Ana səhifə

R II id kep Raden ra kep radiallahuanhu: Sayidina Umar al-Khatab ~. ra


Yüklə 0.78 Mb.
səhifə13/20
tarix26.06.2016
ölçüsü0.78 Mb.
1   ...   9   10   11   12   13   14   15   16   ...   20

pereputan perihal (proses dsb) menjadi reput: karbon dioksida terjadi oleh ~ tumbuh-tumbuhan yg mati dll.

reputasi (réputasi) 1. nama baik: aku mempunyai pengikut, aku mempunyai ~, aku sudah menjadi tokoh politik; 2. perbuatan dll yg menyebabkan nama baik.

rerak = bererakan rosak bercerai-cerai, berantakan, terserak-serak;

mererak menjadikan bercerai-cerai kerana mengambil bahagian-bahagiannya dll; ~ rengkah rosak dan pecah-pecah; lerak I.

rerambut 1. sesuatu yg halus spt rambut: tiub ~; 2. (Bio) kapilari;

kererambutan (Fiz) kecenderungan cecair di dlm bahan penyerap atau tiub rerambut naik atau turun disebabkan oleh tegangan permukaan.

reras Mn ark gugur, luruh.

reriang I riang-riang (sj serangga).

reriang II riang-riang (sj tumbuhan).

reribu ribu-ribu (sj tumbuhan).

rerot (rérot) Jk; bererot, bererot-rerot berjalan beriring-iring (berduyun-duyun);

mererot berderet-deret, berduyun-duyun, berjejer, beruntun-runtun;

rerotan deretan, runtunan.

reruku ruku-ruku.

reruntuh runtuhan, reruntuk.

reruntuk runtuhan, barang-barang yg sudah rosak (buruk), runtuh: ~ rumah; ~ dunia ark sampah dunia, sundal.

resa 1. gerakan yg terasa di dlm perut (badan dll, spt gerak bayi yg akan lahir dll): perempuan itu makin bertambah sakit, datang ~nya bertubi-tubi; 2. dorongan (hati), gerak (hati): biarkanlah ia mengikut ~ hatinya, biarlah kita berpegang pd yg benar.

resah tidak tenang hati, rusuh hati, gelisah, gugup: ia kelihatan ~ dan serba salah; mereka telah ~ menanti; ~ gelisah resah;

beresah, beresah-resah berada dlm keadaan resah, berusuh hati: sejak petang tadi ia beresah-resah sendirian di katilnya;

meresah menjadi resah: sebentar kemudian ia ~ lagi;

meresahkan menyebabkan resah: panas yg ~ badan;

keresahan 1. perihal (keadaan) resah: senang dan tenang ayunan langkahnya bagaikan tidak ada suatu ~ menekan benaknya; 2. mengalami resah: “teruk betulkah?” Karim ~.

resak 1. sj tumbuhan (pokok), Vatica spp.; 2. sj tumbuhan (pokok), Shorea spp.; 3. sj tumbuhan (pokok), Cotylelobium spp.

resam I sj tumbuhan (paku-pakis yg batangnya keras dan biasa dibuat kalam), bengkawang, Gleichenia linearis;

~ lumut = ~ padi sj tumbuhan (paku-pakis), paku telur belangkas, temangah, Cheilanthes tenuifolia.

resam II 1. adat kebiasaan, aturan-aturan yg menjadi adat; adat ~ adat (aturan) yg biasa; hukum ~ ark hukum adat; 2. pembawaan, kebiasaan, sifat, tabiat: dlm pantun banyaklah terdapat perasaan, fikiran, ~, dan tabiat orang Melayu; ~ tubuh Id keadaan tubuh;

seresam sesuai; ~ dgn sesuai dgn;

resaman resam; resmi.

resam III; burung ~ sj burung, Pnoepyga pusilla harterti.

resan = meresan 1. berasa sakit hati oleh kata-kata dll orang lain, berasa tersindir: ~ benar ia apabila orang-orang itu menoleh kepadanya tatkala ia lalu di situ; ~ hatinya kerana diejek; 2. Kd berasa tidak senang hati terhadap (kelebihan) orang lain, berasa cemburu (dengki, iri hati).

resap hilang, lenyap, lesap: timol itu ~ cepat dan kesannya tidak lama; tuan puteri pun ~lah tiada ketahuan halanya;

meresap 1. masuk ke dlm liang dll (terutama barang yg cair), menyerap: sejuk angin timur laut yg bertiup itu pun ~ sampai ke tulang sumsum; perapkan daging itu beberapa waktu lamanya hingga garam dll ~ benar; meresap-resap ke rumah orang masuk-masuk ke rumah orang; 2. menyusup keluar, menitis, merembes (peluh): peluh dingin ~ membasahi seluruh badannya; 3. hilang, lenyap (drpd pandangan); makanan itu habis ~ habis lenyap (masuk ke mulut, dimakan); 4. masuk benar (ke dlm hati dll), lekat benar (di dlm hati): segala apa yg dikatakan oleh Khatijah ~ di hatinya; dia berasa sesuatu yg mesra ~ ke dlm jiwanya; 5. masuk ke dlm sesuatu dan menjadi sebahagian daripadanya: beberapa banyak kata asing yg telah ~ ke dlm bahasa Melayu;

meresapi meresap ke dlm, memasuki rata-rata: lantai hendaklah dibuat drpd bahan yg tidak boleh diresapi air; seluruh alat negara telah diresapi oleh pengaruh samurai;

meresapkan menyerapkan, memasukkan rata-rata: aku berbaring-baring di tanah utk ~ khasiat drpd sinar matahari yg membakar ke dlm tubuhku;

teresap sudah diresapkan (diserapkan), termasuk dalam-dalam (rata-rata);

resapan perihal meresap (masuk ke dlm sesuatu), kejadian (sesuatu) meresap ke dlm sesuatu: kertas itu sudah berbulu-bulu dan berbelang-belang oleh ~ air; akibat pengaruh dan ~ nilai-nilai keislaman inilah yg menyebabkan syair dan pantun Melayu kian bermakna dan kedudukan penyair Melayu Islam bertambah penting di Nusantara;

keresapan perihal atau keadaan resap atau teresap;

peresapan perihal (proses dsb) meresap: ~ gas; ~ unsur-unsur budaya material.

resbang IB sj bangku panjang tempat berbaring utk berehat.

resdung sj penyakit hidung yg disebabkan oleh radang pd membran sinus.

resen (résén) bp catuan.

resensi (résénsi) pertimbangan atau pembicaraan mengenai buku dll, ulasan buku: ~-~ terhadap buku ini telah terbit dlm surat khabar setempat.

resep (resép) IB 1. keterangan bkn ramuan-ramuan dan cara memasak sesuatu makanan, resipi; 2. penentuan ubat (yg diberi oleh doktor).

resepsi (resépsi) IB majlis perjamuan yg diadakan utk menerima tetamu (yg datang utk mengucapkan selamat dll).

reseptif (réséptif) mudah, bersedia atau terbuka utk menerima (idea baru, cadangan, dsb): mereka begitu ~ terhadap rancangan baru itu; minda yg ~ kpd ilmu-ilmu moden.

reseptor (réséptor) (Bio) tisu khusus (biasanya pd organ deria) yg sensitif terhadap rangsangan tertentu.

reserse (resérsé) IB mata-mata gelap.

resesi (résési) keadaan ekonomi yg meleset, kemelesetan.

resesif (résésif) (Bio) bkn gen yg hanya ketara pengaruhnya apabila pasangannya juga sama (tidak dominan).

resi I sl orang pertapa, orang suci.

resi II = surat ~ Id surat pengakuan penerimaan, tanda penerimaan, resit.

resi III 1. harum, wangi; 2. bau-bauan; raksi I.

residen (résiden) wakil kerajaan British di tanah jajahan atau negeri naungan British: ~ bagi keempat-empat buah negeri itu tertakluk kpd ~ jeneral; ~ jeneral residen besar (ketua bagi seluruh residen);

keresidenan 1. kediaman (pejabat) residen; 2. daerah yg diketuai oleh residen.

residu (résidu) sesuatu yg tinggal setelah yg lain digunakan, sisa, baki, kerdak.

resik I; meresik 1. nyaring kedengaran, lantang; 2. berdesir, berkersik; 3. desas-desus, kasak-kisik (suara berbisik).

resik II Jk bersih.

resimen (resimén) IB pasukan tentera yg biasanya diperintah oleh kolonel atau leftenan-kolonel, rejimen.

resin (résin) 1. bahan lekit berwarna kuning atau coklat yg diperoleh drpd pokok tertentu, spt pain dan fir, dan digunakan utk membuat varnis, ubat dsb, damar; 2. damar yg dibuat secara sintetik, yg digunakan sbg bahan asas dlm membuat barangan plastik dsb.

resipi 1. senarai bahan (ramuan) dan peraturan yg diperlukan dlm menyediakan sesuatu masakan atau makanan; 2. cara atau kaedah mencapai sesuatu tujuan; ~ kecantikan cara menjadikan diri (seseorang) cantik.

resit sepotongan kertas bertulis yg mengesahkan atau mengakui penerimaan sesuatu bayaran atau barangan; buku ~ buku yg mengandungi helai-helai resit.

resital (résital) (Muz) persembahan muzik dsb oleh pemain, penyanyi dsb solo atau oleh kumpulan kecil: ~ piano.

resmi sifat semula jadi, sifat khas (benda, adat, perangai, tabiat): kanak-kanak dr kecil lagi telah memiliki ~ atau kelakuan serta pembawaan yg tersendiri; apabila menerangkan sifat-sifat sesuatu benda, eloklah dikumpulkan sifat-sifat atau ~-~nya ke dlm dua kategori; baik membawa ~ ayam betina prb lebih baik merendahkan diri (supaya selamat dlm hidup), resam.

resolusi (résolusi) 1. keputusan rasmi yg dicapai dlm sesuatu mesyuarat, persidangan, dsb, ketetapan; sebanyak 16 ~ telah diambil dlm perjumpaan itu; 2. azam, tekad: ~ tahun baru.

respek (réspék) IB hormat, kehormatan.

respirasi (réspirasi) 1. pernafasan: sistem ~ bermula dr hidung dan mulut; 2. (Bio) proses penguraian kimia yg berlaku dlm sel organisma, dgn penghasilan tenaga dan karbon dioksida.

respirator (réspirator) 1. alat utk membantu pernafasan seseorang, terutamanya kerana sakit atau mengalami kecederaan; 2. alat yg dilekapkan di hidung dan mulut utk mencegah penyedutan asap atau gas beracun.

responden (résponden) 1. orang yg memberikan maklumat (menjawab soalan-soalan yg dikemukakan dsb) dlm sesuatu kegiatan kaji selidik: kerja menemu bual memerlukan kemahiran, membuat penyelidikan, dan mengadakan hubungan mesra dgn ~ atau pengisah; 2. orang atau pihak yg didakwa dlm aduan atau rayuan yg dikemukakan ke mahkamah.

respons (réspons) sambutan, reaksi, jawaban: tentu sekali kami mengharapkan ~ drpd pembaca.

responsif (résponsif) segera atau mudah memberikan kerjasama atau reaksi yg bersifat membantu terhadap sesuatu usaha dsb.

restan (réstan) IB kelebihan (makanan dll), sisa: di mulutku masih terasa jua adanya ~ gelak tadi.

reston Jw ark; merestoni memberi berkat, mendoakan; restu.

restoran (réstoran) kedai makan.

restorasi (réstorasi) IB pemulihan kpd kedudukan yg asal (terutama bkn takhta kerajaan, negara, dll).

restriksi (réstriksi) IB pembatasan.

restu 1. berkat dan perkenan drpd Allah yg mendatangkan kebaikan kpd seseorang atau manusia: berdoa memohon ~ drpd Ilahi; kejayaan itu hanyalah dgn ~ Allah; 2. persetujuan drpd seseorang atau sesuatu pihak yg mempunyai kuasa, hak tertentu dsb utk membenarkan seseorang atau sesuatu pihak yg lain melakukan sesuatu, kebenaran, keizinan: si anak mendapat ~ drpd ibunya; baginya, tanpa ~ ayah dan ibu, sesuatu perkara yg akan dilakukan tidak akan sempurna; 3. sl pengaruh baik atau buruk, guna-guna, jampi, mentera;

merestui 1. mengurniakan kebaikan, kesejahteraan atau rahmat kpd: saya berdoa agar Allah ~ pekerjaan haji jemaah yg terbabit dan menerima ibadah mereka sbg haji mabrur; selepas bersolat, si suami berdoa semoga Allah ~ rumah tangga yg baru dibinanya itu; 2. memberikan persetujuan, kebenaran atau keizinan kpd seseorang atau sesuatu pihak utk melakukan sesuatu dsb, bersetuju dgn, mengizinkan, membenarkan: penubuhan parti itu direstui oleh kerajaan; dr awal-awal lagi ibu tidak ~ perkahwinan kami; 3. sl mengenakan pengaruh (guna-guna, jampi).

restung I resdung.

restung II 1. sj tumbuhan (pokok renek), jelutung badak, susuk ayam, susun kelapa, Ervatamia corymbosa; 2. sj tumbuhan (pokok renek), lada-lada (hutan, jantan, padi), lelada, puding hutan, susun kelapa, Ervatamia malaccensis;

~ badak sj tumbuhan (pokok renek), jantung badak, jelutung badak, Ervatamia hirta; akar ~ a) sj tumbuhan (rizom), gadung seberang, ubat raya, Smilax china; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar tongkat ali, Smilax myosotiflora.

resuk; meresukkan memasukkan ke dlm lubang (kotak dll), memeresukkan.

resume (résumé) 1. IB ringkasan (ikhtisar); 2. keterangan ringkas tentang maklumat diri, pendidikan, pengalaman kerjaya, dsb seseorang, biasanya disertakan utk memohon sesuatu pekerjaan;

meresumekan meringkaskan, mengikhtisarkan.

resusitasi (résusitasi) (Ubat) kaedah memulihkan seseorang yg hampir maut secara tiba-tiba, mis kerana lemas atau serangan jantung.

reta (réta); mereta-reta beromong kosong, berborak, mengobrol, merepek.

retai; retak-~ banyak retaknya, retak-retak; retak.

retak 1. garis yg nampak pd benda keras (pinggan dll) yg menunjukkan ia akan pecah atau belah: ~ pd pinggan itu makin menjadi besar; 2. mempunyai garis yg menunjukkan akan pecah atau belah: pinggan-pinggan yg sudah ~ itulah yg digunakan setiap hari; 3. ki ada kekurangannya (tidak sempurna), cacat cela: kerja-kerja yg dibuatnya itu terlalu banyak ~nya; 4. ki ada perbalahan (perselisihan dll) yg boleh menimbulkan perpecahan (perceraian dll), sudah tidak semuafakat lagi: dia tidak mahu kasih sayang mereka menjadi ~ kerana perbuatannya itu; 5. = ~ tangan a) rajah tangan, suratan tangan; b) nasib badan: manusia ini dilahirkan dgn cara yg sama tapi ~ tangannya berlainan;

~-~ mentimun Mn retak halus-halus hanya di luar sahaja (barang pecah belah); ~-retai banyak retaknya; ~ seribu a) banyak retaknya; b) sj corak kain batik moden Malaysia;

~ batu prb tidak didamaikan lagi (perselisihan dll); ~-~ bulu ayam prb mudah didamaikan (perselisihan dll); ~ menanti (mencari, tanda akan) pecah (belah) prb a) perkara kecil yg akan menjadi besar; b) hanya tinggal menantikan timbulnya malapetaka yg lebih besar (pergaduhan, kematian, dll); ~ pertujuh Mn prb perasaan hati yg hancur (kerana tersangat merindu); bukan di ~ panas prb Mn bukan sia-sia atau dusta (sesuatu telahan);

meretak menjadi retak, mulai retak;

meretakkan menjadikan retak, menyebabkan retak: cahaya matahari ~ genting-genting atap; isu Cyprus telah lama ~ hubungan antara Greek dgn Turki;

retakan garis yg menunjukkan akan pecah, retak;

keretakan perihal retak: ~ pd dinding bangunan itu semakin hari semakin melebar; telah berlaku ~ dlm rumah tangga itu;

peretakan perihal (proses, perbuatan dsb) meretak atau meretakkan: lekukan gerak bumi berlaku disebabkan oleh proses pelendutan, pelenturan dan ~ kerak bumi.

retas terputus benang jahitannya, terbuka jahitannya (kelimnya);

meretas 1. memutuskan (mengerat, memotong) benang-benang pd jahitan; 2. membuka dgn pisau (surat dll), membelah kulit (karung dll); ~ bisul membedah bisul; ~ perut membedah perut; 3. menebang pokok dll utk membuat jalan, merentas, merintis; ~ jalan membuat jalan dgn menebang pokok-pokok dll; 4. merosakkan (membuka pagar dll), menembusi rintangan;

peretasan perihal (proses, perbuatan dsb) meretas: ~ benang pd jahitan yg silap itu masih dilakukan;

peretas orang yg meretas, alat utk meretas.

retat Kl; meretat memukul dgn belakang tangan.

retek (réték) I Mn; meretek gementar, menggigil.

retek (réték) II Kl, Tr bersama, getek, juga; saya nak pergi ~ saya nak pergi bersama (juga).

retet (rétét) Jk; beretetan 1. berderet, beruntun-runtun; 2. berbunyi mendedas (mesingan); rentet.

reti bp mengerti, tahu: dia tak ~ bercakap Melayu; erti.

retih I; meretih berbunyi spt bertih direndang (daun-daun basah dibakar dll), mendedas.

retih II; meretih berbintik-bintik pd kulit (peluh dll), berbutir-butir.

retik I Kd; meretik; tak ~ tidak berani bergerak (berbuat apa-apa), takut benar.

retik II Kl; meretik merecik (air dll).

retikulasi (rétikulasi) susunan, corak dsb yg berjalin-jalin spt jaring: sistem perparitan ~.

retikulum (rétikulum) (Bio) 1. jalinan halus protoplasma sel; 2. perut kedua pd haiwan ruminan yg banyak menyimpan air utk digunakan dlm pencernaan.

retin daun terup yg bergambar potongan wajik, daiman.

retina (rétina) (Bio) lapisan mata paling dalam yg peka kpd cahaya.

retok (rétok) recok.

retorik (rétorik) 1. (Lin) kajian tentang teknik pemakaian bahasa secara berkesan dlm penulisan atau pertuturan; 2. seni menggunakan atau memakai bahasa yg indah dan menarik utk memujuk atau mempengaruhi pemikiran pendengar, seni berpidato; 3. pertuturan atau tulisan yg menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk utk mempengaruhi pemikiran pendengar; 4. berkaitan dgn, penuh dgn atau menggunakan bahasa atau kata-kata yg indah atau muluk-muluk utk mempengaruhi pemikiran pendengar: kita tidak boleh terlalu ~ hingga hilang pegangan dan hanya bercakap tentang cabang tanpa menyedari pokok sebenarnya sudah reput; dia menyifatkan ucapan Belanjawan itu penuh isi dan tidak ~ selain bahasa mudah yg digunakan; soalan ~;

beretorik berpidato, berbicara dsb dgn menggunakan bahasa yg muluk-muluk (tetapi biasanya tidak didasari keikhlasan yg sungguh-sungguh) yg bertujuan utk menarik perhatian serta mempengaruhi pemikiran pendengar: pertubuhan tersebut tidak lagi boleh bergerak secara sambil lewa dan banyak ~; kita tidak perlu ~ dgn teori ekonomi yg muluk-muluk yg langsung tidak difahami oleh rakyat.

retorsi (rétorsi) Id perbuatan membalas oleh sebuah negara (terhadap negara yg menyusahkan perdagangan).

retort (rétort) bekas kaca yg bulat, dgn leher yg panjang tirus yg membengkok ke bawah dan digunakan dlm makmal utk penyulingan; kaki ~ sj tiang besi tempat radas-radas disokong dgn sj penyepit berskru.

retribusi (rétribusi) hukuman atau balasan kerana sesuatu kesalahan, dosa, dsb.

retroaktif (rétroaktif) mulai berkuat kuasa dr tarikh yg lalu, yg diundurkan tarikh berkuat kuasanya (bkn undang-undang dsb): seseorang tidak boleh didakwa mengikut undang-undang yg belum wujud ketika jenayah itu dilakukan walaupun ada peruntukan ~ dlm undang-undang.

retrogresif (rétrogrésif) bersifat berbalik kpd keadaan sebelumnya yg lebih buruk (kurang maju, menurun dsb): langkah ~ yg boleh menjejaskan kedudukan ekonomi negara bagi jangka panjang; pandangannya yg ~ itu menimbulkan kebimbangan kpd pergerakan wanita di negara ini.

retrospeksi (rétrospéksi) tinjauan kembali pengalaman atau peristiwa yg lalu: golongan pertama menyelongkar semula nostalgia serta ~ lama.

retrospektif (rétrospéktif) meninjau atau mengenang kembali peristiwa, dsb yg lalu.

retur IB, bp kembali; karcis ~ Id tiket kereta api dll utk pergi dan balik;

meretur mengembalikan, mengirim kembali: surat itu diretur kpd pengirimnya.

retus Tr memetik (bunga, daun, dll): jangan ~ tangkai mempelam tu.

reumatik (réumatik) berkaitan dgn atau disebabkan oleh reumatisme: demam ~.

reumatisme (réumatisme) (Ubat) penyakit yg dicirikan oleh radang dan rasa sakit, terutamanya pd otot dan sendi.

reumatologi (réumatologi) cabang perubatan yg berkaitan dgn reumatisme, artritis dsb, termasuklah punca, diagnosis dan perawatannya.

revivalisme (révivalisme) gerakan atau kecenderungan utk menghidupkan kembali adat (idea, gaya dsb) yg lampau: pendekatan ~ menghidupkan kembali gaya rupa silam dlm konteks reka bentuk kontemporari.

revolusi (révolusi) 1. perubahan sesebuah kerajaan, sistem politik, atau sistem sosial yg dilakukan secara radikal dan kekerasan, spt rusuhan dan pemberontakan bersenjata: Angkatan 45 lahir sbg pernyataan ~ Indonesia; 2. perubahan yg menyeluruh dan mendadak, terutamanya dr segi cara berfikir, bertindak, dsb;

R~ Hijau gerakan utk meningkatkan hasil tanaman di negara-negara sedang membangun melalui teknik pertanian moden, spt kesuburan tanah, penggunaan jentera, kawalan penyakit dsb; ~ mental revolusi fikiran, perubahan pemikiran secara menyeluruh;

berevolusi mengadakan revolusi;

merevolusikan mengubah sistem pemerintahan (sosial dll) dgn kekerasan (cepat dll), membawa perubahan kpd sesuatu atau dlm sesuatu bidang secara radikal (meluas, menyeluruh, dan cepat).

revolusioner (révolusionér) 1. bkn atau bersifat revolusi; 2. benar-benar baru dan berlainan: kaedah ~ membuat kereta; idea-idea ~; 3. orang yg menyokong revolusi;

kerevolusioneran perihal revolusioner.

revolver (révolver) sj pistol yg beberapa butir pelurunya disimpan di dlm silinder yg berputar setiap kali tembakan dilepaskan.

rewak (réwak) I; merewak meluas, merata (khabar dll), menjalar, merebak, merembet (kerusuhan, penyakit, dll).

rewak (réwak) II ark ada perkara yg hendak dikatakan (dikhabarkan).

rewan (réwan) ark pilu, rawan: terbang mengawan segala ~.

rewang (réwang) I; merewang 1. tidak tetap atau selalu berubah-ubah (tempat, fikiran, dll): di sebelah petang ~lah cikgu singgah ke mana-mana; angan-angan dan jalan fikirannya panjang ~; 2. oleng (perahu dll).

rewang (réwang) II; merewang merambang, merawak; rawak.

rewang (réwang) III gotong-royong sbg persiapan menjayakan sesuatu majlis (terutamanya majlis kenduri perkahwinan).

rewel (réwél) Jw 1. ada-ada sahaja yg dikatakan (diminta dll), suka membantah, susah menurut, banyak mulut (bicara): orang tua yg ~; tukang ~ orang yg banyak mulut (cakap); 2. susah mengerjakan dll sesuatu, tidak berjalan dgn lancar (mesin dll), berabai, recok;

kerewelan perihal rewel (kerecokan, kerusuhan, kesukaran, percecokan).

rewet (réwét) ark; merewet merembet.

reyok (réyok) Kl tidak betul kedudukan (sesuatu benda), senget.

reyot (réyot) I Jk sudah rosak benar dan hampir roboh: kerusi tua yg sudah ~.

reyot (réyot) II reyok.

rezeki Ar 1. segala sesuatu yg dikurniakan oleh Allah utk keperluan rohani dan jasmani, mis makanan, ilmu dsb; ada nyawa (umur) ada ~ selama masih hidup tentu mendapat makanan; itu bukan ~ saya itu bukan utk saya (makanan dll); memberi ~ a) memberi makanan (nafkah); b) membawa keuntungan (kemujuran); 2. ki pendapatan, penghasilan, pencarian (wang dll utk sara hidup); kehilangan ~ kehilangan mata pencarian; mencari ~ mencari makan, mencari penghidupan (dgn berusaha dll); mendapat ~ a) mendapat makanan (penghidupan dll); b) mendapat untung (laba), mujur; putus ~ kehilangan pencarian; 3. peluang utk beroleh makanan dll, keuntungan, perolehan; bukan ~ bukan habuan (untung) seseorang; dekat ~nya cepat (mudah) mendapat untung; jauh ~nya sulit (susah) mencari untung; kalau ada ~ kalau ada wang (habuan, kemudahan, untung); mudah-mudahan dimurahkan ~nya mudah-mudahan banyak (mudah) mendapat keuntungan dll; naik ~nya semakin bertambah keuntungannya; orang makan gaji, umur panjang ~ beragakkan Mn orang makan gaji, umur panjang tetapi perolehannya terhad; pembahagian ~ pembahagian keuntungan dll; perebutan ~ perebutan keuntungan dll;

~ batin sesuatu yg berfaedah utk batin, makanan rohani (jiwa); ~ harimau ki sewaktu ada makanan banyak dan berjenis-jenis; ~ jangan ditolak untung jangan dibuang (dibiarkan terlepas); ~ mahal susah mencari penghidupan, jarang mendapat keuntungan; ~ mata sesuatu yg sedap dipandang; ~nya meninggi mendapat keuntungan tidak dgn bersusah payah; ~ merendah semua yg diusahakannya itu menguntungkannya; ~ murah selalu mendapat keuntungan tidak dgn bersusah payah; ~ yg halal pendapatan dll yg halal (bukan dgn penipuan dll); ~ elang tak akan dapat (dimakan) oleh musang (burung pipit) prb semua orang ada kemujurannya masing-masing, keuntungan seseorang tidak boleh direbut oleh orang lain;
1   ...   9   10   11   12   13   14   15   16   ...   20


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət