Ana səhifə

R II id kep Raden ra kep radiallahuanhu: Sayidina Umar al-Khatab ~. ra


Yüklə 0.78 Mb.
səhifə16/20
tarix26.06.2016
ölçüsü0.78 Mb.
1   ...   12   13   14   15   16   17   18   19   20

merobekkan mengoyakkan.

roboh 1. jatuh ke bawah kerana rosak (rumah, jambatan, tembok, dll), runtuh: rumah-rumah yg tinggal ini habislah ~ dan pecah-pecah; 2. tumbang, rebah (pokok dll); 3. ki jatuh atau runtuh (negara, kekuasaan, dll); 4. ki luntur (iman, pendirian, keyakinan, dll), berkurang;

merobohkan 1. meruntuhkan (rumah, tembok, dll); 2. menumbangkan, merebahkan (pokok dll); 3. menjatuhkan (pemerintahan, kekuasaan, dll); 4. membinasakan, melunturkan (iman, pendirian, harapan, dll);

robohan sisa-sisa rumah (bangunan dll) yg runtuh, runtuhan: madrasah tersebut dibina di atas ~ madrasah yg lama;

kerobohan perihal atau keadaan roboh, keruntuhan: berita ~ benteng pertahanan medan perang kedua Melayu di Pagoh diterima dgn rasa terkejut dan penuh dukacita oleh Tun Biajid;

perobohan perihal atau perbuatan merobohkan.

robok I ark; merobok membual-bual dan berbunyi (botol kosong dibenamkan dlm air).

robok II; merobok makan di dlm sahaja di luar tidak nampak (penyakit dll).

robot I Jk; merobot berbunyi berdetus (spt senapang, mercun, dll).

robot II 1. mesin automatik yg diprogramkan utk bergerak dan melakukan sesetengah kerja bagaikan seorang manusia; 2. ki orang yg melakukan sesuatu tanpa fikiran dan perasaan bagaikan sebuah mesin;

merobotkan menjadikan berfungsi (bekerja dsb) spt robot: apakah ini merupakan suatu usaha ke arah ~ manusia?

robotik bidang sains yg berkaitan dgn reka bentuk, pembuatan, penggunaan dsb robot.

rocah kotor, tidak bersih.

rocet (rocét) (Sunda) kacau, tidak keruan.

rock  rok.

rocoh; merocoh menjolok (dgn galah, tongkat, dll).

rod I ukuran panjang yg bersamaan dgn 161/2 kaki atau 51/2 ela atau 5.03 meter, pol.

rod II batang (kayu dll) yg lurus bulat.

roda benda yg bulat (biasanya berjari-jari): ~ basikal; ~ kereta lembu;

~ angin = ~ dua Id, basikal; ~ (ber)gigi roda yg bergerigi; ~ canai roda utk mencanai (mengasah) sesuatu; ~ gendeng Id, bp roda yg menggerakkan mesin; ~ kapal baling-baling kapal; ~ pandu roda (alat) utk memandu (kereta dll); ~ penghidupan pertukaran keadaan (nasib dll) dlm kehidupan; ~ tangan roda yg digerakkan dgn tangan; ~ tiga a) basikal beroda tiga; b) beca; untung sbg ~ pedati prb nasib manusia berubah-ubah (yg miskin menjadi kaya, yg kaya menjadi miskin);

beroda memakai roda, ada rodanya.

rodak; merodak berbunyi spt tikus dlm peti, menggerodak.

rodan sl terlalu (sangat) sakit.

rodat sj tarian yg ditarikan oleh lelaki dan perempuan yg nyanyiannya (Arab) diiringi dgn rebana.

rodek (rodék) Kd menjolok (merodok) sesuatu dgn menggunakan kayu yg panjang.

rodensia (rodénsia) (Bio) binatang mamalia kecil, spt tikus, arnab dan tupai, yg mempunyai gigi depan yg tajam dan kuat utk mengunggis makanan dsb.

rodeo (rodéo) pertandingan atau pertunjukan kemahiran menunggang kuda liar, menali lembu dsb.

rodi 1. perintah; 2. kerja wajib (mengusahakan tanah, membuat jalan, dll) dgn tidak mendapat upah; orang ~ orang yg diwajibkan mengerjakan rodi; pekerjaan ~ pekerjaan yg wajib dilakukan (dgn tidak mendapat upah);

berodi melakukan rodi; orang ~ orang rodi; ordi.

rodium (Kim) sj unsur logam yg digunakan utk membuat aloi, barang kemas, dll.

rodok I; merodok 1. mencucuk (menikam) ke depan atau ke atas, menusuk: dirodoknya habis serata kandang-kandang babi dan rumah-rumah dgn tongkat besi; 2. bk bersetubuh.

rodok II; merodok 1. Mn berlari dgn leher terjulur (spt angsa menyudu); 2. melakukan sesuatu dgn tidak berfikir panjang, membabi buta.

rodong I 1. erat (persahabatan dll), karib; sahabat ~ a) sahabat baik; b) kawan dlm perjalanan; 2. Ph teman hidup (suami, isteri); 3. Ph kawan, rakan;

merodongkan bertemu dgn tiba-tiba, terserempak dgn;

merodong; mengeratkan (persahabatan dll).

rodong II ark; merodong 1. mengembara; 2. menarung, melanggar (batu dll), merempuh (hutan, duri, dll), berjalan membabi buta.

rodopsin (Bio) pigmen mata vertebrat yg peka terhadap cahaya merah, yg diperlukan utk pelihatan dlm cahaya malap.

roentgenografi radiografi.

rogo rogoh.

rogoh; merogoh 1. menyelukkan tangan ke dlm saku dll utk mengambil sesuatu: ia ~ sakunya utk mengambil wang pembayaran beca itu; 2. mengeluarkan sesuatu dgn memasukkan tangan ke dlm saku dll: ~ rokok dr kantungnya; 3. menyeluk poket, mencopet.

rogok Jk; merogok merodok, menjolok.

rogol perbuatan memperkosa atau mencabul kehormatan perempuan: berlakulah perkara-perkara sumbang spt ~ dan zina;

merogol memperkosa atau mencabul kehormatan perempuan: kesalahan spt menipu, ~, dsb adalah menjadi kesalahan jenayah;

perogolan perbuatan merogol: akibatnya berlakulah kejadian dahsyat spt membunuh dan ~;

perogol orang yg merogol; ~ bersiri orang yg merogol beberapa orang perempuan, seorang demi seorang dlm kejadian yg berurutan.

roh Ar 1. yg dihembuskan Allah SWT ke dlm badan manusia dan hiduplah ia: semua mendoakan ~nya dirahmati Allah; ~ al-Kudus gelaran yg diberikan kpd malaikat Jibrail; 2. ki semangat, jiwa: hukum yg benar-benar tepat dan sesuai dgn ~ Islam.

rohani Ar 1. roh; 2. bkn dgn roh, rohaniah: falsafah kebendaan yg tidak mengakui ketuhanan, ~, dan perkara-perkara yg lain drpd kebendaan; 3. batin, yg berkaitan dgn jiwa, lwn jasmani: apakah sebenarnya yg hendak dikejar, kepuasan ~ atau kepuasan jasmani?

kerohanian perihal rohani, sifat-sifat rohani, rohaniah: kebatinan dan ~ juga harus masuk hitungan setiap penilaian.

rohaniah Ar 1. bkn dgn roh, rohani: secara ~, manusia itu bebas; 2. kerohanian: nilai-nilai hidup ~.

rohaniwan Id (Roman Katolik) orang yg telah membuang atau meninggalkan kebendaan (paderi dll).

rohmat ark rahmat.

rohok Kl, Tr; borohok bekerja kuat, bersusah payah.

roi Id; garis ~ garis sempadan jalan, sempadan tempat boleh atau tidak boleh didirikan rumah dll di atas sebidang tanah.

rojak I 1. sj makanan drpd buah-buahan mentah dan sayur-sayuran campur yg berkuah: ~ manis; ~ ulek; 2. bp sesuatu yg bercampur aduk: eh, ini majalah ~!

rojak II; merojak menumbuk (sirih);

perojak; ~ sirih penumbuk sirih, gobek.

rojoh Kd jolok.

rojol; merojol menyembul, menonjol keluar (drpd jendela, lubang, dll).

rok I muzik yg mempunyai rentak yg kuat (selalunya dimainkan dan dinyanyikan oleh sekumpulan pemuzik, diiringi dgn gitar elektrik dan dram).

rok II IB sj baju perempuan (cara Barat), gaun.

rok III Kl, Tr belukar.

rok IV Kl, Tr larat, upaya: barang itu terlalu berat, aku tak ~ memikulnya.

roket (rokét) 1. sj pesawat berbentuk silinder yg dilancarkan dgn ledakan; 2. sj senjata (peluru) yg dilancarkan dgn ledakan.

roki IB sj baju laki-laki cara Eropah.

rokok I tembakau yg digulung dlm daun nipah (kertas dll): menghisap ~;

~ daun = ~ nipah = ~ pucuk rokok yg pembalutnya drpd pucuk enau; ~ keretek Id rokok yg tembakaunya dibubuh cengkih; daun ~ pucuk nipah yg dikeringkan utk pembalut rokok; duit (wang) ~ duit sirih, pemberian, upah;

merokok menghisap rokok: ia seorang yg tidak ~ dan tidak minum minuman keras;

perokok (orang yg) banyak atau kuat menghisap rokok.

rokok II sj ikan laut, Pomadasys maculatus.

rol I IB tugas tertentu (dlm kerja, lakonan, dll), peranan: memegang ~ utama.

rol II 1. gulung: satu ~ filem; 2. IB kayu (besi dll) yg berbentuk bulat panjang utk menggiling (menindih, menggaris, dll).

rolet (rolét) sj permainan judi yg menggunakan sebiji bola kecil yg diputarkan di atas roda mendatar yg bergerak dan mempunyai beberapa lubang bernombor.

Rom 1. = negeri ~ sl Byzantium (Istanbul), Turki; 2. ibu negeri Itali.

roma = bulu ~ bulu-bulu yg halus pd badan; liang (lubang) ~ lubang seni pd kulit; tegak (berdiri) bulu ~ seram, ketakutan; tak boleh bertemu ~ prb selalu bertelingkah;

seroma; ~ dgn semacam (dgn), serupa (dgn).

roman I = peroman ark rupa (muka), paras: lincah benar matanya dan segar sekali ~ mukanya;

seroman serupa (dgn).

roman II = cerita ~ 1. = buku ~ cerita panjang yg ditulis dlm bentuk prosa, novel: ~ ini dikarang oleh Tuan Hamka sebelum Perang Dunia Kedua meletus; ~ kodian (picisan) roman yg sangat rendah nilai sasteranya; ~ masyarakat roman yg menceritakan hal-hal masyarakat; ~ sejarah roman yg berasaskan sejarah; 2. bp percintaan, romen.

roman III tangkai padi; penyapu ~ sj penyapu yg dibuat drpd tangkai padi dll.

Roman IV ark; huruf ~ huruf Rumi.

romantik 1. memberikan suasana (gambaran dsb) spt yg terdapat dlm cerita roman (percintaan dll); 2. memperlihatkan suasana yg penuh kasih sayang, keindahan, kemesraan, dsb spt dlm alam percintaan: alangkah ~nya pemandangan di sini.

romantikus IB orang atau golongan yg beraliran romantik.

romantis berkaitan dgn percintaan dan keindahan dll, romantik: alam dan suasana di taman itu begitu ~ .

romantisisme aliran sastera dan seni di Eropah pd hujung abad ke-18 hingga awal abad ke-19 yg mengutamakan perasaan dan keindahan dan kebebasan melahirkan perasaan dan isi hati individu.

romba tanda utk menandakan kawasan yg akan didirikan jermal (belat dll).

rombak terbongkar, terurai: jahitannya buruk dan berkedut kerana selalu kena ~;

merombak 1. membongkar, memecahkan, merosakkan: rumah-rumah yg buruk telah dirombak beransur-ansur; ~ adat (aturan, perjanjian, dll) menghapuskan atau meniadakan adat (aturan perjanjian dll); ~ dapur Kl selesai bersalai (perempuan yg telah bersalin); 2. menyusun semula (dgn meminda atau membongkar semuanya): dia ~ susunan kabinet dgn menyingkirkan beberapa orang tokoh komunis; undang-undang itu patut dipinda dan dirombak supaya sesuai dgn negara Malaysia yg merdeka;

rombakan bongkaran, runtuhan;

perombakan perbuatan merombak, pembongkaran: usul itu merupakan satu ~ susunan tradisi masyarakat kampung;

perombak orang yg merombak.

rombang; ~-rambing compang-camping, robak-rabik.

rombeng (rombéng) robek, compang-camping: pakaian yg ~;

merombengkan menjual (barang-barang lama atau buruk) kpd pedagang barang-barang lama;

rombengan 1. pakaian-pakaian yg sudah usang; 2. barang-barang yg lama atau rosak: barang-barang ~; tukang ~ pedagang barang-barang lama atau buruk.

rombin 1. sj ikan laut, Holacanthus spp.; 2. sj ikan laut, Amphiprion spp.

rombok Mn rimbun, rampak.

rombong I 1. sj bakul besar yg bertutup tempat menyimpan padi dll; 2. sj kembal tempat jahitan dll.

rombong II; merombong 1. berkumpul menjadi kumpulan (orang); 2. ark bertimbun banyak-banyak;

rombongan sekumpulan orang (yg bekerja atau datang dll bersama-sama): menteri itu dan ~nya telah tiba di Pulau Pinang pagi tadi; satu ~ pegawai Malaysia akan berunding dgn pegawai-pegawai Filipina; ~ kebudayaan sekumpulan penari (pelakon, penyanyi, dll) yg melawat ke sesuatu tempat utk membuat pertunjukan dsb;

berombongan secara (berupa) rombongan, berkumpulan: membuat lawatan ~.

rombus (Mat) segi empat selari bersudut serong yg mempunyai empat sisi yg sama.

romen (romén) bp asmara;

beromen berasmara, bercumbu-cumbuan.

romeo (roméo) ki lelaki yg gemar memikat perempuan (menukar-nukar teman wanita): ayah saya juga penjudi dan ~.

romok; meromok, teromok duduk membongkok spt orang atau ayam sakit: ada yg ~ spt mengidap penyakit meredap.

romong Jk pakaian atau barang-barang yg sudah lama (atau buruk), rombengan.

rompak I; merompak menyamun, merampok: lima orang telah ~ kedai itu semalam; dagangan mereka telah dirompak oleh lanun di laut;

rompakan kejadian merompak: ~ itu berlaku sewaktu mereka tidak ada di rumah; ~ bersenjata rompakan dgn (si perompak) menggunakan senjata;

perompakan perbuatan merompak, perampokan: ~ bersenjata;

perompak orang yg merompak, perampok, penyamun.

rompak II Mn; merompak merobohkan, meruntuhkan: gajah itu ~ kandangnya.

rompang; ~-ramping compang-camping, robak-rabik.

rompeng (rompéng) pecah sedikit atau sumbing di tepi atau di luar (gigi, buah yg dimakan burung, dll).

rompes (rompés) sumbing atau pecah sedikit pd tepinya (telinga dll).

rompi IB sj baju dalam yg tidak berlengan, weskot.

rompok Jw pondok, rumah.

rompong rosak atau terkerat pd cuping atau hujungnya (hidung, belalai, dll): maka diparang seorang lagi, kena hidungnya ~;

merompongkan mengerat (hujungnya): kepadanya aku balaskan hatiku yg amarah itu sebab ia ~ hidung adikku.

romusya, romusa (Jepun) orang yg dipaksa membuat kerja berat pd zaman Jepun;

diromusyakan dijadikan romusya, dipaksa membuat kerja berat.

rona 1. warna: berkain batik lepas ~ biru tua; 2. warna muka, roman muka: ~ mukanya berubah menjadi marah; hilang ~ kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang prb orang yg tidak ber wang dipandang rendah;

serona sewarna, serupa;

berona berwarna, berupa elok warnanya (rupanya);

meronai menjadikan sesuatu menarik atau mengghairahkan: cerpen-cerpennya sentiasa dironai oleh aneka latar sosial;

meronakan memberikan rona, mewarnakan: karya sastera yg bernada protes dlm masyarakat Melayu turut ~ corak dan bentuk sastera.

ronce (roncé) Jk; meronce merampas, merompak;

peroncean perampasan, perompakan.

ronda 1. = meronda berjalan berkeliling kerana berkawal (menjaga keselamatan): polis ~ di jalan-jalan raya utk mencegah berlakunya rusuhan; 2. perbuatan berjalan berkeliling kerana berkawal; 3. = peronda orang atau sesuatu yg menjaga keselamatan (di jalan raya, di laut, di kampung, dll): polis ~; askar ~; kapal peronda; 4. Mn bersiar-siar, makan angin;

rondaan perjalanan berkeliling utk meronda, hasil meronda: polis melakukan ~ mengejut di kawasan itu utk menangkap penagih-penagih dadah;

perondaan perbuatan (kerja-kerja) meronda.

rondah; ~-randih ark tidak beraturan, kacau-bilau.

rondas sj permainan berpasukan yg menggunakan bola dan kayu pemukul, dan pemain-pemainnya berlari melalui tapak dlm satu bulatan.

rondo (Muz) bentuk lagu yg menggunakan formula melodi A, B, A, C, A, D, A, iaitu melodi utamanya diulang-ulang.

rondok ark; berondok, merondok bersembunyi, menyorok;

merondokkan menyembunyikan, menyorokkan.

roneo (ronéo) Id; meroneo memperbanyak dgn mesin stensil, mensiklostil.

rong I Jw lubang dlm tanah.

rong II Jw dua.

rongak ada yg tanggal atau hilang (gigi, papan, pagar, dll), rumpang: ia sudah tua juga, gigi depannya ~;

merongakkan menjadikan rongak, merumpangkan: terlalu banyak makan gula-gula boleh ~ gigi;

kerongakan perihal rongak, kerumpangan.

rongga I lubang, ruang;

~ bulu Mn liang bulu roma; ~ dada ruang dada; ~ hidung lubang hidung; ~ kayu lubang yg terdapat dlm kayu; ~ mata lubang tempat mata; ~ mulut ruang mulut;

berongga berlubang, beruang: batu-bata yg ~; gelang itu ~, tidak padat;

merongga menjadi rongga;

meronggai ark menjadikan berongga pd.

rongga II 1. = pokok ~ sj tumbuhan (pokok), gegambir, keranji, pasak perahu, pokok selubat jantan, temilang, Aglaia odoratissima; 2. sj tumbuhan (pokok), Chisocheton erythrocarpus;

~ jantan sj tumbuhan (pokok), kelumpang, perupuk, unting-unting, Sterculia parviflora.

ronggah Pr; peronggah mencarut.

ronggang renggang, jarang.

ronggeng (ronggéng) 1. Jw penari perempuan, tandak; 2. sj tarian spt joget (diiringi oleh biola, gendang, dan gong);

meronggeng menari, bertandak.

ronggok I ark; meronggok membongkok, meringkuk.

ronggok II; beronggok, beronggok-ronggok berlonggok-longgok, berkelompok-kelompok: di serambi masjid, ramai orang duduk beronggok-ronggok.

rongkah Kd, Pl; merongkah merosakkan atau memusnahkan (rumah, mesin, dll), membongkar.

rongkok; merongkok membongkok (sewaktu duduk, berjalan, dll), meringkuk.

rongkol ark; serongkol seikat, seberkas;

berongkol berikat-ikat, berberkas-berkas.

rongkong I rangkungan, tenggorokan;

kerongkongan, rongkongan 1. pembuluh nafas di leher; 2. halkum, lekum, tenggorokan; 3. saluran di leher (makanan masuk ke perut melaluinya): makanan itu masuk ke dlm ~ lalu ke perut;

rongkongan mengadap hilir prb susah mendapat rezeki; rongkongan mengadap mudik prb Mn mudah mendapat rezeki; berair rongkongan prb Mn mendapat rezeki; pembuluh rongkongan prb a) orang yg mendatangkan untung; b) mata pencarian.

rongkong II; rongkongan, rerongkongan Jk tulang-tulang badan, rangka.

rongoh, rongok rongak, rumpang.

rongong Mn; merongong berdengung (spt bunyi langau dll).

rongos ark; merongos lekas marah, pemarah;

perongos orang yg lekas marah.

rongrong Jk; merongrong 1. memakan sedikit-sedikit tetapi tidak putus-putus; 2. ki selalu mengganggu atau menyusahkan orang (meminta wang, makanan, dll), merosakkan sedikit demi sedikit, merugikan sebab selalu rosak atau banyak makan wang: pemerintah selalu dirongrong hingga pekerjaan pembangunan rakyat yg lebih penting terbengkalai.

rongsok Jk rosak benar;

rongsokan barang-barang yg sudah rosak, rosokan, rombengan.

ronot Kd; meronot menyusup dgn merangkak (spt bergerak di bawah rumah yg rendah lantainya).

ronta; meronta, meronta-ronta berusaha sekuat tenaga melepaskan diri drpd pegangan (ikatan dll) dgn bergerak-gerak dll, menggelepar-gelepar: ia semakin kuat ~ utk lepas; ikan itu ~ hingga tembus jalaku; pelajar perempuan yg diserang penyakit ganjil sedang meronta-ronta dan ditolong oleh rakan-rakannya; hati (fikiran) ~ selalu resah (gelisah);

rontaan sesuatu gesaan (runtunan) perasaan.

rontek (ronték) Jw sj tombak yg berpanji-panji.

rontok Jk 1. gugur (buah-buahan, bunga), luruh, (bulu, daun, dll), banyak tanggal (gigi), terkelupas (cat, kulit, dll); musim ~ musim gugur (antara musim panas dan musim dingin); penyakit ~ rambut penyakit yg menyebabkan luruhnya rambut; 2. ki semakin berkurang (kesihatan, tenaga, dll), semakin lemah: semangat perbudakan mulai ~, dan timbul semangat baharu yg semakin lama semakin besar;

merontokkan menggugurkan, meluruhkan, menanggalkan.

ronyeh (ronyéh) I; meronyeh berkata-kata atau bercakap-cakap dgn tidak menentu (tidak keruan), bercakap-cakap tidak jelas (orang tua), merepek: gadis-gadis pun suka ~ dan bersenda gurau; renyeh.

ronyeh (ronyéh) II Kd; meronyeh, meronyeh-ronyeh merosak-rosakkan (kertas, bunga, dll kerana marah dll), mengumalkan: buku itu dironyeh-ronyehnya sebelum dibuang.

ronyoh; meronyoh 1. meradak, menohok: aku ~mu dgn keris ini nanti; 2. bk menolak (orang).

ronyok berkerut-kerut, kumal, renyuk: kainku habis ~;

meronyokkan mengumalkan (kain, kertas, dll): ia mengambil semula kertas-kertas yg sudah dironyokkannya itu; renyuk.

ropa Pr, bp rupa.

ropak; ~-rapik berserak-serak, berantakan, bongkar-bangkir.

ropol kelim yg berkedut-kedut (pd bantal, baju, dll);

beropol mempunyai ropol: renda ~;

beropol-ropol mempunyai ropol yg banyak: kain kuning yg ~; rapun II.

ropong Kl rompong.

ros = bunga ~ sj tumbuhan (pokok renek dan bunganya), bunga mawar, Rosa spp.

rosak 1. tidak sempurna lagi, sudah tidak baik, sudah bercerai-cerai (tidak tersusun, pecah-pecah, dll): banyak rumah yg ~ dipukul ribut; 2. ki bercalar-calar, kemik (tin dll), luka-luka; banyak pemain kita yg ~ banyak yg luka-luka; 3. ki buruk, busuk (buah-buahan, daging, dll), hancur: buah-buahan itu banyak yg ~; mayat yg sudah ~ sudah busuk dll; 4. ki tidak dapat berjalan lagi (motokar, enjin, dll): kereta saya ~ lagi pagi ini; 5. ki tidak beraturan lagi (bahasa, adat, dll): bahasa (adat, perangai, dll) yg sudah ~; 6. ki tidak utuh lagi (perkahwinan), terganggu (ingatan dll): perkahwinannya sudah ~ sejak lama dulu; seorang panglima yg telah ~ ingatannya; 7. ki kacau-bilau, kucar-kacir (negeri dll): jika sungguh laki-laki, janganlah berperang di dlm negeri, ~ isi negeri; 8. ki tidak baik, jahat (nama);

~ binasa rosak sama sekali; ~ hatinya a) amat menderita sedih; b) buruk perangainya; ~ moralnya buruk tingkah lakunya; ~ namanya mendapat nama buruk; ~ perkahwinannya perkahwinannya gagal; ~ badan kerana penyakit, ~ bangsa kerana laku prb kelakuan yg jahat itu memburukkan bangsa yg mulia spt penyakit menghilangkan rupa yg elok;
1   ...   12   13   14   15   16   17   18   19   20


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət