Ana səhifə

M II kep meter. M kep Masihi; 1959~ tahun 1959 Masihi ma


Yüklə 0.79 Mb.
səhifə16/18
tarix26.06.2016
ölçüsü0.79 Mb.
1   ...   10   11   12   13   14   15   16   17   18

pemuatan perihal (proses) memuatkan sesuatu, pengisian;

pemuat (Kej) kapasitor: satu lagi teknik pengesanan ialah penggunaan sj ~ yg tidak mempunyai arus bocor.

muazam Ar yg mulia, yg besar (gelaran utk sultan-sultan).

muazin Ar tukang bang, bilal.

mubah Ar tidak ditegah dan tidak diwajibkan (dlm Islam), harus.

mubaligh 1. pengembang ajaran agama (Islam dll): komuniti Cina sbg ~ Islam di Pulau Jawa; 2. pengantara dlm sembahyang (antara imam dgn makmum);

kemubalighan perihal mubaligh: barangkali disebabkan oleh keghairahan tugas ~ paderi itu.

mubarak Ar beroleh berkat atau kebahagiaan.

mubarat Ar perceraian atas permintaan isteri (tidak mengembalikan mas kahwin).

mubazir 1. terlampau banyak hingga terbuang-buang; 2. berlebih drpd yg diperlukan, berlebih-lebihan; 3. orang yg membuang atau menghabiskan sesuatu (waktu, wang, dll) dgn sia-sia, pemboros;

memubazirkan menggunakan (wang, barang-barang, dll) dgn berlebih-lebihan, memboroskan: pekerjaan ini benar-benar ~ tenaga dan masa; bazir.

mubtadi Ar (orang) yg baru belajar atau menuntut ilmu.

mubut mudah putus (patah, sobek, dll);  mumut.

muda 1. belum tua (orang dll), masih remaja: sesetengah drpd mereka masih ~ mentah; anak ~ gadis atau teruna; kaum ~ golongan orang muda, generasi baru; 2. belum masak atau tua (buah-buahan, daun-daunan, dll), baru menjadi (parut, kulit, dll): kelapa ~; parut ~; 3. masih baru (diadakan, diusahakan, dll), belum lama (wujudnya sesuatu): kita juga telah diberi mandat utk memandu negeri ini dr sebuah negeri ~ menjadi negara dewasa; 4. masih awal (hari, bulan, dll), belum menghujung (lewat): malam masih ~ tetapi jalan raya telah mulai lengang; orang telah pulang ke rumah masing-masing sebab telah menghabiskan wang di bulan ~; 5. tingkatan (kedudukan, pangkat, dll) yg kedua: laksamana ~; leftenan ~; menteri ~; raja ~ bakal raja; 6. yg terakhir atau baru (isteri): isteri ~; 7. kurang gelap atau tua (warna), agak pucat: merah ~; hijau ~;

~ belia muda sekali; ~ hati = ~ fikiran (orang tua) yg tingkah lakunya spt orang muda; ~ jelita orang yg muda lagi jelita (gadis); ~ mentah bp sangat muda; ~-mudi; a) golongan orang muda; b) Id tarian antara laki-laki dan perempuan yg moden (bukan dansa); ~ remaja muda yg sudah hampir akan baligh; ~ terala orang muda yg berpangkat tinggi; main ~ berseronok (bersuka-sukaan) dgn perempuan;

bermuda Mn bermain muda, bermukah, berzina; ~ diri selalu benar berkahwin;

bermuda-muda Mn berkelakuan spt orang muda;

memudakan membuat (menjadikan dll) muda, menganggap muda: selesai ~ wajah, sibuk pula dia memilih tali leher;

mempermuda menjadikan lebih muda: tentu sekarang ia berkurang akan ~ kulitnya;

kemudaan perihal muda, keadaan (masih) muda: menurutkan nafsu ~nya; kerana ~ usia, maka para belia masih memerlukan bimbingan, nasihat, teguran serta tunjuk ajar drpd golongan yg lebih berumur;

kemuda-mudaan bertingkah laku spt anak muda;

pemuda orang yg masih muda (lelaki), anak (lelaki) yg masih remaja.

mudah I 1. tidak susah atau sukar, gampang, senang: sajak baru, bukanlah satu hasil seni yg ~ difahami; dgn takdir Allah Taala, Manjung pun alah dgn ~nya; 2. cepat atau lekas sekali (menjadi dll): ada setengah-setengah orang yg ~ menganggap bahawa pengarang itu seorang manusia yg luar biasa; kalau angin kencang, mungkin api yg meliuk-liuk lemah itu padam dgn ~nya; 3. bp senang diperdaya (perempuan), tidak kuat imannya; ~ jua pd yg ada, sukar jua pd yg tidak prb orang kaya dapat memenuhi adat apa pun jua sedangkan orang miskin segalanya susah;

bermudah-mudah menganggap senang sahaja sesuatu pekerjaan, mengerjakan dgn tidak bersungguh-sungguh;

memudahkan 1. menjadikan mudah (utk dikerjakan dll), menyenangkan: utk ~ mendapat makan, mereka telah menyewakan rumah mereka; 2. memandang atau menganggap tidak penting (mustahak, berharga, dll), menganggap enteng: maksud senang di sini bukanlah bererti yg mereka harus ~ kewajiban mengeluarkan zakat;

memudah-mudahkan menganggap atau memandang ringan;

mempermudah menjadikan lebih mudah: tujuan logaritma ialah hendak ~ kerja kira-mengira biasa;

mudah-mudahan; bukan ~ bukan perkara (hal dll) yg mudah;

kemudahan 1. perihal atau keadaan mudah, kesenangan (senangnya atau mudahnya sesuatu); 2. kesenangan, keselesaan: pihak yg tertentu hendaknya melengkapkan segala sesuatu utk ~ rakyat; 3. sesuatu yg memudahkan atau mempermudah sesuatu usaha (kegiatan dsb): pelbagai ~ disediakan utk projek ini; ~ awam perkhidmatan dan infrastruktur yg disediakan oleh pihak berkuasa atau kerajaan utk keperluan orang ramai, spt bekalan elektrik, jambatan, jalan raya dsb;

pemudahan perihal (perbuatan dsb) memudahkan;

pemudah (orang) yg suka kpd perkara yg senang-senang sahaja; ~ cara orang (pihak) yg memudahkan sesuatu tindakan atau proses (spt pemindahan ilmu): sektor awam akan bertindak sbg ~ cara kpd perkembangan sektor swasta.

mudah II; mudah-mudahan 1. dgn harapan supaya (terhindar drpd kemalangan dll), diharapkan supaya, moga-moga: ~ Tuhan akan memberkati hidup engkau; 2. (biasanya pd akhir ayat dll) demikianlah hendaknya: Tuhan akan memberi perlindungan kpd kita, ~ .

mudarabah Ar pemberian modal (kpd orang, badan, institusi, dsb) utk diperniagakan dgn pembahagian keuntungan menurut perjanjian.

mudarat 1. sesuatu yg merugikan atau membahayakan, kerugian, bahaya: selain Allah, tiadalah kuasa yg mendatangkan manfaat atau ~ kpd diri manusia; memberi ~ merugikan; 2. tidak berhasil (berjaya), gagal; 3. berbahaya, merugikan: huraikan satu kaedah utk membunuh kuman yg ~ yg ada di dlm susu; 4. melarat (penyakit dll), bertambah payah: maka ~lah penyakit itu;

bermudarat membawa atau mendatangkan mudarat, ada mudaratnya: ular dianggap sbg binatang yg ~ kpd manusia;

memudaratkan 1. mendatangkan mudarat, membahayakan, merugikan: tiada sesiapa pun yg mahu ~ dirinya sendiri; 2. mendatangkan bahaya (bencana), membahayakan: kita telah membuat garam biasa yg tidak ~;

kemudaratan perihal atau keadaan mudarat, kerugian: dia tidak suka menurut telatah kawan-kawan yg boleh membawa ~ bagi dirinya.

mudasir; dasar ~ bp, Id memang sudah dasarnya begitu.

mudghah bakal anak (dlm rahim ibu); ilmu ~ Id pengetahuan tentang kejadian bakal anak.

mudi I; juru~ orang yg mengemudikan perahu, pemegang kemudi;  kemudi.

mudi II = pemudi perempuan muda; muda-~ orang-orang muda (lelaki dan perempuan).

mudigahmudghah.

mudik 1. (pergi, belayar) ke hulu sungai, (pergi, belayar) ke udik: marilah kita ~ ke hulu sungai ini; 2. Jk pulang ke kampung (dusun dll); sehilir se~ setuju, sepakat;

belum tentu hilir ~nya prb belum tentu keputusan atau kesudahan sesuatu perkara; di ~ sebulakan, di hilir semuara prb persatuan yg kukuh; ke ~ tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya prb sesuatu maksud atau niat hendaklah tentu tujuannya; tiada dibawa orang sehilir se~ prb dipulaukan drpd masyarakat;

bermudik belayar ke hulu sungai: di sungai Sarawak inilah tempat ~ kapal wap Royalist milik Brooke;

memudiki belayar mudik (sesuatu sungai): kapal boleh ~ Sungai Irrawadi hingga ke Bhamo;

memudikkan menjalankan perahu ke hulu sungai: kerana arus yg deras, ia tidak dapat ~ perahunya;

termudikkan dapat dimudiki: jikalau tidak ~ oleh sahaya, bukanlah sahaya putera marhum yg mangkat di Buantan.

mudin I tukang sunat (khatan).

mudin II sj ikan laut, Trachinocephalus myops.

mudir guru besar (di sekolah Arab).

mudirah guru besar wanita (di sekolah Arab).

muesli (muésli) (ERT) makanan sarapan yg berupa campuran bijiran, buah-buahan kering, kacang dsb yg dimakan dgn susu.

mufaham Ar mengerti;  faham.

mufaraqah Ar 1. perbuatan berhenti drpd mengikut imam (dlm solat berjemaah) dan meneruskan solat secara bersendirian kerana sebab-sebab yg dibolehkan; 2. keadaan tinggal berasingan antara suami isteri sementara menunggu keputusan mahkamah syariah.

mufarik Ar berceraian, tercerai, terpisah.

mufasir Ar orang yg mentafsir al-Quran, pentafsir.

mufasirin Ar (jamak bagi mufasir) pentafsir al-Quran.

mufasirun  mufasirin.

muflis Ar tidak sanggup (berupaya) membayar hutang, bankrap;

memufliskan menyebabkan atau menjadikan muflis, membankrapkan: mengapa bank tidak merampas sahaja harta peminjam atau ~nya;

kemuflisan perihal muflis (bankrap), ketidakupayaan membayar hutang, kebankrapan.

mufrad Ar hanya satu, tunggal.

mufti Ar orang yg dipertanggungjawabkan mengeluarkan fatwa.

mughallazah Ar = najis ~ najis yg berat (anjing dan babi).

muhajat Ar pertikaian, perbantahan, perselisihan.

muhajir Ar orang yg berhijrah bersama Nabi dr Mekah ke Madinah.

muhajirin Ar (jamak bagi muhajir) orang yg berhijrah bersama Nabi dr Mekah ke Madinah.

muhal tidak masuk akal, mustahil.

muhalil Ar orang yg bernikah dgn perempuan yg telah ditalak tiga oleh suaminya dan kemudian menceraikannya kembali, supaya perempuan tersebut dapat bernikah dgn suaminya yg terdahulu.

muhami Ar peguam.

Muharam Ar bulan pertama tahun Hijrah.

muhasabah Ar perbuatan menilai diri (fikiran, pendirian, dsb) utk pembaikan diri sendiri, introspeksi;

bermuhasabah membuat penilaian terhadap diri sendiri: kita harus ~ supaya dapat dibina keyakinan yg lebih kukuh.

Muhd. kep Muhammad.

muhib Ar yg mencintai, pencinta.

muhibah Ar 1. percintaan, kasih mesra: melahirkan ~ dan kasih mesra; 2. perasaan persahabatan dan kemesraan: bersedekah ialah satu drpd amal kebajikan yg membawa kpd bertambah teguh rasa ~ antara satu sama lain.

muhit Ar; laut ~ ark laut yg melingkungi dunia.

muhrim Ar 1. orang yg dlm ihram semasa ibadah haji atau umrah; 2. mahram.

muhsan Ar lelaki yg pernah berkahwin dgn nikah yg sah dan terpelihara drpd zina.

muhsanah Ar perempuan yg pernah berkahwin dgn nikah yg sah dan terpelihara drpd zina.

muhsin Ar (orang) yg banyak kebaikannya, (orang yg) suci hidupnya, soleh.

muhsinat Ar perempuan yg baik hidupnya.

muhtasyam Ar mulia, patut dihormati (disegani, ditakuti): Seri Bija Diraja juga yg tiada bergerak dr tempatnya, ~ lakunya, duduk mengupam hulu kerisnya.

muih; kuih-~ berbagai-bagai jenis kuih.

mujaddid Ar orang yg menghidupkan kembali ajaran sunnah Rasulullah SAW yg hampir luput (spt Imam asy-Syafie dan al-Asyhari) atau yg menyimpang akibat perbuatan bidaah.

mujaddidin Ar jamak bagi mujaddid.

mujahadah, mujahadat Ar 1. perang atau perjuangan utk mempertahankan agama Islam, perang sabil; 2. jihad atau perjuangan melawan hawa nafsu: ilham di kalangan ahli sufi lahir drpd kejernihan hati dan ~ jiwa;

bermujahadah berperang, berjuang (utk mempertahankan agama, menentang hawa nafsu, dll): dlm ~ ini, terbukalah kpd mereka sifat-sifat terpuji;

kemujahadahan perihal bermujahadah: semangat ~.

mujahidin, mujahid Ar pejuang atau perajurit yg berperang kerana membela agama Islam.

mujair sj ikan darat.

mujang ark abdi, hamba;  bujang I.

mujarab Ar telah terbukti keberkesanannya spt dapat menyembuhkan penyakit dsb;

kemujaraban perihal mujarab, keupayaan menyembuhkan (penyakit): yg dimaksudkan dgn mutu di sini bukan sahaja dr segi ~nya, tetapi termasuklah menjaga kebersihan dan keasliannya.

mujarad Ar tidak nampak dan tidak dapat dirasa, abstrak;

memujaradkan menjadikan sesuatu mujarad, mengabstrakkan: sama-sama berfungsi ~ cerita, plot, dan watak;

kemujaradan keadaan mujarad: ~ yg mencerminkan pelbagai rahsia alam.

mujari Mn sj tumbuhan (pokok yg daunnya berbau harum).

mujbir Ar yg memaksa; wali ~ wali (bapa atau datuk sebelah bapa) yg boleh menikahkan anak atau cucu perempuannya yg masih dara tanpa persetujuan anak atau cucu tersebut.

mujmal Ar tidak terperinci (secara umum).

mujtahid Ar orang yg berusaha utk mendapatkan sesuatu kesimpulan baru melalui kajian atau penyelidikan berdasarkan sumber dan kaedah yg sah (dlm kaitannya dgn agama Islam).

mujtamak Ar masyarakat.

mujur 1. terletak menurut panjangnya (memanjang), membujur; 2. nasib baik, beruntung: ~ aku telah balik ke rumah, kalau di sana entah macam mana; ~lah bukan zaman Jepun; ~ malang untung nasib (yg belum boleh ditentukan);

kemujuran perihal mujur, keuntungan;

pemujur orang yg selalu bernasib baik (beruntung).

muk Jk sj cawan atau mangkuk.

muka 1. bahagian hadapan kepala (dr kaki rambut sampai ke dagu): dia memalingkan ~nya; ~nya pucat; 2. = air ~ rupa muka, wajah, paras: sekali-kali janganlah engkau menunjukkan ~ masam kepadanya; 3. sebelah hadapan, bahagian depan: dgn cepat ia melangkah ke pintu ~; 4. hadapan, lwn belakang: mereka berjalan beriring-iringan, Mangkut di belakang, Yusof di ~; 5. (ke) pengetahuan, (pd) kehadiran, di hadapan: Duria dituduh oleh pemerintah dan dibawa ke ~ pengadilan; selalu juga ia membuat ucapan di ~ umum; 6. = ~ surat halaman (buku): berita ~ depan surat khabar itu ialah berita kapal “Undan” ditembak Belanda; 7. = permukaan bahagian sebelah atas sesuatu (spt bumi, laut, dll), bidang atau lapisan yg menutup sesuatu, bahagian sesuatu yg pipih atau rata dan yg terdedah kpd pandangan (tidak terselindung): kerana ~ jalan yg mereka lalui itu lekuk-lekak, jadi perjalanan kereta itu spt perahu yg dipukul gelombang; duit syiling mempunyai dua ~; 8. yg terdahulu, permulaan, pendahuluan; wang ~ wang yg dibayar pd mulanya; 9. yg akan datang (tiba); bulan (tahun, minggu) ~ bulan (tahun, minggu) yg akan datang;

~ baru orang baru, pemain baru (dlm sesuatu pasukan), orang yg baru melibatkan diri dlm sesuatu kegiatan (usaha dsb); ~ bumi bidang bumi; ~ keratan permukaan sesuatu (batang dll) yg dipotong melintang; ~ lama orang lama, pemain dll yg sudah lama melibatkan diri (dlm sesuatu); ~ papan = ~ pot Kd orang yg tidak tahu malu; ~ pintu ambang pintu; ~ selamba muka yg tidak berubah-ubah (sama ada sedih, riang, dll); ~ taip a) permukaan cetakan bagi sesuatu jenis taip; b) reka bentuk permukaan jenis taip tertentu; ~ tarpal = ~ tebal = ~ tembok tidak bermalu;

~ bagai ditampal dgn kulit babi prb hal orang yg tidak tahu malu; ~ berpandangan, budi berkedapatan, kasih bagai selama juga prb kejahatan yg dilakukan oleh seseorang kpd orang lain sungguhpun diketahui tetapi tidak dihiraukan; ~ licin, ekor (penuh) berkudis prb orang yg pd lahirnya banyak wang tetapi sebenarnya banyak hutang; buruk ~, cermin dibelah prb kerana buruk keadaan diri, orang lain yg disalahkan; mengambil ~ prb membuat-buat laku baik atau manis supaya disayangi orang; tarik ~ dua belas prb hal orang yg sangat kecewa, kelihatan selalu kesal;

di muka 1. hadapan muka, dgn terang-terang: kalau berani jangan di belakang tetapi ~ ; 2. di hadapan, di depan; ~ umum di khalayak ramai; 3. dahulu, pendahuluan; ~ puasa menjelang puasa; wang ~ cengkeram;

ke muka maju ke hadapan, mara; sekarang ~ dr masa ini hingga seterusnya;

mengemukakan 1. membawa ke hadapan atau ke muka; 2. mengetengahkan (sesuatu pendapat dll supaya dipertimbangkan), memberi pendapat bkn sesuatu: kertas kerja ini disediakan dan dikarang dgn teliti oleh kementerian yg ~ perkara yg hendak dibincangkan itu; 3. mencadangkan (supaya diterima), mengusulkan: pengundi hanya dapat mengundi calon yg dikemukakan oleh parti, calon lain tidak ada; 4. menyampaikan (pertanyaan, tuntutan, permohonan, dll): ia sendiri masih malu hendak ~ pertanyaan ini kpd Maskam; 5. ki menceritakan, mengisahkan (sesuatu hal dll): Nora ~ kisah dirinya dan pengalamannya dlm kelima-lima cerpennya itu;

terkemuka terkenal, ternama: dia memang orang yg ~ dlm kampungnya dan disegani dlm daerahnya;

muka-muka; dgn ~ tidak tulus ikhlas, pd zahirnya sahaja;

semuka sama mukanya, berhadapan muka;

bersemuka berhadapan muka (dgn), bertemu muka (dgn): belum pernah ia ~ dgn orang yg mahu menjawab selekas itu; pertemuan ~ boleh menimbulkan masalah;

menyemukakan menemukan berhadap-hadapan, membuat supaya berhadapan muka;

bermuka memiliki (mempunyai) muka, ada mukanya; ~ dua ki suka belot, tidak jujur; ~ dinding (kayu, papan, tebal, tembok) orang yg tidak bermalu; ~ manis memperlihatkan muka yg manis; tidak ~ ki malu;

bermuka-muka 1. berhadapan muka, di depan muka; 2. Id secara terus-terang, tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu dll); 3. tidak dgn ikhlas, hanya pd lahirnya sahaja, berpura-pura: isteri mudanya itu pandai ~ sebab itulah apa sahaja hajatnya dapat belaka; 4. beberapa atau banyak muka (surat): ucapannya ~ panjangnya;

permukaan bidang di sebelah atas yg rata (air, meja, dll), muka, paras; ~ laut muka laut;

berpermukaan mempunyai permukaan: kawasan yg ~ konkrit;

pengemukaan perihal (perbuatan dsb) mengemukakan: nama beliau sering dihubungkan dgn ~ aspek kelemahan karya;

pemuka pemimpin, pembimbing, penganjur.

mukabalah Ar perihal membandingkan;

memukabalahkan membandingkan (dgn).

mukaddam Ar muqaddam.

mukaddas Ar suci, kudus.

mukaddis Ar menyucikan.

mukadimah Ar kata pengantar, kata pendahuluan, prakata;

bermukadimah memberikan atau mengucapkan mukadimah (dlm sesuatu pertemuan dsb): setelah ~ dgn ucapan alu-aluan oleh pengerusi, perbincangan terus dimulakan.

mukah 1. perbuatan bersetubuh yg haram (bukan antara suami isteri), zina; 2. teman berzina, kendak;

bermukah melakukan persetubuhan secara haram, berzina, berkendak: jangan ~ dgn gundik raja dan jangan ~ dgn tunangan orang.

mukalaf Ar orang yg telah cukup umur yg wajib melaksanakan perintah Allah.

mukaram Ar yg terhormat, yg mulia.

mukenah Ar telekung.

mukhaffafah Ar = najis ~ najis ringan, iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yg belum berumur dua tahun (yg hanya menyusu pd ibunya).

mukhalaf Ar (penganut) ajaran yg menyalahi ajaran Islam yg sebenar.

mukhalafah Ar penentangan (terhadap ajaran Islam yg sebenarnya).

mukhlis Ar (orang yg) ikhlas, (orang yg) jujur.

mukhtasar Ar ringkasan;  ikhtisar.

mukim 1. penduduk tetap (di sesuatu tempat), tinggal tetap (lebih drpd satu masa Haji di Mekah); 2. kawasan yg di dlm lingkungan sebuah masjid; 3. kawasan (tempat tinggal) yg di bawah perintah seorang penghulu: di salah satu tempat dlm ~ Batu sekarang ini, ada sekumpulan kecil kaum Sakai;

bermukim berkediaman, bertempat tinggal: ada juga seorang dua peranakan Bugis yg ~ di Melaka;

permukiman 1. kegiatan bermukim; 2. tempat (daerah, kawasan) bermukim: ~ kumpulan pengakap di pinggir bukit itu telah pun selesai;

pemukim orang yg bermukim (yg tinggal) di sesuatu mukim.

mukin Imungkin.

mukin II makin.

mukirmungkir.

mukjizat Ar kejadian luar biasa kurniaan Allah kpd para nabi dan rasul utk membuktikan kebenaran mereka.

Mukmin Ar orang yg beriman kpd Allah.

Mukminat Ar jamak bagi Mukmin perempuan.

Mukminin Ar jamak bagi Mukmin lelaki.

mukosa (Bio) lapisan tisu yg mengandungi kelenjar mukus, yg melapik saluran atau rongga tertentu dlm tubuh, mis rahim dan salur makanan, membran mukus.

muksir orang yg memiliki makanan tidak lebih drpd utk dirinya sendiri dan utk tanggungannya.

muktabar, muktabir Ar mulia, terhormat, terkenal: Saiyidina Othman memberi persetujuannya setelah bermesyuarat dgn sahabat-sahabatnya yg ~.

muktamad Ar 1. (orang) yg dipercayai, (orang yg) boleh dipercayai, kepercayaan; 2. tidak boleh dipinda-pinda lagi, pasti, tetap: keputusan jawatankuasa dlm hal yg berhubung dgn peraduan ini adalah ~ ;

memuktamadkan memutuskan atau menetapkan sesuatu cadangan (rancangan, keputusan dsb) secara muktamad: kabinet ~ cadangan eksport dlm usaha utk mewujudkan imbangan dagangan; Bank Negara ~ garis panduan itu;

kemuktamadan keadaan muktamad.

muktamar Ar persidangan besar, kongres: salah satu drpd tujuan ibadat haji adalah utk menyatupadukan umat Islam melalui sebuah ~ Islam tahunan yg berlangsung di tanah suci.

muktazilah Ar segolongan ahli ilmu kalam yg mengasingkan diri drpd gurunya kerana perselisihan fahaman bkn hukum terhadap orang Islam yg melakukan dosa-dosa besar.

mukun sj mangkuk atau bokor bertutup.

mukur sj kulat.

mukus I Kl sj tikus tanah.

mukus II (Bio) sj cecair berlendir yg dirembeskan dlm bahagian-bahagian tertentu badan, mis dlm hidung;

bermukus mempunyai atau mengeluarkan mukus.

mukuti (Tamil) cincin hidung.
1   ...   10   11   12   13   14   15   16   17   18


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət