Ana səhifə

R II id kep Raden ra kep radiallahuanhu: Sayidina Umar al-Khatab ~. ra


Yüklə 0.78 Mb.
səhifə19/20
tarix26.06.2016
ölçüsü0.78 Mb.
1   ...   12   13   14   15   16   17   18   19   20

keserumpunan perihal atau keadaan tergolong di dlm satu rumpun atau rumpun yg sama: ~ bahasa;

berumpun, berumpun-rumpun 1. tumbuh merupakan rumpun (perdu), ditumbuhi tumbuh-tumbuhan yg berperdu; 2. beberapa rumpun, banyak rumpun; 3. ki beberapa tangkai, beberapa ikat (buah-buahan, bunga-bungaan, dll): bunga semarak api didapati berumpun-rumpun di hujung dahannya.

rumput 1. sj tumbuhan yg melata di bumi (berdaun tirus dan kecil, biasanya menjadi makanan lembu, kambing, dsb): ~ benggala; ~ gerinting; ~ pahit; 2. sj tumbuhan yg kecil-kecil; ~ kejut-kejut (kemaluan) semalu; ~ rampai berbagai-bagai jenis rumput, banyak jenis rumput;

~ mencari kuda prb perempuan yg mencari laki-laki; bicarakan ~ di halaman orang, di halaman sendiri ~ sampai ke kaki tangga prb kesalahan orang lain nampak, kesalahan sendiri tidak sedar; embun di hujung ~ prb sesuatu yg mudah hilang atau tidak tetap; ibarat ~ yg sudah kering, ditimpa hujan segar kembali prb perihal orang yg sengsara yg dgn tiba-tiba mendapat pertolongan sehingga hidupnya terasa sangat berbahagia; terhenti-henti bagai ~ di tengah jalan, mati segan hidup tidak mahu prb perihal kehidupan yg melarat;

rumput-rumputan, rerumputan berbagai-bagai jenis rumput: mereka segera berbaris ke tengah ladang yg telah bersih drpd ~ sambil memikul galah; pemuda itu masih terbaring di atas rerumputan spt tadi sementara matanya masih basah;

merumput 1. memotong rumput, menyabit rumput; 2. sedang makan rumput (lembu dll); 3. = merumputi menyiangi kerana membersihkan tanah, membuang rumput; 4. = merumputi menaruh tanah yg berumput (tanah bata) di;

perumputan, rumputan tanah yg ada rumput, tanah yg ditumbuhi rumput, padang rumput.

rumrum Jw; merumrum sl membelai-belai dan membujuk-bujuk (perempuan), mempersenang hati.

rumung Jk; merumung merubung, mengerubungi, mengerumuni.

rumus 1. singkatan bagi sesuatu ungkapan yg terdiri drpd beberapa huruf, mis DBP utk Dewan Bahasa dan Pustaka, kependekan; 2. (Kim) seperangkat simbol yg terdiri drpd huruf, atau huruf dan angka yg menunjukkan komposisi unsur sesuatu bahan, mis rumus utk karbon monoksida ialah CO, dan ammonia ialah NH3, formula: ~ kimia utk air ialah H2O; 3. (Mat) aturan, prinsip, hubungan dsb matematik yg dinyatakan dlm bentuk simbol, formula: ~ utk mencari ukuran luas segi empat bujur = panjang lebar = pl;

merumuskan 1. memendekkan atau meringkaskan (perkataan): UMNO dirumuskan drpd kata-kata Inggeris United Malay National Organisation; 2. menyatakan sesuatu (spt hukum dll) dgn rumus: tambahan peraturan syarikat patut dirumuskan berdasarkan undang-undang; hukum Boyle boleh juga dirumuskan secara hisab; 3. menyebutkan (menyatakan, mengumumkan) sesuatu dgn ringkas lagi tepat: hanya kepemimpinan berwibawalah yg sanggup ~ keputusan terakhir;

rumusan pernyataan atau kesimpulan tentang soal-soal pokok (ketetapan, pendirian, dll) yg dinyatakan secara ringkas dan tepat: tegasnya bolehlah kita membuat ~ spt ini;

perumusan perihal (perbuatan, proses) merumuskan, pernyataan yg ringkas lagi tepat: ~ teori-teori baru;

perumus orang yg merumuskan sesuatu perkara.

runas Pr; merunas meregut, mematahkan (pucuk, bunga, dll).

runcing 1. lancip ke hujung, berhujung tajam (lancip): jarinya yg ~; bambu ~ buluh yg ditajamkan hujungnya (tombak drpd buluh); 2. ki genting atau memuncak, tegang (keadaan, perselisihan, dll): ketegangan antara Filipina dgn Malaysia bertambah ~; ~ tanduk bangkah kening prb sudah terkenal kejahatannya;

meruncing 1. menjadi runcing, berbentuk runcing (lancip): dicabutnya turus pagar yg ~ halus; benua itu ~ ke arah selatan tetapi membesar di sebelah utara; 2. ki menjadi genting atau memuncak (keadaan, perselisihan, dll), menjadi tegang: keretakan itu semakin melebar dan ~;

meruncingkan 1. membuat jadi runcing (lancip), meraut (mengasah dll) supaya runcing: ranjau ialah buluh yg diruncingkan tajam; masing-masing dgn batang kayu yg diperbuat spt galah dan diruncingkan hujungnya; 2. menyebabkan genting (suasana dll): maka anasir-anasir komunis itu akan ~ lagi suasana dlm negeri; memperuncing mempertajam atau memperhalus (semangat, pendengaran, dll): dan diperuncingnya pendengarannya; ia ~ telinganya;

keruncingan 1. perihal runcing; 2. kegentingan (keadaan, perselisihan, dll).

runcit bermacam-macam, beraneka warna, berbagai-bagai: menjual barang-barang ~; kedai ~ a) kedai yg menjual barang secara sedikit-sedikit (terus kpd pengguna); b) kedai yg menjual barang yg bermacam-macam; jual(an) ~ jual(an) secara kecil-kecilan; penjual ~ penjual berbagai-bagai barang; perbelanjaan ~ perbelanjaan utk membeli barang yg kecil-kecil atau sedikit-sedikit;

beruncit; beruncit-runcit sedikit demi sedikit, berdikit-dikit, beransur-ansur: mengutip yuran ~ itu akan menambahkan kerja kpd semua peringkat;

peruncitan (yg berkaitan dgn) perniagaan runcit (iaitu pembelian dan penjualan barangan secara sedikit-sedikit: konsep ~; sistem ~;

peruncit peniaga secara sedikit-sedikit (terus kpd pengguna), peniaga runcit.

runding 1. sl perhitungan, perkiraan, pertimbangan; 2. pembicaraan (perkiraan) yg sungguh-sungguh lagi mendalam tentang sesuatu hal; hamba tidak berbanyak ~ tidak banyak bicara;

~ cara khidmat atau pemberian bimbingan dan nasihat menerusi perbincangan masalah dan cara-cara mengatasinya; merentang ~ memanjang-manjangkan percakapan (perbualan, pembicaraan); pakar ~ pakar perunding; ~ banyak nan ka disebut prb jika banyak berembuk akan dicapai keputusan;

berunding 1. bercakap-cakap (tentang sesuatu hal) dgn sungguh-sungguh, berbicara, berembuk: Tuanku berharap Filipina akan mengubah sikapnya dan bersetuju utk ~ di Bangkok; 2. bercakap-cakap (tentang sesuatu), berkira-kira: letakkanlah bakul itu dahulu, marilah kita ~ sedikit; inda ~ Br tidak berkira, bertolak ansur;

merunding sl menghitung, memperhitungkan; runding-~ hitung-menghitung, timbang-menimbang;

merundingkan 1. memperhitungkan, memperkirakan: mereka adik-beradik, jadinya tidaklah dirundingkan sangat kalau ia memakai wang adiknya itu; 2. memperkatakan (membicarakan) sesuatu utk memperoleh persetujuan penuh, membicarakan: barang sesuatu yg akan diperbuatnya dirundingkannya lebih dahulu dgn isterinya;

rundingan 1. perbincangan antara dua atau banyak utk menyelesaikan masalah (pertelingkahan, persengketaan, dsb atau mencapai sesuatu persetujuan): ~ telah membawa kpd pertengkaran dan pertengkaran pula membawa kpd perkelahian; persengketaan sebaik-baiknya diselesaikan menerusi ~; ~ meja bulat rundingan dgn menggunakan meja bulat sbg menunjukkan bahawa pihak-pihak yg terlibat mempunyai taraf yg sama; ~ telah putus pembicaraan sudah selesai dan menghasilkan persesuaian; 2. butir-butir pembicaraan (pembincangan dll), isi pembicaraan: segan menurut ~ orang lain segan menurut nasihat orang lain; ~ damai pembicaraan utk mencari perdamaian;

perundingan perbuatan berunding, pembicaraan, permesyuaratan, perembukan: ia telah memajukan tuntutannya dlm ~ itu;

perunding 1. orang yg berunding (utk mencapai sesuatu persetujuan): seorang diplomat dan ~ yg ulung; 2. orang (syarikat dsb) yg dirujuk utk mendapatkan nasihat kepakaran (tunjuk ajar dsb); pakar ~ orang (syarikat dsb) yg mempunyai pengetahuan kepakaran yg tertentu dan berlaku sbg perunding.

rundu; ~-randa Jk pergi ke sana ke mari dgn membawa barang-barang sekali (spt orang mengungsi), berpindah-randah.

runduk = merunduk tunduk, menunduk: ia melihat buah padinya yg ~; ia ~ sejenak, kemudian mengangkat muka;

merundukkan menundukkan (kepala).

rundung; merundung 1. mengacau, mengganggu, menyusahkan: ia ~ suaminya dgn meminta dibelikan itu dan ini; 2. menimpa (bkn kemalangan, kesusahan, dll): selalu dirundung malang.

rung I 1. sj ikan darat, Labeo caeruleus; 2. sj ikan darat, Labiobarbus leptocheilus; 3. sj ikan darat, Osteochilus vittatus.

rung II Kl batas utk menanam ubi.

rungas; berungas tidak rapi, tidak kemas, kusut (rambut dll).

runggas I; merunggas menyentak, merenggut.

runggas II; berunggas-runggas banyak permatanya: cincin yg ~.

runggau ark kurang tidur.

runggu I; ~-rangga berhujung-hujung tajam (tanduk rusa dll), bercerancang.

runggu II Mn rungguh, cagaran, jaminan.

rungguh I = rungguhan barang dll yg diletakkan sbg tanggungan utk wang yg dipinjam, cagaran, jaminan, sandaran: ia harus menyerahkan tanahnya sbg ~ bagi pinjaman itu; rumah rungguhan ark rumah gadai;

merungguhkan meletakkan sesuatu sbg cagaran (tanggungan), menggadaikan; ~ rumah menggadaikan rumah; runggu II.

rungguh II Mn; merungguh bertinggung, bercangkung, berjongkok.

runggun unggun.

rungkai; merungkaikan menghuraikan (simpulan tali dll), membuka (bungkusan dll); ungkai.

rungkap; merungkap bercakap kasar (biadap).

rungkas; merungkas merombak, membongkar, membuka, mencabut.

rungkau ark; merungkau terburai dan bergantungan menutup muka (rambut).

rungkuh kelihatan sudah tua benar; tua ~ sangat tua;

kerungkuhan menjadi tua renta.

rungkun (Sunda) Jk rumpun (buluh dll).

rungkup merupakan penutup (tudung dll); atap ~ atap yg sangat lebar dan rendah (rumah seolah-olah ditudunginya); kajang ~ dua helai kajang yg dipasang hingga menutupi;

merungkup melingkupi, menudungi, menutupi (hingga tidak tampak lagi).

rungrum  rumrum.

rungus I Mn; merungus berbunyi gemuruh (besar), menderam; ~-rungus kecil bernyanyi perlahan-lahan (utk diri sendiri sahaja).

Rungus II suku kaum peribumi di Sabah, termasuk dlm rumpun kaum Kadazan Dusun, kebanyakannya tinggal di Kudat.

rungut leter, gerutu, omel, sungut: "keras sangat", demikian ~ nenek;

merungut, berungut berleter, bersungut, menggerutu, mengomel: ia mendongak ke atas sambil ~ kerana bising; kelambatan balik dr menoreh sudah menjadi kebiasaanku, tidaklah ibuku berungut lagi;

merungut-rungut bersungut-sungut, mengomel-omel: pendayung itu ~ kerana wang yg diterimanya itu tidak mencukupi;

merungutkan merungut mengenai, bersungut sebab: suaminya ~ bahawa gadis-gadis sekarang terlalu pandai berjinak-jinak dgn lelaki; Salmiah merungut-rungutkan keburukan rumah yg disewa; apa hendak dirungutkan, bukan jodoh engkau;

rungutan 1. perbuatan merungut: Hayati menyesal apabila disedarinya ~ itu tidak adil; 2. omelan: ia sedar ~nya sudah pun sampai ke pengetahuan yg berkuasa;

perungut orang yg suka merungut, peleter, pengomel.

runjam ark; merunjam menusuk (menikam, menjolok, merodok) dr bawah; hunjam.

runjang; merunjang 1. merodok, mencucuk (ke dlm lubang dll), menikam, menjolok; 2. ki meraba-raba, mencari-cari (ke sana ke mari): ia ~ ke sana ke mari utk membuat hubungan.

runjau ark; merunjau kurus tinggi, panjang ramping, lampai.

runjun; merunjun mengail (ikan haruan) dgn sj kail yg panjang batangnya dan umpannya katak hidup.

runjung berupa kelongsong (basung, kerucut); hantu ~ ark sj hantu yg mulanya nampak kecil kemudian menjadi besar;

merunjung makin ke atas makin lancip (kecil), mengerucut.

runsing 1. cepat marah, suka mengomel (merungut-rungut); 2. = ~ hati sebal hati, risau: janganlah pula engkau menambah ~ hati mak;

merunsing mengomel, bersungut, merungut;

merunsingkan menjadikan runsing, menyebabkan runsing, merisaukan: dlm keadaan begini, ia tidaklah patut dirunsingkan; perbelanjaan pelajaran ~ fikiran ahli-ahli politik dan orang ramai;

kerunsingan perihal runsing, kerisauan: mereka dlm ~;

perunsing orang yg selalu runsing, perisau.

runtai; seruntai segugus, seikat (buah-buahan);

meruntai bergantung terayun-ayun, berjuntai; untai.

runtas ark; meruntas menyambar, menyentak, merenggut: ~ buah dr ranting.

runti; merunti menggosok rotan (terutama rotan sega) supaya hilang bahagian yg keras dll.

runtih; meruntih memetik (daun, bunga, dll), menanggalkan biji jagung dr tongkolnya, menyobek.

runtuh 1. jatuh kerana rosak dll (bangunan), roboh: banyak bangunan lama yg ~ akibat angin puting beliung; 2. jatuh sebelum masak dll, gugur; 3. gelongsor atau lungsur (tanah, lereng bukit, dll), rebak: pecahan-pecahan batu itu menggeluncur turun mengikut lereng-lereng gunung dan berkumpul di kaki bukit menjadi kumpulan batu ~; 4. ki rosak atau hancur seluruhnya (kekuasaan, cita-cita, harapan, dll), binasa, jahanam: kekuasaan negara-negara penjajah sudah hampir ~ seluruhnya di Asia; orang yg ~ akhlaknya orang yg rosak akhlaknya;

langit ~ bumi cair = langit ~ bumi telah terban prb kehilangan orang tempat menumpang hidup;

meruntuh 1. (menjadi) runtuh; musim durian ~ musim durian gugur; 2. ark turun atau menyusup (tentera dll);

meruntuhkan 1. merosakkan dan menjatuhkan, merobohkan: sebiji bom atom telah ~ seluruh bandar Hiroshima; 2. menyebabkan gugur (lungsur atau gelongsor): tanah tepi lubang itu diruntuhkan dgn pancutan air; 3. ki menjatuhkan, membinasakan, merosakkan (kekuasaan, pertahanan, dll), menghancurkan (cita-cita, iman, dll): kita akan menghancurkan segala kekejaman yg ~ kedaulatan raja kita; ayahnyalah yg ~ seluruh kehidupannya;

~ hati membangkitkan berahi (dll hati); ~ iman a) merosakkan (menghancurkan) iman; b) menggoda orang;

runtuhan, reruntuhan benda yg telah runtuh, bekas bangunan dll yg rosak, puing: Kemboja dan Thailand berperang kerana merebutkan ~ sebuah kuil;

keruntuhan 1. perihal runtuh, kejatuhan, kerobohan, kerosakan: pesawat V-I itu tiba-tiba berhenti di udara lalu menjunam dan menyebabkan ~ di mana-mana; pangkalan-pangkalan itu sbg pusat ~ maruah orang yg tinggal di situ; 2. tertimpa oleh sesuatu yg runtuh: beberapa orang mati ~ bukit itu;

peruntuh ark orang yg meruntuhkan: sekarang dia akan jadi ~ pula, akan meruntuhkan kemanusiaan.

runtuk  reruntuk.

runtun I; meruntun 1. menarik (menyeret) kuat-kuat, membantun, menyentak, merenggut: ia telah diruntun masuk ke dlm perahu; 2. sl mengambil dgn paksa, membegal, menawan, merampas, merebut: Melaka itu hendak diruntunnya; 3. ki mengalih atau menarik (perhatian, perasaan, dll): ia cuba ~ fikirannya ke babak lain; kisah yg dibentangkan dlm drama ini pasti dapat ~ perasaan siapa sahaja; ~ hati menarik hati; 4. = meruntun-runtun mendesak-desak, melonjak-lonjak (perasaan kerana terlalu ingin benar): hatinya meruntun-runtun hendak mengetahui kandungan surat itu;

runtunan tarikan (sentakan), desakan: apabila ~ nafsu mudanya bergelora, ia lekas-lekas pergi bekerja; ~ hati (jiwa dll) tarikan atau desakan hati (jiwa dll).

runtun II; beruntun, beruntun-runtun berderet-deret, berikut-ikut, berturut-turut: suara itu disusuli bunyi tembakan yg ~ dr arah jalan besar; ayat-ayat al-Quran yg turun itu banyak sekali beruntun-runtun satu ayat demi satu ayat;

runtunan deretan, jajaran, leretan: demonstrasi harus beruntun-runtun sbg ~nya ombak.

runtut I Jw bersesuaian, selaras, sepadan.

runtut II Jw; runtutan runtunan, rentetan.

runut bekas tapak kaki dll, jejak, alur di tanah (bekas roda pedati dll): ~ harimau; ~ kereta; mendapat ~ mendapat keterangan (bkn perkara yg sedang diselidiki; putus ~ kehilangan jejak (bekas); songsang ~ Mn sj tenung;

merunut, merunuti 1. mengikuti (menuruti, mengekori) jejak, mengesani: dirunutinya tapak itu sampai ke hujung kampung; 2. ki menyelidiki (mengusut) perkara dll: ~ perkara kecurangan dlm pembinaan rumah.

runyam Jk 1. susah mengerjakan, leceh, rumit, sukar, sulit: agak ~ juga kerja itu bagi orang yg belum biasa; 2. tidak berhasil (jadi), gagal: kalau dia masih berkeras juga tentu akan ~ cita-cita kita;

merunyamkan 1. menyulitkan, merumitkan; 2. menggagalkan.

runyas; merunyas Jh berbulu-bulu (kain), berjerabai, cemabai.

runyut Mn; merunyut berkedut (kerana kering dll), berkerut, kisut, lisut.

ruok Mn ark; meruok 1. berbuih, membual; 2. meluap, mendidih; 3. ki marah; ruap.

rupa 1. perihal sesuatu benda yg kelihatan dr luar, sifat sesuatu pd lahirnya: kepala binatang itu ~nya spt kuda; tidak memandang ~ tidak mempedulikan keadaan dr luar, tidak mengendahkan; ~ bentuk rupa dan bentuk (sifat dan keadaan) sesuatu (benda); 2. = ~ muka rautan muka, paras muka, roman muka, tampang muka: perempuan yg elok ~nya; ada ~ cantik; 3. apa yg tampak (kelihatan), wujud: tamsil spt matahari dgn cahaya dgn panas, namanya tiga, ~nya tiga, hakikatnya satu juga; 4. bangun, bentuk, tokoh: menara itu ~nya spt roket; dapatlah kuturut ~ huruf sedikit-sedikit tetapi dgn kasarnya; 5. bagai, jenis, macam: siap sedia segala ~ juadah utk hari raya; mengapa gerangannya hal ini demikian ~;

~ bangsa a) kerakyatan, kewarganegaraan; b) sifat-sifat (cara hidup dll) bangsa; ~ bumi lukisan atau gambaran bentuk muka bumi pd peta, topografi; ~ taip muka taip;

~ boleh diubah, tabiat dibawa mati prb terlalu susah hendak mengubah tabiat; ~ harimau hati tikus prb nampaknya gagah berani tetapi sebenarnya penakut; bagai ~ orang terkena beragih prb muka masam kerana rugi dll (ketika berbagi barang-barang syarikat); indah khabar dr ~ prb khabar selalunya lebih baik drpd keadaan sebenarnya;

rupanya 1. rupa; 2. nampaknya, (kalau) mengamat-amati keadaannya (bentuknya, kelakuannya, dll): ~ kita akan berhari raya pd hari Sabtu; ~ Marsdenlah orang yg mula-mula sekali menggunakan perkataan "utas" dlm kamusnya; 3. agaknya, kiranya, barangkali, gerangan, konon: siapa pula ~ yg suka mencoret-coret dinding ini? 4. kiranya, alih-alih, sebenarnya, sebetulnya: kusangka ia sedang membaca dlm bilik, ~ tidur; spt dicanai ~ prb perihal keelokan sesuatu benda;

serupa 1. satu rupa (jenis, keadaan, macam, dll): Viva dan Opel Kadet ~ sahaja; 2. sama rupanya (bangunannya, bentuknya, warnanya), semacam, seragam: pelanduk dua ~; pakaian ~ pakaian seragam; 3. tidak berbeza, sama (dgn), bersamaan (dgn), sama sahaja: kamu akan mendapat jawaban yg hampir ~ dgn apa yg ditunjukkan; dewan kedua ialah Dewan Rakyat dan ini adalah ~ dgn "House of Commons"; 4. sebagai, selaku, seperti: langkahnya ~ orang besar; 5. (Mat) sama bangunnya (bentuknya), sebangun: rajah segi tiga ~ ABC dan XYZ;

berserupa sama rupanya, bersamaan;

menyerupa Mn berlagak atau berlaku spt, merupakan diri spt, menyamar (menyaru) spt;

menyerupai 1. serupa dgn, mirip dgn, hampir menyamai, mengarah-arahi: hulunya diperbuat drpd kayu, bengkok di hujungnya dan ~ bentuk hulu pistol; 2. sama dgn, menyamai: Tuhan bersifat sedia dan kekal, mustahil Ia ~ benda-benda yg baharu; sungguhpun ia bergelar Presiden tetapi ia tidaklah ~ kedudukan Presiden Amerika; 3. Jk meniru(-niru), menyama-nyamai: lakunya ~ orang tuanya;

menyerupakan 1. menjadikan serupa (dgn), menyamakan (rupanya, aturannya, dll): sistem dan kadar kutipan zakat itu haruslah diserupakan; 2. mengatakan sama (dgn), menganggap sama (dgn), memisahkan sama (dgn): ia diserupakan dgn kanak-kanak sekolah menengah sahaja;

keserupaan kesamaan rupa: sebutan dua ~ dlm cara pembiakan ayam dan katak;

perserupaan persamaan rupa, persesuaian, persetujuan;

rupa-rupa berbagai-bagai, bermacam-macam (rupa, bentuk): dikumpulnya ~ barang lama;

rupa-rupanya 1. agaknya, barangkali, kalau-kalau, kiranya: ~ rundingan damai di Paris itu tidak sampai ke mana; 2. sebaliknya, melainkan: yg disangkanya boleh mendatangkan keberuntungan ini ~ tidak demikian jadinya;

berupa 1. ada rupanya yg boleh dilihat (nyata, kelihatan), wujud: roh ialah suatu kejadian Allah yg tidak ~; 2. rupanya, bentuknya (bangunnya) sbg: lambang negaranya ~ sebuah bintang berbucu tiga belas; 3. terjadi drpd, terdiri drpd: memberi bantuan yg ~ mata benda; 4. elok rupanya, cantik: bakal isterinya itu hendaklah orang yg berbangsa dan ~; 5. dlm keadaan (bentuk): undang-undang yg diluluskan oleh mereka itu biasanya ~ rangka yg mengandungi dasar undang-undang yg kasar sahaja; 6. berkelakuan, berperangai: orang yg sistem sarafnya terganggu itu ~ spt orang mabuk;

berupa-rupa berbagai-bagai, bermacam-macam, berjenis-jenis;

merupa 1. menjadi ada, berwujud, memperlihatkan diri (hantu, jin, roh, dll); 2. nampak membayang (dlm mimpi, angan-angan, dll);

merupai menyerupai (mengarah-arahi, mirip dgn): rajah itu tidak ~ bulatan tetapi lebih mendekati segi empat bujur;

merupakan 1. membentuk (membuat, menjadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki melambangkan, melukiskan, menggambarkan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yg dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yg ~ fikiran yg dibuat drpd satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya spt (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya spt perempuan tua; ia dapat ~ dirinya spt harimau; b) berlagak (berlaku dll) sbg: dgn ~ dirinya sbg seorang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu;

terupa boleh dirupakan (diwujudkan, diangan-angankan): ~ di hadapannya wajah anaknya yg nakal itu; tidak ~ oleh akal tidak masuk akal;
1   ...   12   13   14   15   16   17   18   19   20


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət