Ana səhifə

R II id kep Raden ra kep radiallahuanhu: Sayidina Umar al-Khatab ~. ra


Yüklə 0.78 Mb.
səhifə9/20
tarix26.06.2016
ölçüsü0.78 Mb.
1   ...   5   6   7   8   9   10   11   12   ...   20

referendum (réferéndum) pemungutan suara rakyat berhubung dgn sesuatu dasar politik, dsb yg penting, pungutan suara: dgn ~ ini, semua rakyat ditanyai buah fikiran mereka berkenaan sesuatu masalah yg besar.

referi (réferi) 1. bp pengadil; 2. orang yg dirujuk utk memberikan maklumat, sokongan dsb tentang watak, kebolehan, kelayakan dsb seseorang, terutamanya yg memohon sesuatu pekerjaan.

reflasi (réflasi) 1. (Eko) tindakan memulihkan semula ekonomi dgn cara meningkatkan penawaran wang dan kredit utk merangsang kegiatan dan pertumbuhan ekonomi dsb; 2. IB ikhtiar utk membaiki nilai wang menjadi nilai sebelum inflasi.

refleksi (réfléksi) bayangan, gambaran (dlm cermin, fikiran, dll): inilah ~ mutlak drpd keperibadian Indonesia; puisi boleh menimbulkan sesuatu reaksi tertentu sbg ~ drpd kehidupan masyarakat.

refleksologi (réfléksologi) sj terapi yg mengamalkan pengurutan tapak kaki utk merangsang saraf dan dgn itu melegakan rasa tegang.

reflektor (réfléktor) IB alat yg mengembalikan cahaya (suara, haba, dll).

reformasi (réformasi) perubahan atau pembaharuan yg mengarah kpd keadaan yg lebih baik, mis dlm sistem sosial, politik, dan kebudayaan sesebuah masyarakat: maka lahirlah ~ gereja Protestan yg memisahkan diri dr gereja Katolik; bahasa Melayu sedang mengalami ~;

mereformasi membuat reformasi pd: keperluan utk ~ sistem pendidikan agama yg ada.

reformis (réformis) orang (golongan dsb) yg menganjurkan atau mengusahakan supaya berlaku perbaikan atau pembaharuan (dlm bidang kebudayaan, sosial, keagamaan, dll).

rega ark harga.

regan (régan) Mn bahagian atas dan bawah rangka jendela.

regang tidak kendur, kencang, tegang (tali yg ditarik, kain yg direntangkan, dll);

beregang-regang 1. merentang-rentangkan anggota badan utk bersiap-siap (hendak bertumbuk dll); 2. = berseregang, bersiregang berkeras-kerasan, bertegang-tegangan, berkelahi; berseregang mulut bertengkar, berbantah keras;

meregang 1. menjadi tegang (tidak kendur): dawai telefon mengendur pd waktu panas dan ~ pd waktu sejuk; bengkak ~; 2. merebut dgn paksa, menarik, menyentak, merenggut; merebut ~ merebut dgn paksa;

~ badan menarik-narik badan (hampir mati); ~ diri menegang-negangkan diri (kerana kesakitan dll); ~ hidupnya sengsara hidupnya; ~ jiwa (nyawa) hampir-hampir mati; ~ telinga menarik (memilin) telinga;

meregangkan menjadikan regang, menarik supaya regang, menegangkan (tali dll), membentangkan (kain dll) tegang-tegang, menghulurkan (kaki, tangan) tegang-tegang: dia ~ kedua-dua belah tangannya;

teregang diregangkan, menjadi regang: dawai yg ~ di dlm kamar;

regangan sesuatu yg regang, tegangan;

keregangan keadaan regang, ketegangan;

peregangan perihal (perbuatan) meregangkan sesuatu.

regas; meregas memotong, mengerat (bulu, rumput, dll).

regat; meregat 1. menyeberangi (jalan, sungai, dll) dgn lurus; 2. memotong perjalanan, memintas.

regata (régata) perlumbaan perahu kayuh, perahu layar, dsb.

rege (régé) sj muzik (atau tarian) berirama rancak yg popular di Hindia Barat.

regek (régék) Pr; beregek bergaya, berhias, bersolek.

regel (régél) IB papan pd tembok, belebas.

regen (régén) IB ark kepala daerah (bahagian dr keresidenan), bupati;

keregenan kabupaten.

reges (régés) Jk luruh daunnya, meranggas.

reggae (réggaé) rege.

regi IB (pengurus) perusahaan monopoli pemerintah: ~ candu; ~ garam.

regio (régio) (Ast) kawasan yg luas yg kelihatan spt berlorek-lorek di permukaan planet atau satelit.

regionalisme (régionalisme) faham (semangat) keserantauan.

regis I Kl bahagian, cabang, cawangan; se~ satu bahagian.

regis II Kd lidi; ~ nyiur;

beregis, beregis-regis bercabang-cabang, bercawang-cawang (tanpa daunnya lagi).

regisir IB pemimpin atau pengatur permainan sandiwara atau filem, sutradara.

register (régister) rekod atau senarai yg mengandungi butir-butir spt nama, alamat, dan aktiviti yg disediakan secara teratur, buku daftar.

beregister berdaftar; surat yg ~ surat yg berdaftar;

meregisterkan memasukkan (mendaftarkan) nama dll ke dlm register.

registrasi (régistrasi) IB pendaftaran, pencatatan (nama dll dlm register).

reglemen (réglémen) IB aturan, peraturan.

regmografi (régmografi) (Fiz) teknik sinematografi sinar-X yg menghasilkan gambar dgn masa dedahan yg amat singkat.

regol (régol) Jw pintu gerbang.

regresi (régrési) IB gerakan dll mundur.

regresif (régrésif) cenderung bergerak ke belakang atau mengundur, mundur: ekonomi pekebun berkenaan bersifat ~.

regu 1. pasukan (rombongan) orang bekerja: buruh di perkebunan itu dibahagi atas beberapa ~; 2. pasukan (kesatuan) tentera yg terkecil (12 atau 14 orang): sepuluh perajurit gerila di suatu desa merupakan satu ~, tiga buah desa membentuk satu platun; 3. satu pasukan pemain dlm olahraga: empat pemain, iaitu satu ~ dan seorang pemain simpanan, akan bertolak dgn kereta; 4. Id golongan, jenis (tumbuh-tumbuhan dll);

beregu berpasangan (dua orang dlm satu pasukan yg bertanding): pertandingan perseorangan dan ~ lelaki;

meregukan membahagi-bahagikan atas beberapa regu; gu I.

reguk Mn teguk: minum se~ air;

mereguk 1. meneguk, minum; 2. ki merasai (nikmat dll): hendak ~ nikmat hidup sepuas-puasnya.

rehabilitasi (réhabilitasi) IB pemulihan kpd keadaan yg dahulu, pemulihan kehormatan;

merehabilitasikan memulihkan kpd keadaan yg dahulu, memulihkan kehormatan (nama baik).

rehal (réhal) sj bangku kecil sbg tempat meletak Quran yg hendak dibaca.

rehat (réhat) melepaskan lelah, mengaso: ~ yg terbaik sekali ialah tidur nyenyak; ubat letih ialah ~; bilik ~ bilik utk melepaskan lelah; kerusi ~ kerusi tempat duduk dgn mengunjurkan kaki; masa ~ waktu utk bersenang-senang melepaskan lelah;

berehat melepaskan lelah, bercuti utk mengaso, bersenang-senang: tiap-tiap petang saya ~ di kebun bunga;

merehatkan membiarkan supaya berehat, membiarkan mengaso: duduk bersandar ~ diri; seminggu di Adelaide, walaupun bekerja tetapi bagaikan ~ fikiran;

kerehatan keadaan rehat: jika tidak ada ~ maka mudahlah datangnya penyakit; istirahat

rehek (réhék) Pr; merehek; kurus ~ kurus kering.

reinkarnasi (réinkarnasi) penjelmaan kembali makhluk yg telah mati (mengikut sesetengah kepercayaan).

reja (réja) buangan, lebihan, lebihnya sesuatu setelah dipotong (dikerat dll);

~-~ ayam bahagian ayam (spt kaki, isi perut, dll) yg dibuang; ~-~ kain potongan-potongan kain yg lebih; ~-~ kayu potongan-potongan kayu yg lebih; ~-~ sabun potongan-potongan kecil sabun; ~ sayung (Hut) bahagian luar kayu balak yg digergaji, dgn satu permukaannya rata dan yg satu laginya melengkung; ~ tepi (Hut) jaluran kayu (biasanya masih berkulit) yg terhasil drpd pemotongan tepi kayu.

Rejab Ar bulan ketujuh dlm tahun Hijrah, bulan Mikraj.

rejah; merejah berjalan menempuh (melanda, merempuh) dgn tidak mempedulikan apa-apa, melanggar;

merejahkan melanggarkan, melandakan;

perejah pelanggar (adat dll).

rejam I; merejam 1. melempari dgn batu: orang itu dipukul dan direjam hingga mati; 2. melempari dgn sesuatu (botol, telur busuk, dll): polis melepaskan tembakan gas pemedih mata kpd kumpulan orang ramai yg ~ batu;

rejaman hasil merejam;

perejam orang yg melakukan rejaman (lembing, tombak dsb): dia menjadi ~ lembing pertama yg mengekalkan kejuaraan dlm sukan Olimpik.

rejam II sl seksaan, aniaya: alamat ~ dan azab atas diriku akan terus berlaku;

merejam 1. menyeksa atau menyakiti (mengikat kaki tangan dan meletakkan di panas terik dll); 2. menolak kepala dll ke dlm air (kerana menyeksa);

merejamkan memasukkan sesuatu ke dlm air sehingga tenggelam, merendam: ambil sebarang bekas kosong dan rejamkan ke dlm air.

rejan I; batuk ~ sj penyakit batuk yg keras dan berjangkit (terutama pd anak-anak kecil); sakit ~ sakit perut dgn buang-buang air;

merejan meneran, mengejan.

rejan II Kl; merejan menghentak-hentakkan kaki (kanak-kanak) kerana marah dll.

rejang I cara perkiraan baik buruk utk tiap-tiap hari bulan biasanya dilambangkan oleh binatang, spt 1 hari bulan oleh kuda, 2 hari bulan oleh kijang, 3 hari bulan oleh harimau, dll (perkiraan ahli nujum).

rejang II; merejang memecahkan, membelahkan, membongkar;

perejang alabangka, linggis.

rejang III; serejang; ~ kuda berlari sejauh kuda melompat (berlari).

rejang IV 1. sj tumbuhan (pokok), jelutung, pulai, Alstonia scholaris; 2. = pokok ~ sj tumbuhan (pokok), pulai paya, pulai putih, Alstonia spathulaa; 3. sj tumbuhan (pokok), babi kurus, ketiak, limau hutan, Acronychia laurifolia.

rejap Tr bocor, tiris (kecil): tempayan itu ~.

rejasa timah.

rejat Kl rejap.

rejeh (réjéh) merah dan berair pd pelupuk mata sebelah dalam, belengset.

rejeng Jk; direjeng ditangkap atau dipegang oleh orang ramai.

rejim (réjim) sistem kerajaan, pemerintahan, atau pentadbiran: ~ penjajahan.

rejimen (réjimen) satu pasukan tentera yg besar yg biasanya diperintah oleh seorang kolonel, resimen.

rejuk; merejuk melompat ke hadapan dan ke atas (spt harimau, kucing, dll).

rek (rék) I bunyi spt bunyi pisau yg digoreskan pd papan dll.

rek (rék) II rak II.

reka (réka) 1. = reka-reka ark aturan, tindakan: mengambil ~ utk menyelamatkan dirinya; 2. = rekaan (sesuatu) yg dibuat-buat (diada-adakan, diakal-akalkan), buat-buat karangan: kita tumpukan perhatian kita pd sebuah keluarga Jepun rekaan kita; cerita seumpama ini adalah semata-mata rekaan; 3. daya upaya (tipu muslihat), akal ikhtiar: ia seorang yg banyak ~nya; ~ letak susunan bahan bertulis, fotograf atau kerja seni pd iklan atau halaman buku, surat khabar, dll;

mereka, mereka-reka 1. menyusun (memasang, mengatur, mengarang) baik-baik: perlembagaan itu telah direka oleh orang yg bijak pandai; sedikit sekali pengarang kita yg dapat ~ cerita-cerita yg bermutu tinggi; siapa tahu kalau cerita itu direka-reka; 2. mencari akal (daya, upaya, ikhtiar): sepanjang minggu, ia mereka-reka keputusan yg akan diambilnya nanti; 3. memikirkan (sesuatu), merancang, merencanakan: seorang ahli sains telah ~ sepasang jangka suhu; dia ~ jawaban yg akan diberikan esok; 4. membayangkan (dlm angan-angan), mencita-citakan: ia mereka-reka siapa yg patut menjadi suaminya; 5. menduga, mengagak-agakkan, mengira-ngirakan: tidak ada orang yg ~ bahawa ia akan terpilih sbg wakil rakyat;

rekaan, reka-rekaan 1. karangan (khayal), cerita karangan: cerita ini semata-mata ~; 2. buatan, ciptaan: reka-rekaan baharu yg dicipta oleh ahli-ahli sains; ~ bunga ciptaan bunga; 3. angan-angan, fantasi, rancangan; 4. kira-kiraan, perkiraan, perhitungan;

perekaan perbuatan mereka: ~ mesingan menyebabkan perang menjadi perkara yg usang;

pereka orang yg mereka (mereka-reka).

reka bentuk (réka bentuk) rancangan (corak, bentuk, dsb) yg menunjukkan susunan, struktur atau aspek-aspek sesuatu (binaan dsb): pengetahuannya tentang penerbangan dibuktikan oleh ~ kapal terbangnya yg pertama;

mereka bentuk membuat reka bentuk (gambaran, lukisan, dll);

pereka bentuk orang yg mereka bentuk.

reka cipta (réka cipta) barang yg pertama kali dicipta, ciptaan baharu;

mereka cipta membuat ciptaan baharu: Alexander Graham Bell ialah orang Amerika yg ~ telefon;

perekaciptaan perihal (proses, perbuatan dsb) mereka cipta;

pereka cipta orang yg mencipta sesuatu yg baharu: John Baird ialah ~ bangsa Scot.

rekah = merekah;

merekah 1. meretak memanjang dan terbuka (kulit buah-buahan, bibir, tanah, dll): apabila air tidak ada, tanah sawah menjadi kaku dan ~; 2. mulai mekar (kuntum bunga), mulai berkembang; 3. mulai terbit (fajar); fajar ~ mulai terbit fajar; spt delima ~ prb perihal mulut serta gigi yg bagus;

rekahan pecahan, retakan, belahan: diintai menerusi ~ dinding;

kerekahan keadaan rekah (merekah); rengkah.

rekal (rékal) rehal.

rekam Kd; merekam hati ~ marah sangat tetapi dlm diam-diam.

rekan Id = rekanan I 1. kawan atau teman (sekerja, seperjuangan, dll): tiga kamar lainnya dihuni ~ sekerja; 2. kawan bersyarikat, kawan bersekutu, dll: ia pun sudah menjadi ~ Si Karim dlm perniagaan batik;

berekan, merekan bersama-sama berusaha (berdagang dll), bersekutu, bersyarikat.

rekan II ark tempat tumpuan barang dagangan, pekan.

rekat; merekat melekat, menampal: gambar itu tidak mahu ~ di dinding;

merekatkan melekatkan, menampalkan: dlm buku itu direkatkannya gambar ibunya;

perekatan perihal (proses atau perbuatan) merekat atau merekatkan: ~ batuan itu menghasilkan permukaan baru yg luas;

perekat gam, lem;

berperekat disaluti perekat: pita ~.

rekat (rékat) Kl rengkat.

rekata ark sj rasi, kala.

rekayasa (rékayasa) penerapan unsur-unsur ilmu, budaya, dsb dlm perancangan, mekanisme kerja, dll sbg asas melaksanakan sesuatu;

merekayasa melakukan rekayasa: DBP harus lebih serius ~ bahasa Melayu di semua sektor, terutama sektor swasta;

perekayasaan proses merekayasa: MABBIM akan mengusahakan kegiatan kebahasaan melalui ~ bahasa ilmiah dan kreatif serta penerbitan.

reke (réké) I sj ikan laut, Triacanthus spp.

reke (réké) II Kl rengkel.

reken (réken) IB; mereken 1. bp menghitung, memperhitungkan, memperkirakan; 2. bp memasukkan dlm bilangan, membilang;

rekenan bp hitungan, perhitungan.

rekening (rékening) IB, bp perkiraan (wang langganan, wang sewa, dll), bil: dgn apa akan dibayarnya ~ doktor itu; ~ hotel sewa hotel; membuka ~ membuka perkiraan (di bank dll); meminta (menarik) ~ menagih pembayaran (wang langganan, sewa, dll); tukang ~ orang (pesuruh) yg menagih rekening.

rekes (rékés) IB 1. (surat) permohonan (lamaran, permintaan, rayuan): buat ~ malam ini dan hantarkan esok pagi; 2. (surat) permohonan (lamaran dll) pekerjaan; 3. = merekes memasukkan surat permohonan (pekerjaan dll), memohon pekerjaan dll.

reket (rékét) Jh; mereket tidak mahu membesar atau segar (bkn badan atau tumbuh-tumbuhan).

reklame (réklame) IB pengumuman kpd orang ramai tentang barang dagangan;

mereklamekan membuat (pengumuman dll) dgn reklame, mengiklankan: tukang ubat berpidato ~ ubat-ubatnya.

reklasering (réklaséring) IB pengembalian ke dlm masyarakat atau kpd kehidupan yg biasa (memberi bantuan kpd orang yg dibebaskan dr penjara supaya dapat pekerjaan, memerhati orang yg kena hukum dgn syarat, dll).

rekod (rékod) I 1. prestasi terbaik yg dicapai dlm bidang sukan: ~ baharu 400 meter telah dicipta oleh Kaufman; memegang ~ mencapai prestasi yg terbaik; memecahkan ~ mengatasi prestasi terbaik yg pernah dicapai; 2. catatan yg dibuat utk ingatan atau rujukan dll, keterangan dll yg tercatat: memberi ~ yg lebih lengkap; mengumpulkan ~ dan dokumen lama; ~ pelajaran (pekerjaan) catatan mengenai pelajaran (pekerjaan); ~ drpd catatan orang-orang Cina tentang negeri Melaka; 3. butir-butir mengenai latar belakang peribadi seseorang: ia mempunyai ~ yg baik;

merekodkan mencatat: ~ hasil kerja; ~ pergerakan kapal.

rekod (rékod) II piring hitam: ~-~ lagu Melayu.

rekoder (rékoder) alat muzik yg terdiri drpd tiub yg agak runcing di hujungnya, mempunyai lapan lubang utk jari, dan bahagian mulutnya spt wisel.

rekok (rékok) Kd ringkuk.

rekomen (rékomén) merekomen, merekomenkan menyokong, memperakukan, atau mencadangkan: saya boleh ~ dia bekerja di sini.

rekomendasi (rékoméndasi) perakuan.

rekonsiliasi (rékonsiliasi) IB perdamaian, perbaikan: ia ingkar, tidak mahu mengetahui kompromi dan ~.

rekonstruksi (rékonstruksi) perbuatan membentuk gambaran, mis tentang sesuatu peristiwa lalu dgn mengumpulkan dan menjalinkan maklumat yg (dapat) diperoleh;

merekonstruksi membuat rekonstruksi: satu usaha sedang dibuat utk ~ syair.

rekor (rékor) Id rekod.

rekot (rékot); merekot 1. menjadi keriting (rambut); 2. menjadi bengkok (badan, dawai, dll); ringkuk.

rekreasi (rékréasi) kegiatan yg menyeronokkan yg boleh menyegarkan kembali kesihatan badan dan melapangkan fikiran, spt beristirahat dan menghiburkan hati, riadah;

berekreasi beristirahat serta menghiburkan hati (utk menyegarkan badan dan akal fikiran): rombongan memburu yg ~ sambil menjalankan tugas.

rekrut (rékrut) 1. anggota yg baru sahaja memasuki perkhidmatan tentera atau polis dan sedang menjalani latihan; 2. anggota baru bagi sesebuah pertubuhan atau badan;

merekrut memasukkan (mengambil) ahli baru: kolej latihan guru dan akademik teologi juga lebih banyak ~ anak-anak drpd kelas pekerja pertanian.

reksa 1. sl menjaga; 2. Id ark polis.

rektifier (réktifier) (Fiz) peranti elektrik yg dapat menukarkan arus ulang-alik menjadi arus terus dgn membenarkan arus mengalir mengikut satu arah sahaja.

rekto (rékto) halaman (buku) yg di sebelah kanan.

rektor (réktor) 1. ketua universiti (maktab dll); 2. ketua dlm biara (Kristian).

rektum (réktum) (Bio) bahagian usus besar yg paling bawah.

rel (rél) 1. besi landasan kereta api dll, landasan kereta api (trem); keluar ~ a) terlepas (terkeluar) dr rel; b) bp terkeluar drpd pokok pembicaraan, menyimpang drpd jalan yg benar, melampaui had; 2. palang lintang utk menggantung sesuatu: ~ langsir palang yg digunakan utk menggantung langsir.

rela (réla) 1. dgn hati yg ikhlas (menerima dll), berkenan, bersedia, sudi: maka ~lah aku pergi mengikut dia ke mana perginya; 2. izin, persetujuan, perkenanan: anakanda datang kerana hendak meminta ~ ayahanda dan bonda; 3. memberikan (dgn ikhlas hati), melepaskan (menyerahkan dll) dgn senang hati: ia sudah ~ akan perbuatan isterinya itu; dgn ~ hati dgn senang atau suka hati: keizinan hendaklah diberikan dgn ~ hati, bukan dgn paksaan atau ugutan;

merelai memberikan (membiarkan, melepaskan, dll) dgn hati yg ikhlas, mengizinkan, memperkenankan: jalan yg direlai Allah;

merelakan 1. menerima (menderita dll) dgn hati yg ikhlas; 2. memberikan (melepaskan, menyerahkan, dll) dgn senang hati; 3. mengizinkan, menyetujui;

kerelaan keikhlasan (hati), keizinan, kesudian, perkenanan, persetujuan: mencari ~ Allah; reda.

RELA (réla) akronim bagi Ikatan Relawan Rakyat.

relah Kd, Pn 1. putus (jahitan): kain engkau tu dah ~, jaga baik-baik sedikit; 2. pecah atau terkoyak (kain, kulit, dll).

relai I sj siput mutiara.

relai II berpisah-pisah, hancur, remuk: mencedok padi yg sudah ~; reput ~ rosak berpisah-pisah (kerana lapuk atau buruk);

merelaikan memisahkan (orang berkelahi, biji-biji padi dr tangkainya, dll): ~ orang berkelahi; ~ biji kacang dr kulitnya.

relai (rélai) Id ark; merelai memancarkan semula (siaran radio dll dr studio lain): berita itu disiarkan oleh RRI Jakarta dan direlai oleh studio Medan.

relak Tr pamor (pd keris dll), urat (pd kayu).

relaks (rélaks) tenang (bebas drpd tekanan atau desakan), santai: temu ramah yg berlangsung dlm suasana ~ dan ketawa;

merelakskan menjadikan relaks: senaman utk merangsang reaksi fizikal sambil ~ tubuh badan.

relaksasi (rélaksasi) bp istirahat: ~ dapat mengawal rasa resah dlm jiwanya.

relang I; merelang cemerlang, gilap, kilau-kilauan.

relang II Kd, Pn 1. lingkaran (drpd rotan dll) spt yg dipasang di tengkuk kambing; 2. kesan atau cat pd batang dll yg melingkari batang itu;

merelang membuat relang (dgn cat dll): ia ~ tiang rumahnya dgn cat yg beraneka warna.

relap; merelap berkilau, berkilat;

merelap-relap berkilau-kilau, berkilat-kilat.

relaps (rélaps) (Ubat) kemunculan semula gejala penyakit sesudah kelihatan hampir sembuh (dlm beberapa minggu atau bulan).

relas; merelas 1. sl membuang kulitnya, menguliti, mengupas; 2. Kd mengambil seluruhnya (terutama buah-buahan): rambutan saya habis direlas pencuri malam tadi.

relasi (rélasi) IB hubungan, perhubungan, pertalian: setiap orang menempuh jalannya sendiri-sendiri melalui ~nya; banyak ~ banyak hubungannya (dgn orang lain).

relatif (rélatif) bkn sesuatu yg berdasarkan perbandingan atau saling berkait dgn sesuatu yg lain, tidak mutlak, nisbi, bandingan: sebenarnya kesopanan itu satu konsep ~; kini usia kemerdekaan telah memberikan pengalaman kehidupan yg secara ~ boleh dikatakan memadai sehingga pd satu peringkat;

kerelatifan perihal (keadaan dsb) relatif.
1   ...   5   6   7   8   9   10   11   12   ...   20


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət