Ana səhifə

M II kep meter. M kep Masihi; 1959~ tahun 1959 Masihi ma


Yüklə 0.79 Mb.
səhifə18/18
tarix26.06.2016
ölçüsü0.79 Mb.
1   ...   10   11   12   13   14   15   16   17   18

memurahkan menjadikan murah (harga dll), menyebabkan jadi murah, menurunkan harga: kerana persaingan yg hebat terpaksa ia ~ harga dagangannya;

mempermurahkan ki menganggap mudah (senang dll): kalau suami bukan bangsa penyabar dan suka ~ hidup diceraikannya isteri itu dgn tidak semena-mena;

murahan rendah nilai diri, tidak bermutu, rendah nilainya: mereka selalu dianggap sbg gadis ~; hanya bahan-bahan ~; hiburan ~;

kemurahan 1. perihal murah, kelimpahan: sangat-sangatlah ampun periksamu akan mereka itu sekalian, kerana ia bernaung kpd keadilan dan ~mu; 2. = ~ hati kebaikan hati, sifat penyayang dan pengasih: sekali engkau sebut, beribu kali hamba terima ~ hati engkau itu;

pemurah (orang yg) suka memberi, tidak kedekut: dia ialah sahabat yg ~ dan sangat takut akan kemurkaan Allah.

murahik Ar anak yg sudah hampir kpd usia baligh.

murai sj burung yg berkicau (pagi-pagi hari), Copsychus saularis musicus; bunyi ~ waktu pagi-pagi benar;

~ bakau sj burung, Pachycephala cinerea; ~ batu sj burung a) = ~ hutan sj burung, Copsychus malabaricus; b) burung kapas, Lalage nigra; ~ belanda sj burung, Zoothera citrina; ~ belukar sj burung, Tarsiger cyanurus; ~ gajah sj burung, Irena puella; ~ kampung sj burung yg berkicau (pagi-pagi hari), Copsychus saularis; ~ rimba sj burung, Pycnonotus plumosus; ~ sampah sj burung, a) Acrocephalus arundinaceus; b) Alcippe cinerea; burung ~ bangau = ~ ekor gading sj burung, merbah ekor gading, Tersiphone paradisi;

bagai ~ dicabut ekor prb perempuan yg suka bercakap banyak; ~ berkicau hari siang prb sesuatu yg sudah terang dan nyata.

murajaah Ar mengulang kaji, merujuk.

murakab Ar bersusun, berganda, berlapis: jahil ~.

mural lukisan atau gambar yg besar pd dinding: ~ yg terpampang di dinding luar Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka.

muram 1. tidak berapa terang (cahayanya), buram, guram, kelam, suram: hari itu redup dan ~, matahari belum kelihatan sejak empat jam tadi; 2. tidak berseri (air muka dll), tidak gembira: suatu hari suamiku pulang dgn muka yg ~; 3. ki tidak bahagia (hidup dll), tidak cerah (keadaan, kemungkinan, dsb), menderita: hidup akan menjadi ~ dan masam kalau keadaan tidak berubah; keadaan ekonomi antarabangsa yg ~ mempengaruhi ekonomi negara sedang membangun spt Malaysia;

bermuram; ~ durja bermasam muka (kerana sedih dll), tidak jernih air mukanya: seminggu lamanya Uda ~ durja, pedih benar hatinya disindir orang;

memuramkan menjadikan muram, menyebabkan muram, memudarkan: perkahwinan kita kelak ~ darjat martabat keluargamu;

kemuraman perihal (keadaan dsb) muram, kesuraman: Rahman memandang wajah isterinya yg masih cuba menyembunyikan ~nya.

murang sl sj tunam utk memasang meriam.

muraqabah Ar amalan menjaga ingatan hati semata-mata kpd Allah.

murba biasa sahaja, hina, jelata, rendah;

kaum ~ kaum rendah (bukan bangsawan atau hartawan), marhaen; rakyat ~ rakyat jelata.

murca sl tidak sedarkan diri, pengsan;

memurcakan menyebabkan (menjadikan) pengsan: kemudian anak ini dimurcakan oleh dukun ubatan di atas sebuah kerusi.

muri sl sj serunai atau suling.

murid = anak ~ orang atau anak yg sedang belajar atau berguru, pelajar, penuntut; ~ tua bekas pelajar (dr sesebuah sekolah dll);

bermuridkan sl mengambil sbg murid, menjadi guru kpd: ia pun ~ Laksamana.

murih kl marah, meradang.

muring bersungut-sungut (kerana tidak puas hati dll), merengut-rengut.

muris I sj kain tenun; mores I.

muris II Jk haloba, rakus, tamak.

murka I bd marah, meradang: maka sultan pun terlalu ~ akan Hang Tuah, disuruh bunuh pd Seri Nara Diraja;

memurkai marah kpd (akan), memarahi: jangan tuanku segan ~ anakanda;

memurkakan menyebabkan jadi marah, memarahkan: ~ raja;

termurkai sl dimurkai (dimarahi): Laksamana pd ketika itu ~, tiada bekerja lagi;

kemurkaan perihal murka, kemarahan: dia ialah sahabat yg pemurah dan sangat takut akan ~ Allah.

murka II; angkara ~ mementingkan diri sendiri, loba, tamak;

kemurkaan sifat kelobaan (ketamakan).

murni tidak mengandungi unsur-unsur asing (biasanya unsur-unsur yg mencemarkan), bersih benar, suci, tulen: aku bekerja kuat dan rajin dgn mendapat semangat dan perangsang drpd cita-cita yg ~ dlm hatiku; kemanakan dia telah mengirim bingkisan permata ~;

memurnikan membersihkan benar-benar, menyucikan: agama itu benar-benar dipergunakan utk ~ rohani manusia;

kemurnian perihal murni, kesucian, keaslian, ketulenan: ada baiknya kalau diadakan aturan dan perubahan yg sesuai agar ~ agama Islam tidak tercabul; mereka mahu mengekalkan ~ bahasa Melayu;

pemurnian perihal atau perbuatan memurnikan: ada baiknya masalah ~ bahasa menjadi pokok perhatian dlm seminar ini;

pemurni orang yg sangat mementingkan ketelitian dan ketepatan, terutamanya dlm cara hidup, adat istiadat, penggunaan bahasa yg betul dsb.

mursal Ar 1. yg disuruh, pesuruh, rasul; 2. hadis yg diriwayatkan dgn sanad tanpa disebut sahabat yg meriwayatkannya drpd Rasulullah SAW secara langsung.

mursalin Ar jamak bagi mursal; anbia dan ~ sekalian nabi dan rasul.

mursyid Ar 1. guru agama, pemimpin (dlm hal rohani); 2. baik hidupnya, taat kpd Allah.

mursyidul am Ar pembimbing utama di kalangan pemimpin, yg berperanan utk memberikan panduan atau tunjuk ajar tentang agama Islam kpd para ahli dlm sesebuah pertubuhan, persatuan dsb.

murtad Ar orang yg keluar drpd agama Islam, sama ada melalui perbuatan, perkataan, atau niat: orang yg begitu adalah orang yg kufur, yg ~, yg derhaka, kerana mahu menyamai Tuhan Maha Pencipta;

memurtadkan menjadikan seseorang murtad: watak utama bernama Kamil telah ~ ramai orang;

kemurtadan perihal murtad: setiap Muslim yg murtad tidak boleh diakui ~nya, tetapi hendaklah disuruh kembali kpd Islam.

muruku sj makanan ringan yg diperbuat drpd tepung beras, tepung kacang, dan dicampur dgn rempah (popular di kalangan kaum India).

murung sedih, masyghul, pilu: sifat riang dapat berubah jadi ~ dgn tiba-tiba;

bermurung berasa murung, berdukacita, bersedih: apabila kemarahannya tidak dapat diluahkan, dia ~ sepanjang hari;

kemurungan 1. perihal murung, kemuraman, kesuraman: kenangan itu menjadikan ~nya bertambah-tambah dan bibirnya bergetar-getar; 2. (Psi) keadaan apabila seseorang mengalami rasa kecewa dan putus asa yg diiringi dgn gejala spt sukar tidur, lembap berfikir, dan rasa bersalah yg keterlaluan yg tidak setimpal dgn kesalahan yg dilakukan.

murup Jw menyala (cahaya, warna, dll), berkobar: maka Laksamana pun memakai, berkain kesumba ~ antelas bertepi bersirat; merah ~ merah menyala.

murus Jw buang-buang air; ~ darah buang air yg berdarah.

Murut suku kaum peribumi di Sabah, yg tinggal di rumah panjang, terutamanya di daerah Tenom, Keningau dan Nabawan, dan kegiatan utamanya ialah menanam padi huma, berburu, dan memungut rotan, madu lebah dan damar, biasanya tidak menetap di satu tempat.

mus (ERT) pencuci mulut yg berbusa, diperbuat drpd krim, telur dsb, biasanya berperisa coklat atau buah-buahan dan dihidangkan sejuk: ~ coklat.

musaadah Ar bantuan (yg diberikan), pertolongan, sokongan.

musabab Ar 1. kesan: drpd keadaan tersebut lahirlah suatu ~ yg tertinggi, maka dgn itu alam dgn segala sesuatu pun diciptakan; 2. sebab drpd segala sebab, sebab yg menjadi asas terjadinya sesuatu: tiap-tiap satu kejadian dan peristiwa mempunyai asas dan ~ yg mendorong terjadinya kejadian itu; sebab ~ yg menjadi sebab, yg menyebabkan, sebab.

musabaqah Ar pertandingan: ~ tilawatil Quran pertandingan membaca al-Quran.

musafir Ar orang yg masih dlm perjalanan, orang yg berpergian, pengembara: jangan ada orang ~ yg tidur di bawah atap rumah engkau dlm keadaan lapar;

bermusafir melakukan perjalanan atau pengembaraan: orang yg sedang ~;

kemusafiran perihal (keadaan) hidup sbg musafir: sia-sia hidupmu, sia-sia ~mu.

musakat Ar celaka, sengsara.

musala Ar tempat sembahyang; tikar ~ tikar sembahyang, sejadah.

musang 1. sj binatang liar (yg gemar memakan ayam); ~ akar sj musang, Artogalidia trivirgata; ~ belang, Hemigalus debyanus; ~ buah sj binatang spt musang, Prionodon sp.; ~ jebat = ~ kesturi sj musang, Viverra zibetha; ~ lamri, Paguma larvata; ~ pandan = ~ pulut, Paradoxurus hermaphroditus; ~ sebarau = ~ tebarau sj musang, Paradoxurus spp.; ~ tenggalung, Viverra tangalunga; ~ turun sj binatang spt musang, Arctictis binturong; 2. sj binatang liar spt anjing, Vulpes spp.;

~ berbulu ayam prb orang jahat yg menyamar sbg orang baik; ~ terjun lantai terjungkat prb a) ada tanda-tanda yg boleh jadi keterangan dlm sesuatu perkara; b) tempat yg dimasuki pencuri ada juga sesuatu alamatnya.

musara wang bantuan, gaji, pencen: maka beberapa puluh bahara emas patik beri ~ tiada juga pd;sara I.

museologi (muséologi) kajian tentang organisasi muzium.

musibat, musibah Ar 1. bencana, celaka, malapetaka: janganlah kamu mencari ~ dan bahaya bagi dirimu sendiri; 2. bk kata makian, celaka, sial: ah, ~ betul mereka itu.

musikan IB 1. pemain muzik; 2. bermain muzik.

musikus IB ahli muzik.

musim 1. masa yg tetap atau khusus tiap tahun mengikut perubahan iklim: dlm ~ bunga, salji menjadi cair dan meresap ke dlm tanah; 2. ketika atau masa tertentu tiap tahun (ketika pokok berbuah, buah mulai masak, dll): orang kita gemar memakan buah-buahan, tetapi biasanya buah-buahan itu dimakan pd ~nya sahaja; 3. masa berlakunya sesuatu atau beberapa peristiwa (kejadian dsb) yg serupa: Karim kebingungan menghadapi ~ perang;

~ angin masa angin bertiup; ~ bah (banjir) musim selalu berlaku banjir; ~ barat Id musim hujan di Sumatera dan Jawa; ~ buah (buah-buahan) masa pokok berbuah; ~ bunga (semi) musim tumbuh-tumbuhan kembali bertunas dan berbunga (pd akhir musim sejuk); ~ dingin (sejuk) musim udara sejuk (di negeri-negeri berhawa dingin); ~ haji masa orang menunaikan fardu haji; ~ kelambu menunggal (tutup kuala, utara) masa angin timur laut bertiup (dr bulan November hingga bulan Januari); ~ kemarau musim udara panas terik dan hujan tidak turun; ~ luruh (gugur, rontok) musim tumbuh-tumbuhan meluruhkan atau menggugurkan daun-daunan (kerana musim dingin hampir tiba); ~ menuai (panen) masa menuai padi; ~ panas musim antara musim dingin dgn musim luruh (ketika udara panas); ~ tenggara (jawa, selatan) masa angin bertiup dr barat laut dan membawa hujan (dr bulan Jun hingga bulan September); ~ tengkujuh musim hujan selalu turun;

semusim 1. sama musimnya; 2. masa kira-kira setahun (dr musim tertentu hingga kembali musim itu lagi): ada ~ baginda duduk di dlm negeri itu, beranak seorang laki-laki bernama Encik Tayan;

bermusim 1. sudah sampai atau tiba musimnya; belum ~ belum sampai musim atau masanya; 2. mengikut musim: tanam-tanaman ~;

musiman mengikut musim (waktu) tertentu: acara ~ utk tujuan-tujuan semasa.

musir Kd daging yg elok (pd kerbau, lembu), daging batang pinang.

muslihat Ar 1. daya upaya, ikhtiar: apakah ~ agar kesatuan itu benar-benar boleh mewakili pelajar Melayu seluruhnya; 2. = tipu ~ tipu daya, akal, helah: sekarang apa yg kita mahu ialah satu tipu ~ yg licin spt yg dilakukan oleh Tengku Anum di negeri Siam itu; beliau menyeru supaya harta wakaf hendaklah digunakan utk ~ am; ~ perang siasat perang, taktik perang;

bermuslihat mempunyai muslihat: negara itu mencapai matlamatnya dgn ~ dlm hal ehwal negara lain.

Muslim Ar orang (lelaki) yg beragama Islam;

memuslimkan 1. menjadikan sesuatu bercirikan Islam: serba-serbi mesti dimuslimkan, dibersihkan di dalam dan di luar; 2. menjadikan seseorang Muslim;

kemusliman ketinggian darjat seseorang sbg orang Muslim: ~ seseorang insan.

Muslimah Ar orang (perempuan) yg beragama Islam.

Muslimat Ar jamak bagi Muslimah: para Muslimin dan ~.

Muslimin Ar jamak bagi Muslim: para ~ dan Muslimat.

muslin sj kain yg nipis dan jarang.

musnah binasa sama sekali, hilang lenyap, rosak: sebanyak dua belas buah rumah telah ~ dijilat api;

memusnahkan membinasakan langsung, menghilangkan, melenyapkan, merosakkan: angkatan udara Mac Arthur di Filipina telah dimusnahkan dlm masa tiga hari sahaja;

kemusnahan perihal musnah, kebinasaan, kelenyapan: semenjak penduduknya diperintahkan berpindah, seluruh Kampung Beringin itu terbiar menghadapi ~;

pemusnahan perihal atau perbuatan memusnahkan, pembinasaan: penggunaan bom atom bererti ~ umat manusia;

pemusnah yg memusnahkan (membinasakan): benarkah surat layang suatu ejen ~ masyarakat?

mustahak penting, pantas, patut, perlu: segala pancaindera yg disebut ini sangatlah ~ dijaga supaya tidak cacat cedera; maka ~lah mereka itu diberi bantuan drpd pungutan zakat;

memustahakkan memerlukan, mementingkan, menghendaki: dlm air susu terdapat zat yg sangat dimustahakkan oleh bayi;

kemustahakan perihal mustahak.

mustahil tidak boleh jadi, tidak mungkin, tidak masuk akal: dahulu orang memikirkan bahawa penyakit kusta ini ~ dapat diubati;

memustahilkan menganggap mustahil, menganggap tidak mungkin: jangan ~ sesuatu kejadian yg belum kamu ketahui;

kemustahilan 1. perihal mustahil; 2. sesuatu yg tidak mungkin.

mustaid Ar sedia, lengkap, selesai, siap: setelah sudah ~ maka surat pun diaraklah ke perahu;

memustaidkan menjadikan mustaid, melengkapkan, menyediakan.

mustajab Ar 1. berjawab atau dikabulkan (doa, permintaan, dll), makbul: doa pun terlalu ~ dan barang pintanya pun dikabulkan Allah; 2. bp mujarab: ubat yg amat ~ utk penyakit sengal;

memustajabkan menjadikan makbul (doa, permintaan dll), memakbulkan, memperkenankan: pd hari raya juga kita digalakkan memperbanyak doa kerana inilah harinya Allah ~nya; mudah-mudahan doanya itu dimustajabkan oleh Allah;

kemustajaban perihal mustajab, kemanjuran.

mustak Ar berasal dr, diturunkan dr.

mustakim Ar benar, jujur, lurus; siratal ~ jalan yg lurus (benar).

mustakmal Ar terpakai; air ~ air yg telah dipakai utk wuduk, mandi hadas atau bersuci.

mustami ark pendengar (syarahan universiti).

mustard biji sawi yg dijadikan serbuk: gaulkan daging dgn garam, lada sulah, dan ~.

musuh I 1. orang yg ditentang (dlm peperangan, perkelahian, pertandingan, dll), lawan, seteru: tiada begitu banyak ~nya dan tiada sesiapa membenci dia; 2. sesuatu yg mengancam (kesihatan, jiwa, dll), sesuatu yg merosakkan: penyakit tibi ini ialah ~ yg besar sekali kpd manusia; 3. ki bandingan, imbangan, tandingan; tidak ada ~nya tidak ada bandingan atau tandingannya;

~ ketat musuh yg paling besar (kpd); ~-masah berbagai-bagai musuh; ~ tradisi lawan (dlm pertandingan dsb) sejak dahulu hingga masa kini; ~ tumbuhan segala yg merosakkan tumbuhan (spt serangga dll);

~ dlm selimut prb musuh yg sangat dekat atau yg ada dlm lingkungan sendiri; ~ jangan dicari-cari, bersua jangan dielakkan prb musuh janganlah dicari-cari tetapi jika datang sendiri jangan pula takut;

bermusuh, bermusuhan bersikap sbg musuh (antara satu sama lain), berlawanan, bertentangan: memang nafsu itu sentiasa ~ dgn akal fikiran; dgn tiba-tiba sahaja kami ~ dgn mereka;

memusuhi menganggap musuh, melawan, membenci, menentang: kami tidak ~ sesiapa;

musuh-memusuhi saling memusuhi: apabila kasih telah terjalin, hilanglah rasa ~ antara satu sama lain;

permusuhan perihal bermusuh, perseteruan: dia bertindak demikian kerana sikap dan rasa ~nya terhadap segala keadaan sekeliling.

musuh II; ~ lebah sj burung, Indicator archipelagus.

musyahadah Ar hal menyaksikan hakikat-hakikat ghaib dlm kasyaf (menurut ajaran sufi);

bermusyahadah melakukan musyahadah.

musyarakah, musyarakat Ar 1. ark persyarikatan perdagangan, syarikat perniagaan, perkongsian; 2. ark masyarakat;  masyarakat.

musyarik Ar orang yg turut serta (melakukan sesuatu), peserta.

musyawarah Ar perundingan dgn pihak-pihak lain utk menyelesaikan masalah atau mencapai persetujuan: MBIM boleh mengadakan forum ~ kebahasaan antara Malaysia dgn Indonesia; kesediaan menyelesaikan masalah secara ~ dgn perasaan terbuka dan bertolak ansur;

bermusyawarah berunding, bermesyuarat: satu ciri yg ketara dlm masyarakat timur ialah konsep gotong-royong dan ~ utk menyelesaikan masalah.

musykil Ar 1. ragu-ragu, payah (difahami, dimengerti, dihuraikan, dll), sukar, sulit: sekiranya dia menanyakan suatu perkara yg ~ baginya, hendaklah kita jawab; 2. tidak puas hati, kecewa, kesal: Kamal berasa ~ apa sebabnya Wan Mahani tidak mahu mengikut surat Wan Mustafa;

memusykilkan 1. menyebabkan jadi musykil, memayahkan, menyukarkan, menyulitkan: dia menanya segala apa yg dimusykilkannya, segala apa yg ada hubungannya dgn soal agama; 2. tidak memuaskan hati, mengecewakan, mengesalkan: hanya yg dimusykilkan sedikit ialah kerana ketiadaan tempat belajar;

kemusykilan 1. perihal musykil, kesukaran, kesulitan: Tajurim menjawab dgn tenang tiap-tiap ~ Maznah itu; 2. sesuatu yg tidak memuaskan hati, kekecewaan, kekesalan: si Tenggang tidak berani mengeluarkan ~nya kpd sesiapa pun.

Musyrik Ar orang menyekutukan Allah, baik dgn keyakinan, ucapan ataupun perbuatan, mis percaya adanya kuasa ghaib selain Allah spt memuja berhala, dewa dsb;

memusyrikkan menjadikan atau menyebabkan Musyrik: maka orang tuanyalah yg akan mengislamkan, meyahudikan atau ~ putera atau puterinya;

kemusyrikan perihal Musyrik (kafir).

Musyrikah Ar perempuan yg menyekutukan Allah.

Musyrikin Ar jamak bagi Musyrik.

Musytari planet paling besar, yg kelima jauhnya dr matahari.

mutaah Ar pemberian suami yg diwajibkan kpd isteri setelah diceraikannya; kahwin ~ kahwin kontrak atau sementara (yg dibenarkan pd peringkat awal perkembangan Islam, tetapi kemudiannya diharamkan).

mutagen (Bio) bahan yg boleh menyebabkan mutasi genetik

mutah sj tumbuhan (pokok).

mutai (muta.i) Ar taat kpd Allah, soleh.

mutakaddim, mutakaddimin Ar (yg) terdahulu, (yg) telah lalu, (yg) sudah.

mutakalim Ar ahli ilmu kalam.

mutakhir terakhir, akhir-akhir ini, terbaharu, kemas kini: membicarakan puisi Malaysia ~; A.Samad Said terus-menerus mengikuti perkembangan sastera ~ di dunia; kajian yg dilakukan pd tahun-tahun ~ ini.

mutalaah Ar perihal menyelidiki (mempelajari), perihal membaca;

memutalaah mempelajari, menyelidiki, membaca baik-baik: jauh malam mereka berdua baru tidur kerana ~ pelajaran mereka; ~ kitab; telaah.

mutan (Bio) individu, haiwan atau tumbuhan yg mengalami mutasi.

mutanajis Ar bercampur dgn najis; air ~ air yg bercampur dgn najis yg tidak boleh digunakan utk bersuci.

mutasi 1. (Bio) perubahan pd bahan genetik sesuatu organisma (tumbuhan, haiwan, dsb) yg mengakibatkan perubahan ciri tertentu organisma tersebut; 2. (Lin) pengubahsuaian bunyi dlm satu kata yg dipengaruhi oleh bunyi-bunyi yg berhampiran; 3. IB perubahan atau pergantian pegawai (kakitangan dll).

mutatis mutandis (Latin) (Udg) dgn membuat perubahan yg sewajarnya tanpa menjejaskan fakta utama (dlm membandingkan kes).

mutawassitah Ar = najis ~ najis pertengahan (tidak perlu disamak, cukup dgn membasuh hingga hilang bau, rasa, dan warnanya sahaja).

mutawatir Ar diturunkan drpd seorang ke seorang tanpa putus (bkn hadis, berita, riwayat, khabar dll).

mutawif Ar pemandu orang yg mengerjakan tawaf (biasanya dirujuk juga kpd mereka yg membuat kebajikan kpd orang yg mengerjakan haji).

mute (muté) Jk sj manik-manik.

mutia mutiara.

mutiara 1. sj permata yg diperoleh dr sj tiram; indung ~ tiram yg mengandungi mutiara; 2. ki sesuatu yg sangat berharga: ~ ketuhanan yg dianugerahi Allah kpd manusia, iaitu akal.

mutlak 1. tidak terbatas (hak, kuasa, dll), tidak bersyarat (tidak ada kecualinya), tidak berbelah bagi (taat setia dll), lengkap, penuh, umum: Belanda bersetuju utk memberi pengakuan segera dan ~ serta tanpa syarat terhadap kedaulatan Republik; perhubungan mereka adalah berasaskan taat setia yg ~ kpd perintah tinggi; hak ~ hak penuh; syarat ~ yg mesti ada (tidak boleh tidak); wakil ~ wakil penuh; 2. suci; air ~ air yg suci dan boleh menyucikan (spt air hujan dll);

memutlakkan menyebabkan sesuatu menjadi mutlak: jangan sampai ada orang yg menyangka bahawa Plato telah ~ undang-undang;

kemutlakan perihal mutlak;

pemutlakan perihal (proses atau perbuatan) memutlakkan.

mutu I terdiam kerana terlalu sedih dll, termenung-menung; berhati ~ bersedih hati, masyghul.

mutu II dlm keadaan yg berbahaya (raja dlm permainan catur), tercepit.

mutu III mutiara; ratna ~ manikam berbagai-bagai jenis permata.

mutu IV 1. ukuran kemurnian emas (1 mutu = 2.4 karat); emas sepuluh ~ emas murni; 2. taraf (kebaikan, kecerdasan, kepandaian, dll), kualiti, nilaian (utk sesuatu): di samping projek meninggikan ekonomi negara, harus ada rancangan utk meninggikan ~ warganegara;

bermutu tinggi mutunya, bernilai tinggi: akan kucipta sebuah lukisan yg benar-benar ~.

mutung I Jw patah hati.

mutung II (Lampung) ark musnah kerana terbakar, terbakar.

muwahid Ar orang yg mengesakan Allah (tidak menyekutukan Allah).

muwakal Ar orang yg diserahi tugas mengurus sesuatu perkara, wakil.

muwalat I Ar tidak berantara (dlm sembahyang), berturut-turut.

muwalat II Ar ark keturunan, baka, zuriat: Sultan Zainal anak Ghori kita hantarkan kerajaan supaya jangan putus ~ takhta kerajaan Acheh Darus Salam drpd nasab Syed al-Marhum.

muwarikh Ar ahli (penulis) sejarah.

muzakarah Ar perbincangan (pertukaran pendapat) tentang sesuatu masalah dsb;

bermuzakarah berbincang (bertukar-tukar pendapat) tentang sesuatu masalah dsb;

memuzakarahkan membincangkan dsb sesuatu perkara (isu, masalah dsb) dlm muzakarah: mungkin perkara itu akan dimuzakarahkan kelak; hal-hal yg ada kaitan dgn keluarga akan dimuzakarahkan dlm majlis itu.

muzik gubahan bunyi yg menghasilkan bentuk dan irama yg indah dan menyenangkan, bunyi-bunyian;

pemuzik ahli muzik, pemain alat muzik, atau pengubah muzik.

muzikal berharmoni, merdu: keindahan bunyi yg ~.

muzikologi kajian tentang muzik.

muzium bangunan tempat menyimpan, memelihara, mengkaji, atau mempamerkan objek-objek yg mempunyai nilai sejarah, seni, saintifik, dsb.
1   ...   10   11   12   13   14   15   16   17   18


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət