Ana səhifə

R II id kep Raden ra kep radiallahuanhu: Sayidina Umar al-Khatab ~. ra


Yüklə 0.78 Mb.
səhifə20/20
tarix26.06.2016
ölçüsü0.78 Mb.
1   ...   12   13   14   15   16   17   18   19   20

rupa-rupaan sl ark rupa-rupa, berbagai-bagai (rupa).

rupal sj tumbuhan (pokok), bekoi, berkol, buah babi, tukoi, Crypteronia paniculata.

rupawan elok rupanya, cantik: gadis ~;

kerupawanan kecantikan: ia menjadi pujaan ramai kerana ~nya dan kebaikan perangainya.

rupee (rupi) unit mata wang India, Pakistan, Sri Lanka dan beberapa negara lain.

rupi  rupee.

rupiah unit mata wang Indonesia; ~ sikah sj mata wang lama India;

serupiah satu rupiah, seperak;

merupiahkan menukarkan (wang asing) menjadi rupiah.

rupuh; merupuh; bunyi ~ berbunyi kuat (spt pokok besar tumbang dll).

rupung ruyung, huyung-hayang.

ruruh luruh.

rurut I Mn gugur, jatuh: telah ~ bunga hayatku sebelum dia mekar; ~ hati jatuh hati, terharu hati; lurut II.

rurut II; merurut melurut (melucutkan, meluluskan) cincin dll; lurut I.

rusa I sj binatang yg tanduknya bercabang-cabang dan memakan tumbuh-tumbuhan, menjangan, Cervus equimus; jenis-jenisnya: ~ babi, ~ balas, ~ dandi, ~ nibung;

~ di hutan, kancah sudah terjerang prb barang sesuatu yg belum pasti didapat sudah direka-reka akan gunanya; mati ~ kerana jejak, mati kuau kerana bunyi prb mendapat bencana kerana perbuatannya atau sesuatu yg menjadi kemegahannya; mati ~ kerana tanduknya prb mendapat kecelakaan kerana sesuatu yg menjadi kemegahannya; spt ~ kena tambat prb selalu dlm keluh-kesah; spt ~ masuk kampung prb tercengang-cengang; tak akan rintang ~ oleh tanduknya prb tidak terganggu seseorang yg cekap itu drpd melakukan pekerjaannya.

rusa II; akar ~ = rusa-rusa sj tumbuhan (pokok memanjat), akar telur bujuk, akar kacang-kacang, Agelaea verstita; pokok ~ sj tumbuhan (pokok kecil), mempisang, Vitex hollrungii.

rusam Kd sj alat (batang atau pegangan yg boleh berputar) utk mengajar anak-anak kecil berjalan.

rusih; pokok ~ sj tumbuhan (pokok kecil), kayu membuah, jambul burung cicit, Polyalthia beccarii.

rusuh I 1. terganggu ketenteraman (kerana perbuatan jenayah spt pencurian dll), tidak aman: keadaan ekonomi yg begitu buruk menyebabkan daerah kami ~ sekali; 2. gaduh, huru-hara, kacau, ribut: negara itu menjadi ~ selepas pemberontakan oleh tentera; 3. tidak sopan (kelakuan, perkataan, dll), kasar (permainan bola sepak dll), tidak berperaturan, ceroboh: bahasanya ~ benar; ~ benar makanannya apa sahaja dimakannya; 4. tidak tenteram fikiran, (sangat) gelisah: ~ resah berbagai-bagai kegelisahan (tidak aman dll);

merusuh membuat rusuh (spt mengacau, merompak, mengganggu ketenteraman, dll): orang salah ~ dlm penjara; sekumpulan kecil drpd penonton telah ~ kerana tidak puas hati dgn keputusan pengadil;

merusuhi mengganggu (ketenteraman), mengacau: tikus tanah yg selalu ~ sawah kami;

merusuhkan menyebabkan rusuh, menimbulkan huru-hara (kekacauan, keributan, dll);

rusuhan kejadian merusuh: banyak yg luka akibat ~ pelajar-pelajar itu; ~ kaum rusuhan yg berlaku di kalangan anggota kaum-kaum yg berlainan dlm sesebuah komuniti atau negara, yg berpunca drpd sebab-sebab tertentu; pasukan (polis) pencegah ~ polis utk memadamkan rusuhan;

kerusuhan perihal rusuh (kekacauan, keributan, dsb);

perusuhan 1. perbuatan merusuhi (merusuhkan); 2. huru-hara, pemberontakan, dsb;

perusuh pengganggu ketenteraman, pengacau, penderhaka.

rusuh II = ~ hati sentiasa gelisah (khuatir, sedih, susah), tidak tenang hatinya: semalam-malaman itu ia sudah ~, sudah gelisah sangat, tidak tidur sepicing jua;

berusuh; ~ hati bersusah hati, berdukacita, gelisah: banyak juga orang yg ~ hati dgn keberhentian pegawai tinggi itu;

merusuh menjadi rusuh (gelisah, khuatir, sedih): ia mulai tenang, lebih dikuasainya hati yg ~ itu;

merusuhkan 1. = memperusuh membuat (menjadikan atau menimbulkan) rusuh hati, menggelisahkan, menyusahkan: tingkah laku anaknya yg seorang itulah yg ~ hatinya; banyak perkara yg ~ fikirannya sekarang; 2. khuatir akan sesuatu, selalu memikirkan, membimbangkan: selalu sahaja ada perkara yg dirusuhkan;

kerusuhan; ~ hati perihal rusuh hati (kegelisahan).

rusuk I 1. samping, sisi (sebelah badan dll): satu tumbukan lagi kena di

bawah ~ ; angin bertiup di ~ angin bertiup dr sebelah (bukan dr hadapan); tumbuk ~ bp memberi rasuah; 2. pinggir, tepi (jalan dll); ~ jalan jalan kecil di tepi jalan besar; ~ kepala alur di bahagian bawah belakang kepala, cekung (pelipis) kepala; ~ surat tepi surat; daerah ~ daerah pinggir (perbatasan); pintu ~ pintu yg di sebelah (tepi); 3. = tulang ~ bilah-bilah tulang dr tulang belakang ke tulang dada, iga: ~nya patah akibat jatuh;

~ benua (Geog) dasar laut yg tidak begitu dalam yg letaknya dekat pantai; ~ kanan (kiri) sebelah kanan (kiri);

merusuk 1. menikam dll di sisi (sebelah) atau pd lambung: dirusuknya orang itu di sebelah kanan; 2. menurut sisi, menepi, menyusur (tepi), mendekati dr samping: berjalan ~; 3. rusuk, (tidur dll) di atas tulang rusuk, mengiring: dia tidur ~.

rusuk II (Mentawai) rumah sementara waktu.

rut I ark lut, telut.

rut II Kl; merut memperkuat (ikatan).

rutai; merutai mencomel, mengomel: suara bininya masih kedengaran ~ macam bertih.

rutbir sj minuman (bukan arak) yg diperbuat drpd pati beberapa jenis akar tumbuhan.

rutenium (ruténium) (Kim) sj unsur kimia logam keras berwarna putih keperak-perakan yg terdapat terutamanya dlm bijih platinum, digunakan sbg mangkin dan dlm aloi tertentu.

ruterfordium (Kim) sj unsur logam yg radioaktif.

rutin 1. pekerjaan atau cara melakukan sesuatu yg telah menjadi kelaziman dan tidak berubah: ~ kerja mingguan yg perlu dibereskan; 2. sudah menjadi kebiasaan atau kelaziman, biasa, lazim: masa selebihnya digunakan utk kerja-kerja ~ spt berkemas, membasuh, menggosok, dan kerja-kerja dapur; peraturan ~; 3. (Komp) atur cara atau bahagian atur cara yg melaksanakan sesuatu fungsi.

rutu  rutuk.

rutuk; merutuk mengomel, menggerutu: ia masih ~ dan bersungut-sungut sambil mengemaskan rumah.

rutup ark riuh-rendah, hiruk-pikuk;

merutup berbunyi riuh-rendah (hiruk-pikuk), berbunyi spt benda meletup banyak-banyak.

RUU Id kep Rancangan Undang-Undang.

ruwat tidak keruan, kacau, kalut, kusut, rumit, sulit: perubahan kata kerja yg ~ dan sulit spt pd bahasa-bahasa Indo-Jerman tidak ada;

meruwatkan mengacaukan, mengalutkan, mengusutkan, menyulitkan: acap kali kiasan malah mengusutkan maksud, ~ makna;

keruwatan kekacauan, kekalutan, kekusutan, kesulitan: di mana-mana, yg lama dgn yg baharu bertempur hebat, ~ yg tidak habis-habisnya timbul drpd pertempuran itu.

ruwet Jw ruwat.

ruwin Kl alat tenun.

ruyung I kulit atau kayu yg keras drpd batang rumbia (enau dll);

jika tidak dipecah ~ di mana boleh mendapat sagu prb tidak akan tercapai cita-cita dgn tidak berusaha kuat; awak yg payah membela ~, orang lain yg beroleh sagunya prb kita yg berusaha dan bersusah payah tetapi orang lain yg mendapat faedahnya.

ruyung II 1. Kl condong, senget (rumah, pokok, dll); 2. Pr huyung; royong II.

ruyup = meruyup 1. sangat mengantuk (berasa atau kelihatan): matanya ~; 2. turun atau masuk (matahari): matahari dah ~ apabila ia sampai;

meruyupkan; ~ mata memejamkan (mata).
1   ...   12   13   14   15   16   17   18   19   20


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət