Ana səhifə

R II id kep Raden ra kep radiallahuanhu: Sayidina Umar al-Khatab ~. ra


Yüklə 0.78 Mb.
səhifə18/20
tarix26.06.2016
ölçüsü0.78 Mb.
1   ...   12   13   14   15   16   17   18   19   20

berugi, merugi menanggung rugi: siapa pula lagi yg akan ingat kepadaku, akan suka berugi-rugi sebanyak ini; siapa yg mahu ~?; tak mahu ~ (merugi) tidak mahu mengeluarkan wang (tenaga dll) dgn cuma-cuma; apa guna ~ apa guna bersusah payah (mengeluarkan belanja dll);

merugikan 1. menjadikan rugi, mendatangkan rugi (kpd): pemogokan kereta api yg berjalan selama tiga bulan telah ~ perusahaan itu berpuluh-puluh juta ringgit; berjuta-juta ringgit hasil petani telah dirugikan oleh sistem padi kunca; 2. sengaja menjual lebih rendah drpd harga pokok, sengaja merugi: kerana menerima cengkeram, petani-petani kita ~ hasil pertanian mereka; 3. membawa akibat dll yg kurang baik (kpd): dirasainya tidaklah ~ kiranya ia terus belajar di sekolah malam; aku tidak sekali-kali berniat hendak ~ hidupmu;

kerugian 1. mengalami (menanggung, menderita) rugi: dlm masa enam bulan sahaja perniagaannya ~ sejumlah RM100 000; apa pun dasar yg dijalankan, kitalah juga yg ~ besar; 2. banyaknya atau jumlah perolehan yg kurang apabila dibandingkan dgn modal yg telah dibelanjakan, lwn keuntungan, rugi: berapa besar ~nya? 3. sesuatu yg merugikan (spt kerosakan dll): besarlah ~ yg akan menimpa mereka.

ruhban Ar pertapa laki-laki (Roman Katolik).

ruhbanat Ar pertapa wanita (Roman Katolik).

ruhulkudus 1. Jibrail; 2. Id (Kristian) roh suci, (diri ketiga dlm keesaan Tuhan, mengikut ajaran Kristian).

ruing sj alat utk menggulung benang yg pertama pd alat tenun;

meruing menggulung benang pd ruing.

ruit bengkok spt kait;

teruit tersangkut (kaki, tanduk, dll).

rujah; merujah merodok (menikam, menusuk) hala ke bawah.

ruji I sl makanan harian yg utama (nasi dll): beras ~; tanaman ~ tanaman bahan-bahan makanan yg utama.

ruji II = ruji-ruji 1. kisi-kisi, terali; 2. jari-jari roda, anak jentera, kasau pd payung; 3. (Bio) kumpulan sel yg mengunjur spt jejari dlm xilem dan floem tumbuhan.

rujuk Ar 1. kembali (kahwin) dgn isteri yg sudah diceraikan mengikut syarat-syarat tertentu; 2. ki kembali kpd kedudukan atau pendirian yg asal (sebelum drpd itu): ia tidak mengharapkan pemimpin-pemimpin itu datang menemuinya dan memujuk supaya ia ~ kembali;

merujuk 1. = merujuki berkahwin kembali dgn isteri yg sudah diceraikan: hatinya bertanya kalau Mahani diceraikan apakah Rusilah akan mahu dirujukinya? 2. melihat utk meneliti, melihat lebih lanjut: calon-calon hendaklah ~ kpd risalah-risalah panduan; jika hendak mengetahui segala lapangan hisab, hendaklah dirujuk kpd karya Euler;

merujukkan mengemukakan utk dikaji, memanjangkan (kpd): beliau menganjurkan supaya rang undang-undang itu dirujukkan kpd jawatankuasa pilihan; hakim besar ~ semula perkara itu kpd mahkamah rendah;

rujukan keterangan lanjutan mengenai sesuatu perkara (buku dll), sumber utk dirujuk: buku itu menjadi ~ dlm lapangan ilmu ekonomi; buku ~ buku utk mendapat keterangan yg lebih lanjut;

perujukan perihal atau perbuatan merujuk atau merujukkan;

perujuk orang atau tempat yg dirujuk utk mendapatkan sesuatu maklumat (keterangan dsb) tentang sesuatu.

rujuk silang catatan (kata atau tanda) yg mengarahkan perhatian pembaca dr suatu tempat ke tempat lain dlm sesebuah buku, fail dsb utk keterangan atau maklumat selanjutnya: mungkin ~ ini digunakan kerana masalah ejaan; satu lagi kelemahan kamus itu ialah terdapatnya terlalu banyak ~;

merujuk silang merujuk drpd satu kata atau bahagian buku (makalah, rencana dsb) kpd satu kata atau bahagian buku (makalah, rencana dsb) yg lain: pemilihan kata dibuat secara ~ kpd kata yg menjadi komponen makna yg lain;

merujuksilangkan merujukkan sesuatu (kata, bahagian buku dsb) kpd sesuatu (kata, bahagian buku dsb) yg lain dgn menggunakan kata atau tanda: setiap entri haruslah dirujuksilangkan dgn entri lain yg bersinonim dengannya.

rukah Kl; merukah memanjat rumah dll (oleh pencuri, budak nakal, dll).

rukam; ~ air sj tumbuhan (pokok renek), kasip keludut, Erismanthus obliqua; ~ babi sj tumbuhan (pokok), bunga tanjung hutan, selimber, Homalium longiflorum; ~ gajah = ~ hutan = ~ putih sj tumbuhan (pokok kecil), pokok damak-damak hutan, Scolopia rhinanthera; ~ laut sj tumbuhan (pokok renek), bedara laut, Ximenia americana; ~ padang sj tumbuhan (pokok kecil atau renek), medang kundur, Litsea ujongensis; pokok ~ putih sj tumbuhan (pokok renek), Scleropyrum maingayi.

rukas Kl rukah.

rukhsah Ar kelonggaran ketetapan hukum syarak kerana darurat (spt memakan bangkai, memendekkan sembahyang dlm perjalanan, meninggalkan puasa ketika sakit).

rukiah, rukiat Ar segala yg berhubungan dgn guna-guna (sihir dll).

ruku I; ~ gajah sj tumbuhan (rumpai), Vernonia patula; ~ hutan a) sj tumbuhan (herba), kumis kucing; b) sj tumbuhan (herba), rumput kucing-kucing (talah), Adenosma capitatum.

ruku II; meruku berbunyi (burung tekukur).

rukuk Ar 1. membongkokkan badan dlm sembahyang (dgn tangan ditekankan ke lutut sehingga paras belakang dan kepala sama rata); 2. membongkok;

merukuk = duduk ~ (duduk) membongkok (menunduk) dlm keadaan rukuk.

rukun I Ar 1. = ~ Islam = ~ agama dasar atau tiang agama Islam (syahadat, sembahyang fardu, zakat, puasa Ramadan, dan mengerjakan haji); menunaikan ~ yg kelima mengerjakan ibadat haji; 2. dasar, tiang, asas, sendi: negara yg mengamalkan ~-~ demokrasi; 3. sesuatu yg diharuskan, syarat: seseorang yg hendak membuka kedai runcit perlu mempunyai tiga syarat atau ~ spt yg dinyatakan di bawah ini;

~ fikli rukun yg berupa perbuatan dlm ibadat (rukuk dan sujud dlm sembahyang, tawaf dlm ibadat haji, dll); ~ hidup syarat hidup; ~ iman percaya akan Allah (malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-Nya, hari kiamat, dan untung baik dan buruk drpd Allah); R~ Negara falsafah negara Malaysia yg mendukung lima prinsip penting, iaitu kepercayaan kpd Tuhan, kesetiaan kpd raja dan negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, serta kesopanan dan kesusilaan; ~ syarak asas dan hukum agama Islam; ~ syarat Mn sesuatu yg harus diadakan mengikut adat.

rukun II 1. tenang dan tenteram, aman (perhubungan, persahabatan, dll), tidak bertengkar dll: ia ingin kembali hidup ~ dgn isterinya; hidup ~ damai dlm masyarakat berbilang bangsa di Malaysia; 2. bersatu hati, bersepakat, berseia dan bersekata: ingin memberikan sumbangan kita supaya semua bangsa di dunia ini hidup ~; 3. persatuan yg bertujuan utk bantu-membantu; ~ kampung Id persatuan penduduk kampung; ~ tani Id persatuan kaum tani; ~ tetangga Id persatuan antara orang-orang yg berjiran (bahagian drpd rukun kampung);

merukunkan 1. menyebabkan damai (aman dll), mendamaikan: siapa yg dapat ~ dua beradik yg berselisih itu? 2. menjadikan bersatu hati (bersepakat dll), menjadikan bersepakat: penduduk tempat itu tidak dapat dirukunkan dgn cakap-cakap biasa sahaja tetapi harus dgn usaha-usaha yg positif drpd kerajaan;

kerukunan 1. perihal hidup rukun, kesepakatan: ~ hidup dlm masyarakat; 2. perasaan rukun (bersatu hati).

ruku-ruku 1. sj tumbuhan (rumpai), pokok kemangi, selasih hutan, Hyptis suaveolens; 2. = ~ hutan sj tumbuhan (herba), kemangi, selasih, selasih antan (hitam, jantan, putih), Ocimum basilicum; ~ hitam sj tumbuhan (pokok renek), selasih besar (cina, jambi, mekah), Ocimum gratissimum; ~ jantan sj tumbuhan (herba), Hemigraphis confinis.

rukyah Ar 1. pelihatan, pandangan; 2. = rukyatulhilal melihat anak bulan utk menentukan permulaan Ramadan (Syawal dan Zulhijah); ahli ~ orang yg menganut hukum wajib berpuasa dgn melihat anak bulan (lwn ahli nisab yg menentukan permulaan puasa menurut perhitungan); tanda ~ alamat dgn memukul gendang raya dll utk mengumumkan nampaknya anak bulan.

rul bp; kayu ~ kayu pembaris (penggaris).

rulus; kayu ~ sj tumbuhan (pokok besar), ludai (pelanduk), mayang, Sapium baccatum.

rum I IB lemak kentalan air susu, kepala susu; ~ gula campuran susu (mentega) dgn gula.

rum II minuman keras yg diperoleh drpd sulingan air tebu yg ditapaikan.

Rum. kep rumah.

rumah I 1. binaan utk tempat tinggal; ahli (orang) ~ a) isteri; b) ahli keluarga yg tinggal di rumah; anjung ~ bahagian depan rumah yg menganjur; elaun ~ elaun sewa rumah utk pegawai; nyonya ~ Id isteri; perkakas ~ a) bahan utk membuat rumah; b) perabot; tuan ~ pemilik rumah; 2. (biasanya dipakai apabila memberi nama kpd sesuatu bangunan dgn erti) bangunan, gedung: R~ Persekutuan; 3. ki pasukan atau kumpulan dlm olahraga (di sekolah dll): sebuah sekolah selalunya dibahagikan kpd empat ~ dan ~-~ itu diberi nama warna misalnya ~ merah, ~ biru, dll; 4. = ~ angka bahagian dlm susunan angka, ruang, kolum: ~ se; ~ puluh; ~ ratus;

~ adat balairung; ~ Allah a) bangunan khas tempat umat Islam mengerjakan solat dan ibadat-ibadat lain, iaitu masjid dan surau; b) Kaabah; ~ api menara api (mercu suar); ~ asap bangunan atau tempat khas utk mengeringkan atau mengawet sesuatu (spt getah, tembakau, ikan dsb) dgn mengasapinya; ~ bandar a) rumah bertingkat yg sama bentuknya dan dibina bercantum dlm satu deretan, biasanya setiap tingkat merupakan satu unit rumah; b) rumah teres satu atau dua setengah tingkat yg kelihatan tinggi dan agak sempit, terletak di kawasan bandar atau pinggir bandar, bereka bentuk moden, biasanya mempunyai anjung kereta di tingkat bawah serta ruang tamu di tingkat satu; ~ batu rumah yg berdinding batu-bata; ~ berhala kuil (tempat memuja berhala); ~ besar a) rumah yg besar; b) rumah yg pokok (sbg ibu atau induk); ~ bicara Id bangunan tempat bermesyuarat; ~ bola Id rumah tempat bermain biliard, rumah kelab; ~ butang (kancing) lubang tempat memasukkan butang (buah kancing) baju; ~ dansa Id rumah tempat berdansa (menari), kabaret; ~ dapur bahagian rumah yg di belakang (tempat memasak); ~ gadai (pajak) rumah tempat menggadaikan barang-barang; ~ gedang Mn rumah ibu (induk) sbg tempat tinggal kaum keluarga; ~ gila rumah tempat merawat orang gila; ~ hantu tempat pertemuan ahli persatuan Freemason; ~ haram rumah yg didirikan tanpa kebenaran pihak yg berkuasa (tuan punya tanah dll); ~ hijau rumah kaca; ~ ibadat (ibadah) rumah tempat beribadat (masjid, gereja, kuil); ~ ibu bahagian yg utama rumah Melayu, rumah induk, rumah gedang; ~ instansi Id rumah utk pegawai kerajaan; ~ jaga pondok tempat berkawal (tempat pengawal berteduh), gardu; ~ judi tempat berjudi, petopan; ~ kaca bangunan khas yg bumbung dan dindingnya drpd kaca, digunakan utk melindungi tanaman tertentu dlm keadaan yg terkawal; ~ kampung bp (biasanya) rumah yg diperbuat drpd kayu yg berlantai tinggi dan beratapkan rumbia (nipah dll); ~ kedai rumah dan kedai sekali (biasanya rumah deret di bandar), bangunan utk kedai; ~ kembar rumah yg dua serangkai (sebandung); ~ kilat bp rumah haram yg didirikan dgn cepat (biasanya pd waktu malam); ~ kit tempat menghisap candu; ~ komedi Id panggung sandiwara; ~ kutai sj rumah tradisional Melayu Perak; ~ ladang tempat kediaman yg didirikan di kawasan ladang yg mengusahakan tanaman atau ternakan, biasanya secara komersial; ~ lelang Id rumah tempat melelong barang-barang; ~ liar bp rumah haram; ~ limas = ~ bumbung lima rumah yg mempunyai lima tulang bumbung (satu ruang atau bilik menganjung ke hadapan); ~ loteng (berloteng) rumah yg bertingkat; ~ makan kedai tempat makan; ~ minum kedai tempat minum (menjual minuman); ~ miskin rumah tempat merawat orang miskin; ~ monyet rumah jaga (gardu kecil); ~ murah rumah yg murah harganya (dibangunkan oleh kerajaan utk dijual kpd orang ramai yg berpendapatan rendah); ~ panggung rumah yg tinggi lantainya; ~ pangsa rumah yg bertingkat-tingkat dan berpetak-petak (tempat kediaman banyak keluarga); ~ panjang a) rumah kediaman orang Iban, Bidayuh dsb di Borneo; b) rumah pelacuran; ~ pasang siap rumah yg dibina dgn beberapa bahagiannya telah tersedia utk dipasang dan disiapkan di tapak binaan; ~ pasung a) balai polis; b) rumah tempat menahan orang salah; ~ pelacuran rumah tempat sundal; ~ penginapan (pemalaman ark) rumah tempat bermalam (hotel, motel, dll); ~ penjelasan (Eko) a) pusat pertukaran cek antara bank utk tujuan menjelaskan cek; b) pusat yg menguruskan penjelasan bagi urus niaga yg dijalankan di pasaran sekuriti atau komoditi; ~ perdeo (perai) Id, bp penjara; ~ perhentian rumah tempat berhenti (berehat, bermalam, biasanya kepunyaan kerajaan); ~ pesanggarahan Id = ~ persinggahan rumah perhentian; ~ petak rumah deret; ~ piatu rumah yg menempatkan anak-anak yatim piatu; ~ potong = ~ sembelih tempat menyembelih (lembu, kerbau, dll), pembantaian, pejagalan; R~ Putih nama bangunan tempat kediaman Presiden Amerika Syarikat; ~ rehat bangunan (yg disediakan oleh kerajaan) yg memberi kemudahan penginapan (spt hotel) terutamanya utk kakitangan kerajaan; ~ sakit tempat merawat orang sakit, hospital; ~ setinggan rumah yg didirikan di atas tanah kerajaan (orang lain) secara haram atau tanpa kebenaran, biasanya di kawasan bandar dan tidak sempurna kemudahan asasnya; ~ sewa rumah utk disewakan; ~ siput kulit siput; ~ tanaman rumah kaca; ~ tengah bahagian rumah Melayu yg di tengah; ~ terbuka majlis makan dan ramah mesra di rumah seseorang yg terbuka kpd sahabat handai dsb (biasanya semasa musim perayaan, spt perayaan Aidilfitri); ~ teres rumah yg dibina yg satu di sisi yg lain (sehingga menjadi deretan yg terdiri drpd beberapa buah atau unit rumah); ~ tetamu rumah yg memberi penginapan; ~ tumpangan rumah tempat menumpang makan dan tidur, hotel kecil (lazimnya menyediakan penginapan pd kadar murah); ~ turutan rumah samping (bukan rumah induk); ~ ubat Id kedai tempat menjual ubat-ubatan; ~ urut a) rumah tempat berurut; b) rumah pelacuran;

~ buruk disapu cat prb orang tua yg suka bersolek; ~ gedang ketirisan prb perihal seorang perempuan yg kurang membawa bahagia kpd suami; ~ gedang bersendi perak prb orang bangsawan dan kaya pula; ~ sudah, tukul (pahat) berbunyi prb mengemukakan pendapat dll sesudah perkara diputuskan; dalam ~ membuat ~ prb mencari keuntungan utk diri sendiri ketika bekerja dgn orang lain; diseluduki bawah ~ orang berluluk kepala = masuk ke bawah ~ orang kotor kepala prb kalau tinggal di tempat orang tentu diisi adat lembaganya atau kalau beristeri ke sebuah rumah, tentu ditanggung susah senang dll di rumah itu; memperlihatkan ~ buruk kpd orang maling prb mempertontonkan rahsia sendiri kpd orang; tiada berorang di ~ prb perihal seorang perempuan yg belum pernah bersuami tetapi bukan gadis lagi;

serumah 1. seisi rumah, seluruh rumah; 2. tinggal dlm satu rumah: kedua-dua perempuan itu hiduplah ~, seorang di atas loteng dan seorang di bawah; 3. sudah kahwin (beristeri atau bersuami);

menyerumahkan meletakkan (menaruhkan) dlm satu rumah: apakah dia akan diserumahkan dgn madunya?

rumah-rumah 1. banyak rumah; 2. = rumah-rumahan sesuatu yg menyerupai rumah atau boleh disamakan dgn rumah, tiruan drpd rumah;

berumah 1. mempunyai (memiliki) rumah: seorang muda yg berkedudukan tinggi, berbudi bahasa, dan ~ besar; 2. = ~ tinggal diam (tinggal) di: ia lebih suka ~ di Ulu Langat; 3. = berumah tangga; bagai ~ di tepi tebing prb selalu tidak aman hatinya (selalu keluh-kesah dll);

berumahkan menjadikan sbg rumah: orang Arab yg hidup ~ khemah yg dibuat drpd kulit unta;

memperumahkan mengahwinkan (memperisterikan, mempersuamikan): lebih lekas anakanda diperumahkan lebih elok;

perumahan 1. kumpulan rumah, rumah-rumah tempat tinggal: Petaling Jaya sebuah kota kecil ~ dan perusahaan; syarikat ~ syarikat yg mendirikan rumah-rumah (utk ahli-ahli atau utk dijual); 2. perihal pengurusan tempat tinggal (rumah): masalah ~ sedikit sebanyaknya sudah dapat diatasi dgn pembinaan rumah-rumah pangsa; pejabat ~ pejabat yg mengurus rumah pegawai kerajaan; 3. tanah kosong (tapak) utk mendirikan rumah: kawasan ~ baharu di Kampung Tunku; 4. = perumah kayu tempat mata ketam (serut); 5. Mn ark pendirian, maksud: ~mu sudah jelas kini;

perumah (Bio) tumbuhan atau haiwan yg digunakan oleh parasit sbg tempat tinggalnya, serta sbg sumber makanan dan perlindungan.

rumah II; ~ langsuyar sj tumbuhan (paku-pakis), daun samun, paku pandan, selimber, Neottopteris nidus.

rumah tangga perihal rumah dan kehidupan dlm rumah, rumah dgn keluarga yg mendiaminya;

berumah tangga 1. mengurus rumah tangga, berkeluarga: pendapatan dan umurnya sudah cukup utk dia ~; 2. berkahwin (beristeri atau bersuami): sebelum aku mati mahulah aku melihat engkau ~ dulu.

rumal ark sapu tangan, ramal.

Rumawi berkaitan dgn kebudayaan, bahasa, politik dsb dr kerajaan Rom Kuno;

hukum ~ hukum yg dipakai oleh bangsa Rom (Roman atau Itali zaman dahulu); huruf ~ huruf Rumi, huruf Roman, huruf Latin.

rumba 1. sj tarian yg berasal dr Cuba, biasanya ditarikan di dewan tari menari; 2. muzik yg dimainkan utk mengiringi tarian 1. di atas: muzik ~.

rumbah berbagai-bagai daun mentah yg dimakan bersama-sama dgn nasi, lalap, ulam.

rumbai I jumbai;

berumbai-rumbai bergantungan hujungnya, berjumbai-jumbai;

berumbai-rumbaikan berjumbai-jumbai dgn: ~ mutiara dikarang.

rumbai II = ~ latah sj tumbuhan (rumpai), sediang air, Scirpodendron ghaeri.

rumbia sj tumbuhan (palma yg menghasilkan sagu, dan daunnya dibuat atap), sagu, Metroxylon spp.; atap ~ atap yg diperbuat drpd daun rumbia.

rumbing Mn sumbing, sempak: pisau saya ~ .

rumbu I ark sj bubu.

rumbu II 1. tidak tentu hala, tidak senonoh (kelakuan); 2. rambu: budak ini ~ sangat;

merumbu 1. berlaku tidak senonoh; 2. berjalan ke mana-mana, berkeliaran, merambu.

rumbu III; merumbu penuh melimpah (cairan dll).

rumbun; merumbun, merumbunkan; ~ api menyorongkan kayu ke dlm api (utk memarakkan api).

rumbung-rumbung sj ikan laut, Lutianus lutianus.

rumen (rumén) (Bio) ruang pertama perut binatang ruminan yg menyimpan makanan yg separuh cerna buat sementara waktu sebelum diluahkan balik ke dlm mulut utk dikunyah sehingga lumat.

rumenia  rumia.

Rumi = huruf ~ abjad dlm bahasa Melayu dan bahasa moden yg lain yg bermula dgn A dan berakhir dgn Z, yg berasal dr kerajaan Rom Kuno, huruf Rumawi, huruf Roman, huruf Latin;

merumikan menyalin (menulis) ke dlm tulisan Rumi;

perumian perihal merumikan (tulisan): ~ dan pencetakan semula buku ini ialah satu langkah yg patut dipuji.

rumia sj tumbuhan (pokok yg buahnya boleh dimakan), remenia, Bouea macrophylla.

rumiah  rumia.

rumin Mn; tali ~ tali rami; benang ~ benang rami.

ruminan (Bio) haiwan spt lembu, kambing dan rusa yg mengeluarkan balik makanan yg separuh cerna dr perut utk dikunyah semula.

rumi-rumi sj ikan laut, lumi-lumi, Echineis naucrates.

rumit Mn tidak mudah, sukar, sulit, susah: kami menghadapi persoalan beras yg ~; kalau jadi begitu, ~ pula hidup mereka anak-beranak kerana tiada pekerjaan; dlm ~ sedang hamil;

merumitkan menyukarkan, menyulitkan, menyusahkan: kalau dirinya sakit, keadaan lebih ~ lagi, dia tidak dapat pergi ke laut; perkara cadangan di luar negeri itu akan ~ perjalanan Bank Negara;

kerumitan perihal rumit, kesukaran, kesulitan, kesusahan: ~ yg besar kpd pekedai ialah memungut hutang.

rumpai rumput dan tumbuh-tumbuhan kecil lain yg tidak berguna di kawasan yg telah diusahakan; ~ laut tumbuhan berwarna hijau, perang atau merah gelap yg hidup di dlm laut, atau di atas batuan yg terendam di pinggir laut.

rumpair sj tumbuhan di air (laut), rumpai air, alga.

rumpang Mn 1. berselang-selang (bersela-sela) sebab luruh gigi, ompong, rongak; 2. berselang-selang (pagar dll), rongak: pagar yg ~ ; 3. antara (waktu), sela: selama ia masih dlm perjalanan, tidak akan ~nya aku berpuasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis.

rumpil Jw sukar dijalani (ditempuh), sulit, susah.

rumpun 1. kumpulan tumbuhan yg seolah-olah mempunyai akar yg sama (kerana tumbuh anak-beranak), perdu: ~ buluh, ~ padi; 2. ki perindukan (orang-orang yg seketurunan, mempunyai nenek moyang yg sama), segolongan besar bangsa (bahasa) yg sama asal dan jenisnya, golongan yg sejenis (karya kesusasteraan): ~ bangsa Mongol; bahasa Melayu dan bahasa Jawa termasuk dlm satu ~ bahasa; ~ cerita rakyat; 3. = ~ telinga lekuk daun telinga; 4. ikatan, rangkaian;

alah di ~ betung prb, Mn kekalahan yg tidak memuaskan orang (pihak yg kalah); tak jauh rebung di ~nya prb perihal perangai anak yg tidak berbeza drpd orang tuanya;

serumpun 1. satu rumpun, satu perdu yg banyak pokoknya: ~ buluh; 2. segolongan bangsa (bahasa dll) yg sama jenisnya, seperindukan: bangsa yg ~ dgn bangsa Mongolia; 3. setangkai, seikat (buah-buahan, bunga, dll): ~ bunga semarak api;

~ bagai serai, selubang (seliang) bagai tebu prb bersatu hati dlm segala hal; tebas buluh ~ prb perihal merosakkan seluruh kaum kerabat (kerana perbuatan yg tidak baik);
1   ...   12   13   14   15   16   17   18   19   20


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət