Ana səhifə

Persekitaran dan kualiti hidup masyarakat bandar


Yüklə 30.79 Kb.
tarix26.06.2016
ölçüsü30.79 Kb.



30 mm

25 mm

38 mm

3 X ENTER (1.5 lines Spacing)



Huruf besar Bold (UPPERCASE)


B
2 X ENTER (1.5 lines Spacing)
AB II


PERSEKITARAN DAN KUALITI HIDUP MASYARAKAT BANDAR


2 X ENTER (1.5 lines Spacing)




2
1 X ENTER (1.5 lines Spacing)
.1 PENGENALAN

B
Jarak teks dalam perenggan: 1.5 lines Spacing

1 X ENTER (1.5 lines Spacing)
ab ini meliputi kajian lepas yang telah dilakukan mengenai konsep bandar, persekitaran, penunjuk dan kualiti hidup masyarakat bandar. Masyarakat bandar menggunakan sumber yang terdapat di bandar untuk memenuhi keperluan bagi meningkatkan status kualiti hidup mereka. Penggunaan sumber serta tindakan manusia di bandar bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik secara langsung atau tidak langsung mengubah persekitaran bandar. Dalam kata lain, manusia memainkan peranan penting dalam mempengaruhi ataupun mencorak persekitaran bandar, manakala dalam aspek yang lain pula, persekitaran juga mempengaruhi kualiti hidup masyarakat di bandar. Kedua-duanya saling timbal balik dan saling mempengaruhi. Oleh yang demikian, manusia merupakan satu unsur yang dititikberatkan dalam mencorak pembangunan persekitaran bandar. Kesinambungan dengan ungkapan tersebut, kerangka konseptual dibentuk supaya ruang kajian yang melibatkan komponen pengukuran status kualiti hidup berada dalam teori terkini pembangunan bandar dan kualiti hidup masyarakatnya.


Tajuk panjang: Single Line Spacing



2
1 X ENTER (1.5 lines Spacing)
.2 PEMBENTUKAN Kerangka KONSEPTUAL kajian status kualiti hidup masyarakat bandar

S
Tajuk panjang: Barisan pertama selari dengan barisan ke dua

25 mm
atu rangka konseptual diperlukan untuk memandu kajian ini supaya menjurus kepada tujuan dan matlamat kajian. Justeru, Rajah 2.1 dibentuk supaya kajian status kualiti hidup di bandar Seremban lebih terarah kepada matlamat kajian. Kajian status kualiti hidup adalah berasaskan pada teori, konsep dan definisi kualiti hidup berdasarkan kerangka seperti rajah tersebut. Kajian kualiti hidup masyarakat bandar Seremban ini adalah berlandaskan pada konsep ekosistem bandar. Hal ini kerana unsur persekitaran bandar dan manusia merupakan dua unsur yang saling bergantungan yang terikat pada prinsip asas ekologi. Bandar merupakan satu habitat petempatan manusia yang memerlukan pengurusan serta perancangan teliti supaya kualiti hidup masyarakat dapat dipertingkat dan dikekalkan kemampanannya. Membentuk pembangunan mampan sesebuah bandar memerlukan penelitian terhadap persekitaran fizikal dan budaya bandar tersebut. Justeru, persekitaran bandar dibentuk sebagai penunjuk ukuran penting dalam menilai status kualiti hidup di kawasan bandar.


Jarak di antara perenggan: 1 X ENTER (1.5 lines Spacing)



Nombor halaman dimulai dari halaman kedua bagi setiap bab

Perenggan kedua: jarak satu kali TAB

P


Rujukan dalam teks: sistem pengarang-tarikh (pengarang tunggal)
enunjuk merupakan alat pengukuran yang boleh digunakan dengan berkesan untuk membolehkan pihak berkepentingan menilai pencapaian komuniti tertentu. Ia juga merupakan maklumat yang menggambarkan apa yang berlaku di dalam sistem yang besar. Ia mampu menerangkan pencapaian di dalam komuniti sama ada maju ke hadapan atau mundur, bertambah atau berkurang, bertambah baik atau merosot atau kekal sedia kala berasaskan kepada nilai tahun tertentu (Norizan Md Noor 2000). Istilah ini berasal dari perkataan latin iaitu indicare yang membawa maksud mendedahkan atau menunjuk arah, memberitahu secara umum atau menilai (Ahmad Hezri 2002). Ia boleh memberi perspektif yang lebih luas berkaitan fungsi penunjuk pembangunan iaitu; penilaian keadaan dan trend; perbandingan merentas masa dan ruang; penilaian kedaan dan trend relatif kepada matlamat dan sasaran; memberi maklumat amaran awal; dan menjangka keadaan dan trend masa hadapan (Kerajaan Negeri Selangor 2001). Penggunaan penunjuk telah digunakan dalam pemantauan dasar secara sektoral dan mempunyai sejarah yang lama. Sebagai contoh, penunjuk sosial seperti kadar pekerjaan, kemiskinan, jenayah dan penunjuk ekonomi seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah lama digunakan walaupun tidak menyeluruh. Kajian ini menggunakan penunjuk sebagai ukuran status kualiti hidup masyarakat bandar yang mana pemilihannya adalah berasaskan kepada persekitaran bandar supaya lebih bersifat setempat.


Tajuk Ilustrasi di taip di bawah ilustrasi. Dinomborkan mengikut bab.

R
Huruf besar (UPPERCASE)

Huruf kecil (Sentence Case)
AJAH 2.1 Kerangka konseptual kualiti hidup masyarakat bandar



    1. Jarak teks dengan nombor sekali TAB

      Tajuk: Huruf besar (UPPERCASE)
      EKOSISTEM BANDAR DAN KUALITI HIDUP

K


Perenggan Pertama: Tidak jarak
ajian ini berpegang pada Prinsip 1 Agenda 21 yang meletakkan manusia sebagai satu pusat yang dititikberatkan untuk pembangunan, dan manusia berhak terhadap kehidupan yang sihat dan harmoni dengan alam sekitar. Agenda 21 telah memberi status yang utama kepada manusia yang perlu menguruskan persekitaran untuk kebaikan bersama. Oleh yang demikian, kajian ini melibatkan hubungan antara penghuni dengan persekitaran bandar dalam konteks tindakan manusia terhadap persekitaran bandar dan perubahan pada bandar mempengaruhi manusia kembali serta tindakan yang diambil oleh manusia bagi mendapatkan kualiti kehidupan yang lebih baik dan selesa. Prinsip ini berkait rapat dengan pendekatan ekosistem bandar yang mana manusia adalah hidupan yang menjadikan bandar sebagai habitatnya, di mana semua tindakan atau aktiviti manusia di kawasan tersebut akan mempengaruhi ekosistem kawasan tersebut (Lauer & Lauer 2004). Justeru, manusia akan melakukan pelbagai penyesuaian terhadap persekitaran supaya persekitaran bandar yang wujud selari dengan kehendak naluri manusia.




2.3.1 Penerapan Kualiti Hidup di Bandar


Jarak teks dengan nombor: Sekali TAB

Sejarah awal pembangunan bandar sebenarnya belum menjurus sepenuhnya kepada penerapan kualiti hidup mampan penghuninya. Ini kerana terdapat perkara lain yang lebih penting seperti pertimbangan keselamatan, ekonomi, pengangkutan dan sosial. Bagaimanapun, asas pertimbangan ini jelas menunjukkan keperluan masyarakat bandar pada masa tersebut untuk menjaga dan meneruskan kelangsungan hidup di kawasan bandar. Dalam kata lain, telah ada ciri ke arah penerapan kualiti hidup mampan di kawasan bandar dengan segala keperluannya di penuhi berdasarkan apa yang ada di kawasan bandar pada masa tersebut.




      1. M
        Teks tajuk sub topik: Huruf besar bagi huruf pertama setiap perkataan (Title Case Bold)
        etabolisme dan Kualiti Hidup Bandar

Sumber yang terdapat di bandar digunakan sebaik mungkin bagi memenuhi keperluan penduduknya. Kuroda et al. (1997), dalam penjelasannya berkaitan metabolisme bandar telah meletakkan organisasi sosial sebagai sesuatu yang utama untuk menggerakkan bandar tersebut ke arah memenuhi keperluan kualiti hidup masyarakatnya. Pandangan ini menggambarkan bahawa dalam sistem bandar yang terbuka, mempunyai input (fizikal, simbolik dan manusia) dan ouput (fizikal, simbolik dan manusia), manusia akan membentuk organisasi sosial bagi menguruskan setiap unsur dalam ekosistem bandar yang berpusat kepada kualiti hidup yang baik. Unsur fizikal, biologikal, kemanusiaan dan unsur yang bersifat simbolik menjadi input kepada ekosistem bandar tersebut. Di dalam bandar, kesemua ini akan berinteraksi dalam sistem yang bersifat terbuka.




RAJAH 2.2 Persekitaran kualiti hidup di kawasan bandar



Tajuk Ilustrasi di taip di bawah ilustrasi. Dinomborkan mengikut bab.

Kenyataan sumber

Sumber: Burc et al. 2001


Menurut Wan Rozali Wan Hussin (2002), kesan perubahan landskap ruang bandar dan kesesakan lalu lintas terhadap kualiti hidup masyarakat bandar amat besar kerana ia akan menjejaskan tahap kesihatan penduduk, meminimunkan persekitaran yang selesa dan sesuai untuk kehidupan masyarakat bandar. Berdasarkan faktor ini kualiti perhubungan dan pengangkutan bandar perlu diberi perhatian dalam menilai kualiti hidup masyarakat di kawasan perbandaran. Adalah penting untuk menjaga kemampanannya kerana perhubungan yang berkualiti dapat memastikan pergerakan manusia, makanan, perkhidmatan, aliran maklumat, sistem dagangan dan memastikan pertumbuhan ekonomi (Akinbami & Fadare 1997). Di samping itu sokongan dari sistem komunikasi bandar yang baik seterusnya dapat meningkatkan kualiti hidup masyarakat bandar.


Tajuk jadual di taip di bawah jadual. Dinomborkan mengikut bab.

JADUAL 2.1 Penunjuk kualiti kehidupan pekerja di Australia 1973



Penunjuk

Komponen Penunjuk

Penunjuk Primer

Objektif Kualiti Skala Pekerjaan (5 Komponen)

-Kepelbagaian

-Peluang untuk belajar

-Kebebasan dalam melakukan pekerjaan

-Peluang untuk maju ke hadapan

-Cabaran mental

Subjektif Kualiti Skala Pekerjaan (5 Komponen)

-Pekerjaan yang menarik

-Sentiasa sibuk

-Boleh mencapai kejayaan

-Kualiti adalah dihargai

-Kepelbagaian aktiviti



Penunjuk Skunder

  • Kualiti pengawasan

  • Persekitaran sosial pekerjaan

  • Kepuasan dengan aspek kondisi pekerjaan

  • Skala Taylorism

  • Pendapatan yang secukupnya

  • Status pekerjaan

  • Pendapatan sebenar

  • Potensi untuk melakukan pengajian secara sukarela

Penunjuk ke Tiga

  • (sebanyak 50 komponen)

Penunjuk ke Empat

Penunjuk Kualiti hidup

  • Gembira dengan kehidupan

  • Hidup dengan penuh harapan

  • Kesihatan

  • Berpuas dengan andaian hidup

Sumber: Diolah daripada Seahore 1978


Kenyataan sumber

Jadual hendaklah tanpa kerangka tepi kanan, tengah dan kiri


    1. KESIMPULAN

Keseluruhan kerangka konseptual kajian kualiti hidup di Seremban banyak menyentuh mengenai persekitaran bandar dan kualiti hidup masyarakatnya. Melibatkan persekitaran fizikal dan budaya bandar dalam merencana pembangunan mampan di kawasan bandar. Dalam mengkaji persoalan besar tersebut, persoalan kualiti hidup dikaji dengan teliti iaitu melibatkan pengukuran statusnya dalam arus pembandaran yang berlaku. Kajian kualiti hidup masyarakat bandar melibatkan banyak aspek penunjuk, justeru asas serta rasional pemilihan diperbincangkan yang supaya ia berada dalam kerangka konseptual kajian keseluruhannya.





Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət