Ana səhifə

R II id kep Raden ra kep radiallahuanhu: Sayidina Umar al-Khatab ~. ra


Yüklə 0.78 Mb.
səhifə11/20
tarix26.06.2016
ölçüsü0.78 Mb.
1   ...   7   8   9   10   11   12   13   14   ...   20

rencang (réncang) Jw kawan, pembantu, pengikut, pengiring.

rencat; merencatkan menyebabkan terbantut atau terhenti, membantutkan: racun kulat boleh ~ pertumbuhan miselium, percambahan spora, dan pembiakan seks kulat;

terencat terbantut, terhenti, tertahan: kerjanya ~ kerana air pasang; ~ akal tidak normal keupayaan atau perkembangan mentalnya disebabkan faktor tertentu (bkn seseorang, terutamanya kanak-kanak); ~ otak terencat akal;

keterencatan perihal atau keadaan terencat;

kerencatan perihal (keadaan dsb) terencat (terbantut dsb), kebantutan: kanak-kanak itu biasanya dilahirkan tidak cukup bulan dan mengalami ~ pertumbuhan; ~ akal keadaan atau keupayaan mental seseorang yg tidak berkembang dan berfungsi secara normal, yg biasanya ditandai ciri-ciri tertentu.

perencatan perihal merencatkan, perihal terencat (terbantut): ~ pertumbuhan jika berterusan lambat-laun akan membunuh kulat juga;

perencat sesuatu yg merencatkan sesuatu yg lain;bencat, gencat.

renceh (réncéh) I kecil (dipakai utk beberapa perkataan sahaja); selar ~ ikan selar yg kecil; receh.

renceh (réncéh) II kelebihan, sisa.

rencek (réncék) Jh mengada-ada.

renceng (réncéng) I panjang lampai, tinggi kurus, tidak berlabu betis (pd kaki): potongan badannya kecil ~.

renceng (réncéng) II Jk; serenceng, serencengan seuntai (manik, mercun, dll), serenting;

rencengan rentengan, untaian (mercun dll).

renceng (réncéng) III ark; ~ mulut sangat mudah bercakap-cakap, ramah.

rencet (réncét) I Jh; terencet-rencet terkinja-kinja, terloncat-loncat.

rencet (réncét) II ark; berencetan berangkaian, berentetan, beruntun-runtun; rentet.

rencik recik.

rencing bunyi berdencing-dencing;

merencing berbunyi berdencing-dencing: Laidin bertanya dr atas basikalnya yg ~ itu; gemerencing.

rencis renjis.

rencong (réncong) I sj badik (Acheh).

rencong (réncong) II rancung (keratan atau potongan), serong; pepat di luar ~ di dalam prb orang yg lahirnya baik tetapi di hatinya jahat;

merencong 1. memotong (mengerat, membuat) rencong: dahan-dahan yg besar hendaklah direncong supaya pangkalnya serong dan tajam, dan mudah hendak dipacakkan; 2. meruncing: menara yg indah ukirannya dan bumbung yg ~ ke atas;

kerencongan perihal (keadaan, potongan dsb) rencong: ~ itulah yg menyebabkan ia tahu bahawa sebenarnya di situlah tempat benda yg dicarinya disimpan.

renda (rénda) sj kerawang yg biasa dipasang di tepi baju (bantal dll);

merenda membuat (mengait, menekat) renda: lepas sekolah ia dipingit, lalu diajar ke dapur, menjahit, dan ~.

rendah I 1. tidak jauh jaraknya dr bawah, tidak tinggi (lwn tinggi): bangunan yg ~; pokok yg ~; ~ rembunai sedang (saja) rendahnya (badan orang); 2. tidak nyaring, lembut, perlahan (suara dll): suara yg ~; 3. = ~ hati suka merendahkan diri, tidak angkuh (sombong, bongkak), baik hatinya: dia orang kaya yg ~ hatinya; 4. tidak mulia (budi hati), hina, aib, nista: ~ budi; ~ akhlak; 5. tidak mahal (harga), murah: harga getah terlalu ~ sekarang; 6. tidak banyak, kecil, sedikit (pendapatan dll): golongan yg berpendapatan ~; 7. (taraf) permulaan; sekolah (pendidikan) ~ sekolah (pendidikan) permulaan; mahkamah ~ mahkamah permulaan; 8. tidak tinggi atau tidak penting (kedudukan, pangkat, dll), tidak istimewa, kecil: bagi remaja yg sentiasa dipandang ~ dan dianggap tidak berguna, mereka tidak nampak sebarang kebaikan dlm diri mereka sendiri; pegawai ~ pegawai kecil (tidak penting, tidak tinggi); ~ pangkatnya (darjatnya, mutunya) tidak tinggi pangkatnya (darjatnya, mutunya); orang ~ orang biasa yg tidak berpangkat; berpangkat ~ berpangkat kecil; 9. kurang baik (mutu dll): barang-barang yg bermutu ~; 10. tidak maju lagi: keadaan hidup (ekonomi) yg masih ~ di negara itu; ~ di anjung tinggi, kecil di ombak besar prb perihal sifat raja di Minangkabau yg diangkat dan ditinggikan oleh rakyat dgn kata muafakat;

merendah 1. menjadi rendah, menurun: bulan separuh sudah ~ di kaki langit; ayahnya sedang tidur, dengkurnya ~; suara yg ~; ~ benar rezeki Marah sangat menguntungkan (dr segala yg dikerjakan); 2. rendah hati, tidak angkuh (sombong, bongkak): sifatnya yg selalu ~ itu mendatangkan kawan yg banyak kepadanya;

merendahkan 1. menjadikan rendah, menurunkan: badannya direndahkan supaya tidak dilihat orang; ~ suara menurunkan (melembutkan) suara; 2. memandang atau menganggap rendah (hina, tidak penting, dll), mengecil-ngecilkan: ia tidak suka ~ orang lain; ia berasa tidak senang dgn perkataan-perkataan yg ~ Malaysia;

~ diri a) membongkok supaya rendah; b) = ~ hati memandang (menganggap) diri sendiri rendah, tidak menyombongkan diri; ~ mutu mengurangkan mutu (nilai); ~ rezeki menurunkan (memberi) rezeki;

merendah-rendahkan memandang atau menganggap rendah (hina, tidak penting, tidak bernilai, tidak berkemampuan, tidak berkualiti dsb) terhadap seseorang atau sesuatu, mengecil-ngecilkan: menangkis sikap suka ~ kemampuan wanita;

rendahan yg rendah (tidak penting) pangkatnya atau kedudukannya, bawahan: dia pegawai ~ di jabatan itu;

kerendahan 1. rendah letaknya (duduknya): tanah yg ~; 2. perihal rendah; ~ budi kehinaan, kenistaan; ~ hati sifat rendah hati (tidak sombong); 3. direndahkan oleh: dia pantang ~;

perendahan perihal (perbuatan dsb) merendahkan, perihal (proses dsb) merendah.

rendah II; riuh-~ riuh gemuruh, sangat riuh.

rendam; berendam 1. berada di dlm air dll: jangan dibiarkan kain ~ lama-lama dlm air; mandi ~ di sungai; 2. = terendam tenggelam (dlm air), terbenam (dlm air), tergenang (dlm air): tanah yg sudah ditenggala itu dibiarkan ~ selama beberapa hari; 3. = terendam ki tidak berbuat kerja, tinggal di rumah sahaja, terbenam (dlm sesuatu hal pekerjaan dll): buat apa dia ~ di rumah sahaja?; ~ air mata tergenang dlm air mata, selalu menangis; ~ sesajak air, berpaut sejengkal tali prb perihal seseorang yg susah hidupnya (serba kekurangan);

merendam 1. menaruh sesuatu di dlm air dll beberapa lamanya: padi itu direndam di dlm air, kemudian diwap, dijemur, dan dikeringkan; melemaskan lipas dgn ~nya dlm air;

merendamkan menjadikan digenangi (air dll): sawah itu direndamkan dahulu; direndam tak basah prb a) sangat licin (tidak mudah dikalahkan, ditipu, dll); b) belum ada keputusannya (perkara); c) orang yg degil atau kikir;

terendam 1. sudah direndam; 2. terbenam dlm air, tergenang; 3. ki tinggal lama di rumah (di suatu tempat dll); ~ sama basah, terampil sama kering prb sama-sama mahu mengerjakan sesuatu pekerjaan (baik ringan mahupun berat), sangat setia;

rendaman (Kim) bekas yg dipenuhi air (pasir, minyak, dll) utk memindahkan haba secara seragam kpd objek yg diletakkan ke dalamnya;

perendaman perbuatan dsb merendam (menaruh dlm air).

rendang 1. goreng; pisang ~ pisang goreng; ~ kasturi kuih kasturi, kuih rengas; 2. sj lauk yg dibuat drpd daging dll yg dirempah-rempahi (dibubuh santan dan dimasak sampai kering): ~ Johor; ~ Padang;

berendang yg direndang; termakan cirit ~ prb termakan ubat guna-guna maka dikuasai orang;

merendang 1. menggoreng: ~ ikan; 2. memasak hingga kering dgn santan, memasak rendang; 3. menggoreng tanpa minyak: ~ bertih; ~ biji kopi;

perendangan periuk (belanga dll) yg dipakai utk merendang.

rendang (réndang) I rendah dan banyak daun serta cabangnya: di bawah pokok kayu yg ~ kelihatan sepasang manusia;

merendang menjadi rendang: pokok itu tidak mungkin tumbuh ~ sepenuhnya;

merendangkan menjadikan rendang: dahan-dahan tertentu perlu dicantas utk ~ pokok itu;

rendangan daun yg rendang: ia dilindungi oleh ~ pokok ceri;

kerendangan perihal, keadaan atau sifat rendang: ~ pohon-pohon di situ dapat dijadikan tempat berteduh drpd pancaran matahari yg terik.

rendang (réndang) II Kd; merendang meratib saman.

rendang (réndang) III Kd sj perahu yg sempit lagi rendah.

rendap Pr; merendap menenggelamkan sebahagian badannya dlm air.

rendeng Jw musim hujan, musim tengkujuh.

rendeng (réndéng) Jk; berendeng, berendeng-rendeng berderet(-deret), berturut-turut, beruntun(-runtun): berjalan ~.

rendet Jw tidak lancar (licin), sempit, sendat.

rendidih 1. (hidangan) daging, sayur dsb yg direbus perlahan-lahan di dlm periuk yg bertutup; 2. kaedah memasak dgn merebus daging, sayur, buah dsb dgn api yg perlahan di dlm periuk yg bertutup;

merendidih merebus daging, sayur, buah dsb dgn api yg perlahan di dlm periuk yg bertutup.

rendong (réndong) Mn; terbawa ~ = terendong tersangkut (terbabit) dlm perkara dll, terbawa-bawa: namanya terbawa ~ dlm perkara rasuah itu.

renduh; merenduh 1. terlalu banyak barang (barang perhiasan yg dipakai dll); 2. terlalu lebat (buahnya).

reneh (rénéh) I; mereneh mendidih.

reneh (rénéh) II; mereneh meleleh (air mata dll): matanya ~;

renehan lelehan (air mata, peluh).

renek (rénék) I pendek, rendah: budak ~; anjing itu jenis ~; pokok ~ pokok yg kecil dan berbatang keras.

renek (rénék) II; merenek gementar, menggeletar (suara).

renet (rénét) bahan yg digunakan utk mengentalkan susu, terutamanya dlm pembuatan keju.

reng (réng) I Jw bilah (buluh, kayu) yg dipasang pd kasau;  rengrengan.

reng (réng) II sj burung;  hering.

reng (réng) III Kd, Kl kudrat, tenaga; ada ~ ada tenaga, larat; tidak ada ~ tidak ada tenaga, tidak larat; riang III.

renga ulat kecil-kecil yg putih (dan akan menjadi lalat dll);

berenga sudah dihinggapi renga, ada renga padanya: daging itu sudah ~.

rengadean (rengadéan) Id sj tumbuhan (pokok yg kayunya boleh dibuat bahan rumah dll), Ploiarum alternifolium.

rengah  engah.

rengak sl; merengak berbau keras (sehingga menusuk hidung).

rengan sj tumbuhan (palma), salak hutan, Zalacca glaborescens.

rengap ark; berengap, merengap (ter)mengah-mengah (kerana lelah, penat, dll);

perengap jampi (mantera) utk menundukkan lawan;

memperengap membuat (dgn menggunakan jampi dll) supaya lawan atau musuh tunduk kpd kita.

rengas I 1. = ~ api sj tumbuhan (pokok), kembal benang, pokok laga, Melanochyla tomentosa; 2. = ~ ayam sj tumbuhan (pokok), Gluta elegan; 3. = ~ air = ~ tembaga sj tumbuhan (pokok), Gluta renghas; 4. = ~ air sj tumbuhan (pokok), Gluta velutina; 5. = ~ kerbau jantan sj tumbuhan (pokok), Gluta wrangi; 6. = ~ manuk = ~ air = ~ paya sj tumbuhan (pokok) sumpah biawak, Melanorrhoea wallichii;

~ ayam = ~ pasir sj tumbuhan (pokok), pauh hutan, Buchanania sessilifolia; ~ lanjut sj tumbuhan (pokok), Buchanania lucida; minyak ~ varnis (diperoleh drpd pokok rengas);

merengas memvarnis, menggilapkan (dgn varnis).

rengas II; kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd kacang hijau (yg telah dimasak, dikepal, dicelup tepung, dan digoreng), kuih kasturi.

rengat I retak; ~ hati sakit hati.

rengat II Mn; merengat keluar peluh (lahar dll), meleleh, menitik: ~ peluh di keningnya.

rengat III; merengat-rengat rasa sakit di dlm perut yg mencerut-cerut (sebelum dan sesudah melahirkan bayi).

rengau I  perengau.

rengau II Kd mencakar: kucing ~ budak itu.

rengeh (réngéh) I; merengeh meringkik (kuda).

rengeh (réngéh) II; tua ~ = tua merengeh tua amat.

rengek (réngék), rengekan tangis (sungut, gerutu, dll) yg meleret-leret (oleh kanak-kanak yg menghendaki sesuatu dll): tak sanggup ia mendengar ~ adiknya meminta-minta; rengekan anaknya tidak henti-henti;

merengek, merengek-rengek selalu menangis, merungut-rungut, menggerutu: anaknya yg berumur tiga tahun merengek-rengek meminta makan.

rengga (réngga) sl tempat duduk di belakang gajah; rangka II, rengka.

renggah Kd besar (ketawa dll), banyak, sangat; dia ~ gelak dia gelak besar; ~ makan makan banyak.

renggam sj tuai; berhenti ~ hari berehat masa sedang menuai (perayaan).

renggang I 1. tidak berapa rapat, tidak tertutup benar, ada sela-selanya, dll: apabila panas terik, papan-papan dinding rumah menjadi ~; 2. agak berjauhan, kurang erat (persahabatan dll), kurang karib: maka timbullah suatu pertengkaran yg membuat mereka semakin ~; anak kecil itu sudah tidak hendak ~ dr ayahnya lagi; 3. antara, selang: ada kira-kira ~nya setahun dr perang Kedah itu maka Raja Kecil datang pula melanggar Riau; 4. jarak(nya), jauh(nya), beza(nya): lain pula keadaannya di negeri kami, ~nya hampir-hampir sebelah dunia; kehidupan anak-anakku dibandingkan dgn kehidupanku macam bumi dgn langit ~nya;

berenggang berantara, berjauh, berpisah: kedua-duanya tidak pernah ~; biar masa ~ sedikit utk pergi memujuk isteriku pulang ke rumah;

merenggang menjadi renggang (jauh dll): perhubungan antara dua manusia itu sudah ~;

merenggangi menjauhi (supaya renggang): kenalan-kenalannya makin lama makin ~ dia;

merenggangkan menjadikan renggang: ~ persahabatan; ~ tulisan; ia ~ tangannya melepaskan budak itu; ia mencuba ~ dirinya dr budak-budak yg ramai itu; tidak ada sesuatu yg dapat ~ silaturrahim kedua-dua belah pihak;

memperenggang menjadikan lebih renggang;

terenggang terbuka: pintu itu ~ sedikit;

kerenggangan perihal renggang: aku mengerti kenapa antara dua teman itu timbul ~ dan ketegangan;

perenggangan perbuatan (proses) merenggangkan sesuatu;

perenggang; ~ waktu ark perintang waktu.

renggang II; merenggang; ~ gawai (Palembang) ark memperkosa perempuan, merogol.

renggat garis-garis berlingkar pd tanduk atau batang kayu.

renggeh (rénggéh) Kl tinggal sedikit sahaja lagi (buah-buahan di pokok): buah rambutan itu dah ~ direlas budak-budak jahat;

kerenggehan keadaan renggeh: yg terpampang jelas hanya ~.

renggek (rénggék); merenggek, merenggek-renggek merengek-rengek, meminta-minta dgn mendesak, menangis-nangis kerana menghendaki sesuatu; rengek.

rengges (rénggés) ark  ranggas.

renggut; merenggut 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dgn kekerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik kaki, hampir mati;

merenggut-renggut merenggut beberapa atau berulang kali, menarik-narik: dia ~ rambutnya spt orang kemasukan syaitan;

renggutan sentakan (tarikan) yg keras atau kuat, rampasan.

rengit sj nyamuk kecil, agas, gegat.

rengka sl tempat duduk di belakang gajah;  rengga.

rengkah rekah, belah, retak: dinding rumahnya telah ~; rerak ~ rosak dan pecah-pecah;

merengkah menjadi retak, merekah, (ber)belah: tanah sawah ~ kerana kemarau kuat;

rengkahan belahan, rekahan, tetakan: ada kelipan api yg spt mahu menyelinap keluar dr ~ dinding-dinding buluh.

rengkam sj tumbuhan (rumpai yg biasanya terdapat pd batu karang), rumput karang, Sargassum spp.

rengkat (réngkat) Kd, Pn pincang, tempang (kakinya); kaki ~ kaki pendek sebelah (maka jalannya pincang); berjalan ~ berjalan pincang (tempang).

rengkau Pr; merengkau menangis, meratap.

rengkeh (réngkéh) ark; merengkeh bengkok belakang (kerana beban yg berat dll), membongkok, meliuk;

terengkeh-rengkeh terbongkok-bongkok (kerana memikul beban): ~ adik mendukung Shan.

rengkek (réngkék) I Kd rengkeh.

rengkek (réngkék) II tidak subur tumbuhnya (orang, tanaman).

rengkel (réngkél) ikatan atau rangkaian (buah-buahan dll) yg kecil: se~ manggis;

berengkel, berengkel-rengkel berangkai-rangkai (buah-buahan), berekoran (orang berjalan): berengkel-rengkel manggis itu digantung; mereka berjalan berengkel-rengkel;

merengkel membuat (mengikat, berjalan) berengkel-rengkel.

rengket (réngkét) Jk; merengket menggigil, menggeletar ketakutan.

rengkiang tempat menyimpan padi, baluh, jelapang, kepuk, lumbung; kerengkiang.

rengkinang sj tumbuhan (pokok), kemesu, medang biawak (teja, telur), sepah puteri, Elaeocarpus floribundus.

rengkit Mn berasa kaku atau pegal (tulang sendi dll).

rengkuh; merengkuh menarik (mendekatkan) ke arah diri sendiri, meraih, merenggut: direngkuhnya anak itu, diusap kepalanya lalu dibawa pergi mandi; direngkuhnya besi palang itu hendak digoncangnya;

~ orang membujuk-bujuk orang; ~ untung mencari untung;

rengkuhan tarikan (yg kuat): agaknya lebih kuat lagi ~ yg menarik manusia membelakangkan Allah SWT;

perengkuh alat utk merengkuh (merenggut).

rengkuk sj tumbuhan (pokok renek atau pokok kecil), medang gambut (kertau, pacat), Rinorea anguifera.

rengkung I sj tumbuhan (pokok yg agak besar), mentasawa, mersawa, Anisoptera curtisii.

rengkung II 1. pembuluh (pd leher) yg menyalurkan makanan masuk ke dlm usus besar: ~nya bergerak ke bawah menolak ubat-ubat yg baru ditelan; 2. lekum, tenggorokan; kerongkong.

rengrengan (réngréngan) Jw buram, konsep, rangsangan, rencana.

rengsa (réngsa) I 1. lemah badan, tidak bertenaga, berasa malas, segan (tidak bernafsu dll); 2. gatal-gatal, pedih, tidak selesa, sakit dsb pd sesuatu bahagian tubuh: kadangkala mata mungkin menjadi ~; hemoroid menyebabkan salur darah di sekitar dubur kembang dan ~; 3. (Bio) berupaya bergerak balas terhadap rangsangan spt sentuhan, cahaya dan haba (bkn organisma hidup): nyamuk itu ~ terhadap DDT yg disembur di dlm rumah hingga menyebabkan ia tidak hinggap lama pd dinding;

merengsa bermalas-malas, berasa malas (utk bekerja dll);

merengsakan menyebabkan berasa tidak selesa (gatal-gatal, pedih, panas, sakit dsb): lampin jenis ini boleh juga ~ kulit kanak-kanak jika ia tidak serasi dengannya; pendedahan dlm jangka masa pendek boleh ~ mata, hidung dan kerongkong;

kerengsaan 1. rasa lemah badan (tidak bertenaga), kelesuan; 2. keadaan atau rasa gatal-gatal, pedih, merah, panas dsb pd sesuatu bahagian badan, iritasi: ini akan menimbulkan ruam dan ~ pd kulit; tempat suntikan yg berulang-ulang boleh menyebabkan ~; 3. mengalami keadaan rengsa: perbezaan ini kelihatan kecil, tetapi sebenarnya kulit bayi lebih mudah terjejas, mudah ~ dan terdedah kpd kerosakan;

perengsa bahan atau unsur yg merengsakan: semut yg menggigit mengeluarkan cecair ~ pd tempat gigitannya; asap rokok sbg bahan ~ perlu disingkirkan sama sekali drpd lingkungan pesakit asma.

rengsa (réngsa) II; ~ sengsara = remuk ~ menderita kesusahan hidup, berasa sangat sengsara.

renguh; merenguh 1. berdengkur; 2. Kd berbunyi spt bunyi lembu, mengeboh; 3. Kd, bp menangis (agak kuat): budak ini asyik ~ sahaja, bagi makan tak hendak; dah besar gajah pun nak ~ lagi.

rengus; merengus bersungut atau berbuat sesuatu dgn keras dan kasar serta muka yg masam kerana marah, tidak senang hati dsb: "Celaka budak ini," Bidin ~ sambil mengheret Bujal naik; kami rasa, dia tidak suka bergaul dan suka ~;

merengus-rengus bersungut-sungut atau berbuat sesuatu kerana marah (tidak puas hati dsb), merungut-rungut: dia ~ sambil berjalan pergi dr situ; sambil ~ aku balik juga, meninggalkan radio Pak Mat dgn lakonan bangsawan seterusnya;

perengus orang yg suka merengus (masam muka, keras dan kasar, dll).

rengut I gerutu, omelan: Aida melepaskan ~; "Tak usah cakap pasal itu lagi", ~ Haji Maun;

merengut, merengut-rengut 1. bersunggut-sungut, mengomel: ia menggelengkan kepala sambil ~; 2. tampak keruh atau masam mukanya, merengus;

perengut pengomel, perengus; rungut.

rengut II sj tumbuhan (pokok memanjat), Epipremnum giganteum.

renik halus, kecil; hujan ~-~ hujan rintik-rintik; liang ~ Id liang (rongga) yg kecil-kecil; neraca ~ Id timbang utk mengukur barang yg halus-halus; padi ~ padi yg halus bijinya;

merenik-renik bertitik-titik (gerimis dll).

renin (rénin) (Bio) enzim yg memangkinkan penukaran kaseinogen susu menjadi kasein yg tak larut, terdapat dlm jus gaster dan biasanya diekstrak drpd perut lembu utk membuat keju.

renium (rénium) (Kim) sj unsur logam yg digunakan utk membuat aloi dll.

rening; merening, rening-rening bengkak, cekang, kaku, kejal, tegang (badan dll).

renjana rasa berahi (cinta, kasih, rindu, dll) yg kuat: banyak antara anak dara dan remaja puteri yg tertuna rindu dan ~ kerana perwira yg muda belia ini.
1   ...   7   8   9   10   11   12   13   14   ...   20


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət