Ana səhifə

M II kep meter. M kep Masihi; 1959~ tahun 1959 Masihi ma


Yüklə 0.79 Mb.
səhifə17/18
tarix26.06.2016
ölçüsü0.79 Mb.
1   ...   10   11   12   13   14   15   16   17   18

mula 1. = asal ~ asal, pokok pangkal: mari kita kembali ke ~nya; 2. yg paling awal, yg dahulu sekali, punca atau pangkal (keadaan tempat, waktu, dll); ~ pertama yg paling awal, pertama sekali; wang ~ wang yg dibayar dahulu (cengkeram, pertaruhan); 3. sebab, lantaran, fasal: apa ~nya dia datang ke mari?

mula-mula 1. terlebih dahulu, pd awalnya, pertama-tama: binatang yg ~ sekali meninggalkan laut utk hidup di darat ialah cacing; 2. sejak, semenjak: ~ sampai ia belum makan lagi;

semula 1. yg dahulu, yg mula-mula, sediakala: orang sakit itu sudah sembuh spt ~; 2. yg paling awal, yg pertama sekali: pendapatnya sekarang ini berlainan dr ~; 3. (sejak) awal, (dr) mula sekali: sejak ~ dia tidak bersetuju; 4. diulang sekali lagi (dr mula), lagi sekali: sejurus kemudian ia merebahkan dirinya ~ di atas katil; 5. balik (spt sediakala), kembali (spt dahulu): perasaan marah dan geramnya telah sejuk ~ ; membebaskan bandar itu ~ drpd tangan musuh; ~ jadi yg diwarisi baka;

bermula 1. mempunyai mula (awal): penyakit ini ~ dgn selesema; 2. berpunca, berpangkal: banjaran ini ~ dr negara Thai; 3. = bermula-mula terdahulu sekali, pertama-tama: bermula-mula yg masuk neraka itu segala raja yg zalim; 4. sediakala, yg dahulu, yg mula-mula: kedua laki isteri itu pun sama-sama duduk spt ~ dan berpandang-pandangan; 5. = sebermula sl pembuka kata utk sesuatu kisah dll, kata permulaan utk sesuatu kisah (peristiwa dsb), pertama-tama: ~ maka sampailah umurnya delapan belas tahun; sebermula bangkai bertimbun spt gunung, darah spt laut; 6. sl (yg) awal atau asal: maka semuanya dipersembahkan oleh Laksamana, dr ~ sampai kpd akhirnya;

kebermulaan perihal (keadaan) bermulanya: mustahillah utk mempercayai ~ waktu;

mulai 1. mula-mula melakukan sesuatu: pd malam Jumaat ~lah ia datang mengintai di situ; pd hari itu juga aku ~ pula mengajar Tuan Thomson; 2. sejak (semenjak), dari: larangan itu berlaku ~ hari Khamis ini;

memulakan 1. = memulai mula membuat (melakukan) sesuatu: dia terus menunjukkan cara mereka ~ peraduan itu; 2. melakukan (mengerjakan) dr mula,mengasaskan: memang sukar hendak ~ sesuatu perniagaan tetapi adalah lebih sukar lagi utk memelihara perniagaan itu; 3. membiarkan mula melakukan sesuatu: orang Parsi menunggu orang Islam ~ serangan;

termula bp telah dimulakan: apabila sudah ~, susah hendak meninggalkan candu rokok ini;

permulaan 1. awal, yg awal (pertama) sekali, yg terdahulu: pd peringkat ~ inilah, penyakit itu boleh mendatangkan bahaya; 2. dasar, asas: Upu Daeng Mariwah itu ialah Yang Dipertuan Muda dan ialah yg membuat pokok ~ sumpah setia Melayu dan Bugis; 3. pendahuluan; ~ kata (kalam) kata pendahuluan: penyiasatan ~;

berpermulaan mempunyai permulaan: sesuatu perbuatan harus ~;

pemula 1. orang yg mula-mula membuat sesuatu; 2. sesuatu yg dipakai utk memulakan sesuatu; 3. Id pasukan anak serigala (sebelum pengakap).

mulakat Ar perjumpaan, pertemuan.

mulas I = ~ perut berasa sakit perut (seakan-akan diramas-ramas rasanya): Mariam merasai bahawa seleranya telah berubah, perutnya kerap kali ~; pulas II.

mulas II; daun ~ sj tumbuhan (herba yg daunnya boleh dibuat ubat sakit perut), Desmodium triflorum.

mulato orang peranakan yg mempunyai darah campuran orang kulit putih dgn orang kulit hitam.

mulberi sj pokok yg daunnya dijadikan makanan ulat sutera, Morus alba, kertau.

mulhid Ar rujukan kpd orang yg sesat kerana menganggap Tuhan itu tiada;

kemulhidan keadaan mulhid: segala ciri kafir Musyrikin Mekah menepati ciri-ciri ~ aliran kebendaan.

mulia 1. tinggi (kedudukan, pangkat, martabat, dsb), luhur, terhormat, tertinggi; yg maha ~ panggilan utk sultan dan raja yg memerintah; yg teramat ~ panggilan utk raja muda (bakal raja); yg amat ~ panggilan utk anak-anak raja (keluarga diraja yg dekat-dekat); yg ~ panggilan utk orang baik-baik; ~ raya yg besar lagi dihormati; 2. tinggi mutunya, berharga (barang, logam, dll); logam ~ emas dan perak;

memuliakan 1. menjadikan mulia: firman Tuhan lagi, “Dan sesungguhnya Kami telah ~ bani Adam”; 2. menjunjung tinggi, menghormati; ~ janji menepati janji;

mempermulia 1. menjadikan lebih mulia; 2. sl (sangat) menghormati: hatta Raja Rekan pun datang mengadap ke Melaka, sangat dipermulia oleh Sultan Muhammad;

kemuliaan perihal mulia, kebesaran, kehormatan, keluhuran: kehidupan raja, ~ dan kebesarannya sering dikaitkan dgn peristiwa sejarah bangsa Melayu;

pemuliaan perihal (perbuatan) memuliakan.

muliawan sl mulia, luhur.

mulih Br balik, pulang; air ~ Kl air berpusing.

mulla (gelaran bagi) pemimpin atau pejuang agama Islam, terutamanya di Afghanistan dan Pakistan.

multi- awalan asing banyak dan pelbagai, mis multinasional dan multidisiplin.

multidimensi (multidiménsi) berbagai-bagai dimensi.

multidisiplin berbagai-bagai disiplin: pengajian Islam mestilah diajarkan dan dikaji drpd perspektif ~.

multilateral (dlm sesuatu perjanjian dll) melibatkan penyertaan banyak pihak atau negara.

multimedia (multimédia) 1. (berkaitan dgn) penggunaan pelbagai jenis media spt slaid, televisyen dsb, terutamanya dlm membuat persembahan (mengajar, menunjuk cara dsb); 2. berkaitan dgn produk, program dsb yg melibatkan penggunaan grafik, filem, bunyi, data dsb utk menyampaikan maklumat dsb: alat ~; 3. sistem komputer yg menggabungkan suara, animasi, grafik, teks dan video;

memultimediakan menukarkan atau menyampaikan sesuatu maklumat (bahan dsb) dlm bentuk multimedia: banyak bahan yg sesuai utk pelajar yg boleh dimultimediakan.

multinasional 1. beroperasi di beberapa buah negara (bkn sesebuah syarikat besar): syarikat ~ besar yg banyak terdapat di negara ini lebih suka menggunakan perkhidmatan antarabangsa; 2. berkaitan dgn, terdiri drpd atau melibatkan penyertaan (rakyat, pasukan, dsb) drpd berbagai-bagai negara: pasukan tentera pengaman ~.

multivitamin pil yg mengandungi campuran beberapa jenis vitamin spt vitamin A, B, dan C.

mulu; kayu ~ sj tumbuhan (pokok yg kayu-kayunya kuat), canjal, pelawan, Tristania sumatrana.

muludMaulud.

muluk I raja-raja;  malik I.

muluk II 1. terbang tinggi-tinggi (burung merpati dsb); 2. tinggi lagi merdu (suara), nyaring; 3. = muluk-muluk indah-indah (perkataan, janji, dll), elok-elok: kutawarkan batu itu dgn perkataan yg ~;

kemulukan perihal muluk.

mulur 1. tidak rapuh dan dapat memanjang, dapat dijadikan panjang (logam dsb): pokok ini perlu dipancang kerana mempunyai batang dan dahan yg ~; 2. Id, ki tidak keras kepala, boleh bertolak ansur;

kemuluran perihal mulur.

mulus Id 1. putih bersih; 2. ki tulus ikhlas, suci murni.

mulut 1. bukaan tempat mengunyah makanan (tempat lidah dan gigi pd manusia atau binatang): kuman itu masuk ke dlm tubuh melalui ~ bersama-sama makanan dan air yg diminum; 2. ki sesuatu yg rupanya spt mulut (boleh dianggap sbg mulut), lubang, liang: ~ belanga; ~ kubur dll; 3. ki perkataan, percakapan; banyak ~ banyak cakap, cerewet;

~ bedil lubang laras bedil; ~ berus Kl a) suka membuka rahsia; b) suka mengeluarkan kata-kata yg kesat; ~ bisa suka mengeluarkan kata-kata yg pedas; ~ busuk nafas berbau busuk; ~ daun lubang kecil-kecil (utk pernafasan) pd daun; ~ gatal gemar memperkatakan apa sahaja; ~ gunung lubang kawah gunung berapi; ~ hebiak Kd orang yg suka mengata orang; ~ hodoh Kl suka mencarut-carut; ~ kotor suka mengeluarkan kata-kata keji kata;~ kulit lubang kecil pd kulit (utk perpeluhan); ~ manis lemah lembut dan baik tutur katanya; ~ murai orang yg sangat suka bercakap-cakap; ~ sungai kuala (muara) sungai; ~ tajam suka mengeluarkan kata yg pedas-pedas;

~ bagai ekor ayam dihembus prb seseorang yg mulutnya tidak berhenti-henti berkata-kata; ~ bau madu, pantat bawa sengat prb orang yg manis mulutnya tetapi hatinya jahat; ~ disuapi pisang, pantat dikait dgn onak prb bermuka-muka manis tetapi di belakang diumpat atau dibuatkan pekerjaan yg mendatangkan bahaya dll; ~ hang lebih drpd gedembai = ~ kamu harimau kamu, mengerkah (batu) kepala kamu prb perkataan kamu juga yg membinasakan diri kamu; ~ manis jangan percaya, lepas dr tangan jangan diharap prb jangan percaya kpd orang yg manis perkataannya dan barang atau wang yg dipinjamkan kepadanya jangan diharap akan dapat kembali; ~ manis mematahkan tulang prb jika seseorang disuruh dgn lemah lembut nescaya sukalah hatinya dan pastilah ia bekerja dgn sehabis-habis upayanya; ~ satu lidah bertopang prb orang yg jahat hati itu perkataannya lain drpd hasrat hatinya; gula di dlm ~ prb sesuatu barang yg telah dlm milik kita; manis ~nya bercakap spt santan manisan, di dlm bagai empedu prb perkataan yg lemak manis biasanya berisi tipu semu di dalamnya; terlepas dr ~ buaya, masuk ke ~ harimau prb terhindar drpd kemalangan kecil lalu menghadapi kemalangan yg lebih besar;

bermulut 1. mempunyai mulut, berlubang spt mulut; 2. bk bertutur, bercakap;

~ besar banyak cakap, angkuh, sombong; ~ keras berkeras kepala (suka melawan); ~ manis bercakap-cakap dgn lemah lembut; ~ di mulut orang prb selalu menurut kata orang;

bermulut-mulut bk bercakap-cakap, berkata-kata.

mumaiyiz Ar sudah dapat membezakan sesuatu yg baik dgn yg buruk (bkn kanak-kanak yg lazimnya setelah berumur tujuh tahun tetapi belum baligh).

mumbang putik kelapa (yg masih kecil);

~ jatuh, kelapa jatuh prb tiap-tiap yg bernyawa akan mati juga; cuba-cuba menanam ~, jika hidup turus negeri prb tetap meneruskan sesuatu pekerjaan mungkin akan mendatangkan hasil.

mumbumumbung.

mumbul Jk naik, membumbung.

mumbung berisi penuh-penuh sehingga melebihi bibir (perahu, gantang, dll).

mumet Jw pening, pusing; tidak ambil ~ bp tidak peduli.

mumia mayat manusia atau bangkai binatang yg diawet sebelum dikebumikan (spt yg diamalkan pd zaman Mesir kuno);

memumiakan mengawet mayat supaya tahan lama dan tidak reput dgn cara melumurkan minyak khas dsb, dan membalutnya dgn kain, menjadikan sbg mumia: orang-orang Mesir kuno ~ jasad raja-raja mereka;

pemumiaan proses atau perbuatan memumiakan: ~ mayat.

mumifikasi pemumiaan.

mumkin Ar keadaan antara wajib dan mustahil;  mungkin.

mumuk Mn reput (kayu), buruk.

mumur; hancur ~ hancur lebur, remuk-redam.

mumut hampir rosak (putus dll), mudah putus (patah, sobek, dll), lapuk.

mun singkatan bagi lamun.

munafik Ar 1. orang yg pd zahirnya mengaku keesaan Tuhan dan kerasulan Muhammad, tetapi sebenarnya tidak beriman; 2. orang yg amalan dan hatinya bertentangan dgn apa yg diperkatakannya;

kemunafikan perihal munafik, sifat munafik.

munafikin Ar jamak bagi munafik.

munajat Ar zikir dan doa utk mengharapkan keredaan, hidayah, pertolongan dsb drpd Allah: dlm ~, tiada rasa jarak pemisah antara diri yg berdoa dgn yg didoakan;

bermunajat mendekati atau mendampingi Allah dgn cara berdoa (berzikir dll).

munajim Ar ahli nujum.

munakahat hukum fikah bkn perkahwinan, spt pernikahan, perceraian, kewajiban suami isteri, dll.

munang kendal.

munasabah 1. sedarah sedaging, (drpd) kerabat yg sama; 2. kesesuaian, kesamaan; 3. sesuai, tepat benar, berpatutan: ada modal yg ~ utk ditanam dlm perniagaan; 4. boleh diterima akal (boleh dipercayai), tidak mustahil: cakap kita ini biar cukup dgn dalilnya, biar ~ oleh akal;

memunasabahkan menjadikan munasabah: operasi perang yg terhad tidak ~ penggunaan senjata nuklear;

kemunasabahan perihal munasabah (sesuai, berpatutan, masuk akal, tidak mustahil):~ matlamat, ancaman, dan ugutan.

munasabat Ar 1. saudara sedarah sedaging, kerabat sejenis; 2. sesuai (cocok, tepat) benar; 3. kesesuaian, kesamaan.

muncah banyak, berlimpah-limpah: rezekinya ~ bagai ditabur.

muncerat memercik (air dll).

munci 1. gundik; 2. pelacur.

muncih baki yg tinggal sedikit (wang, barang-barang, dll).

muncikari Mn barua, jaruman, pinang muda.

muncul keluar tiba-tiba, datang menampakkan diri, terbit, timbul: tiba-tiba ketika itu ~ Dang Kenanga membawa sehidangan kopi;

bermunculan muncul dgn banyak: di langit bersih ~lah bintang-bintang;

memunculkan menampakkan, menerbitkan, menimbulkan: matahari belum ~ diri dr selimut mendung;

kemunculan perihal muncul: ~nya di dlm majlis itu memeranjatkan mereka;

pemunculan proses menjadikan sesuatu, penjelmaan .

muncung 1. mulut yg panjang (spt mulut anjing, babi, dll): ~ ikan todak; 2. panjang lagi lancip (bentuk sesuatu); 3. mulut (pd cerek, kendi, dll); mulutnya ~ = cabar ~ a) orang yg suka membuka rahsia orang; b) orang yg suka berbual kosong;

bermuncung 1. mempunyai mulut yg panjang; 2. bk berkata, bercakap;

memuncungkan menganjurkan mulut sehingga menjadi atau kelihatan spt muncung: “Tak boleh”, jawab Pipi sambil ~ mulutnya.

muncus Mn tidak mujarab, tidak menyembuhkan (ubat dll).

mundam sl mangkuk atau bokor besar drpd logam.

mundar; ~-mandir pergi balik, berulang-alik, hilir mudik: dia berjalan ~ di dlm bilik itu.

munding (Sunda) kerbau.

mundu sj tumbuhan (pokok yg buahnya boleh dimakan dan kulitnya dibuat cat hijau), Garcinia dulcis.

mundur 1. (berjalan, bergerak, dll) ke belakang, surut, undur, lwn mara: dia ~ setapak dan kemudian mara lagi beberapa tapak apabila polis itu beredar dr situ; 2. ki menjadi kurang (hasil pendapatan dll), berkurang, merosot: perusahaannya mulai ~; 3. tidak maju, terkebelakang, tertinggal, kolot: kebanyakan kaum perempuan masih lagi dlm keadaan lemah, ~, dan terkongkong;

~ maju ki tidak tetap hati, ragu-ragu; ~ teratur a) berundur dgn teratur (pasukan peperangan); b) mengundurkan diri dgn diam-diam;

memundurkan menjadikan mundur, mengundurkan, memerosotkan, mengebelakangkan;

kemunduran perihal mundur, kemerosotan: pekedai itu, sambil mengeluh, menceritakan ~ perniagaannya.

mungmungmung.

munggu, mungguk timbunan tanah, busut, longgokan.

munggur I sj tumbuhan (pokok), Enterolobium saman.

munggur IImungkur.

mungil mongel.

mungkar Ar ingkar atau menderhaka kpd Tuhan (melanggar perintah Tuhan): Tuhan memelihara pesuruh-pesuruhnya drpd melakukan perbuatan yg ~ dan pekerjaan maksiat; seorang yg mabuk mungkin melakukan apa jua perbuatan yg ~ kerana ia telah hilang akal;

memungkari tidak menurut (perintah Tuhan dll), memungkiri, mengingkari;

kemungkaran perihal mungkar, penderhakaan: ~ anaknya membantah segala cakapnya belum diketahui oleh mereka sekalian.

mungkat Kd, bp mencari-cari (kemarahan orang dll).

mungkin tidak mustahil, boleh jadi, harus: apa yg dikatakan oleh orang itu memang ~ terjadi; secepat (selekas) ~ (dgn) secepat yg boleh, (dgn) secepat-cepatnya; sedapat ~ sedapat-dapatnya;

memungkinkan 1. menyebabkan mungkin, menjadikan mungkin, mengharuskan: kematian mereka ~ terjadinya sesuatu yg tidak diingini oleh manusia; 2. memberi kesempatan (kpd), membolehkan (melakukan sesuatu): ini tidak ~ si pengarang dapat mengatakan dia sudah banyak membaca; 3. menganggap mungkin (boleh jadi), memandang tidak mustahil;

kemungkinan perihal mungkin, keharusan: beberapa orang pakar sejarah sedang menyelidiki ~ agama Islam dibawa dr negeri China;

berkemungkinan mempunyai kemungkinan, ada kemungkinannya: dgn ini bererti masih ada sistem planet di bintang lain yg ~ lebih tua usianya drpd planet bumi;

ketidakmungkinan perihal tidak boleh terjadi.

mungkir 1. tidak mengakui, tidak mengiakan, menafikan, menyangkal, ingkar: ia tidak dapat ~ kerana perbuatannya diketahui orang; 2. tidak setia, tidak patuh, tidak taat: ia tidak ~ dan tidak ingkar perintah Mempawah; 3. tidak menepati (janji dll), menolak perjanjian: sekali kita ~ janji maka orang tidak akan mudah mempercayai kita lagi; 4. salah, keliru; tidak ~ a) tidak salah, tidak keliru; b) manjur (ubat dll), mujarab;

memungkiri 1. tidak mengiakan, menyangkal, mengingkari: kalau saya ~ nya maka saya akan menerima kutukan daripadanya; 2. tidak mematuhi, tidak mentaati: maka teringat olehnya titah permaisuri, maka takut ia ~nya; 3. tidak menepati (janji dll): kalau roboh kota Melaka barulah aku ~ janji; 4. menjauhkan diri drpd (perbuatan yg keji dll);

kemungkiran perihal (perbuatan) mungkir: ~ dlm menunaikan janji-janjinya;

pemungkiran perihal atau perbuatan memungkiri;

pemungkir orang yg memungkiri janji.

mungkum 1. lengkung atau cembung (permukaan): hujung matanya dicanai ~ sedikit supaya penjurunya tidak sumbing atau sompek; 2. jeluk (mangkuk dll).

mungkur sl sj usungan atau tandu: maka raja pun keluar, berbayang-bayang rupanya, kelihatan dr dlm ~ kaca dlm mulut naga.

mungmung = mungmungan sj canang atau gong kecil: maka Bendahara pun menyuruh memalu ~ keliling negeri.

mungsang Br musang.

mungsi sj tumbuhan (herba yg boleh dibuat ubat), Carum copticum.

mungut ark tidak teguh, goyah, terhuyung-hayang (orang mabuk dll).

munib ark janda.

munisi IB peluru dan bahan letupan lain (bagi senjata api).

munjung Jk penuh sekali, mumbung.

Munkar malaikat yg menyoal ahli kubur; ~ dan Nakir dua malaikat yg menyoal ahli kubur.

muno Mn menjadi diam (bingung) dan termenung-menung (kerana perbuatan orang), hilang ingatan.

munsyi Ar guru bahasa.

muntah 1. keluar kembali drpd mulut (barang yg dimakan dll): maka terkadang-kadang ~lah ia sebab banyak meminum air masin itu; 2. = muntahan apa-apa yg keluar kembali melalui mulut; 3. turun atau luntur (warna kain); ~ belalah mengeluarkan muntah dgn banyak; ~ berak sering muntah-muntah dan berak (kerana penyakit taun); ~ darah mengeluarkan darah dr mulut; ~ kedarah bk makan; menjilat ~ sendiri prb apa yg telah ditolak (dicacat) diterima lagi;

memuntahi mengeluarkan muntah dan mengenai sesuatu: ia ~ katilnya;

memuntahkan 1. mengeluarkan muntah (apa yg sudah di dlm perut): ia ~ kembali apa yg telah dimakannya; 2. mengeluarkan apa yg ada di dlm mulut, meluahkan: setelah dikunyah-kunyah, dimuntahkan kembali sirih itu; 3. ki mengeluarkan banyak-banyak: kedua-dua kapal terbang itu ~ peluru dr mesingannya yg menggerutup menuju sasarannya; ~ isi perut bk mengeluarkan perasaan hati;

pemuntahan perihal (proses atau perbuatan) memuntahkan: di Malaysia, kaedah ~ yg selamat bagi mengeluarkan racun yg tertelan mungkin masih belum dapat dilakukan di rumah;

pemuntah (ubat dsb) yg menyebabkan muntah: agen ~ ialah ubat yg sengaja diberikan supaya pesakit itu muntah.

muntaha Ar batas atau peringkat yg terakhir (dlm ilmu tasawuf).

muntahi Ar ahli suluk yg mencapai peringkat terakhir.

muntang Pr mati terkapar (ikan dll), buntang.

muntet (muntét) Pl buncit perut (kerana kekenyangan).

muntu Jw alat penggiling (lada dll), pelindas.

muntul Jk tidak tajam (pisau dll), majal, tumpul.

mupahammufaham.

muqaddam Ar 1. yg terdahulu, sesuatu yg mendahului, pendahuluan; 2. juz Amma atau juz yg ke-30 dlm al-Quran (dipelajari dahulu).

mur sj damar yg berbau harum.

mura sj ular yg sangat berbisa; bertemu ~ dgn tedung prb sama pandai (gagah dll).

murabbi Ar orang yg mendidik atau membimbing, pendidik, pembimbing: tugas lain yg perlu ditangani ialah melatih imam dan khatib agar mampu menjadi ~ yg berkesan dlm masyarakat.

murad Ar 1. maksud, kehendak, keinginan: telah sampailah hajat dan ~ masing-masing; 2. maksud yg lebih luas.

muradif Ar (kata) seerti.

murah 1. banyak, berlebih-lebih, limpah: mereka yg mempunyai sifat kegembiraan ini selalu ~ rezekinya dan disukai ramai; 2. rendah harganya, tidak mahal: makanan yg ~ dan senang sekali didapati ialah karbohidrat; 3. tidak kedekut, suka memberi (sedekah dll): setelah Sultan Muzaffar Shah di atas kerajaan, terlalulah baik fiil baginda dgn adilnya dan ~ nya; 4. tidak susah atau tidak payah, mudah, senang;

~ hati a) suka memberi, tidak kedekut; b) pengasih dan penyayang; ~ mulut ramah mesra (tamah); ~ rezeki banyak rezeki; ~ tangan suka memberi;

~ di mulut, mahal di timbangan prb banyak membuat janji tetapi tidak menepatinya; makin ~ makin menawar prb seseorang yg telah diturut orang sesuatu kehendaknya, ia berkehendak lebih lagi (telah memperoleh kesenangan ia berkehendakkan kesenangan yg lebih);

bermurah; ~ hati tidak segan (memberi sedekah dll), bersifat murah: beliau telah ~ hati memberikan tempat menumpang kpd kami;
1   ...   10   11   12   13   14   15   16   17   18


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət