Ana səhifə

M II kep meter. M kep Masihi; 1959~ tahun 1959 Masihi ma


Yüklə 0.79 Mb.
səhifə6/18
tarix26.06.2016
ölçüsü0.79 Mb.
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   18

kemanjuran perihal manjur (ubat, doa, jampi, dll): ubat dan suntikan itu tidak terjamin ~nya.

manometer (manométer) sj alat utk mengukur tekanan gas dan wap.

manor rumah besar dan tanah di desa, terutama yg dibina pd Zaman Pertengahan (di Eropah).

manoskopi (Fiz) kaedah mengukur ketumpatan gas.

mansang Sr 1. mari; 2. pergi; 3. semakin.

manset (mansét) 1. lengan baju tambahan yg keras pd pergelangan tangan; 2. Id kancing pd lengan baju tambahan.

mansiang Mn mensiang.

mansuh tidak berlaku lagi, batal, ditiadakan, terhapus;

memansuhkan menjadikan tidak berlaku (sah dll) lagi, membatalkan, menghapuskan, meniadakan: perjanjian ini boleh dimansuhkan pd bila-bila masa pun;

pemansuhan perbuatan (tindakan dsb) memansuhkan, pembatalan, penghapusan: ~ peperiksaan masuk ke sekolah menengah pd tahun 1964.

mantan dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak lagi, bekas: ayahnya seorang ~ ketua pengarang sebuah penerbitan; dia adalah ~ guru besar sekolah itu.

mantap 1. tabah hati, tetap hati (fikiran), tetap setia: orang ~; 2. tidak berubah-ubah, tetap, stabil: langkahnya perlahan dan ~; bahasa kita masih belum mencapai taraf yg ~, masih dlm pembentukan;

memantapkan menjadikan mantap (tidak berubah), menjadikan tetap, menstabilkan: penerbitan kamus istilah juga akan ~ istilah-istilah yg dicipta; penulis perlu ~ ideanya dlm penulisan karya mereka;

kemantapan perihal mantap (tidak berubah, tetap, stabil), kestabilan: satu lagi hakikat yg asas dlm demokrasi di Malaysia ialah wujudnya idea kompromi yg sama menyumbang ke arah ~ demokrasi itu sendiri;

pemantapan perihal (perbuatan, usaha, dsb) memantapkan, proses menjadikan mantap, penstabilan: dlm pd itu, tentu berlaku ~ dan pengayaan, sejajar dgn berkembangnya bahasa itu;

pemantap sesuatu yg digunakan utk menetapkan (menstabilkan) letak sesuatu benda: palang ~ .

mantari Mn ark matahari.

mantel I sj baju labuh utk menyelubungi tubuh.

mantel II (Geo) bahagian yg terletak di antara kerak bumi dgn teras bumi.

mantera kata atau ayat yg apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (utk menyembuhkan penyakit dll), jampi; membaca ~ mengucapkan mantera;

bermantera telah dimanterai;

memanterai mengenakan mantera pd: Pak Sairun sedang ~ anaknya;

memanterakan membaca mantera utk sesuatu supaya dapat menimbulkan kuasa ghaib (utk menyembuhkan penyakit dll): maka Hajuman pun dlm antara buyung yg banyak itu dimanterakannya sebuah buyung.

manti Mn ark menteri.

mantik Ar = ilmu ~ ilmu bahas akal, ilmu jalan fikiran tentang sebab dan kejadian yg terbit daripadanya.

mantu Jk menantu; abang ~ abang ipar.

mantuk Ar ark erti atau maksud yg sebenarnya.

manual 1. buku yg mengandungi panduan dan maklumat utk melaksanakan sesuatu; 2. dilakukan atau dikendalikan dgn tangan.

manuk ark burung, ayam; dada ~ dada burung.

manusia makhluk yg mempunyai akal budi, insan, orang: ada pun jenis yg tinggi sekali antara segala haiwan ialah ~; ~ utama manusia yg terbaik;

memanusiakan menjadikan seseorang mempunyai sifat-sifat manusia yg mulia: peranan sastera adalah utk ~ manusia dan menimbulkan keindahan dlm jiwa mereka;

kemanusiaan perihal manusia, sifat-sifat manusia: tetapi sekarang ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang dunia dan keduniaan.

manusiawi bersifat manusia (kemanusiaan): ciri-ciri hidup yg lebih mulia, abadi, dan sebati dgn sifat dan unsur ~.

manuskrip 1. naskhah tulisan tangan; 2. versi atau bahan (sesuatu karya) yg telah disediakan oleh penulis (editor dsb) utk dicetak dan diterbitkan dlm bentuk buku dll.

manyar burung tempua.

manyau Kd, Pn mengigau.

manzil, manzilah Ar rumah perhentian (utk bermalam dll).

map Id tempat (spt sampul) menyimpan surat dll, fail.

mapak Jk mengalu-alukan (tetamu), menyongsong, menjemput.

mapalus (Minahasa) Kd sj pertubuhan gotong-royong (antara anggota-anggotanya).

mapan 1. tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap: mengikut tafsiran yg mula ~ di kalangan budayawan kita di sini, budaya tinggi ialah budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; 2. sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali, dsb): penulis baru akan banyak belajar drpd penulis yg sudah ~; hasil ciptaan pengarang yg sedia ~;

memapankan memantapkan, mengukuhkan, menstabilkan sesuatu: mereka harus berusaha utk ~ kedudukan ekonomi keluarga terlebih dahulu;

kemapanan keadaan mapan, kemantapan: tidak ada yg tidak boleh dipersoalkan sehingga ilmu dan teori bertentangan dgn ~;

pemapanan perihal (proses, perbuatan) memapankan sesuatu, pemantapan, pengukuhan, penstabilan.

mapel sj pokok drpd genus Acer yg daunnya berbucu lima, terdapat di Eropah, Amerika dan Asia, dan kayunya banyak digunakan dlm pembuatan perabot, lantai dll: kayu ~.

MAPEN (mapén) akronim bagi Majlis Perundingan Ekonomi Negara.

Maphilindo akronim bagi nama tiga buah negara, iaitu Malaysia, Filipina dan Indonesia.

maqam Ar kedudukan (tingkat, darjat atau taraf) yg tinggi atau mulia di sisi Allah: bagi kaum wanita, utk mendapat ~ solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat adalah sangat mudah; semoga Allah akan mengangkat kamu ke ~ yg terpuji.

mar sl jaga atau awasi menteri (kata dlm permainan catur utk mengingatkan lawan bahawa menteri akan dimakan).

mara I sl bencana, bahaya, celaka, kesusahan: dijauhkan Allah drpd bahaya dan ~-Nya;

~ jangan dipukat, rezeki jangan ditolak prb bahaya atau kesusahan jangan sekali-kali dicari-cari; ~ hinggap, ~ terbang enggang lalu ranting patah prb perihal seseorang yg dituduh melakukan sesuatu kesalahan pd hal dia tidak melakukan kesalahan itu;

bermara sk berbahaya, menghadapi bahaya: jikalau tuan-tuan sekalian pergi, salah seorang ~ .

mara II bergerak ke muka, tampil ke hadapan, maju: barisan tentera itu ~ dgn pantasnya sungguhpun mereka menemui tentangan;

memarakan menggerakkan ke hadapan, memajukan;

kemaraan perihal bergerak (melangkah dll) maju, kemajuan; hulubalang telah berhimpun di Pedas utk menyekat ~ Raja Melewar.

mara III; saudara-~ semua kaum keluarga sendiri (jauh dan dekat).

MARA akronim bagi Majlis Amanah Rakyat (perbadanan yg menolong bumiputera membangun atau maju dlm bidang perniagaan, perusahaan, pendidikan, dsb).

marabahaya bermacam-macam bencana atau bahaya;  mara.

Maragang Kimaragang.

marah I berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murka: ayah dan ibunya ~ kepadanya; perkataan yg akhir itu ditekannya mengeluarkan suara ~ sedikit; ~ku kpd orang-orang Jepun yg mengebom padang kapal terbang Sungai Petani belum lagi hilang; kena ~ diberangi (digusari); naik (bangkit, timbul) ~ menjadi marah;

memarahi marah kpd, memberangi, menggusari: dia sendiri terasa salah kerana ~ adiknya; budak-budak yg bergayut itu telah dimarahi oleh konduktor bas tersebut;

memarahkan 1. (naik) marah kerana sesuatu: dia cuba hendak mengambil buku lain, tetapi Kintan segera ~nya; 2. menyebabkan jadi (naik) marah: perbuatan Wak Salleh mengemis setiap minggu itu ~nya benar;

marahan Jk enggan (tidak mahu) bercampur dgn orang lain kerana marah;

kemarahan perihal marah, keberangan, kegusaran: perkara ini mungkin menimbulkan ~ orang kampung; pd saat itu, hilang ~, lemah segala sendi anggota;

kemarah-marahan sangat marah;

pemarah 1. orang yg cepat atau lekas marah: apakah suaminya ~ dan pencemburu? 2. bersifat atau lekas marah; amarah.

marah II (Padang) gelaran utk anak sutan dgn perempuan biasa atau anak puteri dgn laki-laki biasa.

marajali sj tumbuhan (pokok) dlm famili Trigoniaceae, mata pacak, merjali, Trigoniastrum hypoleucum.

marak 1. = semarak cahaya, seri; naik ~ a) mulai bercahaya (berseri); b) ki mulai masyhur; c) sedang cantik (gadis dll); 2. = memarak menyala: api itu sekejap ~ sekejap malap, mengikut tekanan udara yg turun naik dlm bilik itu; 3. ki sedang memuncak (perasaan, nafsu, keinginan, dll), berkobar: cita-cita ini datang sahaja padanya dan semakin ~;

memarakkan menjadikan bernyala (dgn lebih besar), menyalakan: api itu boleh dimarakkan dgn ditiup atau dikipas;

kemarakan keadaan marak; semarak I.

marakas sj alat muzik Amerika Selatan (yg digoncang-goncang).

marap Kl; semarap jarak dr siku ke buku lima.

marapulai Mn mempelai atau pengantin (laki-laki).

maras Jw cemas, ketakutan, sangat khuatir: janganlah ~ hatimu, akulah nenekmu.

maraton perlumbaan larian jarak jauh (lebih kurang 26 batu atau 41.8420 kilometer).

marba cacamarba.

marbut Ar penjaga dan pengurus masjid, siak.

MARDEC (mardéc) akronim bagi Malaysian Rubber Development Corporatian (Perbadanan Kemajuan Getah Malaysia Berhad).

MARDI akronim bagi Malaysian Agricultural Research and Development Institute (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia).

marcapada sl dunia sekarang ini: orang Mukmin yg tidak terpengaruh dgn ~ yg penuh dgn tipu daya.

mardudah Ar tertolak (tidak dapat diterima).

marem Jw puas, senang, sentosa.

Maret Id bulan ketiga dlm tahun Masihi, Mac.

marga I sl binatang liar;  mergastua.

marga II 1. Id kelompok atau puak orang yg berasal drpd satu keturunan (di kalangan orang Batak); 2. bahagian daerah yg terdiri drpd beberapa buah dusun (Sumatera Selatan).

margin 1. jidar, garisan tepi; 2. tepi, bahagian tepi; 3. perbezaan antara dua jumlah dsb; ~ keuntungan banyaknya perbezaan antara kos pengeluaran dan hasil jualan yg diperoleh sbg keuntungan.

marginal kecil, tidak penting: usaha utk meningkatkan pendidikan keilmuan hanya bersifat ~.

marhaban Ar 1. selamat datang; 2. puji-pujian yg dilagukan utk memuji-muji Nabi (pd perayaan Maulidur Rasul dll).

marhaen (marhaén); kaum ~ rakyat jelata (spt petani, nelayan, dll).

marhaenis (marhaénis) orang yg memperjuangkan hak-hak marhaen.

marhalah Ar ukuran jarak yg panjangnya lebih kurang 28 batu atau 45.06 kilometer.

marhum Almarhum.

marhumah Almarhumah.

mari I 1. (ke) sini: kerana engkaulah aku datang ke ~; bawa ~ bungkusan itu; ke sana ke ~ ke sana ke sini; 2. perkataan utk mengajak orang berbuat sesuatu, ayuh, silakan: ~ kita pergi menjerat gajah, kerana musim ini gajah akan turun.

mari II; IB roti ~ sj kuih kering, biskut.

marigold sj tumbuhan taman drpd genus Tagetes yg bunganya berwarna kuning atau jingga.

marijuana ganja (bahan dadah).

marikan = kain ~ 1. sj kain buatan Amerika; 2. sj kain kipar, kain belacu.

Marikh planet yg keempat jauhnya dr matahari.

marimba (Muz) sj alat muzik seakan-akan xilofon yg berasal dr Afrika.

marin I bp kelmarin, semalam.

marin II 1. terdapat di atau berkaitan dgn laut; 2. berkaitan dgn perkapalan, pelayaran, dsb; 3. anggota pasukan tentera laut.

marina pangkalan khas tempat kapal layar, bot persiar dsb berlabuh dsb.

marit; morat-~; morat I.

maritam Br pulasan.

maritim 1. berkaitan dgn perkapalan, pelayaran, dsb; 2. terletak di atau berdekatan dgn laut: 80% drpd perdagangan ASEAN bergantung pd pengangkutan ~.

marjerin bahan berwarna kekuningan yg rupanya spt mentega dan biasanya diperbuat drpd lemak sayur dan binatang yg diemulsi dgn susu, garam, vitamin, dsb.

marjoram tumbuhan herba berbau harum yg daunnya dapat digunakan sbg perisa dlm masakan, Origanum hortensis.

marka Pn gadis remaja.

markah 1. tanda, tanda pd tali penduga; garis ~ garis tanda; 2. angka yg diberikan pd mata pelajaran dlm peperiksaan dll (sbg ukuran bagi mutu jawaban kpd soalan): dia berazam hendak mendapat ~ yg tertinggi dlm ujian tawarikh nanti;

memarkahi memeriksa dan memberi markah kpd (kertas jawaban peperiksaan dsb): kertas jawaban mereka tidak dikenali oleh orang-orang yg ~ kertas itu;

pemarkahan perihal (cara dsb) memberi markah kpd sesuatu, penentuan atau pemberian markah: ~ ujian ini ialah 100% objektif;

pemarkah pemeriksa atau penguji yg memberikan markah: ~ tidak mempunyai ruang utk berlaku tidak adil; ujian berbentuk esei juga boleh diberi markah secara objektif, tetapi biasanya agak sukar dan ~ cenderung utk menjadi subjektif.

markas pejabat ketua turus tentera dll, pejabat parti politik dll; ~ besar markas yg tertinggi, ibu pejabat;

bermarkas 1. berpejabat: Polis Khas Hutan yg ~ di Kuala Kangsar; 2. ki diam, tinggal: saya ~ di sebuah kamar yg kecil.

market (markét) bp pasar.

markisah sj tumbuhan (pokok memanjat dan buahnya), buah susu, Passiflora laurifolia.

marlin sj ikan laut yg besar drpd genus Makaira atau Tetrapterus dgn rahang atasnya panjang dan runcing.

marmalad sj jem yg diperbuat drpd buah sitrus spt oren dan lemon, biasanya dimakan bersama roti dsb.

marmar = batu ~ sj bahan galian kalsium karbonat yg padat, yg diperoleh drpd batu kapur, batu pualam.

marmut sj binatang spt tikus yg agak besar (biasanya dipelihara orang), tikus belanda, Cavia cobaya.

marsekal Id marsyal.

marsose (marsosé) IB polis tentera.

marsupial binatang mamalia (spt kanggaru) yg mempunyai kantung tempat anaknya melengkapkan perkembangannya.

marsum sl surat.

marsyal 1. pegawai tertinggi dlm tentera, jeneral besar; ~ tentera darat pegawai tertinggi dlm tentera darat; 2. pegawai yg bertugas mengawal atau menyelia perjalanan sesuatu acara umum, terutamanya acara sukan spt perlumbaan kereta dsb: 40 orang ~ perlumbaan dr Portugal akan membantu ~ tempatan apabila Litar F1 Sepang menganjurkan perlumbaan Grand Prix Malaysia Petronas 1999 pd 17 Oktober ini.

martabak sj makanan spt roti canai tetapi berlapis, dibubuh daging cencang, telur, rempah, bawang, dsb.

martabat kedudukan pd mata masyarakat, darjat, pangkat, tingkat: dianugerahinya aku ~ yg amat besar;

bermartabat mempunyai martabat: manusia yg bermaruah dan ~;

memartabatkan menjadikan sesuatu bermartabat: banyak yg boleh dilakukan utk ~ sastera Melayu;

kemartabatan perihal martabat: namun Ali Aziz tidaklah sempat menjatuhkan ~ tuan sbg satu-satunya wira sepanjang zaman;

pemartabatan perihal (usaha dsb) memartabatkan: pd masa yg sama, pihak yg tidak sejalan dgn aspirasi perjuangan dan ~ bahasa tentunya bersewenang-wenang dgn penggunaan bahasa asing;

pemartabat pihak (orang atau golongan) yg memartabatkan: sbg pejuang dan ~ bahasa, kita harus bersedia berdepan dgn berbagai-bagai masalah.

martil pemukul, palu, tukul.

martini sj minuman keras.

martir IB orang yg mati teraniaya kerana mempertahankan agama (Roman Katolik).

maru sl sj hantu yg suka mengganggu orang.

maruah Ar 1. kehormatan (diri), harga diri: dia tidak menjaga ~nya; rakyat Malaysia bersatu padu dan teguh di belakang kerajaan dlm mempertahankan ~ tanah air; 2. sifat laki-laki, keberanian, kegagahan;

bermaruah mempunyai maruah.

marut I; carut-~; carut.

marut II; karut-~; karut.

marwas sj alat muzik spt gendang (biasanya dimainkan bersama gambus).

Marxisme teori politik dan ekonomi Karl Marx yg memperjuangkan kesamaan taraf manusia (masyarakat tanpa kelas atau kasta) dan percaya bahawa kapitalisme akhirnya diambil alih oleh sosialisme.

marzipan sj pes yg diperbuat drpd badam tumbuk, putih telur dan gula, biasanya digunakan utk menghiasi kek dsb.

mas I 1. bp sj logam berwarna kuning yg mahal harganya; 2. sl sj mata wang; 3. Kl duit syiling yg bernilai 50 sen.

mas II Jw 1. panggilan yg ertinya hampir sama dgn tuan, encik; 2. panggilan mesra utk suami dll: silakan masuk ~.

MAS akronim bagi Malaysian Airlines System (Sistem Penerbangan Malaysia).

masa I 1. waktu, ketika: ~ dan tempat perundangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain;

semasa 1. sama masa dgn, pd ketika yg sama: beliau juga hidup hampir ~ dgn sejarah yg ditulisnya; 2. sewaktu, pd ketika: ~ Datuk Ujang bergerak ke muka pintu, ia keluar perlahan-lahan; 3. dr masa (zaman) yg diperkatakan, dr masa yg sama: hal-hal yg menarik perhatian~;

semasa-masa sewaktu-waktu;

pemasaan perihal atau proses menentukan (mengatur atau mengawal) masa bagi sesuatu operasi dsb: ~ yg tidak betul juga boleh menyebabkan salah satu kebuk pembakaran dimasuki pelincir;

pemasa alat utk mengatur dan mengawal masa operasi sesuatu mesin, peranti dsb.

masa II = masakan mana boleh, tidak akanlah, tidak mungkin: kalau tidak, ~ sampai bertahun-tahun ia dapat melakukan perdagangan gelap; kalau cendawan sudi tumbuh, ~ bumi tidak terima;

~ bodoh a) tidak mempedulikan apa-apa; b) terserah; bersikap ~ bodoh tidak mempedulikan atau mengendahkan (hal orang lain dll).

masai I; kusut-~ sangat kusut; mangsai.

masai II Kd bengkak (bkn muka) kerana terlalu banyak tidur (terutama pd waktu siang).

masak 1. sudah tua dan boleh dimakan (buah-buahan dll), matang: jangan diambil pisang itu, biarlah ~ di pokok; ~ ranum sangat masak (buah-buahan); 2. sudah empuk, tidak mentah lagi (barang makanan yg direbus, digoreng, dll): baru separuh ~ Pak Pandir pun tampillah meratah daging itu; nasi belum ~ lagi; 3. cara membuat masakan (gulai dll): ~ dalca; ~ lemak; tukang ~ orang yg memasak makanan; 4. ki sudah tahu atau faham benar (kelakuan orang dll), sudah difikirkan (dipertimbangkan) dgn teliti, sudah diputuskan (sesuatu perkara dll), sudah sempurna, matang: hamba sudah ~ dgn segala kejadian yg berlaku di sekeliling hamba; sebelum memberi keputusan, perkara itu harus difikirkan ~-~ dahulu; apabila ~lah sudah perjanjian itu, maka barulah pulang ke Melaka;

~ ajar a) sudah cukup mendapat didikan (ajaran); b) mempunyai sopan-santun; ~ akal matang pemikiran; ~ niatnya mempunyai niat yg tetap; ~ tangan sudah selalu benar kena tampar atau tempeleng;

makan ~ mentah prb tidak membezakan yg halal dan yg haram; ~ buah rumbia prb perihal sesuatu yg mustahil terjadi (diperoleh); ~ di luar, mentah di dalam prb nampaknya baik sebenarnya jahat; ~ malam, mentah pagi (siang) prb sesuatu perkara yg telah ditentukan tetapi kemudiannya berubah pula;

semasak selama masa yg perlu supaya (buah-buahan, nasi yg ditanak, dll) menjadi masak: ~ buah piama;

bermasak yg sudah dimasak (air, makanan, dll): lebih baik kalau dibasuh tangan dgn air yg sudah ~;

bermasak-masak sedang membuat lauk-pauk (kuih-muih dll); kelengkapan ~ alat atau perkakas yg digunakan utk membuat makanan;

bermasakan, bermasak-masakan sedang masak (buah-buahan): kelihatan buah padi kuning spt emas ~;

memasak, mempermasak sl membuat lauk-pauk (kuih-muih dll), mengolah makanan supaya masak: ia menolong ibunya ~ dan mencuci kain baju;

~ air memanaskan air hingga mendidih; ~ nasi menanak nasi; ~ ubat membuat ubat;

memasak-masak 1. membuat bermacam-macam kuih (lauk-pauk dll): dan Rosita pun telah selesai pula ~ ala kadarnya; 2. = masak-memasak cara memasak bermacam-macam jenis makanan (kuih-muih, lauk-pauk, dll): di kampung itu diadakan kelas masak-memasak;

memasakkan 1. memasak utk, membuat makanan utk: ia ~ suaminya sayur keladi; 2. membuat supaya masak, menjadikan masak: kalau belum masak nasi tolonglah masakkan; musim panasnya yg panjang dan kering dapat ~ padi; 3. ki memikirkan, mempertimbangkan, dll sesuatu perkara dgn teliti: Raja Farquhar itu pergi bertemu dgn dia ke Riau, hendak ~ perjanjiannya itu;

masakan 1. sesuatu yg dimasak (kuih-kuih, lauk-pauk, dll): kalau hari-hari dapat memakan ~ yg lazat-lazat spt ini, tentulah gemuk aku nanti; 2. cara memasak: ~ daging; ~ lemak; 3. Id bukan yg sebenarnya, buatan, olahan;
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   18


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət