Ana səhifə

R II id kep Raden ra kep radiallahuanhu: Sayidina Umar al-Khatab ~. ra


Yüklə 0.78 Mb.
səhifə10/20
tarix26.06.2016
ölçüsü0.78 Mb.
1   ...   6   7   8   9   10   11   12   13   ...   20

relativisme (rélativisme) faham bahawa kebenaran nilai moral dsb tidak semestinya mutlak tetapi mungkin berbeza antara individu atau kebudayaan.

relau sj dapur utk meleburkan timah dll; ~ bagas relau yg (menggunakan aliran udara panas sbg sumber haba) memanaskan campuran bijih besi dan arang batu utk memperoleh besi lebur; ~ elektrik relau yg menggunakan kuasa elektrik sbg sumber haba utk memanaskannya.

relban (rélban) IB, bp jalan kereta api.

relbas (rélbas) sj kenderaan yg menggunakan landasan (spt kereta api) yg terdiri drpd beberapa buah gerabak sahaja (tidak sepanjang kereta api biasa).

relevan (rélevan) ada kaitan atau hubungannya dgn apa yg dibicarakan, apa yg berlaku dsb: seksyen 96(1) hanya ~ dlm kedudukan insurans wajib;

merelevankan menjadikan relevan: ada cubaan utk ~ perkara-perkara yg tidak ada kena-mengena dgn kes itu;

kerelevanan perihal atau keadaan relevan, pertalian, hubungan, relevansi: hakim mempersoalkan ~ soalan itu dlm kes yg sedang dibicarakan.

relevansi (rélevansi) kerelevanan.

religi IB agama.

reluh; mereluh, menereluh, tereluh bp 1. tidur; 2. berdengkur.

relung I = relungan lekuk atau jeluk (di tanah dll);

~ hati lubuk hati (dlm hati); ~ langit ruang langit, kolong langit;

merelung berlekuk, berbentuk spt kubah.

relung II ukuran luas tanah (Id lebih kurang 5300 m2 atau 2800 m2, Kd satu relung lebih kurang 0.71 ekar atau 0.29 hektar).

relus; terperelus 1. terjatuh dlm lubang dll; 2. Kd terbuka (terkoyak dll) sehingga dapat dilihat dll barang yg ditutup, relah.

rem (rém) IB 1. brek: ~ sepeda; ~ angin brek yg menggunakan kekuatan tekanan udara; 2. ki sesuatu (faktor dll) yg menghambat (menghalang) kemajuan dll: Islam sejati mahu mengangkat darjat perempuan, tetapi kekolotan menjadi ~ besar bagi evolusinya;

~ kaki brek yg dipijak dgn kaki; ~ tangan brek yg diputar (ditekan) dgn tangan; ~ teromel (teromol) rem sepeda yg berupa piringan yg dipasang pd poros gandar roda;

mengerem 1. mengenakan brek supaya berhenti; 2. bp menahan, mengekang (hawa nafsu, kemahuan, perasaan, dll).

rema (réma) Jw rambut.

remah (rémah) I = remah-remah cebisan-cebisan roti dll, sisa-sisa atau lebih-lebihan makanan dll: ia makan dr ~-~ orang; ia tidak makan nasi se~ pun;

meremah-remah, meremah-remahkan merepih-repih: ~ roti.

remah (rémah) II Mn berkerut-kerut, bergumal, berkeremut.

remai berasa sakit (nyeri) di tulang: tulang tangannya ~-~ sahaja.

remaja 1. mulai dewasa, sudah akil baligh, sudah cukup umur utk berkahwin; 2. = muda ~ muda; gadis ~ = ~ puteri gadis yg sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); ~ putera pemuda yg sudah mulai dewasa (mulai timbul rasa cinta berahi); masa ~ masa mulai timbul rasa cinta berahi, masa muda-muda;

meremaja menjadi remaja: Amnah ~;

meremajakan menjadikan muda, memudakan; ~ pegawai negeri menggantikan pegawai-pegawai tua dgn pegawai-pegawai muda;

keremajaan perihal (keadaan) remaja: seorang gadis yg sedang dlm ~;

peremajaan perihal meremajakan.

remak sl lebih baik, biarlah: ~lah aku mati drpd berkhianat kpd kawanku.

reman Pr kayu atau buluh kecil (spt jarum) yg diikat pd tali dan menyebabkan perangkap tertutup.

reman (réman); tahanan ~ a) tindakan menahan seseorang selepas mendapat perintah drpd mahkamah bagi tujuan siasatan, dlm tempoh tertentu: sebelum ini dia pernah ditahan utk siasatan berhubung dgn pembunuhan itu tetapi dibebaskan selepas tempoh tahanan ~ tamat; b) seseorang yg ditahan selepas mendapat perintah drpd mahkamah bagi tujuan siasatan, dlm tempoh tertentu;

mereman menahan seseorang yg dituduh melakukan jenayah ke dlm tahanan (penjara atau lokap) utk siasatan lanjut sementara menunggu perbicaraan dsb: mereka tidak dibenarkan ikat jamin dan direman sehingga kes mereka disebut semula di mahkamah; semua lelaki berkenaan direman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah itu.

remang I bulu halus-halus di badan, roma; kacang ~ sj kacang yg kulitnya berbulu;

meremang tegak atau berdiri (bulu badan atau roma), seram: ~ bulu suak di tengkuknya;

meremangkan menegakkan (bulu roma): Ramlah diharu-birukan fikiran yg mengerikan diri dan ~ bulu romanya.

remang II ark; meremang mengalir perlahan-lahan, meleleh, bersimbah (peluh).

remang III; remang-remang agak gelap (kelam), kabur, samar muka, redup: apabila sampai di kampung, hari telah ~ malam;

keremangan suasana (keadaan) yg remang (kelam, kabur): mereka bertolak-tolakan dlm ~; pinggir pantai yg diserkup ~ senja.

remang IV; ~ panas sj tumbuhan (pokok renek), Breynia coronata.

remayung sj tumbuhan (herba), gendola, Basella spp.

remba Kd, Pn; beremba, beremba-remba; berjalan ~ berjalan bersaing(-saingan).

rembah; ~-rembih a) bercucuran (air mata); b) tidak rapi (memakai kain dll);

merembah meleleh (air mata); rembih.

rembak Kl, Tr; ~ itulah agak-agak itulah, seakan-akan itulah, tempat itulah (agaknya).

remban Kd batang kayu kecil (buluh dll) yg dipasang pd titi dll sbg pemegang ketika meniti.

remban (rémban) Pr; meremban merembat: nanti kuremban kakinya dgn parang;

teremban terbuang (benda); rembat.

rembang I 1. titik di langit yg betul-betul di atas kepala kita, kedudukan yg setingginya (matahari, bulan); matahari ~ = ~ tengah hari waktu tengah hari tepat (benar); sebelum ~ tengah hari sebelum tengah hari; ~ petang sudah mulai petang, lewat pukul tiga petang; 2. sl tepat sungguh (waktunya): segala takwim kitab dibuka, ~lah saat dgn ketika;

berembang merembang;

merembang; hari sudah ~ rembang petang;

perembang Kd, bp mengarahkan (senapang dll ketika hendak menembak dll) dgn setepat-tepatnya.

rembang II; ~ panas sj tumbuhan (pokok sederhana), ceremai burung, mengkirai gajah, ubah kecil, Glochidion laevigatum.

rembas I ark; habis ~ habis semuanya, rosak semuanya.

rembas II; merembas bercucuran (air mata): air matanya ~ gugur.

rembas III; merembas menghumban (ke bumi), meletakkan dgn kasar (kerana marah dll), menghempas: lalu dicekik pinggang jin itu dan dirembas ke muka bumi; guni beras itu dirembas ke lantai dgn marahnya.

rembat (rémbat) pukulan dr kanan ke kiri atau sebaliknya dgn rotan yg panjang dll;

merembat 1. memukul dr kanan ke kiri atau sebaliknya dgn rotan yg panjang dll; 2. (dlm permainan bola sepak) menendang (dgn mengayunkan kaki);

rembatan 1. pukul (dgn rotan), rembat; 2. tendangan (dgn mengayunkan kaki).

rembega (rembéga) sj tumbuhan (herba), Calotropis gigantea.

rembes Jk rembes (meresap masuk atau keluar).

rembes (rémbés) I; merembes 1. meresap masuk atau keluar (barang cair spt air dll), menitis, tiris: air matanya masih ~ keluar dgn tidak berhenti-hentinya; 2. menyeludup (dgn diam-diam), menyusup: ia kagum melihat aliran sosialisme radikal mulai ~ ke tanah airnya; pasukan gerila ~ masuk kota;

merembeskan mengalirkan keluar (air mata, hormon, enzim dsb);

rembesan 1. aliran (air mata dll), titisan: dia berusaha memahami ~ air matanya, dia tidak mahu mengalah pd emosinya; 2. (Bio) sebarang bahan spt peluh, enzim, dan air liur yg dihasilkan oleh sel atau kelenjar tubuh utk melakukan fungsi tertentu;

perembesen 1. (Bio) proses menghasilkan rembesan; 2. penyusupan: buku dan surat khabar, idea, dll yg telah menerobos atau dlm proses ~ masuk ke dlm negara.

rembes (rémbés) II Jw sj penyakit mata (tepi mata merah dan berair).

rembet (rémbét) I tidak bebas bergerak atau berjalan (kerana banyak pekerjaan atau diekori orang dll), terganggu;

merembet menyebabkan tidak boleh bergerak (berjalan) dgn bebas, mengganggu, menghalangi, merintangi.

rembet (rémbét) II; merembet 1. menjalar, merambat (api, penyakit, percakapan, dll): perbualan itu akhirnya ~ kpd hal-hal peribadi; sekejap sahaja api itu ~ ke estet yg berhampiran; 2. = merembet-rembet melibat-libat yg lain, sangkut-menyangkut: perkara rasuah ini merembet-rembet melibatkan beberapa orang pegawai tinggi;

merembetkan melibatkan, menyangkut (perkara dll), membawa-bawa: perbincangan kita biarlah terhad kpd soal pokok sahaja, jangan rembet-rembetkan soal peribadi.

rembih; merembih meleleh (air mata); rembah.

rembik; berembik bergoyang (spt galah atau kayu yg panjang).

rembuh; ~-rembai Pr meleleh (air mata); rembih, rembah.

rembuk bicara, muafakat, nasihat, runding;

berembuk berbicara, bermuafakat, berunding: itulah sebabnya adik diundang, dipinta datang sama ~, memilih berat ringannya;

merembukkan membicarakan, memuafakatkan, merundingkan: kami berkumpul ~ siasat yg akan dipakai;

rembukan pembicaraan, permuafakatan, perundingan: kalau dia sudi maka ~ itu biarlah disempurnakan di belakang; kami orang di rumah menyempurnakan ~ itu sematang-matangnya;

perembukan perbuatan atau hal berembuk atau merembukkan.

rembulan Jw bulan.

rembunai sl sedang (besarnya atau tingginya), sederhana: tubuh kecil rendah ~.

rembung Kl dubur yg terkeluar pd pesakit buasir.

rembut I; terembut-rembut berkelip-kelip, berkedip-kedip (nyala api dll): pelita-pelita itu menyala ~.

rembut II Jw; berembut-rembut berdahulu-dahuluan hendak melihat dll, berebut-rebut.

rembut III; kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), janggut baung, jintik-jintik, rambutan siamang, Rinorea anguifera (Alsodeia enchinocarpa).

remedi (rémédi) (Udg) cara bagaimana pelanggaran hak dicegah, ditangani dan dipampasi.

remeh (réméh) tidak penting, tidak mustahak, tidak berharga: masalah itu tidak boleh dipandang ~; ~-cemek ark remeh-temeh;

meremehkan menganggap remeh (tidak penting, kecil, dll), mengabaikan, menghinakan: kita tidak mengatakan bahawa kita harus ~ kekuatan musuh;

keremehan perihal remeh (kecil, tidak berharga, tidak penting, dll): seorang rahib dr Najran berkhutbah-khutbah memperkatakan ~ hidup dunia serta kebesaran hidup akhirat.

remeh-temeh tidak mustahak, tidak penting, tidak berharga: orang yg tidak suka kpd segala perkara yg ~;

meremeh-temehkan meremehkan: kecenderungannya memegah-megahkan satu pihak dan ~ pihak lain;

remenia sj tumbuhan (pokok dan buahnya yg boleh dimakan), gondongan, kondongan, kundang(an), rembunia, rumia, setar, Bouea macrophylla.

remet (rémét); meremet bercakap tidak menentu, merepek.

remia  remenia, rumia.

remiak; riak-~; riak I.

remis I sj kepah (kijing) yg boleh dimakan (biasanya dikorek dr dlm pasir di tepi pantai).

remis II IB, bp tidak ada yg kalah atau yg menang (dlm permainan catur), seri.

remisier (rémisier) orang yg bekerja di firma broker utk menjual dan membeli saham di pasaran saham bagi pihak pelabur dgn memperoleh komisen.

remoh (rémoh) Mn renyuk, kepang-kepot.

remos (rémos) sj potongan rambut lelaki (yg disikat dan dibentuk spt ombak atau balung);

beremos mempunyai rambut potongan remos.

rempa ark; merempa melanggar, menempuh, merempuh: beberapa pun dipasang orang meriam, dirempa juga lalu masuk ke dlm.

rempah I bahan perisa makanan yg terdiri drpd kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga, jintan manis, dll.

rempah II benda yg dimasukkan dlm masakan (gulai dll), bumbu: gulai ini cukup ~nya; ~-pawah = ~-perawis = ~-piah berbagai-bagai macam rempah; ~-ratus a) berbagai-bagai macam rempah; b) sj jamu drpd bermacam-macam campuran; c) ki berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka);

rempah-rempah berbagai-bagai macam rempah;

merempahi, merempah-rempahi 1. memasukkan rempah, mencampuri dgn rempah: ia pandai ~ berbagai-bagai masakan; 2. ark mengharumkan dgn bau-bauan, meraksi: ~ mayat melumur mayat dgn minyak dll supaya tidak lekas hancur;

perempah barang-barang yg dipakai utk merempahi: lada hitam ~ daging.

rempah III; ~ gunung sj tumbuhan (pokok renek), cucur atap, Baeckia frutescens.

rempah (rémpah); rebah-~ jatuh berguling-guling, rebah terguling-guling.

rempak I; berempak bersama-sama maju atau bergerak, berderet sejajar;

serempak bersama-sama, serentak: berlaku ~; datang ~; ketawa ~; ~ dgn itu serentak dgn itu;

menyerempak melanggar (mengerjakan dll) serentak (bersama-sama);

keserempakan perihal (keadaan) serempak, keserentakan.

rempak II  rampak II.

rempak (rémpak) sumbing, sompek (pisau dll).

rempang Kd, Pn; ~ bahasa gila-gila bahasa, tiga suku.

rempang (rémpang); ~-rempong luka-luka (badan), koyak-rabak (pakaian).

rempat (rémpat); merempat 1. terhempas ke batu karang (perahu); 2. membawa (diri) ke mana-mana, melarat: akhirnya dia ~ ke Singapura; ~lah dia entah ke mana.

rempelas empelas; akar ~ sj tumbuhan (pokok menjalar yg daunnya boleh digunakan sbg penggosok kayu dll), Tetracera scandens.

rempelu Jw empedu.

rempenai sj tumbuhan (pokok kecil yg daunnya dibuat ubat kudis), Ardisia humalis (coriacea).

rempenang; akar ~ sj tumbuhan (pokok menjalar), akar pahit, akar terung kemang, akar terung kemar, Cyclea peltata (laxiflora).

rempeyek (rempéyék) sj makanan yg dibuat drpd tepung beras dan kacang tanah, dan digoreng berkeping-keping.

rempit Pr; merempit menyebat dgn rotan dll, menyesah.

rempoh (rémpoh) Ph; merempoh menjatuhkan orang dll dgn menggalangi kakinya.

rempong (rémpong) terikat kakinya;

merempong, merempongkan mengikat kedua-dua belah kakinya: maka Terung Pipit pun segeralah berlari-lari, dirempongkan kaki Tak Rancang Besi itu; rimpung.

rempuh; berempuh-rempuh, berempuh-rempuhan berasak-asakan (berebut-rebut) hendak mendahului: ~ membeli tiket; Pak Mat berempuh-rempuhan dgn penumpang-penumpang yg berebut tempat duduk;

merempuh menempuh (mencari jalan dll) dgn paksa, mengharung, menyerbu: kami ~ masuk; kami berjalan ~ orang ramai; ~ rintangan kawat berduri; ~ maut tidak mempedulikan keselamatan jiwa;

rempuhan desakan, langgaran, serbuan: semuanya lari bercempera kerana menghindarkan diri drpd ~ lembu; rambutnya kusut kerana ~ di pintu bas.

rempung; se~ seberkas, seikat, setangkai (buah-buahan).

rempus; merempus mengikat keempat-empat kaki binatang (yg akan disembelih);  rapus I.

remujung sj tumbuhan (herba yg digunakan sbg ubat kencing manis), kumis kucing, misai kucing, Orthosiphon grandiflorus.

remuk = ~-redam hancur (pecah) menjadi kecil-kecil, hancur luluh (larut), hancur berkecai-kecai: gelas itu dihempaskannya ke lantai, ~; kereta itu ~ di bahagian tepinya; ~ hati (perasaan) hancur luluh rasa hati, sedih sekali;

meremukkan, meremuk-redamkan menghancurkan, merosakkan: tekanan udara yg ~ dinding tin itu; berita sedih itu ~ hatinya;

keremukan perihal atau keadaan remuk.

remung sj ikan laut, Lutianus lineolatus.

remunggai lemunggai.

remut; meremut bp tersangat banyak: ~ manusia di padang itu; ~ semut makan gula.

Ren. kep Rendah: Sek. ~ Hulu Kelang.

rena ark rona, warna.

renai Mn; hujan ~-~ gerimis, hujan renyai-renyai, hujan rintik-rintik; renyai.

renaisans (rénaisans) kelahiran semula sesuatu, terutamanya yg berkaitan dgn bidang seni: ~ kebudayaan.

renak Pr; pepak ~ bersepah-sepah, terserak-serak (barang, sampah, dll).

renal (rénal) (Ubat) berkaitan dgn buah pinggang: arteri ~.

renang I; kolam ~ kolam utk berenang; lumba ~ perlumbaan berenang (sukan);

berenang bergerak dgn tangan dan kaki dll di air: ikan ~ dlm air; acara-acara sukan itu ialah lumba lari, mendayung sampan, menembak, ~;

~ kodok Id suatu cara berenang, gaya dada; ~ menelentang berenang dgn badan yg menelentang; mengajar itik ~ prb perihal membuat sesuatu pekerjaan yg sia-sia;

berenang-renang berenang ke sana sini: beberapa ekor anak itik kelihatan sedang ~ di dlm kolam itu;

merenangi berenang di (ke): ~ orang lemas; ~ laut lepas prb perihal pergi ke negeri lain dgn tiada tentu tujuan;

merenangkan membawa berenang, membiarkan berenang: Benderang dititahkan baginda ~ rantai terlalu besar, maka direnangkan oleh Benderang dgn Badang rantai itu;

renangan gerakan (perbuatan, gaya dsb) berenang: Si Hitam mengikut ~ ikan itu yg bergerak dgn kepayahan pd tempat yg cetek itu;

perenang ahli sukan renang, ahli renang.

renang II; pokok ~ sj tumbuhan (pokok), ubah paya, ubah merah, samat tebangau, Glochidion brunneum.

renardit (rénardit) (Kim) mineral yg mengandungi plumbum, uranium dan fosforus.

rencah I; merencah 1. berjalan menempuh lumpur (becak dll), menginjak-injak: ia terhuyung-huyung ~ air sawah; 2. ki menempuh atau mengharungi (bahaya dll): sepanjang hidupnya ia ~ kesusahan; 3. = ~ sawah menyuruh kerbau menginjak-injak tanah di sawah hingga jadi gembur, melunyah sawah: tanah sawahnya direncah oleh berpuluh-puluh ekor kerbau yg ditambat di situ;

terencah 1. terlangkahkan; 2. sudah direncah, terinjak.

rencah II = perencah campuran berbagai-bagai barang atau rempah supaya masakan menjadi lebih sedap: ~-~ utk membuat rendang hati; terung panjat buat perencah gulai ikan kering;

merencah mencampur lauk dll.

rencah III; merencah 1. tidak tetap pendirian (pekerjaan, fikiran, dll), selalu bertukar-tukar (pendirian, fikiran, dll), lincah; 2. mengerjakan bermacam-macam pekerjaan serentak (tetapi tidak ada yg selesai atau sempurna).

rencak Kd giat, tangkas;  rancak I.

rencam I; merencam tidak terang atau tidak jelas kelihatan, mengaburkan mata (kerana terlalu

halus dll).



rencam II 1. = rencaman campuran drpd pelbagai macam; 2. (terdiri) drpd pelbagai macam; kecekapan Pak Mustafa ~ juga; makanan yg ~ makanan yg terdiri drpd pelbagai macam bahan;

kerencaman perihal rencam (terdiri drpd pelbagai macam), kepelbagaian: ~ dan kepelbagaian corak bahan cerita rakyat.

rencana 1. sl cerita, karangan, kisah: ia giat dlm menulis esei-esei dan ~-~ ringan; ~ pengarang = tajuk ~ karangan (terutama dlm surat khabar, majalah, dll) yg merupakan pendapat suratkhabar atau majalah itu; 2. catatan mengenai perbincangan dlm mesyuarat dll, laporan, minit: dia sedang menyiapkan ~ mesyuarat yg lalu; 3. rangka sesuatu yg akan dikerjakan, buram, pelan, rancangan: kami membuat ~ kota teladan; pemerintah telah tahu tentang ~ pemberontakan; 4. acara (pembicaraan), agenda, jadual, program: perkara ini termasuk dlm ~ yg akan kita rundingkan kemudian; kami berangkat kembali ke Acheh menurut ~ yg telah diatur terlebih dahulu; 5. buram (surat), konsep, naskhah (surat), draf, rang: beri saya ~ surat itu sekarang juga; 6. perkataan (ayat dll) yg dibacakan oleh seseorang supaya ditulis oleh yg lain, imlak: semasa latihan ~ dijalankan, pelajar-pelajar mestilah mendengar dgn baik dan menulis apa yg sedang guru bacakan;

~ Colombo rancangan bantuan teknik antarabangsa; ~ kerja rancangan pekerjaan yg akan dilaksanakan; ~ lima tahun Id rancangan pembangunan yg harus dilaksanakan dlm masa lima tahun;

berencana dgn rencana, berancang;

merencana sl bercerita;

merencanakan 1. mengarang (cerita dll), menghuraikan, menceritakan: maka adalah kurencanakan dalamnya dr zaman moyangku sampai ke masa aku; tidak dapat kurencanakan bagaimana rasa hatiku, marah, sedih, benci, dll; tidak semua kejadian yg direncanakan dlm cerita ini sebenarnya berlaku; 2. menyusun laporan (keterangan, minit, dll): hasil tinjauan tentang kemahuan penduduk Malaysia Timur yg direncanakan oleh rombongan peninjau Bangsa-Bangsa Bersatu dlm laporannya kpd U Thant, diterima baik oleh Kuala Lumpur; 3. menyusun atau membuat rancangan (program dll), merancang: ia meminta kepadaku utk ~ suatu projek perumahan Bupati; dua jurusan penggempuran direncanakan, pasukan Amerika mendarat di Afrika Barat dan Inggeris di Mesir; 4. mengucapkan perkataan (ayat dll) supaya ditulis oleh orang lain: apa yg direncanakan oleh pengurus itu ditulis oleh setiausahanya dlm tulisan trengkas;

terencana terancang: skim ini bertujuan utk mengendalikan program terjemahan secara ~;

perencanaan perihal merencanakan, perancangan: pelajaran yg menjadi kegemaranku ialah ~ kota; namun begitu hasilnya kurang memuaskan dr segi keaktifan dan ~;

perencana 1. sl penyusun cerita (kisah, huraian, dll); 2. orang dll yg merencanakan, perancang.

rencang bunyi yg keras (spt gerencang).
1   ...   6   7   8   9   10   11   12   13   ...   20


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət