Ana səhifə

M II kep meter. M kep Masihi; 1959~ tahun 1959 Masihi ma


Yüklə 0.79 Mb.
səhifə7/18
tarix26.06.2016
ölçüsü0.79 Mb.
1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   ...   18

pemasakan perihal (kerja, proses, dsb) memasak;

pemasak 1. orang yg kerjanya memasak, tukang masak; 2. alat (perkakas) utk memasak; 3. Mn rempah-rempah.

masakan mana boleh;  masa II.

masakatmasyakah.

masalah 1. sesuatu yg memerlukan penyelesaian, perkara atau keadaan yg menimbulkan kesukaran (kesulitan): banyak negara Asia sekarang sedang menghadapi ~ kelebihan penduduk; banyak drpd pengusaha tempatan yg menghadapi ~ kewangan yg tenat; 2. (Mat) soalan atau kenyataan (dlm matematik dll) yg memerlukan penyelesaian biasanya dgn beberapa perkiraan: ~ itu boleh diselesaikan dgn jalan melukis mengikut skala atau dgn jalan perkiraan;

bermasalah mempunyai (ada) masalah, mengandungi (menimbulkan) masalah: rambut ~ yg tidak terurus, kering dan mempunyai hujung yg berbelah; jika anda berasa sedih dan ~ hari itu janganlah jadikannya utk tidak bergiat;

memasalahkan, mempermasalahkan menjadikan sbg masalah, memberi perhatian kpd (menganggap sbg) suatu masalah: ~ dunia adalah kehidupan; mereka tidak mempermasalahkan gejala korupsi secara keseluruhan;

permasalahan sesuatu atau segala-gala yg menjadi masalah, (pelbagai) masalah, persoalan: sajak-sajak mereka ditulis bagi membuka jalan kpd pembaca utk mengenali peristiwa dan menilai ~ di sekeliling kehidupan mereka; seminar itu akan menitikberatkan ~ bahasa; ~ pendidikan; ~ hidup wanita.

masalode (masalodé) sj kuih India yg dibuat drpd kacang dal dan bahan-bahan lain, bentuknya bulat dan agak leper.

masam 1. rasa spt rasa cuka, asam: kuman-kuman menjadikan susu itu ~; mukanya berkerut kerana memakan buah yg ~; 2. tidak jernih (muka) kerana marah dll, bersut, merengus, merengut: mukanya ~ setelah dimarahi oleh bapanya;

~ catung sangat masam (berkenaan muka); ~ kucam masam sungguh; ~ pahit Kd terlalu masam.

~ bagai nikah tak suka prb berdukacita kerana diperlakukan tidak menurut kehendak hatinya;

bermasam; ~ muka berkecil hati antara satu sama lain (kerana berkelahi dll), tidak bertegur sapa;

memasam menjadi masam: susu ini mulai ~;

memasamkan menjadikan masam: dia menjeling senyum setelah beberapa minit ~ mukanya;

kemasaman keadaan masam: cuka mempunyai kadar ~ sehingga 95%;

kemasam-masaman, masam-masaman agak masam.

masamah Pn sj masakan daging.

masap ark; memasap mengeluarkan wap, menguap, meruap.

masbuk Ar 1. yg didahului, iaitu makmum yg tidak sempat membaca al-Fatihah pd rakaat pertama bersama imam semasa solat; 2. perihal bercampur dlm sesuatu kumpulan orang atau masyarakat, percampuran, pergaulan: semasa tinggal di kampung seorang diri, terpaksalah dia memasuki ~ tetangganya kerana tidak mahu kesunyian; ini disebabkan bapaku termasuk dlm ~ orang surau.

masdar Ar tempat terbit, sumber, punca: al-Quranlah yg dijadikan ~ dan rujukan yg akhirnya mencipta bahasa Melayu moden.

maserba; binatang ~ binatang yg memakan serba jenis makanan (daun dan juga daging), omnivor.

mashaf (mas.haf) Ar jilid (naskhah) al-Quran yg bertulis tangan.

Mashumi Id akronim bagi Majlis Shura Muslimin Indonesia (salah satu parti politik di Indonesia).

masih I 1. lagi (dlm keadaan): pintu ~ terbuka; ia ~ muda; 2. = ~ lagi tinggal lagi: beras ~ secupak lagi;

semasih ark selama (masih, belum).

Masih II, al-Masih Nabi Isa.

Masihi Kristian; agama ~ agama Kristian; kurun (tahun) ~ (tahun) yg dihitung dr tarikh Nabi Isa dilahirkan.

masin rasa spt rasa garam, asin; ~ lidah (mulut) apa yg dikatakan semuanya terjadi (kejadian dll), perkataannya dituruti (diterima) orang; ~ perkataannya perkataannya dituruti (dikabulkan dll) orang; air ~ air laut; telur ~ telur yg telah diasinkan (dgn cara memeram dlm air garam);

belum tahu di~ garam prb masih belum mempunyai pengalaman; garam kami tidak ~ padanya prb perkataan kami tidak dipedulikan;

memasinkan menjadikan sesuatu masin: air laut yg melimpah itu telah ~ tanah yg terletak di sepanjang pantai itu;

kemasinan perihal masin (air dll), rasa masin;

pemasinan proses (perbuatan) memasinkan: ~ ikan-ikan itu mudah dilakukan.

masing-masing sendiri-sendiri, tiap-tiap orang: semuanya sibuk dgn pekerjaan ~.

masinis IB jurumesin (pd kepala kereta api dll).

masir berbutir-butir (spt pasir); salak ~ buah salak yg selaput bijinya berbutir-butir; kaca ~ sj kaca yg tidak licin (kesat seakan-akan berpasir).

masjid Ar bangunan khas tempat umat Islam melakukan solat Jumaat dan ibadah-ibadah lain.

Masjidilharam Ar masjid besar di Mekah.

mas kahwin pemberian wajib yg berupa wang (al-Quran dsb) oleh pengantin lelaki kpd pengantin perempuan semasa upacara akad nikah, mahar;

bermaskahwinkan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg mas kahwin: ada pula yg hanya ~ Surah al-Ikhlas dan ada juga membayar mas kahwin sebanyak 100 dinar.

maskanat Ar kemiskinan (yg merupakan jalan utk mencapai kesempurnaan batin).

maskapai IB syarikat perdagangan.

maskara bahan mekap utk menghitamkan dan mencantikkan bulu mata.

maskat I; baju ~ sj baju yg dipakai di luar.

maskat II; halwa ~ sj kuih spt dodol yg dibuat drpd campuran tepung gandum dan minyak sapi.

masker bahan (berbentuk krim, pupur, dsb) rawatan muka (utk mencuci dan menegangkan kulit).

maskot binatang (benda dll) yg dianggap atau digunakan sbg lambang bertuah: penyu dipilih sbg ~ rasmi Sukan SEA.

maskulin 1. berkaitan dgn ciri-ciri lelaki atau kelelakian; 2. (Lin) berkaitan dgn kata yg memiliki ciri yg dikaitkan dgn kelelakian.

maslahat Ar sesuatu yg berfaedah (berguna), usaha dsb yg mendatangkan faedah: dia sentiasa meletakkan kebenaran di hadapannya dan tidak mempermudah-mudahkan sesuatu ~ yg mengenai orang ramai; setiap langkah, peraturan dan undang-undang yg dapat melindungi dan mempertahankan perkara yg disebutkan tadi adalah ~;

kemaslahatan kegunaan, faedah: hal yg salah dan bertentangan dgn ~ orang ramai; demi ~ dan kepentingan manusia.

maslin = cita ~ sj kain yg jarang lagi halus.

masnawi 1. sj sajak Parsi; 2. sesuatu bentuk puisi Melayu yg berasal drpd puisi Parsi (biasanya utk tujuan memuji-muji).

masoi sj tumbuhan (pokok), Massoia aromatica; mesui.

masokisme (Psi) kecenderungan mendapat nikmat, kepuasan atau keseronokan, terutamanya nikmat syahwat, drpd kesakitan, penderitaan atau penghinaan diri sendiri.

massa 1. sekelompok benda yg banyak jumlahnya dan tidak teratur; 2. jumlah yg terlalu banyak: dr jambatan aku menoleh ke arah ~ yg spt semut banyaknya; ~ rakyat; 3. kumpulan orang ramai yg bersatu kerana dasar atau pegangan tertentu: rapat ~; 4. jumlah zat yg ada dlm sesuatu benda, jisim.

mastautin; bermastautin menetap (di), tinggal (di): keluarga mereka itu sudah turun-temurun ~ di negeri ini;

permastautinan perihal bermastautin: ~ masyarakat Melayu;

pemastautin orang yg bermastautin (di sesebuah negeri): pemain yg mempunyai status ~ tetap dianggap sbg bukan warganegara.

mastektomi (mastéktomi) (Ubat) pembuangan sebelah atau kedua-dua buah dada (biasanya dilakukan utk mengatasi serangan kanser yg parah).

MASTERA akronim bagi Majlis Sastera Asia Tenggara.

mastonkus (Ubat) tumor pd buah dada atau kelenjar susu.

mastuli sj kain sutera yg kasar dan kuat; jual sutera, beli ~ prb menggantikan sesuatu dgn yg lebih baik.

masuk 1. pergi ke dlm (bilik, rumah, tubuh badan, dll), datang ke dlm, lwn keluar: apabila ia melihat orang datang, maka larilah ia ~ hutan; lekas ~!; ia bebas ~ dan keluar; 2. terbenam (matahari, bulan, dll) ke dlm; 3. hadir di atau pergi ke tempat bekerja (sekolah dll): mengapa engkau tidak ~ bekerja semalam?; enam bulan kemudian dia ~ hospital; ~ sekolah a) pergi ke sekolah utk belajar; b) menjadi murid di sekolah; 4. menjadi ahli sesuatu pertubuhan (askar, agama, dll): maka segala orang negeri Fansuri itu pun ~ Islam; 5. sudah sampai (umur, tempoh, waktu, dll): umurnya baru ~ enam tahun; perundingan itu sudah ~ hari yg ketujuh; ~ saja waktu isyak, kesemuanya sudah mengeruh; 6. terbilang, terhitung, tergolong dlm, terkira (termuat) dlm: ia ~ orang yg berada; kain ini ~ dlm jenis kain yg baik juga; tarian ini tidak ~ dlm acara pertunjukan malam terakhir; 7. ikut serta, turut campur: Ali tidak dapat ~ peperiksaan kerana sakit; 8. yg diperoleh (diterima, didapati): ada kerja ada ~ , tak ada kerja, tak ada ~;

~ ajar mendengar atau menerima nasihat orang; ~ akal dapat diterima oleh akal (fikiran), tidak mustahil; ~ angin sakit kerana kesejukan (perut kembung dll); ~ Belanda Id menjadi warganegara Belanda; ~ buku dicatat dlm buku (perbelanjaan dll); ~ campur ikut serta, turut mengambil bahagian; ~ daun sudah mendapat peluang yg baik (sesuatu yg pasti akan berhasil); ~ hati diterima oleh hati, bersetuju; ~ Jawi Kd berkhatan; ~ kerja datang atau hadir bekerja; ~ kira terhitung (tergolong) dlm; ~ kompeni Id menjadi askar; ~ Melayu a) ark menganut agama Islam; b) menganuti (mengikuti) adat resam orang Melayu; ~ mulut turut memberi fikiran atau nasihat; ~ suluk mengasingkan diri (utk mengamalkan suluk); ~ syaitan dirasuki syaitan; ~ tangan campur tangan; ~ waktu sampai waktu (utk bersembahyang);

~ lima keluar sepuluh prb belanja yg lebih besar drpd penghasilan; ~ sarang harimau prb terperosok ke dlm suatu bahaya besar;

memasuki 1. masuk ke dlm (rumah dll): orang itu kelihatan sedang ~ pintu pagar rumahnya; 2. mengikuti (kursus, kuliah, dll), menjadi pelajar (di sekolah dll): seramai tiga puluh lima orang penuntut dr sekolah Alam Shah akan ~ universiti tahun ini; 3. mengambil bahagian (dlm peraduan, peperiksaan, dll): beberapa hari lagi dia akan ~ peperiksaan; 4. menyertai sesuatu pertubuhan (pakatan dll): ~ pertubuhan SEATO; 5. mencampuri (urusan orang lain);

memasukkan 1. membawa (membiarkan dll) masuk, mengisikan (ke dlm): ia ~ mesin taip ke dlm bilik; perusahaan ~ nanas ke dlm tin; dialah yg mula-mula ~ suatu konsep baru ke dlm kesusasteraan kita; 2. menjadikan seseorang ahli sesuatu pertubuhan dll: ramai ibu bapa ~ anak-anak mereka ke sekolah itu; 3. menaruhkan wang ke dlm sesuatu perusahaan dll, menanam modal: ia ~ RM50 ke dlm sebuah syarikat pd awal tiap-tiap tahun;

termasuk 1. sudak masuk; ~ di hati ki dapat diterima, dipercayai; 2. tergolong (terhitung dll) dlm: labah-labah tidak ~ dlm kumpulan serangga;

kemasukan 1. dimasuki (hantu, orang halus, dll), dirasuki (hantu dll): lembu tua itu lari dan terus lari spt ~ hantu merempuh segala tanaman; 2. ada yg masuk, dimasuki oleh: matanya pedih kerana ~ asap sabut yg tebal itu; 3. perihal masuk (menganggotai) sesuatu pertubuhan dll: ~ Malaysia sbg anggota majlis keselamatan;

pemasukan perbuatan (tindakan, kerja, proses, dsb) memasukkan.

masup Jk masuk.

masuyit (Kim) mineral nadir yg mengandungi 74% uranium.

masya-Allah Ar 1. apa yg dikehendaki Allah; 2. sr kata utk menyatakan perasaan hairan dll.

masyaikh Ar ketua-ketua.

masyakah, masyakat Ar susah, sukar, kesusahan, kesukaran.

masyarakat 1. kumpulan manusia yg hidup bersama (di sesuatu tempat dgn aturan dan cara tertentu), pergaulan hidup: menjadi guru ialah sebaik-baik pekerjaan di sisi ~; ~ kampung golongan manusia yg tinggal di kampung; ~ kota golongan manusia yg tinggal di kota; ~ majmuk masyarakat yg terdiri drpd beberapa bangsa (kumpulan etnik atau suku bangsa dsb); ~ ramai orang (khalayak) ramai; sampah ~ orang yg tidak berguna dlm sesuatu kumpulan manusia; 2. keseluruhan hubungan sosial antara kumpulan haiwan: ~ haiwan;

bermasyarakat merupakan (hidup sbg satu) masyarakat, menggabungkan diri: tabiat manusia berkehendakkan hidup ~;

memasyarakatkan memperkembang dan menyebarkan sehingga meresap ke dlm masyarakat, menjadikan tersebar (terkenal dsb) di kalangan masyarakat, meluaskan pengetahuan tentangnya atau penggunaannya dsb di kalangan masyarakat: DBP terlibat langsung dlm usaha ~ bahasa melalui penerbitan; usaha ~ filem belum boleh dianggap berjaya setakat ini;

kemasyarakatan keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusteraan terlalu memberatkan soal ~; ilmu ~ sosiologi;

pemasyarakatan proses (usaha dsb) memasyarakatkan: tentu saja ~ bahasa di kedua-dua negara ini akan lebih cepat dan berkesan dgn penerbitan kamus ini.

masyghul Ar 1. berasa dukacita kerana sesuatu, susah hati, murung, sedih: setelah baginda mendengar pencuri terlalu ganas itu, maka baginda pun terlalu ~ ; 2. kesal hati, sebal hati;

memasyghulkan 1. menyedihkan (menyusahkan) hati: sekarang bapa angkat hamba itu menuntut janjinya, itulah yg ~ hamba; 2. berasa dukacita (sedih dll) bkn sesuatu;

kemasyghulan 1. kesedihan (kesusahan, kesebalan) hati: ~nya itu diketahui juga oleh bapa angkatnya walaupun ia cuba menyembunyikannya; 2. menjadi (menderita) masyghul: ia masih sangat ~ .

masyhadat Ar tempat orang berkumpul, perjumpaan, pertemuan.

masyhur = termasyhur Ar 1. tersebar ke serata tempat (berita, peristiwa, dll), ketahuan ke tempat-tempat lain: maka khabar yg demikian itu pun termasyhurlah ke negeri-negeri yg lain; 2. terkenal, ternama: mereka gemar membaca buku-buku yg mengisahkan kehidupan seseorang yg ~ ; kami nikmati lukisan dan pahatan bermacam-macam seniman yg termasyhur;

memasyhurkan 1. sl menyebarkan ke serata tempat (berita, peristiwa, ajaran, dll), menyiarkan: cuma sahaja dimasyhurkan khabar demikian supaya jangan orang tahu; 2. membuat supaya menjadi masyhur (terkenal, ternama): Persatuan Belia akan mementaskan semula drama yg telah ~ nama kampungnya ke serata tanah air;

kemasyhuran perihal masyhur (terkenal): ~ Melaka sbg pusat perdagangan utama tersebar luas;

pemasyhuran perihal memasyhurkan (menyiarkan berita dll): ~ kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

masyrik Ar timur, negeri atau daerah di sebelah timur; dr ~ sampai ke maghrib dr timur sampai ke barat (seluruh dunia).

mat I; ~ gian bp penagih dadah; ~ jenin orang yg suka berangan-angan; ~ salih sebutan utk orang Eropah (terutama orang Inggeris).

mat II kata yg menyatakan raja mati atau tidak dapat bergerak lagi (dlm permainan catur);

mengemat mematikan atau mengepung raja hingga tidak bergerak lagi (dlm permainan catur).

mata I 1. alat utk melihat (pd manusia atau binatang), pancaindera utk melihat: ~nya hitam dan besar sedikit dan selalu pula terkejip-kejip; ~ hitam bahagian mata yg berwarna (di tengah-tengah); 2. bahagian yg tajam pd alat pemotong (kapak, pisau, dll): pisau itu ~nya tumpul; ~ cangkul; ~ kapak; ~ tenggala (bajak); 3. sesuatu yg menyerupai mata (spt lubang kecil, lubang jala, dll): ~ jarum; 4. sela antara dua senggat (pd kayu pembaris dll), sela antara dua anak tangga: tempat betara itu dihadap orang tinggi, tiga ~ anak tangganya; 5. ki yg di tengah-tengah benar, pusat: ~ bisul; ~ alamat sasaran, tujuan; 6. tunas pd ubi (dahan dll); 7. punca, sumber (air, pencarian, dll); 8. markah yg diperoleh (dlm peperiksaan, pertandingan, dll): pasangan dr Malaysia telah memenangi set pertama dgn ~ 15-10; 9. sl jenis-jenis (masakan, hidangan, dll); beratus-ratus ~ gulai beratus-ratus jenis gulai;

~ air a) tempat air terbit dr tanah; b) bp kekasih; ~ anggaran Id bahagian (pos) anggaran belanja; ~ angin arah yg ditunjukkan oleh jarum kompas, arah angin datang (timur, barat, dll); ~ ayam sj tumbuhan (pokok renek), Ardisia crispa; ~ batin perasaan dlm hati, rasa hati; ~ bedil butir-butir pembidik pd laras bedil; ~ belanak pusat pusingan (lingkaran); ~ benda barang(-barang) yg berharga (spt permata dll); ~ besar sj ikan kap, Amblyrhynchichthys truncatus; ~ bisul lubang bisul; ~ buku buku jari dll; ~ bulan bentuk bulan yg tampak samar-samar; ~ cemperling mata yg merah warnanya; ~ cincin permata (intan, berlian, dll) pd cincin; ~ dabus besi tajam yg digunakan dlm permainan dabus; ~ dacing garis-garis pd dacing (utk menunjukkan berat); ~ dagangan barang-barang dagangan; ~ duitan tamak akan wang; ~ duli buku lali; ~ gaji tangga gaji; ~ gawai ark pembantu; ~ gelap mengamuk kerana marah dll; ~ gergaji a) bahagian yg tajam dan bergirigi pd gergaji; b) Kl orang yg bermuka-muka (dgn dua pihak); ~ gobek (gunting) bahagian yg tajam pd gobek (gunting); ~ hati a) perasaan hati; b) sl wakil peribadi, ganti diri; ~ hitam bahagian biji mata yg hitam; ~ huruf tiap-tiap satu huruf; ~ ikan sj kudis yg bernanah (pd kaki dll); ~ jahitan bahagian yg dijahit; ~ jala (jaring) lubang-lubang yg terdapat pd jala (jaring); ~ jalan penunjuk jalan, peninjau; ~ kail kawat yg bengkok dan tajam hujungnya pd kail; ~ kain corak kain; ~ kakap lubang kecil pd bahagian bawah perahu (digunakan utk mengeluarkan air); ~ kaki tulang yg membonggol pd pergelangan kaki (buku lali); ~ kasar mata sahaja (tidak menggunakan teropong dll); ~ kati (tahil) garis pd dacing yg menunjukkan kati (tahil); ~ kayu a) tanda bekas dahan yg telah dipotong pd kayu (berwarna hitam); b) tidak tahu menulis atau membaca (buta huruf); ~ kemung mata yg besar; ~ keranjang suka melihat perempuan; ~ kerek bulatan pd kerek; ~ ketam besi tajam pd ketam kayu; ~ kotak orang yg tidak tahu memilih mana yg baik dan mana yg buruk; ~ kucing a) sj batu permata; b) sj damar yg jernih warnanya; c) Id sj lampu berwarna pd peti radio; ~ kumpuan = ~ majmuk mata yg terdiri drpd beberapa mata yg kecil-kecil (spt mata lalat dll); ~ lembu = ~ sapi = ~ kerbau telur yg digoreng bulat-bulat (tidak dipecahkan bahagian merahnya); ~ lipas a) mata yg tidak berwarna (pd kuda); b) mata yg suram; ~ lolong Kl mata yg tersembul; ~ luka lubang atau liang luka;~ pajak ark (Palembang) orang yg wajib membayar cukai; ~ panah bahagian hujung anak panah (yg tajam); ~ pedoman jarum pedoman yg menunjukkan mata angin, mata angin dlm pedoman; ~ pelajaran jenis ilmu pengetahuan yg diajarkan (di sekolah, maktab, dll); ~ pena bahagian hujung pena yg digunakan utk menulis; ~ pencarian (penghidupan) pekerjaan yg dilakukan utk mendapatkan sara hidup; ~ perdagangan barang-barang dagangan; ~ petai ki mata yg tidak dapat melihat dgn betul; ~ petir pancaran kilat yg diikuti oleh petir; ~ piano bahagian piano yg diketuk-ketuk (utk mengeluarkan bunyi); ~ punai lubang yg bersegi enam (pd anyaman dll); ~ rantai gelang-gelang pd rantai; ~ ringkas mata serangga dsb yg mempunyai satu kanta, mis labah-labah dan kala jengking; ~ sangkur benet, bayonet; ~ surat Id tulisan (huruf) pd surat; ~ susu puting susu; ~ tangga sela antara dua anak tangga; ~ telinga ganti diri sendiri, wakil peribadi; ~ tombak hujung tombak yg tajam; ~ tunas tunas yg baru bercambah; (di) ~ umum (pd) pandangan umum, di khalayak ramai; ~ wang a) wang yg bukan wang kertas, wang drpd logam (duit syiling); b) jenis atau unit wang yg digunakan di sesebuah negeri; ~ wang asing mata wang negara lain selain mata wang negara itu sendiri, mis mata wang asing bagi Malaysia ialah yen, dolar dan rupiah; dgn ~ kepala sendiri sendiri (melihat);

~ memandang apa hendak sakit, bahu memikul timpa perasaan = berapa berat ~ memandang, berat lagi bahu memikul prb walau bagaimana susah pun seseorang melihat kesusahan yg ditanggung orang lain, tetapi lebih susah orang yg menanggung kesusahan itu; ~ tidur bantal berjaga prb perihal perempuan yg melakukan kejahatan pd waktu suaminya percaya betul padanya; hilang di ~, di hati jangan prb walaupun telah jauh tetapi janganlah melupakan orang yg ditinggalkan; jadi ~ telinga prb orang yg jadi harapan dan yg selalu memberi pertolongan; kerana ~ buta, kerana hati mati prb perihal orang yg menurutkan hawa nafsunya akhirnya mendapat kesusahan; silap ~ pecah kepala prb kalau kurang hemat dlm sesuatu pekerjaan yg berbahaya tentu akan mendapat kesusahan; tentang ~ dgn ~ prb berhadapan satu sama lain;

mata-mata 1. polis; 2. Id penyuluh;

~ gelap polis rahsia, penyuluh; ~ khas polis yg mempunyai tugas-tugas tertentu (pd zaman darurat); ~ tentera polis tentera (utk mengawasi tatatertib tentera);

memata-matai 1. mengawasi secara diam-diam (gerak-geri seseorang dll), mengamat-amati: mereka disuruh mencari rahsia kita, ~ segala sikap dan gerak-geri kita; 2. Br membaiki siratan jala (jaring dll);

termata-mata jelas sekali kelihatan.

mata II; semata-mata, semata 1. hanya, melulu: burung itu hidup ~ bergantung pd ikan; 2. belaka, sama sekali: berjaya atau tidak pelajaran yg diajarkan terpulanglah kpd guru ~.

mata III ukuran berat utk candu.

mata IV sj tumbuhan (pokok dan buahnya), bidara, Nephelium malaiensa;

~ bisul = ~ itik sj tumbuhan (pokok renek), melukut, Urophyllum globram; ~ keli sj tumbuhan a) (pokok kecil), berbulu, bulu-bulu, membulu, pianggu jantan, Pellacalyx axillaris; b) (pokok renek), inai batu, kelam padang, Vaccinum malaccensis; ~ keli jantan sj tumbuhan (pokok), kemuning jantan hutan, Canthium confertum; ~ keli para sj tumbuhan (pokok renek), cemperai dadih, jintih putih, perincen, siamit, Urophyllum streptopodium; ~ ketam batu sj tumbuhan (pokok kecil), geronggong semut, Ouratea crocea; ~ kucing sj tumbuhan (pokok dan buahnya), bidara, Nephelium malaiensa; ~ pelanduk sj tumbuhan, a) (pokok kecil), perah, periah, Ardisia elliptica; b) (pokok renek), jarum merah, kepayang air, sepati, Ixora anguta; ~ pelanduk gajah sj tumbuhan (pokok renek), Ardicia villosa; ~ ulat sj tumbuhan (pokok) dlm famili Celastraceae, perupuk, bajan (Sarawak), Kokoona spp..
1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   ...   18


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət