Ana səhifə

R II id kep Raden ra kep radiallahuanhu: Sayidina Umar al-Khatab ~. ra


Yüklə 0.78 Mb.
səhifə8/20
tarix26.06.2016
ölçüsü0.78 Mb.
1   ...   4   5   6   7   8   9   10   11   ...   20

perayau orang yg suka merayau, kutu rayau.

rayon bahan (kain) seakan-akan sutera yg diperbuat drpd selulosa.

rayu I 1. = sayu ~ pilu hati, rawan hati, terharu; 2. = merayu berasa pilu, terharu (sedih, hiba, dll).

rayu II = rayuan pujukan atau hiburan (janji yg muluk-muluk dll) utk menyenangkan hati: tertidurlah oleh ~ irama merdu; pujuk dan ~nya sudah tidak bermakna lagi;

merayu 1. menyedapkan hati (menawan hati, mempersenang hati) dgn hiburan dll: irama lagu Melayu ~ hati; 2. memikat hati, memujuk: ia menulis surat ~ gadis itu supaya menerimanya sbg suami; 3. memajukan permohonan, mengemukakan permintaan (pertimbangan): jika seseorang tidak puas hati dgn keputusan Mahkamah Tinggi, maka bolehlah ia ~ kpd Mahkamah Ulang Bicara; mereka ~ kpd kerajaan supaya bertindak segera membasmi nyamuk dan lalat;

merayu-rayu merayu dgn sungguh-sungguh: dia ~ kpd perompak itu agar keluarganya tidak diapa-apakan; bunyi muzik yg beralun lembut bagaikan ~ memanggil mereka berdua masuk;

merayukan memajukan permohonan (permintaan, pertimbangan) kpd: perkara yg dirayukan oleh keluarga itu ialah suatu perkara keluarga mereka sendiri;

rayuan 1. rayu; 2. permohonan, permintaan (yg dimajukan): ~ kpd pemaju perumahan; 3. (Udg) permohonan kpd mahkamah atau pihak berkuasa yg lebih tinggi supaya mengkaji semula keputusan mahkamah atau pihak berkuasa yg lebih rendah: membuat ~ bagi meringankan hukuman;

perayu orang (pihak) yg merayu.

rayun ark rayu.

rayu undi; merayu undi meminta atau memujuk pengundi supaya mengundi seseorang calon parti yg bertanding dlm sesuatu pilihan raya dsb;

perayu undi orang yg merayu undi.

razia IB penangkapan beramai-ramai, penggerebekan (penjahat, orang yg berbahaya, dll): polis mengadakan ~ antara pelacur-pelacur yg melacurkan dirinya di pinggir-pinggir jalan;

merazia menangkap beramai-ramai, menggerebek.

Rb simbol kimia bagi rubidium.

R&D kep Research and Development (Penyelidikan dan Pembangunan, iaitu suatu aktiviti penyelidikan yg dijalankan oleh sesuatu industri dsb utk menghasilkan ciptaan baru, inovasi, perbaikan dsb produk, proses dsb).

Re simbol kimia bagi renium.

reagen (réagen) (Kim) bahan (molekul, ion, radikal bebas, dll) yg terlibat dlm tindak balas kimia.

reaksi (réaksi) 1. gerakan atau aksi yg lahir kerana sesuatu pengaruh (tindakan dll): sistem sosialis merupakan ~ kpd sistem liberal demokrasi; 2. penentangan (perlawanan) yg timbul kerana sesuatu tindakan (aksi): kecaman-kecamannya telah menimbulkan suatu ~ yg hebat dlm akhbar-akhbar; 3. Id akibat (hasil) drpd ubat dll yg digunakan;

bereaksi memberi reaksi (pertentangan, perubahan, dll): aku ~ lebih baik terhadap wanita;

mereaksi Id mengadakan reaksi;

pereaksi Id utk mengadakan reaksi dlm kimia (kertas litmus utk mengetahui barang yg mengandungi asid atau alkali dll).

reaksioner (réaksionér) IB 1. orang (puak) yg berfaham kolot atau hendak mengembalikan keadaan yg lama (dlm politik); 2. orang yg menghalang kemajuan, orang yg kolot; 3. kolot: ia menjalankan politik yg ~.

reaksionis (réaksionis) 1. cenderung menentang perubahan atau pembaharuan yg radikal, terutamanya dlm sistem politik atau sosial; 2. pihak (orang atau kumpulan) yg menentang perubahan atau pembaharuan dlm sistem politik atau sosial negaranya.

reaktif (réaktif) 1. cenderung menunjukkan reaksi atau mengambil tindakan setelah berlakunya sesuatu terhadap seseorang, sesuatu situasi dsb: mereka bertindak secara proaktif, bukannya ~, utk mendampingi keseluruhan masyarakat setempat; dgn demikian, perencanaan kita lebih bersikap ~ kpd keadaan krisis yg mendadak; 2. (Kim) dapat atau cenderung bertindak balas secara kimia dgn berbagai-bagai bahan: litium adalah kurang ~ drpd logam-logam lain; metana adalah stabil dan tidak ~ di dlm udara.

reaktor (réaktor) = ~ nuklear (Fiz) alat yg digunakan utk mengawal dan mengekalkan tindak balas nukleus dlm menghasilkan tenaga nuklear.

realis (réalis) 1. orang yg berpegang pd kenyataan; 2. penganut (pengikut) faham realisme (dlm kesenian dll).

realisasi (réalisasi) perihal menjadikan kenyataan, perwujudan: hal itu menjadi satu ~ cita-citanya;

merealisasi, merealisasikan menjadikan kenyataan, mewujudkan: kami masih dlm proses ~ cita-cita kami; gerakan Islam yg dimaksudkan di sini bertujuan utk ~ Islam sbg satu sistem kehidupan yg unggul lagi serba sempurna.

realisir (réalisir) IB; merealisir, merealisirkan merealisasi(kan): gagasan persatuan nasional tidak bisa dgn begitu sahaja direalisir.

realisme (réalisme) 1. fahaman atau ajaran yg berdasarkan kenyataan; 2. aliran sastera dan seni lukis yg menggambarkan kisah hidup sebenar (bukan khayalan): Kala Dewata dgn Atap Genting Atap Rumbia dianggap sbg pelopor drama ~.

realistik (réalistik) 1. berhubungan dgn fahaman realisme. 2. bersifat atau menunjukkan keadaan yg sebenarnya: gambaran yg diberikan dapat dikatakan ~.

realitet (réalitét) IB kenyataan.

realiti (réaliti) keadaan yg nyata (bukan khayalan), kenyataan, hakikat: mereka berjumpa Oliver Twist utk mengikuti ~ hidup kanak-kanak yg sebenarnya.

realpolitik (réalpolitik) aliran politik yg berdasarkan kenyataan-kenyataan, politik yg praktikal.

reba 1. tompokan pohon-pohonan (ranting-ranting dll) sesudah ditebang, semak-semak kecil. 2. Kd, bp halangan, bala, malapetaka; jangan cari ~ jangan cari bala (fasal); 3. Kd ranting kayu yg sudah dipotong dan dilonggokkan di satu tempat.

rebab sj alat bunyi-bunyian (spt biola) yg bertali dua atau tiga;

berebab menggesek rebab.

rebah I jatuh terbaring (orang dll), terletak berbaring atau bertiduran (pokok dll), tumbang: ia ~ pengsan; ~ menyembah tikar; ~ terlentang di atas lantai; membawa (memberi) ~ menjatuhkan (menggagalkan);

~ bek Kl rebah kerana sudah tidak bertenaga lagi; ~ belakang Kl, bp berehat (menghilangkan penat); ~-rempah rebah terguling-guling;

dapat tebu ~ prb mendapat untung; sokong membawa ~ prb dikhianati (dicelakakan) oleh kawan sendiri;

rebah-rebah, rebah-rebahan berbaring-baring (kerana menghilangkan penat dll): dia sedang ~ di anjung rumahnya;

merebahkan 1. menjatuhkan, menumbangkan: ~ tiang rumah; 2. membaringkan, menidurkan: ~ diri di atas pangkin; 3. menyembelih (binatang besar): tahun itu juga perkahwinan berlangsung, ayah ~ seekor kerbau jantan besar; 4. ki menumbangkan (pemerintah dll), menggagalkan: ~ pemerintah;

rebahan 1. robohan, tumbangan; 2. tempat berbaring, pembaringan.

rebah II; ~ bangun sj tumbuhan (pokok renek), malu-malu, memalu, puteri malu, semalu, Mimosa pudica.

rebak I Pr runtuh (tebing sungai dll): di mana-mana sahaja ada sungai mengalir, tanah tetap ~;

merebak, merebakkan memecahkan dan meruntuhkan (batu, tanah): di mana-mana sahaja sungai air batu itu mengalir, maka bahagian gunung itu direbakkannya.

rebak II; merebak meleleh air matanya.

rebak (rébak) I 1. carik atau sobek panjang (kain, layar, dll); 2. luka yg dalam (kerana kena pisau dll).

rebak (rébak) II; merebak 1. menjalar-jalar, menular-nular (penyakit), tersebar atau tersiar merata-rata (berita dll): penyakit cacar ~ di seluruh negeri; berita itu sudah ~ sampai ke mana-mana; 2. menjangkit, meluas, merembet (api dll): dlm beberapa ketika sahaja api itu ~ sampai ke mana-mana; perang ini lebih dahsyat dan nanti ~ ke sini;

merebakkan menyebabkan sesuatu merebak, menularkan, menjangkitkan, menyebarkan: zina boleh ~ penyakit;

kemerebakan keadaan merebak: ~ ilmu pengetahuan nuklear;

pemerebakan perihal (proses, perbuatan dsb) merebak atau merebakkan, penularan: tujuannya adalah utk mencegah atau mengawal ~ sesuatu penyakit.

reban I kandang utk ayam (itik);

merebankan; ~ ayam (itik); memasukkan ayam (itik) ke dlm reban, mengandangkan ayam (itik).

reban II Kd, Pn runtuh (terutama pokok, rumah);

merebankan meruntuhkan: ~ rumah.

reban (réban) ark; tereban terhempas (terbanting, terpelanting) ke kiri atau ke kanan.

rebana I sj gendang yg di sebelah sahaja dipasang kulit;

berebana bermain rebana.

rebana II = rebanar; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar banar, akar kelona, Smilax megacarpa.

rebang kucir (kuncit, taucang) yg terlepas drpd anyaman (ikatan)nya;

merebang terlepas drpd ikatannya (rambut);

merebangkan melepaskan (rambut), menggerbangkan.

rebas bertitikan, berjatuhan (air dll); hujan ~-~ hujan rintik-rintik (gerimis);

merebas menitik (air mata): air matanya ~ turun;

merebaskan menitikkan (air mata): ia ~ air matanya kerana terlalu gembira; rabas.

rebat; merebat menyekat jalan dgn rintangan (kayu, duri, dll), memagar atau menyekat dgn pokok-pokok dll (supaya tidak dapat dimasuki orang, binatang, dll).

rebat (rébat) potongan drpd sejumlah bayaran yg kena dibayar atau pemulangan sebahagian drpd amaun yg telah dibuat sbg bayaran.

rebeh (rébéh) I tergantung terkulai (sayap yg patah atau layar robek dll), tidak kaku lagi, berlekut, melentur (tepi topi dll);

merebeh Pr tidak kemas (kain).

rebeh (rébéh) II, rebek (rébék) Jw 1. compang-camping, rompang-ramping (pakaian dll); 2. buruk, usang.

reben (rébén) 1. jalur kain, kertas, dsb yg panjang, nipis, dan biasanya dlm pelbagai warna yg digunakan sbg pengikat bungkusan, hiasan, dsb, pita; 2. jalur kain yg panjang, nipis, dan mengandungi dakwat khas yg digunakan dlm mesin taip.

rebet (rébét) ark rembet II.

rebewes (rébewés), rebewis (rébewis) IB lesen memandu kereta.

Rebo Id Rabu.

rebon Jk; udang ~ sj udang yg halus-halus, udang geragau.

rebu ark; merebu datang masuk banyak-banyak, menyerbu masuk.

rebuk; merebuk berisi nanah (luka dll), bernanah.

rebung anak buluh (yg akan menjadi batang);

~ tidak jauh dr rumpun prb perangai anak hampir sama dgn perangai orang tuanya; ~ tak miang, bemban pula miang prb orang yg bersangkutan berdiam diri, sebaliknya orang luar pula ikut campur; tatkala lagi ~ tiada dipatah, ketika sudah jadi aur apa gunanya prb mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi;

merebung tumbuh rebungnya, (tumbuh) spt rebung (janggut dll).

rebus; kacang (telur, ubi) ~ kacang (telur, ubi) yg dimasak dlm air (sehingga empuk, keras, dsb);

merebus memasak sesuatu dlm air, menggodok: ~ keledek; ~ air menjerang air;

merebuskan merebus utk: dia sempat ~ ibunya beberapa biji telur pd pagi itu;

rebusan barang apa yg direbus, sesuatu yg direbus: air ~ air yg sudah dipakai utk merebus;

perebusan proses atau perbuatan merebus: ~ pelbagai jenis akar kayu.

rebut; ~ rampas bermacam-macam perampasan (perompakan, penyamunan);

berebut berlumba-lumba (berdahuluan) utk mengambil sesuatu: ~ kuasa; ~ tempat;

~ (dgn) malam sudah mulai malam; ~ mulut bertengkar, berbantah; ~ nama berlumba-lumba utk mendapat kemasyhuran; ~ (dgn) senja sudah mulai senja; ~ tinggi atas-mengatasi; ~ rampas bertanda beti prb semua perkara baharu boleh diputuskan sesudah cukup buktinya;

berebut-rebut berbuat banyak kali, berebut antara orang banyak, berlumba-lumba (memperoleh, mengambil, dll): orang ramai ~ hendak pulang; beberapa ekor ayam sedang ~ makan; mereka ~ menghendakkan hadiah itu;

berebut-rebutan, berebutan saling mengambil atau mendapatkan sesuatu dgn paksa (susah payah): Majid dgn kawan-kawannya ~ macam anak kecil merebut gula-gula;

merebut 1. mengambil (mendapatkan, memperoleh) sesuatu dgn kekerasan: dgn cepat ia ~ senjata itu drpd penjahat; yg muda hendak ~ kerajaan abangnya; 2. mengambil (negeri, tempat, dll) dgn kekuatan senjata, merampas: beberapa tempat penting sudah dapat direbut kembali oleh pasukan kita; 3. mendapat sesuatu dgn susah payah (spt dlm perlumbaan dll): pasukan kita dapat ~ kembali Piala Thomas; 4. ki mengambil, memikat, menarik: sastera itu mendapat kesempatan ~ kedudukannya lebih drpd semasa zaman klasik; nama Hamka pd masa ini telah dapat ~ hati para pembaca dgn cerita-cerita pendek;

merebutkan, memperebutkan mengusahakan sungguh-sungguh (memperjuangkan) utk merebut sesuatu: India dan China berperang ~ Himalaya; anakku inilah yg kelak akan diperebutkan oleh segala perempuan di seluruh Tanah Jawa;

rebutan 1. sesuatu yg direbutkan (diperebutkan): sebuah piala besar menjadi ~ antara pasukan-pasukan yg bertanding; 2. = sedekah ~ Id a) sj perayaan orang Cina dgn memberi sedekah yg diperebutkan oleh orang ramai; b) perlumbaan memanjat buluh (batang pinang) yg dilumur dgn minyak dll (utk mengambil barang-barang yg diletakkan di puncaknya); 3. bp = berebutan;

perebutan 1. perihal berebut sesuatu: ~ pangkat; ~ kedudukan; ~ kekuasaan; 2. = perihal merebut (memperebutkan), perampasan, dll.

reca arca.

recak I Jw borek (bopeng) yg tidak dalam; bercak.

recak II ark; beras ~-~ beras yg pecah-pecah, manir, melukut.

recak III Mn; merecak duduk mengangkang di atas (kuda dll), menunggang; ~ kuda menunggang kuda.

recak IV; ~ anjing Kl berlari perlahan-lahan, berlari-lari anak.

receh (récéh); wang ~ = recehan wang kecil, wang pecah; renceh I.

receng (récéng) hirisan (keratan, potongan) kecil-kecil.

recik percik;

merecik memercik; ~ peluh bertitik peluhnya, terkeluar (terpancur) peluhnya: di dahi kami ~ peluh kepanasan;

mereciki memerciki, merenjis: kain yg dipakainya direciki lumpur;

merecikkan menjadikan merecik, memercikkan: panas di dadanya ~ peluh di dahinya;

recikan percikan: ~ air yg naik ke atas;

perecik alat utk mereciki.

recok (récok) gaduh, honar, ramai, rewel, ribut: surat khabar Filipina membuat ~ tentang rundingan di Bangkok;

merecokkan menggemparkan, meributkan;

kerecokan perihal recok, kegemparan, kehonaran, keributan.

recup; merecup 1. mulai tumbuh dan keluar banyak-banyak (spt biji-biji padi dll), berkecambah banyak-banyak, mulai keluar daun: pucuk-pucuk muda ~ memayungi ranting-ranting yg telanjang; 2. timbul dan berloncatan banyak-banyak (ikan kecil-kecil dll); 3. timbul atau lahir dgn tiba-tiba (idea, ilham, dsb): drpd kesibukan inilah mungkin ~ ilham utk terbang.

reda 1. mulai berkurang, hampir berhenti (angin ribut, hujan, dll): sebentar sahaja angin dan hujan pun ~; ledakan peluru dan bom boleh dikatakan ~; 2. semakin kurang (kemarahan, kerusuhan, panas, penyakit, dll), berkurang, tidak menghebat lagi (hawa nafsu dll), mulai tenang kembali: kebisingan masih belum ~; kemarahannya sudah mulai ~; tangisannya masih belum ~-~ lagi; perbincangan mengenai soal itu belum juga ~; demamnya sudah mulai ~; 3. hampir habis, hampir hilang, kurang: kereta-kereta sudah ~ melintasi jalan; maka dgn hal yg demikian, ~lah sedikit tikus itu;

bereda Mn berlindung, bernaung, berteduh;

mereda menjadi reda: tangisannya agak ~ sedikit; pd masa ~nya gelora peperangan, kami berusaha membangun;

meredakan menjadikan atau menyebabkan reda, menenangkan, mengamankan, mengurangkan (kemarahan dll): mereka berjaya ~ ketegangan-ketegangan dlm parti; ia ~ sedikit ketawanya;

keredaan perihal reda, ketenangan, keamanan, kekurangan: rasa hormat yg demikian itu dgn sendirinya membawa ketenangan suasana, ~ suara.

reda (réda) bersedia dgn ikhlas hati (utk membuat sesuatu), rela: ada di dalamnya orang-orang yg ~ bersekutu bersama-sama sbg manusia;

meredai merelai: jalan yg diredai Allah itu jalan Islam yg akan menenteramkan hidup;

meredakan merelakan;

keredaan kerelaan: terhasil sebuah masyarakat yg berdisiplin, sebuah negara yg aman damai di bawah ~ Allah.

redah I Mn; meredah menebang (menebas) banyak-banyak: ~ buluh; ~ belukar.

redah II; meredah 1. menempuh (bahaya, hutan, padang pasir, dll), mengharung: ~ hutan semak samun; ~ hujan; ~ padang pasir bergunung batu; belayar ~ samudera; perempuan ini ~ jalan raya berpuluh batu dgn hanya menunggang sebuah basikal; 2. ki merempuh (masuk dll), melantasi, menembusi: pemuda yg berbaju hitam itu ~ masuk bilik; suara halus merdu itu terbang keluar dr kamarnya ~ kesunyian malam; rejah.

redai Kd 1. tempat menjemur ikan (tembakau dll); 2. jaringan besi yg digunakan utk meletakkan kuih (biskut, kek, dsb) yg masih panas: ~ kuih.

redaih Kd daih.

redak I; meredak meledak; ledak.

redak II Kd 1. kelebihan makanan (lauk, kuih, dll); 2. butir-butir kecil, habuk;

beredak 1. ada redaknya; 2. hancur.

redaksi (rédaksi) 1. sidang pengarang (pd persuratkhabaran, majalah, dll): ~ majalah Dewan Sastera dan Dewan Masyarakat; cerpen terus sampai ke meja ~ setiap hari; 2. gaya penyusunan kata dan ayat dlm sesuatu pengumuman (undang-undang dll): ~ resolusi itu masih harus dibaiki.

redam I = redam-redam, meredam kurang terang terdengar (terlihat), tidak jelas, kabur-kabur, sayup-sayup: nampak meredam pokok ribut dr sebelah utara; ~ padam padam (rosak, musnah) sama sekali;

meredamkan menjadikan redam;

peredaman perihal meredamkan;

peredam; ~ bunyi alat utk meredamkan bunyi.

redam II; remuk-~ remuk semuanya, hancur lebur;

meredamkan menghancurkan, meremukkan.

redam III bunyi spt bunyi kayu dipukul (pintu ditumbuk dll).

redan (rédan) 1. sj tumbuhan (pokok), ludai bulan, medang serai, mutan riba, ridan, Mischocarpus lessertianus; 2. sj tumbuhan (pokok), Nephelium glabrum; 3. sj tumbuhan (pokok), kusip bukit, Aglaia cordata.

redang (rédang) ark paya (rawa, rawang) yg dalam; paya dan ~ bermacam-macam tanah paya; ~ bakau paya yg ditumbuhi bakau; kawasan ~ kawasan atau daerah yg berpaya-paya.

redang ark radang.

redani sj tumbuhan (pokok memanjat), akar dani, selimpas, Quisqualis densiflora.

redap I sj gendang (rebana) kecil; dap.

redap II; meredap 1. makan di dlm sahaja (api), marah di dlm hati sahaja; rindu-~ rindu yg bersangatan dlm hati; 2. berlarut-larut (penyakit), merana.

redas I Kl; meredas melontar dgn kayu dll (utk menjatuhkan buah dll), membaling: buah mempelamnya habis diredas budak-budak jahat.

redas II Kl celaan, kejian, makian.

redih semaian (padi dll); tapak ~ tapak semaian;

meredih menanam semaian padi dll;

peredih Kd tempat meredih.

redik (rédik) herdik;

meredik mengherdik.

redip; ~ pepuyuh sj tumbuhan (pokok atau pokok renek), sisih puyuh, sisik puyu, meransi, Carallia suffruticosa.

redoks (rédoks) (Kim) gabungan proses penurunan dan pengoksidaan.

reduksi (réduksi) IB potongan (harga barang-barang dll), pengurangan: utk barang ini boleh diberi ~ 15%.

reduksionis (réduksionis) penyokong reduksionisme.

reduksionisme (réduksionisme) 1. mencerakin data yg kompleks menjadi juzuk yg kurang kompleks; 2. teori yg menyatakan bahawa idea, sistem, dll yg kompleks boleh difahami melalui bahagian atau komponennya yg kurang kompleks.

redum I bunyi spt bunyi barang besar jatuh dlm air.

redum II ark mendung, redup, suram (gelap); redam I.

redum III Kd; meredum menutup (jalan dll) dgn daun-daunan dll (utk menyembunyikan sesuatu dll).

redup 1. berawan (langit), tidak terang (cuaca), mendung: hari pun ~, tiadalah tampak akan cahaya matahari; 2. agak gelap kerana dilindungi awan, tidak panas terik: matahari ~; 3. berasa panas (kerana cuaca mendung); 4. ki kurang cahayanya, suram (mata, wajah, dll), kurang terang atau hampir padam (nyala api); 5. berkurang, merosot (kemegahan, kemuliaan, dll); 6. mulai berhenti, tenang kembali, reda (angin, hujan, kasih, dll): ribut itu pun ~; 7. sayup-sayup (bunyi-bunyi): gemercik air sayup-sayup dan desau angin ~; 8. tidak gembira, susah hati (perasaan dll): ia menyahut dgn ~; ~-~ alang

= ~-~ bahasa agak redup (gelap, suram) sedikit;

meredup menjadi redup (tidak terang);

meredupkan menjadikan redup, menyuramkan, dll;

keredupan perihal redup: ~ petang menambahkan kesunyian di ladang itu.

redut Mn ark; meredut; hatinya ~ ia berasa tersinggung (kecil hati).

referendaris (réferéndaris) IB pegawai tinggi dlm jabatan-jabatan kerajaan atau daerah.
1   ...   4   5   6   7   8   9   10   11   ...   20


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət