Ana səhifə

M II kep meter. M kep Masihi; 1959~ tahun 1959 Masihi ma


Yüklə 0.79 Mb.
səhifə11/18
tarix26.06.2016
ölçüsü0.79 Mb.
1   ...   7   8   9   10   11   12   13   14   ...   18

kementerian 1. jabatan kerajaan yg diketuai oleh menteri: K~ Pendidikan; 2. bangunan bagi jabatan kerajaan, pejabat menteri; 3. jawatan menteri.

mentibang sj lipan, sepah bulan.

mentigi sj tumbuhan (pokok kecil), Pemphis acidula.

mentika Mn ark mastika.

mentilau sj burung.

mentimah sj ikan laut, Trichiurus savala.

mentimun I sj tumbuhan (pokok menjalar dan buahnya), Cucumis sativus; ~ dendang sj tumbuhan (pokok memanjat), akar cabang tiga, cabang tiga, timun dendang lunjung, Trichosanthes celebica; spt ~ dgn durian prb perlawanan yg tidak berpadanan (spt orang yg lemah atau bodoh berlawan dgn orang yg berani atau pintar dll); timun.

mentimun II 1. sj ikan laut, a) Lutjanus decussatus; b) Lutjanus vitta; 2. sj ikan laut, Scolopsis bilineatus; timun-timun.

mentiung sj tumbuhan (pokok memanjat), darah belut.

mentok Jk terhantuk pd.

mentol (méntol) I = ~ lampu bebola drpd kaca yg di dalamnya terdapat filamen logam yg mengeluarkan cahaya apabila arus elektrik melaluinya; ~ tungsten mentol yg filamennya dibuat drpd tungsten.

mentol (méntol) II (Kim) sj alkohol yg berbau cirian, berangin, dan digunakan utk membuat ubat-ubatan (terdapat dlm minyak pati spt permen, kapur barus, dll).

mentong (méntong) Jw makan nasi pd waktu petang (selepas makan tengah hari).

mentor (méntor) pembimbing atau penasihat (yg arif dan berpengalaman) kpd seseorang.

mentora; ark balai ~ sj balai di istana (tempat tetamu dll).

mentua I ibu bapa, ibu atau bapa kpd isteri atau suami; ~-taya saudara kpd mentua;

bermentuakan mempunyai atau menerima seseorang sbg mentua: dia bersyukur dan sangat gembira kerana dapat ~ orang yg warak.

mentua II; ~ pelanduk sj burung, pipit batu, Motacilla cinerea.

mentulang 1. sj tumbuhan (pokok menjalar), Zizyphus kunstleri; 2. sj tumbuhan (pokok) dlm famili Alangiaceae, telur buaya, kondolon (Sabah), Alangium spp.

menu (ménu) 1.senarai masakan yg disajikan pd sesuatu hidangan atau yg boleh dipesan di restoran dsb; 2. (Komp) butiran dlm sesuatu atur cara komputer yg boleh dipilih (oleh pengguna) utk melaksanakan tindakan yg dinyatakan.

menuan Kl bertukang (biasanya emas atau perak).

menung; bermenung, bermenung-menung berfikir panjang, memikir dalam-dalam, tafakur: belum sempurna fikir kekanda dlm hal itu agaknya, bawalah dahulu ~;

memenungkan memikirkan dalam-dalam: ibu yg kehilangan suaminya masih ~ bagaimana hendak menyara anak-anaknya;

termenung, termenung-menung dlm keadaan bermenung: sejenak ia ~ memikirkan sesuatu;

menungan, kemenungan tafakur, renungan;

permenungan perbuatan bermenung: bilakah gerangan akan habis ~mu wahai orang muda?

pemenung orang yg suka bermenung.

menunggal Kl satu sen satu (harga benda), satu duit satu.

menyakut Kl 1. sesuai, padan; 2. seronok atau sedap (dirasa, dipandang, dll).

menyal Tr tidak masak, mentah.

menyam Pl gatal (yg menjadi-jadi).

menyampang ark  senyampang.

menyankemenyan.

menyapung Kl mengeluarkan kata-kata keji, mencarut.

menyawak Jw biawak.

menyokok Kl menyorok, menyusup.

menyolok; ~ mata nyata kelihatan, tampak benar;  colok II.

meong (méong) Jk 1. bunyi kucing; 2. kucing; memegang buntut ~ bp tidak mendapat apa-apa.

meor mir.

mepeh (mépéh) Kl keadaan orang atau binatang yg hampir rebah kerana pening.

meper (mépér)  peper.

mepet (mépét) Jk terhimpit.

mer (mér) Kl menghisap susu ibu (oleh kanak-kanak kecil).

mera Sr masakan atau makanan separuh masak.

meracun Pr tidak ada, tiada.

meraga sj tumbuhan (pokok) dlm famili Rubiaceae, berombong, kurau, mengkeniab (Sabah), Pertusadina spp. dan Metadina spp.

meragi sj burung, Rostratula benghalensis.

merah sl 1. gelaran utk raja-raja kecil (penghulu); 2. (Padang) gelaran utk anak sutan dgn perempuan biasa atau anak puteri dgn laki-laki biasa, marah.

merah (mérah) I warna spt warna darah; ~-~ bahasa agak merah; ~ darah merah spt darah; ~ jambu = ~ muda merah keputih-putihan; ~ kesumba merah tua; ~ lembayung merah bercampur ungu; ~ marak = ~ menjahang = ~ menyala = ~ merang = ~ murup sangat merah; ~ muka kemalu-maluan; ~ padam merah spt bunga teratai (warna muka ketika marah); ~ pijar sangat panas sehingga membara (logam dll); ~ pulasan merah spt kulit buah pulasan masak; ~ saga warna merah spt biji saga; ~ telinga marah; ~ telur bahagian dlm telur yg berwarna merah kekuning-kuningan; ~ tua merah kehitam-hitaman; di luar ~, di dlm pahit prb janganlah percaya akan perkataan yg manis-manis kerana biasanya berisi tipu daya yg busuk;

bermerah; ~ muka ki bertengkar (berhujah dll) spt akan berkelahi;

memerah menjadi merah: panas matahari sudah mulai mengundur dan di sebelah barat langit sudah mulai ~;

memerahi membubuh warna merah pd, mewarnai merah: pipinya dimerahi dgn gincu, pinggangnya diikat ramping-ramping;

memerahkan menjadikan (menyebabkan) merah, membuat menjadi merah; ~ muka menjadikan muka merah (menyebabkan marah);

kemerahan keadaan merah;

kemerah-merahan berwarna agak merah, seakan-akan merah: lapisan yg ~;

pemerah sesuatu (bahan dll) yg menjadikan sesuatu lain berwarna merah; ~ pipi bahan solek utk memerahkan pipi.

merah (mérah) II sj ikan laut;

~ bambangan = ~ pucat sj ikan laut, Lutjanus sanguineus; ~ boreng = ~ coreng sj ikan laut, Lutjanus sebae; ~ cina a) sj ikan laut, Caesio pinjalu; b) sj ikan laut, Caesio erythropterus; ~ mata hitam sj ikan laut, Lutjanus malabaricus; ~ suman sj ikan laut, Pinjalo spp.

merajah; ~ satah sj tumbuhan (pokok renek), Sauropus parvifolius.

merajalela (merajaléla) 1. berbuat sekehendak hati; 2. menjangkit (penyakit);  maharajalela.

merak I sj burung besar, yg jantan bulunya berwarna-warni dan ekornya spt bentuk kipas apabila mengembang, Pavo muticus; ~ biru, Pavo cristatus; ~ pongsu sj burung kuang cermin, kuang pongsu, Polyplectron malacense.

merak II = bunga ~ sj tumbuhan (pokok dan bunganya berwarna merah dan kuning), Caesalpinia pulcherrima; bunga ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), pecah periuk jantan, Ixora pendula.

merak III; ~ hati Jw manis lagi peramah.

merakah Sl bohong, tidak benar.

merakan sj tumbuhan (rumpai), Andropogon amboinicus.

meram masa sesuatu penyakit hendak menjadi.

merambai sj tumbuhan (pokok).

merambung 1. sj tumbuhan (pokok), ambung-ambung, Scaevola frutescens; 2. sj tumbuhan (pokok), medang gambung, Vernonia arborea; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), Clerodendron deflexum.

meramung sj tumbuhan (pokok), geronggong semut, Ouratea crocea.

merana 1. menderita penyakit yg lama: sakit ~; 2. sentiasa sakit-sakit, makin lama makin kurus: badan ~ kerana dia; 3. sentiasa menanggung susah (sedih dll): hati ~; hidupnya ~ akibat penyakit itu.

meranang; ajar ~ sj tumbuhan (pokok renek), guruh peria, Croton caudatum.

merang I; merah ~ merah sungguh.

merang II Jw tangkai padi yg sudah kering.

merangsi sj tumbuhan (pokok), sisik penyu, sisik puyuh, Carallia suffruticosa.

merangu sl sj alat bunyi-bunyian (yg ditiup).

meranti sj tumbuhan (pokok), Shorea albida; ~ baka = ~ paya = ~ tenggelam sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, seraya buaya hantu (Sabah), Shorea uliginosa; ~ kepung sj tumbuhan (pokok), Shorea ovalis; ~ kuning sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, damar hitam, seraya kuning (Sabah), a) Shorea faguetiana; b) Shorea resinanigra; ~ langgung sj tumbuhan (pokok), Shorea lepidota; ~ merah sj tumbuhan (pokok), Shorea spp; ~ merah tua sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, nemesu, seraya, obah suluk (Sabah), Shorea spp.; ~ paang sj tumbuhan (pokok), Shorea bracteolata; ~ putih sj tumbuhan (pokok), Shorea hypochra; ~ sabut sj tumbuhan (pokok), keruing sudi, Vatica perakensis; ~ sarang punai sj tumbuhan (pokok), Shorea parvifolia; ~ temak sj tumbuhan (pokok), Shorea hypochra; ~ tembaga sj tumbuhan (pokok), Shorea leprosula.

merapit sj tumbuhan, (pokok), cengah, Pygeum lanceolatum.

merarau Sr makan tengah hari.

merasi Mn = merarasi gugur daun semuanya (pohon).

merat (mérat) Jk hilang, lenyap, melarikan diri;  mairat.

merawal bendera kecil-kecil panjang, panji-panji;

~ memulang bukit, cerana menengah kota prb sudah jelas sekali seseorang hendak mengemukakan sesuatu permohonan; kita di pangkal ~ , dia di hujung ~ prb Mn tanggungan kita lebih berat drpd tanggungannya.

merawan I awan.

merawan II sj tumbuhan (pokok), Hopea spp.; ~ jangkang sj tumbuhan (pokok), Hopea nervosa; ~ meranti sj tumbuhan (pokok), Hopea sulcata; ~ siput sj tumbuhan (pokok), Hopea sangal; ~ siput jantan sj tumbuhan (pokok), Hopea odorata; mengerawan.

merbah sj burung, Lanius cristatus;

~ abu, Hypsipetes flavala; ~ berjanggut = ~ beringin sj burung, Criniger ochraceus; ~ bersisik sj burung, Pycnonotus squamatus; ~ bidan sj burung, Trachycomus ochrocephalus; ~ ekor gading sj burung, Tersiphone paradisi affinis; ~ gila sj burung, murai gila, merbuk gila, Rhipidura javanica; ~ gila gunung sj burung, Rhipidura albicollis; ~ jambul sj burung, Spizixos canifrons; ~ kapur sj burung, Pycnonotus goiavier; ~ kelabu sj burung, Pycnonotus cyaniventris ; ~ kunyit = ~ luris leher sj burung, Pycnonotus finlaysoni; ~ kunyit jambul hitam = ~ jambul hitam sj burung, Pycnonotus melanicterus; ~ rimba a) sj burung, Tephrodornis gularis; b) sj burung, Malacopteron magnirostre; ~ sampah sj burung, Criniger bres; ~ sampah kuning sj burung, kelicap belukar, Macronus gularis; ~ tanduk sj burung, Pycnonotus melanoleucos; ~ telinga merah sj burung, burung cerlah, Pycnonotus jocosus.

merbahayamarabahaya.

merbaksemerbak.

merbang Jh menggerbang (rambut yg ditiup angin dll).

merbatu = ~ layang sj tumbuhan (pokok), sauh hutan, songkok rimau, Parinarium corymbosum;

~ kecil sj tumbuhan, cendarah padi; ~ pasir sj tumbuhan, medang peni.

merbau sj tumbuhan (pokok) dlm famili Leguminosae, merbau ipil, ipil laut (Sabah), Intsia spp.;

~ kera sj tumbuhan (pokok) dlm famili Leguminosae, babi kurus, jering tupai, angar-angar (Sabah), Crudia spp.; ~ lalat sj tumbuhan (pokok) dlm famili Leguminosae, Sympetalandra borneensis.

merbuk sj burung;

~ aman sj burung, Geopelia striata; ~ balam sj burung, ketitir, tekukur jerum, Streptopelia chinensis; ~ gila sj burung, merbah gila, Rhipidura javanica.

merbulan sj tumbuhan (pokok), Endospermum malaccense.

merbuluh; ~ merah sj tumbuhan, (pokok), selimbar, selumar, Jackia ornata.

merbung; ~ jantan sj tumbuhan, geretak.

merca pengsan;  murca.

mercak; ~-mercik ark memercik-mercik.

mercik; memercik percik.

mercon Id mercun.

mercu 1. bahagian yg tertinggi, puncak; ~ gunung puncak gunung; 2. bangunan atau bahagian bangunan yg tinggi (pd masjid dll), menara; ~ api = ~ suar rumah api: api lampu ~ suar telah terkelip-kelip di Pulau Pandan; ~ tanda sesuatu objek yg mudah dicam (spt bangunan, pokok, dll) sbg panduan menentukan lokasi sesuatu tempat.

mercun sj bunga api yg meletup apabila dibakar, petasan; ~ buluh senapang bambu, kpd saya jangan dituju prb janganlah saya digertak dgn barang sesuatu yg kosong.

mercup bp merecup;  recup.

merdangga sj gendang panjang.

merdeheka (merdehéka)  merdeka.

merdeka (merdéka) bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain: Malaysia ialah sebuah negara yg ~ dan berdaulat; besok ia jadi seorang awam yg ~ dan tidak lagi menjadi perajurit yg dikongkong oleh undang-undang dan disiplin; ~ ayam bebas sama sekali (boleh melakukan sesuatu sekehendak hati); akhbar ~ akhbar yg tidak terikat pd mana-mana parti politik;

memerdekakan memberi kebebasan melepaskan drpd penjajahan (kurungan dll), membebaskan: India telah dimerdekakan pd bulan Ogos 1947; bagaimana dia boleh ~ dirinya drpd kapitalis-kapitalis kecil itu?

kemerdekaan perihal merdeka (bebas), kebebasan: kita telah berjaya mencapai ~ pd 31 Ogos 1957;

pemerdekaan perihal (perbuatan, usaha dsb) memerdekakan, pembebasan;

pemerdeka orang dll yg membebaskan drpd penjajahan (kurungan dll).

merdesa (merdésa) sopan (lagi beradab), layak.

merdu enak atau sedap didengar (suara, nyanyian, dll): maka sangatlah ~ bunyi suara anakanda sekaliannya itu;

kemerduan perihal merdu (suara dll): ada orang yg sedang menikmati ~ suaranya.

merduk ark harta benda atau barang-barang yg tidak berharga.

merebab (Muz) sj alat bunyi-bunyian bertali satu yg digesek, biasanya terdapat dlm masyarakat Iban di Sarawak.

merecik; memerecik percik.

mereka (meréka) = ~ itu kata ganti diri ketiga (utk bilangan yg banyak), orang-orang itu.

merekahrekah.

merela Kd gatal (perempuan), biang.

merelang 1. sj tumbuhan (pokok), kebayang, Irvingia malayana; 2. sj tumbuhan (pokok), bayam jantan, Pterispermum diversifolium; 3. sj tumbuhan (pokok), resak hitam, Vatica maingayi.

merelit Kd berkilat-kilat (pakaian dll).

merelop Kd waktu hampir akan malam, senja.

merem Jw menutup mata;

memeremkan; ~ mata memejamkan mata.

meres (mérés) Jk paras, permukaan (batang yg ditakar).

mergastua sl binatang-binatang di hutan.

mergat enau, kabung.

mergukberguk.

mergul sj binatang spt berang-berang.

meriah 1. riang gembira, suka ria: mereka merayakan kemenangan itu dgn sangat ~; suasana di Carenoble kelihatan ~ kerana Krismas tidak lama lagi akan menjelang; 2. besar-besaran, ramai: pesta main pantai tahun ini lebih ~ drpd tahun-tahun lalu; 3. dgn rasmi, dgn upacara (kebesaran, kemuliaan, dll): mereka pun mulai menyanyikan lagu kebangsaan dgn ~ dan penuh perasaan;

memeriahkan menjadikan meriah, menggembirakan, meramaikan, dll: pesta itu dimeriahkan dgn tarian dan nyanyian drpd berbagai-bagai bangsa;

kemeriahan keriaan, kegembiraan, keramaian: hari ulang tahun keputeraan Nabi SAW telah kita peringati dan telah kita rayakan dgn penuh kemesraan dan ~.

meriam sj senjata api yg lebih besar drpd senapang;

~ buluh a) meriam yg larasnya panjang dan bulat; b) meriam mainan yg dibuat drpd buluh (dibubuhi karbida); ~ katak meriam yg kecil lagi pendek larasnya; ~ penangkis (kapal terbang) meriam utk menentang serangan kapal terbang.

merianmeroyan I.

meriang I berasa agak demam.

meriang II sj biawak, biawak air, Varanus salvator.

merica lada putih.

meridap Sb tidur atau lelap sekejap: dia jarang makan tengah hari kerana waktu itu digunakan utk ~.

meridian (Geog) garis khayalan yg merupakan bulatan yg membelah bumi dr kutub utara ke kutub selatan.

merih kerongkong, tenggorok, pembuluh nafas.

merik sj burung hantu.

merimin Kd bersinar-sinar, berkilat.

mering; kurus ~ sangat kurus, kurus kering.

meringgai sj tumbuhan, lemunggai.

meringin Kd bau wangi.

meringis Jw menggerenyotkan bibir (muka dll) utk menunjukkan marah dll, menyeringai.

merinin Kd cantik (drpd kebiasaannya).

merinyu 1. sl polis tentera; 2. = ~ polis nama pangkat (dlm pasukan polis) yg lebih rendah drpd penguasa polis, inspektor; 3. orang yg memeriksa utk memastikan peraturan, piawai, dsb tertentu dipatuhi, pemeriksa, inspektor; ~ makanan pemeriksa makanan.

meristem (Bio) tisu tumbuhan yg aktif membahagi dan terdapat pd bahagian pertumbuhan aktif spt hujung akar, pucuk, dan kambium.

merit (mérit) sifat, kualiti, perbuatan, dsb yg patut layak mendapat kepujian atau penghargaan: penekanan yg lebih diberi kpd ~ individu; meyakinkan orang ramai terhadap ~ sesuatu program.

meritam Br sj buah yg rupanya spt rambutan.

meritokrasi (méritokrasi) sistem sosial yg menyanjung tinggi kedudukan seseorang kerana kebolehannya (bukan kerana keturunan atau kekayaan): organisasi yg mengamalkan ~.

merjagung; bunga ~ sj tumbuhan, jenjagung.

merjan sj manik (drpd batu karang merah) utk dibuat kalung atau dokoh dll.

merk (mérk) IB 1. cap perniagaan, nama perusahaan dll; 2. ki, bp nilai, mutu; jatuh (turun) ~ a) mendapat nama yg kurang baik; b) tidak gagah (megah) lagi;

bermerk bertanda, bercap, dll: semua barang keluaran wajib ~ .

merkahrekah.

merkosa dgn paksa, (memiliki dll) dgn kekerasan, menggagahi;  perkosa.

merkubang sj tumbuhan (pokok), Mezzetia herveyana.

merkuri (Kim) sj unsur logam berwarna perak, berbentuk cair, dan biasanya digunakan utk membuat amalgam, katod, dll, raksa.

merlilin 1. sj tumbuhan (pokok); 2. sj burung.

merlimau 1. sj tumbuhan (pokok), limau-limau, Gelonium glomerulatum; 2. sj tumbuhan (pokok), limau-limau, Phyllochlamys wallichii; 3. sj tumbuhan (pokok), pokok telur belangkas hutan, keranji bulan, Aglaia odoratissima; 4. sj tumbuhan (pokok), limau hantu, Atalantia spinosa.

merlip Pl bersinar, berkilat.

merombong sj tumbuhan, berombong.

merosot 1. tergelincir turun (kerana licin dll); 2. turun (harga, mutu, dll), jatuh, berkurang (perniagaan dll): kerana aku begitu terikat dlm soal-soal politik, maka biro teknikku ~ sehingga mati sama sekali;

memerosotkan menyebabkan merosot (bkn harga, prestasi dsb), memundurkan: faktor psikologi ini akan ~ prestasi harga dlm pasaran saham;

kemerosotan perihal merosot (nilai wang, mutu, kemajuan, dll), kejatuhan, kemunduran: apabila berlaku ~ dlm bidang perusahaan, maka pengusaha terpaksa memberhentikan kebanyakan atau semua pekerjanya.

meroyan I gangguan emosi selepas bersalin akibat perubahan hormon dlm badan yg menyebabkan seseorang ibu murung, bertindak ganas, dll.

meroyan II sj tumbuhan (pokok), kelat tanduk, jarum hutan, Ixora spp.; ~ batu sj tumbuhan, banton, Vitex coriacea; ~ punai tanah sj tumbuhan (pokok), Acrotrema costatum; akar ~ jantan = akar ~ paya sj tumbuhan (pokok renek), akar berbuah, Dissochaeta celebica; akar ~ sambang sj tumbuhan (pokok menumpang), akar ketam.

merpadi sj tumbuhan (pokok kecil), mempisang, Polyalthia canangioides.

merpati sj burung, burung dara, Columba domestica; ~ mas sj burung, Caloenas nicobarica; ~ mahkota, Goura cristata;

~ dua sejoli ki sepasang orang yg sedang berkasih-kasihan; jinak-jinak ~ ki perempuan yg kelihatan senang diperdaya tetapi sebenarnya tidak.

merpaud (mérpaud) IB, bp jamak, lebih drpd satu, berbilang; belum ada ~nya ki belum beristeri (bersuami).

merpauh sj tumbuhan (pokok) dlm famili Anacardiaceae, periang, rengas (Sabah), pituh (Sarawak), Swintonia spp.

merpelai Mn pengantin laki-laki;  mempelai.

merpisangmempisang.

merpitismempitis.

merpoi sj tumbuhan (pokok), gandang, Carallia brachiata.

merpuing merpoi.

mersawa sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, loh, medang sawa, rengkung, sanai, sepah, petri, terbak, pengiran (Sabah), Anisoptera spp.

mersik 1. kuat lagi nyaring (suara, bunyi, dll), lantang: jeritan ~ itu sudah tidak kedengaran lagi; 2. kering benar, tidak berair (sambal dll), garing (gorengan): bibirnya kering ~; 3. = kurus ~ sangat kurus, kurus kering: akan Sang Sura kecil tubuhnya, rencang ~.

mersinga sj tumbuhan (pokok), gandang, Carallia brachiata.

mersuji 1. sj ikan laut, a) Makaira herscheli; b) Makaira indica; c) Makaira mazara; 2. sj ikan laut, Xiphias gladius.

mertajam sj tumbuhan (pokok besar), kelayu, Erioglossum rubiginosum.

mertamu Jk pergi berjamu.

mertas sj tumbuhan (pokok) dlm famili Linaceae, besi-besi (Sabah), lituh (Sarawak), Ctenolophon parvifolius.

merton Kd martil, tukul besi.

mertua Jk mentua.
1   ...   7   8   9   10   11   12   13   14   ...   18


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət