Ana səhifə

M II kep meter. M kep Masihi; 1959~ tahun 1959 Masihi ma


Yüklə 0.79 Mb.
səhifə2/18
tarix26.06.2016
ölçüsü0.79 Mb.
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   18

mahkota 1. tajuk kebesaran raja: dikenakan ~ di hulu baginda; 2. ki (orang) yg memerintah, raja; ~ alam raja yg memerintah sekalian alam; ~ negeri raja yg memerintah sesebuah negeri; putera (tengku) ~ anak raja yg bakal menggantikan ayahandanya; wakil ~ wakil raja; 3. gelaran utk orang besar-besar: Datuk Raja M~; 4. perhiasan kepala spt yg biasa dipakai oleh pengantin perempuan (pemenang peraduan ratu cantik dsb); 5. ki jantung hati, kekasih: ~ hatiku;

bermahkota memakai mahkota, menjadi raja yg memerintah; raja-raja yg ~ raja-raja yg memerintah;

memahkotai meletakkan mahkota (pd kepala raja) sbg menobatkan baginda menjadi raja, mengenakan mahkota pd (orang yg naik takhta menjadi raja);

pemahkotaan perihal (perbuatan, upacara, dsb) memahkotai (orang yg naik takhta menjadi raja).

mahligai istana tempat kediaman raja (permaisuri atau putera-puteri raja).

Mah Meri penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Senoi yg juga dikenali sbg orang laut, yg kebanyakannya tinggal di pesisir pantai Selangor khususnya di Pulau Carey.

mahmud Ar terpuji.

mahmudah Ar terpuji; sifat ~ sifat terpuji.

mahna Ph telekung.

mahogani sj pokok tropika yg kayunya keras berwarna coklat kemerah-merahan, biasanya digunakan utk membuat perabot.

mahram Ar orang (lelaki ataupun perempuan) yg haram dinikahi (mengikut hukum Islam) kerana hubungan kekeluargaan yg rapat, hubungan susuan dsb (spt ibu, anak susuan, adik beradik dsb).

mahsul = hasil ~ hasil sesebuah negeri (yg dieksport).

Mahsuri = padi ~ sj padi yg benihnya merupakan campuran drpd padi Kedah dan padi Taiwan;  padi.

mahsyar Ar tempat berhimpun di akhirat setelah tiupan sangkakala apabila semua manusia dibangkitkan dr kubur; hari ~ hari manusia berhimpun pd hari akhirat; padang ~ padang tempat manusia berhimpun pd hari akhirat.

mahu 1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: dia ~ supaya jawatan itu dipegang oleh seorang anak negeri; ~ tak ~ a) segan-segan; b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: ~ ke mana budak itu; 3. bp maksud, keinginan, tujuan: apa ~ engkau di sini?

semahunya, semahu-mahu, semahu-mahunya sekehendak (sesuka) hati, sewenang-wenang: keadaan spt itu tentu tidak akan dapat dibiarkan berjalan ~ sahaja;

mahupun meskipun, walaupun;

memahu-mahu, memahukan 1. memaksa-maksa supaya mahu; 2. menghendakkan, mahu kpd;

memahui, mengemahui menghendaki, menuntut (supaya);

kemahuan kehendak, keinginan: macam-macam kehendak dan ~ mereka;

berkemahuan mempunyai kemahuan: tabiat berfikir dan ~ secara bebas.

mahubi sj tumbuhan (pokok renek), kelat menahun, medang melukut, menahun, nahun, nanas burung, sial menahun, Pternandra echinata.

mai I; puki ~ bk perkataan yg sangat kasar pengertiannya (digunakan sewaktu memaki).

mai II Kd, Pn mari;

pi ~ pergi dan datang, lalu-lalang; pi ~, pi ~ duk tang tu ki tidak berubah keadaannya.

main I 1. sesuatu yg dilakukan utk bersenang-senang atau bersuka-suka (dgn menggunakan alat-alat tertentu atau tidak): ~ bola; ~ gasing; ~ guli; ~ jongkang-jongket; ~ tenis; 2. = bermain berbuat sesuatu utk menyukakan atau menyenangkan hati (dgn menggunakan alat-alat tertentu atau tidak): jangan ~ di tengah hujan nanti demam; 3. bp melakukan sesuatu dgn sesuka hati (tidak bersungguh-sungguh, sewenang-wenang): dia kini telah pandai ~-~ sabar; 4. berjudi: ~ judi; ~ tikam ekor; 5. mempertunjukkan wayang (sandiwara dll); 6. Id bp bekerja (utk mencari nafkah); 7. sl kebijaksanaan (dlm mengerjakan sesuatu), kepandaian, muslihat: tiada mengapa, lihatkan juga oleh saudaraku ~ si Tuah dgn seterusnya;

~ angin selalu berubah (berputar belit) percakapannya; ~ gila berkelakuan (berbuat sesuatu) tidak senonoh atau kurang sopan; ~ kasar bp bertindak atau bercakap kasar; ~ kayu = ~ muda bp bersuka-sukaan (berseronok-seronok) dgn perempuan; ~ kayu tiga berpura-pura berbuat baik dgn tujuan berbuat jahat; ~ mata a) mengerling-ngerling (menjelingkan) mata; b) memberi isyarat dgn mata; ~ pantai sj perayaan memuja pantai; ~ perempuan bermukah dgn perempuan; ~ rebutan berebut hadiah yg digantungkan pd tiang yg dilicinkan; ~ siku (sikut) a) menyinggung dgn siku; b) menipu dll ke sana sini; ~ sunglap a) main silap mata; b) mengenakan tipu muslihat (kpd), memperdaya; ~ tangan memukul dgn tangan; ~ tempel bp meminta pertolongan kpd orang yg berkuasa; ~ undi a) main loteri; b) ark main dadu; bukan ~ sungguh, sangat;

bermain 1. melakukan sesuatu utk bersenang-senang atau bersuka-suka: Amin belajar, ~ , bekerja dan berehat dgn berpedomankan jadual waktu itu; ~ badminton; 2. bermukah dgn, berjahat dgn: sekali persetua Sultan Mahmud Shah ~ dgn isteri Tun Biajid; 3. = bermain-main muncul, timbul, dan mengganggu (fikiran dsb): paling ditakuti apabila bayang-bayang peristiwa itu sering ~ di ruang matanya; kesemua persoalan itu tidak henti-henti ~ di kepalanya hingga kadang-kadang sukar untuk melelapkan matanya;

~ dgn kata-kata menggunakan kata-kata dgn berbagai-bagai cara dan gaya; ~ tangan menggunakan ketangkasan tangan; ~ tangan panjang memegang-megang (meraba-raba) perempuan;

~ akal (budi) prb mengenakan tipu daya (tipu muslihat); ~ air basah, ~ api letup, ~ pisau luka prb tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan ada akibatnya;

bermain-main 1. bersenang-senang atau bersuka-suka (sambil melakukan sesuatu): setiap hari kami ~; 2. tidak bersungguh-sungguh, berseloroh sahaja: perkelahian mereka itu tidak sungguh-sungguh, hanya ~ sahaja;

memainkan 1. melakukan sesuatu dgn suatu benda selaku bermain-main atau bersuka-suka: ~ lembing; 2. melagukan nyanyian dgn bunyi-bunyian: ~ lagu keroncong; 3. membunyikan alat bunyi-bunyian: budak itu telah pandai ~ piano; 4. menayangkan (wayang dll): filem ini pernah dimainkan tahun lepas; 5. melakonkan (sandiwara, drama, dll): Badan Keluarga Dewan Bahasa akan ~ drama Tamu Di Bukit Kenny esok malam; 6. memegang peranan sbg (dlm sandiwara, drama, dll): ia ~ watak ayah dlm drama itu; ~ peranan a) berlakon sbg; b) ki mengambil bahagian dlm;

mempermainkan, memain-mainkan 1. = bermain-main dgn, menggunakan sesuatu utk bermain-main (sbg permainan): ia tunduk dan jarinya kelihatan sedang memain-mainkan tepi tikar mengkuang; datuk itu bermisai panjang, tiada lepas tangannya dr misai, dimain-mainkannya; 2. memperlakukan utk bersenang-senang (mencari untung dll): jangan ~ anak gadis orang; mereka dipermainkan sahaja oleh majikan mereka; 3. memainkan (sandiwara, wayang, dll): Dalang Surung Rana pun berhenti di bawah pohon beringin, serta ~ wayangnya; 4. memperolok-olokkan, mempersendakan, menyindir-nyindir, mengeji-ngeji: maka banyaklah tingkah lakunya yg jenaka dipermainkan oleh orang kampung akan dia; awak banyak dosa, awak selalu ~ Islam;

mainan, main-mainan 1. benda yg digunakan (oleh kanak-kanak) utk bermain: anaknya bermain dgn ~nya; 2. sesuatu yg kelihatan spt bentuk asli tetapi cuma tiruan sahaja: bersama mereka dijumpai dua keping topeng hitam dan sepucuk pistol ~; 3. sesuatu yg digunakan utk bermain-main sahaja atau yg dipermainkan: politik bukanlah satu ~ sebaliknya satu amanah, maka wajarlah dibantu dgn ilmu;

permain sl teman bermain, orang yg menyukakan hati orang lain (dlm istana dll): kanak-kanak itu diambil akan ~ supaya ramai istana hamba; maka ada seorang budak bongkok ~ mandudari, maka budak bongkok itu dipanah Seri Rama;

permainan 1. sesuatu yg digunakan utk bermain, sesuatu utk bermain-main sahaja, mainan; 2. perihal bermain, perbuatan bermain (bola sepak dll): ~ yg paling digemari ialah bola sepak; ~nya kasar; 3. perbuatan yg dilakukan tidak dgn bersungguh-sungguh (utk main-main sahaja); 4. pertunjukkan (wayang, sandiwara, dll), pementasan (drama dll): dr bangku sekolah dahulu kau dah mulai cenderung dlm ~ pentas; 5. bp perempuan utk berseronok-seronok sahaja (bukan dijadikan isteri): sesudah ditalak oleh suaminya ia menjadi ~ orang sahaja; 6. Id sj barang perhiasan (spt loket yg digantungkan pd kalung dll); 7. sesuatu yg dipermainkan atau dipersendakan: janganlah kamu jadikan agama kamu sbg ejek-ejekan dan ~; ~ puteri Kl cara mengubati penyakit oleh bomoh (memakai jampi, serapah, alat bunyi-bunyian, dll) dgn jalan bertutur dgn orang yg berada dlm keadaan tidak sedar; hujan panas ~ hari, senang susah ~ hidup prb telah menjadi perkara biasa bahawa hidup manusia itu ada ketikanya senang dan ada ketikanya susah;

sepermainan sama-sama bermain: kami ~ semasa kecil;

pemain 1. orang yg bermain (bola, piano, dll), pelakon (drama dll): ~ biola; 2. orang yg suka bermain judi: wang permulaan diterima lebih banyak drpd yg biasa, yg ~ boleh bermain di tikar judi.

main II; burung ~ angin sj burung, burung laki padi, Cisticola juncidis malaya.

mairat Ar, bp pergi, mati; merat, maherat.

mait Ar mayat.

maja = ~ batu (ingus) sj tumbuhan (pokok), bel, bila, Aegle marmelos.

majahil; tandil ~; tandil.

majakani sj buah keras digunakan sbg ubat dan utk menghitamkan gigi.

majakaya tidak bersambung (tiang dll).

majakeling sj buah keras yg digunakan sbg ubat.

majal 1. tidak tajam (pisau,pedang, dll), tumpul: kamu sendiri yg membuat tumpul dan ~ pedang yg tajam ini; 2. ki benak (fikiran, akal): otaknya beku dan ~; 3. Kd jemu, bosan.

majalah terbitan berkala yg mengandungi makalah, fiksyen, gambar foto, dll;

~ bergambar majalah yg sebahagian besarnya diisi dgn gambar, ~ ilmiah majalah yg mengandungi makalah yg bersifat ilmiah.

permajalahan hal yg berkaitan dgn majalah: Simposium Dunia P~ Melayu 2003.

majamujujemuju.

majapahit 1. sj tumbuhan (pokok), maja batu, maja gelepung, maja gedang, maja lumut, Aegle marmelos; 2. sj tumbuhan (pokok renek), akar cambai (cangi ular), akar julung bukit, akar serai, tinjau binti, Apama corymbosa.

majaz, majazi Ar hanya sbg kiasan dll (bukan sebenarnya).

majer Jw mandul;  majir.

majeramejera.

majezub Ar sasar kerana terlalu banyak memikirkan sesuatu (suluk dll).

majikan orang yg mengambil satu atau lebih pekerja, induk semang: pekerja perusahaan itu tidak mendapat perhatian langsung drpd ~nya; kaum ~ pihak yg mengambil pekerja;

bermajikankan mempunyai seseorang, sesebuah syarikat atau sesebuah badan sbg majikan: dia berasa beruntung kerana dapat ~ orang yg baik hati dan bertimbang rasa.

majir Jk tidak dapat beranak, mandul; majer.

majistret (majistrét) pegawai awam yg menjadi hakim di mahkamah majistret rendah, hakim rendah; ~ pekeliling hakim rendah yg bergerak dr satu tempat ke satu tempat .

majlis I 1. badan yg dilantik atau dipilih, yg mempunyai kuasa mentadbir, membuat peraturan dan menasihat: M~ Perbandaran; M~ Keselamatan Negeri; 2. perjumpaan (orang ramai), keramaian: dia dikehendaki hadir dlm ~ itu; ~ bahas (perbahasan) perjumpaan tempat atau utk diadakan peraduan bahas; ketua ~ ketua dlm sesuatu perjumpaan; 3. tempat (bangunan dll) persidangan (perjumpaan dll); ~ peguam majlis yg dibentuk atau ditubuhkan di bawah akta kehakiman yg mempunyai bidang kuasa mengawasi para peguam dan pengamal undang-undang.

majlis II 1. cantik, elok, indah: sikap ~ tidak terkira; 2. Mn bersih, apik, rapi.

majmuk terdiri atau terbentuk drpd beberapa bahagian dsb tetapi merupakan kesatuan;

cahaya ~ Id cahaya yg berasal atau terjadi drpd beberapa cahaya lain; kalimat ~ = ayat ~ (Lin) kalimat yg mengandungi (terdiri drpd) dua atau tiga kalimat lain; kata ~ (Lin) gabungan dua atau tiga perkataan yg mempunyai satu pengertian; masyarakat ~ masyarakat yg terdiri drpd beberapa kaum (suku bangsa) atau bangsa; minyak ~ sj minyak wangi (merupakan campuran drpd beberapa jenis minyak wangi lain);

memajmukkan menjadikan majmuk, menggabungkan dua atau beberapa kata dsb supaya menjadi bentuk majmuk;

kemajmukan sifat atau keadaan majmuk, kepelbagaian yg terdapat dlm sesuatu (gabungan, kesatuan, dll): ~ imej budaya Malaysia sebelum 1969 telah bertukar kpd budaya Malaysia yg berteraskan kebudayaan Melayu; ~ masyarakat negara Malaysia;

pemajmukan perihal (proses atau perbuatan) memajmukkan, penghasilan atau penciptaan sesuatu dgn memadukan dua atau beberapa bahagian atau unsur, penggabungan unsur-unsur dsb menjadi satu kesatuan: penggabungan perkataan yg membawa satu makna yg tertentu disebut ~ dan hasilnya disebut kata majmuk.

majnun Ar tidak siuman, gila; junun.

majoriti 1. sebahagian atau sebilangan terbesar; 2. kelebihan undi atau kerusi yg diperoleh oleh calon atau parti mengatasi bilangan undi calon atau parti yg lain.

majramejera.

maju 1. bergerak ke muka, mara, melangkah ke hadapan, mengasak ke hadapan (tentera dll): guru menyuruh murid-murid yg bertutur itu supaya ~ sedikit; tentera Jepun sedang bergerak ~ ke selatan; 2. bertambah baik keadaannya (dlm pelajaran, perniagaan, dll): perusahaan Pak Ali kelihatannya ~; bagaimana hendak ~ kalau engkau malas belajar; 3. tinggi tamadunnya (peradabannya, taraf hidupnya, dll): negeri-negeri yg telah ~ spt Jepun patut membantu negeri-negeri lain di Asia yg masih mundur; 4. Id lulus (dlm peperiksaan, ujian): siapa bilang aku ~ dlm ujian itu? ~ mundur bertambah baik ataupun buruk, maju atau mundur;

memajukan 1. menyorong (menolak, menggerakkan) ke hadapan: tolong majukan sedikit tikar itu; 2. meninggikan (taraf hidup, ekonomi, dll), memperluas, memperkembangkan (perdagangan, perusahaan, ilmu pengetahuan, dll): kerajaan telah berjanji hendak ~ ekonomi rakyat di pantai Timur; segala langkah telah diambil utk ~ perusahaan kelapa sawit di negeri ini; 3. menjadikan lebih baik (sempurna dll), membaiki, memperelokkan: ahli fizik bangsa Jerman, Planck, telah ~ teori kuantum dlm tahun 1910; 4. membawa ke tengah bantahan (usul, permintaan, dll) utk dipertimbangkan dsb, mengemukakan pendapat dsb: setelah dipersetujui oleh jemaah menteri barulah rang undang-undang itu dimajukan ke Parlimen utk dibahaskan; tuntutan yg dimajukan oleh kaum buruh ditolak oleh pihak majikan; 5. Id membuat supaya lulus (dlm peperiksaan), meluluskan;

kemajuan perihal maju (taraf hidup dll): ~ yg tercapai dlm masa sepuluh tahun ini dapat dibanggakan;

~ material kemajuan yg berkaitan dgn aspek kebendaan (spt kemajuan ekonomi); ~ rohaniah kemajuan yg berkaitan dgn aspek kerohanian (spt etika, moral, dsb);

pemajuan perihal atau perbuatan memajukan;

pemaju orang (syarikat dsb) yg memajukan (membangunkan, mengusahakan, dsb) sesuatu kawasan (tanah dsb); ~ perumahan orang atau syarikat yg membina rumah kediaman, rumah kedai, dsb di sesuatu kawasan utk dijual kpd orang ramai.

majuh gelojoh, lahap, rakus.

majun I ubat tradisional (dibuat drpd herba dan rempah ratus) yg dibentuk bulat-bulat dan dimakan utk menyihatkan badan.

majun II sj kain yg digunakan utk mencuci mesin dsb.

majung Mn serat yg digunakan sbg penyumbat celah-celah papan dll.

Majusi kaum yg menyembah api;

memajusikan menjadikan seseorang Majusi: ibu bapalah yg bertanggungjawab utk meyahudikan, mengkristiankan atau ~ anak mereka.

mak I 1. singkatan bagi emak; sudah boleh jadi ~ budak sudah cukup besar dan dewasa utk menjadi seorang ibu; 2. panggilan atau sebutan utk orang perempuan yg lebih tua (yg ada hubungan kekeluargaan atau yg kerana umurnya patut dipanggil ibu):

~ andam a) perempuan yg mengandam (memepat serta mencukur rambut di dahi) pengantin perempuan; b) perempuan yg kerjanya menghias pengantin perempuan; ~ angkat = ~ pungut Id perempuan yg mengambil serta memelihara anak orang spt memelihara anaknya sendiri, ibu angkat; ~ bonda perempuan tua yg berlagak spt orang muda; ~ bongsu (cu, su, usu) adik perempuan kpd ibu atau kpd bapa yg bongsu; ~ buyung a) perempuan yg suka bercerita (terutama kpd kanak-kanak); b) sebutan kpd perempuan hamil; c) barua, muncikari, jaruman, pinang muda; ~ cik (kecil) a) mak muda, bibi; b) panggilan kpd perempuan (yg bukan berkeluarga dgn kita) yg sudah separuh umur; ~ kopek (tetek) inang pengasuh; ~ labu perempuan yg sedang mengandung ~ long emak saudara yg sulung; ~ mek Kd isteri; ~ mentua ibu kpd isteri atau suami; ~ muda (da, uda) a) adik perempuan ibu atau bapa, mak kecil; b) isteri yg muda; ~ nam singkatan dr sebutan mak andam; ~ ngah (tengah) saudara perempuan ibu atau bapa yg tengah; ~ nyah bp panggilan kpd golongan pondan; ~ saudara saudara perempuan ibu atau bapa; ~ tiri ibu tiri; ~ tua (wa) a) saudara perempuan ibu atau bapa yg lebih tua; b) isteri bapa yg tua; emak.

mak II Mn mamak.

maka 1. sl lalu, sudah itu lalu, dan (dipakai utk memulakan ayat): ~ fakir namanya hikayat ini Sulatul-Salatin yakni peraturan segala raja-raja; apabila dilihatnya lanun-lanun sudah pergi semuanya, ~ pemuda itu pun keluarlah dr tempat bersembunyinya; 2. = ~ itu, ~nya = ~ dari itu sebab itu, kerana itu: kerana terlalu susah hidupnya, ~ terpaksa dia pindah ke tempat lain; 3. bahawa: itulah sebabnya ~ dia gagal dlm peperiksaan itu; 4. = ~ nya dgn sebab itu: dgn bermain ombak dan membiasakan diri menempuh gelora itulah ~nya penyakit mabuk laut akan hilang.

makalah rencana atau artikel tentang sesuatu perkara, biasanya yg disiarkan dlm majalah, surat khabar, dll;

pemakalah orang yg menulis (menyediakan, membentangkan dsb) makalah.

makam I ark tempat kediaman: maka baginda pun berangkatlah lalu sampai kpd suatu ~ bernama Pedada;

bermakam mempunyai tempat kediaman, bersemayam.

makam II 1. kubur (digunakan utk orang yg dihormati spt nabi, para wali, keluarga diraja, dsb): pd hari Jumaat yg lalu, Sultan pergi menziarahi ~ ayahandanya; 2. = permakaman perkuburan: mayat askar-askar yg terkorban dlm serangan hendap itu dikebumikan di ~ pahlawan; M~ Nabi Ibrahim bekas tapak kaki Nabi Ibrahim berhampiran dgn Kaabah, iaitu salah satu tempat yg doa pengunjungnya mustajab;

memakamkan menanam mayat, mengebumikan, menguburkan: istiadat ~ jenazah Sultan;

pemakaman perihal memakamkan, penguburan: ~ Tok Engku telah dijalankan dgn penuh istiadat.

makan 1. memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dll) sesuatu: jemputlah ~ kuih ini; ~ candu menghisap candu; ~ pil menelan pil; ~ sirih mengunyah sirih; 2. = ~ nasi memamah serta menelan nasi: engkau sudah ~ Sim? 3. rezeki: bagaimana hendak mencari ~ kalau kesihatanku selalu terganggu; 4. menggunakan (menghabiskan, memerlukan, dll) masa, wang, dll: pekerjaan ini banyak ~ belanja; menggali parit ini sahaja ~ masa lebih kurang dua bulan; kereta saya banyak ~ minyak; 5. melukai atau menembusi (senjata, air soda, dll), lut: ditikamnya, tetapi tidak ~; 6. bekerja spt yg dijangkakan (brek dll): brek basikal ini tak ~; 7. dapat masuk (barang yg dimasukkan ke lubang dll), masuknya: paku itu hanya setengah inci ~ ke dlm papan itu; 8. mengikut (nasihat dll), menerima (pengaruh, pujukan, dll): inilah jadinya kalau orang tak ~ nasihat; sedikit pun tidak ~ dlm hatinya bahawa tunangnya tidak setia kepadanya; 9. ki menggelapi (wang dll), mengambil secara haram (wang): Pegawai Perumahan ini kuat ~ duit;

~ ampun sl minta ampun; ~ angin a) bersiar-siar utk mendapat angin bersih (berehat-rehat, melapangkan fikiran, dll); b) mendapat angin (kapal, layar, dll); ~ angkat suka dipuji-puji; ~ arwah kenduri arwah (utk memperingati orang yg telah mati); ~ bawang ki marah; ~ benak menarik keuntungan yg besar; ~ beradap memakan nasi adap-adap (biasanya nasi kunyit berserta dgn lauknya) yg disajikan kpd pengantin ketika bersanding; ~ berdamai makan bersama-sama pertama kali (bkn pengantin); ~ besar a) jamuan makan beramai-ramai dgn berbagai-bagai jenis hidangan makanan, minuman dsb; b) jamuan makan bersama-sama ahli keluarga pd petang atau malam menjelang Tahun Baru Cina; ~ budi menerima kebaikan (pertolongan dll) orang lain; ~ bunga mengambil keuntungan (faedah) drpd apa yg dipinjamkan; ~ butir Kl dlm keadaan motobot dsb tersangat sarat dgn muatan (hingga air mencecah papan teratas): duduk baik-baik kerana bot ini ~ butir. Nanti tenggelam; ~ cekak sanggup melawan (mengatasi dll); ~ dalam (orang yg) pendiam tetapi banyak berfikir atau pengalaman; ~ (menghisap) darah a) mengambil untung yg besar drpd orang lain (spt mengenakan bunga yg sangat tinggi sewaktu meminjamkan wang dll); b) sebal hati, bersedih; ~ dawai (kawat, kerawat, tali) sangat miskin; ~ di punca kain Kl hidup melarat; ~ diri kesihatan terganggu (kerana sedih dll); ~ duit (emas) a) menerima wang suap; b) membelanjakan wang kerajaan (majikan dll) utk keperluan sendiri; ~ gaji (upah) bekerja pd orang utk mendapat gaji (upah); ~ gambar fotogenik; (banyak, kenyang) ~ garam mempunyai banyak pengalaman dlm hidup; ~ hak melanggar hak orang; ~ hati (berulam jantung) dukacita yg amat sangat (akibat gagal dlm percintaan dll); ~ kawan (teman) sendiri menyusahkan (memfitnah, mencelakakan, dll) kawan sendiri; ~ kerawat sangat miskin; ~ keringat orang menikmati kesenangan hidup dgn memeras tenaga orang; ~ kuli bekerja sbg kuli; ~ luar a) makan di kedai, warung, restoran dsb (bukan di rumah); b) ki mengadakan hubungan seks bukan dgn suami atau isteri sendiri; ~ malam (pagi, siang) makan pd waktu malam (pagi, siang) hari; ~ nasi dgn garam sangat miskin; ~ nasi kawah makan beramai-ramai (sewaktu membuat sesuatu pekerjaan dll); ~ nikmat sl makan makanan yg lazat-lazat; ~ pelewar dlm keadaan motobot dsb yg dipenuhi air hingga mencecah enjin: Ali menimba air dlm botnya kerana air sudah ~ pelewar; ~ pencen hidup dgn mendapat wang pencen drpd kerajaan (sesudah bersara); ~ puluk Id makan dgn tangan; ~ ransom makan beramai-ramai; ~ riba meminjamkan wang dgn bunga yg tinggi; ~ sahur makan sebelum masuk waktu imsak dlm bulan Ramadan; ~ suap (sogok) menerima suap (rasuah); ~ sumpah = dimakan sumpah mendapat kesusahan kerana ingkar akan sumpah, terkutuk; ~ tanah a) jatuh tersungkur di tanah; b) sangat miskin; ~ tangan a) kena penumbuk (tinju); b) mendapat keuntungan besar secara tidak disangka-sangka; ~ tanggung hidup di bawah jagaan orang lain; ~ tidur hidup dgn tidak membuat apa-apa pekerjaan; ~ tuan mengenai tuannya sendiri (senjata dll); ~ tulang menyuruh orang supaya bekerja kuat;

~ hati berulam jantung prb menderita kerana perbuatan orang yg karib (spt sahabat, suami, dll); ~ upas berulam racun prb hidup dlm kesusahan; sudah ~ bismillah prb tidak menurut aturan, terbalik; telah habis maka dimakan prb berhemat cermatlah dlm semua perkara; tempat ~ jangan diberaki prb jangan membuat sesuatu yg tidak baik kpd orang yg pernah memberi perlindungan (pertolongan dll); tidak ~ siku-siku prb cakap seseorang yg berleleran sahaja (tidak menurut tujuannya);
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   18


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət