Ana səhifə

R II id kep Raden ra kep radiallahuanhu: Sayidina Umar al-Khatab ~. ra


Yüklə 0.78 Mb.
səhifə17/20
tarix26.06.2016
ölçüsü0.78 Mb.
1   ...   12   13   14   15   16   17   18   19   20

berosak; ~ diri bersusah-susah (beria-ia) memikirkan sesuatu, menyeksa diri; ~ hati a) menanggung sedih, bersusah hati; b) buruk perangainya (akhlaknya, kelakuannya);

merosak mempunyai sifat dll yg mengakibatkan rosak: pengaruh yg ~; kecaman yg ~;

merosaki selalu menjadikan rosak: binatang peliharaan yg suka ~ tanamannya;

merosakkan menyebabkan rosak: ~ badan; ~ hati; ~ jiwa; ~ nama; ~ bahasa Melayu; Socrates dihukum mati kerana dituduh ~ fikiran pemuda;

kerosakan 1. perihal rosak: semua ~ ini boleh dibaiki dgn senang; angin membawa ~ yg banyak; 2. menderita rosak (kecelakaan, kemusnahan, dll): tanaman banyak yg ~ akibat hujan lebat;

perosakan perihal merosakkan;

perosak ark 1. alat utk merosakkan; 2. orang dll yg merosakkan; binatang (haiwan) ~ binatang yg merosakkan tanaman dll; kapal ~ kapal perang kecil yg dapat bergerak cepat; ~ keamanan orang yg mengganggu keamanan, pengacau.

rosan sj bentuk bumbung (pisang sikat) di istana.

rosario tasbih (Roman Katolik).

rosbang IB  resbang.

roset (rosét) gubahan drpd reben atau bahan lain yg berbentuk bunga ros dll dan dijadikan sbg lencana, hiasan, dsb.

rosia Pr rahsia.

rosok I Mn; merosok mencari-cari dgn meraba, meresek, merogoh: ~ saku; ~ ikan mencari ikan dgn meraba-raba di antara batu-batu dll;

merosokkan memasukkan sesuatu (kaki dll) ke dlm lubang dll: ia segera ~ sapu tangannya ke dlm saku.

rosok II rosak sama sekali, rosak seluruhnya, binasa, musnah, rongsok;

rosokan barang-barang yg sudah rosak (tua), rongsokan, rombengan.

rosok III sj tumbuhan (pokok kecil), geremung jantan (betina), kayu tengah, jerumau, medang kenyat, samak tebengan, temengau (jantan), Glochidion superbum.

rosot; merosot 1. meluncur turun, gelongsor, menggelingsir: ia tidak sedar ketika anaknya ~ dr pangkuannya; 2. sangat banyak turunnya, jatuh sekali (harga barang dll): harga getah sangat ~ tahun ini; 3. menjadi kurang sangat (hasil, pendapatan, pengaruh, dll): maka majalah itu pun mulai ~ penjualannya; gengsi kami di luar negeri sangat ~ dan sentiasa menjadi bahan tertawaan; 4. semakin kurang (mundur), tidak maju (kepandaian, kesihatan, dll): kesihatannya semakin ~;

merosotkan menurunkan, mengurangkan, menyusutkan (harga, mutu, dll);

kemerosotan perihal (kejadian dsb) merosot, keadaan merosot, kemerosotan: kesan-kesan ~ ekonomi; ~ disiplin.

rostrum pentas orang berucap, mimbar (jika dlm masjid).

rosyom Kd = muka ~ muka masam (kerana marah, sombong, dll).

rot Kd masih bertenaga, masih kuat.

rota sj tumbuhan (pokok), Canarium spp.

rotameter (rotaméter) alat utk mengukur kadar alir cecair atau gas di dlm paip.

rotan I 1. sj tumbuhan (palma yg memanjat dan digunakan utk kerusi, tikar, raga, dll): kerusi ~; simpai ~; gelang ~ lingkaran yg dibuat drpd rotan utk permainan anak sekolah; 2. sebat (pukulan) dgn rotan sbg hukuman: hukumannya ialah setahun penjara dan disebat enam ~;

~ air = ~ bakau = ~ batu = ~ tawar sj rotan, Calamus aquatilis; ~ air = ~ cernang (jernang) = ~ cicih landak sj rotan, Daemonorhops hygrophilus; ~ batu = ~ seni sj rotan, Calamus insignis; ~ beras = ~ ledas = ~ putih = ~ sinduk = ~ sini sj rotan, Calamus javensis; ~ bini = ~ dini = ~ tikus sj rotan, Flagellaria indica; ~ kerai hitam, sj rotan, Calamus diepenhorstii; ~ bukit = ~ kolam sj rotan, Calamus diepenhorstii; ~ bulan = ~ gajah = ~ kertung = ~ raja sj rotan, Plectocomiposis scortechinii, ~ cici = ~ cicit = ~ pahit sj rotan, Calamus densiflorus; ~ cincang = ~ raja = ~ semambu sj rotan, Calamus scipionum; ~ cincin = ~ duduk = ~ gelang = ~ jelutung = ~ kemunting = ~ kerai = ~ perupuh = ~ segera = ~ tunggal sj rotan, Daemonorhops geniculatus; ~ cincin = ~ kertung = ~ semang sj rotan, Daemonorhops grandis; ~ cucur = ~ atap cucur sj rotan, Calamus castaneus; ~ dahan sj rotan, Korthalsia wallichiifolia; ~ dalam buku = ~ manau sj rotan, Calamus conioastris; ~ gunung = ~ paku sj rotan, Calamus exilis; ~ kembung = ~ macad = ~ macap = ~ manau keleceki = ~ manau kelesek = ~ manuh = ~ mantang = ~ sega badak sj rotan, Calamus ornatus; ~ kerai = ~ perut ayam sj rotan, Calamus luridus; ~ kikir sj rotan Calamus radulosus (scabridulus): ~ kipas sj rotan, Calamus lobbianus; ~ manana sj rotan, Calamus lobbianus; ~ manau = ~ manau telur sj rotan, Calamus manau; ~ perut ayam = ~ senik = ~ telur sj rotan, Ceratolabus laevigatus; ~ relang sj rotan, Plectocomiopsis geminisflorus; ~ sega perak sj rotan, Calamus caesuis; ~ semiang sj rotan, Calamus curtissi; ~ semut sj rotan, Korthalsia scahigera; ~ udang sj rotan, Korthalsia echinometra;

ada ~ ada duri prb ada kesenangan tentu ada kesusahannya; bagai ~, asal berinsang dicucuk sahaja prb perihal orang yg tidak memilih pekerjaannya (perbuatannya); kerat ~ patah arang prb putus pertalian (perhubungan) yg tidak dapat disambung (didamaikan) lagi; tiada ~ akar pun berguna (jadi) prb kalau tidak ada yg baik sekali, yg kurang baik pun berguna juga;

merotan 1. = berotan mencari (mengambil) rotan: jikalau ada sekiranya orang sesat berdamar atau sesat berotan pun, tiadalah ayahanda hendak membinasakan; 2. memukul atau menyebat dgn rotan (sbg satu hukuman): ibunya pun mengugut hendak ~;

perotan orang yg bekerja mencari rotan.

rotan II; rumput ~ beras sj tumbuhan (rumput), kerubung padi, Cyrtococcum oxyphyllum.

roti sj makanan yg diperbuat drpd tepung gandum dll;

~ benggali bermacam-macam jenis roti yg biasanya dijual oleh orang India; ~ canai = ~ perata roti leper yg bentuknya bulat atau empat segi yg adunan tepungnya ditebar, dilipat lalu dimasak; ~ capati sj roti India; ~ jala roti spt jala yg dimakan dgn kuah; ~ kering biskut; ~ lapis sandwic; ~ paun roti tawar drpd tepung gandum dll yg biasanya dijual dlm ketulan satu paun; ~ perancis roti putih yg bentuknya panjang dan kulitnya berkerak; ~ tawar Id roti paun; ibu ~ sj bahan yg digunakan utk menaikkan adunan roti, yis.

rotok; merotok 1. berbunyi spt bunyi senapang (letusan kecil-kecil), mendedas; 2. bersungut-sungut, mencomel, menggerutu, mengomel.

rotor (Kej) 1. bahagian yg berputar yg terdapat dlm motor elektrik, dinamo, dsb; 2. alat yg terdiri drpd beberapa bilah yg berputar di sebelah atas helikopter utk mengangkatnya naik ke udara dr bumi.

rotorkraf sj pesawat udara yg mempunyai sayap berputar utk menghasilkan daya angkat ketika terbang.

rotunda (S.bina) bangunan atau bilik yg bentuknya bulat dgn bumbungnya berbentuk kubah.

rouble (rubel) unit mata wang Rusia.

royak; meroyak menjadi lebih luas lukanya (kudis, sobek, dll), melebar, meluas.

royal IB berlebih-lebih (membelanjakan wang, makan, minum, sikap, dll), serba banyak, serba mewah, boros: dilarang bakhil, dilarang pula ~, dan membuang-buang harta;

beroyal-royal membuang-buang (menghabiskan, membelanjakan) wang dgn berlebih-lebihan utk bersuka-suka (berfoya-foya dll): kerana bapanya orang kaya, dapatlah ia hidup ~;

meroyalkan memboroskan wang dll;

keroyalan perihal royal, keborosan.

royalti 1. perkongsian keuntungan spt dlm pengusahaan lombong, telaga minyak, atau ciptaan jentera, yg dibayar kpd syarikat pengusaha kpd pemilik tanah (kerajaan) atau pencipta jentera: semua logam ialah harta haus dan adalah menjadi kebiasaan kpd kerajaan mengenakan ~ terhadap pengusahaannya; 2. bayaran tertentu yg dibuat oleh penerbit kpd pengarang, penyanyi, dsb atas setiap naskhah karya mereka, spt buku dan piring hitam, yg terjual: saya bayar karangan-karangan beliau dgn harga yg mahal atau saya membayar ~ yg lebih tinggi.

royan sj penyakit pd perempuan yg datang sesudah bersalin; ~ tahi penyakit berak-berak sesudah bersalin;

meroyan menderita sakit sesudah bersalin, dihinggapi royan.

royat Kl, Ph, Tr; meroyat menceritakan, memberitahukan;  riwayat.

royong I; gotong-~; gotong.

royong II; condong-~ Pr huyung-hayang; ruyung II.

Rp Id kep rupiah.

RPA Id kep Republik Persatuan Arab (Republik Arab Bersatu).

RPKAD Id kep Resimen Pertempuran Komando Angkatan Darat.

RRI I kep Rubber Research Institute of Malaysia (Pusat Penyelidikan Getah Malaysia).

RRI II Id kep Radio Republik Indonesia.

RRT Id kep Republik Rakyat Tiongkok.

RTM kep Radio dan Televisyen Malaysia.

ru sj tumbuhan (pokok), cemara (laut), Casuarina equisetifolia; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), Dacrydium elatum; akar ~ sj tumbuhan (paku-pakis), Lycopodium casuarinoides.

Ru simbol kimia bagi rutenium.

rua I 1. banyak makan tempat, banyak mengambil ruang, lebar, luas; 2. tidak ringkas, tidak kemas, longgar;

merua melebar, meluas, mengembang; ruak.

rua II ark jalan.

ruadat ark Ar perihal menyatakan hormat, penyataan (pemakluman) hormat; rudah.

ruah I; (ber)tumpah ~ = (me)limpah ~ = penuh ~ a) terlampau penuh sehingga tumpah-tumpah; b) penuh sangat, penuh sekali; c) terlampau banyak, berlebih-lebih, berlimpah-limpah, limpah, mewah;

meruah 1. Kd, bk membuang air besar (kecil), berak, kencing; 2. Kd membuang-buang air;

meruahkan mencurahkan, melimpahkan, menumpahkan.

ruah II; seruah, seperuah sejauh suara memanggil, sejauh dapat didengar, sepemanggil;

meruah sl memanggil dr jauh, melaung, menyeru: baginda pun menyuruh anakanda baginda diruah.

Ruah III; bulan ~ bulan Arab yg kelapan, bulan Syaaban;  bulan I.

ruah-ruah; burung ~; ruak-ruak.

ruai I ark 1. tidak cekang, kendur (tali); 2. tidak berapa kuat (tiang dll); 3. kurang tenaga, lemah (badan).

ruai II; ~ gajah sj tumbuhan (pokok kecil), rambai hantu, tampung besi, Gonocaryum longeracemosum.

ruai III Sr ruang menunggu, ruang legar, lobi: mereka bersetuju utk berkumpul di ~ hotel sebelum bertolak ke tempat lawatan.

ruak; meruak 1. merata ke mana-mana, meluas (api dll); 2. bertambah lebar, meroyak (kudis dll); 3. terbuka menjadi lebar, kembang (gulungan tikar dll); rua I.

ruak-ruak sj burung yg hidup di tepi-tepi paya (alur dll), burung ruah-ruah, burung wak-wak, Amaurornis phoenicurus chinensis.

ruam bintil-bintil merah pd kulit (pd anak-anak kerana biang, peluh, dll); ~ panas ruam yg gatal-gatal yg disebabkan oleh radang pd kelenjar peluh;

meruam timbul ruam.

ruan singkatan bagi haruan.

ruang 1. sela-sela di antara dua deret (banjar) tiang atau di antara empat tiang (di bawah kolong rumah): besarnya rumah itu tujuh belas ~, ~nya tiga-tiga depa; 2. bahagian yg (dibiarkan) kosong atau terbuka dlm sesebuah bangunan; 3. lubang yg terdapat dlm sesuatu benda, rongga: ~ hidung; ~ dada; 4. rongga yg dibatasi oleh bidang; ilmu ukur ~ pengetahuan utk mengira isi (besar) sesuatu benda (kiub, kon, dll); 5. (dlm ilmu falsafah) tempat atau rongga yg tidak ada batasnya, tempat segala yg ada: namun secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ~ mahupun waktu; 6. = ~ waktu (masa) jarak antara satu waktu dan waktu lain; ~ waktu yg sempit jarak waktu yg pendek (terhad); 7. = ruangan tempat yg lapang, bilik (bilik dlm rumah, bilik darjah, dll): ~ duduk kami menghadap ke beranda; matanya menyeluruhi ~ bilik darjah itu; 8. petak-petak dlm buah, pangsa; durian lima ~ durian lima pangsa; 9. = ruangan tempat yg lapang dlm kapal (perahu), tempat memuat barang-barang, palka: perahu itu bocor, ~nya berisi air; air ~ air dlm ruang kapal (perahu); 10. = ruangan petak atau kolum dlm surat khabar dll, lajur: satu hal yg baru bagi idea majalah ini ialah dibukanya ruangan-ruangan spt sorotan, cerita pendek, dll; 11. = ruangan petak atau kolum utk angka: sifar di ruangan ratus tidak dikehendaki kerana 076 serupa sahaja dgn 76; ~ se (puluh, ratus, dll); 12. = ruangan kalangan, lapangan, lingkungan; mencari ruang(an) hidup baharu; tiba-tiba Rosita terbayang di ~ matanya nampak di lingkungan pandangan mata; 13. peluang atau skop: Islam memberi ~ kpd akal manusia menyingkap rahsia alam tabii;

~ angkasa angkasa lepas; ~ badan rongga pd badan; ~ dalam (tengah) bilik dalam (tengah) dlm rumah; ~ dapur bahagian dapur rumah; ~ depan (muka) bahagian depan rumah; ~ lakon ruang (di pentas dsb) tempat dipersembahkan lakonan (tempat dilakonkan babak-babak cerita); ~ legar ruang yg agak luas di sebelah dalam pintu utama sesebuah bangunan, biasanya terdapat tempat bertanya, tempat menerima tamu, tempat menunggu dsb, lobi, foyer; ~ lingkup = ~ liput(an) = ~ litupan bidang sesuatu kegiatan atau ilmu pengetahuan atau yg diliputi oleh sesuatu perbincangan (penulisan dsb); ~ mulut rongga mulut; ~ niaga ruang utk menjadi tempat berniaga (dlm kompleks perniagaan dsb); ~ rias (hias) bilik atau tempat berhias; ruang(an) selisih kolum (petak) yg menunjukkan angka selisih (dlm matematik); ~ tamu bilik atau ruang utk menerima tamu; ~ udara a) ruang terhad tempat udara wujud; b) angkasa; c) bahagian atmosfera bumi di atas sesebuah negara, yg dr segi undang-undang terletak di bawah bidang kuasa negara berkenaan: ~ udara Malaysia; bawah ~ Br bahagian di antara penyokong dgn lantai perahu; merajukkan air di ~, hendak karam ditimba juga prb marah yg tiada sampai, apabila ia kemalangan ditolong juga supaya kesusahan itu jangan sampai kpd kita;

beruang mempunyai atau ada ruang yg kosong atau lapang: bilik itu sempit sehingga tidak ~ langsung utk berbaring merehatkan badan;

meruang mengeluarkan kotoran dr dlm perut mayat, menyucikan mayat; ~ senjata membersihkan senjata;

ruangan ruang; ~ pojok ruangan dlm akhbar atau majalah yg dikhaskan utk tulisan atau karangan tertentu secara berterusan.

ruap Mn buih: apabila ~nya sudah dibuang, masukkanlah ubi, dll; ~ (dan) sampah = ~ (dan) hampar ki orang yg sangat hina dlm masyarakat, orang terbuang, sampah masyarakat;

meruap 1. Mn berbuih, membuih: air sabun itu ~; 2. mendidih dan melimpah, meluap (nasi dll), membual dan berbuih-buih (air soda dll yg dituang dlm gelas): nasi yg ditanaknya itu ~; gulai (sayur) ~ gulai (sayur) melimpah kerana mendidih; 3. = meruap-ruap menjadi-jadi perasaannya (geram dll), meluap-luap, menyala-nyala: semangat orang akan ~ dan menyala lagi; perasaan manusia yg hadir ketika itu meruap-ruap kerana telah menjadi bangsa yg merdeka; darah ~ naik ke muka; ~ darahnya marah sekali; 4. menjadi wap (mengewap) kerana dipanaskan: ~ kerana kena panas; 5. menyombong, bercakap besar (membual): jangan sekali-kali suka ~, nanti ketara kelemahan dirimu sendiri; 6. merebak (bau dll): dr dapur, ~ bau gulai ayam yg membuka selera; 7. (Kim) cepat menjadi wap pd suhu bilik (bkn pepejal atau cecair);

kemeruapan 1. (Kim) keadaan atau sifat sesuatu bahan atau cecair yg cepat bertukar menjadi wap: setiap pecahan minyak mentah mengandungi alkana yg mempunyai kelikatan dan ~ yg berbeza; 2. (Eko) darjah perubahan harga sesuatu sekuriti atau pasaran sama ada menaik atau menurun dgn cepat.

ruas I bahagian di antara buku dgn buku (buluh, jari, tebu, dll): ~ buluh; beberapa ~ tebu; beberapa ~ lemang beberapa batang lemang; bertongkat ~ bertelekan, berteleku; sbg betung se~ jujur benar, lurus hati;

bertemu (berjumpa) ~ dgn buku = bertemu (berjumpa) buku dgn ~ prb a) sudah memang jodoh (laki-laki dan perempuan); b) balasan atau pembelaan yg sangat tepat (setimpal); terhentak ~ ke buku prb Mn hilang akal; tinggi terbawa oleh ~nya prb perihal seseorang yg masih bodoh walaupun tubuhnya besar;

beruas, beruas-ruas ada ruas-ruasnya: kaki yg ~; binatang yg mempunyai anggota ~; buluh yg tidak beruas buluh yg tidak ada ruasnya;

peruasan sendi-sendi atau persendian, buku-buku (pd tulang dll).

ruas II; se~ semalam sj tumbuhan (herba), johong, beralih, pancis-pancis, tebuk (tuba) seludang, Polygonum barbatum.

ruas-ruas sj tumbuhan (pokok kecil), limau, melimau, penawar putih, Gelonium glomerulatum; ~ jantan sj tumbuhan (pokok renek), Daphniphyllum laurinum.

ruat I 1. goyah, goyang (gigi), hampir tumbang (pokok); 2. ki tidak tetap, selalu berubah-ubah (hati dll); 3. terbongkar perdu dan tumbang (pokok).

ruat II Jw 1. pulih kembali spt sediakala (jadi-jadian, orang kena tulah, dll); 2. terselamat (terlepas, bebas) drpd nasib buruk yg akan menimpa (bagi orang yg menurut kepercayaan akan tertimpa nasib buruk); 3. = ruatan upacara menyelamatkan orang drpd nasib buruk yg akan menimpa, upacara menolak bala;

meruat 1. mengembalikan kpd keadaan yg dahulu: ~ harimau jadi-jadian; 2. menyelamatkan orang drpd malapetaka yg akan mengenainya, menolak bala.

ruat III  ruwat.

ruat IV rot.

ruba = ruba-ruba Jw 1. sl hadiah drpd nakhoda perahu kpd pembesar pelabuhan dll; 2. pemberian sbg suap, pemberian rasuah.

rubah I Ar sj binatang spt anjing, Canis vulpes.

rubah II ark; berubah menjadi lain, bertukar (rupa, warna, dll);

merubah menjadikan lain drpd yg asal, mengubah: ia ingin ~ penghidupannya; kebudayaan Islam telah ~ perwatakan bangsa manusia; ~ perangai menukar perangai;

perubahan perihal berubah; ubah I.

rubai I sj tumbuhan (herba), akar kutu babi, daun balam, Poulzolzia zeylanica.

rubai II Ar sj sajak (empat baris).

ruban ark = air ~ air yg terdapat dlm minyak kelapa (masa memasak minyak);

meruban membuang (mengeluarkan) air ruban.

rubarb sj sayuran spt saderi yg berdaun besar drpd genus Rheum, tangkai daunnya yg panjang, berisi dan berwarna merah tua, biasanya dimakan setelah dimaniskan dan dimasak.

rubela (rubéla) (Ubat) penyakit virus berjangkit seakan-akan cacar yg boleh menyebabkan kecacatan kpd bayi sekiranya dihidapi oleh seseorang ibu yg mengandung antara satu hingga tiga bulan.

rubiah Ar 1. wanita yg soleh; 2. isteri guru (ulama); 3. guru wanita yg mengajar mengaji (Quran).

rubidium (Kim) sj unsur logam yg sangat reaktif dan mudah terbakar.

rubik Mn sj penganan, kerepek.

rubin I; batu ~ batu jubin, batu ubin.

rubin II Kd rubing II.

rubing I dinding tokok atau tambahan sementara utk meninggikan tepi perahu (yg dibuat drpd anyaman, kain kasar, dll).

rubing II hujung, tebing, tepi.

rubrik IB ruangan sesuatu karangan dlm surat khabar: ~ cerita-cerita pendek.

rubu; merubu; ~-raba = merubu-rubu 1. Mn pergi ke mana-mana (dgn tidak bertujuan), berkelana, merayau-rayau; 2. meraba-raba atau mencari-cari ke sana sini (dlm gelap dll).

rubung; merubung, merubungi datang berkeliling banyak-banyak, mengerumuni, menggerubungi.

rucah Jw 1. apa-apa sahaja, sebarang sahaja (bukan pilihan), sembarangan; 2. hina, keji, kotor; lucah.

rudah ark tanda hormat; ruadat.

rudi Mn urat keting.

rudimen 1. (Bio) bahagian atau organ yg belum sempurna perkembangannya, terutamanya dlm peringkat embrio; 2. belum berkembang atau terbentuk dgn sempurnanya: ekor ~; sayap ~.

rudin Jk habis harta bendanya, miskin benar, papa: apabila serangan selesai ia mendapati dirinya ~.

rudu I ark mengantuk (mata), luyu, ruyup.

rudu II; merudu 1. (berjalan) membongkok; 2. bergerak maju (spt perahu di air dll), meluncur.

rudul Pl rudu, luyu.

rudum; merudum 1 Kd. berbunyi kuat (pokok tumbang dll): apa yg ~ tadi tu? 2. Kd berlari-lari, bergomol dll hingga menyebabkan bising (terutama dlm rumah): hai jangan ~, bapa nak sembahyang; 3. ki jatuh atau merosot dgn teruknya (bkn nilai saham, ekonomi dsb): berikutan kegawatan ekonomi dan pasaran saham yg turut ~; nilai ringgit ~ kerana diserang oleh pedagang mata wang.

rudus I (Acheh) sj pedang pendek, kelewang.

rudus II Kd rudu, luyu.

rugat Br tertanggal drpd sesuatu bahagian (benda dll), tercabut.

rugi 1. (dijual dll) lebih rendah drpd harga pokok, tidak mendapat keuntungan: jika suatu perniagaan itu ~, akan tibalah masanya modal utk menjalankan perniagaan itu habis; jatuh (menanggung, menderita) ~ tidak beroleh keuntungan; ~-~ untung walaupun rugi ada baiknya juga; 2. kesusutan modal (kerana menjual lebih rendah drpd harga pokok): berjual beli getah pd masa ini akan mendatangkan ~; dia tidak sanggup lagi menanggung ~; ganti ~ = silih ~ wang dll sbg pengganti sesuatu yg rosak (hilang dll), pampasan; kira-kira untung ~ kira-kira yg menunjukkan untung dan rugi sesuatu perniagaan; 3. tidak mendapat faedah (manfaat), tidak ada gunanya, sia-sia sahaja: ia berasa ~ datang menonton pertunjukan itu kerana apa yg disaksikannya adalah hasil seni yg amat murah; 4. sesuatu yg kurang baik (tidak berfaedah), mudarat: tidak ada ~nya kalau awak masuk belajar lagi di sekolah malam; 5. hilang, habis (wang dll): ia ~ kira-kira RM300 kerana menolong kawannya berkahwin; ~ barang (tempoh, tenaga, wang) habis barang (tempoh, tenaga, wang);

~ atas kertas kerugian akibat penurunan harga sesuatu sekuriti atau aset yg belum nyata kerana tidak dijual; ~ modal kerugian yg ditanggung drpd penjualan sesuatu sekuriti atau aset akibat drpd penurunan harga; ~ menentang laba, jerih menentang boleh prb harus bersusah payah (merugi dll) dahulu utk mendapat sesuatu yg dikehendaki;
1   ...   12   13   14   15   16   17   18   19   20


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət