Ana səhifə

R II id kep Raden ra kep radiallahuanhu: Sayidina Umar al-Khatab ~. ra


Yüklə 0.78 Mb.
səhifə7/20
tarix26.06.2016
ölçüsü0.78 Mb.
1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   ...   20

rasionalistik bkn fikiran yg berasaskan logik, bukan berasaskan emosi atau ajaran (kepercayaan) agama: pemikiran ~; jawaban yg cukup ~.

rasis rasialis.

rasisme rasialisme.

rasmi disahkan oleh kerajaan atau yg berkuasa, (yg) diisytiharkan (ditentukan, disahkan) oleh kerajaan atau jabatan dll: bahasa ~; ejaan ~; kenyataan ~; pakaian ~; resit ~; tugas ~; upacara ~;

merasmikan mengisytiharkan (melantik, menentukan, menetapkan, mengesahkan, dll) dgn rasminya: ~ pameran lukisan; ~ pembukaan sekolah;

rasmi-rasmian bersifat rasmi: majlis yg ~;

kerasmian perihal rasmi: bahasa Melayu akan sanggup menggantikan bahasa Inggeris dlm segala lapangan ~ dan keilmuan;

perasmian pengisytiharan (pelantikan, penentuan, penetapan, pengangkatan, pengumuman, dll) yg rasmi: masa transisi sesudah ~ ejaan itu akan mengurangi kerugian yg mungkin dideritai; ~ lantikan panitia Bahasa Melayu-Indonesia.

raspberi (raspbéri) sj tumbuhan renek yg buahnya lembut, kecil, berwarna merah dan boleh dimakan, Rubus idaeus.

rastali; pisang ~ sj pisang; rajastali.

rasuah pemberian utk menumbuk rusuk (menyogok, menyuap), (wang) tumbuk rusuk (sogok, suap): Jabatan Pencegah R~;

merasuahi memberi rasuah kpd: dia dituduh ~ pegawai itu;

perasuah orang yg memberi rasuah: Allah mengutuk ~, orang yg menerima rasuah dan perantara rasuah antara kedua-duanya.

rasuk I kayu yg dipasang di antara tiang-tiang rumah (utk menyangga gelegar tempat dipasang lantai);

gar-gar kata pelantar, ~ juga yg menahannya prb kita tidak boleh mendengar cakap orang yg tidak bertanggungjawab.

rasuk II; kena ~ = dirasuk hantu kemasukan hantu syaitan dll;

merasuk 1. masuk ke dlm tubuh manusia (hantu, jin, dll): tiba-tiba keempat-empat mereka ketawa terbahak-bahak bagaikan dirasuk jin tanah; 2. mendalam, menyerap atau meresap benar: apabila melihat orangnya, tambah ~ lagi keyakinanku kpd ajarannya; ~ hati (jiwa) mengganggu atau mengusik (hati), menggodai, menggiurkan (hati): berbagai-bagai fikiran datang ~ hatinya terutama fikiran hendak menceraikan isterinya;

rasukan hasil perbuatan merasuk: maka al Bidaah pun menyebar-nyebarkan ~ syaitan ini;

kerasukan kemasukan (hantu, jin, dll).

rasul = ~ Allah utusan atau pesuruh Allah yg dipilih-Nya utk menerima wahyu daripada-Nya utk dirinya sendiri dan diwajibkan menyampaikan wahyu itu kpd orang lain: Nabi Isa ialah seorang ~; R~ Allah gelaran khas bagi Nabi Muhammad SAW; sunah ~ perbuatan, perkataan, pengakuan dan sifat Nabi Muhammad SAW yg digalakkan diikuti oleh orang Islam;

kerasulan perihal rasul (sifat, martabat, dll).

rasuli Ar ark perihal rasul.

Rasulullah Ar gelaran khas bagi Nabi Muhammad SAW.

rasyid Ar orang yg mengikut jalan yg benar (agama).

rat I Jw ark alam, dunia, jagat.

rat II Kl jinak.

rata I 1. tidak tinggi rendah, datar, papak, papar: bahagian atas meja itu ~; padang bola yg menghijau ~; pukul (hitung) ~ semuanya dianggap sama (tidak dibeza-bezakan), hitung panjang; sama ~ a) sama tinggi dan sama rendah (semuanya); b) = sama ~ sama rasa sama hak dan kewajibannya (sama tarafnya); 2. seluruh bidang (permukaan) sama diliputi, menyeluruh: hendaknya lantai itu disapu ~; kurang ~ ditutup lantai itu dgn tikar; 3. seluruhnya beroleh bahagian yg sama, tersebar ke merata tempat (berita dll), terdapat (terkena dll) di mana-mana: pusaka itu dibahagi ~; telah ~ lukisannya ditunjukkan; pd masa itu orang Melaka ~lah berkapal belaka; ~-riti Kl ke mana-mana;

serata seantero, segenap, seluruh: getah dieksport ke ~ dunia; poster-poster tertampal di tembok-tembok di ~ kampung;

keserataan perihal (keadaan) serata: tahap ~ penggunaan bahasa itu masih rendah;

menyeratakan menyebarkan ke mana-mana, menyeluruh;

rata-rata 1. rata sekali, sama banyaknya dll di serata tempat: baja itu hendaklah ditaburkan ~; saya ingin benar hendak melihat ~ dlm kebun itu; 2. = (di)pukul ~ a) dianggap sama semuanya, dihitung panjang, pd umumnya: keistimewaannya ialah orang-orang bawahannya ~ segan dan hormat kepadanya; ~ mereka tidak berbaju, kecuali yg paling depan; apatah lagi dlm arus sekarang, ~ wanita suka bekerja makan gaji; b) diambil tengah-tengah, dibahagi rata; ~ seekar tanah sawah menghasilkan 400 gantang padi setahun; peon dan buruh kasar ~ mendapat dlm lingkungan RM80 dan RM100 sebulan;

merata 1. (menjadi) rata: matanya terpaku ke permukaan laut yg sekali-kali tersebak dan ~; buah padi yg sedang masak, kuning, dan ~; 2. = merata-rata tersebar (menular) ke mana-mana, pergi ke mana-mana, merebak: sebentar saja berita kejadian itu ~lah ke seluruh kampung; beberapa lamanya ia ~ di Eropah; 3. = merata-rata serata, segenap, seluruh, seantero: makanan utk pokok-pokok memang ada sedia hampir-hampir di ~ tempat; lipas didapati di ~ tempat di negeri panas;

meratai merata ke segenap..., meliputi (memasuki, melindungi, mengenai, dll) kesemuanya: mata profesor itu ~ semua muka mahasiswa; tidak mungkin rasanya peraturan itu ~ seluruh lapisan rakyat;

meratakan 1. menjadikan (menyebabkan) rata, memapakkan, mendatarkan: seluruh kawasan bukit itu diratakan utk dijadikan tapak kawasan perumahan rakyat; 2. membahagi-bahagikan rata, menyebarkan ke merata tempat: ~ kemakmuran ke seluruh negara ialah tujuan utama kerajaan sekarang; bantuan kecemasan diratakan kpd segenap mangsa bah;

rataan ark dataran;

kerataan perihal rata: semua permukaan cecair adalah rata dan selari dgn ~ tanah;

perataan perihal (proses) meratakan sesuatu: ~ permukaan jalan itu telah selesai;

perata alat utk meratakan (mendatarkan dll).

rata II sl sj kenderaan, kereta; ~ terbang (melayang) sl kereta yg dapat terbang.

ratah tidak bercampur dgn benda lain (lauk-pauk);

meratah 1. makan lauk sahaja (tidak dgn nasi): habis lauk itu diratahnya; 2. ki mengalahkan, menundukkan: malam gerhana bagi Malaysia apabila diratah oleh China dlm pusingan akhir perlawanan bola sepak Piala Asia;

ratahan sesuatu yg diratah.

ratan Kl, Tr; beratan bersama-sama, berserta;

meratan membantu, menolong, turut campur: kalau mereka bertumbuk kau jangan ~.

ratap I = ratapan rintihan kerana kesedihan (dgn mengeluh, menangis, menjerit, dll): ~ anak-anak yg kehilangan kedua-dua ibu bapa itu sungguh menyayat hati; ~ tangis ratap dan tangis; ~ petolong ijuk penebal prb penghasilan tambahan (bukan penghasilan sbg pokok penghidupan);

meratap menangis sambil mengeluarkan kata-kata, mengeluh (sambil menjerit, menangis, dll): sudah beberapa lama Khairil meninggal, masih ada sahaja orang ~;

meratapi meratap kerana menangisi: hatinya ~ nasibnya.

ratap II; meratap berbunyi sebiji-biji dgn banyak, berbunyi berulang-ulang (mesingan dll).

ratap III Pr; meratap penuh dgn barang hiasan (cincin dll): jarinya ~ dgn cincin.

ratas Mn retas.

ratau Kl rantau.

rati; merati, meratikan memerhatikan; hati-hati I.

ratib sj zikir, puji-pujian yg diucapkan berulang-ulang (lailahaillallah dll);

~ bang azan yg dilaung berkali-kali; ~ saman sj ratib amalan tarekat Saman (ajaran Abd. Karim al-Saman);

beratib, meratib melakukan ratib, berzikir: ia pernah ~ tiap-tiap malam di surau;

meratibkan meratib atau mendoa utk (orang meninggal dll), menzikirkan: mayat pun dikebumikan, diratibkan, dan ditahlilkan.

ratifikasi IB pengesahan perjanjian oleh parlimen dll: tinggal saja ~ pembubaran Universiti itu oleh Dewan Perwakilan Rakyat;

meratifikasi, meratifikasikan mengesahkan (perjanjian dll): lalu diteruskan ke D.P.R. utk diratifikasi.

rating bp kadar kepopularan sesuatu rancangan radio atau televisyen yg diukur berdasarkan jumlah pendengar, penonton dsb: tayangan klip video Barat menarik minat penonton remaja dan menaikkan ~ rancangan dan keuntungan hasil iklan.

ratna 1. sl intan; 2. ark puteri (gadis) yg cantik; ~ cempaka manikam kuning; ~ mutu manikam berbagai-bagai intan permata; ~ pakaja a) jantung hati, yg tercinta, kekasih; b) sj tumbuhan (herba yg daunnya dibuat sayur), Gomphrena globosa.

ratu 1. raja (perempuan): ~ Elizabeth; 2. permaisuri; 3. sl raja: ~ Majapahit; 4. ki gelaran kpd pemenang wanita dlm peraduan kecantikan dll: ~ cantik; ~ fesyen; ~ kebaya; ~ sanggul;

beratukan mengabdikan diri kpd ratu, beratu kpd: anak buah Patrik Aria Gajah Mada yg ~ Raden Galuh Wi Kesuma.

ratus I bilangan sepuluh kali sepuluh;

seratus satu ratus (100);

beratus-ratus beberapa ratus: ~ rakyat mati;

meratus 1. sl beratus-ratus; 2. = menyeratus; ~ hari mengadakan kenduri utk memperingati orang mati pd hari yg keseratus sesudah meninggal;

ratusan 1. bilangan seratus: kalau bilangan-bilangan besar dicampur, satuan dikumpulkan dgn satuan, puluhan dgn puluhan ,dan ~ dgn ~; 2. beratus-ratus: dentuman-dentuman meriam saling berganti dgn dengungan ~ pesawat udara sekutu;

peratus 1. = perseratus, seperatus satu dibahagi dgn seratus (1/100); 2. persen: sepuluh ~ 10%; seratus ~ a) 100%; b) ki seluruhnya, semuanya (tanpa kekecualian lagi): kekotoran dan kedurjanaannya sudah seratus ~ terdedah;

peratusan 1. bilangan (dgn kiraan) peratus: ~ rakyat yg sudah berumur juga kian meningkat; 2. persen.

ratus II ark; meratus 1. berkicau (burung); 2. berkata yg bukan-bukan (kerana kecewa, sedih, dll), mengoceh.

ratus III Jw ark sj dupa.

ratus IV; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Justicia bracteata.

rau I bunyi spt bunyi hujan lebat yg kedengaran dr jauh dll; derau I.

rau II; kayu (pohon) ~ sj tumbuhan (pokok), pokok rawa, kedondong bulan, kedondong bulu, Santiria laxa.

rauk Kl; merauk meraup, menyapu.

raum; meraum mengaum, menderum; raung.

raun bp 1. = meraun berjalan berkeliling, berkeliling, meronda; 2. sepusingan (permainan, tarian, dll), sekali tamat;

meraun berjalan dll berkeliling, berjalan berputar-putar: mereka ~ dgn jip.

raung bunyi (suara) nyaring lagi panjang, teriak panjang: ~ tangis yg amat sedih juga yg kedengaran di keliling rumah itu; ~ harimau;

meraung 1. berbunyi (bersuara) nyaring dan panjang (anjing, serigala, dll), menggeru: harimau ~; 2. = meraung-raung menangis serta menjerit keras-keras, menggerung: dia ~ apabila saja dia melihat mayat anaknya terbujur; orang sakit itu meraung-raung sambil berlari ke sana sini;

meraungkan meraung akan: jangan diraungkan mayat itu;

meraung-raungkan menggembar-gemburkan, melaung-laungkan: ke mana-mana pun ia pergi, ia tetap ~ cita-cita politiknya;

raungan raung: ~ dan tangisan bercampur-campur.

raup; seraup sebanyak yg dapat diambil dgn kedua-dua belah tangan (yg dikembarkan): ~ beras;

meraup 1. rapat kedua-dua belah tangan ketika mencedok: beras itu disukatnya dgn tangan ~; 2. mencedok (mengambil, mengumpulkan) dgn kedua-dua belah tangan (yg dikembarkan): ~ beras; ~ kaki mengampu kaki dgn kedua-dua belah tangan ketika sujud kpd raja dll;

harap hendak ~, tidak boleh menggenggam prb kerana hendak hidup dgn kemewahan habis harta benda.

raut I; pisau ~ sj pisau khas yg tajam utk melicinkan (menajamkan, menghaluskan) rotan dll, seraut, siraut;

beraut sudah dilicinkan (dihaluskan dll); lidi ~ lidi yg sudah dilicinkan (dibersihkan drpd daun);

meraut meratakan (menghaluskan, melicinkan, meruncingkan, dll) dgn pisau: ~ rotan penjalin lukah; ~ pensel dgn pisau.

raut II = rautan bentuk, potongan, roman, tampang; ~ badan bentuk (sikap) tubuh; ~ muka (wajah) tampang muka, roman.

raut III; burung ~ sj burung, burung kendi, Numenius arquata orientalis; burung pisau ~ sj burung, burung kendi, Numenius phaeopus variegatus.

rauvit (Kim) mineral yg mengandungi kalsium, uranium dan vanadium.

rawa I; kain ~ sj kain pelangi (kain yg bermacam-macam warnanya).

rawa II paya, rawang: suatu daerah ~ yg luas;

berawa berpaya, berawang: keadaan buminya ~ dan berlebak-lebak.

rawa III; burung ~ sj burung (merpati liar), Ducula bicolor; cucak ~ Jw burung barau-barau.

rawa IV 1. sj tumbuhan (pokok kecil), raba-raba, Mangifera microphylla; 2. = pokok ~ sj tumbuhan (pokok besar), Diacontomelum mangiferum.

rawa V Kl, Tr sj alat utk menangkap ikan (udang).

rawa VI Kl, Tr; merawa mengacau barang-barang makanan dlm periuk dgn tangan, mengambil

(isi) makanan sahaja.



rawah I Mn sj kuali (belanga) besar: telinga ~ pekak, enggan menerima nasihat orang.

rawah II ark sj persekutuan dagang yg setengah ahlinya memberi modal dan yg lainnya memberi tenaga sahaja.

rawai I sj alat utk menangkap ikan yg terdiri drpd beberapa bentuk kail yg digantungkan pd tali atau rotan yg terentang;

merawai menangkap ikan dgn rawai.

rawai II sj tumbuhan (pokok), dedali paya, lima beruk, minyak beruk, Xanthophyllum griffithii.

rawai-rawai Br sj ukiran lama yg biasanya terdapat pd bahagian tertentu rumah.

rawak tidak ditentukan atau diatur lebih dahulu, rambang; menembak ~ menembak rambang (untung-untungan); secara ~ secara rambang (sesuka saja), diambil (dicabut dsb) secara sembarangan; ~ rambang merambang, mengawur;

merawak merambang, mengawur (menabur), kena tak kena;

kerawakan keadaan rawak: kajiannya penuh dgn ~; ~ sampel.

rawan I = ~ hati pilu, gundah-gulana, rindu bercampur sedih, sayu, terharu: beberapa hari ini dia sangat ~ bercampur sedih; dengarkan lagu itu, betapa sayu, pilu, ~ , dan menghiris sumsum kita; sayu ~ sayu dan rawan;

berawan = ~ hati berasa rawan;

merawan, merawani berasa rawan terhadap (kpd);

merawankan = ~ hati menimbulkan (membangkitkan, mendatangkan) rasa rawan: suara yg sangat sedih dan ~ hati;

kerawanan = ~ hati perihal (keadaan) rawan hati, keadaan gundah gulana, kesayuan, keharuan: ~ hati seseorang anak muda mudah terusik oleh persekitaran yg dilihat dan dirasainya terlalu pincang;

perawan yg merawankan hati: ~ hati.

rawan II; tulang ~ a) tulang yg lembut, tulang muda; b) tulang dada.

rawan III penjodoh bilangan yg menyatakan selengkap (jala, jaring, kancing baju, dll); se~ jala satu jala.

rawan IV; nasi ~ nasi yg bercampur dgn sayur dan lauk-pauknya.

rawan V ark sl sj kenderaan, kenaikan; takhta ~ sj tandu.

rawan VI ark merawan berawan; awan.

rawan VII; (pokok) ~ hantu sj tumbuhan (palma), pinang biring padi, pinang legung, pinang penawar, Pinanga disticha.

rawang I hutan yg berpaya-paya, rawa.

rawang II Mn; merawang merambang, merawak: janganlah kamu fikirkan perkara-perkara itu ~ saja; matanya liar ~ ke sana ke mari.

rawat I; juru~ orang yg menjaga orang sakit (di hospital dll);

merawat memelihara, menyelenggarakan, membela, menjaga (orang sakit dll) dgn memberi ubat dsb: isterinya dirawat di rumah sakit umum; ia dirawat di hospital; dlm buku ini dihuraikan arahan-arahan utk memelihara, ~, dan membaja lebih drpd 50 jenis pokok buah-buahan;

terawat dirawat: keadaannya ~ baik;

rawatan hasil merawat; ~ muka rawatan utk memelihara kesihatan dan kecantikan muka (dgn membubuh krim dan mengurut bahagian muka, dll); ~ rapi rawatan dan penjagaan yg intensif dan berterusan terhadap seseorang pesakit yg berada dlm keadaan tenat, biasanya ditempatkan dlm bilik khas;

perawatan perihal (perbuatan dsb) merawat, pemeliharaan, penyelenggaraan, pembelaan, penjagaan: orang yg berwang saja yg menghendaki ~ yg luar biasa; ~ muka rawatan utk memelihara kesihatan dan kecantikan muka (dgn membubuh krim dan mengurut bahagian muka, dll);

perawat orang yg merawat, bahan utk merawat (tumbuh-tumbuhan dsb).

rawat II Pl pulih kembali spt sediakala, kembali kpd keadaan asal.

rawi I Ar 1 . = perawi orang yg meriwayatkan hadis Nabi, periwayat: ~ hadis; 2. orang yg bercerita, pengarang cerita: kata ~ bahawa Sultan Muhammad Shah itu di atas kerajaan terlalu sekali adil;

merawi beriwayat, bercerita;

merawikan meriwayatkan, menceritakan;

perawian perihal menceritakan riwayat hidup: ~ teks HS;

perawi orang yg meriwayatkan hadis.

rawi II sl matahari.

rawit I; cabai ~ cabai kecil yg pedas, cabai burung (Melaka), lada api: kecil-kecil cabai ~, biarpun kecil tetapi berani.

rawit II Jw; rawitan, kerawitan 1. sj lagu (gending) permulaan pertunjukan wayang; 2. seni suara (gamelan).

rawit III; merawit membabit (menyangkut, melibatkan) dlm sesuatu perkara.

rawon Id; nasi ~ nasi rawan.

raya I 1. besar (terbatas pemakaiannya); alam ~ dunia sejagat; badak ~ sj badak yg besar; bandar ~ bandar yg besar; gendang ~ gendang besar; hari ~ = hari ~ puasa hari utk meraikan berakhirnya puasa, lebaran; hari ~ besar a) hari raya puasa; b) hari raya haji; hari ~ haji (korban, adha) hari besar Islam yg dirayakan pd 10 Zulhijah (selepas berhenti di Arafah); Indonesia ~ lagu kebangsaan Indonesia; jalan ~ jalan besar; kaya ~ kaya sekali; bulan purnama ~ bulan purnama yg penuh; 2. bp hari besar; ~ haji hari raya haji; kuih ~ kuih hari raya; 3. umum, awam (dipakai dlm beberapa ungkapan sahaja); balai ~ balai utk orang ramai; Jabatan Kerja R~ jabatan yg mengurus kerja-kerja umum spt membina jalan dll; pendakwa ~ pegawai yg mendakwa bagi pihak kerajaan; pilihan ~ pilihan umum; rimba ~ rimba luas;

beraya bp berhari raya;

merayakan memuliakan (memperingati, meramaikan) hari besar (hari peringatan, peristiwa penting, dll): ~ hari kemerdekaan negara; ~ hari jadinya;

perayaan pesta utk merayakan sesuatu peristiwa, keramaian, perjamuan, dll: ~ maulud Nabi SAW; ~ hari kemerdekaan.

raya II; bunga ~ sj tumbuhan (pokok dan bunganya), bunga sepatu, Hibiscus rosasinensis (bunga kebangsaan Malaysia).

rayah; merayah merebut dan merampas, menjarah, merompak: harta benda habis dirayah dan rumah-rumah dibakar.

rayan; rayan-rayan Mn 1. = merayan mengigau, meracau: ~ kerana demam panas; 2. mimpi yg berhubungan dgn pengalaman siang hari, memikir-mikirkan peristiwa yg lalu: pd waktu siang menjadi angan-angan yg menindih dan pd waktu malam menjadi ~ yg mengganggu;

terayan-rayan (berada) antara tidur dan jaga, termimpi-mimpi, teringat-ingat, terbayang-bayang.

rayang; merayang berasa agak pening, pusing kerana kena pukul.

rayap I 1. anai-anai: papan-papan kayu yg sana sini sudah lapuk dimakan ~; 2. bp orang yg suka mengaruk saku orang, orang yg suka melakukan rasuah;

merayap spt rayap, berkeriapan, berkerumun banyak-banyak.

rayap II; merayap 1. berjalan (bkn binatang kecil spt semut dll): semut dan anai-anai ~ di tanah; 2. melata (tumbuh-tumbuhan yg menjalar): batangnya bercabang-cabang ~ di atas tanah; 3. ki bergerak dgn perlahan-lahan dan arah yg berubah-ubah (pandangan, fikiran, dll), bergerak dgn perlahan-lahan: matanya ~ ke sekujur badan orang itu; beberapa buah kereta lembu kelihatan ~ perlahan-lahan; tangan yg terkembang rapat itu merayap-rayap menyapu daun pintu; 4. bp berjalan-jalan membuang masa dgn tidak tentu hala (tidak bertujuan dll), merayau: kadang-kadang ia ~ sampai subuh; beberapa hari di Singapura ia mulai ~, mula-mula dipandu oleh anak tukang kebun;

merayapi 1. merayap pd (di): semut ~ gula; matanya ~ seluruh bangunan itu; 2. mengerumuni, mengelubungi: perlahan-lahan bumi pasar minggu itu dirayapi semut manusia; Kuala Lumpur sedang dirayapi malam;

merayapkan menjadikan merayap: dirayapkan sayapnya melata bumi;

terayap-rayap sedang merayap(-rayap): ~ bergerak perlahan-lahan orang menuai di tengah bendang;

rayapan pergerakan yg perlahan-lahan: ia mengikuti ~ suluhan lampu itu.

rayau; merayau, merayau-rayau 1. meraba-raba (kerana mencari atau mengambil sesuatu): gadis itu menyandarkan badannya pd tubuh Farid dan dibiarkannya tangan pemuda itu ~; tangan kanannya merayau-rayau memungut serdak cucur kodok dan ondeh-ondeh; 2. pergi ke mana-mana utk mencari sesuatu, berkeliaran (mencari mangsa dll), mengembara: ia ~ di bandar Melaka; saya tak kuasalah merayau-rayau ke rumah orang atau mengintip-intip apa yg dibuat orang; 3. tidak tenang (tenteram), cemas, gelisah: matanya merayau-rayau memerhatikan keadaan di dlm rumah; maka ~lah fikirannya, meninjau-ninjau masa hadapan;
1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   ...   20


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət