Ana səhifə

R II id kep Raden ra kep radiallahuanhu: Sayidina Umar al-Khatab ~. ra


Yüklə 0.78 Mb.
səhifə12/20
tarix26.06.2016
ölçüsü0.78 Mb.
1   ...   8   9   10   11   12   13   14   15   ...   20

renjas Pn; merenjas melompat bangun dgn marah, menunjukkan marahnya (dgn bangun dr tempat duduk dll): maka Tuan Puteri Sita Dewi pun terlalu marah di dlm hatinya, lalu bangkit ~ masuk ke dalam peraduannya.

renjat; renjatan 1. = ~ elektrik rasa sakit apabila bahagian tubuh terkena arus elektrik; 2. perasaan amat terperanjat spt seketika selepas mengalami sesuatu kemalangan;

kerenjatan, terenjat (berada dlm keadaan) terperanjat dan kebingunan.

renjer (rénjer) 1. orang yg tugasnya meronda atau mengawasi hutan, taman negara, dsb; 2. unit tentera yg terlatih khas utk melakukan serangan terhadap kawasan musuh.

renjis I percik, recik;

merenjis mengenakan air dgn memercikkannya: kain-kain direnjis dgn air sebelum diseterika;

merenjis-renjis merenjis beberapa kali atau berulang kali: dgn cermat, dia ~ pokok bunga itu dgn air;

merenjiskan memercikkan, merecikkan: istiadat ~ tepung tawar dan menabur beras kunyit;

merenjis-renjiskan merenjiskan beberapa atau berulang kali: seorang wanita kelihatan sedang ~ air pd mempelai lelaki yg baru tiba itu;

renjisan bahan yg direnjiskan, percikan: ~ air mawar;

perenjisan perihal (perbuatan, tindakan dsb) merenjis, merenjiskan atau merenjis-renjiskan (air dsb): ~ air mawar pd kedua-dua mempelai;

perenjis 1. alat utk merenjiskan; 2. orang yg merenjis.

renjis II; pokok ~ sj tumbuhan (pokok kecil), lelimau, limau-limau, pokok temin, semantan, Taxotrophis macrophylla.

renjong (rénjong) ark tinggi: seorang yg ~; tinggi ~ tinggi;

merenjong 1. mengangkat, meninggikan; 2. renjong: tinggi ~; ~ lidah berkata.

renminbi (rénminbi) unit mata wang Republik Rakyat China.

renta ark; merenta-renta membentak-bentak, menengking, mengherdik-herdik: demi didengarnya kata-kata itu, ia pun marah ~ .

renta (rénta); tua ~ sl sangat tua.

rentak I 1. hentaman kaki, hentak: ia menjawab dgn ~ dan marahnya; 2. = ~ lagu (muzik) gerakan yg teratur (dlm lagu), irama, tingkah: bertepuk tangan, berhentak kaki mengikut ~ lagu; 3. ki gaya, kelakuan, tingkah: ia mencelah mengikut ~ langkah pak menteri; ~ sedegam, langkah sepijak prb Mn setuju, semuafakat;

berentak mengikut, mempunyai atau memakai rentak (lagu atau muzik), berirama: sebuah lagu Melayu asli ~ perlahan didendangkan dlm majlis itu;

merentak, merentak-rentak menghentak-hentakkan kaki (kerana marah dll): ia bangun sambil ~ dan menengking;

merentakkan; ~ kaki menghentakkan (menghentamkan) kaki.

perentak = ~ jantung alat elektronik yg dipasang pd jantung utk memperkuat atau mengawal dan mengatur denyutan jantung yg lemah.

rentak II renggut, sentak;

merentak menyentak, merenggut: anjing itu ~ rantainya lalu putus; kemejanya sobek-sobek direntak-rentak orang;

terentak tersentak, tergoncang, dll.

rentak III; serentak bersama-sama (melakukan sesuatu), sekali gus, serempak: kerja hendaklah dijalankan berselang-selang atau ~; bangun ~; lawatan tuan itu ~ dgn ketibaan pasukan tentera tambahan.

rentak (réntak) rentak II.

rentaka sl meriam yg boleh dipusing-pusingkan;  lela II.

rentan mudah dihinggapi penyakit, jatuh sakit lagi; (me)~ hati ki lekas marah (sakit hati, kecewa);

kerentanan perihal (keadaan atau sifat) rentan: ~ organ berbeza antara satu dgn yg lain.

rentang terhulur panjang, terhulur memanjang;

se~ perjalanan Mn beberapa lamanya (jauhnya) berjalan; se~ ayam selama (sepusing) menyabung ayam;

merentang 1. membentang panjang, terletak memanjang: satu banjaran gunung ~ di tengah-tengah Semenanjung Tanah Melayu; dawai telefon yg ~ dr rumah ke rumah; tugas hidupku ~ di depanku; 2. menggalang, menghalang, melintang (di jalan dll);

~ antap ark memotong (memintas) jalan; ~ jalan membuat jalan; ~ jambatan membuat jambatan; ~ panjang menghuraikan (menceritakan) panjang lebar;

merentangi 1. merentang pd: mereka membina sebuah jambatan gantung yg ~ sungai; jalan kereta api Trans-Siberia yg lurus ~ kawasan ini; 2. menghalangi, merintangi: beberapa banyak kesukaran yg ~ usahanya telah dapat diatasi;

merentangkan 1. menarik atau memasang kawat (benang, tali, dll) tegang-tegang, meregangkan: ~ kawat; ~ tali; maka diregangkan oleh Benderang dgn Badang rantai itu dan direntangkannya; 2. menghulurkan (tangan, kaki) ke hadapan dll: ia mulai bergerak, ~ tangan, dan menganjurkan kaki; 3. menerangkan dgn panjang lebar, menghuraikan: pandai ~ cerita;

terentang 1. sudah direntangkan, terbentang: gunung itu ~ dr utara ke selatan melalui tanah besar Asia Tenggara; 2. tergalang, terhalang;

perentangan perbuatan dsb merentangkan: kegiatan pengedaran dan penampalan poster dan ~ sepanduk di merata-rata tempat;

perentang sesuatu (benda atau orang) yg merentang (menghalang), penghalang: rantai ~ itu dapat diputuskan; kenangan hitam itu berjaya menjadi ~ utama bagi Babu drpd berkahwin.

rentang (réntang) ark; merentang-rentang membentak-bentak, menengking, menggerantang.

rentap; berentap beradu pengaruh, kebolehan, kekuatan dsb dgn hebatnya utk mencapai kemenangan dsb: empat belas orang peserta akan ~ utk merebut gelaran juara itu;

berentap-rentap 1. tarik-menarik (dgn paksa), bertarik-tarikan; 2. ki beradu pengaruh atau kekuatan dsb (dgn hebatnya): akhirnya suatu pemilihan Ketua Kampung yg baru terpaksa dibuat, setelah Munir dan Suif ~;

berentap-rentapan 1. saling merentap, tarik-menarik dgn paksa, bertarik-tarikan; 2. saling berlawan atau beradu pengaruh, kehebatan dsb: menjelang tahun 1957, cogan kata spt “Merdeka dgn Darah” dan “Biar Lambat Asalkan Selamat” ~ dgn “Merdeka secara Damai dgn Bertolak Ansur”;

merentap menarik dgn paksa atau kekerasan, menyentak, merenggut: dgn marah, ia ~ tangan gadis itu;

merentap-rentap menarik-narik dgn kuat atau paksa, merentap berulang kali: dia ~ kain yg tersangkut pd paku di dinding itu hingga koyak; dia segera ~ tali sbg isyarat;

terentap terenggut, tersentak: siku dan umbi lengan dan umbi paha sudah tidak ~ spt muda-muda dulu;

rentapan hasil merentap, sentapan: akhirnya dgn ~ kuat, beg itu terlepas juga dr pinggang.

rentas lintang; garis(an) ~ garis(an) yg melintang; keratan ~ keratan yg melintang;

merentas 1. meretas, membuka, memutuskan: kena balung ayam kenantan habis direntas taji ayam orang sebelah; 2. melalui atau menempuh (sesuatu kawasan), memintas, melintasi, menjalani: jalan raya yg ~ negeri itu sangat banyak; kita ~ padang yg penuh dgn lalang; berlari ~ desa; 3. merintis; ~ jalan a) merintis (membuka) jalan; b) memintas jalan; 4. ki mencakup atau merangkumi: bahasa Melayu kini mampu ~ semua bidang ilmu;

rentasan garisan dll yg merentas: nilaian n dapat diperoleh dr ~ graf pd paksi melintang dan ~ graf pd paksi tegak; salah satu cara yg mudah sekali utk menggambarkan kontur ialah dgn melukis ~;

perentas (Mat) garisan lurus yg memotong dua atau lebih garisan lurus; retas.

rente (rénte) renten.

renten (réntén) IB bunga wang: pinjaman dikenakan ~ sebanyak 13%;

merenteni memberi bunga wang;

merentenkan membungakan wang (yg dipinjamkan), meminjamkan wang dgn dikenakan bunga.

renteng (rénténg) Jk; serenteng serangkai, seuntai (mercun dll);

berenteng-renteng 1. beruntai-untai; 2. berendeng-rendeng, berganding-ganding, beruntun-runtun;

merenteng; ~ mercun membakar mercun seuntai (tidak satu-satu).

rentenir IB orang yg meminjamkan wang dgn mengenakan bunga: ia dipaksa berkahwin oleh ibunya dgn seorang ~ yg kaya.

rentet (réntét) 1. berhubungan satu dgn yg lain, sambung-menyambung, berangkaian; 2. berturut-turut, beruntun-runtun, berekor-ekor;

rentetan 1. rangkaian, untaian: ~ kata; rondo ialah satu ~ bunyi yg berulang-ulang dimainkan; ~ peristiwa beberapa peristiwa yg berlaku berturutan (satu demi satu); 2. deretan, runtunan, siri: se~ dgn itu ia melengking sambil berdiri; 3. bunyi senapang dll yg berturut-turut;

berentetan berangkaian, berturut-turut, beruntun-runtun: tembakan kedengaran ~ di luar.

renti; merentikan menghentikan;

serenti; pusat ~ tempat pemulihan orang yg bermasalah, terutamanya yg berkaitan dgn penagihan dadah;  henti.

rentik Jw; merentik berasa sakit (bahagian tubuh), nyeri.

rentung 1. terbakar hingga jadi abu (hangus): rumah dan harta benda habis ~; 2. terbakar hingga hitam: membakar ikan sampai ~; benda ~ benda yg (sudah) terbakar hangus;

merentungkan menyebabkan rentung: kebakaran kali kedua yg berlaku tujuh tahun kemudian telah ~ beberapa buah bangunan lagi.

renung I; merenung 1. memerhatikan dgn teliti, menatap: direnungnya muka anaknya lama-lama; 2. menjenguk, menjengul: ia ~ ke luar jendela;

merenungi 1. memandang baik-baik, mengamat-amati dgn saksama, menatap(i): direnunginya wajah Siti Salina; lama juga ia ~ kitab itu; 2. memikirkan (sesuatu masalah dll), dgn mendalam;

renungan 1. hasil merenung atau merenungi, tatapan, pandangan: malu rasa hatinya kerana ~ Sira Panji itu; drpd air muka dan ~ matanya nyatalah dia menyuruh gadis itu duduk;

perenungan perbuatan dsb merenung(i): ~ tentang hubungan antara manusia sbg peribadi yg berdaulat.

renung II; merenung diam memikirkan sesuatu, termenung memikirkan sesuatu: beberapa lama ia tinggal ~ di dlm biliknya; ~ hari depan memikir-mikirkan masa depannya;

merenungkan memikirkan dalam-dalam (masak-masak, sungguh-sungguh), memenungkan: ia mengambil masa yg lama utk ~ nasihat-nasihat yg diberikan oleh ibunya;

renungan sesuatu yg direnungkan.

renut Kd; tali ~ tali yg mengikat rengga ke badan gajah.

renyah I leceh, rumit, susah (kerana memerlukan tenaga, benda, dll yg banyak): antara ketupat dgn lemang, maka lemang lebih menyelerakan tetapi amat ~ mengerjakannya;

berenyah, berenyah-renyah 1. bersusah(-susah), bersusah payah, bersibuk-sibuk: saya orang tua, tentulah tidak dapat berenyah-renyah spt orang muda; 2. = merenyah membuat (mengerjakan) sesuatu dgn teliti (saksama).

renyah II tidak senang, gelisah, risau, was-was: ia berasa sangat ~;

merenyahkan menggelisahkan (merisaukan dll): apa yg hendak direnyahkan, beras ada dan wang pun banyak.

renyah III Jk keras tetapi senang menghancurkannya (mentimun dll), rapuh.

renyai; hujan ~ (renyai-renyai) hujan rintik-rintik, rebas, gerimis;

berenyaian keluar sedikit-sedikit (peluh), bertitik-titik;

merenyai menjadi sedikit (kurang): hujan yg mulanya lebat sudah ~;

merenyai-renyai; sakit ~ berasa sakit sedikit-sedikit.

renyak; merenyak 1. menginjak-injak sesuatu dgn kaki; 2. menyumbat sesuatu ke dlm bekas (peti dll) hingga padat; 3. ki memperlakukan secara keras (orang yg sudah lemah.)

renyam I; merenyam, merenyam-renyam 1. berasa gatal, miang: badannya berasa merenyam apabila tersentuh ulat bulu; 2. bk galak, gatal (perempuan): tidak boleh nampak lelaki, nak ditegurnya, ~ sangat!

merenyamkan menyebabkan berasa merenyam.

renyam II; merenyam bp tersangat banyak, tidak terbilang banyaknya: ~ semut memakan gula.

renyang Mn 1. tidak tetap hati, gelisah, lincah; 2. tidak rapi, tidak selesai; 3. tidak sedap badan: badannya ~ dan lesu; renyah II.

renyap ark lenyap, nyenyak: waktu semua orang ~ dlm tidur.

renyau sj ikan laut, Atherina spp.

renyeh (rényéh) I; merenyeh 1. merengek: ah, engkau spt anak yg merenyeh-renyeh; 2. berkata-kata (berkelakuan dll) yg berlebih-lebihan (antara lelaki dan perempuan): meluat aku melihat lelaki perempuan merenyeh-renyeh di pasar minggu; amboi, janda muda itu ~ sangat!; ronyeh I.

renyeh (rényéh) II; terenyeh-renyeh Kd gatal, miang.

renyek Jk kumal, renyuk.

renyem Jk 1. bp tidak tentu hala (rasa hatinya), tidak beres, tidak selesai dll: ia menjadi ~ memikirkan hal anaknya; 2. (Sunda) bp gatal-gatal tubuhnya, renyam.

renyih Kd; merenyih merangsang (kerana marah dll), merenjas.

renyik renyuk.

renyuh; merenyuh 1. Pn menyentuh dgn hujung jari, menonyoh, mengetuk dgn buku jari; 2. Kd menolak atau melanggar orang dgn kasar (dlm perkelahian atau perlanggaran), menggocoh.

renyuk I 1. kumal, berkerumuk (kain, kertas): nanti ~ pula pakaian yg sudah diseterika itu; 2. remuk: pondok buruk itu habis ~ dihempap batang kelapa yg tumbang;

merenyukkan mengumalkan, meremukkan: bunga itu direnyukkannya; mahu rasanya kepala Si Sudin itu direnyukkannya;

kerenyukan perihal atau keadaan renyuk; ronyok.

renyuk II Mn rajuk;

merenyuk merajuk.

renyuk III Mn rentak, sentak;

serenyuk serentakan: tidak semena-mena ribut datang ~;

merenyuk 1. = dgn ~ dgn serta-merta berdiri (kerana marah dll); 2. = merenyukkan menyentakkan, merentak (merenggut, merengkah) dgn kuat-kuat (cepat-cepat): jangan direnyukkan tali kekang kuda itu; 3. = merenyukkan mengunjukkan (memberikan) dgn marah.

renyut I denyut;

merenyut berdenyut;

merenyutkan mendenyutkan (kening dll), menggerakkan: kita cuma dapat ~ kening saja.

renyut II; merenyut 1. bergerak perlahan-lahan dan banyak-banyak (semut, ulat, dll), merayap; 2. Kd, Pn, ki terlalu banyak (bilangannya): ~ ikan dlm kolam; ~ manusia di padang.

renyut III; ubat ~ sj tumbuhan (herba), Hedyotis capitellata.

reofit (réofit) (Bio) sj tumbuhan yg hidup di tepi atau di dlm sungai, mempunyai akar yg mencengkam atau menjalar di celah batu, serta berdaun kecil dan sempit.

reok (réok) Jk berketuk.

reorganisasi (réorganisasi) IB penyusunan semula, pembetulan aturan (susunan, perjalanan): diadakan ~ dlm sistem pentadbiran sesuai dgn sebuah negara yg membangun.

reorganisir (réorganisir); mereorganisir IB menyusun semula, membetulkan susunan perjalanan sesuatu.

reorientasi (réoriéntasi) orientasi semula, penyesuaian semula: semua ini memerlukan ~ dlm cara bekerja.

reostat (réostat) (Fiz) alat (dlm barang-barang elektrik) utk mengawal aliran arus elektrik.

reot (réot) reyot I.

rep (rép) (Muz) gaya muzik yg seni kata lagunya tidak dinyanyikan, tetapi dituturkan secara cepat dan berirama, yg berasal dr masyarakat berkulit hitam di Amerika: muzik ~.

repak repas.

repang papak atau rata (dipangkas), pepat: cucur atap yg ~; gigi yg ~;

berepang (telah) direpang: rambutnya yg ~ pendek memang senang diurus;

merepang memangkas rata-rata, memepat rata-rata, meratakan, menyamakan (hujungnya): buluh itu direpang supaya rata;

merepangkan merepang utk: dia ~ ibunya tepi kain yg berumbai-rumbai itu agar kelihatan lebih kemas;

perepangan perihal (perbuatan, proses dsb) merepang.

reparasi (réparasi) IB perbaikan (pembetulan) apa yg rosak: ~ kereta;

mereparasi membaiki, membetulkan: motokarnya terpaksa direparasi.

repas mudah pecah (rosak), rapuh.

repatriasi (répatriasi) IB pengembalian (penghantaran kembali) ke tanah air;

merepatriasikan memulangkan (mengembalikan) ke tanah air.

repek (répék); merepek bercakap terus-menerus dan yg bukan-bukan, berleter, mengoceh, meracau: apa yg kau cakapkan ini? M~ sahaja tidak menentu, macam orang gila.

repertoir (répertoir) 1. semua drama, muzik, nyanyian, cerita dsb yg sedia utk dinyanyikan (dilakonkan, dipersembahkan dsb) oleh penyanyi, pelakon, pemuzik dsb; 2. (Komp) set arahan lengkap yg dimiliki oleh komputer tertentu.

repertori (répertori) persembahan teater yg terdiri drpd beberapa lakonan (drama) oleh satu kumpulan teater utk tempoh masa yg singkat.

repes (répés); merepes berbuat sesuatu yg tidak ada faedahnya atau utk menghabiskan masa sahaja.

repet (répét); merepet 1. berleter, mengoceh, meracau: sejak tadi lagi perempuan tua itu ~; 2. mengigau, meracau;

perepet (orang yg) suka merepet; repek.

repeten (répetén) IB angka yg selalu berulang dlm pecahan perpuluhan; pecahan ~ pecahan persepuluhan yg mempunyai angka yg selalu berulang.

repetir IB; senapang ~ senapang yg sekali diisi boleh digunakan utk menembak berulang kali.

repetisi (répetisi) IB ulangan (pelajaran), latihan ulangan (lakonan dll): seorang bintang filem berkali-kali mengadakan ~ utk menyesuaikan dirinya dgn lakonan yg akan dijalankan.

repih I mudah dipatahkan atau dipecahkan (spt roti kering dll), rapuh;

merepih menggetas (mematahkan, memecahkan, dll) kecil-kecil: ~ roti;

repihan pecahan (sobekan, potongan, dll) yg kecil-kecil, serpih: banyak orang yg terbunuh terkena ~ bom.

repih II Ph, Pr; merepih menebas semak (rumput dll), mencuci ladang (halaman), merumput.

repis  repih I.

replika (réplika) 1. model sesuatu objek, spt bangunan, jentera, catan, dll, yg hampir atau betul-betul menyerupai objek yg asli: ~ sebuah meriam zaman kesultanan Melaka akan dipamerkan di Muzium Melaka; 2. seseorang atau sesuatu yg sifat-sifatnya hampir-hampir menyamai sifat-sifat seseorang atau sesuatu yg lain: malangnya media di dunia Islam adalah semata-mata ~ media Barat;

mereplikakan membuat atau meniru sesuatu objek (spt bangunan dsb) dlm bentuk replika: kerja ~ Menara Berkembar Kuala Lumpur juga memerlukan kreativiti pembuatnya.

repolper IB pistol.

repot (répot) I bp lapor; kena ~ dilaporkan;

merepotkan melaporkan, memberitahukan: kehilangan motokarnya itu dgn segera direpotkan ke balai polis;

repotan kenyataan yg dibuat (ditulis) ketika merepotkan, laporan.

repot (répot) II IB 1. banyak kerja, sibuk: ia begitu ~ mengurus dan melayani orang-orang yg datang di rumahnya; mereka akan membenarkan kita lewat tanpa ~; 2. dlm kesukaran, berabai, kalut, kelam-kabut: orang ramai mulai ~ kerana harga beras telah meningkat naik;

merepotkan menyebabkan repot;

kerepotan kesibukan, kekalutan.

representasi (répréséntasi) 1. sesuatu yg melambangkan, menggambarkan, atau menyatakan sesuatu yg lain, perlambangan, gambaran, pernyataan; 2. perihal (perbuatan dsb) mewakili, perwakilan.

representatif (répréséntatif) mewakili (golongan dll), sesuai utk mewakili.

represif (réprésif) bersifat menekan (menindas): langkah-langkah ~ perlu diambil utk mencegah kegiatan jenayah.

reproduksi (réproduksi) tiruan lukisan (lukisan yg diambil gambar dgn kamera).

reproduktif (réproduktif) bkn dgn pembiakan: organ ~.

reprografi (réprografi) (Cetak) proses, seni atau amalan membuat salinan atau mencetak semula bahan bercetak dsb.

reptilia (réptilia) haiwan berdarah sejuk, spt buaya, ular, cicak, dan kura-kura, yg bernafas dgn paru-paru, bertelur, dan badannya diliputi kulit keras atau bersisik.

repu Pr; merepu 1. menimbun sampah dll utk dibakar (utk menghalau nyamuk, hantu, dll); 2. tersangat banyak, berlambak-lambak.

republik (républik) negara yg sistem pemerintahannya berdasarkan kuasa rakyat melalui wakil yg mereka pilih dan diketuai oleh seorang presiden;

kerepublikan yg mempunyai ciri-ciri republik: doktrin ~ revolusi Perancis.

republikan (républikan) orang (parti politik) yg menganut faham ketatanegaraan yg berbentuk republik.

republikanisme (républikanisme) faham (aliran, kepercayaan, doktrin dsb) yg menganjurkan bahawa sistem kerajaan yg terbaik adalah sebuah republik.

repuh I ark 1. = ~ muda = repuhan hutan muda atau belukar; 2. Kd sisa-sisa (spt ranting-ranting dll) pokok-pokok yg ditebang dan terbiar (kadang-kadang dilindungi oleh anak-anak kayu).

repuh II Pr; merepuh penuh (dgn bunga): pokok-pokok durian sedang ~.

repuh-repuh mangga, induk kunci gantung, kura-kura, pedal ayam.

repui ark repas, repih, reput.

reput buruk atau lapuk (kayu, kain, dll): pokok itu direndam dlm air sehingga ~ dan tanggal segala bahagian yg lembut dan isi batangnya;

~ fros kemusnahan tisu, terutamanya tisu pd jari tangan, jari kaki, hidung dan telinga akibat terdedah pd suhu sejuk beku (spt yg pernah dialami oleh pendaki gunung); ~ relai rosak berpisah-pisah kerana busuk atau lapuk (kain, kayu, dll);

mereput menjadi reput;

mereputkan menyebabkan menjadi reput: hidupan seni memakan dan ~ bahagian tumbuh-tumbuhan yg mati;

reputan benda yg reput: tumbuhan itu hidup di tanah yg kaya dgn ~ benda-benda organik;

kereputan perihal (keadaan) reput;
1   ...   8   9   10   11   12   13   14   15   ...   20


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət