Ana səhifə

M II kep meter. M kep Masihi; 1959~ tahun 1959 Masihi ma


Yüklə 0.79 Mb.
səhifə14/18
tarix26.06.2016
ölçüsü0.79 Mb.
1   ...   10   11   12   13   14   15   16   17   18

mirih Mn meleleh.

miring 1. rendah sebelah (lantai dll), tidak datar; 2. tidak tegak (letak sesuatu), condong: ia memakai songkok yg diletakkan ~ ke kanan; tulisan ~ tulisan condong; 3. senget (perahu, kapal, dll): kapal mereka mulai ~; 4. = otak ~ bp agak gila, kurang siuman; 5. ki berat sebelah (pengadilan, hukuman, dll), tidak adil; biar ~ asalkan jangan tertelungkup prb tidak mengapa rugi sedikit asalkan jangan habis semua sekali;

memiringkan menjadikan (meletakkan, membuat) miring, mencondongkan, menyengetkan: payung mereka dimiringkan ke sebelah.

mirip hampir sama atau serupa (dgn), menyerupai benar: mukanya ~ ke wajah ayahnya;

kemiripan perihal atau keadaan mirip (dgn).

miris bocor, tiris; tiris-~ terlalu tiris, banyak tirisnya.

mirmekologi (mirmékologi) cabang zoologi yg berkaitan dgn kajian tentang semut.

miruk Kl berasa gerun atau takut.

mis. kep misalnya.

misa Id = ~ kudus = ~ suci upacara persembahan korban (roman Katolik).

misai I bulu yg tumbuh antara bibir atas dgn hidung, kumis;

~ bertaring bagai panglima, sebulan sekali tak bunuh orang prb rupa sahaja yg hebat dan garang, tetapi pengecut; spt ~ pulang ke bibir prb kembali ke tempat asalnya.

misai II; daun ~ kucing sj tumbuhan, ara batu; rumput ~ adam sj tumbuhan (rumpai), Themeda arguens.

misal = misalan umpama, perumpamaan (perbandingan), contoh;

~ kata andai kata, seandainya; ~nya contohnya;

semisal seperti, sebagai, seumpama;

memisalkan mengumpamakan, mengibaratkan: dimisalkan dia sungguh melamar diriku, tentu harus kita ketahui asal usul dan sifat tabiatnya.

misali berkaitan dgn seseorang yg boleh dijadikan contoh atau diteladani: ibu ~.

misan I bp manisan.

misan II Jk saudara sepupu.

misbah Ar lampu, pelita.

MISC kep Malaysia International Shipping Corporation (Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia).

miselium (Bio) jalinan bebenang halus yg membentuk jasad kulat dan merupakan bahagian yg terlibat dlm pembiakan tanpa seks.

misi I 1. perwakilan dr sesebuah negara ke negara lain utk sesuatu tugas; 2. urusan bkn penyiaran agama Kristian; 3. tugas khusus yg dipertanggungjawabkan kpd atau yg akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan: ~ organisasi saya ialah mengadakan kemudahan pengangkutan udara dan perhubungan yg paling akrab dgn keperluan negara.

misi II bp panggilan umum utk jururawat.

misih bp masih.

misil senjata yg dilancarkan utk menuju ke sasarannya secara kawalan jarak jauh atau kawalan automatik: ~ balistik.

mising Kd cirit dan muntah-muntah kerana memakan kerang yg busuk.

miskal ukuran berat yg besarnya lebih kurang 4.2 gram (utk menimbang emas atau perak).

miskin tidak berharta benda, serba kekurangan (dlm barang-barang keperluan hidup), melarat, papa; ~ papa terlalu miskin; rumah ~ rumah tempat orang-orang miskin dijaga; biar ~ asal cerdik terlawan juga orang kaya prb kebijaksanaan itu lebih juga drpd kekayaan;

memiskinkan menjadikan miskin;

kemiskinan perihal miskin, kekurangan, kepapaan: bukan sedikit jumlah perempuan yg terjerumus ke liang kesengsaraan itu lantaran ~;

pemiskinan perihal, perbuatan atau tindakan memiskinkan.

misoa, misoi sj bihun halus.

misogami perasaan benci terhadap perkahwinan.

misogini perasaan benci terhadap orang perempuan, terutamanya oleh orang lelaki.

misoginis lelaki yg benci pd orang perempuan.

mistar Ar 1. kayu pembaris, kayu skala; 2. baris, garis; ~ hitung sj kayu pembaris yg mempunyai bahagian yg boleh dikesot-kesot (digunakan utk mengukur dgn cepat).

misteri 1. peristiwa, fenomena, dll yg tidak dapat diterangkan; 2. cerita, filem, dll yg menimbulkan rasa ingin tahu dan saspens oleh sebab fakta-faktanya tersembunyi; 3. orang atau benda yg menimbulkan rasa ingin tahu atau saspens oleh sebab tidak diketahui , kabur, atau membingungkan: banyaklah ~ yg tidak pernah dapat dicari jawabannya;

kemisterian keadaan penuh misteri.

mistik 1. suluk, tasawuf: dlm hal agama dan ~, ayah sangat fanatik; 2. keadaan ghaib yg tidak dapat diselami oleh pemikiran manusia, keanehan, keajaiban;

kemistikan keadaan mistik.

mistis IB bersifat mistik, mengandungi mistik atau unsur-unsur ghaib: di kalangan masyarakat Dayak, Melayu memang dipercayai suatu kaum yg memiliki kuasa ~.

mistisisme aktiviti keagamaan yg diamalkan dgn tujuan mencari pengetahuan dan kebenaran utk mendekati Tuhan (melalui meditasi dan sembahyang).

mistri Id penjaga geladak kayu di kapal.

misuh Jw memaki.

mitar sl penembak meriam.

mitasi I IB bp tiruan, palsu.

mitasi II IB  mutasi.

mithali misali.

miting bp mesyuarat, perundingan.

mitologi 1. kumpulan (cerita) mitos; 2. kajian tentang mitos.

mitos 1. cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam, dsb; 2. cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka, dongeng;

memitoskan 1. menjadikan sesuatu (kisah, cerita dsb) sbg mitos: beliau mematikan watak Raden Kelang dgn ~ bahawa putera raja yg masih muda ini terbunuh di Kampung Keling; 2. mendewa-dewakan seseorang: mereka berjaya juga mengurangkan aspek yg ~ tokoh-tokoh tersebut;

kemitosan perihal (keadaan, sifat) mitos: penjelasan yg meyakinkan wujudnya ~ sumpahan tersebut;

pemitosan perihal memitoskan: ada obsesi utk menemukan akar, nostalgia dan akhirnya ~ tanah asal yg telah hilang.

mitraliur IB senapang mesin.

mizan Ar 1. neraca; 2. nama segugusan bintang (Libra).

mizmar (Muz) sj serunai Arab.

Mk. kep Mukim.

MKBK kep Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan.

mks kep meter, kilogram, dan saat (sistem unit asas).

MLH kep Maktab Latihan Harian (maktab tempat melatih guru sekolah rendah).

mm kep milimeter.

MMS kep multimedia messaging service (khidmat pesanan multimedia, iaitu khidmat yg membolehkan teks ringkas, e-mel, gambar dsb, dan bahan berbentuk multimedia dihantar dan diterima dgn menggunakan telefon bimbit yg biasanya mempunyai sistem WAP, komputer peribadi dsb).

Mn simbol kimia bagi mangan.

MNLF kep Moro National Liberation Front (Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro).

Mo simbol kimia bagi molibdenum.

mobil IB 1. = automobil motokar, kereta; 2. mudah bergerak atau digerakkan (dipindah-pindahkan); ~ briged pasukan yg boleh bergerak dgn cepat;

bermobil 1. mempunyai kereta; 2. naik kereta.

mobilisasi 1. pengerahan orang utk masuk askar, kerah tenaga; 2. pergerakan atau peredaran sesuatu sumber (kewangan dsb) utk mencapai tujuan tertentu: jumlah modal itu telah mengehadkan ~ dana;

memobilisasi, memobilisasikan 1. mengerahkan orang supaya masuk askar, mengerahkan tenaga; 2. menggerakkan sesuatu sumber (kewangan dsb) supaya beredar atau berpusing utk mendatangkan keuntungan dsb: syarikat itu berfungsi utk ~ simpanan agar para penyimpan memperoleh keuntungan.

mobilisir IB; memobilisir Id mengerahkan (tentera dll).

mobiliti perihal mudah bergerak atau digerakkan, perihal mudah berpindah tempat tinggal (bertukar pekerjaan dsb);

~ industri kebolehan pekerja berpindah dr satu industri ke satu industri yg lain; ~ mendatar pergerakan individu atau kumpulan dlm sesuatu masyarakat ke kedudukan (jawatan dsb) yg berlainan drpd yg diduduki sebelumnya tetapi tidak berubah dr segi status, kekuasaan, kelas dsb; ~ menegak perubahan kedudukan individu atau kumpulan dlm sesuatu masyarakat dr segi kelas, kekuasaan, status dsb; ~ pekerja (Eko) kebolehan para pekerja bertukar kerja atau berpindah tempat kerja.

mobrik Id kep mobile brigade (pasukan polis yg bersenjata spt tentera).

mocok Jw bekerja sementara (utk menggantikan orang dll).

mod (Komp) salah satu pilihan kaedah atau cara pengendalian pemprosesan sistem; ~ capaian pilihan tertentu drpd pelbagai kaedah capaian ingatan yg boleh dilakukan dlm sistem.

modal 1. wang atau harta benda yg dipergunakan sbg pangkal atau pokok utk berniaga (menghasilkan sesuatu yg menambah kekayaan dll), pokok (utk berniaga): jika sesuatu perniagaan itu rugi, akan tibalah masanya ~ utk menjalankan perniagaan itu habis; barang ~ barang-barang yg dapat menghasilkan barang-barang lain (spt alat penenun dll); penanaman ~ perihal menggunakan modal utk mendapat keuntungan (dlm perniagaan, perusahaan, dll); 2. ki sesuatu yg digunakan utk mendapatkan atau mencapai sesuatu yg lain: kerbau itu cukup dijadikan ~ utk beristeri; baginya pelajaran adalah ~ terpenting utk mencapai kejayaan; 3. ki bp buah fikiran, idea: aku kehabisan ~ utk menyampuk cakap teman-temanku;

~ bergerak = ~ berpusing modal yg boleh berpindah-pindah (spt barang-barang mentah, wang, dll); ~ campuran modal (usaha) gabungan; ~ kerja modal yg digunakan utk menjalankan sesuatu perniagaan; ~ sambut buah fikiran orang lain yg digunakan dlm sesuatu percakapan (perbincangan dll); ~ tetap modal yg tidak dapat dipindah-pindahkan (tanah, bangunan, dll);

semodal berkongsi dlm perusahaan, ikut serta dlm urusan perniagaan dll; orang ~ orang yg turut sama menaruh modal dlm perusahaan dll;

bermodal mempunyai modal: golongan kapitalis ~ besar;

bermodalkan mempunyai (atau menggunakan) sesuatu sbg modal: beliau memulakan perniagaan dlm bidang hiasan dalaman dgn ~ wang sebanyak RM25 ribu;

memodali memberi modal (utk sesuatu perniagaan, perusahaan, dll): beberapa orang saudagar telah ~ lombong-lombong itu;

kemodalan perihal modal, bersifat mencari untung;

permodalan; syarikat ~ syarikat yg menanam modalnya dlm perniagaan atau perusahaan lain utk mendapat keuntungan;

pemodal orang yg memberi modal, penanam modal: kebanyakan rumah haram di sekitar Kuala Lumpur, dibina oleh kaum ~ yg semata-mata mencari keuntungan.

modalwan Id pemodal, kapitalis.

modar = mati ~ Jw a) mati dgn tidak disembelih (binatang); b) bk mati sia-sia, mati mengejut, mampus.

mode kebiasaan yg berlaku pd sesuatu waktu (pakaian, perhiasan, dll), cara (corak, ragam) yg terpakai pd waktu tertentu, fesyen.

model (modél) 1. ragam (pakaian dll), cara, fesyen, jenis, dan reka bentuk tertentu sesuatu barang yg dikeluarkan: motokar kerani ~ lama sahaja; 2. barang tiruan yg sama bentuk dan rupanya spt yg asal tetapi lebih kecil: kanak-kanak lelaki lebih suka membuat ~ kapal terbang drpd membuat pakaian anak patung; 3. peragawan atau peragawati; 4. seseorang atau sesuatu yg dapat dijadikan contoh (utk ditiru atau diteladani): kanak-kanak memerlukan ~ yg baik, yg boleh ditiru dlm perkembangan bahasa lisan yg baku.

modeling pekerjaan, kegiatan dsb sbg model (peragawan atau peragawati) utk memperagakan fesyen pakaian, aksesori kecantikan dsb: tidak salah kalau mereka menceburi ~ asalkan bijak membahagikan masa; dia menyertai pertandingan ini kerana meminati ~.

modem (modém) (Komp) sj peranti yg digunakan utk membolehkan komputer berhubung antara satu sama lain melalui talian telefon; ~ akustik modem yg menggunakan pengganding akustik utk menyambungkan komputer pd gagang telefon.

moden dr masa sekarang, berkaitan dgn masa kini, yg terbaru, cara (kaedah) baru, mutakhir: bahasa ~; senjata ~; alat kelengkapan ~;

memodenkan menjadikan moden, membuat supaya jadi moden, membarui: Mustafa Kamal telah mengadakan perubahan dan mencuba sungguh-sungguh ~ negerinya;

kemodenan perihal moden (baru), sifat (ciri dsb) moden: baik kaunseling dlm bentuknya sekarang yg banyak diselubungi ~, mahupun pd zaman awalnya yg lebih merupakan bimbingan akhlak semata-mata;

pemodenan perihal (kegiatan, usaha, dsb) memodenkan, perihal menjadi moden, pembaruan: kerajaan Jepun berusaha dgn lebih bersungguh-sungguh utk mempercepat ~ negeri itu; penyempurnaan dan ~ bahasa dlm menghadapi cabaran semasa perlu berlaku di negara-negara membangun.

modenis orang yg menyokong fahaman modenisme: antara golongan ulama dan ~.

modenisasi perihal, proses, atau perbuatan memodenkan, pemodenan: para sasterawan menjadi penggerak utama dlm proses ~ bahasa Melayu di Nusantara; masyarakat yg rata-rata bersifat berpuak-puak dan agraria ini tiba-tiba mendapati dirinya berdepan dgn pembangunan dan ~.

modenisme 1. pemikiran cara moden; 2. fahaman dan pendekatan seni yg menekankan seni lukis moden.

moderat 1. tidak keterlaluan (melampau), sederhana; 2. golongan (orang) yg berfahaman atau bersikap sederhana (mis dlm politik).

moderator 1. orang yg mengendalikan, mengawal dsb perbincangan dll supaya dapat mencapai kata sepakat, berjalan lancar dan teratur: beliau akan menjadi ~ utk sesi dialog yg pertama; 2. orang yg memastikan kekonsistenan piawai-piawai yg digunakan dlm memarkahi kertas peperiksaan dsb oleh para pemeriksa yg berlainan; 3. (Fiz) bahan yg digunakan utk melambatkan pergerakan neutron dlm reaktor nuklear: bahan berilium oksida digunakan sbg ~ neutron dlm reaktor nuklear dan sbg penebat elektrik.

moderen (modéren) IB  moden.

modifikasi proses (perbuatan, tindakan dsb) mengubah sedikit sesuatu (keadaan, sifat dsb) supaya sesuai dgn keperluan (situasi, sifat, tujuan dsb) yg dikehendaki, pengubahsuaian: penyunting terpaksa membuat ~ dlm cerita rekaannya itu; kaedah ~ tingkah laku klasik digunakan utk merawat penghidap skizofrenia;

memodifikasi membuat atau melakukan modifikasi terhadap sesuatu, mengubah suai: mereka juga boleh ~ tingkah lakunya mengikut keadaan; rawatan itu melibatkan manipulasi tubuh pesakit secara fizikal serta ~ perlakuan, makanan, ubat dan persekitaran sosial dan fizikalnya.

modiste IB pembuat baju wanita.

modol; jorok ~ Id sangat pengotor.

modul 1. unit atau bahagian tersendiri yg lengkap dgn komponennya yg melaksanakan fungsi tertentu dan dapat dirangkaikan dgn unit-unit lain dlm sesuatu yg lebih besar; 2. kursus, pelajaran (latihan dsb) yg dapat dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian sesuatu kelayakan atau kemahiran.

modulasi alun (tekanan) suara, perubahan nada yg tepat.

modus cara, gaya (aturan dll); ~ operandi cara (prosedur dsb) utk melakukan (melaksanakan) sesuatu.

modus vivendi (modus vivéndi) (Latin) kesepakatan sementara antara pihak yg bertelagah sebelum mencapai suatu penyelesaian.

moga I; moga-moga, semoga mudah-mudahan, kiranya, hendaknya, agar: ia berdoa ~ dipelihara Allah akan anaknya itu bersama-sama dgn ibunya; semoga tuan berbahagia.

moga II Kl benda, barang, perkara.

mogok 1. tidak bergerak (berjalan dll), berhenti: motokarnya ~ di tengah jalan raya; 2. tidak mahu bekerja: kalau tidak dipenuhi tuntutan kita ini, kita ~;

~ duduk mogok dgn tidak meninggalkan tempat kerja; ~ kilat mogok yg dilancarkan secara tiba-tiba tanpa memberikan apa-apa amaran sebelumnya; ~ lapar = ~ makan Id mogok dgn tidak mahu makan (sbg bantahan dll); ~ liar mogok yg dianjurkan oleh sekumpulan ahli kesatuan sekerja, biasanya tanpa kelulusan rasmi pemimpin kesatuan sekerja, dan kadang-kadang tidak mengikut atur cara yg biasa;

pemogokan perihal mogok: ~ buruh kereta api;

pemogok orang yg mogok.

moh bp ayuh, mari.

mohair (Tks) 1. bulu kambing Angora yg panjang, lembut dan halus; 2. benang atau kain yg diperbuat drpd bulu kambing Angora yg panjang, lembut dan halus.

Mohd. kep Mohammad.

mohon 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?” maka sembahnya, “ ~ patik, tuanku”;

bermohon 1. meminta izin; ~ diri meminta izin pergi: sahaya pun menyembahlah ~ diri hendak kembali; 2. mengemukakan permintaan, minta supaya diperkembangkan: maka Upu Daeng Perani pun ~lah kpd sultan;

memohon meminta (lebih halus): kami ~ maaf atas kesilapan ini;

memohonkan memintakan (sesuatu drpd): mahu aku ~ kehendakmu itu kpd Allah Taala;

permohonan apa yg diminta, permintaan: segala ~nya utk mendapat kerja ditolak;

pemohon orang yg memohon sesuatu; pohon II.

mohor cap (yg memperkenalkan sesuatu), tera, materai;

~ syarikat materai syarikat; cap ~ cap raja; cincin ~ cincin utk mematerai surat dll.

mojah kaus kaki, sarung kaki.

moka (ERT) sj kopi berperisa kuat yg dijadikan sbg bahan perasa kopi dan coklat dlm campuran kopi, kek, aiskrim dsb: aiskrim ~.

mokoh Tr duduk dgn menopang dagu.

mol (Kim) unit bagi banyaknya bahan yg mengandungi unit asas spt atom, ion, elektron, molekul, dll (yg bersamaan bilangan atom karbon dlm 0.012 kg isotop karbon yg berat atomnya 12).

mola Kl kendi besar yg dibuat drpd tanah liat putih.

mole (molé) sj tembakau.

molek (molék) cantik, bagus, elok (perbuatan, pakaian, dll);

memolekkan menjadikan molek;

kemolekan perihal molek, kecantikan, keelokan.

molekul (molékul) unit paling kecil sesuatu sebatian yg terdiri drpd dua atau lebih atom.

moler (molér) Jk perempuan lacur, sundal.

molibdenum (molibdénum) (Kim) sj unsur logam berwarna kelabu atau hitam dan digunakan utk membuat aloi, keluli, dsb.

molong Jh; buah ~ sj kuih drpd tepung yg dimasak dgn gula.

molor (Sunda) bk tidur.

molos (Sunda) ark mudah masuk (ke dlm lubang dll), lulus.

moluska golongan binatang yg berkerang (spt siput, tiram, dll), binatang lunak.

MOM kep Majlis Olimpik Malaysia.

momber (mombér) Kl (tanah yg) berlumpur.

momen (momén) I waktu yg sangat singkat, saat, detik, ketika.

momen (momén) II (Fiz) (ukuran) kecenderungan daya utk menghasilkan gerakan berputar.

momentum (moméntum) 1. daya yg mendorong pergerakan sesuatu: maka hasilnya tidak seberapa, lalu timbullah kekecewaan dan hilanglah ~nya; namun Jepun moden itu sendiri ternyata sedang menghadapi semangat yg kian kendur di kalangan generasi mudanya utk meneruskan ~ pemodenannya; 2. hasil darab jisim dgn halaju sesuatu jasad.

momok 1. sj hantu yg disebut-sebut utk menakut-nakutkan kanak-kanak; 2. ki sesuatu yg ditakuti (ancaman, tipu helah, dll): agak sukar utk kita melihat ~ politik di sebalik sikap mereka itu;

memomokkan 1. mendatangkan rasa takut, menakutkan, mengerikan, menggelisahkan: pihak penjajah telah ~ gerakan utk menegakkan semula asas keturunan Melayu; 2. membenci, memusuhi: kaum penjajah ~ orang yg masuk politik;

memomok-momokkan menimbulkan atau menyebabkan rasa takut-takut, menakut-nakutkan: hari ini juga anak bangsa terus dibuai dan dimomok-momokkan dgn kisah silam yg semakin kusam;

momokan bayangan perasaan yg menghantui atau menakutkan: mungkin imaginasi anda sendiri akan menimbulkan pelbagai masalah, halangan, dan ~ tentang diri anda.

monarki kerajaan (negara) yg diperintah oleh raja, sistem pemerintahan beraja: politik dan ~ Melayu.

monarkis pendukung sistem pemerintahan beraja.

moncong sj ikan laut, Osteiogeneiosus militaris.

moncor Jk keluar mengalir, sakit cirit.

mondok I gemuk dan pendek; tikus ~ sj tikus yg gemuk, Mus decumanus.

mondok II Jw; memondok menumpang tidur (makan);  pondok.

monel (monél); logam ~ sj aloi tahan karat yg mengandungi nikel (67%), tembaga (28%), dan logam-logam lain (5%).

moner (monér) Kl; licin ~ habis licin.

monetari (monétari) (Eko) berkaitan dgn wang atau mata wang: dasar ~ memberi kesan kpd keputusan pelaburan pengeluar minyak kelapa sawit.

monetarisme (monétarisme) dasar kawalan terhadap peredaran wang sbg langkah utama menstabilkan ekonomi sesebuah negara.

moneter (monéter) IB (bkn) kewangan.

mong 1. bunyi canang (gong); 2. gong; mungmung.

mongel (mongél) 1. kecil molek, cantik; 2. menarik hati (anak);

kemongelan kecantikan: menatap dan menikmati ~ tubuh Jane Fonda.

monggokmongkok I.

monggol berbonggol;  bonggol.

monggormungkur.

mongkok I = bermongkok 1. (kelihatan, tampak) lebih tinggi drpd yg lain, tertinggi; 2. ki lebih baik (elok, unggul, utama).

mongkok II Pr, bp membongkok.

monitor 1. alat utk mengawasi dan merakamkan terus-menerus perjalanan dsb sesuatu serta memberi isyarat amaran tentang sesuatu kemungkinan yg tidak baik; 2. peti (spt peti televisyen) yg digunakan utk memaparkan data atau maklumat dr komputer, unit paparan video;

memonitor mengawasi serta merakamkan terus-menerus perjalanan dsb sesuatu serta memberi isyarat amaran tentang sesuatu kemungkinan yg tidak baik;

pemonitoran perihal (perbuatan) memonitor.

mono- awalan asing satu atau tunggal, mis monolog dan monosakarida.
1   ...   10   11   12   13   14   15   16   17   18


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət