Ana səhifə

R II id kep Raden ra kep radiallahuanhu: Sayidina Umar al-Khatab ~. ra


Yüklə 0.78 Mb.
səhifə6/20
tarix26.06.2016
ölçüsü0.78 Mb.
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   20

meranum menjadi ranum;

meranumkan menjadikan ranum: karbaid digunakan utk ~ pisang;

keranuman perihal atau keadaan ranum: ~ mangga itu menyebabkan perahan jusnya tidak perlu ditambahi gula;

peranuman proses meranum atau meranumkan: betik mesti dipetik pd peringkat yg sesuai utk mengelakkan terjadinya ~ yg tidak sempurna.

ranya Kl; meranya 1. menggagau benda (ikan dll) dlm air: gunakan senduk, jangan ~, nanti basi pula gulai itu; 2. mencuci (membersihkan) telaga dll (dgn membuang lumpur dll): air telaga itu keruh, mesti diranya dulu; 3. mengambil semua sekali (pencuri dll), menyapu bersih: pencuri ~ habis barang-barang dlm almari itu.

ranyah I ark; meranyah mendahului makan (memakai, mengambil, dll).

ranyah II Mn gelisah;

meranyah gelisah, selalu menangis (anak kecil), selalu merengek.

ranyang Mn selalu bergerak-gerak (tidak dapat diam), lincah, tidak tetap hati.

ranyau I ark meranyau mengigau, meracau.

ranyau II ranya.

ranyuk radang: pintu itu dibuka oleh Saniah dgn kuat dan ~;

meranyuk meradang.

rap I bunyi spt bunyi dua kayu bergesel (tembakau dihiris dll).

rap II; sama ~ sama padan: dua salur yg sama ~, satu menyelaputi akar biji dan yg satu lagi menyelaputi batang biji.

rap III Kd 1. sudah boleh dikerjakan atau disiapkan utk ditanami (tanah sawah); 2. cekap, cekatan (manusia dan binatang): ~ sungguh budak ini, ke dapur dan ke majlis boleh diharap.

rap IV; sekali ~ sekali gus: sekali ~ setengah gelas.

RAP Id kep Republik Arab Persatuan; RAB.

rapah; merapah 1. berjalan atau berlari memijak-mijak (tanaman dll): mereka mara ke hadapan ~ lalang; pokok padi habis dirapah; 2. ark pergi ke mana-mana, menjelajah, mengembara: beberapa bulan lamanya sudah ia ~; 3. ark membuang (mencabut) rumput, menyiang, merumput (sawah dll): rumput di sawah sudah selesai dirapah.

rapai ark; merapai menghulurkan tangan kerana hendak mencapai (mencari pegangan dll), mencapai, menggapai: anak montel yg merapai-rapai tangannya hendak memegang pipi ayahnya; gerapai.

rapak Kd, Kl, Ph, Pn; merapak berbunyi riuh-rendah, rancak (rebana dll), berbunyi kuat (pokok tumbang dll).

rapana, rampana Br rebana.

rapang sj ikan laut, Mungil bleekeri.

rapat I 1. hampir bertemu, hampir tidak bercelah: duduk ~ dlm masjid; kampung yg rumah-rumahnya ~ sekali; padi yg ditanam ~ tidak dapat beranak banyak; 2. tidak renggang, kerap (anyaman, pertukangan, tanaman, dll), padat (penduduk); 3. penuh sesak, padat (penduduk): kawasan yg ~ penduduknya; 4. tertutup dgn tidak bercelah-celah (beruang), terkepung (hingga tidak dapat ditembusi lagi): tabung itu ditutup ~; kawasan itu telah terkepung ~; pinggang gadis itu dirangkulnya sehingga ~; 5. dekat sangat (dgn), berhampiran sungguh (dgn): hatta sampailah ke negeri lalu ~ ke jambatan; 6. erat, karib, kuat, teguh (persahabatan, pertalian, dll): perhubungan antara Malaysia dgn kedua-dua negara jirannya sangat ~; ada kerjasama yg ~ antara pengarang-pengarang Melayu dgn ahli-ahli sains Melayu;

rapat-rapat dgn seberapa rapat yg boleh, dgn betul-betul rapat: tutup pintu itu ~; jemaah diminta meluruskan saf dan berdiri ~;

berapat 1. = berapatan menjadi rapat (dekat), saling rapat (dekat): lalu berperang berbedil-bedil senapang dan pemburas sebelah-menyebelah ... maka, apabila ~ lalulah beramuk; maka berperanglah antara kedua-dua pihak, berapatan; 2. berkawan, bersahabat: Wan Umar cuba hendak ~ dgn Kompeni Inggeris; 3. bersama-sama, bersekali: orang-orang dlm negeri itu telah berselisih, maka sebab itulah kedua-dua masjid itu membaca khutbah, tetapi kemudian ~ zuhur;

merapat 1. menjadi rapat, mendekat; dia melangkah surut dan seorang lagi datang ~; 2. menutup (mata): lari ~ tiada memandang ke belakang lagi; 3. berlabuh atau berhenti dekat dgn (pangkalan dll): kapal pun ~, tangga pun diturunkan orang, penumpang telah siap dgn barang-barangnya; ~ sambil belayar prb sekali melakukan pekerjaan, dua tiga maksud tercapai;

merapati 1. menghampiri, mendekati: ia berjalan perlahan-lahan dan berhati-hati ~ rumah itu; 2. datang (utk memperbaiki hubungan persahabatan dll), selalu mengunjungi (mendatangi): dia mesti ~ setiap orang kampung ini jikalau dia ingin mendapat kerjasama drpd mereka;

merapatkan 1. menjadikan rapat, mendekatkan (pd sesuatu): muka dirapatkan pd cermin; ~

kapal ke pangkalan melabuhkan kapal dekat pangkalan; 2. menjadikan rapat (tidak renggang), mengeratkan, menutup rapat-rapat; 3. memperkukuh (persahabatan dll), mengeratkan (perhubungan): tentu ada sesuatu yg ~ mereka berdua; ~ diri dgn menggabungkan diri dgn; ~ tali silaturrahim mengukuhkan tali persahabatan;

memperapat menjadikan lebih atau makin rapat, merapatkan lagi; ~ sila bersila baik-baik;

rapatan sesuatu yg menyebabkan rapat (sambungan dll), sesuatu yg dirapatkan: drpd pandainya utus berbuat itu, tiadalah kelihatan ~nya lagi;

kerapatan perihal atau keadaan rapat: pelabur Britain akan menjadikan Malaysia sbg pusat pelaburan yg paling menarik memandangkan ~ hubungan sejarah antara kedua-dua negara;

perapatan Br (bahagian tepi sampan dll) yg hampir bertemu: ~ perahu itu berlubang-lubang menyebabkan air masuk sedikit ke dalamnya.

rapat II = kerapatan perkumpulan, perhimpunan (utk membicarakan sesuatu), majlis, mesyuarat, sidang: ~ selesai lebih cepat drpd yg diduga;

~ anggota Id sidang yg dihadiri oleh ahli-ahli perkumpulan; ~ besar Id perhimpunan agung; ~ kilat sidang yg diadakan dgn tiba-tiba (mendadak) sahaja, sidang tergempar; ~ lengkap (pleno) Id sidang yg dihadiri oleh segenap bahagian dll, sidang pleno; ~ raksasa (samudera) rapat besar utk orang ramai (biasanya diadakan di padang atau lapangan yg luas); ~ terbuka rapat yg boleh dikunjungi oleh sesiapa sahaja (bukan utk ahli semata-mata); ~ tertutup rapat yg hanya utk para anggota; ~ umum rapat utk semua orang;

berapat berhimpunan (dlm sidang), mengadakan rapat, bermesyuarat, bersidang;

merapatkan 1. menjemput berapat (bersidang): banyak ahli yg meminta supaya jawatankuasa segera dirapatkan; 2. mengemukakan sesuatu dlm sidang, membincangkan sesuatu dlm sidang: soal ini dapat saya putuskan sendiri, tidak perlu dirapatkan.

rapat III; ~ bukit sj tumbuhan (pokok yg kayunya boleh dibuat rumah), rengas, kayu paruh-paruh, Melanochyla angustifolia; kayu ~ sj tumbuhan (pokok menjalar yg kulitnya dibuat ubat), akar serapat putih, akar gerip putih, Parameria bata.

rapel (rapél) IB 1. bayaran (wang) kebelakangan, tunggakan: ia telah menerima sebahagian wang ~ kenaikan pangkatnya; 2. kenaikan pangkat atau gaji yg dinanti masa pelaksanaannya kerana sesuatu sebab (spt terlupa dll): dua kali ~ pangkat dan dua kali kenaikan gaji.

rapet Kl rapik II.

rapi 1. bersih dan elok, apas, apik: wajahnya ~ dan manis; seorang lelaki berpakaian ~ turun; 2. teratur baik, tertib: buku-buku tersusun ~ dlm almari; semua pegawai bekerjasama dgn ~; 3. serba beres, serba selesai, habis: semua kerja diselenggarakan dgn ~ dan memuaskan; 4. siap sedia, ketat, siaga: kawasan itu dikawal dgn ~; 5. kemas, kukuh, teguh: pintu bertutup dan berkunci ~; perpaduan yg teguh dan ~; 6. cermat, saksama, teliti: buku-buku resit dikawal dgn ~ utk mencegah drpd digunakan oleh orang yg tidak bertanggungjawab; ubat ini dibuat dgn cukup ~ dan cermat; suatu penyelidikan yg ~ harus dijalankan;

merapi menjadikan (rambut, kulit, dll) sihat dgn menggunakan perapi: ia bukan sahaja ~ kulit tetapi menjadikannya kelihatan segar dan bermaya;

merapikan menjadikan rapi, membereskan, mengemaskan, menyelesaikan, menyempurnakan: dirapikannya pakaian suaminya; ia membantu isterinya ~ dapur; Aristotles yg ~ kaedah-kaedah sains;

kerapian perihal rapi: sajak itu dimaksudkan sbg anasir yg menambah ~ bentuk dan mempertinggi tingkatan muzik bahasa; disusun bantal-bantal itu dgn penuh ~;

perapian proses merapikan sesuatu: dgn kesan ~, Kao Merit baru meninggalkan suatu sensasi yg menyegarkan;

perapi cecair pekat yg dibubuh pd rambut selepas dicuci utk menjadikannya lebih lembut.

rapih I  rapi.

rapih II Pr; merapih mencabut (membuang) anak-anak padi yg mati (selepas ditanam): sambil ~ sambil menyulam.

rapik I; merapik berkata yg bukan-bukan, beromong, mengobrol, merapik: sudalah, jangan ~ lagi.

rapik II rapat, dekat, bersahabat (berkawan) benar-benar: di maktab dulu dia terlalu ~ dgn Hamsiah;

berapik selalu rapat (dekat), berkawan: dihiburkan hatinya dgn ~ dgn kawan-kawannya.

rapit  rapik II.

rapor, rapot IB 1. laporan (rasmi): sekarang aku harus membuat ~ perjalanan; 2. = buku ~ buku yg berisi keterangan (markah dll) mengenai murid sekolah, buku laporan;

meraporkan melaporkan, memberitahukan;

raporan laporan; repot I; lapor.

rapsodi 1. pengungkapan perasaan gembira dgn berlebih-lebihan dlm pertuturan atau penulisan; 2. karya sastera yg ditulis dgn gaya yg sangat gembira atau penuh perasaan; 3. gubahan (muzik) yg bebas dan tidak sekata bentuknya.

raptai persembahan percubaan atau latihan besar-besaran sebelum persembahan atau pertunjukan sebenar.

rapu ark; merapu 1. memunguti (barang-barang yg terbuang atau tidak berguna), meminta sedekah; 2. Pr mengambil semuanya, memenangi semuanya (dlm permainan), menyapu; 3. melakukan sesuatu (berkata-kata, berkelakuan, dll) dgn tidak menentu, merapik: jangan ~ sangat, cakap betul sedikit.

rapuh 1. mudah patah (cabik, pecah, putus, robek, sobek): keropok yg ~; daun-daun musim buah yg telah ~ dan reput; 2. ki tidak teguh, tidak kuat, lemah: tubuh yg kecil ~; betapa lemahnya dan betapa ~nya jiwa pemuda-pemuda kita apabila berdepan dgn pengaruh dr luar; pertelingkahan tentang beberapa isu membayangkan betapa ~nya hubungan yg terjalin antara kita; hidupnya (nyawanya) ~ lekas mati;

~ hati a) lemah hati (semangat), lunak; b) mudah tersinggung perasaannya; ~ iman tidak kuat (teguh) iman; ~ jiwa (semangat) lemah jiwa (semangat); ~ mulut tidak dapat menyimpan rahsia, suka sangat bercakap;

merapuhkan menjadikan (menyebabkan) rapuh;

kerapuhan 1. perihal rapuh; 2. kelemahan (hati dll);

perapuh 1. sesuatu yg merapuhkan; ilmu ~ jampi (mantera) utk melembutkan musuh (senjata dll); 2. (orang yg) mudah rapuh (hati dll): peguam muda yg ~ hati.

rapun I Mn hancur, pecah, remuk;

merapunkan menghancurkan, memecahkan, meremukkan: menolak serangan musuh dan ~ seteru yg durjana.

rapun II Kd, Pn kelim yg berkerut, ropol;

berapun 1. ada rapunnya; 2. Pn, ki tua: dia dah ~.

rapung; merapung mengapung (di air);

merapungkan mengapungkan; apung.

rapus I; merapus mengikat keempat-empat kaki binatang (yg akan disembelih): Pak Pandir pun ~ kerbau itu lalu disembelihnya.

rapus II; merapus merajuk.

Raqib malaikat yg menulis segala kebaikan seseorang.

rar Kl kutu, arisan, senoman.

rarai ark; merarai melarai, melerai.

rarak; berarakan berantakan; lerak I, rerak.

raras Mn gugur, luruh;

merarasi gugur (luruh) daun semuanya (pohon); laras V.

ras I bunyi spt bunyi daun kering yg digosokkan dll.

ras II; tali ~ tali kekang.

ras III kaum, keturunan.

rasa 1. perihal sesuatu yg dikecap oleh lidah, keadaan yg dialami oleh bahagian tubuh (kulit dll apabila kena sesuatu): ~ manis (tawar, masam, masin, dll); ~ pedih (sakit, ngilu, dll); ~ badanku spt dibakar dgn api; 2. tabiat sesuatu benda yg menimbulkan rasa: gula manis ~nya; 3. = ~ hati keadaan hati terhadap sesuatu: ~ sedih (kecewa, pilu, senang, dll); ~ hormat (cinta, sayang, takut, dll); mengikut ~, binasa; 4. anggapan tentang baik buruk (salah benar dll), pendapat, fikiran: ~ adil dan saksama; pd ~ saya pd pendapat saya; 5. = rasa-rasa, rasanya, rasa-rasanya agaknya, barangkali, gerangan, kalau-kalau, kira-kira, rupa-rupanya: rasanya sedikit benar orang yg mengetahuinya; 6. = rasanya, serasa, rasa-rasa, serasa-rasa, rasakan sama rasanya dgn, seakan-akan, seolah-olah, selaku: dia sendiri serasa mengalami semula pengalaman Hilmy di sekolahnya; biadab di hadapan Bendahara itu rasa-rasa di hadapan kita; Amran rasa-rasa mendidih darahnya mendengar ucapan itu; rasakan lebih enak drpd rokok kita pasak kampung; serasa bayang hilang semangat; 7. = rasa-rasa ada ingatan, ada terlintas di hati (bagi menyatakan bimbang, ragu-ragu): ~ hendak dipukulnya pencuri itu habis-habisan; 8. memikir, mengagak, menganggap: saya ~ dia belum pulang lagi; dia ~ tidak ada gunanya mengamuk;

~ akan rasakan, bagaikan, seolah-olah oleh; turutkan ~ binasa, turutkan hati mati prb perihal orang yg menurutkan kemahuan hawa nafsunya, akhirnya binasa juga; yg dimakan ~, yg dilihat rupa, yg didengar bunyi prb melihat sesuatu menurut keadaannya yg terbukti dan sudah dipersaksikan;

berasa 1. mendapat rasa (yg dialami oleh bahagian-bahagian badan): kakinya ~ sengal; seluruh badannya ~ sakit; 2. mempunyai rasa (manis, masam, pahit, dll): kerana banyak sangat garam, masakan itu ~ sangat masin; air ialah suatu cecair yg tidak berwarna, ~, atau berbau; 3. mengalami rasa di dlm hati (batin): orang Melayu lekas ~ tersinggung; ~ suka; ~ takut; 4. = dirasa, dirasai, terasa: rumahku ini tiada ~ rumahku lagi; maka ~ kpd dadanya spt kena panah;

~ berat berasa tidak sanggup, berasa di luar kekuasaan (kesanggupan); ~ hati a) ingin akan sesuatu, tertarik kpd; b) berasa kecewa, tidak senang hati, agak marah; c) tersinggung;

merasa 1. mengalami rasa dgn lidah: air itu dirasanya masin; 2. mengalami rasa (sakit dll) pd tubuh: setelah Raja Zainal ~ luka, maka baginda pun meraba keris; nanti setelah lepas Pulau Penuba, sebelah petang, kita akan ~ angin Laut China; 3. = merasa-rasa mencuba dgn lidah utk mengetahui manis masam (pahit tidaknya dll): ia ~ gula itu; dua tiga orang sudah pun sampai dan ~ air kopi itu; 4. = merasa-rasa meraba-raba (menjamah dll) utk mengetahui kasar halusnya (berat tidaknya dll): licin tidaknya dapat dirasa sendiri dgn tangan;

merasai 1. mengecap (makanan, minuman, dll), mencicip: alangkah puas hatinya ~ makanan masakan ibunya; rasai dulu kopi itu sebelum dihidangkan; 2. menikmati (kesenangan, kemewahan, kebahagiaan, dll): kesenangan dan kemewahan hidup yg dirasainya itu ialah drpd harta isterinya; belum pernah ia ~ hidup senang spt orang-orang lain; 3. menderita (kesusahan, sengsara, dll): barulah hamba ~ sengsara hidup di dlm penjara; mereka akan ~ duka nestapa yg tidak terkira-kira lagi; rasai olehmu balasan kekasaran tingkahmu; 4. = merasa-rasai meraba-rabai (menjamah-jamah) hendak mengetahui dgn tangan dll: rasa-rasai dahulu dgn kakimu sama ada dalam atau tidak sungai itu; 5. ki menduga (mengajuk, mengkaji, meninjau, dll) hati orang dll: drpd air mukanya, kita dapat ~ apa yg terkandung dlm hati perutnya; syor-syornya itu harus dirasa-rasai dulu sebelum dibuat keputusan; 6. mengalami rasa dlm hati (batin): dirasainya cintanya pd wanita itu kian lumpuh; 7. sl menyedari, menginsafi: duduk di Mesir kira-kira tiga bulan lamanya itu pun tiada dirasai oleh Laksamana;

merasakan 1. = memperasakan membiarkan (menjadikan, menyuruh) berasa atau merasai: ia mencuba sungguh-sungguh utk ~ fahamnya kpd seluruh pendengarnya; 2. merasai, menginsafi, memikirkan, mengendahkan: beliau masih dirasakan penting utk memimpin Jabatan itu; utk memberikan nilai kpd sesuatu keindahan, seseorang mestilah faham dan dapat ~ keindahan itu; dan dirasakannya sekali bahawa tugasnya utk menjaga dirinya sudah semakin bertambah; 3. merasai, menderita: saya rasakan benar-benar kemesraan perhubungan kami; air matanya berderai menahan pedih yg dirasakannya;

terasa dapat dirasa(i), sudah dirasa(i), merasa (berasa) dgn tiba-tiba: penat membawa barang-barang itu semakin ~; ~ sekarang belanja kita berlebihan drpd biasa; akhirnya ~ senang juga hatinya;

terasakan terasa akan: dia ~ sesuatu yg memilukan hatinya;

kerasaan mendapat rasa, dapat dirasa;

perasaan 1. perihal merasa(i) dgn badan atau kulit dll, hasil atau perbuatan merasa dgn badan atau kulit dll: makanan yg lama tinggal dlm perut boleh menyebabkan sakit dan lain-lain ~ yg tidak menyenangkan; 2. perihal merasa(i) dlm hati atau batin, hasil atau perbuatan merasa dlm hati atau batin, sentimen: seorang gadis yg sangat halus ~nya; ~ kurang senang; tunjuk ~ perbuatan menyatakan bantahan beramai-ramai, demonstrasi; 3. kemampuan (kecekapan, kekuatan) utk merasa(i): seekor tikus menangkap mangsanya dgn ~; tajamkanlah ~, pelihatan, dan fikiran tatkala menghadapi musuh; 4. fikiran, pendapat, pertimbangan: bagaimana ~ tuan berkenaan dgn masalah ini?; ~ perkauman sentimen yg berdasarkan kaum;

berperasaan 1. ada atau mempunyai perasaan: orang yg tidak ~; mereka ~ mulia dan tinggi budi; 2. penuh dgn perasaan: pelukannya menjadi semakin kuat dan ~;

perasa 1. = alat ~ alat atau bahagian badan utk merasa(i); organ ~ lidah dll; 2. mudah (berasa): ia seorang tua ~ yg sering mengeluarkan air mata apabila berhadapan dgn anak-anak yatim; ~ angin lekas tersinggung; 3. benda yg memberi rasa (pd masakan dll); serbuk ~ serbuk yg dipakai utk menyedapkan rasa masakan;

berperasa mempunyai perasa (bkn makanan): biskut krim ~ buah-buahan.

rasai Mn; merasai, merasaikan selalu menderita (kesusahan dll), mengalami kesedihan: ~ kesengsaraan hidup;

perasaian perihal merasai(kan), penanggungan (kesedihan, kesusahan, dll): ia sudah dihanyutkan untung ~.

rasak Kd; merasak sesak; penuh ~ penuh sesak; asak, sesak.

rasam I sup berperisa kari yg berasal drpd Inggeris-India (dibuat dgn air rebusan daging).

rasam II adat, aturan, kebiasaan, sifat; ~ minyak ke minyak, ~ air ke air prb setiap orang mencari (pulang kpd) golongannya sendiri; tidak se~ (dgn) tidak sesuai (dgn).

rasamala raksamala.

rasan I rasam II.

rasan II ark; berasan bermesyuarat (dgn sulit atau antara dua orang sahaja);

perasanan permesyuaratan, perundingan.

rasan III resan.

rasan IV Mn basi: nasi sudah ~.

rasau = rasau-rasau sj tumbuhan (pokok yg bunganya harum), selensing, Pandanus helicopus.

rasdung resdung.

rase (rasé) Jw musang bulan.

rasi 1. sekumpulan bintang dlm zodiak (mintakulburuj) terbahagi kpd dua belas kumpulan (Akrab, Asad, Delu, Hamal, Hut, Jadi, Jauza, Kaus, Mizan, Sartan, Sunbulat, Saur); 2. ilmu melihat nasib (yg dianggap ada hubungan dgn bintang-bintang), ilmu perbintangan, ilmu bintang; tinggi ~ a) baik bintangnya, beruntung; b) bertuah, berbahagia, sakti; 3. = serasi (se)cocok, sepadan, sesuai: si Banu itu pun nampaknya memang ~ benar dgn kau; ubat yg ~;

merasi, merasikan 1. mengetahui jodoh orang dgn menilik bintang (mimpi dll); 2. meramalkan nasib orang dgn membuka kitab tib;

menyerasikan menjadikan serasi (secocok, sesuai): kedua-duanya perlu diselaraskan dan diserasikan;

keserasian perihal serasi (sepadan, secocok, sesuai);

perasian ilmu perbintangan utk membuat ramalan, nujum.

rasialis 1. bersifat atau bersikap perkauman; 2. orang yg menganut atau mengamalkan faham rasialisme.

rasialisme 1. layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya, mis satu kaum mendapat layanan yg lebih istimewa drpd kaum yg lain; 2. fahaman yg menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yg paling unggul.

rasian Mn mimpi (terutama yg memberi alamat);

berasian bermimpi;

merasian memimpikan.

rasional 1. alasan munasabah yg mendasari sesuatu tindakan, perbuatan, atau pegangan: apakah ~ kamu utk menolak permintaannya? 2. berdasarkan taakulan, menurut pertimbangan atau fikiran yg wajar, waras: di manakah ada kejadian atau fakta yg hanya dapat difahami secara ~?

merasionalkan menjadikan atau membuat sesuatu (sbg) rasional, menganggap rasional, menjadikan (supaya) bersifat rasional: kami berasa cukup payah untuk mencari sebab dan alasan utk ~ ketidakwujudan sukatan pelajaran tersebut; jika ia, bagaimana pula seseorang itu ~ dirinya dlm situasi begini?

kerasionalan sifat (keadaan) rasional: pengarang berhasil memaparkan kejujuran dan ~ watak Mahmud;

perasionalan proses merasionalkan sesuatu: ~ retorik.

rasionalis orang yg menganut fahaman rasionalisme.

rasionalisasi IB penghematan tenaga buruh dlm perusahaan dll dgn tujuan memperbanyak hasil: rencana pembangunan dan ~ dlm ketenteraan dan perindustrian menemui kesulitan-kesulitan dlm pelaksanaannya;

merasionalisasikan mengatur perusahaan dll dgn menghematkan tenaga supaya memperoleh hasil yg setinggi-tingginya.

rasionalisme fahaman bahawa taakulan adalah asas yg paling baik dlm melakukan sesuatu tindakan, menyelesaikan masalah, dsb.
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   20


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət