt perlumbaan go-kart dan kereta; kemajuan Proton yg menjadi pemangkin industri ~.

motoris Id pemandu trem.

motosikal sj kenderaan beroda dua yg dijalankan dgn enjin;

bermotosikal menunggang atau menaiki motosikal: dia ditembak oleh penyerang yg ~ di luar kedai.

MoU kep Memorandum of Understanding (Memorandum Persefahaman).

moya sj tumbuhan, ludai paya.

moyang bapa atau ibu kpd datuk, nenek kpd bapa atau ibu; adat nenek ~ adat istiadat yg turun-temurun; nenek ~ datuk-datuk sebelum kita, leluhur.

moyanganda bh moyang.

moyok tidak cergas (kerana sakit, tua, dll), lembap dan tidak bersemangat;

memoyokkan menyebabkan menjadi moyok: herdikannya terus ~ cucunya yg asyik bermain;

kemoyokan perihal (sifat atau keadaan) moyok: ~ wajahnya jelas kelihatan.

moyot ibu atau bapa kpd moyang.

mozarela (mozaréla) (ERT) sj keju separuh lembut yg berasal dr Itali, biasanya digunakan dlm piza dan masakan lain.

mozek (mozék) kepingan kecil batu, gelas, dsb berwarna yg dipasang pd lantai, tembok, dsb.

MPIK kep Maktab Perguruan Ilmu Khas.

MPM kep Majlis Perdagangan Malaysia.

MPSI kep Maktab Perguruan Sultan Idris.

MPV kep multipurpose vehicle (kenderaan serba guna, iaitu sj kenderaan yg menyerupai van, yg tempat duduk penumpangnya boleh diubah-ubah).

Mr. Id kep Meester in de Rechten (peguam).

MRSM kep Maktab Rendah Sains Mara.

MSc kep Master of Science (Sarjana Sains).

MS-DOS kep Microsoft disk operating system (sistem pengendalian cakera Microsoft, iaitu sj sistem pengendalian yg popular utk mikrokomputer).

MSG kep monosodium glutamate (monosodium glutamat, iaitu sj bahan utama yg digunakan dlm cecair atau serbuk perasa makanan spt Ajinomoto).

MSSM kep Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia.

MSN kep Majlis Sukan Negara.

MTC kep Malayan Teachers College (Maktab Perguruan Tanah Melayu).

MTUC kep Malaysian Trade Union Congress (Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia).

mu I huruf ke-12 dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , .

mu II singkatan bagi kamu: rumah~; kereta~.

mua I 1. terlalu dimanjakan: anaknya itu sangat ~; 2. melampau (tingkah laku, perbuatan): budak-budak sekarang ini kalau diberi muka, ~lah mereka;

memuakan memanjakan: ikutlah cakap dia, muakan, manjakan.

mua II Br muka.

mua III; ikan ~ belut.

muaddib Ar pengajar, pengasuh, pendidik.

muafakat 1. setuju, seia sekata: maka segala hulubalang sekalian ~lah dgn kata Laksamana itu; 2. sesuatu yg dipersetujui, penyataan setuju, persetujuan: dgn ~ bersama, kami bermalam di situ; mencapai kata ~ mencapai persetujuan; 3. perundingan, pembicaraan, permesyuaratan: setelah sudah putus ~ itu, maka sahaya sekalian pun belayarlah keluar dr Kuala Kelantan; 4. berunding (bermesyuarat) dgn: hendaklah engkau ~ segala menteri orang besar-besarmu; 5. seia, sepakat: jangan kamu ingin akan isteri orang dan anak hamba kamu, dan hendaklah kedua kamu ~ dua bersaudara;

semuafakat seia sekata, sepakat, setuju: tidak ada faham ~ dlm rombongan itu sendiri;

bermuafakat berunding (utk mencapai sesuatu persetujuan), bermesyuarat: ~lah sahaya sekalian bersama-sama sebab angin terlalu keras;

memuafakati 1. mengajak bercakap atau berunding (bkn sesuatu); 2. menyetujui;

memuafakatkan 1. membincangkan atau membicarakan sesuatu dgn: hal ini perlu dimuafakatkan terlebih dahulu; 2. sl mempersetujukan, mempersesuaikan: baginda fikir berbicara hendak muafakatkan Seri Nara Diraja dgn Paduka Raja;

kemuafakatan 1. perihal muafakat (mendapatkan kata sepakat), kesepakatan: apabila sudah putuslah ~nya, maka lalulah ia belayar mengembara; 2. persetujuan, perjanjian: dgn ~ segala orang besar;

permuafakatan 1. perihal bermuafakat, perundingan; 2. persetujuan, kata setuju: hal itu hanya dapat diadakan dgn kerjasama dan ~ antara para wartawan dan ahli-ahli kebudayaan; 3. mesyuarat: mesyuarat yg berminit dipandang lebih penting drpd ~ yg dibuat secara tidak rasmi.

muafik Ar makmum yg sempat menghabiskan bacaan fatihahnya pd rakaat pertama bersama imam dlm solat.

muahad Ar; kafir ~ orang kafir yg mengikat perjanjian tidak melawan umat Islam, tidak kira sama ada mereka berada di dlm atau di luar kawasan takluk Islam.

muai = memuai menjadi kembang (bahan yg direbus, direndam, dimasak, dll), bangun atau bangkit (kuih, adunan, dll); ~ panjang Id menjadi besar menurut panjangnya;

permuaian; ilmu ~ Id pengetahuan bkn cara membuat arak dll.

muak 1. sudah jemu (kerana selalu benar memakan sesuatu), bosan; 2. berasa loya atau hendak muntah, mual: sila Wan minum air di pangsa durian ini supaya menghilangkan panas dan rasa ~; 3. berasa jijik atau benci (kerana melihat atau mendengar sesuatu): kami sudah ~ dgn taktiknya yg terlalu berhati-hati; 4. (Kim) keadaan sesuatu benda (spt air, gas, dll) yg dicampuri dgn benda yg lain sehingga benda yg pertama itu tidak dapat lagi menerima atau bersebati dgn benda yg dicampurkan itu, tepu;

memuakkan 1. menimbulkan perasaan muak, menjemukan, meloyakan, memualkan: bau makanan itu ~nya; 2. menyebabkan jadi muak (dua benda yg dicampurkan), menepukan.

mual I 1. berasa hendak muntah, loya, muak: perutnya ~ hendak muntah; 2. ki berasa bosan sekali, jijik, meluat: Minah sudah mulai berasa ~ tentang kelakuan pemuda itu;

memualkan menjadikan (menyebabkan) mual, memuakkan: bau hanyir yg keluar dr luka itu ~;

kemualan perihal mual: tingkah laku anak gadis yg serba gelisah itu diteliti oleh mereka dgn penuh ~ .

mual II muai.

muala sj burung, Psitinus cyanurus.

mualaf I Ar sudah diterbitkan (buku), penerbitan.

mualaf II Ar orang yg baru memeluk agama Islam, saudara baru.

mualamat Ar ilmu pengetahuan.

mualif Ar pengarang, penulis.

mualim Ar 1. orang yg ahli dlm agama, guru (agama); 2. (kapal) penunjuk jalan; 3. = ~ kapal jurumudi.

muamalah, muamalat Ar segala perkara (hal) yg tergolong dlm atau yg berkaitan dgn bidang kemasyarakatan: tradisi Islam dr segi syariat, ~, dan Usul al-Din wajarlah dikuasai dgn sebaik-baiknya.

muara tempat air sungai masuk ke sungai lain atau ke laut, kuala: adakah tuan-tuan melihat dua buah perahu besar berlabuh di ~?; hidup dua ~ prb hidup dgn dua pencarian atau penghidupan;

bermuara masuk atau mengalir ke sungai (laut dll): Sungai Kelang ~ di Selat Melaka.

muas ark menjadi cair, larut.

muasal = asal-~ asal mulanya, sejak dahulukala.

muassasah Ar badan yg ditubuhkan utk mengurus pelbagai perkara dsb yg berhubung dgn jemaah haji (iaitu menggantikan syeikh haji di Mekah).

muat 1. ada ruang utk diisi (diduduki, ditempati, dll), dapat berisi: Ramlan tidak mahu membawa dia dan isterinya bersama dgn alasan keretanya tidak ~; 2. ada (terkandung) di dalamnya, berisi;

~ naik (Komp) tindakan memindahkan fail dr stesen komputer pengguna ke stesen komputer utama melalui talian rangkaian; ~ turun (Komp) tindakan memindahkan fail dr stesen komputer utama ke stesen komputer pengguna melalui talian rangkaian;

bermuat 1. berisi atau diisi dgn: tiap-tiap perahu itu ~ dgn tiga puluh orang; adapun kapal-kapal sekalian itu ~ askar dan Supai orang Benggali; 2. sl mengisi atau memunggah barang (ke kapal, perahu, dll);

bermuatan mempunyai atau berisi muatan: sebuah lori yg ~ beberapa batang kayu balak;

memuat 1. mengangkut (kapal, perahu, kereta, dll), berisi dgn: besoknya Cina itu pasti datang, tiga empat buah lori ~ barang-barang; 2. mengandungi (mempunyai sbg isi): Sejarah Melayu misalnya ~ kisah-kisah keturunan raja-raja Melayu Melaka;

memuati menaruh barang-barang (ke dlm perahu dll), mengisi: pelangnya itu dimuatinya dgn pisang dan ubi keladi;

memuatkan 1. memasukkan barang-barang ke dlm (kapal, lori, dll), mengisikan: kami pun ~ barang-barang itu di tempat duduk belakang kereta; orang biasa enggan membuat kerja ~ barang-barang ke dlm kapal atau memunggah barang-barang dr kapal; 2. memasukkan ke dlm kandungan (majalah dsb), menempatkan (di akhbar dll), menyiarkan (di majalah dll): apalah gunanya ~ perkara yg kecil-kecil ini di akhbar; karanganku mengenai perjuangan rakyat tanah jajahan dimuatkan dlm salah satu surat khabar;

termuat dimasukkan atau disiarkan (dlm akhbar dll): cerita jenaka yg ~ dlm buku ini adalah sebahagian sahaja drpd cerita jenaka rakyat;

muatan barang-barang yg dibawa (oleh lori dll), isi (kapal dll): sampai dekat kuala maka dipunggahlah segala ~ perahu itu;

~ haba (Kim) kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu sesuatu bahan sebanyak satu kelvin, lazimnya pd tekanan dan isi padu yg sama; ~ haba tentu (Kim) muatan haba per unit jisim, atau kuantiti haba yg diperlukan utk meningkatkan suhu satu kg bahan sebanyak satu kelvin; orang ~ orang yg menumpang (naik) kapal dll; resit ~ = surat ~ Id surat keterangan bkn barang-barang yg dikirim dgn kapal dll;
1   ...   10   11   12   13   14   15   16   17   18


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət