Ana səhifə

R II id kep Raden ra kep radiallahuanhu: Sayidina Umar al-Khatab ~. ra


Yüklə 0.78 Mb.
səhifə2/20
tarix26.06.2016
ölçüsü0.78 Mb.
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   20

ragam II Jw bersatu hati, rukun;

meragamkan mengeratkan persaudaraan (persahabatan dll), merukunkan;

keragaman kedamaian, kerukunan.

ragan Kd ark tujuh.

ragang I; meragang 1. memanjat (dgn memegang): ia jatuh ~ pagar; pokok ~ pokok yg memanjat pd benda-benda lain; 2. menyerang dan menyerbu (kota dll), merangsang; ~ gawe (Palembang) menggunakan kekerasan terhadap perempuan, memperkosa perempuan.

ragang II; ragangan Jk rangka bangunan dll, tulang-tulangan.

ragas I; meragas 1. sl menyentak (rambut, rumput, dll); 2. ark memotong rambut, memangkas tanaman, dll.

ragas II; meragas 1. melata naik, memanjat (tumbuh-tumbuhan): batang semalu diliputi duri-duri dan ~ naik ke atas rumpun-rumpun pokok yg tidak begitu tinggi; 2. bp memanjat-manjat (kerana bermain-main spt yg biasa dilakukan oleh kanak-kanak): jangan suka ~, nanti jatuh.

ragbi sj permainan bola yg para pemainnya (antara dua pasukan yg berlawan) boleh membawa bola dgn tangan; bola ~ bola bujur utk permainan ini.

ragbol IB, bp sj sikat (sapu) bulat yg bertangkai panjang utk membersihkan sawang dll.

ragem Jw ragam II.

ragi I 1. sj bahan yg dibuat drpd beras dll utk menapai (tapai, arak, dll); 2. berjenis-jenis zat yg mengandungi ragi;

beragi 1. menggunakan ragi: roti yg tidak ~; 2. berbuih, berbusa (kerana ragi), muai;

meragi membubuh ragi (pd): utk membuat tapai, ubi kayu itu diragi dahulu;

meragikan menjadikan ragi.

ragi II warna (kain), corak (anyaman, batik, dll): kain tenunan ~ jawa; cantiknya ~ tikar ini;

meragi mewarnai (kain dll).

ragi III; meragi 1. mengadun (rempah dll), mencampur: minta tolong dia ~ rempah kambing; 2. Kl mencampur sesuatu utk dibahagi sama rata.

raghib Ar asyik, gemar, suka sekali: membaca kitab dgn ~.

ragin sl tumbuhan (pokok memanjat), Microglossa volubilis.

rago Sr; udah ~ sudah sibuk.

ragu; ~ hati = ragu-ragu syak hati, bimbang, bingung, sangsi, waswas: ia ragu-ragu tentang kejujuran pemuda itu; ia berasa ragu-ragu hendak menjawab;

meragu Mn mengganggu, mengacau, membingungkan: jangan ~ engkau di sini, mari pulang;

meragui menaruh syak pd, bimbang terhadap, sangsi terhadap, waswas terhadap, mengesyaki: kedudukan persoalan sudah jelas, tidak ada suatu yg diragui lagi; kejujuran orang itu masih diragui lagi;

meragukan menjadikan ragu-ragu: jadi, apakah yg ~ hatimu lagi?

keraguan, keragu-raguan 1. perihal ragu, kesangsian, kebingungan: kelewatannya pulang drpd biasa menimbulkan ~ dan sangkaan yg bukan-bukan drpd isterinya; keragu-raguan itu timbul kerana kata yg dipakai kurang jelas; 2. = ragu-raguan dlm keadaan ragu-ragu (bimbang, sangsi, syak): Nawawi bertanya ~.

raguk  reguk.

ragum sj alat (drpd besi) utk menyepit atau memegang benda yg hendak dikikir dll.

meragum mencabut (menyepit dsb) dgn ragum: ~ paku.

ragung ark; teragung terlanggar, tertumbuk; agung II.

ragus rabut.

ragut; meragut 1. menarik (menyentak, merabut, mencabut) dgn paksa atau dgn kekuatan: tas tangannya diragut perompak; 2. memakan rumput hidup dsb (bkn lembu, kambing, dll): yg meragut-ragut rumput, itulah kerbau; 3. ki mencabut, merampas, menyebabkan kehilangan (sesuatu) secara paksa (tiba-tiba dsb): dia berasa dirinya diperlakukan secara tidak adil apabila kebahagiaannya yg tinggal secebis itu diragut dgn tiba-tiba; ~ nyawa menyebabkan mati dgn tiba-tiba: kemalangan itu telah ~ nyawa pemandu tersebut;

ragutan hasil meragut;

peragut orang (penjahat) yg meragut dan melarikan sesuatu barang yg sedang dipakai atau dibawa oleh seseorang: pelancong asing juga sering menjadi sasaran ~ bermotosikal; dlm kejadian itu, ~ melarikan beg tangan seorang wanita yg sedang membeli-belah.

rahak I Mn dahak.

rahak II Kl, Tr pekerjaan yg berat lagi rumit, pekerjaan yg teruk benar.

rahak III Sl roboh, runtuh (rumah dll yg sudah buruk).

raham  rahim I.

rahang I bahagian kepala di sebelah depan yg terdiri drpd dua tulang (tulang rahang) yg membolehkan mulut dibuka dan ditutup;

~ atas tulang rahang sebelah atas; ~ bawah tulang rahang sebelah bawah; keras ~ tidak mahu mengalah (tidak mahu menurut, ketegar); tali ~ tali kekang (yg diikat pd rahang kuda dll); tulang ~ tulang pd rahang.

rahang II Ph rasa spt rasa jering.

rahap I; kain ~ = tudung ~ kain (tudung) utk menutup mayat;

merahap 1. menutup mayat dgn kain (rahap): ia ~ mayat ibunya; 2. menutup (badan dgn kain): ia dapat ditenteramkan, diletakkan di tempat tidur, dan dirahap dgn kain batik lepas;

merahapkan menggunakan kain utk menutup;

perahap kain rahap.

rahap II; merahap 1. = terbang ~ terbang turun (hinggap): burung punai berkawan-kawan terbang ~ hinggap di dahan ara; 2. bertelut di samping orang yg berbaring dll, meniarap, menyerahap: Mokhtar ~ di kaki ibunya dan menangis tersedu-sedu;

bagai dirahap kain basah prb dingin sejuk badan kerana melihat (mendengar khabar mengenai) kejadian sedih dan ngeri;

terahap tertelungkup (jatuh).

rahat I roda (jentera) utk menggulung benang pd alat memintal benang.

rahat II gugur dgn banyak (durian): buah durian dlm kampung itu sudah cukup ~ atau memuncak gugurnya; gugur ~ gugur dgn banyaknya.

rahat III Ar istirahat, rehat.

rahi berahi.

rahib Ar orang yg bertapa dlm biara Kristian.

rahim I Ar 1. belas kasihan: belas ~; kasihan ~; ia hidup mengikut ~ dan belas kasihan orang lain; 2. pengasih, penyayang; Allah yg ~ Allah Yang Maha Pengasih;

merahimi menaruh belas kasihan pd, mengasihi, menyayangi;

kerahiman perihal rahim (belas kasihan); rahman.

rahim II Ar organ pd perempuan dll utk mengandung anak, kandung(an), peranakan: ayahnya meninggal ketika ia masih dlm ~ ibunya; ~ bunga ovari.

rahimahullah Ar Allah menaruh belas kasihan padanya.

rahman, rahmani Ar belas kasihan, pengasih: Tuhan yg bersifat ~ dan rahim; rahim I.

rahmat Ar 1. belas kasihan: moga-moga Tuhan mengurniakan ~ ke atas hakim; dipohonkan ~ drpd Yang Maha Kuasa; 2. kurnia, berkat: ~ Allah; mudah-mudahan Allah limpahkan ~ dan nikmat hidup padanya; 3. bahagia: malam itu mereka berjumpa lagi, alangkah ~nya; 4. kelebihan, hikmah, faedah, kegunaan: dia teringat kpd ~-~ puasa yg diamalkannya selama ini;

kata yg benar ditidakkan, ~ Tuhan dilarikan prb ingkar drpd mengakui kebenaran;

merahmati 1. mengasihani; 2. memberkati, menganugerahi, mengurniai.

rahmatullah Ar; kembali (pulang) ke ~ meninggal dunia, mati.

rahsia 1. benda yg tersembunyi (diketahui oleh satu atau beberapa orang sahaja): ia cuba mencungkil ~ yg tersurat di hati Noor; membuka (memecahkan, membongkar) ~ menceritakan sesuatu rahsia; memegang (menyimpan) ~ tetap tidak mahu menceritakan sesuatu rahsia; 2. sesuatu (benda, akal, dll) yg sengaja disembunyikan supaya orang lain tidak mengetahuinya: kalau tidak mengetahui ~ musuh, bagaimana hendak mengalahkannya; dlm kitab ini diterangkan segala ~ utk mencapai keredaan Allah; pintu ~; surat ~ surat yg isinya khusus utk orang yg tertentu sahaja; 3. secara tidak disiarkan (tidak diketahui orang), diam-diam, gelap, sulit: perempuan ~ menteri-menteri di Cameron Highland; (per)hubungan ~ (per)hubungan yg senyap-senyap (diam-diam) dgn tidak diketahui orang;

~ alam bahagian (keadaan dll) alam yg belum diketahui orang; ~ jabatan Id rahsia bkn urusan pejabat;

berahsia 1. mempunyai rahsia, menaruh rahsia; bilik ~ bilik yg ada rahsianya; 2. menyembunyikan sesuatu drpd: tidak perlu ~ lagi dgn aku; 3. memberitahukan sesuatu rahsia kpd: ia telah berjaya membawa Awang Putat ~ ke tepi Sungai Pahang;

berahsia-rahsia menyembunyikan sesuatu dgn sungguh-sungguh supaya tidak diketahui oleh orang lain: beliau lebih suka bersendiri, lebih banyak ~ dlm tindakannya; aku tidak suka ~ dan mengecewakan orang lain, apatah lagi engkau rakan akrab dan jiran terdekat aku;

merahsiakan tidak memperlihatkan (memberitahukan), menyimpan sbg rahsia: kenapa kakak masih mahu ~ hal kakak itu kpd saya?

kerahsiaan perihal rahsia: Mubarak datang dgn penuh keghaiban dan ~;

perahsiaan perbuatan merahsiakan sesuatu;

perahsia suka berahsia: anak muda itu pendiam dan ~.

Rahu raksasa (kononnya ada kepalanya sahaja) yg menelan bulan atau matahari dan menyebabkan gerhana.

rai I bunyi biji-biji (butir-butir) kecil jatuh.

rai II sj tumbuhan bijirin yg bijiannya dijadikan tepung, makanan ternak, wiski dsb, Secale cereale.

rai (ra.i); meraikan 1. menjamu (utk memuliakan, menghormati): tujuan kenduri ini ialah melepaskan orang yg hendak berjalan dan meletakkan orang yg tinggal, yakni ~ orang yg pergi dan memberi gembira dan sokongan bagi orang yg tinggal; 2. mengadakan keramaian, merayakan: sekalian tertunggu-tunggu hendak ~ temasya bersuka ria; kaum Sakai dlm hutan itu sibuk bersiap-siap kerana hendak ~ perkahwinan anak batin mereka;

keraian 1. jamuan (utk memuliakan dll): suatu majlis ~ diadakan di Istana Negara; 2. keramaian, perayaan: ~ menyambut Maulud Nabi.

raiat  rakyat.

raifal sj senapang berlaras panjang yg bahagian dalamnya mempunyai alur berpilin supaya pelurunya berpusing apabila ditembakkan; ~ angin raifal yg menembakkan peluru dgn tekanan udara, senapang angin.

raih tarik, lwn tolak (dorong, sorong); tolak (menolak) ~ a) beri-memberi serta ambil-mengambil; b) tawar-menawar (berjual beli);

meraih 1. menarik kpd diri sendiri: Sufian diraihnya ke dadanya; ia ~ anak itu ke dlm rangkulannya; ~ dayung; 2. ki menarik (hati), memikat (orang dll); ~ hati menarik hati; 3. memborong utk menjual lagi (barang dagangan): kerjanya ~ ikan utk dibawa ke kampung-kampung; 4. memperoleh, mendapatkan, mengumpulkan: memang benar kata-kata Joyah isterinya, apalagi mahu diraih rezeki di sungai itu; dia hanya berjaya ~ pingat perak dlm acara 200 meter;

~ pekung ke dada prb sengaja mencari malu atau bencana; ~ pangkur ke dada prb insaf akan diri sendiri; malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih prb segala-galanya terserah kpd untung (nasib);

peraih 1. pedagang yg membeli barang dgn jumlah yg banyak dan kemudian menjualnya, pemborong, orang tengah; 2. sampan utk berdagang (memborong barang-barang dan menjualnya); berjagal ~ Mn berjual beli barang dlm jumlah yg banyak, memborong.

rairat ark ghairah.

rais; merais menyapu dan menghimpunkan (sampah, sisa makanan, dll).

rait bp tanda (√ ) utk menandai sesuatu yg betul, sudah dikerjakan, dsb: jawaban yg betul ditandakan dgn ~ dan jawaban yg salah ditandakan dgn pangkah.

raja I 1. orang yg mengetuai dan memerintah sesuatu negara (bangsa), kepala negara (yg diwarisi): ~ Inggeris pd masa ini ialah seorang wanita; 2. kepala negeri, sultan: di Malaysia Barat lapan drpd raja-rajanya bergelar sultan; 3. kepala suku (daerah): di Nusa Tenggara masih banyak ~; 4. gelaran orang bangsawan (keturunan sultan); 5. ark bp orang yg berkuasa, ketua, pemerintah: kompeni Inggeris akan kembali semula menjadi ~ di Melaka; di dlm kapalnya dialah ~, memerintah dr haluan ke buritan; kita boleh menjadi ~, boleh memerintah semua orang lelaki yg termakan budi kita; 6. orang yg besar kuasanya (pengaruhnya dll) dlm sesuatu lingkungan (spt dlm lingkungan perusahaan, kewangan, dll); ~ minyak orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan minyak; ~ getah orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan getah; 7. binatang (jin dll) yg menguasai binatang (jin dll); ~ jin; ~ laut; ~ rimba; ~ binatang singa; 8. nama buah catur yg terpenting; 9. nama kad (terup) besar yg bergambar raja;

~ agas gelaran seseorang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ badar sj kain putih; ~ berpelembagaan raja yg pemerintahannya tertakluk pd peruntukan perlembagaan negara; ~ besar raja yg berkuasa (berpemerintahan) besar; ~ bola pemain bola yg pandai; ~ cacing orang yg sangat kurus; ~ jenang (jejenang) orang yg mengatur dlm penyabungan ayam; ~ kecil putera raja; ~ kecil besar putera mahkota; ~ kecil muda putera raja yg bongsu; ~ laut laksamana; ~ muda putera mahkota, tengku mahkota, pemangku raja yg memerintah (tanah jajahan dll); ~ penomah pemberian kpd bakal mentua; ~ permaisuri gelaran isteri raja yg memerintah sesebuah negeri (negara); ~ Permaisuri Agong gelaran utk permaisuri Yang di-Pertuan Agong; ~ putih penyakit keputihan; ~ sehari (sari) pengantin; ~ singa penyakit perempuan, sifilis; ~ wang orang yg sangat kaya; (si) ~ diraja usungan jenazah raja;

~ adil ~ disembah, ~ tak adil ~ disanggah prb raja yg adil disayangi, dan raja yg zalim dibenci; siapa pun menjadi ~ tanganku ke dahi juga prb siapa pun yg menjadi raja, dihormati juga; spt ~ dgn menteri prb bersetuju dlm segenap hal; tak ada (tiada) ~ menolak sembah prb tidak ada orang yg tidak suka dihormati;

beraja 1. berlaku sbg raja, menjadi raja; ~ di mata, bersultan di hati = ~ di hati, bersultan di mata prb mengikut nafsu masing-masing; 2. ada rajanya, mempunyai raja: adat negeri itu tiada ~, batin sahaja penghulunya; baiklah raja ini kita rajakan di sini kerana kita pun tiada ~; ~ kpd mengabdikan (menghambakan) diri kpd;

beraja-raja sl bercampur (bergaul) dgn raja, hidup bersama-sama raja (tahu adat-istiadat di dlm istana): baiklah anakku, supaya engkau tahu ~;

berajakan mengabdikan diri kpd, beraja kpd: segala orang Melaka terlalu sangat kasih dan setuju ~ beliau;

meraja 1. spt raja, berbuat (berlaku, berlagak) spt raja; 2. ki merajalela: penyeksaan telah ~ di kampung itu;

merajai 1. menjadi raja di (atas), memerintah: Sultan Muzaffar Shah mula-mula sekali ~ negeri Perak; 2. ki menguasai, mempengaruhi: hati akan ~ seluruh jiwa; ia terlalu banyak dirajai oleh perasaan; apabila cinta sudah ~ hati, segala-galanya adalah indah belaka; ~ diri menguasai diri;

merajakan 1. menjadikan raja, menobat jadi raja: maka anakanda baginda yg tua itulah dirajakan menggantikan ayahanda baginda; 2. menganggap atau memandang sbg raja: ~ pangkat;

kerajaan 1. negeri atau negara yg dikepalai oleh raja : ~ Malaysia; ~ Arab Saudi; 2. pemerintahan, negara: ~ Indonesia berparlimen; 3. martabat (kedudukan) raja: setelah nenda hilang, ayahanda Badanul menggantikan nenda di atas ~; 4. tanda-tanda alat kebesaran raja: pakaian ~; payung ~; takhta ~; 5. sifat sbg raja: jika tiada diketahuinya tujuh perkara, tiada layak ia naik raja dan tiada sempurna ~nya; 6. sl naik takhta, menjadi raja: jika ia ~, tiada akan sempurna negeri ini;

~ buangan pemerintahan yg dijalankan di luar negara (kerana negara ditawan musuh dll); ~ campuran pemerintahan yg anggota-anggota kabinetnya terdiri drpd berbagai-bagai golongan parti politik; ~ negeri pemerintahan negeri yg menjadi sebahagian drpd kerajaan kebangsaan atau pusat; ~ pusat pemerintahan yg bersifat kebangsaan (tidak dr negeri bahagian); ~ sementara kerajaan yg dibentuk utk memerintah atau mentadbir negara sehingga terbentuk kelak sebuah kerajaan yg sempurna menurut perlembagaan dsb; ~ sendiri pemerintahan yg setengah merdeka (pemerintahan yg mempunyai sebahagian kemerdekaan, bukan kemerdekaan penuh); ~ tempatan (Udg) sistem kerajaan yg meletakkan pentadbiran hal ehwal kerajaan pd pihak berkuasa setempat, mis majlis perbandaran dan majlis daerah;

berkerajaan mempunyai kerajaan, ada kerajaannya: perubahan-perubahan yg patut dibuat bagi mencapai taraf ~ sendiri.

raja II; ~ udang sj burung, binti-binti, Alcedo meninting verrauxii; burung ~ udang sj burung, pekaka cicit, Alcedo atthis bengalensis.

raja III; kayu ~ sj tumbuhan (pokok) Cassia fistula; rumput ~ sari sj anggerik, anggerik raja sari, Dendrobium calcaratum.

rajah I 1. tulisan (gambaran, suratan, tanda-tanda, dll) yg dibuat sbg azimat (ubat penghalau hantu dll); 2. garis-garis pd tapak tangan, suratan tangan; 3. coreng-coreng pd tubuh yg dibuat dgn barang tajam dll, cacahan; 4. gambar dgn garis-garis, bagan;

merajah 1. membuat rajah (dgn kapur dll) sbg mengubat orang sakit dll; 2. mencoreng (badan), mencacah; 3. sl merodok, menusuk dgn tombak (lembing dll): dirajahnya dgn tombaknya;

merajahkan membuat rajah sesuatu, melukis sesuatu dgn rajah: rajahkan sebuah bilik rehat.

rajah II; ~ bangun sj tumbuhan (herba), kerencong, setawar padang, tumbuh daun, Bryophyllum pinnatum (calcynum); ~ kayu a) sj tumbuhan (pokok), dulang, tengguli, Cassiafistula; b) sj tumbuhan (herba), juang-juang, jenjuang, lenjuang bukit, tapak leman, tapuh, Dracaena congesta; c) sj tumbuhan (pokok renek), Dracaena porteri (congesta).

rajalela (rajaléla); merajalela 1. melakukan sesuatu dgn sesuka hati, berbuat sesuka hati (sewenang-wenang); 2. timbul menular-nular, bercabul (penyakit dll); 3. menjadi-jadi, berkecamuk: Paris telah dikepung, kelaparan ~; dia cuba utk menghilangkan fikiran yg ~ dlm otaknya;

bermerajalela merajalela.

rajan keluar darah yg berlebihan (pd perempuan yg datang bulan).

rajang Jw; merajang menghiris tipis-tipis, menyayat tipis-tipis, meracik: ~ daun nasi ulam;

rajangan hirisan, racikan; tembakau ~ tembakau racikan.

rajastali; pisang ~ sj pisang, pisang keling; rastali.

rajau Pr padi (pokok dan buah) yg ditinggalkan ketika dituai pertama kali (kerana kurang masak);

merajau menuai padi yg dahulunya ditinggalkan.

rajawali 1. sj burung, Accipiter badius poliopsis; 2. sj burung, lang belalang, Microhierax fringillarius.

raji (raj.i); talak ~ talak (cerai) pertama dan kedua, talak (cerai) yg boleh dirujuk semula.

rajim Ar yg dilempari dgn batu, yg disumpahi (syaitan).

rajin 1. suka bekerja (belajar dll), giat, bersungguh-sungguh, tekun: dia ~ belajar; dia ~ bekerja utk menambah pendapatan keluarga; 2. kerap kali, selalu (berbuat sesuatu, melakukan sesuatu): ia ~ ke masjid; tak ~ Kl, bp tidak pernah;

rajin-rajin dgn sungguh-sungguh rajin, dgn rajin betul: kita mesti belajar ~ supaya tidak menyesal bila dewasa kelak; Is mesti berjanji akan ~ minum ubat dan susu supaya lekas sembuh;

merajinkan; ~ diri berusaha benar-benar, mengusahakan diri;

kerajinan 1. perihal rajin, kegiatan, ketekunan: guru hendaklah mendatangkan kecenderungan dan ~ pd kanak-kanak; kerana ~ dan ketekunan semua pekerja di lombong itu, syarikat mengambil keputusan memberi mereka bonus; 2. perusahaan membuat (menghasilkan) sesuatu: mereka mesti pandai memajukan ~ rakyat;

~ rumah tangga perusahaan kecil yg dikerjakan di rumah; ~ tangan pekerjaan (perusahaan) dgn tangan (bukan dgn mesin).

rajok Mn pancang drpd kayu hidup (utk batas dll).

rajuk; merajuk 1. menunjukkan rasa tidak suka (enggan bercakap, enggan bekerjasama, enggan bergaul, dll): isterinya yg ~ itu dijemput kembali; 2. bersungut-sungut, merungut-rungut (kerana tidak senang hati dll): kenapa ia ~ petang semalam?; ~ pd yg kasih (sayang) prb barang kehendak janganlah yg mustahil (hendaklah mana yg mungkin);

merajuki merajuk terhadap (kpd): kalau lambat pulang ia akan dirajuki isterinya;

perajuk (orang yg) suka merajuk.

rajungan sj ketam yg sedap dimakan.

rajut 1. jala-jala, jaring-jaring; 2. siratan benang dll yg berupa jaring utk membuat pundi-pundi (dipakai pd sanggul dll); 3. pundi-pundi (pura, kantung) yg dibuat drpd siratan benang (rami dll): walaupun meregas rumput dan menjualnya tiga sen se ~ , atau membuka toko yg bertingkat-tingkat.... ;

merajut 1. menyirat jaring-jaring (jala-jala), membuat rajut: gentian bulu itu dipintal menjadi benang, kemudiannya ditenun menjadi kain, ataupun dirajut menjadi pakaian; 2. memasang rajut;

~ badan menyusahkan diri; ~ burung menangkap burung dgn menggunakan rajut (jaring); ~ perut menahan lapar, menahan (mengurangkan) makan;

rajutan sesuatu (jala, jaring, dll) yg dirajut: ~ yg kemas;

perajutan perihal (perbuatan dsb) merajut;

perajut 1. orang yg merajut (jaring, jala dsb); 2. alat utk merajut (menyirat).

rak I 1. bunyi spt bunyi pena yg digoreskan; 2. bunyi spt bunyi kayu patah dll; ~-rok bunyi pokok yg patah;  derak.

rak II sj para-para drpd kayu atau logam utk meletakkan pinggan mangkuk, buku, dll; ~ buku para atau tempat meletakkan buku.

rak III Kl semak-samun (tipis).

rak IV Kl larat.

raka retak dan hampir pecah atau patah (kayu, pinggan, dll): pinggan itu ~, hanya menanti pecah.

rakaat Ar bahagian dlm sembahyang (satu kali berdiri, satu kali rukuk dan dua kali sujud): sembahyang asar terdiri drpd empat ~ .

rakah; merakah = gelak ~ ketawa terkakah-kakah (terdekah-dekah);  dekah.
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   20


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət