Ana səhifə

M II kep meter. M kep Masihi; 1959~ tahun 1959 Masihi ma


Yüklə 0.79 Mb.
səhifə13/18
tarix26.06.2016
ölçüsü0.79 Mb.
1   ...   10   11   12   13   14   15   16   17   18

mikroelektronik (mikroéléktronik) cabang ilmu elektronik yg berkait dgn komponen dan pembinaan litar yg sangat halus.

mikrofilem filem utk mengambil gambar atau merakamkan bahan bertulis dlm saiz yg kecil: akhbar ini sebahagiannya terdapat dlm bentuk ~;

memikrofilem(kan) merakamkan (menyimpan) bahan bertulis dlm bentuk mikrofilem.

mikrofis helaian filem foto yg dapat merakamkan data atau imej dlm saiz yg sangat kecil.

mikrofon alat utk mengubah gelombang bunyi menjadi gelombang elektrik bagi meninggikan tekanan bunyi spt dlm telefon, radio, dll, pembesar suara.

mikrogelombang (Fiz) gelombang elektromagnet yg sangat pendek dgn jarak gelombang antara 1-300 mm, digunakan terutamanya dlm perhubungan radio dan radar, memasak dsb, gelombang mikro.

mikrogram satu persejuta gram.

mikrograviti (Ast) graviti yg hampir sifar yg dialami oleh angkasawan di dlm kapal angkasa yg mengelilingi bumi.

mikrokomputer komputer yg kecil keupayaannya dan biasanya digunakan di rumah, sekolah, dsb.

mikrometer (mikrométer) 1. alat utk mengukur dgn tepat jarak, ketebalan dsb yg sangat kecil; 2. satu persejuta meter, mikron.

mikron ukuran panjang yg bersamaan dgn 0.000001 meter.

mikroorganisma (Bio) organisma halus (mis bakteria, virus, protozoa, dll) yg hanya dapat dilihat dgn mikroskop.

mikropemproses (mikropemprosés) (Komp) litar bersepadu tunggal yg berfungsi sbg unit pemprosesan pusat dlm mikrokomputer.

mikropsia (Ubat) kecacatan pelihatan yg menyebabkan sesuatu objek kelihatan lebih kecil drpd keadaannya yg sebenar.

mikrosaat satu persejuta saat.

mikrosatelit satelit kecil yg beratnya tidak melebihi 50 kg dan beroperasi dlm orbit rendah.

mikroskop alat yg menggunakan kanta utk menjadikan objek kecil kelihatan besar;

~ elektron mikroskop berkeupayaan tinggi yg menggunakan alur elektron utk menghasilkan imej yg diperbesar; ~ majmuk mikroskop yg mempunyai dua sistem kanta (kanta objek dan kanta mata); ~ ringkas mikroskop yg mempunyai sistem kanta tunggal.

mikroskopi penyelidikan yg dibuat dgn menggunakan mikroskop.

mikroskopik 1. berkaitan dgn (penggunaan) miskroskop; 2. terlalu kecil dan tidak dapat dilihat dgn mata kasar: ternyata bilangan kompleks dapat dgn baik menjelaskan struktur ~ alam.

mikrosurgeri (Ubat) pembedahan rumit yg dilakukan ke atas bahagian-bahagian tubuh yg sangat halus spt tisu, sel dll dgn bantuan mikroskop khas.

mikroton (Muz) jeda yg lebih kecil drpd semiton.

mikrowatt unit kuasa yg bersamaan dgn satu persejuta (10-6) watt.

miksomatosis sj penyakit arnab yg berjangkit dan membawa maut.

miku sj tumbuhan (pokok), Artocarpus lowii.

mil Id ukuran jarak yg bersamaan dgn 1760 ela, batu.

milenium (milénium) tempoh masa seribu tahun, alaf.

milieu persekitaran sosial sekarang: seorang pencipta sastera apakala dia merakamkan suara hatinya, dia memancarkan ~ dan semangat masyarakatnya.

miligram ukuran berat yg bersamaan dgn 0.001 gram.

milik 1. kepunyaan, hak: semua tanah adalah ~ kerajaan pusat; ia berharap Asmah akan menjadi ~nya pd suatu masa kelak; ~ bebas kepunyaan atau hak memiliki (tanah) yg tidak dibataskan tempoh hak miliknya dll; 2. Id nasib baik, beruntung;

memiliki 1. mempunyai: rakyat berhak ~ harta; 2. mengambil atau menjadikan sesuatu hak milik: tidak dibenarkan ~ hak orang;

termilik menjadi milik;

milikan apa yg dimiliki: kejayaan negara mengikut ~ modal saham;

pemilikan perihal memiliki: ~ tanah;

pemilik yg empunya, tuan punya.

milik negara kepunyaan atau hak negara (spt perusahaan tertentu dll);

memiliknegarakan menjadikan (sesuatu) milik negara, menasionalisasikan: beliau ~ harta mereka di Cuba;

pemiliknegaraan perbuatan menjadikan (sesuatu) milik negara, nasionalisasi.

mililiter ukuran banyak yg bersamaan dgn 0.001 liter.

milimeter (miliméter) ukuran panjang yg bersamaan dgn 0.001 meter.

milir ke hilir;  hilir.

milisaat satu perseribu saat.

milisi IB 1. kewajiban utk berkhidmat dlm tentera, kerahan tenaga (dlm tentera) yg diwajibkan; 2. orang yg masuk tentera oleh kerana kerahan.

militan 1. sedia utk berjuang atau berperang; 2. cenderung menggunakan keganasan, kekerasan, atau tekanan kuat utk mencapai sesuatu tujuan: pelajar ~.

militarisme faham ketenteraan.

militer (militér) Id askar, tentera, ketenteraan; latihan ~ latihan tentera.

militia pertubuhan yg bergerak ala tentera tetapi para anggotanya bukanlah tentera profesional: peperangan ke atas penduduk Bosnia oleh ~ Serbia.

millah Ar golongan (agama): umatku akan berpecah kpd 73 ~ yg semuanya masuk neraka, kecuali satu ~.

milo Id; sekolah ~ sekolah menengah rendah pd zaman penjajah.

milu ark jagung.

milyar seribu juta.

milyuner (milyunér) jutawan.

mim 1. huruf yg ke-24 abjad Arab (mempunyai nilai 40); 2. huruf ke-28 abjad Jawi.

mimbar 1. Ar sj pentas atau panggung di dlm masjid tempat berkhutbah; 2. Id ruangan (dlm surat khabar dll) tempat melahirkan fikiran atau pendapat.

mimeograf (miméograf) salinan stensil yg dicetak dgn mesin mimeograf: manuskrip itu telah disediakan dlm bentuk ~.

mimi Jw belangkas.

mimik I ark; termimik-mimik terkecap-kecap (ketika makan).

mimik II memek II.

mimik III meniru, mengajuk gaya, cara, dll seseorang atau sesuatu;

kemimikan (Bio) keadaan sifat, ciri, dll sesuatu haiwan yg menyerupai sifat, ciri, dll haiwan lain.

mimis peluru yg bulat-bulat, penabur.

mimisan Jw keluar darah dr hidung.

mimos (Sas) lakonan bersahaja dlm persembahan teater yg hanya menggunakan isyarat gerak-geri dan mimik muka tanpa sebarang perkataan utk mengungkapkan sesuatu kejadian, watak, aksi dsb.

MIMOS akronim bagi Malaysian Institute of Microelectronic Systems (Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia).

mimosa semalu.

mimpi 1. sesuatu yg terlihat atau dialami dlm tidur: ia melihat segala-galanya dlm ~; 2. ki angan-angan; berkelahi dlm ~ prb sesuatu perbuatan atau perkataan dgn tiada usul periksa tiba-tiba menjadi gaduh;

bermimpi 1. melihat sesuatu dlm mimpi: maka ia ~ dirinya berpandangan dgn Rasulullah; 2. ki berangan-angan;

memimpikan 1. = bermimpikan bermimpi akan sesuatu: malam itu Bidin tidur bermimpikan lampu-lampu hijau merah bergayutan; 2. ki mencita-citakan atau mengharap-harapkan sesuatu (yg bukan-bukan atau yg amat sukar dicapai): drpd sikap acuh tak acuh itu, terkeluar kata-kata yg sama sekali tidak kumimpikan; Sigmund Freud mengatakan seniman selalu ~ kehormatan, kekuasaan, kekayaan, kemasyhuran, dan cinta wanita;

termimpi terlintas dlm fikiran, terfikirkan sbg sesuatu yg mungkin dapat dicapai (diperoleh dsb): kalau dahulu tidak ~ manusia boleh menjejakkan kaki ke bulan, kini rancangan sedang disusun utk pengembaraan ke bintang yg lain pula;

termimpi-mimpi 1. bermimpi kerana teringat-ingat atau terkenang-kenang akan sesuatu; 2. tampak terbayang-bayang dlm ingatan;

termimpikan dimimpikan: satu ketika dahulu, dia tidak pernah ~ hak ini;

mimpian 1. apa yg dilihat (dialami) dlm mimpi, khayalan; 2. ki cita-cita (yg mustahil); impi.

mimpin bp memimpin;  pimpin I.

min nilai hitung panjang (pukul rata) bagi sesuatu set nombor; ~ hujan tahunan nilai hitung panjang hujan tahunan.

mina I ark sj ikan, ikan paus.

mina II Jk; burung ~ tiung.

minalaidinwalfaizin Ar semoga termasuk dlm golongan orang yg kembali kpd fitrah (suci drpd dosa) dan beroleh kejayaan, biasanya diucapkan pd Hari Raya Aidilfitri.

Minang singkatan bagi Minangkabau: orang ~.

Minangkabau suku bangsa yg tinggal di (atau berasal dr) wilayah Minangkabau, Indonesia.

minantu Mn menantu.

minat keinginan (kesukaan, kecenderungan) kpd sesuatu: mereka mendengar cerita orang tua itu dgn penuh ~;

berminat menaruh perhatian akan, cenderung kpd, gemar akan: seluruh dewan penuh sesak dgn mereka yg ~ dlm jurusan siasah negara;

meminati menggemari, memerhatikan, menginginkan: kumpulan anak muda yg baru belajar ~ sastera; tulisan Ibnu Sina, Imam Ghazali, Maulana Jalaluddin Rumi, dikaji dan diminati oleh pendeta Barat;

peminat orang yg berminat (kpd sesuatu), penggemar: mudah-mudahan buku ini dapat sambutan drpd para ~ kesusasteraan Melayu seluruhnya.

minatubenatu.

minda akal fikiran, daya berfikir: ~ yg disuburkan dgn ilmu pengetahuan yg banyak, akan menjadi alat yg tajam utk mengatasi berbagai-bagai masalah dan mengilhamkan pemikiran baru; kita kurang menggunakan ~ utk berfikir.

mindi; ~ kecil sj tumbuhan (pokok yg kulitnya dibuat ubat kudis dll), Melia azedarach.

minduk Kl; tok ~ penolong (perantara) dlm permainan puteri.

mindring mendreng.

mineral 1. bahan pepejal berhablur spt kuarza, arang batu, uranium, dsb, yg terdapat secara semula jadi dlm kerak bumi dan batuan, bahan galian; 2. unsur bukan organik yg ringkas, biasanya diperlukan dlm kuantiti sedikit utk menjalankan metabolisme badan: tubuh kita memerlukan beberapa ~ utama utk tumbesaran dan kehidupan yg sihat; bawang putih juga mengandungi dua ~ pelindung, iaitu selenium dan germanium, yg baik utk kesihatan tubuh manusia;

memineralkan menjadikan sesuatu bahan mengandungi mineral.

mineralogi kajian tentang mineral.

minggat Jw meninggalkan keluarga, kampung, tempat tinggal, tempat kerja dll secara diam-diam kerana merajuk atau kecewa: pekerjaku sudah ~ semua.

minggir Jw pergi ke tepi, menyusur;  pinggir.

minggong Jh bingung.

minggu 1. = hari ~ hari Ahad; 2. tujuh hari, pekan: se~ yg lalu, dua orang lagi pemuda Melayu telah ghaib entah ke mana;

berminggu-minggu beberapa minggu, banyak minggu (lamanya dsb): bukannya sehari dua, malah ~ lamanya;

mingguan 1. (berlaku atau diadakan) setiap minggu: Tengku berkata demikian setelah menghadiri sidang kabinet ~ yg diadakan di bangunan Parlimen hari ini; 2. (diterbitkan) setiap minggu (bkn akhbar, majalah dsb): dia menunduk, mengambil akhbar ~ yg terbiar di atas lantai, lalu duduk di kerusi;

seminggu-mingguan sepanjang minggu.

mingkin Jk makin;

mingkinan makin sangat, bertambah sangat.

minhaj Ar manhaj.

mini sangat kecil, sangat pendek: bas ~; karipap ~; pasar ~.

mini- awalan asing sangat kecil atau singkat, mis miniskirt.

miniatur 1. lukisan (atau catan) yg sangat kecil, terutamanya lukisan seseorang; 2. salinan atau model sesuatu objek dlm bentuk yg dikecilkan; 3. (bkn sesuatu yg ditiru) sangat kecil, kenit.

minikomputer sj komputer yg keupayaan pemprosesannya agak tinggi, antara keupayaan mikrokomputer dan kerangka utama.

minim IB sedikit atau kecil sekali.

minimaminimum.

minimum (bilangan, banyak, dll) yg terkecil atau sedikit sekali;

meminimumkan mengurangkan dsb ke paras yg minimum atau paling kecil yg mungkin, menjadikan minimum: ~ dedahan sinaran yg tidak dapat dielakkan;

peminimuman perbuatan mengurangkan (menurunkan) sesuatu ke tahap paling rendah: soal ~ kos.

miniskirt skirt yg sangat singkat (labuhnya dr atas paras lutut).

minit I tempoh masa yg lamanya 60 saat, 1/60 jam.

minit II catatan tentang apa yg telah diperkatakan (dibincangkan) atau dipersetujui (dlm mesyuarat, perundingan, dll).

minoriti golongan kecil orang yg sama keturunan, agama, budaya, dsb yg tinggal di sesebuah tempat (negara, daerah, dsb) yg majoriti penduduknya berlainan keturunan, agama, dsb: kaum ~.

minta 1. = meminta menyatakan mahu (akan sesuatu), memohon (utk mendapat sesuatu), pinta: semalam Aini ada ~ ubat drpd Pak Ludin; mamak itu tersenyum sedikit apabila laki-laki cengkung itu ~ dia buatkan dua piring mi goreng; 2. = meminta mengucapkan (doa dll), melafazkan; 3. = meminta melamar anak gadis supaya menjadi isteri, meminang; 4. = diminta diharap (supaya), haraplah, sudilah: ~ diam sebentar tuan-tuan;

~ aman = ~ nyawa mohon supaya tidak dibunuh; ~ ampun = ~ maaf mohon supaya diberi ampun (maaf); ~ berhenti memberitahu hendak berhenti (drpd pekerjaan); ~ diri mohon supaya diizinkan pulang (pergi); ~ doa a) berdoa, mendoa; b) kenduri utk meminta selamat, selamatan; ~ jalan minta supaya diberi jalan (utk lalu); ~ janji meminta supaya menunaikan janji (menepati janji); ~ sedekah mengemis; ~ selamat minta supaya selamat; ~ tabik a) memberi hormat (salam); b) minta maaf (kerana hendak bertanya dll); ~ tangan minta diajar (dipukuli); ~ terima kasih mengucapkan terima kasih; ~ tolong mohon pertolongan (drpd orang lain);

minta-minta 1. = berminta-minta, meminta-minta minta sedekah, mengemis; orang ~ pengemis; 2. bp mudah-mudahan, moga-moga: ~ luluslah aku dlm peperiksaan tahun ini;

berminta diminta (lwn dibeli); licin kerana minyak ~ prb sindiran utk merendahkan orang yg angkuh kerana barang yg dipinjam;

meminta 1. minta; 2. menentukan (nasib, hidup mati);

memintai memohonkan sesuatu berkali-kali, banyak yg diminta, memohon, memohon kpd;

memintakan meminta sesuatu utk (orang lain dll);

permintaan 1. perihal (perbuatan) meminta: ~nya supaya menceraikannya itu sungguh berat dirasa oleh suaminya; 2. sesuatu yg diminta, permohonan: ~ orang tampan itu diterimanya dgn segala senang hati; 3. Mn peminta (nasib yg ditakdirkan Tuhan): sudahlah nasib ~ badan, kita di bawah kehendak Allah; 4. (Eko) pernyataan kehendak atau kemahuan pembeli (utk barang atau perkhidmatan) dgn kesediaan membayar harga yg tertentu;

peminta 1. orang yg meminta; ~ sedekah pengemis; 2. = sl permintaan permohonan, apa yg diminta; 3. Mn nasib (yg ditakdirkan Tuhan); buruk ~ nasib buruk.

mintak I bp minta.

mintak II Ar ikat pinggang, bengkung.

mintakat Id bahagian atau daerah, kawasan; ~ dingin daerah berhawa dingin.

mintakulburuj Ar garisan melengkung khayalan di langit yg terbahagi kpd 12 bahagian dan tiap-tiap satu dinamakan mengikut nama gugusan bintang dua belas, zodiak.

mintal montok, montel (kanak-kanak).

minterat Id, bp perbandaran.

mintuna ark 1. gamat; 2. bintang (rasi, Gemini).

minum = meminum 1. meneguk atau menelan sesuatu yg cair (air, susu, dll); 2. Id menghisap (rokok, candu, dll): janganlah engkau ~ madat, kerana itu mendatangkan beberapa celaka dan kebinasaan; ~ serasa duri, makan serasa lilin, tidur tak lena, mandi tak basah prb seseorang yg sangat bersusah hati;

meminumkan 1. memberi minum kpd: seorang menyediakan makanan dan seorang lagi ~ air kepadanya dgn sepuas-puasnya; 2. menyuruh (meminta supaya) minum; ~ kuda;

terminum 1. minum dgn tidak sengaja, telah atau sudah diminum; 2. boleh (dapat) diminum;

minuman barang cair yg boleh diminum; ~ keras minuman yg memabukkan;

peminuman perbuatan (proses) meminum air dsb: bahan radioaktif masuk ke dlm tubuh manusia melalui proses pemakanan dan ~;

peminum orang yg suka (gemar, ketagih) meminum minuman keras.

minus 1. kurang, dikurangi; daerah ~ Id daerah yg kurang menghasilkan bahan makanannya; 2. tolak; tanda ~ tanda tolak.

minyak I cairan yg tidak boleh bercampur dgn air (diperoleh drpd tumbuh-tumbuhan, binatang, ataupun lombong), lemak yg cair;

~ angin sj ubat (utk menyembuhkan pening kepala, sakit perut, dll) yg diperbuat drpd campuran beberapa bahan; ~ atar sj minyak wangi (berasal dr negara Timur Tengah); ~ babi cairan lemak babi; ~ bakar Id minyak utk menjalankan enjin (kapal dll); ~ bata minyak yg diperbuat drpd buah suntai (boleh dimakan); ~ benzin minyak utk menggerakkan jentera dll; ~ bumi beberapa jenis minyak yg di lombong dr bumi; ~ cat minyak utk mencairkan cat; ~ cenduai sj minyak guna-guna (utk menarik hati perempuan); ~ diesel minyak yg digunakan utk enjin diesel; ~ galian minyak bumi; ~ gas = ~ tanah minyak yg mudah terbakar (dipakai utk lampu dll); ~ goreng minyak utk goreng-menggoreng; ~ gosok minyak yg digunakan utk mengurut; ~ hitam a) minyak yg agak pekat utk melicinkan perjalanan enjin; b) = ~ tar sj minyak yg diperoleh dlm arang batu dan digunakan utk membuat jalan raya (mengawet kayu dll); ~ ikan minyak drpd lemak ikan paus dsb; ~ jarak (kelapa, zaitun, dll) minyak yg dibuat drpd buah jarak (kelapa, zaitun, dll); ~ kacang minyak yg diperoleh drpd kacang tanah, biasanya digunakan dlm masakan, produk farmaseutikal, sabun dsb; ~ kelapa minyak yg diperoleh drpd isi kelapa dan digunakan utk masakan, membuat sabun dsb; ~ kelung air atau cairan yg keluar dr pipi gajah yg sedang naik berahi; ~ kelonyor sj minyak yg harum dan mudah meruap (eau de Cologne); Id ~ lincir = ~ pelicin minyak utk melicinkan perjalanan mesin dll; ~ linsid minyak berwarna perang dan mudah terbakar yg diekstrak drpd biji flaks, digunakan dlm pembuatan cat, dakwat pencetak, linoleum, varnis dsb; ~ masak minyak spt minyak kelapa dan minyak sawit, yg digunakan utk memasak atau menggoreng makanan; ~ mentah minyak yg dilombong dan belum diolah lagi; ~ mineral minyak yg diperoleh drpd penyulingan petroleum yg digunakan sbg pelincir, pelembab dan dlm perubatan; ~ pati minyak yg diekstrak drpd tumbuhan dan mempunyai bau atau perisa tumbuhan tersebut, biasanya digunakan dlm membuat minyak wangi, sbg perisa dsb; ~ parafin minyak tanah; ~ pekat Id salap; ~ pelincir minyak utk melicinkan atau melancarkan pergerakan bahagian-bahagian enjin; ~ perlu campuran alkohol, ester, aldehid, keton, dll yg diekstrak drpd bahagian tumbuhan spt bunga, daun atau kayu, dan digunakan utk membuat minyak wangi dan perisa makanan;~ petrol minyak utk menjalankan enjin dll; ~ rambut minyak utk melicinkan rambut; ~ regular = ~ biasa minyak petrol tanpa plumbum yg mempunyai kadar oktana yg rendah; ~ sapi = ~ samin sj minyak yg diperbuat drpd susu lembu dll; ~ sawit minyak yg diperoleh drpd buah kelapa sawit dan digunakan utk masakan, membuat sabun dsb; ~ sayur minyak yg diperoleh drpd tumbuh-tumbuhan dan digunakan utk memasak, membuat majerin dsb; ~ super minyak petrol tanpa plumbum yg mempunyai kadar oktana yg tinggi; ~ tetap minyak lemak yg tidak meruap yg diperoleh drpd sayur-sayuran atau haiwan dan digunakan utk membuat bahan pelincir, sabun dsb; ~ wangi = ~ raksi minyak yg berbau harum (bau-bauan);

~ dgn air adakah bercampur prb orang yg bermusuhan atau yg tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu; ~ duyung perendang duyung = ~ kita juga yg digorengkannya prb seseorang telah berbuat budi atau kebaktian kpd seorang raja atau orang kaya dgn menggunakan kekayaan orang itu sendiri; ~ habis sambal tak enak prb kekecewaan dlm perjodohan anak dgn menantu; licin kerana ~ berminta, elok kerana kain berselang prb sindiran utk merendahkan seseorang yg angkuh atau sombong kerana harta atau barang yg dipinjam; memasukkan ~ tanah prb menyalakan marah orang (menghasut) supaya perselisihan makin hebat; sesudah arang-arang hendak ~ pula prb sesudah mengotorkan nama orang sekarang hendak bermanis-manis pula dgn orang itu;

berminyak 1. mengandungi minyak, berisi minyak, berlemak, mengeluarkan minyak: ikan yg ~ mengandungi zat vitamin A dan D; 2. memakai minyak: rambutnya kering dan kasar tidak ~;

~ air mukanya ki nampak berseri mukanya (kerana gembira dll); pandai ~ air ki a) pandai berkata-kata utk mencapai sesuatu maksud; b) pandai berpura-pura (bermuka-muka); c) pandai menggunakan sesuatu yg sebenarnya kurang baik;

~ biar lecak = mati-mati ~ biar licin prb tiap-tiap pekerjaan janganlah kepalang, biarlah sampai pd akhir kesudahannya; ~ tak licin prb alang kepalang, tanggung-tanggung;

meminyaki memberi berminyak, membubuh minyak pd, melumuri dgn minyak: ia sibuk ~ segala bahagian jentera yg bergerak;

perminyakan perihal minyak (perlombongannya dll); sakramen ~ Id sj upacara bersembahyang utk orang yg hampir akan mati (Roman Katolik).

minyak II; ~ beruk betina (putih) sj tumbuhan (pokok), dedali paya, Xanthophyllum curtisii; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), Cynodon dactylon; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput sepat, Daemonorhops augustifolius; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), Isachne globosa.

mioglobin (Ubat) protein yg membawa oksigen, yg mengandungi zat besi dan terdapat dlm sel otot.

miologi kajian tentang struktur, fungsi dan penyakit otot.

miopia (Ubat) cacat pelihatan yg menyebabkan objek jauh tidak dapat dilihat dgn jelas, rabun jauh.

mipat Kl salah, silap.

mipis ark nipis, tipis.

mir Pr gelaran utk orang lelaki yg beribukan syarifah dan berbapakan orang kebanyakan.

mirah sj permata yg berwarna merah.

mirai ark; tirai-~ bermacam-macam tirai.

mirat (mir.at) Ar cermin.

miriapod (Bio) haiwan (spt lipan, gonggok, dll) dlm kumpulan Myriapoda, berkaki banyak, badannya panjang serta beruas-ruas.
1   ...   10   11   12   13   14   15   16   17   18


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət