Ana səhifə

M II kep meter. M kep Masihi; 1959~ tahun 1959 Masihi ma


Yüklə 0.79 Mb.
səhifə9/18
tarix26.06.2016
ölçüsü0.79 Mb.
1   ...   5   6   7   8   9   10   11   12   ...   18

median (médian) I garisan yg merentang dr penjuru sesuatu rajah segi tiga ke tengah-tengah garisan yg bertentangan dengannya.

median (médian) II; huruf ~ IB huruf cetak yg sedang besarnya.

medil ark bedil.

medio (médio) pertengahan: ~ bulan Januari.

medit Jw kedekut, kikir, lokek.

meditasi (méditasi) perbuatan duduk dsb dgn menumpukan sepenuh fikiran (emosi) terhadap sesuatu dgn mendalam, perbuatan bertafakur;

bermeditasi melakukan meditasi, bertafakur: dia ~ dr awal subuh hingga ke pagi.

medium (médium) 1. orang yg menjadi pengantara antara orang halus dgn manusia biasa, orang yg dimasuki oleh orang halus; 2. bahan atau sesuatu yg menjadi perantara bagi menghasilkan sesuatu kesan; 3. (Bio) bahan atau persekitaran yg menjadi tempat tinggal (tumbuh) sesuatu organisma;

bermediumkan menggunakan sesuatu (bahasa) sbg medium: ~ bahasa.

medok Jk 1. berlubang (spt bunga karang, roti, dll); 2. kotor, berdaki.

medu berasa spt hendak muntah, berasa tidak sedap perut.

medukmedok.

mega (méga) I awan;

~ berangkat awan naik (meningkat); ~ berarak a) awan yg beriring-iring; b) sj ukiran; ~ mendung awan yg mengandungi hujan.

mega (méga) II terlalu besar atau hebat (bkn projek, pembangunan, jualan dsb): antara projek ~nya ialah Koridor Raya Multimedia; jualan ~.

mega- (méga) awalan asing 1. sangat besar, mis megalit; 2. sejuta, mis megawatt dan megavolt.

megabait (mégabait) (Komp) unit data yg bersamaan dgn 1 048 576 bait.

megafon (mégafon) alat berbentuk spt corong yg disambungkan pd mikrofon utk menguatkan dan menghalakan suara atau bunyi.

megah 1. kelihatan gagah (hebat dll), masyhur, mulia: namanya tidak se~ dahulu lagi; 2. bangga: aku turut mendengar dan berasa ~ namaku disebut berulang kali;

bermegah, bermegah-megah berasa megah, membanggakan diri, membesar-besarkan diri: orang kaya itu ~ dgn kekayaannya;

memegahkan mendatangkan (menimbulkan) rasa megah, membanggakan: di hadapan mereka itu berjejal motokar yg serba ~;

memegah-megahkan membangga-banggakan: maka tidak perlulah dimegah-megahkan jika apa yg diperolehnya merupakan pemberian orang sahaja;

kemegahan 1. sesuatu yg dimegahkan, kemasyhuran, kemuliaan, kebanggaan; 2. perasaan megah: ~nya sbg pemilik peti televisyen yg tunggal di kampung kami sudah tersinggung.

megahertz (mégahertz) unit frekuensi radio (satu megahertz bersamaan dgn sejuta kitar per saat).

megak ark angkuh, pongah.

megakitar (mégakitar) (Komp) satu juta pusingan sesaat.

megalit (mégalit) (Sej) batu besar, terutamanya yg didirikan sbg tugu pd zaman dahulu.

megalomania (mégalomania) (Psi) sj penyakit mental yg menyebabkan seseorang berkhayal dan menganggap dirinya begitu penting, kaya, berkuasa dsb.

megan (mégan) sj kuih spt dodol.

megap-megap Jw 1. mulut ternganga-nganga kerana susah bernafas, mengap-mengap, ngap-ngap; 2. ki dlm keadaan yg tenat sekali (waktu hendak mati dll).

megar Jw berkembang, mekar.

megat I sl gelaran utk orang bangsawan (bapanya orang kebanyakan tetapi ibunya drpd golongan raja).

megat II ligat, mejam.

megatan (mégatan) 1. satu juta tan; 2. kuasa letupan , terutamanya senjata nuklear yg bersamaan dgn kuasa satu juta tan TNT (trinitrotoluena).

megavolt (mégavolt) sejuta volt.

megawatt (mégawatt) sejuta watt.

megrek (megrék) = megrek-megrek Jk ark selalu sakit-sakit, merana.

megun; termegun duduk tercengang atau termenung (kerana risau, runsing, dll).

meh-meh (méh-méh) Jw hampir sama (rupa dll), mirip (kpd), seiras.

Mei (méi) bulan kelima dlm tahun Masihi yg mengandungi 31 hari.

Mej. kep Mejar: ~ Arifin.

meja (méja) sj perkakas perabot (dibuat drpd papan, batu marmar, dll) yg berkaki, rata permukaannya dan banyak kegunaannya: ~ makan; ~ tulis;

~ bulat perundingan (perbincangan) atau cara berunding yg menggunakan meja bulat utk melambangkan bahawa para pesertanya mempunyai kedudukan atau taraf yg sama; ~ hijau Id pengadilan; ~ kopi meja kecil dan rendah yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu yg lazimnya digunakan utk meletakkan hidangan; ~ samping = ~ sisi meja yg lebih kecil drpd meja kopi, yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu; ~ (sisi) katil meja kecil di sisi katil, biasanya digunakan utk meletakkan telefon atau lampu tidur.

mejam berpusing dgn ligat (gasing dll).

mejan penyakit rejan (berak darah); mejen.

mejan (méjan) (batu) nisan.

mejana ark sedang;  semejana.

mejar (méjar) nama pangkat dlm tentera (lebih tinggi drpd kapten dan di bawah leftenan-kolonel); ~ jeneral (pangkat) pegawai bertauliah di bawah leftenan jeneral dan di atas brigedier jeneral (dlm angkatan tentera).

mejelis bp cantik, elok, molek;  majlis II.

mejen 1. penyakit rejan; 2. tidak dapat meletup (meletus); mejan.

mejera sl pejera.

mek (mék) Kl, Tr sebutan utk orang perempuan.

mekanik (mékanik) 1. orang yg mahir membaiki (atau menyenggara) jentera atau mesin; 2. tidak menggunakan fikiran, secara (gerakan) jentera, mekanis; 3. = ilmu ~ ilmu yg mengkaji segala yg berhubung dgn gerakan benda (gaya yg menyebabkan gerakan dll); ~ kuantum teori jirim dan sinaran elektromagnet yg menerangkan fenomena fizik pd peringkat atom dan subatom.

mekanika (mékanika) Id  mekanik.

mekanikal (mékanikal) 1. berhubung dgn jentera (mesin dll); 2. secara atau spt gerakan mesin atau jentera (tidak menggunakan fikiran).

mekanis (mékanis) (melakukan sesuatu dll) spt mesin, tidak menggunakan fikiran.

mekanisasi (mékanisasi) penggunaan alat jentera dan mesin utk menggantikan tenaga manusia atau binatang dlm pelaksanaan sesuatu.

mekanisme (mékanisme) 1. bahagian dlm sesuatu jentera yg menggerakkannya; 2. susunan atau jalinan bahagian yg bekerjasama spt bahagian-bahagian dlm jentera; 3. alat yg terdiri drpd mesin: komputer secara langsung menjadi ~ terpenting bagi membantu kerja-kerja percetakan; 4. cara (sistem, saluran, dsb) utk memungkinkan atau membuka jalan kpd pelaksanaan dsb: Usul al-Fiqh (pengasasan perundangan Islam) menyediakan ~ yg diperlukan utk mengubah, menunda, menambah atau menguatkuasakan undang-undang.

mekanistik (mékanistik) bkn cara menjelaskan sesuatu spt kejadian semula jadi yg diandaikan sama spt perlakuan sesuatu mesin yg kompleks.

mekap (mékap) 1. alat solek (bedak, gincu, dsb); 2. perbuatan menghias diri dgn alat-alat solek; 3. penyusunan atau susunan bahan teks dan ilustrasi menurut halaman cetakan yg sebenar (dlm kerja penerbitan buku, majalah, dsb);

bermekap bersolek: anak-anak yg masih kecil janganlah diajar ~;

memekapkan mengenakan alat solek pd muka: apabila Mas datang ke studio dan dimekapkan, kami pasti dia akan kelihatan cantik.

mekar = memekar 1. mulai berkembang (bunga dll), mengurai (mayang dll): bunga yg sedang ~; 2. berkembang dan menjadi banyak (adunan dll), naik, kekar; 3. ki terbit atau timbul dan berkembang (perasaan kasih sayang dsb);

bermekaran ki berkembangan: setangkai cinta masih ~ dititis embun keyakinan;

memekarkan menjadikan mekar, mengembangkan;

kemekaran perihal atau keadaan mekar: kami kagum melihat ~ bunga-bunga di pekarangan rumahnya itu;

pemekaran proses memekarkan sesuatu, pengembangan.

mekatronik (mékatronik) teknologi yg menggabungkan ilmu kejuruteraan mekanikal dgn elektronik utk membangunkan teknik pembuatan baru.

mekikpekik.

mekismengkis.

mekmulung (mékmulung) Pn sj tarian (hampir sama dgn makyung atau menora).

mekonium (mékonium) (Ubat) tahi berlendir berwarna hitam kehijau-hijauan yg pertama kali keluar dr dubur bayi yg baru lahir.

mel (mél) I surat, bungkusan, dsb yg dihantar melalui pejabat pos;

kapal (kereta api) ~ kapal (kereta api) yg membawa surat; ~ elektronik e-mel; ~ suara (Komp) sistem elektronik utk menghantar dan menyimpan mesej telefon yg dapat didengar oleh penerimanya pd bila-bila masa yg sesuai kemudiannya; ~ udara a) sistem penghantaran surat, bungkusan dsb dgn kapal terbang; b) surat, bungkusan dsb yg dihantar dgn kapal terbang (biasanya ke destinasi yg jauh dan lebih cepat sampai).

mel (mél) II IB, bp memberitahu (nama dll), menyebutkan (nama dll).

melabuai sj tumbuhan (pokok besar), Dyera spp.

melada sj tumbuhan (pokok), Capparis micracantha; ~ pahit sj tumbuhan (pokok), embalau, lada pahit, Brucea amarissima.

meladi Kd berjalan ke sana ke mari (terutama gadis-gadis), merayau: dia suka ~.

melah = melahan bp malah, malahan.

melahu Pl berjalan dgn tidak ada tujuan.

melaka I sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Emblica officinalis; buah ~ a) buah drpd pokok tersebut; b) sj kuih, onde-onde.

Melaka II negeri di barat daya Semenanjung, keluasan 1650 km2 , bandar Melaka sbg ibu negeri.

melak-melak Jk secara terang-terangan (ditipu dll).

melaman sj tumbuhan (pokok), bunan hutan, ketiak, Acronychia porteri.

melambang, melambing sl sj perahu yg dibuat drpd batang kayu.

melampai; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), Engelhardtia mudiflora.

Melanau suku kaum peribumi di Sarawak yg tinggal di pesisiran pantai, muara dan anak Sungai Rejang, terutamanya di daerah Matu dan Daro, Dalat, Mukah, Bintulu dan Miri.

melanin (mélanin) (Bio) sj pigmen yg terdapat pd haiwan dan tumbuhan, yg menentukan warna kulit, mata, dan bulu (pd haiwan), dan ketiadaan pigmen ini pd haiwan menyebabkannya menjadi balar.

melanisme (Bio) keadaan kulit, rambut dll yg berwarna hitam atau gelap lebih drpd biasa, yg berpunca drpd kehadiran melanin yg berlebihan.

melankoli (mélankoli) keadaan murung, hiba;

kemelankolian keadaan melankoli.

melankolia (mélankolia) (Ubat) penyakit mental yg ditandai oleh keadaan murung atau rasa sedih yg amat sangat dan berpanjangan.

melankolik, melankolis 1. berasa atau memperlihatkan perasaan sedih atau dukacita (bkn perasaan, wajah seseorang, dsb), dukacita, sugul: Kassim cuba melepaskan dirinya drpd perasaan yg hiba, sayu atau ~; memang ada nada yg ~ dan putus asa dlm stanza akhir; 2. bernada sedih (hiba) dan mengharukan (bkn cerita, sajak, dsb): dr segi nadanya, sajak-sajak awal ini amat romantik dan condong ke arah ~.

melantai sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, belantai, melanti, kawang (Sabah), engkabang (Sarawak), Shorea spp.

melapari sj tumbuhan (pokok), mempari, Pongamia pinnata.

melar dapat berkembang (menjadi panjang atau besar), bengkar, mulur.

melarat I 1. miskin, sengsara; 2. rugi: aku tinggal ~ spt ini, jadi orang pesawah, pasak kampung;

kemelaratan perihal melarat (miskin), kemiskinan, kesengsaraan: jika hendak tahu lagi perihal kemiskinan dan ~ bangsa kita, hendaklah anakku melawat serata Semenanjung.

melarat IIlarat I.

melati bunga melur, Jasminum sambac (pubescens); ~ tongkeng sj tumbuhan (pokok memanjat), bunga tongkeng, Telosma cordata.

melaunmalaun.

melawis sl tumbuhan (pokok), ramin, Gonystylus bancanus.

Melayu nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia); masuk ~ a) mengikut cara hidup orang Melayu; b) masuk Islam;

memelayukan menterjemahkan ke dlm bahasa Melayu, menjadikan bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu: ~ istilah ilmiah;

kemelayuan ciri atau sifat yg memperlihatkan keperibadian orang Melayu: suasana kampung yg masih terikat erat dgn tradisi dan adat-istiadat ~nya; golongan yg mahu unsur ~ diutamakan;

pemelayuan perihal (perbuatan dsb) memelayukan: ~ istilah.

Melayu-Proto penduduk asli Semenanjung Malaysia, yg tinggal berjiran dgn orang Melayu di negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor serta mempunyai banyak persamaan dgn orang Melayu dr segi adat resam dan kebudayaan.

melek (melék) 1. bp tidak tidur, jaga; 2. bp terbuka matanya, dapat melihat, celik;

~ huruf bp tahu membaca dan menulis, celik huruf; belum ~ bp belum tahu, belum mengerti, belum insaf.

melela (meléla) I; besi ~ besi yg tidak berpamur; pasir ~ pasir yg mengandungi zat besi (warnanya kebiru-biruan).

melela (meléla) II; rumput ~ sj tumbuhan (rumput), Brachiaria mutica.

melempem Jw 1. belum kering benar, lembap; 2. ki tidak berbunyi (mercun dll), kendur, lembik.

meleng (méléng) Kl, Tr malu, segan.

melenggak Kd berehat.

melengken (meléngken) Id, bp melainkan.

meleset (melését) I tidak kena pd tempatnya, tidak tepat, salah: dia telah membuat ramalan yg ~.

meleset (melését) II serba susah (dlm perniagaan dll), mundur; zaman ~ zaman serba susah (perdagangan dll);

kemelesetan keadaan meleset, kemunduran (perdagangan dll).

melia Pl melarat, merebak (kudis dll).

melian 1. sj tumbuhan (pokok), Polyalthia hypoleuca; 2. = rumput ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar ketuau, akar tuau, daun patuk tuau, lana, Thunbergia laurifolia.

melidah 1. sj tumbuhan (pokok), antan, kelat kerantan, kenanga hutan, pacal kuning, pokok kuning, Alangium ebenaceum; 2. sj tumbuhan (pokok), kahwa-kahwa, medang biawak, pian, salang rasa, tinjau laut, Alangium uniloculare.

melik (mélik) Jw hasrat (ingin) utk memiliki sesuatu, loba, tamak;

kemelikan keinginan utk memiliki sesuatu, kelobaan.

melima sj tumbuhan (pokok), Gelonium glomerulatum.

meling kurang hati-hati, kurang hemat, lalai.

melinjobelinjo.

melioner (melionér) Id  milyuner.

melirangbelerang.

melit Id sangat suka mengetahui segala-galanya (hingga membosankan), ingin tahu.

meliwis Jw belibis.

melodi (mélodi) 1. susunan seni kata berirama; 2. lagu, irama lagu;

memelodikan menggubah, menyampaikan atau mempersembahkan (lirik, puisi dsb) dlm bentuk melodi: dia ~ puisi karya penyair-penyair terkenal tanah air.

melodrama (mélodrama) pementasan atau persembahan drama (sandiwara dll) yg banyak menunjukkan ciri atau episod penuh sensasi (sentimental, romantik, merawan hati, dsb).

melodramatik (mélodramatik) bersifat (bercorak) melodrama, mengandungi banyak ciri melodrama: bentuk tragedi komedi dan drama tradisional yg sifatnya ~ turut berkembang dgn pesatnya.

melongo Jw tercengang (kehairanan), terlopong.

melor (mélor) Id sj kereta beroda dua.

meluh I Kd membajak sawah (pd peringkat permulaan), beluh.

meluh II Tr wap.

melukut I pecahan beras yg halus-halus, hujung beras, menir; spt ~ di tepi gantang prb a) tidak dapat menolong sebab dirinya sendiri susah; b) seseorang yg dipandang ringan oleh orang lain sebab tiada berkuasa.

melukut II 1. sj tumbuhan (pokok renek), cemperai dadis, lelimbu, lemak beruk, lemputih paya, mata itik, mata kerling, merembung jantan, pokok kekang, pulai, Urophyllum glabrum; 2. = akar ~ sj tumbuhan (pokok menumpang), Trichosporum lampongum.

melulu 1. membabi buta, terburu-buru, tidak berkira-kira terlebih dahulu: seorang pengkritik tidak harus membuat ulasan dgn ~; 2. Id semata-mata, hanya, tiada lain hanya.

melunak sj tumbuhan (pokok) dlm famili Tiliaceae, balung ayam, janda baik, kebal ayam, kepayang hantu, pinang baik, takalis (Sabah), baru (Sarawak), Pentace spp.

melupas sj tumbuhan (pokok), pasak beras-beras, pasak linga, pasak merah, Aglaia glabriflora.

melur sj tumbuhan (pokok renek dan bunga), melati, Jasminum sambac;

~ hutan a) sj tumbuhan (pokok renek), pekan hutan, Jasminum bifarium; akar ~ hutan sj tumbuhan (pokok menjalar), akar elok, gelwat temengah, Pseuderanthemum teysmanni.

mem (mém) bp sebutan utk perempuan (Eropah) yg sudah berkahwin, nyonya.

memali 1. sj tumbuhan (pokok renek), mali berduri, toi, Leea angulata; 2. = ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), Ixora pendula.

memang (mémang) sesungguhnya, sebenarnya, sewajarnya, sudah sepatutnya begitu: ~ benar perkataan engkau itu; Zahar ~ selalu datang ke rumahnya; dihitung dr segi agama suaminya ~ berhak beristeri lagi;

sememangnya 1. sebenarnya, sesungguhnya: kami ~ berharap utk sehidup semati; 2. sepatutnya, sewajarnya: ia ~ harus bersuka ria dlm keadaan serupa itu.

memar rosak atau hancur di dlm tetapi tidak kelihatan dr luar (buah dll): jangan dilambung-lambung buah mempelam itu, nanti ~; luka ~ luka di sebelah dlm (tidak pd kulit);

mememarkan menyebabkan atau membuat supaya memar: daging yg dihiris dimemarkan dgn diketuk menggunakan anak lesung batu kemudian digoreng hingga sedikit garing.

memaya maya-maya (sj tumbuhan).

membacang embacang.

membal Jk menganjal.

membangun sj tumbuhan (herba), hati-hati, Coleus amboinicus.

membatu 1. sj tumbuhan (pokok), batu, Chaetocarpus castaneicarpus; 2. sj tumbuhan (pokok), damar laut, sengkawang, tengkawang (ijuk), Isoptera sumatrana; ~ merah sj tumbuhan (pokok), akit sulai, kelat lapis, mengkirai, tetimah (rengga), Ilex cymosa.

member (mémber) bp rakan, kawan baik: dgn ~ inilah Ishak berbual panjang.

memberang berang-berang.

membiang sj ikan laut, Setipinna spp.

membran (mémbran) (Bio) selaput nipis yg berliang (sama ada semula jadi atau tiruan); ~ mukus lapisan tisu yg mengandungi kelenjar mukus, yg melapik saluran atau rongga tertentu dlm tubuh, mis rahim dan salur makanan, mukosa;

bermembran mempunyai membran.

membulan sj tumbuhan, bulan-bulan.

membulu bulu-bulu.

membuluh sj tumbuhan (pokok), kekabu hutan, kekabu jawa, Zanthoxylum myriacanthum.

memedi Jw ark hantu.

memek (mémék) I; bermemek, bermemek-memek merengek, merepek.

memek (mémék) II kerut (muka orang hendak menangis);

mememekkan mengerutkan (muka) kerana sesuatu perasaan spt sedih, geli dsb: ada yg ketawa dan ada yg ~ muka geli-geleman.

memek (mémék) III Kl payar, tawar (makanan).

memerang bp berang-berang, anjing air.

memo (mémo) singkatan bagi memorandum.

memoir (mémoir) 1. biografi (karya) yg berasaskan kenang-kenangan seseorang (tentang pengalaman dan peristiwa dlm hidupnya dsb): kebelakangan ini, beberapa buah buku kenang-kenangan wartawan sasterawan veteran, dlm bentuk ~ telah juga diterbitkan.

memorabilia (mémorabilia) sesuatu yg sangat menarik dan patut dikenang, terutamanya berhubung dgn orang atau peristiwa yg masyhur.

memorandum (mémorandum) 1. dokumen yg merakamkan syarat-syarat perjanjian, pembentukan syarikat, dsb; ~ persefahaman suatu bentuk perjanjian bertulis antara dua pihak (organisasi, institusi, negara dsb) utk melaksanakan sesuatu projek (penyelidikan dsb) usaha sama yg tidak melibatkan implikasi undang-undang; 2. nota ringkas tentang sesuatu perkara edaran dalaman (mis dlm pejabat).

memori (mémori) 1. kenangan, ingatan; 2. bp bahagian di dlm komputer yg menyimpan maklumat.

memorial (mémorial) 1. sesuatu yg dibina (didirikan dsb) utk memperingati seseorang tokoh atau sesuatu peristiwa bersejarah: ~ Tun Abdul Razak; ~ P. Ramlee; ~ Pengisytiharan Kemerdekaan; 2. bahagian di dlm komputer yg menyimpan maklumat.

mempadang sj tumbuhan (pokok renek), kelampadang, Vaccinium malaccense.

mempan 1. dapat dilukai (oleh senjata dll), lut, boleh terbakar (oleh api): walaupun beberapa kali ditikam, tetapi tiada juga ~; 2. manjur, mujarab, mustajab (ubat); 3. ki dapat menerima nasihat (ajaran dll): Murad tidak ~ disindir.

mempari 1. sj tumbuhan (pokok), jadar, Milettia hemsleyana; 2. sj tumbuhan (pokok) dlm famili Leguminosae, malapari, pari-pari, marabahai (Sabah), Pongamia pinnata.

mempasir sj ikan laut, Scolopsis spp.

mempat sj tumbuhan (pokok), derum, Cratoxylon formosum.

mempaung sj tumbuhan (pokok), rambai hutan, Baccaurea lanceolata.

mempayang; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar lakum embun, iang-iang gajah, Vitis furcata.

mempedalhempedal I.

mempelai pengantin; ~ laki-laki pengantin laki-laki; naik ~ menjadi mempelai.

mempelam sj tumbuhan (pokok dan buahnya), mangga, Mangifera indica; ~ babi sj tumbuhan (pokok), Parinarium oblongifolium.

mempelas sj tumbuhan (pokok yg daunnya digunakan sbg pelicin), a) Tetracera scandens; b) Tetracera indica; empelas.

mempelasari = ~ hari sj tumbuhan (pokok), akar bagan, empelas (mempelas) hari, pulanari, Alyxia lucida; pulasari.
1   ...   5   6   7   8   9   10   11   12   ...   18


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət