Ana səhifə

R II id kep Raden ra kep radiallahuanhu: Sayidina Umar al-Khatab ~. ra


Yüklə 0.78 Mb.
səhifə15/20
tarix26.06.2016
ölçüsü0.78 Mb.
1   ...   12   13   14   15   16   17   18   19   20

beringan-ringan sl meringankan;

meringani Mn; ~ datang dgn suka hati datang, sudi datang;

meringankan 1. menjadikan ringan, mengentengkan, memudahkan: ~ bebanan; dlm usaha ~ hikayat ini, diusahakan supaya keaslian penulisannya dikekalkan; 2. = meringan-ringankan menganggap ringan (mudah dll): ia sangat ~ agamanya; ia sengaja meringan-ringankan hukum; penyakit yg berjangkit tidak boleh diringan-ringankan; sembahyang tidak sekali-kali boleh diringan-ringankan; 3. ki mengurangkan (hukuman): merayu supaya hukuman mati itu diringankan kpd penjara seumur hidup sahaja; ~ kaki sudi datang;

memperingan menganggap lebih ringan (lebih mudah, lebih tidak bererti, dll): jangan engkau peringan ibadatmu kpd Allah;

keringanan 1. perihal ringan: ia meminta ~, meminta dikurangkan bebannya; 2. terlampau ringan;

peringanan perihal meringankan.

ringga  rengga.

ringgi emping drpd padi yg masih lembut isinya;

beringgi, meringgi Kd buah padi yg sedang berisi (masih lembut isinya).

ringgin; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), Corex cryptostachys.

ringgis ranggas.

ringgit I 1. mata wang yg bernilai 100 sen: wang ~; R~ Malaysia (dgn simbol RM) unit mata wang Malaysia, mis RM20.00 dan RM320.00; 2. Id mata wang atau wang drpd perak yg bernilai 2.5 rupiah, digunakan pd zaman penjajahan Belanda;

beringgit-ringgit beberapa ringgit, banyak ringgit.

ringgit II gerigi atau rigi-rigi (pd tepi roda pemetik api dll);

beringgit, beringgit-ringgit bergerigi, berigi-rigi;

meringgiti membuat ringgit-ringgit (pd besi dll);

besi baik diringgiti prb perihal sesuatu yg sudah baik dibaiki lagi.

ringih; meringih meringkik.

ringin; sapu-sapu ~ sl sj permainan anak-anak.

ringis; meringis 1. menyeringai, mengernyih: ia ~ memandang kepadaku; 2. geronyot mukanya (kerana kesakitan dll); 3. bermuka masam (kerana kecewa dll).

ringkai I kering benar (daun dll); ~ ringan kering serta ringan;

meringkai menjadi kering benar;

meringkaikan mengeringkan.

ringkai II; (pokok) ~ jernang sj tumbuhan (pokok kecil), kiru, pisang-pisang bukit, Mitrephora reticulata.

ringkas 1. tidak banyak mengambil tempat (kecil): lipat baju itu supaya ~; 2. tidak panjang, pendek, singkat (cerita, karangan, dll): laporan yg ~; penerangan ~ diberikan kpd semua pegawai; jalan ~ jalan yg singkat; huruf ~ kependekan (singkatan); ~nya pendeknya; ~ tegas = tegas ~ pendek dan padat (keterangan dll); 3. tidak banyak olahnya (bicaranya dsb), tidak cerewet: orangnya ~ dan mudah diajak berunding;

meringkaskan 1. menjadikan ringkas, menjadikan kecil supaya tidak mengambil tempat: benda itu diringkaskan supaya masuk ke dlm beg; 2. memendekkan, menyingkatkan (cerita, laporan, pembicaraan, dll), mengikhtisarkan: ~ karangan; ~ pembicaraan;

ringkasan 1. ikhtisar, intisari, singkatan (cerita dll); 2. kependekan;

keringkasan perihal, keadaan atau sifat ringkas: pentingnya bahan ini terletak pd kepelbagaian dan ~nya;

peringkasan perihal meringkaskan: kerana hakikat ini, wujud ~ barangnya sendiri, maka ia hanya memerlukan ruangan kecil.

ringkat Br mangkuk tingkat, mangkuk tepen, siya.

ringkik bunyi kuda yg bunyinya kuat, langsing dan panjang, biasanya apabila dlm keadaan ketakutan atau teruja;

meringkik berbunyi ringkik (kuda dll): seekor kuda ~ diiringi uakan beberapa ekor lembu;

ringkikan bunyi kuda meringkik, ringkik: beliau berangkat sendirian sambil menajamkan pendengaran kalau-kalau terdengar bunyi ~ kuda.

ringking; meringking 1. mendengking, menyalak; 2. menengking, memekik.

ringkuk; meringkuk 1. duduk (tidur dll) meromok: anaknya tidur ~ di atas lantai; 2. mendekam (dlm penjara), terkurung, terpenjara: setidak-tidaknya pembunuh itu akan ~ sepuluh tahun dlm penjara;

ringkukan; dlm ~ dlm tahanan (penjara).

ringkus Jk; meringkus 1. mengikat kaki dan tangan, mengikat kaki binatang yg hendak disembelih; 2. bp menangkap, menahan, membekuk (penjahat dll): tugas polis ialah memelihara keamanan, ~ penjahat, menangkap pencuri; 3. ki memakai (mencuri) barang yg diamanahkan, menggelapkan.

ringsek Jk rosak dan kemik.

ringsing ark; meringsing berkerut-kerut: umur sudah lewat dan kulit pun mulai ~.

rini Id setengah sen, peser, cepeng.

rinitis (Ubat) radang pd membran mukus hidung.

rinjing Jw sj bakul.

rinologi cabang perubatan yg berkaitan dgn hidung serta penyakit-penyakitnya.

rinoplasti (Ubat) pembentukan semula hidung, sama ada utk membaik pulih kecacatan atau utk tujuan kecantikan secara pembedahan plastik.

rinorea (rinoréa) (Ubat) lelehan mukus cair dr hidung.

rinoskop (Ubat) alat utk memeriksa struktur dalaman hidung.

rinoskopi pemeriksaan bahagian dalaman hidung utk mengesan penyakit dsb dgn menggunakan rinoskop.

rinovirus (Bio) kumpulan virus yg mengakibatkan selesema dan beberapa penyakit saluran pernafasan.

rintang I; merintang terletak melintang: batang kelapa ~ di jalan itu;

merintangi 1. menggalang: Sungai Kelantan yg dirintangi beting-beting; ada sebatang batang pinang yg ~ parit itu digunakan sbg titi; 2. menghalang-halangi, menyukarkan (perjalanan dll): beberapa faktor sosial yg ~ kemajuan kaum tani kita; 3. mengacau, mengganggu, mengusik: usaha-usahanya digagalkan oleh pemerintah kolonial, segala kerjanya dirintangi;

merintangkan meletakkan merintang, merintangi sesuatu dgn: polis ~ sekatan-sekatan di jalan;

terintang terhalang, terganggu;

rintangan sesuatu yg merintangi, halangan, gangguan: tiadanya pendidikan yg mustahak ini akan menjadi ~ besar utk kanak-kanak melanjutkan pelajaran;

perintang 1. sesuatu yg digunakan utk merintangi; 2. orang yg merintangi.

rintang II 1. sedang melakukan sesuatu, asyik atau sibuk (melakukan sesuatu): sekalian orang telah ~ dgn pekerjaan masing-masing; 2. sangat suka (melakukan sesuatu, bermain, dll): ~ main; ~ madat;

merintang, merintang-rintang berbuat sesuatu utk menyenangkan hati (menghilangkan susah, menghabiskan waktu, dll): mujur ada pekerjaan penting yg ~ dia drpd fikiran kacau itu; dgn bekerja berat, kesusahan dlm rumah dapat jua dirintang-rintang;

~ anak menghiburkan anak supaya jangan menangis dll; ~(-rintang) fikiran menghilangkan rasa susah (dgn mengalih fikirannya kpd perkara lain spt bekerja, bermain, dll); ~(-rintang) hati menghiburkan hati; ~(-rintang) lelah (payah, penat) menghilangkan lelah (dgn berbuat sesuatu); ~ (-rintang) mata menjamu mata (dgn melihat benda yg indah-indah dll); ~(-rintang) waktu mengisi waktu lapang dgn berbuat sesuatu;

perintang, perintang-rintang sesuatu yg dilakukan bagi merintang-rintang (hati, fikiran, dll): mari kita menyanyi utk ~; ~ fikiran; ~ hati; ~ waktu (masa).

rintas; merintas melintas, memintas.

rintih I = rintihan 1. suara mengerang (kerana kesakitan dll), keluhan, keluh-kesah: kedengaran pula olehnya ~ dan igauan isterinya; 2. kesedihan yg dilahirkan dgn kata-kata, jeritan, keluhan, ratapan: rintihan anggota kesatuan itu terhadap penindasan setengah-setengah pihak majikan; 3. kesusahan hati, kesedihan: rintihan yg dideritai oleh segolongan manusia; suara itu penuh rintihan;

merintih 1. mengerang (kerana kesakitan dll), mengaduh, mengeluh: di atas sebuah bangku, berbaring seorang laki-laki yg sedang ~ kesakitan; 2. melahirkan perasaan susah (sedih), mengeluh, mengesah: mereka selalu ~ kerana kesusahan; 3. sedih, pilu (suara): janganlah ketawa hai anakku, katanya dgn suara ~; merintihi melahirkan perasaan susah (sedih, kesal, kecewa, dsb) terhadap sesuatu: ~ nasib malang yg menimpanya.

rintih II Kd; merintih memotong daun kelapa dgn menggunakan pisau, parang, dll supaya daun terpisah drpd pelepah: ~ daun kelapa.

rintik 1. titik-titik pd dasar yg lain warnanya, bintik, korek: ~-~ putih pd kulit; anak singa mempunyai belang serta ~-~ yg samar; kuda ~ kuda yg bulunya ada rintik-rintik; 2. titik (percik air dll), titis: ~ embun; ~ hujan; hujan ~(-~) hujan renyai, gerimis; bapa borek anak ~ prb anak itu mengikuti kelakuan dll orang tuanya;

berintik, berintik-rintik berbelang kecil-kecil, berbintik-bintik, kurik: kain tapak biru ~ hijau; merintik-rintik bertitik-titik, menitis: embun mulai ~; peluh ~ di keningnya; air hujan masih juga ~.

rinting sj tumbuhan (palma), kerinting, Ptychoraphis singaporensis.

rintis = rintisan jalan kecil dlm hutan (yg baru sahaja dibuat);

merintis 1. menerangi hutan (dgn menebangi kayu-kayuan dll) utk membuat jalan: mereka dgn segera mengukur, ~, dan menebas anak-anak kayu membuat lorong jalan; 2. memancang tanah yg akan dibuat jalan: pekerjaan ~ jalan raya ke pedalaman itu eloklah dilakukan oleh tenaga rakyat sendiri; 3. = ~ jalan pertama-tama mengerjakan sesuatu, membuka jalan, mempelopori: galakan harus diberikan kpd ahli-ahli sains Melayu utk ~ jalan supaya dapat dilalui oleh anak-anak Melayu; perubahan-perubahan besar yg dirintis oleh penghapusan faham feudal; 4. Kd menyiangi daun drpd pelepah (batang dll): ~ daun rumbia;

rintisan 1. rintis; 2. jalan kecil yg merupakan sempadan antara hutan yg sudah ditebas; 3. usaha yg pertama sekali (yg mula-mula);

perintisan perbuatan merintis: pengamatan tentang perwatakan orang Melayu yg dilakukan oleh Raffles adalah satu ~ yg penting;

perintis 1. = ~ jalan orang dll yg pertama sekali mengusahakan (mengerjakan) sesuatu, pembuka jalan, pemuka, penganjur: ~ kemerdekaan; ~ kemajuan sains dan teknologi; perusahaan yg diberi taraf ~ perusahaan yg mendapat keutamaan dan perlindungan kerajaan (tidak dikenakan cukai utk beberapa waktu) kerana merupakan yg pertama dlm lapangannya; 2. Id pasukan polis (tentera) yg bergerak dahulu atau yg membuat serangan yg mula-mula.

rinyai Mn renai, renyai.

ripai Pr wang yg diturunkan secara berdikit-dikit oleh beberapa orang utk membeli sesuatu benda yg mahal, wang pakatan;

meripai (berpakat) mengumpulkan wang berdikit-dikit utk membeli sesuatu benda yg mahal.

riparian (Udg) 1. berkaitan dgn hak pemilik tanah yg sah di sisi undang-undang ke atas kawasan tebing sungai, mis hak utk menangkap ikan dsb: hak-hak ~; 2. orang yg tanahnya terletak di tebing sungai.

ripau Br hampas sagu, tahi sagu.

riping Kl sepet.

ripit Mn kerepek pisang (keladi).

ripu, ripuh Jk 1. mengalami kesusahan (kerana sakit, ketiadaan wang, dll); 2. banyak kerja, sibuk, repot; 3. kacau-bilau, tidak keruan, ribut.

ripuk patah, pecah-pecah (remuk), rosak; runtuh ~ hancur sama sekali.

riri sr utk memanggil itik.

ririt Mn ark deret, leret.

risa 1. sj bincul pd kulit (spt kutil atau jerawat); 2. belulang (kulit yg keras) pd tapak tangan dll.

risak ark; merisak mengacau, mengganggu, mengusik.

risalah Ar 1. surat edaran (siaran): siaran itu dikeluarkan dgn rasmi melalui akhbar-akhbar dan beribu-ribu ~ yg ditaburkan; 2. karangan (rencana) ringkas mengenai sesuatu perkara: diusahakan buku-buku kecil atau ~-~ pengenalan tentang PBB; ~ ujian Id karangan utk peperiksaan, disertasi; 3. sl yg diutuskan (surat, utusan, dll), yg dikirimkan; menyebarkan (menyampaikan) ~ menyebarkan (menyampaikan) seruan agama (rasul-rasul);

risau I jahat perangai (suka berbuat honar dll); orang ~ orang yg jahat;

merisau hidup tanpa aturan, hidup liar, berkeliaran, bertualang: iaitu asalnya juak Yang Dipertuan Muda jua, kemudian pergi meninggalkan dia lalu pergi merisau-risau mengikut raja lanun itu;

perisau orang risau, orang jahat (buruk perangai atau kelakuannya).

risau II 1. = ~ hati rusuh hati, cemas, gelisah: jangan ~ dan bimbang; jangan-jangan mereka ~ saya lambat balik ni; 2. huru-hara, tidak aman, gaduh, kacau, ribut, rusuh: pembangunan negara tidak dapat berjalan lancar selagi masih ada ~ dan kacau;

merisaukan 1. mengacau (keamanan, ketenangan, dll), mengganggu (ketenteraman); 2. menyebabkan risau, mengacaukan (hati), mencemaskan, menggelisahkan, merusuhkan (hati, fikiran): beberapa kejadian yg ~ hati; ia semakin ~ orang-orang yg mendengar kata-katanya; 3. berasa risau (cemas, gelisah) tentang sesuatu: apa yg dirisaukan tentang perkara ini. Saya boleh bereskan; dia tidak bimbang dan tidak pula ~ masa depan;

risauan sesuatu yg merisaukan, gangguan (keamanan dll);

kerisauan perihal risau, kekacauan, kerusuhan (hati), kecemasan, kegelisahan: perkara yg mengenai diri sendiri boleh menjadi punca ~ fikiran kita;

perisau 1. orang yg selalu risau, pencemas, perusuh; 2. pengacau, pengganggu (keamanan dll).

RISDA akronim bagi Rubber Industry Small Holders Development Authority (Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah).

risi Jk 1. berasa geli (tidak senang); 2. ki berasa tersinggung (perasaannya).

risik I; merisik meraba-raba atau mencari-cari sesuatu: dlm gelap itu, ia ~ suis lampu.

risik II = risikan 1. usaha (dgn diam-diam) utk mengetahui sesuatu, penyiasatan yg dilakukan dgn sembunyi-sembunyi, pengusutan: ~-~ damai telah dibuat melalui Bangkok; drpd ~ yg dibuat, ternyata kekuatan musuh lebih besar drpd yg dijangka semula; 2. keterangan (bukti) yg diperoleh secara rahsia: ia mendapat ~ bahawa rancangannya telah diketahui orang;

merisik 1. menyelidiki atau menyiasat dgn sembunyi-sembunyi (bersulit-sulit): setelah beberapa lama ~, ia mendapat kepastian bahawa orang yg dirisik itu hanya seorang musafir; 2. (mengirim orang) menyiasat berjaya atau tidak pinangan, mengirim orang utk meminang: dia menyuruh saya ~ Wan Mahani anak Pak Haji...; maka ~lah ibunya di kampung mencari gadis yg baik utk menjadi isterinya;

perisikan perihal (kegiatan dsb) merisik: pengarah ~;

perisik orang atau jabatan yg tugasnya merisik (mencari keterangan, dll dgn sembunyi-sembunyi): pegawai ~; polis ~.

risik III 1. gerisik; 2. bisik: ada pula ~-~ yg mengatakan ia sudah berkahwin semula;

berisik berbisik-bisik;

merisikkan 1. menggerakkan (daun dll) hingga menggerisik; 2. membisikkan (memberitahukan dgn berbisik-bisik): kononnya ketua-ketua tentera itu merisik-risikkan hendak perempuan muda.

risik IV; berisik bising, riuh; berisik.

risiko 1. kemungkinan atau bahaya kerugian, kemungkinan mendapat bahaya atau kerugian: seorang sahaja yg menanggung ~ perniagaan ini; mengambil ~ melakukan sesuatu tanpa mempedulikan kemungkinan-kemungkinan bahaya; 2. akibat atau hasil yg kurang menyenangkan (drpd sesuatu tindakan dll), padah: mogok itu senang tetapi ~nya besar;

berisiko mempunyai (menghadapi) risiko (bkn perniagaan, pelaburan, dll).

risoto (ERT) sj masakan Itali drpd nasi yg dimasak dgn bahan-bahan spt daging, ikan dan tomato.

ritau ricau, racau.

riti Kl; rata-~ ke mana-mana; rata I.

ritma 1. urutan proses semula jadi yg berulang dlm sela masa yg tetap: kiraan ~ dapat membantu jika pusingan haid anda tetap, namun kaedah ini tidak boleh diamalkan jika anda mengalami pusingan haid yg tidak dapat diduga; ~ denyutan jantung; 2. IB irama: salah satu hasilnya ialah ~ drama yg teratur dan agak halus; manakala ~ pula merupakan alunan yg teratur dan berulang-ulang sehingga menghasilkan kepuitisan puisi itu;

beritma berirama: gerak-geri yg ~.

ritual 1. tatacara dlm upacara keagamaan, adat, dsb; 2. bkn tatacara dlm upacara keagamaan, adat, dsb.

ritualisme amalan menggunakan ritual dlm majlis keagamaan dsb.

ritul Id pemindahan (pegawai dll) kerana tidak sesuai dgn tugas dll.

ritus IB upacara agama.

riu = riu-riu sj ikan darat, Laides hexanema.

riuh I bising, gempar, ramai (bunyi, suara, dll): suara di dapur orang sebelah masih ~; mulut ~ bp bercakap banyak (kuat), suka bercakap; ~-rendah sangat riuh, gegak, gempita, hiruk-pikuk;

meriuhkan menjadikan riuh, membisingkan, menggemparkan: suara kanak-kanak menjerit lebih ~ lagi suasana;

keriuhan perihal riuh, kebisingan, kegemparan: orang dapat merasakan kehadiran mereka hanya apabila mereka mengadakan parti-parti kerana ~nya mengganggu orang sebelah; tiba-tiba berlaku ~ dan orang ramai pun tergesa-gesa ke arah gereja.

riuh II sj tumbuhan (pokok kecil), berombong, kurau, merombong, tulang, Timonius penducularis.

riuk terpulas, tergeliat, terpelecok, terpelekok: capik ~; patah ~.

riung sj tumbuhan (rumput), buluh terberau, tebu salah, Saccharum arundinaceum; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), rumput perimping (tempayang), Themeda villosa.

rivet (rivét) (Kej) pasak (paku) utk menyambung dua keping logam (bahagian yg tidak berkepala dimasukkan melalui lubang dlm kepingan-kepingan itu dan kemudian diketuk);

merivet menyambungkan kepingan-kepingan logam dll dgn menggunakan rivet.

riwayat Ar 1. cerita (berita, kisah) yg turun-temurun: pd suatu ~, orang tua yg berkata-kata itulah Puteri Gunung Ledang; 2. keterangan atau berita tentang perbuatan (perkataan dll) Nabi yg disampaikan oleh isterinya (sahabat-sahabatnya dll) sbg satu nas: mendahulukan yg kanan drpd yg kiri tidak diwajibkan dlm mengerjakan wuduk, mengikut ~ Ibni Umar; disunatkan berwuduk terlebih dahulu sebelum mandi wajib kerana sunah Nabi, menurut ~ drpd Aishah; 3. sejarah (kejadian atau peristiwa yg benar-benar berlaku), tambo: buku ~ perjuangan Nabi; 4. = ~ hidup keterangan (huraian, penjelasan) segala sesuatu yg telah dialami oleh seseorang, biografi; menamatkan (menghabiskan) ~nya a) menghabiskan kisahnya (sejarahnya); b) bp membunuh atau membinasakan; 5. Id (dlm agama Kristian) khutbah;

beriwayat 1. bercerita, berkisah; 2. mengandungi ciri-ciri sejarah, bersejarah, sangat penting (peristiwa, kejadian, tempat, dll yg harus diingat dll); hari ~ hari bersejarah (hari sesuatu peristiwa penting terjadi); 3. Id (dlm agama Kristian) berkhutbah;

meriwayatkan 1. menceritakan, mengisahkan: dgn novel, diertikan karangan panjang yg ~ kehidupan sesuatu watak atau beberapa watak dlm masyarakat; 2. memberitahukan, menerangkan, menyampaikan: hadis yg diriwayatkan oleh Muslim;

periwayat 1. orang yg meriwayatkan cerita, pengarang, pemberita; 2. orang yg meriwayatkan hadis;

periwayatan perbuatan (proses) menghuraikan riwayat hidup seseorang: ~ hidup Raja Kecil.

riyak (sifat atau sikap) suka menunjuk-nunjukkan amal ibadah atau sesuatu kebaikan dgn tujuan mendapat pujian atau sanjungan drpd orang lain, bukan kerana Allah;

meriyakkan menjadikan riyak.

riyal unit mata wang utama Arab Saudi, Qatar dan Yaman.

rizab sesuatu yg diperuntukkan atau disimpan khas bagi sesuatu tujuan tertentu pd masa yg akan datang, simpanan; hutan ~ hutan simpanan (yg dikawal); tanah (kawasan) ~ tanah simpanan (yg dikhaskan) utk satu-satu tujuan (golongan) yg tertentu;

~ kerbau lembu kawasan yg ditentukan oleh kerajaan hanya utk ternakan kerbau lembu; ~ Melayu kawasan khas utk orang Melayu;

merizabkan memasukkan ke dlm bahagian simpanan, mengkhususkan (tanah dll) utk sesuatu tujuan: kerajaan telah ~ sekeping tanah seluas 200 hektar utk ternakan kerbau lembu; kawasan ini telah dirizabkan utk orang Melayu;

perizaban perbuatan merizabkan sesuatu.

rizoid (Bio) struktur spt akar yg terdapat pd kulat, lumut, lumut hati, liken dan paku-pakis, yg berfungsi membantu tumbuhan tersebut utk melekap pd sesuatu permukaan.

rizom (Bio) batang tumbuhan, spt kunyit dan halia, yg tumbuh mendatar dlm tanah dan menjadi organ penyimpanan makanan.

rizosfera (rizosféra) (Tani) kawasan di dlm tanah yg mengelilingi akar tumbuhan, yg keadaannya dipengaruhi oleh rembesan akar tersebut.

RK Id kep 1. Roman Katolik; 2. Rukun Kampung.

RM kep Ringgit Malaysia.

RMIK kep Radio Malaysia Ibu Kota.

RMKL kep Radio Malaysia Kuala Lumpur.

RMS Id kep Republik Maluku Selatan.

Rn simbol kimia bagi radon.

RNA (Bio) kep ribonucleic acid (asid ribonukleik, iaitu sj asid nukleik yg terdapat dlm semua sel organisma hidup, yg memainkan peranan penting dlm sintesis protein dan juga merupakan bahan genetik).

ro huruf ke-17 dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , .

roba  pancaroba.

robah; merobah mengubah; ubah I.

robak; ~-rabik koyak-koyak, sangat robek (tikar, permaidani, dll).

robat; ~-rabit robak-rabik; rabit.

robek (robék) koyak, cabik (pakaian, layar, dll), sobek: bajunya ~ di bahu; dijahit layar mana yg ~;

merobek 1. mengoyakkan; ~ jantung (hati) menyayat hati, melukai hati; 2. ki memecah masuk ke dlm, membolosi, menembusi: mereka lebih pintar menggerakkan bola dan ~ gawang kami;

merobek-robek merobek (mengoyakkan) berulang kali, mengoyak-ngoyakkan, mencabik-cabik: kerana terlalu marah, habis sehelai kain dirobek-robeknya dgn sebilah pisau yg ada di tangannya;
1   ...   12   13   14   15   16   17   18   19   20


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət