Ana səhifə

R II id kep Raden ra kep radiallahuanhu: Sayidina Umar al-Khatab ~. ra


Yüklə 0.78 Mb.
səhifə14/20
tarix26.06.2016
ölçüsü0.78 Mb.
1   ...   10   11   12   13   14   15   16   17   ...   20

merezekikan memberikan rezeki: mereka tidak direzekikan dgn gugur syahid di medan jihad.

Rh simbol kimia bagi rodium.

RI kep Republik Indonesia.

ria I 1. gembira, girang, riang, sukacita: ia cukup ~ menerima ijazahnya; bersuka ~ berseronok-seronok, bersuka-suka; 2. ramai atau riuh (oleh suara orang bersuka-suka, berseronok-seronok, dll);

~ gembira tersangat ria; ~ riuh ramai bersuka-suka;

beria-ria bergembira, bersenang-senang, berseronok-seronok, bersuka-suka;

meriakan menggembirakan, menggirangkan, menyenangkan, menyukakan: mengapa pula dia tidak dapat ~ hatinya?

keriaan perihal ria (kegembiraan, kegirangan, keseronokan, kesukaan): apa yg bagiku merupakan ~, baginya merupakan kepedihan.

ria II Ar  riyak.

ria III (Geog) sj teluk kecik (serokan) yg panjang yg terbentuk akibat drpd penenggelaman lembah di pinggir laut yg disebabkan oleh kenaikan aras laut: ada sebuah pinggir laut yg mengandungi ~, teluk dan tanjung tinggi.

riadah I Ar amalan kerohanian utk mengawal hawa nafsu, mis berpuasa, mengamalkan amalan sunat dsb.

riadah II Ar 1. gerak badan, senaman; 2. segala kegiatan yg dilakukan pd waktu lapang utk menyihatkan badan dan fikiran (spt bersenam, bermain, dsb), rekreasi;

beriadah 1. melakukan latihan gerak badan (senaman), bersenam; 2. melakukan riadah (rekreasi), berekreasi.

riadiah, riadiat ark; ilmu ~ ilmu pasti.

riah riyak.

riak I 1. gerakan air yg mengombak (di permukaannya), gerakan air yg merupakan bulatan (kerana batu jatuh di air dll), ombak kecil: dia merenung ~-~ air tempat jatuhnya batu itu; angin laut bertiup sepoi-sepoi bahasa, pohon-pohon kelapa melambai-lambai riang, ~-~ kecil berlari di gigi air; 2. getaran (gerakan) udara: ketika hari terang dan panas terik ternampaklah ~-~ udara; 3. ki gerak-geri yg menandakan ada sesuatu yg terkandung dlm hati, gelagat: maka Hitam terentap ke muka Deraman, sinar matanya tidak menimbulkan ~; ada ~-~ yg menunjukkan kedua-dua orang itu mempercayai kata-kataku; ~ gelombang gelombang radio; ~ ikan kocakan air yg disebabkan oleh ikan; ~ mua Kl a) gelombang kecil-kecil; b) tingkah laku yg kebudak-budakan (bersifat kebudak-budakan); ~-remiak beriak-riak (air);

beriak, beriak-riak, meriak 1. bergerak-gerak mengombak (air, udara), berkocak-kocak (air): hatinya tidak berkocak sedikit pun menerima hukuman itu, ia tenang, setenang air danau yg tidak ~; udara yg tenang mulai bergetar-getar, beriak-riak, silau mata memandangnya; hanya sececah meriak, tatkala mendengar berita itu hanya sebentar geletar hatinya ketika mendengar berita itu; 2. ki ada gelagatnya (yg menunjukkan kandungan hatinya): perasaan benci ~ di mukanya; ~ tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh prb perihal orang yg sombong dan besar cakap itu biasanya kosong (kepalanya).

riak II dahak.

riak III ark riyak.

rial 1. = ~ batu sl sj mata wang: baginda bertitah menyuruh ambil tiga ~ batu diberikan kpd tok mudim; 2. wang: maka oleh Bendahara apabila Tun Biajid bersalam, disuruhnya ikut pd seorang hambanya iring jauh-jauh membawa ~; 3. ukuran berat yg besarnya 1/2 tahil (kira-kira 20 gram): emas tiga ~; 4. Kl ringgit; 5. unit mata wang utama Iran dan Oman;

bak kambing rega se~ prb perihal orang yg tidak senonoh kelakuannya (tidak tentu kedudukannya, bercakap ke sana sini dgn cakap yg tidak ada ertinya); jikalau tiada ~ di pinggang, saudara yg rapat menjadi renggang prb jikalau sudah miskin, orang pun tidak menyukai kita lagi.

riam air terjun yg rendah, cegar; jeram I.

rian ukuran benang yg besarnya 1/16 tukal.

riang I sangat gembira, girang hati, suka hati: anak-anak sedang menari dan menyanyi dgn ~; ~ gembira suka dan gembira; ~ hati girang (senang) hati, suka hati, sukacita; ~ ria riang gembira;

beriang; ~ hati = beriang-riang bersuka-suka, bergembira-gembira, bergirang-girang: hamba tidak melarang tuan-tuan bersuka-suka, beriang-riang hati tetapi tiap-tiap sesuatu ada hingga batasnya;

meriangkan menggembirakan, menggirangkan, menyenangkan hati;

keriangan 1. = ~ hati perasaan sukacita, kesukaan, kegembiraan; 2. berasa riang, berasa sangat gembira: Salina ~ melihat gelagat Si Bulat;

periang (orang yg) selalu riang: ia seorang yg ~ dan peramah.

riang II = meriang; ~ semangat berasa pening-pening, berasa gamang; badannya meriang dia agak demam; meriang I.

riang III Kd, Pn tenaga, kuasa; tak ada ~ lagi tidak ada tenaga lagi (tidak larat lagi), sudah lemah; reng III.

riang IV Kl, Tr senget sedikit, reyok.

riang V; ~ batu sj tumbuhan (herba), Begonia isoptera; pokok ~ hutan sj tumbuhan (pokok memanjat), carik merah, Vitis japonica; akar asam ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar iang-iang, akar yang-yang, akar kerayang, Vitis hastata.

riang-riang I; biawak ~ sj biawak yg besar, Varanus salvator.

riang-riang II sj serangga yg sayapnya lut sinar (yg jantannya berbunyi bising dan nyaring pd waktu senja).

riang-riang III 1. sj tumbuhan (pokok yg kayunya keras), Ploiarum alternifolium Melch; 2. sj tumbuhan (pokok renek), iang-iang, kayu kuat, keriang, Archytae vahlii; ~ gelugur sj tumbuhan (pokok renek), pakan paya, Fagraea racemosa; rumput ~ sj tumbuhan (rumpai), Themeda gigantea Hack.

riap perihal bertambah-tambah besar (binatang, kanak-kanak, dll);

meriap menjadi bertambah besar (bertambah banyak): ~ anak-anak kayu di kebunnya.

rias I hati batang pisang: maka baginda pun mengerahkan rakyat berkotakan ~.

rias II Jk hias; kaca ~ cermin utk berhias; kamar (ruang) ~ bilik tempat berhias diri; tukang ~ tukang menghias (pengantin);

berias berhias (diri), berdandan, bersolek;

merias menghiasi; ~ mata menghiasi mata (dgn celak dll); ~ rambut mengandam rambut;

riasan hiasan.

riayah Ar naungan, penjagaan: kekuatan rohani, iaitu rakyat beriman kpd Allah, rakyat di bawah pemerhatian Allah, dan di bawah ~-Nya.

riba I = ribaan pangkuan: anak yg kecil itu

duduk di atas ~ ibunya;

beriba duduk di atas riba (pangkuan);

meriba memangku: isterinya ~ anaknya.

riba II Ar 1. bunga berganda yg membebankan, yg diharamkan oleh Islam; makan ~ a) hidup dgn membungakan wang; b) membungakan wang dgn bunga yg tinggi, menghisap darah; 2. ark pelepas wang, ceti; tukang ~ ceti.

ribak riba (bunga wang).

ribang ark rindu.

ribatat Ar pertalian (keluarga dll).

riboflavin sj vitamin B kompleks yg terdapat di dlm sayur-sayuran hijau, ikan, susu, hati, ginjal, telur dsb dan kekurangannya boleh menyebabkan penyakit pelagra.

ribu bilangan sepuluh kali seratus; empat ~ 4000;

seribu 1. 1000; 2. banyak sekali, bermacam-macam; dgn ~ daya dgn bermacam-macam daya; diam (membisu) ~ bahasa diam sama sekali; membuat (mengangkat) langkah ~ lari dgn bersungguh-sungguh (kerana takut, dikejar, dll), cabut lari; retak ~ a) retak yg banyak lagi kecil-kecil (pd pinggan dll); b) sj corak batik Malaysia;

menyeribu; ~ hari mengadakan kenduri (arwah) sesudah seribu hari seseorang meninggal;

perseribu dibahagi seribu; satu ~ satu dibahagi seribu 1/1000;

beribu, beribu-ribu beberapa ribu, banyak ribu: ~ orang;

meribu sl beribu-ribu: meratus cermin di kaki, ~ cermin di pinggang;

ribuan 1. (dlm) bilangan ribu: kemajuan Malaysia mungkin mencapai kemuncaknya dlm tahun-tahun dua ~; 2. beribu-ribu: ~ manusia membanjiri taman bunga kerana menyaksikan pertunjukan kebudayaan.

ribu-ribu sj tumbuhan (paku-pakis), selada, Lygodium scandens;

~ besar = ~ gajah sj tumbuhan (paku-pakis), Lygodium flexuosum; ~ bukit = ~ duduk sj tumbuhan (paku-pakis), akar sidin, paku jari merah, Lygadium circinnatum; kayu ~ sj tumbuhan (pokok renek), Anisophylla scortechinii.

ribut I 1. = angin ~ angin kencang, badai; 2. keadaan cuaca buruk yg merupakan gabungan unsur spt angin, tekanan, awan dan kerpasan, yg merangkumi ribut petir, siklon dan tornado;

hujan ~ hujan dan ribut; turun ~ angin kencang bertiup; ~ angin ribut dgn angin yg sangat kencang; ~ api api kebakaran yg tidak terkawal disebabkan angin kencang, biasanya terjadi akibat letupan bom; ~ pasir angin kencang di padang pasir yg menyebabkan kepulan-kepulan pasir berterbangan; ~ petir ribut yg disertai guruh dan kilat, biasanya diikuti hujan lebat; ~ salji angin kencang yg sangat sejuk dan disertai salji; ~ tenggara ribut dr arah tenggara; ~ taufan angin ribut;

tak ada ~ masakan daun bergoyang prb tentu ada sebabnya maka terjadi sesuatu perkara;

beribut membadai, berkecamuk (angin dll): taufan ~.

ribut II 1. banyak yg harus dikerjakan, sibuk sekali, hibuk: entah apa yg diserukan, ia tidak mengerti, kerana ia terlalu ~ utk menangkapi kata-kata itu; buat ~ buat sibuk, pura-pura sibuk; 2. bising, gaduh, hingar, huru-hara, ramai, recok, rusuh: mereka ~ malam kelmarin kerana kehilangan wang; di pelabuhan sangat ~ bunyi berbagai-bagai gerobak dan sorak pekerja; 3. marah-marah, mengamuk: ~, kelam-kabut, bertunda-tunda, sedang sepak terajang, tinju tampar berdambun-dambun bunyinya;

meributkan 1. menjadikan ribut, mengacaukan, menggemparkan; 2. menimbulkan huru-hara (gaduh dll), merusuhkan;

keributan 1. kesibukan, kegiatan (kerja): ~ di jalan raya sungguh memeningkan kepala; 2. kegemparan, kekacauan, kekecohan, kekecokan, kerusuhan: soal yg ditimbulkannya itu telah mencetuskan satu ~ besar di rapat pemuda;

peribut pengacau, pengganggu (keamanan), perusuh.

ricau; mericau 1. berkicau (burung dll), menggericau; 2. banyak mulut, cerewet, berleter, berceloteh, mengoceh, meracau;

pericau orang yg suka mericau (berleter, berceloteh, dsb).

ricetit (ricétit) (Kim) bijih yg mengandungi plumbum dan uranium.

ricih; mericih menghiris, menyayat; rincih.

ricis; mericis meracik; rincis.

ricu campur aduk, kacau, kalut, kusut;

kericuan perihal ricu, kekacauan, kekalutan.

RIDA akronim bagi Rural and Industrial Development Authority (Lembaga Kemajuan Perusahaan dan Kampung).

ridan sj tumbuhan (pokok yg kayunya dibuat papan dll), Nephelium maingayi.

ridap; meridap Sb (dlm keadaan) tertidur atau terlelap dgn mata terpejam dan tidak sedarkan diri buat seketika kerana penat.

riddah Ar perbuatan keluar drpd agama Islam, sama ada melalui perbuatan, perkataan, atau niat.

Ridhwan malaikat yg menjaga pintu syurga.

riding 1. sl sj jaring besar (utk menangkap kijang dll); 2. sl kayu-kayu kecil (anak-anak kayu) di pinggir-pinggir hutan dll: maka diintai oleh Badang dr balik ~.

ridip sirip di belakang ikan.

ridwan Ar 1. rela; 2. berpuas hati.

riel unit mata wang Kampuchea.

rigai Mn tinggi lampai, tinggi kurus, panjang dan ramping.

rigap I Pr cekap dan pantas (kerja): ~ spt lipas kudung.

rigap II, rigat Kl tangkap, igap, igat.

rigi-rigi Mn gerigi;

berigi-rigi bergigi tajam pd tepinya (spt gergaji), bergerigi, beringgit-ringgit: ia mempunyai rahang-rahang yg ~.

rih Ar angin.

rihal  rehal.

rijalulghaib Ar wali Allah yg tidak kelihatan pd mata kasar manusia biasa.

rijil IB, bp nyata, sungguh: dlm renungan, bisa dilukiskan kejadian-kejadian yg ~ dgn tidak merosakkan suasana renungan.

rikaz Ar bahan galian spt bijih emas, perak dan minyak: zakat ~; undang-undang ~ undang-undang mengenai bahan-bahan galian (spt minyak dan bijih).

riket (rikét) sj penyakit yg disebabkan kekurangan vitamin D (biasanya dialami semasa bayi dan kanak-kanak) yg mengakibatkan tulang menjadi lembut dan seterusnya bengkok (spt pd kaki pengkar).

riketsia (rikétsia) sj mikroorganisma parasit drpd genus Rickettsia yg hidup dlm tisu tungau, sengkenit dan artropod lain, dan boleh menyebabkan penyakit tifus dsb pd manusia.

rikuh Jw malu-malu, canggung, segan-segan.

rim I kuantiti kertas yg berjumlah 480 helai (biasanya kertas tulis) atau 500 helai (biasanya kertas cetak).

rim II IB, bp tali pinggang drpd kulit.

rim III bingkai (drpd besi) tempat memasang tayar motokar (basikal dll).

rima I bunyi yg sama pd huruf akhir atau kata akhir dlm sesuatu rangkap (spt dlm gurindam).

rima II (Ast) rekahan yg kelihatan di permukaan planet atau satelit.

rimas 1. berasa tidak enak (tidak nyaman, tidak senang) kerana panas dll: kebanyakan orang muda sekarang kurang gemar lagi memakai pakaian kebangsaan, ~ kata mereka; 2. tidak senang hati, gelisah hati: perkataan itu seolah-olah utk menyenangkan hatinya sendiri yg berasa ~ bergelap begitu;

merimaskan menyebabkan tidak enak (tidak nyaman, tidak senang, dll), mengganggu (fikiran), merunsingkan: ia disuruh memakai pakaian yg ~; berita buruk yg diterimanya itu ~ kepalanya;

kerimasan perasaan rimas, kegelisahan hati.

rimau I bp harimau.

rimau II; rumput ~ sj tumbuhan (pokok renek), keman, Mimosa pudica; susu ~ sj tumbuhan (kulat), Polystictus rhinocerotis.

rimba hutan besar (yg belum pernah dibuka manusia); hutan ~ berbagai-bagai hutan;

~ dara rimba (hutan) yg masih terpelihara spt keadaannya yg asli (tidak terganggu oleh kerja-kerja pembangunan dsb); ~ raya (belantara) hutan yg sangat besar;

merimba menjadi rimba, spt rimba: jelatang yg ~ kecil di tepi tubir.

rimbas 1. sj alat utk menarah kayu, penarah kayu, beliung, patil; 2. sj alat utk menyiangi tanaman dll, tajak;

merimbas 1. menarah kayu dgn rimbas; 2. menyiangi rumput dll dgn rimbas.

rimbat 1. kayu panjang pd bibir perahu, kayu palang pd pintu; 2. galah kayu (buluh) panjang yg diikat pd turus (pancang).

rimbu ark rimba.

rimbuk Kd, bp tamparan, pukulan (yg kuat); kena ~ kena tampar (yg kuat);

merimbuk menampar (dgn kuat).

rimbun 1. lebat daunnya, berdaun dan bercabang-cabang banyak: pokok yg ~; pokok getah itu ~ semula; 2. lebat (rambut, bulu, dll), tebal (rambut, bulu, dll); kepala ~ berambut banyak; 3. memakai atau mempunyai banyak (alat, pakaian, dll): pakaian dan perhiasan gadis itu telah ~; perahu yg ~ layarnya; suaminya itu tidaklah orang terbuang melainkan ~ rampak dlm kaumnya, ada beradik kakak;

merimbun 1. sangat rimbun: ia pun berjalan menuju rumpun tebu yg ~; 2. menjadi rimbun: pokok-pokok lainnya tetap juga ~;

merimbunkan 1. menjadikan rimbun; 2. menjadikan banyak: dia tidak akan berusaha ~ peninggalan ayahnya; didirikannya suatu besi penghalang dan dirimbunkan bara api di bawahnya;

rimbunan 1. pohon-pohonan yg rimbun: pengganas itu hilang dlm ~ tebal; 2. daun-daun (ranting-ranting) yg banyak: cahaya yg indah itu merecik di antara lambaran daun kelapa dan ~ pohon rambutan; 3. lindungan: kalau tidak kerana ~ lalang di situ, tentulah apa yg dilakukan oleh Basir akan ternampak;

kerimbunan perihal atau keadaan rimbun: ~ pohon-pohon di situ tentunya menyediakan tempat berteduh yg sangat nyaman.

rimis Mn wang tembaga yg bernilai setengah sen, peser;

serimis setengah sen, sepeser: tidak berharga ~ tidak berharga langsung.

rimpai C gimpal.

rimpang batang pokok dlm tanah (yg tumbuh mendatar dan bercabang-cabang, spt halia, kunyit, dll); jari ~ jari tangan (kaki) yg renggang dan tidak teratur (searah).

rimpi pisang dll yg dikeringkan (dijemur atau disalai).

rimping; perimping yg di hujung sekali (orang, barang-barang).

rimpuh tidak ada tenaga lagi, kehabisan tenaga (lelah, letih, penat);

merimpuhkan menjadikan rimpuh, memenatkan.

rimpung terikat kakinya;

merimpung mengikat kedua-dua belah kakinya.

rimpus Pl mengikat keempat-empat kaki binatang (yg akan disembelih); rapus I.

rinai I Mn renai, renyai (hujan); hari ~ hari renyai, hujan rintik-rintik (gerimis, rebas).

rinai II ark; merinai menyanyi kecil, bersenandung;

merinaikan menyanyikan atau melagukan (nyanyi dll).

rinci; merinci 1. memecahkan (membahagi-bahagikan) kecil-kecil, menghuraikan kecil-kecil; soal yg rumit itu telah dapat dirinci telah dapat dipecahkan; 2. menerangkan (memperkatakan, merancang, dll) dgn menyebut bahagian yg kecil-kecil, menerangkan dll sampai kpd perkara-perkara yg sekecil-kecilnya, memperincikan: ~ masalah negara;

perincian 1. pembahagian (pemecahan) dlm bahagian yg kecil-kecil, perincisan: jadual yg menunjukkan ~ perolehan dan perbelanjaan dlm setahun; 2. huraian (tafsiran) sesuatu rancangan dll: ~ rancangan pembangunan yg diterima oleh kabinet;

perinci orang yg merinci, alat utk merinci; jawatankuasa ~ jawatankuasa perancang.

rincih keratan (potongan, sayatan) kecil; ~-rancah segala maklumat (terutamanya yg kecil-kecil) tentang sesuatu: semoga Midah menemukan ~-rancah sejarah nenek moyangmu, selapis demi selapis; harga ~ harga jualan sedikit-sedikit, eceran; perniagaan ~ ark perniagaan kecil (lwn perniagaan secara borongan);

merincih menghiris (memotong, mengerat, dll) kecil-kecil, menyayat, meracik.

rincik 1. keratan (potongan, sayatan) kecil-kecil; wang belanja ~ wang utk belanja perkara-perkara kecil (yg bermacam-macam); daging ~ daging yg dipotong halus-halus atau yg kecil-kecil; 2. baki, pinjul;

merincik memotong (mengerat) halus-halus (kecil-kecil): ~ pinang.

rincin  rincih.

rincis ark; merincis menghiris tipis-tipis, menyayat kecil-kecil, meracik, merajang;

perincisan perihal merincis.

rincu, rincuh kacau; rancu, ricu.

rinding I Jw sj alat bunyi-bunyian, genggong.

rinding II; merinding seram bulu roma, ngeri; merindingkan menyeramkan bulu roma, mengerikan.

rindu I 1. ingin benar akan sesuatu atau berjumpa dgn seseorang: ia selalu ~ akan pakaian yg indah-indah; terlalu sangat ~ baginda akan anakanda baginda; ~ akan kampung halaman; 2. = ~ berahi = ~ dendam = ~ rawan perasaan sangat cinta atau berahi pd seseorang: sayang sekali ~ dendam itu telah menyeksa hatinya; melepaskan ~ mencurahkan perasaan cinta kasih; menanggung ~ menaruh cinta kasih;

merindu 1. menjadi rindu, menanggung rindu: spt orang ~ sahaja lagaknya; 2. bernyanyi-nyanyi kerana rindu, bersenandung kerana rindu;

merindui mempunyai keinginan yg sangat kuat utk bertemu dgn seseorang atau mendapatkan sesuatu dsb, yg sentiasa berada dlm ingatan, kenangan dsb: orang tua itu ~ anak cucunya; saat itu aku begitu ~ belaian manja ibu dan kemesraan adik-adikku yg tidak akan kutemui lagi di dunia ini; yg pastinya, mereka tetap ~ masakan ibu dan berbuka puasa bersama keluarga;

rindu-merindui saling berasa rindu: tentunya mereka ~ ketika berjauhan;

merindukan 1. membangkitkan rasa rindu, mendatangkan rindu, menjadikan rindu: nyanyian yg merawankan dan ~ hati; 2. menaruh rindu akan: spt pungguk ~ bulan;

rinduan 1. sesuatu yg dirindukan; 2. orang yg dirindukan, kekasih: gadis tunggal ~nya dirampas orang;

kerinduan perihal rindu (rasa rindu, keinginan dan harapan akan berjumpa, dll): ~ tidak akan ada lagi apabila mata bertentangan;

perindu orang yg menanggung rindu.

rindu II; perindu; buluh ~ a) sj tumbuhan (buluh), Bambusa magica; b) sj seruling.

rindu III; kayu ~ sj tumbuhan (pokok besar), Millettia albiflora.

ring I bunyi spt bunyi loceng (riang-riang dll);  dering I.

ring II IB, bp cincin, gelang-gelang; gelang ~ Id gelang tangan yg agak tebal.

ringan 1. tidak berat, enteng: kayu ~; bungkusan yg ~ diangkat dgn sebelah tangan; 2. senang dilakukan atau dijalankan (pekerjaan, pembayaran, dll), mudah: pekerjaan guru bahasa bukanlah pekerjaan yg ~; 3. tidak mendalam (kandungannya dsb), tidak menimbulkan kerumitan atau kesulitan (kpd pembaca, pelajar, dsb): akhbar dan majalah yg popular sering memuatkan cerpen-cerpen yg bersifat ~; bahan-bahan bacaan ~; 4. tidak penting, tidak mustahak, enteng, kecil, remeh (perkara dll): sikap permusuhan antara kedua-dua negara itu tidak boleh dipandang ~; dikenakan cukai yg ~; kesalahan ~ kesalahan yg kecil sahaja; perbualan ~ perbualan mengenai perkara-perkara remeh; najis ~ najis yg memadai disucikan dgn hanya menjirus air sahaja (kencing anak laki-laki di bawah umur dua tahun yg meminum susu ibunya sahaja); 5. tidak terlalu (sangat), tidak berbahaya (penyakit dll), tidak berat: akibat drpd pertempuran itu, beberapa orang mendapat luka ~; 6. tidak memabukkan (minuman, tembakau, dll): mereka menyajikan minuman ~; 7. ringkas dan tidak mengenyangkan (bkn makanan), hidangan makanan yg tidak begitu mengenyangkan (bkn jamuan): jamuan ~; 8. mudah, ringkas (pakaian): ia berpakaian ~; 9. perlahan, rendah (suara dll): kalimat itu diikuti oleh keluhan ~; ia melenggang ~ menuju ke daun pintu; 10. kecil-kecil, halus-halus, tidak lebat (hujan): kadang-kadang rintik-rintik hujan yg berpanjangan itu turun dgn kasarnya, kadang-kadang ~ pula; 11. cepat mengeluarkan buah (tanaman): padi ~; pisang ~;

~ kaki suka berkunjung (melawat dll); ~ kepala mudah memahami (mengerti) ajaran; ~ mulut (lidah) a) peramah, lancar, dan fasih tutur katanya, suka bercakap; b) suka cerewet (banyak mulut); ~ tangan a) suka menolong, cepat berbuat sesuatu; b) suka mengambil hak orang, gemar mencuri; ~ tulang rajin bekerja, tangkas;

~ sama dijinjing, berat sama dipikul = berat sepikul, ~ sejinjing prb bersama-sama dlm suka dan duka atau sama-sama mengerjakan sesuatu; ~ tulang berat perut prb siapa yg rajin bekerja, ia banyak beroleh rezeki;
1   ...   10   11   12   13   14   15   16   17   ...   20


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət