Ana səhifə

M II kep meter. M kep Masihi; 1959~ tahun 1959 Masihi ma


Yüklə 0.79 Mb.
səhifə12/18
tarix26.06.2016
ölçüsü0.79 Mb.
1   ...   8   9   10   11   12   13   14   15   ...   18

merubi bentuk hulu keris yg spt ubi.

merudum Pl berlari beramai-ramai.

meruik Pl bergerak.

merunggai lemunggai.

merus Jh; tanah ~ tanah runtuh.

mes (més) tempat para pegawai tentera beristirahat, makan, minum dsb: pertemuan itu berlangsung di ~ pegawai pd petang semalam.

mesabah Jh munasabah.

mesan (mésan) batu pd kubur (sbg tanda);  nisan.

mesara belanja, gaji;  sara I.

Mesdaq (mésdaq) akronim bagi Malaysian Exchange of Securities Dealing and Automated Quotation (Bursa Urus Niaga Sekuriti dan Sebut Harga Automasi Malaysia).

mesej (méséj) 1. pesanan (berita, kata-kata singkat) yg hendak disampaikan kpd seseorang dsb: Don Norton mengingati ~ telefon yg telah diterimanya drpd pengurus itu; 2. sesuatu (gagasan, pengajaran, dll) yg hendak disampaikan dlm sesuatu karya sastera dll: ~nya jelas, mudah difahami dan perasaannya dipenuhi oleh nilai-nilai yg mulia; dlm kelucuan pemerihalan ini jelas kpd kita ~ disebaliknya;

bermesejkan mempunyai atau mengandungi sesuatu sbg mesej: rakaman album-album yg ~ cinta dan kemanusiaan; memperbanyak iklan yg ~ patriotisme.

mesekam sj tumbuhan (pokok), cenarahan.

mesem (mésem) Jw tersenyum.

mesenteri (mésénteri) (Bio) selaput yg membebat usus kecil dan menghubungkannya ke dinding perut.

mesepat sj tumbuhan (pokok), Macaranga denticulata.

mesetar sj tumbuhan (pokok dan buahnya), manggis, Garcinia mangostana.

mesigit Jw masjid.

mesikur sj ikan laut, Diagramma spp.

mesin (mésin) alat atau perkakas yg menggunakan kuasa, spt elektrik dan enjin, utk melakukan sesuatu kerja, jentera, pesawat;

~ bicara = ~ nyanyi= ~ ngomong Id peti nyanyi; ~ cetak mesin utk mencetak (buku dll); ~ faks mesin utk menghantar dokumen melalui sistem pengimbasan secara elektronik melalui talian telefon dsb; ~ frangki alat utk mengecap tanda setem pd surat, bungkusan dsb yg menandakan bayaran pos telah dijelaskan; ~ gerudi mesin utk mengorek lubang; ~ getah alat utk mengepingkan getah yg telah ditakung; ~ jahit mesin utk menjahit (pakaian dll); ~ jahit kaki mesin jahit yg dijalankan dgn kaki; ~ juruwang automatik mesin atau alat yg membolehkan pengeluaran wang simpanan (di bank dsb) secara automatik (tanpa dilayani pekerja bank); ~ kira = ~ hitung mesin utk menghitung; ~ kisaran padi mesin utk mengisar padi; ~ perakam waktu mesin yg merakamkan waktu seseorang pekerja masuk ke tempat kerja dan pulang selepas bertugas; ~ sinar-X mesin yg memancarkan sinar-X menembusi bahan pejal (spt bahagian dlm tubuh, bagasi dsb); ~ slot mesin utk berjudi dgn memasukkan duit (syiling) ke dalamnya; ~ stensil alat yg digunakan utk mencetak salinan bertaip atau bertulis drpd stensil; ~ taip = ~ ketik Id = ~ tulis mesin utk menulis; ~ tayang wayang gambar alat utk menayangkan filem; ~ tempel Id mesin (enjin) motor sangkut; ~ terbang Id kapal terbang;

bermesin dipotong dsb dgn menggunakan mesin: rumput yg sudah tumbuh tinggi di halaman rumah itu masih belum ~;

memesin mengerjakan sesuatu dgn mesin: waktu Agus pulang dr ~ getah, tidak ada kuih yg terhidang;

pemesinan perihal memesin.

mesingan (mésin.gan) sj senjata api yg dapat melepaskan tembakan banyak peluru secara berturut-turut dgn amat pantas.

mesiput sj tumbuhan (pokok), campa biru, Canarium kadondon.

mesirah sj tumbuhan (pokok), Ilex cymosa.

mesiu = garam ~ ubat bedil, bahan peledak.

meski = ~pun sungguhpun, walaupun, biarpun, kendatipun: kepalanya terangguk-angguk alamat ia telah mengantuk, ~pun malam itu baru kira-kira pukul delapan.

mesofit (mésofit) (Bio) tumbuhan yg hidup subur di kawasan yg kelembapannya sederhana.

mesokarpa (mésokarpa) (Bio) lapisan tengah buah, biasanya bernabu.

mesolitik (mésolitik) (Sej) (berkaitan dgn) peringkat pertengahan Zaman Batu, antara zaman paleolitik dan neolitik.

mesopaus (mésopaus) (Geog) lapisan atas mesosfera yg altitudnya kira-kira 80 - 85 km.

mesosfera (mésosféra) (Geog) lapisan atmosfera bumi yg terletak di antara 55 - 85 km di atas permukaan bumi.

mesra 1. bercampur benar-benar, menyerap benar-benar, berpadu, bersebati: gaul serbuk besi dgn belerang sampai ~ di dlm satu lesung; kanji drpd beras ini mudah ~ ke dlm daging kain; 2. erat atau karib benar (bersahabat, berkasih-kasihan, dll): laki-laki dan perempuan itu kelihatan berbual-bual dgn amat ~nya; perhubungan yg ~; 3. muluk-muluk (janji dll), indah-indah, sedap (bunyi dll), nyaman: janji-janji ~ semasa bercinta; suaranya kedengaran lebih ramah dan ~ lagi;

~ alam tidak memudaratkan atau menjejaskan kualiti alam sekitar: kenderaan ~ alam; ~ pengguna mudah digunakan (difahami, dikendalikan dsb), terutamanya oleh orang yg tidak mahir: komputer ~ pengguna;

bermesra, bermesra-mesra 1. bersahabat (bergaul, bercampur) dgn mesra, berbaik-baik, beramah-ramah: sekalian kawan lelaki dan perempuan berkumpul beramai-ramai, ~ bertegur sapa; 2. bercengkerama, bercumbu-cumbu, berasmara: janganlah selalu sangat mencuri naik ke rumah Pak Khamis utk ~ dgn anak gadisnya itu;

bermesraan 1. bergaul atau bersahabat dgn ramah mesra antara satu sama lain; Allah mencipta manusia utk berkenalan dan ~ antara satu sama lain, bukannya utk bermusuh-musuhan dan benci-membenci; 2. melakukan hubungan mesra (memujuk, merayu) ketika memadu kasih asmara, bercumbu-cumbuan, bercengkerama;

bermesra-mesraan 1. saling menunjukkan sikap mesra antara satu sama lain, bermesraan: lalu wujudlah perasaan suka bekerjasama, berkasih sayang dan ~ sehingga berjaya pula mewujudkan sebuah organisasi yg lebih mantap; 2. saling memujuk dan merayu ketika memadu kasih asmara, bercumbu-cumbuan: taman bunga merupakan salah satu tempat yg disukai muda-mudi utk ~;

memesrai mendatangkan rasa mesra pd: dia sendiri membalas senyum yg diharapkannya benar-benar dapat ~ hati pemuda itu pula;

memesrakan 1. memadukan (mencampurkan) sungguh-sungguh; 2. menyenangkan, menyamankan: Nahidah mulai merasakan sesuatu yg ~ pula; 3. menjadikan (persahabatan, diri, dsb) lebih rapat dgn pihak lain: dia tidak lagi memberi ruang dlm hatinya utk ~ dirinya dgn Tuhan;

termesra sudah berpadu benar;

kemesraan perihal mesra: anaknya itu masih kecil, masih haus kpd kemanjaan dan ~ .

mesta Isemesta.

mesta II Kl manggis.

mestal kain ikat kepala, serban.

mester (méstér) IB 1. guru; 2. ahli undang-undang.

mesteri tukang yg mahir.

mesti 1. tidak boleh tidak, wajib: kau ~ makan, kalau tidak sakit nanti; 2. tentu, pasti: apa Kamal buat ~lah Aini tahu; 3. patut, wajar: ketiga-tiga orang tua itu disuruh duduk, maka kepadanya dimajukan pertanyaan menurut ~ nya;

semestinya 1. sepatutnya, sewajarnya: sudah ~lah ayah tidak mahu mengikut kata-kataku; 2. sebenarnya, sememangnya: kepadanya sudahlah nyata bahawa kasih dan cinta itu bukan ~ membawa kebahagiaan;

memestikan 1. mewajibkan: tiap-tiap orang Islam dimestikan berpuasa dlm bulan Ramadan; 2. menentukan, menetapkan;

termesti dimestikan (diwajibkan);

kemestian 1. sesuatu yg dimestikan, kewajiban; 2. ketentuan, ketetapan.

mestika 1. sj batu sakti (terdapat dlm kepala ular dll), geliga, gemala; ~ embun sl sj batu sakti yg boleh menghidupkan orang mati; 2. permata yg bernilai (intan dll); 3. ki yg termolek, yg tercantik; laksana ~ gamat prb utk mengatakan rupa atau kelakuan atau perkataan yg baik; 4. ki sesuatu yg disayangi (dikasihi); ~ hati kekasih.

mesui; kayu ~ sj tumbuhan (pokok yg kulitnya dibuat ubat, rempah-rempah, dll), Massoia aromatica; masoi.

mesum Jk 1. kotor, cemar (pakaian, badan): karya yg indah ini dinodai bahagian-bahagian ~; 2. ki tidak senonoh (perbuatan, kelakuan, dll), keji: perbuatan yg ~;

kemesuman 1. perihal mesum, kekotoran, kekolotan; 2. perbuatan dll yg tidak senonoh: dlm sandiwara ini, ia mengecam kemewahan dan ~ kehidupan kaum yg memerintah pd masa itu.

mesut; kusut-~ sangat kusut.

mesyuarat perundingan (utk membincangkan sesuatu, atau mencapai sesuatu keputusan), pembicaraan, rapat; ~ agung perundingan besar (oleh sesuatu badan, persatuan, dll);

bermesyuarat berunding, berapat, berbincang, berbicara: rakyat berhak berkumpul sama ada utk ~, bersuka ria atau bermuafakat;

memesyuaratkan sl membincangkan, merundingkan, membicarakan: baginda menyuruh panggil sekalian orang besar-besar ~ halnya itu;

permesyuaratan perihal bermesyuarat, perundingan, perbincangan, rapat: sistem politik Adat Perpatih mempunyai ciri yg khusus yg lebih banyak menekankan sistem ~ yg lebih hampir kpd sistem demokrasi; musyawarah.

meta I sl mabuk, mengamuk, ganas, gila: adapun kenaikan Raja Suran itu gajah tunggal, lagi ~ , delapan hasta tingginya.

meta II Kl sombong, besar hati.

meta III Tr bebas, tidak sopan.

meta IV Pr diam, terdiam.

metabahasa (métabahasa) (Lin) bahasa atau sistem lambang yg digunakan utk menjelaskan suatu bahasa atau sistem lain.

metabolik (métabolik) berkaitan dgn metabolisme.

metabolisme (métabolisme) (Bio) proses kimia yg berlaku dlm semua sel hidup yg melibatkan pembinaan sebatian kompleks dan penguraiannya semula menjadi sebatian ringkas utk menghasilkan tenaga;

memetabolismekan memproses makanan dsb secara metabolisme: jika ubat itu diberikan dlm dos yg tinggi, hati mungkin tidak mempunyai enzim yg cukup utk ~nya; keupayaan tubuh utk ~ makanan dan menghasilkan tenaga.

metabolit (métabolit) (Bio) bahan yg terhasil drpd proses metabolisme.

metafizik (métafizik) falsafah atau ilmu pengetahuan mengenai segala yg di luar alam biasa atau yg tidak kelihatan, maakulat.

metafizikal (métafizikal), metafizis (métafizis) bersifat metafizik, berkaitan dgn metafizik: jalinan antara aspek ~ yg dominan dgn aspek fizikal yg sekadar melengkapi; alam ~ yg tidak dapat dikesan melalui sebarang pancaindera manusia melainkan melalui akal semata-mata.

metafora (métafora) (Lin) pemakaian kata-kata yg menyatakan sesuatu makna atau maksud yg lain drpd makna biasa atau makna sebenar perkataan yg berkenaan (sbg perbandingan atau kiasan);

memetaforakan menjadikan pemakaian kata atau kata-kata sbg metafora.

metaforikal (métaforikal) bersifat (berupa) metafora: pembentukan ungkapan yg ~.

metah I sangat, sungguh; baru ~ baru sangat; putih ~ putih benar.

metah IImeta I.

metai ark sj tilam, lapik duduk, kasur.

metakarpus (métakarpus) (Bio) lima tulang yg terdapat di antara pergelangan tangan dgn jari.

metal (métal) logam.

metalik (métalik) cat berunsur logam yg berkilau: cat ~.

metalinguistik (métalinguistik) 1. kajian tentang metabahasa; 2. kajian bahasa yg merujuk kpd hubungan keseluruhan sistem linguistik dgn sistem tingkah laku manusia dlm budaya yg berkenaan.

metaloid (métaloid) (Kim) unsur kimia yg sifatnya antara sifat logam dan bukan logam (mis boron, silikon, arsenik, dll).

metalurgi (métalurgi) kajian tentang logam dan aloi, termasuk kaedah pengekstrakan, penulenan, struktur, dan sifatnya.

metamorfisme (métamorfisme) perubahan bentuk, tekstur, struktur, komposisi, dsb pd batuan akibat tekanan dan haba yg tinggi.

metamorfosis (métamorfosis) 1. (Bio) perubahan sepenuhnya bentuk fizikal dll yg berlaku dlm kitaran hidup sesuatu organisma (mis perubahan kepompong menjadi kupu-kupu); 2. ki perubahan besar atau sepenuhnya: utk mendapatkan yg baru, sesuatu itu perlu mengalami ~;

bermetamorfosis mengalami metamorfosis.

metana (métana) (Kim) sj gas tidak berwarna, tidak berbau, dan mudah terbakar (terdapat di lombong arang batu, dan drpd pereputan bahan-bahan organik).

metanal (métanal) (Kim) formaldehid.

metanol (métanol) (Kim) sj alkohol yg sangat beracun, dan digunakan sbg pelarut dll.

metatarsus (métatarsus) (Bio) lima tulang yg terdapat di antara pergelangan kaki dgn jari kaki.

metatesis (métatésis) (Lin) perubahan tempat atau kedudukan huruf, suku kata, atau bunyi dlm sesuatu kata, mis gula menjadi lagu dan ikan menjadi kain.

metek (méték) Tr laci mesin jahit.

meteo (météo) Id; jawatan ~ jabatan yg menyiasat keadaan cuaca atau udara.

meteor (météor) (Ast) tahi bintang.

meteorit (météorit) (Ast) tahi bintang yg gugur ke bumi.

meteoroid (météoroid) (Ast) jasad kecil yg bergerak dlm sistem suria yg akan menjadi tahi bintang sekiranya memasuki atmosfera bumi.

meteorologi (météorologi) sains tentang atmosfera dan fenomenanya, terutamanya cuaca dan ramalan cuaca.

meter (méter) 1. ukuran panjang yg bersamaan dgn 39.37 inci; 2. = meteran Id alat utk mengukur atau merakamkan banyaknya air (tenaga elektrik dsb) yg telah mengalir melaluinya (iaitu yg telah digunakan); 3. = ~ laju alat yg dipasang di dlm kenderaan bermotor utk menunjukkan kelajuan pergerakannya; 4. alat (pd teksi) utk menunjukkan tambang yg harus dibayar; ~ lembapan (Hut) alat utk menyukat kandungan lembapan kayu secara langsung, sama ada dgn memasukkan elektrod ke dlm kayu atau meletakkannya pd permukaan kayu.

meterai lambang rasmi sesebuah organisasi yg dilekatkan pd dokumen, sijil, dsb sbg tanda keabsahan atau ketulenannya, cap mohor (utk raja-raja), segel, tera;

~ tempel Id cap yg ditampalkan sbg tanda penerimaan wang; ~ upah Id cap sbg tanda pembayaran (upah dll);

memeterai membubuh meterai pd (sesuatu), mengecap;

termeterai 1. tertera, tercap, tersegel; 2. ki tersimpul, terikat; ~ dlm hati terasa dlm hati;

pemeteraian proses memeterai: perundingan EAEC yg dianjurkan oleh Malaysia sbg projek bersama dan ~ tiga dokumen.

metiamutiara.

metil (métil) (Kim) sj radikal (-CH3) yg terdapat dlm banyak sebatian organik;

~ jingga sj sebatian pewarna yg digunakan sbg penunjuk asid-bes (berwarna merah dlm larutan berasid dan berwarna jingga dlm larutan beralkali); ~ merah sj sebatian pewarna yg digunakan sbg penunjuk asid-bes (berwarna merah dlm larutan berasid dan kuning dlm larutan beralkali).

metilena (métiléna) (Kim) sj radikal bebas yg sangat reaktif; ~ biru sj sebatian organik yg digunakan sbg bahan pewarna dan penunjuk dlm analisis volumetri.

metimunmentimun.

metin Kl beluti-beluti yg meneguhkan dinding.

metode (métode) 1. cara melakukan sesuatu, sistem; 2. Id buku pelajaran (kaedah belajar).

metodik (métodik) ilmu mengenai cara atau metode (terutama dlm bidang akademik).

metodis (métodis) menurut metode (cara yg tertentu).

metodologi (métodologi) sistem yg merangkumi kaedah dan prinsip yg digunakan dlm sesuatu kegiatan, disiplin, dsb.

metodos (métodos) metode.

metok (métok) Kl; gemuk ~ gemuk sangat.

metonimi (métonimi) (Lin) penggunaan nama sesuatu benda utk merujuk benda lain yg sifatnya ada hubungan logiknya, mis bulan sabit merujuk kpd Islam.

metrik (métrik) (sistem ukuran) yg menggunakan meter, gram, dan saat.

metro (métro) 1. sistem kereta api bawah tanah yg terdapat di beberapa bandar raya di Eropah spt Paris; 2. kereta api bawah tanah yg terdapat di beberapa bandar raya di Eropah spt Paris.

metrologi (métrologi) ilmu tentang sukatan (ukuran, takaran, dll).

metronom (métronom) (Muz) alat ukur tempo.

metropolis (métropolis) bandar raya utama bagi sesebuah negara atau kawasan.

metropolitan (métropolitan) 1. berkaitan dgn atau mempunyai ciri metropolis; 2. terdiri drpd bandar raya dan kawasan pinggir bandar.

mewa (méwa) Kl bingung, bodoh.

mewah (méwah) 1. segala-galanya banyak (makanan, harta, dll), serba berlebih, serba elok: kampung itu ~ dgn makanan; 2. sangat mahal dan memberi kepuasan serta keselesaan: kereta ~, makanan ~; hotel ~;

barang-barang ~ barang-barang yg elok tetapi tidak mustahak benar; hidup ~ hidup dgn makanan dan barang-barang yg serba banyak;

bermewah berbelanja dgn berlebih-lebihan: saya tidak mampu datang ke sini utk bercuti dan ~;

memewahkan menjadikan mewah: beliau tidak melakukan apa-apa utk ~ diri sejak menyertai politik;

kemewahan perihal mewah: ia sedar bahawa kesenangan dan ~ hidup yg dirasainya itu disebabkan harta pusaka Mak Haji sendiri.

mewek (méwék) Jk menangis.

mezanin (mézanin) tingkat (lantai) perantara, terutamanya antara tingkat bawah dgn tingkat pertama (biasanya berupa balkoni) dlm sesebuah bangunan.

mg kep miligram.

Mg simbol kimia bagi magnesium.

MHz simbol bagi megahertz.

mi I 1. sj bahan makanan yg rupanya spt laksa tetapi biasanya berwarna kuning (diperbuat drpd tepung gandum dll); ~ halus mihun; 2. masakan drpd mi; ~ goreng mi yg digoreng dgn perencah-perencahnya; ~ sup mi yg berkuahkan sup.

mi II nada yg ketiga pd skala major.

miak; ciak-~ bunyi spt bunyi anak ayam dll.

miana sj tumbuhan (pokok, akarnya dibuat ubat sakit perut dll), Coleus atropurpureus.

miang 1. bulu yg terdapat pd rebung (daun jelatang dll) dan menggatalkan; 2. = ~ gatal gatal yg merenyam (pd kulit); 3. = ~ gatal ki suka mengurat sehingga kadangkala membawa pd bersetubuh, biang, gasang; ~ jelatang a) miang kerana kena jelatang; b) ki suka memfitnah, penghasut; semiang kalam kecil (sedikit) sekali;

habis ~ kerana bergeser prb hilanglah ketakutan atau canggung kalau sudah biasa mengerjakan sesuatu pekerjaan; rebung tak ~ , bemban pula ~ prb orang yg tidak campur tangan dlm sesuatu pekerjaan mendapat kesukaran sedangkan yg patut bersusah berdiam diri.

miap ark; tiap-~ tiap-tiap.

miatu Br begitu, spt itu.

MIC kep Malaysian Indian Congress (Kongres India Malaysia).

MIDA akronim bagi Malaysian Industrial Development Authority (Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia).

midar Jw beredar, berkeliling.

MIDF kep Malaysian Industrial Development Finance (Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad).

midi pakaian ( gaun, skirt, dsb) yg labuhnya sampai ke pertengahan betis.

midik; sidik-~ dgn teliti atau hati-hati sekali (memeriksa sesuatu).

mieloma (miéloma) (Ubat) tumor malignan pd sumsum tulang.

mielin (miélin) (Bio) sj bahan putih bak lemak yg melindungi sesetengah gentian saraf.

MIER (miér) akronim bagi Malaysian Institute of Economic Research (Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia).

migrain sakit kepala yg berdenyut-denyut, teruk dan berulangan datangnya (biasanya menyebabkan rasa sakit pd satu sisi atau bahagian kepala sahaja).

migran orang (atau haiwan) yg berpindah dr satu tempat (daerah, negara) ke tempat lain, penghijrah.

migrasi 1. perpindahan penduduk dr sebuah negara atau tempat ke negara atau tempat lain: ~ atau perpindahan ini berpunca antara lain kerana kegiatan ekonomi; 2. perpindahan (burung) dr satu tempat ke tempat lain apabila berlaku perubahan musim;

bermigrasi melakukan migrasi: banyak kaum yg ~ ke Amerika Syarikat.

mihrab Ar bahagian masjid (surau, langgar, dll) yg menganjur ke kiblat (tempat imam memimpin sembahyang).

mihun 1. sj bahan makanan spt mi yg halus-halus (diperbuat drpd tepung beras); 2. masakan drpd mihun: ~ goreng; ~ sup.

miju = miju-miju sj tumbuhan (herba dan buahnya), Lens esculenta.

mik ark denyut nadi (pd pergelangan tangan).

mika I Pr kata ganti diri kedua, engkau, kamu.

mika II (Kim) sj galian spt kaca yg boleh digunakan sbg pembebat (elektrik), semendal, abrak.

Mikail malaikat yg tugasnya memberi rezeki.

mikin = semikin bp makin.

mikologi cabang botani yg berkaitan dgn kajian tentang kulat.

mikopatologi bidang patologi yg mengkaji penyakit yg disebabkan oleh kulat.

mikoriza (Bio) hubungan simbiosis antara kulat dgn akar tumbuhan peringkat tinggi.

mikosis (Ubat) penyakit yg disebabkan oleh kulat, mis kurap.

mikotoksin (Bio) toksin yg dihasilkan oleh kulat.

Mikraj Ar peristiwa perjalanan Nabi Muhammad SAW naik ke langit.

mikro halus, kecil: secara ~; neraca ~ Id dacing utk menimbang barang-barang yg sangat kecil.

mikro- awalan asing halus, kecil, mis mikrocip dan mikroorganisma.

mikrob organisma halus spt bakteria, virus, dan alga, yg biasanya hanya dapat dilihat dgn menggunakan mikroskop.

mikrobiologi cabang biologi yg berkaitan dgn kajian tentang organisma seni.

mikrocip (Komp) kepingan silikon yg sangat kecil (dlm komputer) dan mengandungi litar elektronik yg boleh menyimpan sejumlah besar maklumat, data, dsb.

mikroekonomi (mikroékonomi) cabang ekonomi yg berkaitan dgn firma, komoditi, pengeluar, pengguna dsb tertentu serta hubungan ekonomi antara sektor-sektor yg berkenaan.
1   ...   8   9   10   11   12   13   14   15   ...   18


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət