Ana səhifə

G huruf ketujuh abjad Rumi. G. kep Gunung: ~ Kinabalu; ~ Tahan ga


Yüklə 0.71 Mb.
səhifə1/15
tarix27.06.2016
ölçüsü0.71 Mb.
  1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   15
g huruf ketujuh abjad Rumi.

G. kep Gunung: ~ Kinabalu; ~ Tahan.

ga huruf ke-26 abjad Jawi (mempunyai nilai 6000).

Ga simbol kimia bagi galium.

gaba-gaba Id 1. perhiasan drpd daun-daun (terutamanya daun nyiur): jalan menuju ke balai raya itu dihiasi dgn ~ drpd daun nyiur; 2. pintu gerbang kehormatan yg dihiasi dgn daun nyiur dll; 3. atap pondok drpd daun kabung atau rumbia;

menggaba-gabai menghiasi dgn gaba-gaba.

gabah I (butir) padi yg kulitnya belum terkupas, antah.

gabah II gegabah.

gabai I Mn; menggabai menghulurkan tangan (utk mencapai sesuatu), mencapai, menggapai;gapai.

gabai II Kd sesuatu yg lebar dan rata (tapak kaki dll).

gabai-gabai Mn perhiasan sanggul yg dibuat drpd emas.

gabak I Mn buruk cuaca, mendung (alamat akan hujan), redup, suram; hari ~ hari redup; ~ di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas prb tanda-tanda akan berlakunya sesuatu.

gabak II Jw penyakit campak.

gabal kasar (hasil pekerjaan dll), tidak halus buatannya;gabas I.

gabardin sj kain yg kukuh dan agak tebal, yg digunakan terutamanya utk membuat kot.

gabas I kasar buatannya, tidak kemas (pekerjaan dll); gabal.

gabas II Mn gopoh-gopoh, buru-buru, gesa-gesa;

menggabas menggesa-gesakan;

tergabas terburu-buru, tergesa-gesa, tergopoh-gopoh: kerana takut, penuntut itu membuat pekerjaannya dgn ~.

gabas III Kl; gabas-gabas lebih kurang, secara kasar.

gabenor 1. gelaran yg tidak digunakan lagi bagi Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri (ketua negeri) Pulau Pinang dan Melaka; 2. ketua sesebuah negeri di Amerika Syarikat: ~ California; 3. orang yg dilantik (oleh raja dsb) utk menjadi ketua sesebuah negeri atau wilayah (biasanya tanah jajahan); ~ jeneral ketua pemerintah negeri jajahan (tertentu); 4. Id ketua pemerintah provinsi, penyelia, pengurus, ketua (yayasan, bank, dll); 5. orang yg mengetuai sesebuah organisasi atau institusi: G~ Bank Negara Malaysia.

gabir Mn canggung, kekok.

gableg Jw ark; tidak ~ tidak mempunyai.

gabra bp keadaan tidak tentu arah, kelam-kabut: dia kelihatan ~ apabila dimarahi oleh ibunya.

gabuih Kd; menggabuih menyapu (mengeringkan) dgn kain, mengelap.

gabuk I Jw 1. tidak berbuah, hampa (bkn padi dll); ~ besar tidak berisi tetapi besar; 2. tidak dapat beranak, mandul (bkn perempuan).

gabuk II Mn; menggabuk melingkungi (spt mega mendung), meliputi: teman hidup ialah orang yg mengerti akan kepahitan hidup yg dihantarkan dan digabuk oleh kesusahan dr kecilnya.

gabuk III Pn gemuk pendek, montok, montel.

gabung ikat, berkas: tiga ~ tebu;

bergabung 1. terikat dlm satu berkas, berikat: batang-batang tebu yg ~; 2. bersama-sama menjadi atau bertindak sbg satu kumpulan (golongan): rakyat drpd berbagai-bagai kaum ~ utk menyuarakan ikrar kebangsaan; 3. bercantum atau bersekutu (menjadi satu, segolongan, atau sekelompok), bersatu: kalau parti tuan hendak berkuasa ada baiknya ~ dgn parti kami;

menggabung 1. mengikat (beberapa batang tebu dll) menjadi satu, memberkas; 2. = menggabungkan;

menggabungkan 1. mengikat (mengumpulkan) menjadi satu (seberkas); 2. mencantumkan (menyekutukan) dlm satu kumpulan atau golongan yg lebih besar, menyatukan: langkah-langkah yg diambil utk ~ badan-badan seni patutlah dipergiat lagi; ia mulai ~ semua perusahaan saudagar di bawah satu perbadanan; ~ diri dgn menyekutukan diri dgn, bersatu dgn, menyertai: orang-orang muda diminta ~ diri dgn angkatan bersenjata Malaysia;

tergabung 1. terikat menjadi satu (seberkas), disatukan (dlm satu ikatan); 2. terikat (tercantum) dlm satu kumpulan (golongan) yg lebih besar;

gabungan 1. berkas, ikat(an): lidi-lidi yg diikat ini agak besar ~nya; 2. persatuan yg terjadi drpd ikatan (persekutuan) beberapa buah pertubuhan atau kesatuan: G~ Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung; 3. cantuman atau satuan yg terdiri drpd dua atau beberapa unsur dsb: ~ pemikiran antara ahli profesional drpd berbagai-bagai organisasi dan institusi;

pergabungan perihal bergabung (bercantum atau bersekutu): ~ beberapa buah pertubuhan dan persatuan;

penggabungan perihal atau perbuatan menggabungkan (supaya menjadi satu ikatan atau perkumpulan yg besar): mesyuarat ~ badan-badan kesenian telah diadakan di Kuala Lumpur.

gabung jalin; menggabungjalinkan menggabungkan (mencantumkan) dan menjalinkan: di peringkat sekolah menengah, pengajaran bahasa Malaysia digabungjalinkan antara ketiga-tiga aspek, iaitu lisan, bacaan kefahaman, dan penulisan;

penggabungjalinan perihal (perbuatan dsb) menggabungjalinkan: guru-guru kurang pasti dgn konsep ~ spt yg disarankan dlm sukatan pelajaran; prinsip pedagogi spt ~ kemahiran bahasa dan penegasan terhadap penggunaan yg bermakna.

gabus I 1. sl kayu ringan dan lembut drpd pokok Alstonia scholaris (digunakan sbg pengilir pisau, pengesat kaki, pelampung, dll); 2. penyumbat yg dibuat drpd gabus; topi ~ topi yg berlapis dgn gabus;

menggabus menggosok (mengilir dll) dgn kayu gabus: ~ taji;

penggabus penggosok, pengasah, pengilir.

gabus II sj ikan haruan, Ophiocephalus striatus; telur ~ sj penganan.

gad bp pengawal, penjaga.

gada pemukul yg bulat panjang (dibuat drpd kayu dll), belantan;

bergada berlawan dgn gada;

menggada memukul dgn gada;

penggada gada.

gada-gada sj bendera kecil di puncak tiang kapal (perahu dsb) utk mengetahui arah angin.

gadah; sama ~ sama besar (dr hujung ke pangkal).

gadai 1. pinjaman wang dgn menyerahkan barang sbg cagaran utk tempoh tertentu (kalau tidak ditebus dlm tempoh tersebut barang itu akan menjadi milik orang yg memberi pinjaman); ~ gelap gadai tanpa izin; 2. = barang ~ barang yg diserahkan sbg cagaran hutang; menebus ~ menebus barang yg menjadi cagaran hutang; menjual ~ menjual barang dgn syarat barang itu dapat ditebus dlm tempoh tertentu; (kedai) pajak ~ = rumah ~ tempat meminjam wang dgn menyerahkan sesuatu sbg cagaran; surat ~ surat yg menandakan hutang dgn cagaran barang; ~ terdorong kpd Cina prb terlanjur, tidak mungkin ditarik kembali;

bergadai mendapatkan pinjaman dgn memberi (menyerahkan) sesuatu cagaran: dia sanggup ~ utk membiayai persekolahan anaknya;

~ golok (bergolok) berikhtiar mendapatkan sesuatu dgn bergadai; ~ nyawa mempertaruhkan nyawa, meletakkan diri sendiri dlm keadaan yg boleh menyebabkan maut utk atau kerana seseorang atau sesuatu;

menggadai 1. Id menerima cagaran utk wang yg dipinjamkan; 2. = menggadaikan: ~ tanah; ~ nyawa bergadai nyawa; ~ terdorong ke pajak, sehari sebulan juga prb sesuatu perbuatan yg terlanjur walaupun kecil akibatnya sama spt yg besar juga;

menggadaikan 1. menyerahkan sesuatu (tanah dll) sbg cagaran hutang: keadaan hidupnya demikian terdesak hingga ia terdorong ~ harta bendanya; 2. menyerahkan atau meletakkan sesuatu dlm keadaan terancam atau sbg cagaran utk mendapatkan sesuatu faedah dsb, mempertaruhkan: dia sedih raja ~ imannya;

tergadai telah digadai; orang ~ orang yg menjadi jaminan hutang; tercacak bagai lembing ~ prb tertegun kehairanan;

gadaian barang yg tergadai;

penggadaian perihal (perbuatan) menggadai;

pegadaian rumah gadai, pajak gadai;

penggadai orang yg menjalankan pekerjaan menggadai.

gadai janji (Eko) 1. perjanjian peminjaman sejumlah wang drpd bank, syarikat kewangan dsb bagi membeli rumah atau harta benda dgn rumah atau harta benda yg berkenaan dijadikan cagaran; 2. dokumen yg diberikan oleh peminjam kpd pemberi pinjam dlm bentuk lien kpd harta yg dijadikan cagaran terhadap pinjaman yg diberi sehinggalah pinjaman berkenaan dibayar semula;

~ kedua (Eko) gadai janji yg dibuat terhadap harta yg masih digadai janji dgn pihak lain; ~ pertama (Eko) gadai janji utama yg memberikan tuntutan pertama terhadap harta yg menjadi cagaran;

menggadai janji mencagarkan harta benda secara gadai janji kpd pemberi pinjaman (bank, syarikat kewangan dsb) utk mendapatkan pinjaman: dia terpaksa ~ rumahnya kpd bank utk membiayai pelajaran anaknya di seberang laut;

penggadai janji orang yg meminjam wang dan menggadai janji hartanya kpd pemberi pinjaman (bank, syarikat kewangan dsb) sbg cagaran.

gadamala sj tumbuhan (rizom), lengkuas, Languas galanga.

gadang I Mn besar;

menggadang bersikap angkuh (congkak).

gadang II Jk; bergadang berjaga sepanjang malam.

gadang III sj penampi (beras, kacang, dll) yg bulat dan besar, badang.

gadang-gadang sj ikan laut, tudung tempayan, tudung periuk, Platax spp.

gadi Pn sj kereta sorong.

gadik I Pn sebati;

bergadik bersebati, bercampur aduk: diulinya tepung itu hingga ~ betul.

gadik II Kl kental.

gading I 1. taring gajah: keris berhulu ~; 2. = warna ~ warna putih kekuning-kuningan (spt warna gading); aur (buluh, nyiur) ~ aur (buluh, nyiur) yg berwarna kekuning-kuningan; 3. sl sepasang pengapit yg mengiringi pengantin;

~ pd gajah yg sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? prb apa yg ditentukan tidak mungkin diubah lagi; bagai tanduk bersendi ~ prb sepasang yg elok dan padan; pucuk leban ~ gajah, bekerja segan makan gagah prb orang yg malas bekerja padahal ia tidak sakit; spt ~ dilarik prb rupa yg cantik dan bersih; sudah dapat ~ bertuah, tanduk tidak berguna lagi (terbuang tanduk kerbau mati) prb sebab mendapat yg baru, yg lama (atau kurang sempurna) dibuang; tak ada ~ yg tak retak prb tidak ada sesuatu yg betul-betul sempurna;

bergading mempunyai gading, memakai gading; telah mati yg ~ prb telah meninggal orang yg berkuasa;

menggading 1. menyerupai gading (nyiur yg baru tumbuh); 2. menikam dgn gading.

gading II; ~ betina sj tumbuhan (pokok), Aporosa aurea; ~ gajah sj tumbuhan (pokok menumpang), Eria teretifolia; ~ jantan sj tumbuhan, (pokok kecil), ciapet, Xanthophyllum affine; ~ tulang sj tumbuhan (pokok), Randia racemosa; seri ~ bunga yg ada sangkut-pautnya dgn taman asmara.

gading-gading I 1. tulang rusuk pd lambung perahu; 2. lingkaran pd roda.

gading-gading II 1. sj tumbuhan (pokok), Diplospora malaccense; 2. sj tumbuhan (pokok renek), Greenia corymbosa; 3. sj tumbuhan (pokok), Prismatomeris malayana; ~ rimba sj tumbuhan (pokok renek), Tarenna wallichii.

gadis I 1. anak perempuan yg sudah baligh (sudah boleh berkahwin), anak dara: pemuda itu berasa gelisah kerana ditinggalkan berdua sahaja dgn seorang ~; 2. masih perawan, belum disetubuhi (dicemari laki-laki): walaupun sudah lama bergaul mesra dgn laki-laki ia masih tetap ~; sudah hilang ~nya bukan anak dara lagi; 3. Id tidak pernah beranak atau bertelur (binatang), dara: ayam ~ ; kuda ~;

~ besar gadis yg berumur kira-kira 18 tahun; ~ kecil gadis muda yg berumur kira-kira 13 tahun; ~ sunti anak dara kecil yg belum baligh; ~ tanggung gadis yg sedang besarnya; ~ tua perawan yg sudah tua;

bagai ~ julung bersubang prb angkuh atau terlalu gembira (kerana mewah, keturunan diraja, dll); bagai ~ julung menumbuk prb rajin kerana baru sahaja mengerjakan sesuatu pekerjaan; spt ~ sudah berlaki prb anak dara yg kelakuannya kurang sopan (mencarut, mencuri, dll);

bergadis masih perawan; tidak ~ tidak perawan lagi;

menggadis masih tetap anak dara, belum mahu berkahwin;

kegadisan perihal gadis, kedaraan, keperawanan: meskipun digoda oleh pemuda sebaya, ~ mereka tetap terpelihara;

kegadis-gadisan bertingkah laku sbg gadis.

gadis II; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), Cinnamomum parthenoxylon.

gado-gado Jw 1. sj makanan drpd sayur-sayuran, tempe, tauhu dsb yg digaul dgn kuah kacang; 2. campur baur, tidak teratur.

gadu; ~ gajah sj tumbuhan (pokok), mentua pelanduk besar, sambau jangkang, Trigonostemon longifolius.

gaduh I 1. gempar, huru-hara, riuh-rendah (kerana pertengkaran, kerusuhan, dll): petani-petani membuat ~ kerana kekurangan air di sawah; 2. pertengkaran, perkelahian; membuat ~ a) bertengkar, berkelahi; b) membuat bising (gempar); 3. selalu gelisah atau bimbang kerana sesuatu sebab, berasa tidak tenteram: hampir setiap hari ia ~ sakit saja;

bergaduh 1. berkelahi, bertengkar: baiklah berhati-hati jangan sampai ~ dgn orang itu; 2. membuat gempar (bising): orang sangat hairan melihat gadis-gadis ~ dgn sengitnya; 3. campur aduk, kusut, tidak keruan, sangat kacau: kalau bangsa-bangsa dlm negeri mulai ~, sukarlah hendak menenteramkan mereka kembali;

bergaduhan saling bergaduh: kedua-dua puteranya ~ sebab merebut takhta Siak;

menggaduhkan 1. = menggaduh, mengacau (kan), mengganggu: orang Abong tiada lagi akan menggaduh anak buah perwatin; 2. mengkhuatirkan, merunsingkan: perkara makanan tidak usah digaduhkan kerana saya akan sediakan sendiri;

kegaduhan perihal gaduh, kekacauan, kerusuhan;

pergaduhan perkelahian, pertengkaran, perbantahan, rusuhan.

gaduh II Kl terburu-buru, tergesa-gesa.

gaduh III Kd bersusah payah: tak usah ~.

gaduk Mn angkuh, congkak, sombong;

bergaduk berlagak, menyombongkan diri; ~-gaduk diri, saku-saku diterbangkan angin prb orang yg suka bercakap sombong tetapi poket kosong;

menggaduk menyombong;

menggaduki menyombong kpd.

gadung I sj tumbuhan liar (pokok melilit, umbinya mengandungi racun, tetapi kalau direndam dlm air atau dibancuh dgn abu basah, boleh dimakan), Dioscorea hispida;

hijau ~ hijau muda (spt warna daun gadung); mabuk ~ a) mabuk kerana makan gadung; b) gila berahi;

~ cina sj tumbuhan (pokok memanjat), Smilax cina; ~ jantan = akar ~ tikus sj tumbuhan (pokok memanjat), canar babi, Smilax helferi; ~ kasturi sj anggerik (orkid), Epidendrum spp.; ~ lilin = ~ mabuk sj tumbuhan (pokok memanjat), Dioscorea hispida; ~ samak sj tumbuhan (pokok memanjat), Vitis cinnamomea; ~ seberang sj tumbuhan (pokok memanjat), Smilax helferi.

gadung II Jw; gadungan tiruan, jadian, palsu;

harimau ~ = macan ~ harimau jadian (manusia yg menjelma sbg harimau); wartawan ~ wartawan palsu.

gae (gaé) Mn tua; orang ~ orang tua.

gaek (gaék) Jk sangat tua.

gaet (gaét) Jk kait;

menggaet 1. mengait; 2. ki menipu (wang), memperdayakan (utk mencari keuntungan).

GAFIM akronim bagi Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia.

gaga Jw huma, ladang padi: padi ~ padi huma.

gagah 1. kuat, mempunyai tenaga, bertenaga: datuknya sudah pun tua tapi masih ~ mengayuh basikal; 2. berani, perkasa: perajurit yg ~ berani menemui ajalnya di medan perang; ~ berani (perkasa) sangat berani; 3. besar dan tegap (badan), begap: gadis itu tidak jemu-jemu melihat pemuda yg ~ di sampingnya; 4. bangga, megah: dia berasa ~ dapat masuk ke universiti;

bergagah-gagahan 1. mengadu kekuatan; 2. beradu megah;

menggagah 1. mengerjakan sesuatu dgn sepenuh tenaga; 2. = ~ pinggang bersikap gagah dgn bercekak pinggang;

menggagahi 1. memaksa, mengerasi, menguasai: kubu pertahanan itu dapat digagahi musuh; 2. memperkosa, merogol: dia dihukum kerana ~ seorang gadis;

menggagahkan membuat gagah (berani, kuat, dll), memberanikan, memaksakan; ~ diri, = ~ hati memberanikan diri;

kegagahan perihal gagah: dlm ingatanku tergambar keperwiraan dan ~ Hang Tuah; pintu gerbang di depan menambahkan ~ bangunan itu.

gagai; menggagai memanjat (pokok dll) dgn cara memeluknya dgn kaki dan tangan.

gagak 1. sj burung dendang berbulu hitam berkilat dan berbunyi garuk; ~ paruh besar, Corvus macrorhynchos; ~ hutan = ~ paruh rampai, Corvus enca; 2. = ~ gunung sj burung, Cissa chinensis; 3. = ~ paruh emas sj burung, Urocissa flavirostris;

~ bersuara murai prb seorang yg hodoh rupanya tetapi mempunyai suara merdu dan budi bahasa yg baik; ~ lalu punggur rebah prb orang yg ingin menunjukkan kuasanya (berlaku tidak adil kpd yg lemah); ketika ~ putih bangau hitam prb pd zaman dahulukala; selama hitam ~, selama air mengalir jua prb kekal abadi (selama-lamanya); spt burung ~ pulang ke benua prb walaupun sudah merantau tidak berubah keadaannya.

gagal tidak berhasil atau berjaya, tidak (dapat) mencapai matlamat (cita-cita dsb yg dikehendaki) tidak jadi, kecewa: usaha-usaha utk menamatkan konfrontasi ~ belaka; ~ dlm peperiksaan;

menggagalkan menjadikan tidak berhasil, mengecewakan: rundingan-rundingan ke arah perdamaian digagalkan;

tergagal tidak berhasil atau berjaya: kalau tidak tahu tempatnya, perjalanan kita mungkin ~;

kegagalan perihal gagal.

gagang 1. tangkai (bunga, gayung, dll), hulu (keris, tombak, dll); 2. Mn pucuk ranting atau batang pokok yg melata (melilit), sulur;

~ pena batang pena; ~ senapang (telefon) pemegang senapang ~ telefon pemegang telefon; spt sirih pulang ke ~nya prb orang yg kembali kpd asalnya;

menggagang mempunyai sulur.

gagap I = menggagap tertahan-tahan atau terhenti-henti apabila bercakap (mis m-m-ma-malam utk malam); orang ~ orang yg bertutur tertahan-tahan;

bergagap-gagap bercakap dgn tertahan-tahan;

tergagap-gagap terhenti-henti (percakapan), tergaguk-gaguk: dgn suara yg ~, Rahim menceritakan riwayat hidupnya;

kegagapan perihal (sifat atau keadaan) gagap: tahap ~ berbeza antara seseorang dgn seseorang yg lain bergantung pd keadaan tekanan sosial yg dihadapinya.

gagap II Jk mencari sesuatu dgn meraba-raba (dlm gelap), menggagau(-gagau).

gagar Kl cari, raba, geladah;

menggagar meraba-raba, merayau.

gagas; menggagas memikirkan sesuatu;

gagasan buah fikiran yg dijadikan saranan, idea: kerajaan diminta menjayakan ~ Maphilindo; dasar ini merupakan satu ~ umum mengenai segala aspek keterlibatan belia dlm masyarakat.

gagau I; menggagau meraba-raba (dlm gelap dll), mencari sesuatu dgn meraba-raba: orang buta itu ~ laci meja;

tergagau-gagau meraba-raba (kerana buta, gelap, dll).

gagau II Mn; bergagauan berteriak-teriak dgn tidak menentu;

segagau serupa gagaunya, sama-sama tidak menentu: kini, yg ~ dengannya cuma seorang sahaja;

tergagau berteriak dgn tiba-tiba (kerana takut dll).

gagu Jk bisu;

menggagu membisu.

gaguk; tergaguk-gaguk tertahan-tahan kata-katanya, tergagap-gagap.

gah sl 1. kemasyhuran, kemuliaan: maka masyhurlah ~nya merata negeri; 2. keangkuhan, kebanggaan; ~ dan takbur kesombongan; 3. ki, bp menjadi buah pertuturan orang, termasyhur: maka ~lah ke seluruh dunia akan kehandalan pahlawan itu; 4. kelihatan hebat: syarikat pengilangan yg ~ dr segi fizikalnya.

gaham I Mn gertak(an), ugutan;

menggaham menakutkan, mengancam, menggertak.

gaham II; ~ badak sj tumbuhan (pokok) dlm famili Euphorbiaceae, gelugur hutan, medang lempung, gangulang (di Sabah), merbulan (di Sarawak), Blumeodendron spp.

gahar; menggahar 1. menggonyoh, menggosok kuat-kuat (supaya bersih); 2. Kl berkelahi mati-matian.

gahara keturunan raja yg lahir drpd permaisuri; anak ~ anak raja drpd permaisuri; sama ~ keturunan yg sedarjat.

gahari tidak kurang dan tidak lebih, sedang;ugahari.

gaharu kayu yg harum (berasal drpd pokok tengkaras, Aquilaria malaccensis); ~ badak sj tumbuhan (pokok renek), gembadak, sepucat, Phyllochlamys wallichii;

~ dibakar kemenyan berbau prb orang yg menunjukkan kelebihannya supaya dipercayai orang; spt buku ~ prb memperlihatkan kecekapan apabila tiba masanya; sudah ~ cendana pula (sudah tahu bertanya pula) prb orang yg berlagak tidak tahu.

gai sj tali pd perahu (utk menguatkan tiang perahu).

gail I; gual -~; gual.

gail II; tergail kena kail, terpancing.

gaing kayu runcing yg dipasang pd dasar perahu (di haluan atau buritan).

gait = penggait = gaitan benda yg berlengkok pd hujungnya utk menarik sesuatu, kait atau pengait;

menggait 1. menarik buah (perahu dll) supaya dekat, mengait: hendak dipanjat kerengga, mahu pula digait galah tidak sampai; 2. mengambil wang orang dgn menipu, mencopet: tujuannya memang hendak ~ saku saya.

gajah 1. sj mamalia dlm famili Elephantidae (berbadan besar dan mempunyai belalai dan gading); ~ Asia = ~ India, Elephas maximus; ~ Afrika, Loxodonta afrikana; ilmu (hikmat, mantera) ~ mantera yg menjadikan gajah jinak; 2. buah catur yg jalannya menyerong; 3. sesuatu yg besar; badak ~ badak yg besar; nyamuk ~ nyamuk yg besar;

~ bara gajah hitam; ~ barat permainan utk kanak-kanak; ~ guling perhiasan sanggul dgn dua untai bunga melati; ~ lalang gajah yg sudah jinak (tidak liar); ~ laut sj anjing laut, Mirounga spp.; ~ menung a) binatang yg besar (terutamanya dlm cerita); b) sj usungan berbentuk ikan laut utk pengantin; ~ menyusu atap tambahan atau yg disambung pd rumah, sengkuap; ~ mina a) walrus; b) sj perhiasan (makara); ~ patah permainan teka-teki; ~ tunggal gajah yg tidak bersama-sama kawannya (sangat liar); spt ~ putih sesuatu yg mahal tetapi tidak berguna: kebanyakan perbadanan awam adalah spt ~ putih di bumi Afrika;

~ berak besar, kancil hendak berak besar juga, akhirnya kebebangan juga prb orang miskin menderita kerana mencontohi kehidupan orang kaya; ~ dialahkan oleh pelanduk prb orang berkuasa dapat dikalahkan oleh orang lemah; ~ dipandang spt kuman prb orang yg naik marah tidak gentar menentang orang besar mahupun lawannya; ~ ditelan ular lidi = ~ mati dicatuk katak prb anak golongan raja diperisterikan oleh orang kebanyakan; ~ lalu dibeli, kusa tidak terbeli prb mengerjakan sesuatu yg mustahak dgn tidak menghiraukan perkara-perkara kecil yg tidak kurang pentingnya bagi menjayakan pekerjaan tadi; ~ mati kerana gadingnya prb seseorang mendapat kemalangan kerana keunggulannya; ~ mati meninggalkan tulang prb jasa baik seseorang yg mati dikenang juga; ~ mati tulang setimbun prb orang kaya mati meninggalkan banyak hartanya; ~ seekor gembala dua prb a) seorang perempuan yg menduakan suaminya; b) dua orang memimpin satu pekerjaan; ~ sama ~ berjuang pelanduk mati di tengah-tengah = ~ bergajah-gajah pelanduk mati tersepit prb kalau orang besar-besar yg berselisih, rakyat yg mendapat susah; ~ turun di tengah rumah prb menanggung kesusahan kerana menerima kedatangan tamu agung (orang besar); bangkai ~ bolehkah ditutup dgn nyiru = spt ditempuh ~ lalu prb kejadian yg besar tidak dapat disembunyikan; spt ~ masuk kampung prb seseorang yg melakukan sesuatu sekehendak hatinya; spt ~ putih ditambat prb seseorang yg merugikan kita kerana menanggung sara hidupnya; spt ~ rompong belalai prb raja yg kehilangan kuasanya;
  1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   15


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət