Ana səhifə

M II kep meter. M kep Masihi; 1959~ tahun 1959 Masihi ma


Yüklə 0.79 Mb.
səhifə10/18
tarix26.06.2016
ölçüsü0.79 Mb.
1   ...   6   7   8   9   10   11   12   13   ...   18

mempelu; ~ tanah sj tumbuhan (pokok), lempedu tanah, sebongkoh bukit, Nauclea junghuhnii.

mempenai sj tumbuhan (pokok renek), kayu suarah, kelereh, Homonoia riparia; cempenai.

mempening 1. sj tumbuhan (pokok), pening-pening, Quercus argentata; 2. = ~ gajah sj tumbuhan (pokok), Quercus curtisii; 3. = ~ bangka sj tumbuhan (pokok), berangan padi, Quercus spicata.

memper (mémper) Jw serupa dgn, menyerupai, mirip.

mempes (mémpés) Kl berpusing.

mempinis sj ikan laut, Engraulis spp.

mempipit sj tumbuhan (pokok renek), Psychotria griffithii.

mempisang sj tumbuhan (pokok kecil), merpadi, Polyalthia canangioides; ~ hitam sj tumbuhan (pokok memanjat), pisang-pisang hitam, Oxymitra biglandulosa.

mempitis sj tumbuhan (pokok), Cratoxylon formosum.

mempoyanempoyan II.

mempulur I; ~ rimba sj tumbuhan (pokok kecil), bungkal, randa hutan, Randia anisophylla; empulur II.

mempulur II isi atau bahagian yg lembut dlm batang tumbuh-tumbuhan jenis palma, spt kelapa, pinang, dll; empulur I.

mempunai sj tumbuhan (pokok renek), Xylopia caudata.

mempurung 1. sj ikan laut, Lycothrissa crocodilus; 2. sj ikan laut, Setipinna taty.

memputeri sj tumbuhan (pokok), berenam, Glochidion sericeum.

memutah sj tumbuhan (pokok yg akarnya dibuat ubat), Excoecaria agallocha.

mena; semena-mena; tidak ~ (dgn) tidak ada sebab yg berpatutan, sewenang-wenang, tidak tentu fasal: diceraikannya isteri itu dgn tidak ~.

menaga sj tumbuhan (pokok yg kulit dan daunnya boleh dibuat ubat), Calophyllum inophyllum.

menak; kemenakan anak saudara;  kemanakan.

menak (ménak) (Sunda) orang yg terhormat (keturunan orang mulia), bangsawan.

menalubendalu.

menaluk Kl meraung, bertempik.

menampun bp minta ampun.

menang 1. berjaya (dlm perlawanan, peperangan, dll), berhasil mengalahkan (musuh, saingan), mendapat kejayaan: barang siapa ~ dialah menjadi raja; 2. keuntungan atau ganjaran kerana berjaya mengalahkan musuh dll: berapa ~ orang itu berjudi? 3. lulus (dlm peperiksaan), beroleh hadiah (dlm pertandingan, peraduan, dll); 4. tidak kalah (kurang) drpd, lebih drpd;

alah ~ tak tahu, bersorak boleh prb tidak masuk campur dlm perlawanan (perbantahan dll); alah sabung (main), ~ sorak prb biarpun kalah, cakap besar juga;

memenangi 1. beroleh menang (dlm perlawanan dll), berhasil atau berjaya mengalahkan: kanak-kanak yg lemah tidak akan berpeluang ~ permainan itu; 2. mendapat kejayaan atau hadiah dlm pertandingan (peraduan dll): novel karangannya telah ~ Peraduan Novel Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1962; 3. ki mendapat, memperoleh, memiliki: Badrul yakin bahawa dia dapat ~ hati perempuan itu;

memenangkan 1. menyebabkan (menjadikan) menang: barang diberi Allah umur panjang serta dimenangkan Allah drpd segala musuhnya; 2. menganggap satu pihak sahaja yg menang, memihak (menyebelah) kpd: mereka bertiga sahajalah yg selalunya ~ Masinah;

kemenangan 1. perihal menang: satu keramaian yg besar telah diadakan di kota itu utk merayakan ~ tersebut; ~ percuma kemenangan yg diperoleh tanpa bertanding (kerana pihak lawan gagal atau enggan memenuhi peraturan pertandingan dll); 2. kelebihan, keunggulan: ~ moral;

pemenang orang (pihak dll) yg menang.

menangin sj ikan laut, Elops machnata.

menantu isteri atau suami kpd anak sendiri: Mak Tijah keberatan utk menerima Karim sbg ~nya;

bermenantu mempunyai menantu: tidak lama lagi dia akan ~ pula;

bermenantukan mempunyai seseorang sbg menantu, mengambil akan menantu: kalau kita ~ anak orang senang, banyak olahnya dan cerewetnya.

menara bangunan atau bahagian bangunan yg tinggi utk sesuatu kegunaan tertentu, bahagian bangunan (spt masjid, gereja, dll) yg dibina jauh lebih tinggi drpd bahagian induknya;

~ api rumah api utk panduan kapal; ~ gading a) keadaan atau kedudukan yg tersisih drpd keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yg dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (spt universiti); ~ kawalan bangunan berbentuk menara di lapangan terbang tempat mengawal lalu lintas udara, terutamanya perlepasan dan pendaratan kapal terbang.

menarung sj tumbuhan (pokok renek), mendarung, Trema orientalis; ~ gajah sj tumbuhan (pokok), bebelak, kesumba bukit, Trichospermum kurzii.

menatu tukang dobi;  benatu.

mencak 1. kepandaian menggunakan senjata utk mempertahankan diri, pencak, silat; 2. = bermencak bermain pencak, bersilat;

mencak-mencak bp mengamuk, marah benar;  pencak.

mencalukcencaluk.

mencanegaramancanegara.

mencelat Jw terpelanting, terpental.

menceng (méncéng) Jk serong.

mencih-mencih Sl tinggal sedikit, hampir habis.

mencil bp terasing, terpencil;  pencil.

mencing penuh tepu, tegang (urat, tali, dll).

mencit 1. Mn tikus; 2. sj haiwan spt tikus, tetapi lebih kecil; ~ rumah, Mus musculus; ~ buluh Chiropochymys gliroides;

~ seekor penggada seratus prb berhadapan dgn musuh yg banyak; benci akan ~ rengkiang disunu prb sebab takut akan bahaya yg kecil dibuang keuntungan yg besar; mancit.

menclok (ménclok) Jk hinggap, mencok.

mencok (méncok) Jw hinggap, bertenggek.

mencong (méncong) Jk serong, tidak tepat.

mencrok (méncrok) menclok.

mencupu sj tumbuhan (pokok dan buahnya), kecupu, Garcinia prainiana.

menda bp benda, apa benda.

mendak 1. lumpur (pasir, habuk, dll) yg tenggelam ke dasar sungai dll, pepejal yg mendap ke bawah (dlm air dll): sungai itu membawa ~ dgn banyaknya; 2. turun ke bawah dan bertimbun di dasar (spt pasir dll), mendap: butir-butir ini ~ berlapis-lapis; batu ~ batu yg terjadi drpd lapisan atau timbunan mendak;

memendakkan membiarkan memendap (dlm air dll);

mendakan pepejal yg tidak larut yg terhasil dlm sesuatu tindak balas kimia (yg berlangsung dlm larutan);

pemendakan proses menjadi mendak.

mendalimedali I.

mendalubendalu.

mendam Jw mabuk; ~ berahi lupa daratan (kerana bercinta).

mendap turun ke bawah dan bertimbun di dasar, mendak;

mendapan segala benda (spt lumpur, pasir, dll) yg mendap;

pemendapan proses dsb mendap;  endap.

mendapa balai atau ruang (tempat bertemu dll), pendapa.

mendapur sj tumbuhan (pokok), geronggang semut, Ouratea crocea.

mendarah; ~ daun besar sj tumbuhan (pokok), acu, Knema hookeriana.

mendaruh sj tumbuhan (pokok) dlm famili Euphorbiaceae, medang asam, medang kelipat, rambai hutan, Ptychopyxis spp.

mendarung sj tumbuhan, menarung; ~ akar sj tumbuhan (pokok renek), akar kani, akar meranang, akar toko takal, ara lumut, gurah peria(t), pauh-pauh pasir, parengat keting, tuku-taka, Croton caudatum.

mendat Kl duduk dgn merapatkan kepala ke lantai.

mendeleka (mendeléka) sj tumbuhan (pokok dan buah yg spt sukun), Artocarpus rigida.

mendelevium (mendélévium) (Kim) sj unsur logam yg radioaktif.

mendelikai tembikai, semangka.

mendera; manis ~ manis dan bersopan-santun (perempuan), lemah-longlai.

mendera (mendéra) I pohon beringin.

mendera (mendéra) II bendera.

menderung; ~ darat sj tumbuhan (rumpai), Cyperus malaccensis.

mendiang yg telah meninggal (digunakan utk orang bukan Islam): ~ Tun Tan Cheng Loke ialah pengasas MCA.

mendikai sj tumbuhan, tembikai, semangka.

mending 1. = mendingan lebih baik (perniagaan, penghasilan negeri, dll), lumayan, agak baik (penyakit), mulai sembuh: kalau jadi ~ juga itu, setengah juta bersih buat kita; 2. mujur, nasib baik, untung: ~ dia tidak tergelincir; 3. lebih elok kalau: mengapa beli rokok, ~ beli gado-gado?

mendonan Jk orang yg datang dr negeri (tempat) lain, orang asing (dagang).

mendong (méndong) Jw sj tumbuhan (rumpai yg batangnya boleh dibuat tikar), Fimbristylis globulosa.

mendora Imenora.

mendora II Kl sj alat penangkap ikan (spt tuar tetapi lebih kecil).

mendreng (méndréng) IB menjual barang dgn bayaran beransur-ansur;

mendrengan; barang ~ barang yg dibeli dgn bayaran beransur.

Mendriq (méndriq) penduduk asli Semenanjung Malaysia drpd suku kaum Negrito, yg tinggal di kawasan pedalaman Kelantan.

mendu sj sandiwara yg berasal dr Pontianak.

mendung I 1. awan yg mengandungi hujan: ~ di hulu tanda akan hujan, terang di langit tanda akan panas; 2. redup (kerana dilindungi awan): hari ~; 3. ki muram (air muka), suram: ~ kelihatan air mukanya.

mendung II; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), Elaecarpus parvifolius.

menejar (menéjar) bp orang yg mengurus sesuatu perusahaan (perniagaan dll), pengurus.

menengar sl mendengar.

menereluh tidur.

menerungmenderung.

mengabung sj tumbuhan, berambung, medang gambung, Veronica javanica.

mengah; termengah-mengah tercungap-cungap, terengah-engah.

mengaju Kl merajuk.

mengangah Jw berbara, berapi-api.

mengap Jw ternganga, terbuka (mulut);

mengap-mengap tercungap-cungap; hungap.

mengapa sebab apa, apa fasal;  apa.

mengapur Kl mengigau.

mengelak Kl mengejar, memburu, menghambat.

mengelang Kl berselang(-seli).

mengendeh (mengéndéh) Pl berisi (penuh).

mengenyeh (mengényéh) Pl bergurau.

mengerawan sj tumbuhan (pokok);  merawan II.

mengerib bp maghrib.

mengerna sl 1. berbagai-bagai warna, indah berseri; 2. kekasih.

mengga Jk; semengga, semengga-mengga hanya itu sahaja, itulah sahaja; tidak ~ tiada kurang satu apa pun.

menggambung sj tumbuhan (pokok) dlm famili Compositae, medang lempung, medang gambung, tampung-tampung (Sabah), Vernonia arborea.

menggading = ~ besar sj tumbuhan (pokok), kayu hantu, Meliosma nitida.

menggala sl mendatangkan kebaikan, berbahagia.

menggerib bp maghrib.

mengguk Kl terkulai ke bawah (kepala).

menggusta ark buah manggis.

mengimengih.

mengiang Mn = ular ~ pelangi.

mengih sesak nafas, penyakit bengek.

mengirat ark mati, hilang; mairat.

mengkal I 1. belum masak benar (buah-buahan), setengah masak: dia membeli setandan pisang ~; 2. berasa keras dlm perut; 3. ki marah (dlm hati): mukanya kelihatan ~ bagai bulan dilindungi awan; ~ hati sakit hati, marah dlm hati, mendongkol: mendengar perkataan itu agak ~ hatiku rasanya;

bermengkal; ~ hati berasa kesal dlm hati, berasa marah dlm hati, mendongkol;

memengkalkan; ~ hati menyebabkan mengkal (mendongkol) dlm hati;

kemengkalan perihal mengkal (dlm hati), kejengkelan, kesebalan.

mengkal II 1. sj tumbuhan (pokok), mempelu tanah, Nauclea junghuhnii; 2. sj tumbuhan (pokok), a) mempayan, Nauclea maingayi; b) empoyan, mempoyan, Anthocephalus cadamba.

mengkala Kd apabila, apakala.

mengkali bp barangkali.

mengkam Kd senak perut.

mengkapas sj tumbuhan (anggerik), akar penubal, akar telinah kerbau bukit, Vanilla griffithii.

mengkarmekar.

mengkara nama kumpulan bintang.

mengkaras sj tumbuhan (pokok), Aquilaria malaccensis.

mengkaring; ikan ~ sj ikan pelaga.

mengkarung bengkarung.

mengkawanbengkawan.

mengkel mengkal I.

mengkelan; termengkelan 1. tersangkut atau tersekat di kerongkong (barang yg ditelan): dia ~ dan tersedak beberapa kali; 2. ki berasa sebal hati.

mengkema Pr kamu semua.

mengkerang sj tumbuhan (pokok memanjat), Urceola brachysepala.

mengkerat, mengkeret Jk mengecut, menjadi kecil (pendek).

mengkerung sj ikan laut, Theraponidae.

mengking; cengking-~ menjerit-jerit atau berteriak-teriak (kerana takut dll).

mengkirai sj tumbuhan (pokok), membatu merah, Ilex cymosa; ~ lalap = ~ padi sj tumbuhan (pokok renek), Trema virgata.

mengkirik Jw tegak bulu roma (kerana ketakutan dll), seram.

mengkis = memengkis memanggil dgn maksud menentang, berteriak utk mengejek dll: maka maralah Panglima Hassan itu sambil memengkis menyuruh rapat.

mengkoyan sj tumbuhan (pokok), empoyan, mempoyan, Rhodamnia trinervia.

mengkuang sj tumbuhan (pokok yg daunnya boleh dibuat tikar dll), bengkuang, pandan duri, Pandanus atrocarpus;

~ bunga = ~ perah sj tumbuhan (pokok), pandan ikan, Pandanus aurantiacus; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), pandan hutan, Pandanus houlletii; ~ laut = ~ duri sj tumbuhan (pokok), Pandanus tectorius; ~ tikus sj tumbuhan (pokok), pandan tikus, pokok selangseng, sendayan masing, Pandanus oratus.

mengkudu sj tumbuhan (pokok), Morinda spp.; ~ akar = ~ hutan = ~ jantan sj tumbuhan (pokok renek), Morinda umbellata; ~ besar = ~ jantan sj tumbuhan (pokok), Morinda citrifolia; ~ hutan = ~ kecil sj tumbuhan (pokok renek), Morinda elliptica; ~ rimba sj tumbuhan (pokok renek), Rennellia speciosa; spt batang ~, dahulu buah drpd bunga prb menganggap sudah menguasai atau memiliki sesuatu perkara atau barang yg belum tentu dapat dikuasai atau diperoleh.

mengkula sj tumbuhan (pokok), bunga tanjung, Mimusops elengi.

mengkulang sj tumbuhan (pokok) dlm famili Sterculiaceae, jambu keluang, melima, kambang (Sabah), melabu (Sarawak), Heritiera spp.

mengkundur sj tumbuhan (pokok) dlm famili Datiscaceae, Tetrameles nudiflora.

mengok (méngok) bengot, herot;  mengot.

mengot (méngot) Jw tidak lurus, herot, serong.

mengsol (méngsol), mengsong (mengsong) Jk herot, serong.

mengung = termengung termenung, bingung.

meni (méni) sj cat merah.

meniaga Jk berniaga.

menidih mendidih.

menikaitembikai.

menila I; itik (bebek) ~ sj itik.

menila II; sawo ~ ciku.

meninges (méningés) (Bio) tiga lapisan selaput yg membaluti otak dan saraf tunjang.

meningitis (méningitis) (Ubat) radang pd selaput meninges akibat jangkitan.

meninjau sj tumbuhan, belinjau.

menir I Jw beras yg pecah-pecah, melukut.

menir II IB, bp tuan.

meniran sj tumbuhan (herba), Phyllanthus niruri; kemeniran.

meniskus (méniskus) 1. (Fiz) permukaan cecair (dlm bekas) yg kelihatan berkeluk (cembung atau cekung) akibat tindakan daya pd permukaannya; 2. (Bio) rawan berbentuk sabit yg terdapat di antara tulang-tulang pd sendi (khususnya sendi lutut).

menjak ark mulai, sejak;  semenjak.

menjana ark sedang;  semenjana.

menjangan Jw rusa.

menjarum; ~ merah sj tumbuhan (pokok), jejarum merah, Ixora concinna.

menjelaienjelai.

menjelis bp cantik, molek;  majlis II.

menjulung; ~ bukit sj tumbuhan (pokok renek), Gomphostemma crinitum.

MENLU akronim bagi Menteri Luar.

menong (ménong); gajah ~ a) sj binatang besar (dlm cerita-cerita); b) sj usungan utk pengantin (berbentuk ikan).

menopaus (ménopaus) (Ubat) peringkat waktu apabila wanita mengalami keadaan putus haid (biasanya dlm lingkungan umur 50).

menora sj sandiwara Siam.

menoragia (ménoragia) (Ubat) perdarahan yg terlalu banyak semasa haid.

menorea (ménoréa) (Ubat) perdarahan biasa semasa haid.

mensiang sj tumbuhan (rumpai), Cyperus procerus.

mensirah sj tumbuhan (pokok), Ilex cymosa; mesirah.

mensiumesiu.

mens rea (méns réa) (Udg) niat utk melakukan jenayah, pengetahuan bahawa sesuatu perbuatan yg akan dilakukan itu salah: berhubung dgn persoalan ~, peguam berhujah bahawa pendakwa perlu membuktikan tertuduh mempunyai ~ ketika melakukan kesalahan itu.

menstruasi (ménstruasi) (Ubat) keluarnya darah drpd rahim wanita yg tidak hamil (tetapi masih subur utk beranak), biasanya sekali sebulan, datang haid (datang bulan).

mentameta I.

mentabung sj tumbuhan (rumput), rumput janggut (tongkat) ali, Panicum sarmentosum.

mentadak sj serangga, Tenodera aridifolia.

mentadusentadu.

mentah 1. belum masak (buah-buahan dll), masih muda; 2. tidak masak betul (barang yg dimasak): nasi yg dimasaknya ~; 3. belum dimasak atau direbus (barang makanan), tidak dimasak: rojak biasanya dibuat drpd sayur-sayuran ~; 4. belum sempurna atau mendapat keputusan (mesyuarat, perundingan, dll); 5. belum diolah atau dikerjakan (bahan galian dll), belum diproses (utk dijadikan barang yg lebih sempurna dsb): ekonomi negeri kita bergantung pd pengeluaran dan bahan ~, getah dan bijih timah; eksport petroleum ~ juga meningkat 1%; 6. belum sempurna (akal, fikiran, dll), masih belum dewasa atau matang: anak-anak muda yg masih ~ ini akan terkorban oleh adat masyarakat;

mentah-mentah 1. tidak dimasak atau direbus (barang-barang makanan dll): kebanyakan makanan kita tidak dimakan ~, tetapi dimasak terlebih dahulu; 2. tidak dgn berhasrat apa-apa, dgn begitu sahaja, bulat-bulat: Tijah menolak ~ lamaran seorang anak muda yg berkedudukan baik;

kementahan perihal mentah.

mentak Jk barangkali, boleh jadi, mungkin.

mental I Jk 1. terpelanting, terpental; 2. tidak lut (oleh senjata, peluru, dll), kebal; pental.

mental II (Sunda); tak ~ tidak ada gunanya, tidak mujarab (ubat dll).

mental (méntal) 1. berkaitan dgn atau melibatkan akal, pemikiran, atau proses intelektual; 2. bp tidak siuman, sakit otak, gila.

mentaliti (méntaliti) 1. keadaan atau kualiti kebolehan akal; 2. cara berfikir;

bermentaliti mempunyai mentaliti (daya fikir): manusia ~ rendah.

mentalun = ~ batu sj tumbuhan (pokok), batalong, Terminalia pyrifolia.

mentang, mentang-mentang, sementang, sementang-mentang, sementangkan (hanya) kerana ... maka ..., senyampang: ~ kita kuli begini, dia hendak berbuat sebarang sahaja.

mentangurbentangur.

mentarasementara.

mentari (Sas) matahari: senyuman dan gelak tawamu ibarat ~ yg sentiasa menyinari hidup kami; ~ kian condong ke ufuknya.

mentaruh sj tumbuhan (pokok), Excoecaria agallocha.

mentas; kayu ~ sj tumbuhan (pokok menumpang), akar kekau, akar pesat bedak, akar sepakan, akar sesudu, jeluta jantan, kuku bening, Schefflera subulata.

mentaus; akar ~ sj tumbuhan, mentoh, meteh-meteh, Wrightia javanica; bentaus.

mentega (mentéga) I pepejal lemak berwarna kuning pucat yg diperbuat drpd krim, boleh dimakan dgn roti, digunakan dlm masakan, dsb;

mementegai 1. menyapu mentega (ke atas roti dll); 2. bp memberi yg elok-elok (utk mengambil hati dll).

mentega (mentéga) II; buah ~ sj tumbuhan (pokok kecil), buah saklat, Diospyros discolor.

mentelahsementelah.

menteng (ménténg) sj tumbuhan (pokok), buah kepundung, Baccaurea racemosa.

mentereng (mentéréng) 1. pakaian seragam (spt yg dipakai oleh tentera dll), uniform; 2. cantik, elok, bagus: keretanya diganti dgn yg lebih ~ ;

kementerengan perihal mentereng, keelokan, kebagusan.

menteri 1. ahli politik drpd parti pemerintah yg mengetuai sesuatu jabatan kerajaan, ahli kabinet; M~ Besar ketua kerajaan bagi sesebuah negeri yg beraja di Malaysia; Ketua M~ ketua kerajaan bagi sesebuah negeri yg tidak beraja di Malaysia; Perdana M~ ketua jemaah menteri, ketua kabinet; 2. sl pegawai tinggi (spt penasihat raja dll): maka ialah raja yg mula-mula memperbuat bendahara yg memerintah segala ~ yg di bawah takhta kerajaannya; 3. = mantri Id pangkat atau jawatan tertentu; ~ cacar tukang cungkil; ~ ukur juruukur; 4. nama buah catur (yg besar nilainya);

~ dalam negeri menteri yg mengurus hal-hal dlm negeri; ~ luar negeri menteri yg mengurus perhubungan dgn negeri-negeri asing; ~ muda timbalan menteri; ~ negara Id menteri yg tidak memegang kementerian tetapi diberi tugas yg penting;
1   ...   6   7   8   9   10   11   12   13   ...   18


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət