Ana səhifə

G huruf ketujuh abjad Rumi. G. kep Gunung: ~ Kinabalu; ~ Tahan ga


Yüklə 0.66 Mb.
səhifə12/15
tarix27.06.2016
ölçüsü0.66 Mb.
1   ...   7   8   9   10   11   12   13   14   15

gilingan aci atau gandar pd kincir;

penggilingan 1. mesin dll yg dipakai utk menggiling padi dll; 2. perbuatan menggiling;

penggiling; ~ jalan giling-giling.

gilipir IB bp penulis dlm mahkamah, geripir.

gilir ganti, tukar, pusing (pekerjaan yg dilakukan berganti-ganti);

bergilir berganti dgn mengikut aturan, bertukar berturut-turut: mereka ~ berjabat tangan; tanaman ~ tanaman yg ditanam menurut aturan, sbg ganti tanaman yg lain pd tanah (tapak) yg sama; ~-ganti berganti-ganti;

bergilir-gilir, bergiliran sesudah yg satu diganti dgn yg lain, berganti-ganti, bertukar-tukar: tujuh kali ~ berpantun;

menggilirkan, mempergilirkan melakukan (menjadikan dll) supaya bergilir-gilir: petani-petani yg baik ~ tanamannya;

giliran = pergiliran sl pergantian, pertukaran (pekerjaan yg dilakukan bergilir-gilir): waktu malam ~ memasak ini jatuh kpd kawan-kawan yg lain pula; ~ tanaman (Tani) pertukaran menanam berbagai-bagai tanaman (pokok) dgn berganti-ganti menurut aturan, pd tanah (tapak) yg sama;

kegiliran memperoleh giliran;

penggiliran perihal (proses, perbuatan atau tindakan) menggantikan seseorang dgn yg lain secara bergilir-gilir atau mengikut giliran: isu ~ jawatan Ketua Menteri itu sedang hangat dibincangkan.

gilis I sl kilas.

gilis II; menggilis menindih dgn benda yg bulat berat sambil berputar berguling-guling, spt roda kereta api dsb, menggilas: dia menunjukkan tempat adiknya digilis kereta api komuter pd petang semalam;

tergilis digilis: kaki kanannya hancur akibat ~ tayar bas dl kemalangan itu.

gilotin sj alat yg digunakan utk memenggal kepala pesalah, terutamanya semasa Revolusi Perancis dahulu.

gim I singkatan bagi gimnasium.

gim II Jk benang emas.

gimana bp kep bagaimana.

gimbal sj peranti yg dapat menetapkan kedudukan alat spt kompas dan giroskop dlm keadaan mengufuk walaupun semasa kapal, kapal terbang dsb sedang bergerak.

gimbar Br susunan atau kedudukan yg sebelah-menyebelah;

bergimbar bersusun sebelah-menyebelah, berganding.

gimbul Pn; menggimbul 1. menonjol atau berbonggol (pipi kerana makanan); 2. Jw membawa barang dlm kain dll; gembol II.

gimik sesuatu (tindakan, objek, alat) yg luar biasa yg tidak semestinya penting, yg digunakan utk menarik perhatian umum (lazimnya dlm bidang ekonomi dan politik): dia sudah cukup melindungi suasana motivasi dgn ~nya yg tersendiri.

gimnas orang yg terlatih atau mahir dlm gimnastik, ahli gimnastik: negara itu menaruh harapan kpd para ~, penerjun, pasukan pingpong dan atlet angkat berat utk meraih emas.

gimnasium bilik atau dewan yg dilengkapi palang, beberat, tali, dsb utk latihan jasmani.

gimnastik latihan (senaman) gerak badan yg memperlihatkan kelincahan dan ketangkasan seseorang utk membina otot dan kecerdasan mental.

gimpal perhiasan drpd emas atau perak yg digantung pd rantai leher (kalung), aguk.

gimrama akronim bagi gimnastik berirama (iaitu suatu persembahan gimnastik yg biasanya menggunakan alat tertentu spt tali, reben dan bola dgn iringan irama muzik): sekolah itu banyak melahirkan jaguh negara dlm acara skuasy, boling dan ~.

gin sj minuman keras tanpa warna yg disuling drpd ekstrak bijian spt barli atau rai dan diberi perisa beri juniper.

ginang-ginang sj kuih yg dibuat drpd pulut dan digoreng dgn minyak.

gincah kincah.

gincu bahan utk mewarnai bibir, lipstik;

bergincu memakai (mengenakan) gincu: masa itu belum ada cara berkeriting rambut dan ~ spt sekarang ini;

menggincu mewarnai (bibir) dgn gincu: selesai ~ bibirnya, ia memakai air wangi pula.

ginding (Sunda) elok dan bersih (pakaian).

ginekologi (ginékologi) cabang ilmu perubatan yg berkaitan dgn penyakit-penyakit wanita khususnya yg berkaitan dgn organ-organ seks dan salur kencing.

giner (ginér) Kl sj kuih yg dibuat drpd pulut.

gingging; menggingging berdiri di atas sebelah kaki dgn tangan memegang kaki yg satu lagi.

gingiva (Ubat) gusi.

gingivitis (Ubat) radang pd gusi.

gingko (Jepun) sj pokok hiasan yg berasal dr negeri China, Ginkgo biloba.

gingsir gelingsir, gelincir.

gini bp singkatan bagi begini.

ginjal buah pinggang, kerinjal; anak ~ bahagian buah pinggang yg di sebelah atas; penyakit batu ~ penyakit karang.

ginjat Kd; berginjat-ginjat berdiri-diri (berjalan-jalan) dgn hujung kaki;

terginjat-ginjat terloncat-loncat, terkinjat-kinjat.

ginkogingko.

ginseng (ginséng) sj tumbuhan yg terdapat di negeri China, Korea, dll, yg akarnya berbau harum dan dipercayai baik utk kesihatan.

giong NS; menggiong menyampuk (cakap orang dll).

gipsi orang yg berasal drpd suku bangsa Asia yg tinggal di Eropah dan Amerika Utara dan mengamalkan cara hidup berpindah-randah.

gipsum sj mineral (kalsium sulfat terhidrat) berwarna putih yg terdapat secara semula jadi, biasanya digunakan utk membuat plaster Paris, baja, simen, kaput tulis dsb.

girah sj tumbuhan (rumput yg panjang lampai), Fimbristylis panciflora; pokok ~ hitam sj tumbuhan (pokok), larak, pisang-pisang, pokok sebaru, Popowia neruosa.

girang = girang hati riang hati, suka hati, (sangat) gembira: hati orang tua itu telah mulai ~ sedikit; aku terlalu ~;

bergirang hati beriang hati, bersuka hati, (sangat) bergembira;

menggirangkan membangkitkan (menimbulkan) rasa girang, meriangkan (menggembirakan) hati: dia bercerita sambil berjenaka utk ~ hati anaknya;

kegirangan 1. keriangan, kesukaan, kegembiraan: entah mengapa hatinya malam itu penuh ~; 2. = kegirang-girangan terlalu amat girang: ia melompat ~;

penggirang selalu girang (tabiat); gemirang.

girap percepatan (mendayung dll), kirap;

girap-gemirap berdebar-debar (hati).

giras sj kain linen.

giri ark sl gunung.

girik I, girik-girik Mn gobek, penumbuk sirih; sudah menggoncang ~ prb tua sangat, tua renta.

girik II Jw surat kecil (sbg surat keterangan dll), kad giliran (utk jaga dll).

giring; menggiring 1. menghalau atau mengarahkan binatang ke suatu tempat; 2. membawa (menghantar, mengirim, dll) orang dll ke suatu arah atau tempat: orang itu memberi isyarat supaya kedua-dua tangkapan itu digiring; penduduk daerah kami digiring oleh air ke alun.

giring-giring I loceng kecil (utk perhiasan dll), loceng basikal.

giring-giring II sj tumbuhan (pokok yg boleh dijadikan baja hijau), Crotalaria spp.

giris Jw ngeri, takut.

giro cara pembayaran dgn memindahkan wang dlm bank drpd kira-kira seseorang kpd yg lain.

giroskop sj alat berbentuk roda yg bebas berpusing pd sebarang paksi, biasanya digunakan utk menstabilkan kedudukan pesawat, satelit dsb.

gisal; menggisal menggosok (badan dll), menggesel: maka Tuan Puteri Terus Mata pun ~ Ku Malim Deman.

gisar; menggisar 1. memusing, memusar, mengisar; 2. menggosok, menggeser, menggesel.

gisi; menggisi menggigit (memakan) daging yg tinggal pd tulang.

gising sj tumbuhan (pokok), kelat api, kelat jambu air, kelat minyak, Eugenia filiformis.

gita ark nyanyian, lagu.

gitan sj tumbuhan (pokok memanjat), akar jitan, gerit-gerit, Willughbeia spp.

gitar sj alat muzik spt biola yg dipetik talinya utk menghasilkan bunyi; ~ elektrik sj gitar yg dilengkapi peranti elektrik utk memperkuat dan mengubah suai bunyinya, biasanya digunakan utk muzik pop;

bergitar bermain (memetik) gitar: bapanya pandai menggesek biola dan ~.

gitaris bp pemain gitar: dia berpeluang mengadakan persembahan dgn ~ terkenal itu.

gitu bp singkatan bagi begitu;

segitu seperti (sebanyak, sebesar) itu.

giuk tali pd tiang layar utk mengukuhkannya.

giur; menggiurkan menimbulkan rasa berahi, memberahikan: pandangannya itu tidaklah ~nya sama sekali;

tergiur tertarik hati (keinginan).

giwah sl lapik kaki (capal) utk pelumba lari.

gizi (zat) makanan; ahli ~ pakar zat makanan; ilmu ~ pengetahuan bkn (zat) makanan; nilai ~ nilai makanan.

glamor daya tarikan yg menakjubkan (pd orang, tempat, pekerjaan): ~ sudah tidak bererti lagi bagi saya.

glasier timbunan besar ais yg bergerak perlahan-lahan menuruni cerun atau merebak ke permukaan bumi;

pengglasieran pelitupan permukaan bumi dgn glasier.

glaukoma (Ubat) sj penyakit mata kerana tekanan di dlm mata yg boleh menjejaskan pelihatan.

glic (Komp) 1. kerosakan rawak atau sementara pd perkakasan, yg biasanya berpunca drpd pertambahan bekalan kuasa elektrik; 2. gangguan atau kesilapan kecil pd atur cara.

glikogen (Bio) kanji dlm tubuh binatang yg terdiri drpd glukosa dll (berupa gula simpanan).

gliserin (Kim) cecair pekat yg larut dlm air dan terdapat dlm bentuk bergabung dgn asid lemak.

glob benda bulat yg pd permukaannya dilukis peta dunia.

global 1. meliputi, mempengaruhi atau mengenai seluruh dunia, sejagat: masalah alam sekitar ~; 2. merangkumi seluruh kumpulan perkara dsb, menyeluruh: perkara itu hendaklah dilihat dr sudut pandangan yg ~;

mengglobalkan menjadikan bersifat global: kitalah yg perlu menentukan apa yg hendak diglobalkan; orang Melayu perlu diperlengkap utk menguruskan hubungan secara langsung, iaitu ~ pemikiran mereka.

globalisasi proses yg membolehkan sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dgn adanya kemudahan sistem komunikasi, dasar terbuka dsb: dlm era ~ sekarang ini, kita lebih terdedah kpd pengaruh budaya luar; kesan pertama ~ ialah perkembangan pesat pasaran kewangan dunia;

mengglobalisasikan menyebarkan atau memperluas sesuatu aktiviti (ekonomi, kebudayaan dsb) ke peringkat global: matlamat seterusnya adalah utk ~ perniagaannya ke tahap antarabangsa; komitmen yg padu itu akan menyemarakkan lagi perjuangan ~ bahasa dan budaya Melayu pd tahap yg sewajarnya.

globul 1. sesuatu yg berbentuk bebola yg sangat kecil, spt setitik air; 2. suatu nebula gelap yg dianggap sbg tapak terbentuknya bintang.

globulin (Bio) sekumpulan protein ringkas yg berbentuk agak bulat, kurang larut di dlm air, serta terdapat di dlm sel tumbuhan dan haiwan.

gloriosa sj tumbuhan (pokok memanjat yg bunganya berwarna merah atau kuning).

glos (Lin) penjelasan ringkas utk menunjukkan makna sesuatu perkataan, frasa, dsb.

glosari senarai istilah berserta takrifnya yg disusun menurut abjad khusus bagi sesuatu bidang pengetahuan.

glosem (glosém) (Lin) unit terkecil yg mempunyai makna dlm sesuatu bahasa, spt bentuk, tekanan dsb.

glositis (Ubat) radang pd lidah.

glotis (Bio) bukaan dr trakea ke farinks pd vertebrat yg ditutupi epiglotis sewaktu makanan ditelan.

glotokronologi (Lin) teknik leksikostatistik utk menentukan saling hubungan kekeluargaan antara bahasa.

glotopolitik kajian tentang bagaimana bahasa kebangsaan dinaikkan tarafnya oleh pihak yg berkuasa di negara yg berbilang bahasa, kaum dan budaya.

glu sj perekat yg dibuat drpd damar asli atau damar tiruan.

glukos glukosa.

glukosa (Bio) gula ringkas yg terdapat dlm buah-buahan atau madu.

gluten bahan protein lekit yg terdapat dlm tepung, terutamanya tepung gandum.

gm kep gram.

GMT kep Greenwich Mean Time (Waktu Min Greenwich).

gnesis (gnésis) (Geo) sj batuan metamorfosis berira kasar yg mengandungi feldspar, kuarza dan mika.

gnu sj antelop besar dr genus Connochaetes di Afrika yg kepalanya seakan-akan kepala lembu, bertanduk melengkung dan berekor panjang berjumbai di hujungnya.

goa sj burung, Myophonus caeruleus.

gobang wang tembaga yg bernilai 2 1/2 sen.

gobar 1. kurang baik, suram, redup (bkn cuaca); 2. bimbang, sedih (rawan) hati.

gobek (gobék) sj alat (spt tabung kecil) utk melumatkan sirih; anak ~ sj antan utk melumatkan sirih; ~ api sj alat utk membuat api;

menggobek melumatkan (menumbuk) sirih dgn gobek.

goblok Jk, bp tolol, sangat bodoh;

kegoblokan ketololan, kebodohan.

gocah Kl gocoh (tumbuk).

gocoh I tumbuk, tinju;

bergocoh bertumbuk, bertinju;

menggocoh menumbuk (meninju) kuat-kuat;

pergocohan pergaduhan yg orang-orang yg terlibat saling bergocoh antara satu sama lain.

gocoh II cepat, lekas, gopoh;

tergocoh-gocoh tergopoh-gopoh, tergesa-gesa, terburu-buru: Salbiah datang ~ dr dapur.

goda; menggoda, menggodai 1. mengajak (meminta, menyuruh) supaya berbuat sesuatu (kejahatan dll): hendak digodanya gadis itu dgn apa jalan sekalipun; 2. mengganggu, mengacau, mengharu: bermacam-macam fikiran siasah telah timbul utk ~ ketenteraman masyarakat dunia;

tergoda digoda: banyak laki-laki yg telah ~ oleh kemanjaan gadis itu;

godaan 1. perihal menggoda; 2. sesuatu (perkataan dll) utk menggoda;

penggoda orang dll yg menggoda.

godak I; nasi ~ nasi yg dicampur dgn berbagai-bagai jenis lauk;

menggodak memasak nasi godak.

godak II (Komp) tindakan mengubah suai kandungan asal suatu fail atau dokumen dgn sengaja.

godam = palu ~ palu (tukul, martil) besar;

menggodam 1. menghentam (memukul) dgn godam dll; 2. (Komp) menceroboh masuk ke dlm sistem komputer orang lain, terutamanya utk mencuri, memusnahkan atau merosakkan data dan maklumat sulit yg tersimpan di dlm sistem komputer itu: perbuatan ~ sistem komputer oleh setengah-setengah pihak yg tidak bertanggungjawab mesti dicegah segera;

penggodaman (Komp) perbuatan atau tindakan menceroboh masuk ke dlm sistem komputer orang lain utk mencuri data dan maklumat sulit dsb: ~ laman web oleh pihak yg tidak bertanggungjawab;

penggodam 1. palu godam; 2. (Komp) orang yg menceroboh masuk ke dlm sistem komputer utk mengakses data dan maklumat sulit dsb: tindakan segera perlu diambil utk menjejaki dan menangkap ~ sistem komputer itu.

godek (godék) I Jw jambang; kodek II.

godek (godék) II; tergodek-godek terkotek-kotek, terkodek-kodek.

godek (godék) III; menggodek-godek menggerak-gerakkan, memusing-musingkan, atau memutar-mutarkan sesuatu dgn jari.

godel (godél) Kl; segodel seketul (najis);

bergodel-godel bertompok-tompok atau berketul-ketul.

godok I bahagian belakang tengkorak.

godok II Jw; menggodok merebus;

godokan barang yg digodok, rebusan.

godot Jk; menggodot mengerat, menghiris, memotong.

gogah I sl bising, gempar.

gogah II Kl sj alat drpd buluh utk menangkap udang (ikan).

gogal cermin mata berbingkai besar yg menutupi sebahagian muka utk melindungi mata drpd terkena air, angin, habuk, cahaya, dsb;

bergogal memakai gogal: demi keselamatan, para pekerja itu disyaratkan memakai topi keselamatan dan juga ~ semasa berada di tapak binaan.

gogo Jw; padi ~ padi yg ditanam dgn tidak menggunakan air, padi huma (ladang).

gogoh I Tr alat utk menangkap udang (ikan), bubu.

gogoh II ark; menggogoh menggigil kuat.

gogok I teguk: sekali ~, keringlah gelas itu;

menggogok meneguk (air dll) banyak-banyak;

gogokan hasil perbuatan menggogok (air dll).

gogok II rantai leher.

gogol sj pahat yg panjang hulunya (digunakan oleh tukang tembaga).

goh I sj ikan laut, mayung, Arius thalassinus.

goh II Kd bonggol pd pangkal tengkuk (lembu jantan dll), kelasa.

goha gua.

gohek (gohék) Kl menghidupkan enjin atau menjalankan kereta.

gohok Jk sj tumbuhan (pokok yg buahnya berwarna ungu dan masam rasanya).

gohong Mn 1. lubang, liang; 2. gua.

goiter (Ubat) bengkak di bahagian hadapan leher yg disebabkan oleh pembesaran kelenjar tiroid (kelenjar yg menghasilkan hormon pertumbuhan dan perkembangan tubuh).

gok I Kl sj dapur (relau) tempat membakar batu bata.

gok II Kl, Tr reban ayam atau itik.

gok III; ~-gat Kl jentik-jentik (yg akan menjadi nyamuk).

go-kart sj kereta lumba bermotor yg kecil, rendah dan ringan dgn kerangka yg terbuka.

gokgek (gokgék) Kl, Tr goyah kerana hendak tercabut (tiang dll).

gol 1. = pintu ~ kawasan di antara dua tiang berpalang yg menandakan sasaran tendangan atau pukulan bola (dlm permainan bola sepak, hoki, dsb), gawang (bola sepak, hoki, dsb): bola yg ditendangnya masuk ke dlm ~; penjaga ~ pemain (bola sepak dsb) yg menghalang bola masuk ke dlm gol; 2. mata (yg dikira setiap kali bola masuk ke dlm gawang): dia telah menjaringkan dua ~; 3. tercapai tujuannya (kehendaknya), lulus (usul, cadangan, dll);

mengegolkan menjaringkan gol, memasukkan (bola) ke dlm gol.

golak I; ~ -galik berbalik-balik (yg atas ke bawah dan yg bawah ke atas, berguling-guling, tunggang balik, berputar balik;

menggolak; ~-galik menunggangbalikkan, memutarbalikkan (kepala ke bawah kaki ke atas).

golak II; bergolak 1. menggelegak, mendidih (air yg masak dll); 2. timbul huru-hara, tidak tenang (keadaan politik dll); 3. tidak tenteram (fikiran, perasaan), bergelora, sangat gelisah: hatinya ~ kerana mendapat berita buruk;

pergolakan kekacauan (kekalutan, kekeruhan) dlm lapangan politik dll, huru-hara, keadaan tidak tenteram: ~ politik akibat percubaan rampasan kuasa itu makin meruncing; ~ perjuangan merasmikan bahasa Melayu.

golang; ~-golek berbuai-buai, berayun (spt perahu, buah jam, dll).

golbi lipatan pd jahitan seluar di bahagian depan perut.

golek I (golék) 1. guling; ~ para Kl sj permainan kanak-kanak (buah pinang dll diletakkan di atas para dan dilempar supaya jatuh berguling); ayam ~ ayam yg dimasak atau dipanggang bulat-bulat (tidak dikerat-kerat); bantal ~ bantal guling (berbentuk bulat panjang); bola ~ judi dgn menggunakan bola yg digulingkan ke petak-petak yg bernombor; hantu ~ hantu yg berguling-guling di tanah; 2. Kd geleng (kepala);

bergolek 1. berguling, bergerak berpusing (bola, guli, dll); 2. berbaring; ~ -gelantang berbaring-baring; yg bulat datang ~, yg pipih datang melayang prb keuntungan (kemewahan dll) datang drpd berbagai-bagai punca;

bergolek-golek 1. berbaring-baring; 2. = bergolekan berguling-guling;

menggolek bergolek;

menggolekkan 1. menggulingkan (bola dll): dah bulat baru digolekkan, dah pipih baru dilayangkan; 2. membaringkan (badan): aku pun ~ badan di atas tilam dan terus terlena;

tergolek 1. jatuh berguling; 2. terbaring, tergelimpang; ~ di nan datar prb Mn mendapat bahaya oleh perkara kecil.;

golekan hasil menggolek.

golek (golék) II Jw patung (drpd kayu dll); wayang ~ wayang yg dimainkan dgn golek; ~ jonggol (jenggel) patung yg boleh duduk (tetapi tidak boleh berbaring).

golek (golék) III; mangga ~ sj mangga yg besar dan manis.

goleng (goléng) Jk; menggoleng menyentuh, mengenai, menyinggung.

golf sj permainan dgn memukul bola kecil yg keras utk memasukkannya ke dlm beberapa lubang kecil di lapangan luas; padang ~ lapangan tempat bermain golf.

Golkar akronim bagi Golongan Karya (sebuah organisasi sosial politik yg terbesar dan paling berpengaruh di Indonesia).

golok I 1. sj parang yg matanya diasah melengkung; ~ Rembau sj senjata yg matanya diasah melengkung (penumbuk lada); 2. Jk sj pedang pendek: ~ Sunda pedang Jawa; laksana ~ kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku prb pengetahuan yg tidak mencukupi tidak ada gunanya;

menggolok menetak atau memotong dgn golok.

golok II; bergolok; ~-bergadai = bergadai-~ berikhtiar mendapatkan wang dgn bergadai; gadai.

golok III sj ikan laut, belitung, Coryphaena hippurus.

golok-golok Pr penolong orang besar.

golong; menggolongkan 1. membahagi-bahagikan (mengasingkan) ke dlm beberapa kumpulan (kaum dll): penganggur-penganggur yg mencari pekerjaan digolongkan menurut umur dan pelajaran mereka; 2. memasukkan ke dlm kumpulan (puak dll): mereka ~ tuan sbg bumiputera;

tergolong termasuk (dlm kumpulan dll): Tongkat Warrant ~ sbg penyajak beraliran realisme;

golongan kumpulan, kelompok: orang Melayu merupakan ~ penduduk yg terbesar di negara ini;

~ bangsa kumpulan bangsa; ~ kata (Lin) kategori kata yg berasaskan fungsi, bentuk atau maknanya, mis kata nama, kata kerja dan kata adjektif; ~ terbesar kelompok manusia (rakyat) yg besar bilangannya; ~ terkecil kelompok manusia (rakyat) yg kecil bilangannya;

penggolongan perihal menggolongkan.

gomak; tepung ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut dan tepung kacang hijau (berintikan kacang dan gula).
1   ...   7   8   9   10   11   12   13   14   15


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət