Ana səhifə

M II kep meter. M kep Masihi; 1959~ tahun 1959 Masihi ma


Yüklə 0.79 Mb.
səhifə8/18
tarix26.06.2016
ölçüsü0.79 Mb.
1   ...   4   5   6   7   8   9   10   11   ...   18

mata V; ~ lalat sj ikan darat, Aplocheilus panchax.

mata VI; ~ mas sj burung Bucephala clangula; ~ merah sj burung, kuang bertam, ophura erythrophthalma.

matador orang yg tugasnya membunuh lembu dlm sukan perlawanan dgn lembu.

matahari I bintang yg menjadi jasad pusat dlm sistem suria, yg mengeluarkan cahaya dan haba, dan di sekelilingnya bumi dan planet-planet lain beredar;

~ berayun = ~ sudah condong lebih kurang pukul 4.00 petang; ~ beralih (gelincir, lengser, miring) lebih kurang pukul 5.00 petang; ~ hidup (naik, terbit) a) matahari keluar; b) (sebelah) timur; ~ masuk (tenggelam, mati) a) matahari terbenam; b) (sebelah) barat; sebelah ~ mati sebelah barat;

~ itu bolehkah ditutup dgn nyiru? prb sesuatu kebenaran itu tidak dapat disembunyikan; bagai menentang ~ prb melawan atau membantah pendapat orang yg berkuasa itu akhirnya menyusahkan kita juga; jangan ditentang ~ condong takut terturut jalan tak berintis prb hendaklah selalu ingat supaya jangan terpedaya oleh sesuatu yg elok dan baik rupanya; menengadah (menentang) ~ prb melawan orang yg mempunyai kuasa besar (lebih pandai dll); mentari, matari.

matahari II; bunga (kembang) ~ sj tumbuhan (pokok), Helianthus annuus; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), Otophora imbricata.

matahari III; burung ~ sj burung, Pericrocotus solaris montanus.

mataliur ark IB, bp senapang mesin.

matan I Mn ark mata kayu, teras kayu.

matan II Ar 1. naskhah asli, teks (utk syarahan dll); 2. nas yg terdapat pd akhir sanad; 3. erti atau maksud sesuatu ayat.

matan III Kl hampir, dekat.

matang I 1. masak (buah-buahan, makanan), sudah tua (bkn daun tembakau): buah ini sudah ~ ; 2. sudah hampir akan pecah (bkn bisul); 3. ki mempunyai banyak pengalaman, sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran: hujah yg mantap dan ~ tentang sastera Melayu; sungguhpun ia masih muda, tetapi fikirannya sudah ~ ; orang yg benar-benar ~ dlm ilmu ini; 4. cukup tempohnya (bkn simpanan tetap dll);

mematangkan 1. memasakkan; 2. menjadikan matang (fikiran dsb): Aristotles inilah yg ~ ilmu yg selama ini dianggap mentah;

kematangan 1. perihal matang, kemasakan; 2. terlampau masak; 3. ki kesempurnaan fikiran (pengalaman dll): tindak-tanduknya memperlihatkan ~ dlm cara berfikirnya;

pematangan proses menjadi matang: ~nya mengambil masa kira-kira enam minggu;

pematang (sesuatu bahan dsb) yg mematangkan: bahan ~ dimasukkan bersama supaya buah-buahan itu cepat matang.

matang II permatang.

matarimatahari.

matematik ilmu hisab.

mateng Jk masak;  matang I.

materai cap, mohor, tera, segel; ~ tempel cap yg dilekatkan pd surat tanda pembayaran dll;

memateraikan 1. mengecap dgn materai; 2. meneguhkan (janji dll);

termaterai dibubuh materai, tercap.

materi; mematerikan melekatkan dgn pateri;

termateri 1. terlekat; 2. ki tersemat (dlm hati): gadis itu mengerti apa yg ~ di dlm sanubari kekasihnya;

pemateri orang yg memateri.

materi (matéri) IB 1. benda, bahan; 2. apa yg dijadikan bahan (berfikir, berunding, dll).

material (matérial) barang-barang yg digunakan sbg bahan (utk sesuatu).

materialis (matérialis) 1. pengikut fahaman materialisme; 2. orang yg mementingkan kebendaan (wang, harta benda, dll).

materialisme (matérialisme) fahaman atau falsafah yg mempercayai bahawa hanya bendalah yg menyebabkan adanya dan terjadinya segala sesuatu dlm dunia ini.

materialistik (matérialistik) berkaitan dgn kebendaan, bersifat kebendaan, mengutamakan (mementingkan) kebendaan: bangsa Melayu semakin bersifat ~ sekarang ini, sedangkan sebelum ini, orang Melayu lebih bersifat spiritualistik; kita mesti menolong sesiapa sahaja dgn mengetepikan soal ~ itu sejauh yg mungkin.

materiil IB bersifat benda, berupa benda.

materniti untuk (kerana, semasa, berkaitan dgn) kehamilan atau kelahiran bayi; pakaian ~ pakaian (yg dipakai) semasa mengandung.

materos IB anak kapal, kelasi.

mati I 1. tidak bernyawa lagi, tidak hidup lagi: biar kita ~ tidak bernisan jangan kita hidup tidak bersopan; timbunan kayu ~ ; 2. tidak pernah hidup (barang-barang spt batu dll), tidak bernyawa; 3. ki tidak terus atau tembus (jalan, lubang, dll), tidak dapat diubah lagi (harga, simpulan, dll), tidak mempunyai air lagi (perigi dll), tidak menyala lagi (api, lampu, dll), tidak bergerak atau berjalan lagi (mesin dll), tidak bergiat atau aktif lagi (pergerakan, pertubuhan, dll), tidak ramai lagi (bandar dll), tidak digunakan lagi (bahasa dll), tidak bertiup lagi (angin dll), tidak dapat berasa lagi (kulit dll), tidak dapat berfikir lagi, buntu (fikiran): jalan itu ~; fikirannya ~ sebentar; percakapannya ~ di situ sahaja kerana seorang pengemis lain datang mengganggu; pintu itu tertutup ~; lampu sudah ~; matahari ~; jam itu ~; parti itu sudah lama ~; negeri yg sudah ~; bahasa Latin ialah bahasa ~; angin sudah ~; kulit ~;

~ air direbus (daging, ikan, dll) sehingga air rebusan hampir kering sebelum digulai: daging itu belum lagi digulai, baru ~ air saja; ~ akal buntu fikiran (tidak dapat menyelesaikan masalah yg dihadapi); ~ andar a) mati dgn tidak diketahui sebab (atau pembunuhnya); b) mati dgn tidak disembelih (binatang); ~ angin ki tidak mempunyai kuasa utk berbuat apa-apa (kerana lemah, tidak ada semangat, dll); ~ ayam bp mati dgn sia-sia; ~ balik hidup selamat setelah mengalami bahaya besar (atau penyakit yg teruk); ~ bebang = ~ terbebang = ~ kekebangan mati kerana anak yg hendak dilahirkan itu tidak dapat keluar; ~ beranak mati ketika bersalin; ~ berangan (berangai suri) kelihatannya mati sebenarnya tidak; ~ berdarah mati dgn menumpahkan darah (kerana ditikam, ditembak, dll); ~ berugam Kl mati tetapi tidak hancur mayat atau bangkainya; ~ bersebab mati dgn tidak sepatutnya; ~ katak mati spt katak dan tidak siapa yg mempedulikannya; ~ kera sudah dipotong tetapi belum kering lagi (kayu); ~ konyol (percuma) mati dgn sia-sia; ~ kumlah (hukumullah) mati dgn sepatutnya (spt terlalu tua dll); ~ kutu(nya) tidak dapat berbuat apa-apa lagi; ~ lemas mati kerana tidak dapat bernafas (spt tenggelam dlm air, kena gas, dll); ~ mampus (modar) bp mati dgn serta-merta; ~ mawai ark mati menggeletak; ~ pucuk a) mati pucuknya (tumbuh-tumbuhan); b) tidak ada lagi tenaga kelaki-lakian (lemah zakar); ~ raga menguatkan hati dgn mengetepikan segala keseronokan; ~ rasa tidak mempunyai perasaan lagi; ~ salai mati lemas (kerana asap, panas, dll); ~ seladang sehidup semati bkn suami isteri (tidak bermadu dll); ~ sesat (syirik) mati dgn cara yg tidak diredai Allah (kerana membunuh diri dll); ~ syahid mati kerana Allah (kerana membela agama dll);

~ anak berkalang bapak, ~ bapak berkalang anak prb anak dan bapa mestilah tolong-menolong pd masa kesusahan; ~ dicatuk katak prb orang yg berkuasa dikalahkan (dihina) oleh orang yg lemah; ~ gajah tiada dapat belalainya, ~ harimau tiada dapat belangnya prb tahu membuat pekerjaan yg jahat dan tahu menyembunyikan dan menghilangkannya; ~ ikan kerana umpan, ~ saya kerana budi prb manusia dapat dipujuk dgn mulut manis atau dgn budi baik; ~-~ berdakwat biar hitam prb tiap-tiap pekerjaan janganlah kepalang (janganlah dikerjakan separuh jalan); ~ tidak akan menyesal luka tidak akan menyiuk prb sudah bulat hati utk melakukan sesuatu dan tidak akan mengumpat atau menyesal kemudiannya; kita semua ~ tetapi kubur masing-masing prb lain orang lain fikirannya; spt orang ~, jikalau tiada orang mengangkat bilakan bergerak prb seseorang yg daif jika tiada orang menolongnya akan susahlah ia;

mati-matian 1. dgn bersungguh-sungguh, dgn segala daya upaya, dgn genap tenaga: mereka berjuang ~ mempertahankan negara; 2. tidak sebenarnya mati, pura-pura mati, mati olok-olok;

bermati-mati, bermati-matian bersungguh-sungguh (mengerjakan sesuatu), dgn segala daya upaya, dgn segenap tenaga: kakanda bekerja ~ siang dan malam, pergi ke sana ke mari dgn tidak mengendahkan penat dan lelah; rakyat sekarang ~ berjuang utk kemerdekaan;

bermatikan; ~ diri pura-pura mati;

mematikan 1. membunuh: ada kalanya gula juga akan ~ semut; 2. ki menjadikan mati (buntu, luput, tidak berubah, tidak bergerak, dll): pengemis itu ~ langkahnya; setelah ~ enjin skuternya, dia pun naik ke rumah; 3. (Mat) membahagi sebarang pengatas dan sebarang pembawah dgn angka yg sama;

kematian 1. perihal mati: orang ke surau dia turut sama, orang ~ dia bersama-sama membuat apa-apa yg patut; angka ~ angka yg menunjukkan jumlah orang yg telah mati; surat ~ surat keterangan bkn orang yg telah meninggal dunia; 2. menderita (menanggung) kerana seseorang atau sesuatu yg mati: janganlah tersangat risaukan ~ anak kita itu; ~ angin tidak ada angin lagi (orang dlm pelayaran);

kemati-matian 1. kelihatan spt sudah mati: dia pengsan ~ lakunya; 2. sampai mati (mengerjakan sesuatu), mati-matian;

pemati sesuatu yg digunakan utk mematikan (jahitan, simpulan, dll), pengukuh, pengetat (skru dll).

mati II; burung ~ anak a) sj burung, burung bibit, Cacomantis merulinus threnodes; b) sj burung, burung takuweh, Penthoceryxsonneratii malayanus; burung ~ sekawan sj burung, burung kawan, Anorrhinus galeritus carinatus.

MATIC akronim bagi Malaysian Travel Information Complex (Kompleks Penerangan Pelancongan Malaysia).

matlamat 1. sasaran, bulan-bulan; 2. ki sesuatu yg hendak dicapai, tujuan: kempen akan dijalankan sehingga ~ yg dikehendaki itu berjaya;

bermatlamat mempunyai matlamat: tajuk ini ~ melahirkan manusia yg berkualiti;

bermatlamatkan mempunyai sesuatu sbg matlamat: banyak juzuk dlm disiplin falsafah al-Farabi ~ politik.

matra Id ukuran tekanan irama (dlm muzik).

matriark wanita yg menjadi ketua dlm sesuatu keluarga atau suku kaum.

matriarki sistem masyarakat yg kaum wanitanya menjadi ketua keluarga, memegang sebahagian besar kuasa dan memiliki harta.

matriks persekitaran atau konteks tempat sesuatu (masyarakat, organisma, fahaman, dsb) berkembang: saya sendiri menyarankan sintesis yg bersifat rasional analitis dlm suatu ~ falsafah.

matrikulasi peringkat persediaan sebelum masuk ke universiti, peringkat prauniversiti: kursus ~ dan diploma dlm bidang sains; setelah tamat tempoh pengajian ~ di kolej tersebut, beliau melanjutkan pelajarannya ke Australia.

matrilineal (matrilinéal) (Ant) bkn hubungan kekeluargaan atau keturunan menerusi garis keturunan sebelah perempuan atau sebelah ibu.

matrilokal (Ant) berkaitan dgn, berdasarkan atau mengikut sistem atau pola perkahwinan masyarakat yg menetapkan bahawa pasangan yg berkahwin itu tinggal dgn keluarga isteri: sistem adat perpatih bercorak ~.

matron 1. ketua kpd jururawat di hospital; 2. wanita yg menjaga hal ehwal kesihatan, makanan dll di sekolah (atau institusi).

matu ukuran berat utk menentukan ketulenan emas; emas sepuluh ~ emas yg tulen;

mematukan menentukan jenis emas (tua atau muda);  mutu IV.

matur; paduka ~ sl gelaran utk isteri raja (dlm cerita-cerita Panji dll).

matyai Pl penyegan, pemalas.

mauduk Ar tajuk (ceramah, perbahasan, dll): ~ ini akan cuba didekati dgn penghuraian erti kaunseling dipandang dr sudut Islam.

maujud Ar segala yg wujud sama ada yg zahir atau tidak: segala yg diciptakan Allah adalah ~;

kemaujudan perihal (keadaan) maujud;

pemaujudan perbuatan (proses) menjadikan sesuatu benar-benar ada: ~ ini sangat ketara pd kanak-kanak.

maujudat Ar (jamak bagi maujud) segala yg wujud sama ada yg zahir atau tidak.

maula Ar tuan.

maulai Ar tuan hamba, tuanku.

maulana Ar 1. tuan kita; 2. gelaran utk ulama besar: ~ Abu Bakar.

maulhayat Ar sl air yg kononnya boleh menyebabkan seseorang hidup selama-lamanya, air hidup.

maulid Ar 1. hari lahir (terutama hari lahir Nabi Muhammad SAW); 2. tempat lahir.

Maulidur Rasul Ar ulang tahun hari keputeraan Rasulullah SAW.

Maulud Ar perayaan utk menyambut hari lahir Nabi Muhammad SAW pd 12 Rabiulawal.

maun (binatang) yg memakan tumbuh-tumbuhan, herbivor.

maung I rasa atau bau yg memualkan; pahit ~ a) sangat pahit; b) ki berbagai-bagai kesusahan (penderitaan dll).

maung II (Sunda) harimau.

maura sj tumbuhan (pokok), Mastixia rostrata.

maut mati (terutama manusia): tiap-tiap yg bernyawa akan menemui ~;

membawa ~ menyebabkan mati; mencari ~ mencari sebab utk mati; menemui ~ menemui ajal (mati);

pemautan Id perihal jumlah orang yg mati, angka kematian.

mauz Ar pisang.

mawa Kd sj ungka, wakwak.

mawaddah Ar kasih sayang, terutamanya dlm hubungan antara suami isteri: rumah tangga mereka kembali aman dan damai dilimpahi ~ oleh Allah ke atas mereka; keserasian juga penting dlm membina kebahagiaan rumah tangga yg berteraskan ~.

mawai I ark; mati ~ mati terlantar (di tanah).

mawai II; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), calang paya, Croton griffithii.

mawar I sj bunga yg harum baunya (bermacam-macam warnanya), bunga ros; air ~ air yg harum baunya (drpd bunga mawar).

mawar II; tawar-~ sangat tawar, tawar hambar (tidak bergaram).

mawas I sj monyet besar dlm famili Pongidae, termasuk orang hutan dan cimpanzi.

mawas II; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), karaes, mata ayam, rambai ayam rantau, tajam moleh, Baccaurea brevipes.

mawat Ar tanah terbiar yg tidak diketahui tuannya.

mawin; kahwin-~ berbagai-bagai jenis keramaian perkahwinan.

maya I 1. (sesuatu) yg kelihatannya ada tetapi sebenarnya tidak ada, bayangan, khayalan: merenggangkan diri drpd ~ keduniaan yg penuh tipu daya; 2. berkaitan dgn komputer dan Internet: universiti ~; litar ~.

maya II; bermaya; tidak ~ tidak berdaya, lemah, lesu: badannya letih lesu seolah-olah tidak ~ lagi.

maya III sl apa: akan pekerjaan kami orang memegang negeri ~ peduli tuan?; padang ~ ini?

mayam I ukuran berat emas (sama dgn 1/16 bungkal).

mayam II; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), Commelina spp.

maya-maya I Jw sangat jernih, terang.

maya-maya II sj tumbuhan (pokok), Homalanthus populneus.

mayang I bunga kelapa (pinang, kabung, dll) yg masih di dlm seludangnya;

~ mengurai rambut yg mengurai serta ikal; ikal ~ ikal spt mayang (rambut);

~ menolak seludang prb orang yg melupakan jasa orang yg memeliharanya sejak kecil; seludang menolak ~ prb memegah-megahkan diri.

mayang II; putu ~ sj penganan yg dibuat drpd tepung beras dan dikukus.

mayang III sj tumbuhan (pokok), Palaquium ridleyi; buluh ~ sj buluh.

mayang IV; perahu ~ = pemayang sj perahu yg digunakan utk menangkap ikan di laut;  payang I.

mayang V sj bintang (sunbulat atau bunyi sunbulat).

mayang VI memayang; menghiris atau memotong daun, bawang dsb tipis-tipis: dia seronok dapat menolong nenek mengupas dan ~ bawang; beberapa orang kaum ibu sedang sibuk ~ daun pandan wangi utk dibuat bunga rampai;

pemayang alat spt pisau dsb yg digunakan utk memayang sesuatu: ~ bawang.

mayapada sl dunia;  marcapada.

mayarkelemayar I.

mayat tubuh orang yg telah meninggal: aku lihat ~-~ korban kemalangan itu sudah terlunjur di tepi jalan; pucat spt ~ pucat lesi; ~ hidup ki a) orang yg terlibat dlm penagihan dadah yg teruk sehingga kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kpd keluarga, masyarakat dsb, bangkai bernyawa; b) orang yg terlantar sakit sehingga kurus kering tubuhnya; spt ~ ditegakkan prb kurus kering serta sangat pucat.

mayau Kd  manyau.

mayones (mayonés) sos pekat berkrim yg mengandungi campuran telur, susu, dan minyak (biasanya dimakan dgn salad).

mayor Id 1. pangkat dlm tentera (antara kapten dan leftenan kolonel), mejar; 2. ark gelaran utk ketua orang-orang Cina (lebih tinggi drpd kapten Cina).

mayung sj ikan laut, Arius spp.

mayur I; sayur-~ berbagai-bagai jenis sayur.

mayur II Tr sangat licin (kepala dll).

mazbah Ar tempat sembelihan.

mazhab Ar 1. cabang ajaran Islam yg diikuti oleh umat Islam (iaitu mazhab Syafii, Hanafi, Hambali dan Maliki): di Mesir umpamanya pd masa dahulu, mahkamah Syariah semata-mata berpegang pd ~ Hanafi; 2. aliran, fahaman, atau ajaran (spt dlm bidang ekonomi dll): ~ laissez-faire; 3. ark ajaran Kristian yg telah menyimpang drpd yg asli: ~ Protestan;

bermazhab tergolong dlm, berpegang pd atau menganuti mazhab: rata-rata umat Islam Chechnya beraliran Sunni dan ~ Hanafi; dr segi agama, mereka ~ Syafii;

kemazhaban hal yg berkaitan dgn mazhab: tersebarnya semangat taklid dan fanatik ~.

mazi Ar cecair jernih yg keluar drpd alat kelamin, biasanya terdahulu drpd mani, yg tidak mewajibkan seseorang mandi junub.

mazkur; termazkur Ar, sl tertulis, termaktub, tercatat.

mazlum Ar sl aniaya: banyaklah hamba Allah yg terbunuh dgn ~;

termazlum teraniaya.

mazmumah Ar tercela, terkeji, terhina; sifat ~ sifat tercela, terkeji, atau terhina.

mazmur nyanyian utk memuji dan memuliakan Tuhan (drpd Kitab Zabur);

bermazmur menyanyikan mazmur.

mazodinia (Ubat) rasa sakit pd buah dada.

mazurka (Muz) 1. tarian rancak orang Poland, biasanya ditarikan oleh empat atau lapan pasang penari: tarian ~; 2. muzik yg digubah utk mengiringi tarian 1. di atas: muzik ~.

MB 1. kep Menteri Besar; 2. Id kep Markas Besar.

MBA Master of Business Administration (Sarjana Pentadbiran Perniagaan).

MBAD Id kep Markas Besar Angkatan Darat.

MBAL Id kep Markas Besar Angkatan Laut.

MBAU Id kep Markas Besar Angkatan Udara.

MBK kep Majlis Bersama Kebangsaan.

MBM kep Majlis Belia Malaysia.

MCA kep Malaysian Chinese Association (Persatuan Cina Malaysia).

MCS kep Malayan Civil Service (Perkhidmatan Awam Malaya).

Md simbol kimia bagi mendelevium.

Md. kep Muhammad.

mea Pl berasa pening.

meatus (méatus) (Bio) saluran semula jadi di dlm tubuh, spt salur dr telinga luar ke gegendang telinga.

mebel (mébel) IB bp perabot rumah (kerusi, meja, dll).

mecak Kl merajuk.

mecis (mécis) Id, bp gores api, mancis api.

medak bau ikan yg busuk (tetapi belum kuat benar); ~ kahang bau ikan yg terlalu busuk.

medal (médal) bintang kehormatan, pingat.

medali I IB 1. tanda jasa (penghargaan, penghormatan) yg dibuat drpd logam, pingat; 2. pingat yg mempunyai gambar orang soleh (Roman Katolik).

medali II sl sj alat bunyi-bunyian spt seruling.

medalion (médalion) sj barang perhiasan yg berbentuk bulat atau lonjong dll (dibuat drpd emas dll dan digantungkan pd kalung, jam, dll).

medan (médan) 1. tanah lapang, padang (utk berlumba dll), gelanggang, alun-alun; 2. kawasan yg terhad (utk sesuatu); 3. ki arena, kalangan, kawasan, lapangan, lingkungan;

~ ais (Geog) kawasan ais terapung yg luas, terutamanya di kawasan kutub; ~ elektrik (Fiz) kawasan bercas yg disebabkan pengaruh elektrik sesuatu jasad yg bercas; ~ graviti (Fiz) kawasan di sekitar jasad yg mengenakan daya tarikan graviti terhadap jasad lain; ~ (daya) magnet (Fiz) kawasan sekeliling magnet yg tenaganya masih boleh dikesan; ~ perang tempat berlakunya sesuatu peperangan; ~ politik lapangan politik; ~ ramai orang ramai, khalayak ramai; ~ selera tempat terdapatnya banyak gerai yg menjual berbagai-bagai jenis makanan utk orang ramai.

medang sj tumbuhan (pokok), Pygeum parviflorum; ~ asam sj tumbuhan (pokok renek), pecah periuk jantan, Ixora pendula; ~ kapas = ~ tahi ayam = ~ tanduk sj tumbuhan (pokok), belonggok, bunga sebederas, gajus hutan, pokok gajah, Alseodaphne penducalaris; ~ kelawar a) sj tumbuhan (pokok), sangah, Elaeocarpus robustas; b) sj tumbuhan (pokok), Pygeum polystachyum; ~ kunyit = ~ tanah = ~ tanduk sj tumbuhan (pokok), Alseodaphne insigna; ~ melukut sj tumbuhan (pokok), bengkaras, jangkal kayu karkaras, kayu tangkat, otak udang, serapuh bukit, Norrisia malaccensis; ~ pasir sj tumbuhan (pokok), akar belalang puak, Pittosporum ferrugineum; ~ payung sj tumbuhan (pokok), Actephila sesquipedalis; ~ serai sj tumbuhan (pokok), ludai bulan, muta riba, perepat bukit, redan, ridau, tasai, Mischocarpus lessertianus.

medarah sj tumbuhan (pokok), Ptychopyxis costata.

media (média) alat atau perantara komunikasi (perhubungan), spt radio, televisyen dan akhbar ;

~ am pelbagai jenis saluran atau perantara komunikasi, alat atau saluran komunikasi amnya atau keseluruhannya; ~ cetak alat atau saluran komunikasi yg berupa bahan cetakan atau terbitan (spt surat khabar, majalah, dll); ~ elektronik alat atau saluran komunikasi yg berupa atau yg menggunakan alat-alat elektron moden (spt radio, televisyen, dll); ~ massa pelbagai jenis alat komunikasi (spt televisyen, radio, surat khabar, majalah, dsb) yg dapat menyampaikan maklumat (berita dsb) kpd orang ramai dgn cepat (dlm masa yg singkat), sebaran am.
1   ...   4   5   6   7   8   9   10   11   ...   18


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət