Ana səhifə

G huruf ketujuh abjad Rumi. G. kep Gunung: ~ Kinabalu; ~ Tahan ga


Yüklə 0.66 Mb.
səhifə8/15
tarix27.06.2016
ölçüsü0.66 Mb.
1   ...   4   5   6   7   8   9   10   11   ...   15

gemercik bunyi spt bunyi air memercik.

gemerencang bunyi spt bunyi pedang berlaga.

menggemerencangkan menyebabkan keadaan menjadi bising: bunyi papan kekuncinya ~ suasana selama beberapa jam.

gemerencing = bergemerencing berbunyi spt bunyi rantai besi dll bersentuhan: pintu pagar besi yg ~.

gemerencung bunyi lebih lembut drpd gemerencang.

gemeresak bunyi berdesir (spt pakaian direnyuk-renyukkan dll).

gemeresik; bergemeresik menggeresek (spt kain, kertas, dll direnyuk-renyukkan): pohon-pohon ~ dipuput bayu laut.

gemeretak, gemeretap bunyi spt bunyi hujan menimpa atap dll: mesin taip kedengaran ~ spt bertih digoreng dr dlm biliknya.

gemeretik bunyi spt bunyi bertih direndang.

gemeretuk bunyi gigi bersentuhan kerana menggigil (ketakutan dll), bunyi orang merendang bertih.

gemeretup gemeretuk.

gemerlap = gemerlapan, bergemerlapan berkilat-kilat, berkilauan: pakaiannya penuh bertabur dgn permata yg ~; di sana sini gemerlapan cahaya lampu neon; permata intan berlian yg bergemerlapan sinar-menyinar cahayanya.

gemi, gemi-gemi sj ikan laut, gedemi, kedemi, tapak kasut, Remora spp..

gemia rumia.

gemik Mn; menggemik memanggil seseorang dgn menguitkan jari, menggamit.

gemilang bercahaya terang-benderang, cemerlang: ia mengenang-ngenang zaman ~nya;

kegemilangan keadaan bercahaya terang-benderang, kecemerlangan: kekuatan Sriwijaya tidak sebesar dulu lagi, cahaya ~ mulai muram; gilang.

gemilap; gilap-~ bercahaya, berkilap, berkilauan.

geming Jk; bergeming berdiam sahaja, tidak bergerak.

Gemini lambang ketiga dlm zodiak, yg berlambangkan budak kembar.

geminte Id bandar raya, kota praja.

gemirang gembira, suka ria;girang.

gemirap berdebar-debar (hati), tidak tenteram (hati).

gemologi (gémologi) kajian tentang batu permata.

gempa goncangan (bumi), lindu;

~ bumi goncangan (gerakan) bumi; ~ laut gegaran laut yg disebabkan oleh gempa bumi di dasar laut; ~ sunting bunga ketar yg menjadi perhiasan rambut pengantin perempuan;

menggempakan menggoncangkan, menggegarkan dgn keras (tanah dll): letupan bom itu ~ tempat di sekelilingnya.

gempak bp cepat tersentuh atau melatah terhadap sesuatu (berita, peristiwa, dll).

gempal gemuk sedang (bkn tubuh), padat berisi: tubuhnya ~ dan berdaging pejal.

gempar heboh, gaduh, huru-hara, riuh-rendah, rusuh (kerana berita buruk, letupan, dll): maka orang pun ~lah berlarian ke sana sini;

menggemparkan, mempergemparkan ark 1. menghebohkan, meriuhkan, merusuhkan: berita ini ~ seluruh dunia; 2. Pn menakutkan, mengancam: tidak ada gunanya awak ~ saya lagi;

tergempar dgn mendadak, dgn sangat tiba-tiba: sidang ~;

kegemparan 1. perihal atau rasa gempar; 2. mengalami keadaan gempar: dia tersungkur di hadapan orang ramai yg ~.

gempita riuh, gempar; gegak-~ riuh-rendah;gegak.

gempul; gempul-gempul mengap-ngap, berkempul-kempul.

gempur diserang dan dibinasakan, dihancurkan: kena ~;

menggempur menyerang dan membinasakan (musuh, pertahanan dll), menghancurkan: kapal terbang pengebom telah ~ kubu-kubu komunis di utara Malaysia;

penggempuran perihal atau perbuatan menggempur: dua jurusan ~ direncanakan;

penggempur (orang, pasukan, dll) yg menggempur; pasukan ~ pasukan yg paling depan dlm perang.

gemuk 1. tidak kurus, besar badan (kerana banyak daging), tambun: badannya ~ dan gagah; 2. lemak, minyak; ~ lembu lemak lembu; minyak ~ Id minyak pelicin mesin (roda dll); 3. Id subur, mengandungi banyak baja (tanah); 4. baja, pupuk;

~ gedempol = ~ gedempong sangat gemuk; ~ gempal gemuk tegap (badan); ~ metuk Kl gemuk dan sihat; ~ membuang lemak, cerdik membuang kawan prb Mn enggan bergaul dgn saudara-mara;

menggemukkan 1. menyebabkan sesuatu menjadi gemuk; 2. membajakan;

kegemukan perihal gemuk, keadaan gemuk: ~ orang dewasa berlaku akibat penyusuan botol semasa mereka masih kanak-kanak;

penggemukan perihal (proses, perbuatan, dsb) menggemukkan;

penggemuk sesuatu yg menyebabkan menjadi gemuk.

gemulah Kl almarhum (orang yg telah meninggal), arwah.

gemulai = lemah ~ lemah lembut (bkn gerak anggota badan dsb): dua jenis tarian yg lemah ~ menjadi persembahan hiburan yg paling menawan hati pd malam itu.

gemulung = gulung-~ bergulung-gulung (asap rokok, ombak, dll), melingkar-lingkar; gajah ~ gajah yg gadingnya bergulung.

gemuntur guntur.

gemuruh 1. = bergemuruh berbunyi spt guruh (bunyi kapal terbang, air terjun, dll): rakyat Pasai pun keluarlah, ~ bunyinya; ucapannya mendapat sambutan tepuk-sorak yg bergemuruh; 2. berdebar-debar hati (kerana ketakutan, berasa sangat bimbang, dsb), agak gementar: setiap pemain pasti berasa sedikit ~ apabila menentang lawan, terutamanya dlm kejohanan penting;

kegemuruhan keadaan tidak tenteram, keributan: berlaku suatu ~ drama sejarah pd awal-awal tahun 1950-an.

gen (gén) sebahagian drpd juzuk sel pd benda hidup, yg mengawal ciri fizikal, pertumbuhan, dan perkembangan benda hidup yg berkenaan.

genah Jw; tidak ~ tidak layak, tidak patut.

genahar keran besar (dibuat drpd tanah); ~ gunung kawah (gunung berapi).

genak Kl tempayan (yg mulutnya luas) utk menyimpan beras.

genang; bergenang, menggenang, tergenang tidak mengalir, bertakung (air), berlinang (air mata): air di sawah itu ~, tidak meresap masuk ke dlm bumi; air matanya mulai menggenang; perempuan itu mengesat air mata yg ~ itu;

menggenangi menjadikan penuh berisi air, menjadikan tergenang, mengairi: airnya meluap ke luar tebing dan ~ daerah-daerah persawahan di sekitarnya; matanya digenangi air;

kegenangan keadaan terendam atau terbenam dlm air;

penggenangan perihal atau perbuatan menggenangi.

genap 1. cukup, penuh (tidak kurang), lengkap: setelah ~ lima puluh tahun umurnya ia pun meninggal; 2. tidak ganjil (angka 2,4,6, dsb): nombor rumah di sebelah kanan ~;

dibilang ~, dipagar ganjil prb apa yg nampak pd zahirnya ialah untung tetapi sebenarnya rugi; empat gasal, lima ~ prb tutur kata orang yg bijaksana selalu tersembunyi maksudnya; masuk tak ~, keluar tak ganjil prb orang yg tidak berguna dlm pergaulan masyarakat;

segenap seluruh, sekalian, semua: seluruh hatinya dan ~ perasaannya sudah dikuasai syaitan; ~ tempat;

menggenapi menambah supaya jadi genap (lengkap, cukup): maka sehidangan itu had empat orang, jikalau tiada tiga tinggal seorang makan juga ia, tiada dapat yg di bawah itu naik ~ dia;

menggenapkan mencukupkan, melengkapkan: perkara anjing patah dipukul itu hanyalah sebab utk ~ bilangan sahaja, ibarat bergantung sudah penuh;

penggenap tambahan utk menggenapkan (melengkapkan), pelengkap; barang-barang ~ (Eko) barang-barang utk melengkapkan penggunaan barang lain.

gencar gencer.

gencat 1. macat, terhalang, terhenti (kemajuan, pekerjaan, dll); 2. bantut, kerdil (pokok, orang, dll);

menggencat menghentikan, membantutkan; ~ senjata menghentikantembak-menembak;

menggencatkan menyebabkan tergencat: sistem pertanian tradisional hanya akan ~ usaha petani utk menambahkan pendapatan mereka;

tergencat terhenti, terbantut: kalau pokok itu dianjak, tidak dapat tiada ia akan ~ dan layu;

gencatan; ~ senjata (perang) keadaan berhenti bertempur, keadaan terhentinya atau persetujuan menghentikan pertempuran atau tembak-menembak, peletakan senjata.

gencel (géncél) unting-unting, rambu-rambu (pd pakaian kebesaran dll); se~ tali seutas tali.

gencer Jk 1. tidak putus-putus, terus-menerus (bunyi tembakan, ombak, dll); 2. sangat cepat.

gencet (gencét) I Jw; menggencet menghimpit, menekan, menjepit, menindih, menindas;

tergencet terhimpit, terjepit, tertindas, tertindih;

gencetan himpitan, tekanan, tindasan.

gencet (géncét) II Jw dempet, kembar (pisang, jari, dll).

gencir gelincir.

gencok (géncok) Kd; bergencok menari, berjoget.

gencuk Pn; menggencuk menumbuk padi dgn memutarkan antan.

gendak Jw perempuan belaan, gundik;

bergendak, bergendakan bersuka-sukaan (dgn perempuan), berzina;

menggendaki berzina dgn;kendak.

gendala halangan, rintangan, aral: sudah kami tating-tating dan sudah kami kaji buruk-baiknya, tidak ada apa-apa ~nya anakanda diperumahkan;

menggendalakan menyebabkan ada gendala (halangan, rintangan, aral), menghalang-halangi, merintangi: kesukaran memperoleh bahan-bahan mungkin akan ~ pekerjaan;

tergendala terhalang, tertahan (pekerjaan, perjalanan, dll): kalau anaknya yg kecil itu bangun kerjanya akan ~;

kegendalaan 1. sesuatu yg menggendalakan (melambatkan atau menghalang kemajuan, perjalanan, dsb), halangan: mungkin ada sesuatu ~ di jalan; 2. keadaan tergendala (terhalang kemajuan dll): projek yg dirancang di Jalan Damansara sedang menghadapi ~ yg lama, terutamanya dr segi perolehan tapak bangunan.

gendang I 1. sj alat muzik drpd kayu bulat panjang yg berongga dan direntang dgn kulit (pd hujung pangkalnya); ~ nobat gendang yg dipakai utk nobat; ~ perang gendang yg digunakan semasa berperang; juru~ orang yg memukul gendang; 2. langgam (pukulan) gendang sbg isyarat, cara memukul gendang; ~ arak-arakan cara memukul gendang sewaktu berarak;

~ berangkat gendang yg menyatakan raja berangkat; ~ keling = ~ merdangga gendang yg disandang pd leher dan dipukul dgn kayu; ~ kembali gendang yg dipukul sbg isyarat utk menyatakan raja kembali; ~ melela = ~ serama gendang yg sebelah dipukul dgn kayu, dan yg sebelah lagi dipukul dgn tangan; ~ pendengar Id selaput telinga yg menerima suara; ~ perhentian = ~ galanjur gendang yg dipukul sbg isyarat utk menyatakan orang harus berhenti; ~ raya Kd beduk (tabuh);

bagaimana bunyi ~, begitulah tarinya prb patuh pd segala perintah; situ juga ~ berbunyi prb sentiasa sama sahaja (tidak berubah);

gendang-gendang, gendangan sj selaput, kulit ari;

bergendang memukul gendang; ~ paha bersuka-suka kerana penderitaan orang lain;

~ deras prb berkuasa (bermaharajalela); bak ~ ke Sirukam, perut kenyang emas boleh prb keuntungan yg diterima secara berlebih-lebihan.

gendang II gulung (bkn kertas);

segendang satu gulung; ~ kertas segulung kertas.

gendang III sj ikan laut, Parapercis spp.

gendeh; bergendeh-gendeh sl bergendong-gendong, buntil: cuba hang tengok duit depa ~.

gendeng Id; roda ~ roda penggerak mesin.

gendeng (géndéng) Mn sendeng, condong, miring, senget;

bergendeng-gendengan berjalan beriring-iring;

menggendengkan memiringkan, mencondongkan;

tergendeng 1. terletak senget; 2. ki turun harga, agak murah (barang-barang).

gender (génder) 1. jantina: pelantikannya adalah berasaskan pencapaian, sumbangan dan kebolehannya, bukannya kerana ~; 2. (Lin) golongan jenis kata dlm tatabahasa sesuatu bahasa spt maskulin, feminin dan neuter.

genderang 1. sj gendang besar; ~ serama gendang dua muka (yg sebelah dipukul dgn tangan dan yg sebelah lagi dipukul dgn pemukul): maka lalu ~ pun dipalu orang; 2. tambur.

gendi kendi I.

gending Jw lagu gamelan.

gendir Jw alat bunyi-bunyian gamelan.

gendis gula kabung.

gendit Pn kendit.

gendola sj tumbuhan (pokok memanjat), Passiflora quadrangularis.

gendon sj berenga, ulat kecil-kecil yg terdapat pd bangkai (rotan dll).

gendong (géndong); menggendong 1. mendukung (di belakang, di pinggang, dll) dgn kain yg disangkutkan ke leher: ~ anak; 2. Tr mendukung di belakang, mengencang;

gendongan 1. benda yg digendong; 2. kain utk menggendong;

penggendong orang yg menggendong.

gendung Kl gembung (saku dll) kerana berisi sesuatu.

gendut 1. buncit, boyot; 2. Id bunting.

genealogi (généalogi) kajian salasilah.

geneng (généng) Mn manja, gagah, elok; kalau nak ~ di tepian, bawa labu kecil liang, rasakan penuh ditumpahkan prb perihal orang yg hendak memperlihatkan ketinggian diri pd orang ramai.

generalisasi (géneralisasi) kesimpulan umum tentang sesuatu (peristiwa, fenomena) yg dibuat tanpa berdasarkan bukti yg lengkap: Klapper memaparkan ~ tentang kesan komunikasi massa;

menggeneralisasikan merumuskan atau membentuk kesimpulan umum tentang sesuatu perkara: ramai orang suka ~ hal ini.

generalisimo pemerintah tertinggi angkatan tentera bersekutu yg terdiri drpd angkatan tentera darat, tentera laut dan tentera udara.

generasi (génerasi) 1. kumpulan individu yg lahir pd waktu yg lebih kurang sama, angkatan: perbuatannya itu akan menjadi teladan kpd ~ yg akan datang; kalaulah begini keadaannya dlm dua atau tiga ~ lagi pun bangsa kita akan tetap mundur; ~ baru angkatan baru; 2. tahap atau peringkat kemajuan atau perkembangan: dgn kemajuan besar-besaran, kita telah melalui empat ~ komputer.

generatif (géneratif) 1. dapat menghasilkan sesuatu: kebolehan menggunakan pengetahuan ~ ini membolehkan pakar mengemukakan hipotesisnya tentang penyakit itu; 2. berkaitan dgn pembiakan: sel ~.

generator (génerator) alat yg mengeluarkan tenaga elektrik (gas dll).

generik (génerik) 1. (yg) umum; 2. berkaitan dgn ciri-ciri khusus yg dimiliki oleh sesuatu kelompok (golongan dll).

genesis (génesis) I titik permulaan atau asal usul sesuatu (idea, tamadun, dll): ~ tentang kategori asas manusia dlm pemikiran.

Genesis (génesis) II versi pertama Kitab Perjanjian Lama (Wasiat Lama) yg menghuraikan kejadian dunia.

genetik (génétik) (Bio) 1. kajian tentang keturunan (baka), dan cara individu mewarisi sesuatu ciri (sifat), dan memindahkan ciri tersebut drpd satu generasi kpd generasi lain melalui gen; 2. bkn pembiakan, kelahiran, atau asal usul sesuatu.

geng (géng) kumpulan pekerja, penjenayah, dll, gerombolan: rupanya ia sudah masuk ~ perompak.

genggam kepalan tangan, cengkaman tangan utk memegang; ~-~ bara memegang-megang sahaja;

segenggam banyak yg dapat dipegang dlm kepalan tangan: ~ tanah (beras); ~ digunungkan, setitik dilautkan prb sangat dihargai;

menggenggam 1. memegang dlm genggam (kepalan tangan): ~ pisau; 2. ki menguasai, memerintah: banyak negeri di bawah angin ini yg digenggamnya; ~ rahsia menyimpan rahsia;

~ erat, membuhul mati = memegang erat, ~ teguh prb memegang suatu keputusan dgn tidak berubah lagi; digenggam tiada tiris prb paling hemat dgn wang dll; genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan = jangan digenggam bagai bara, terasa hangat dilepaskan prb memakai barang sesuatu, janganlah ketika senang saja (sia-sia membuat pekerjaan separuh jalan);

menggenggamkan; ~ tangan mengepalkan tangan;

tergenggam tercengkam, terkepal;

barang ~ jatuh terlepas prb apa yg sudah diperoleh lenyap pula (menyatakan kemalangan);

genggaman 1. kepalan tangan; 2. benda yg digenggam dlm tangan; 3. = dlm ~ di bawah perintah (kekuasaan).

genggang celah, renggang;

tergenggang terbuka, terkuak: lantaran bagusnya bujukan mereka, ~lah pintu hatinya.

genggang (génggang) sj kain yg bercorak berjalur-jalur atau dam; ~ lapis sj kuih yg dibuat drpd tepung.

genggayang sj tumbuhan (pokok dan daunnya dibuat ubat sakit kepala).

genggeng (génggéng) I sj siput, Nautilus pompilius.

genggeng (génggéng) II Kl; tergenggeng terpaku, terpacak (kerana bingung).

genggong (génggong) sj alat muzik yg dibuat drpd besi (dawai dsb), dan dibunyikan dgn memetik lidahnya sambil menekannya pd mulut, harmonika, bangsi.

genggulang buluh yg dibelah pangkalnya utk dibuat sangka-sangka (tempat pemujaan atau semahan pawang).

gengseng (géngséng) sj periuk besar drpd logam tempat memasak nasi dll.

gengsi (géngsi) 1. kaum kerabat, sanak-saudara, keturunan; 2. kehormatan dan pengaruh.

gengster (géngster) ahli atau anggota kumpulan penjenayah atau samseng.

gengsterisme (géngsterisme) kegiatan gengster: masalah gejala samseng dan ~ di kalangan pelajar mendapat perhatian umum.

genih, genik, genis gading gajah betina.

genit 1. Id suka bergaya, banyak tingkah, keletah: gadis manis tetapi ~; 2. kecil dan lincah lagi menarik (bkn gadis);

kegenitan perihal genit.

genital (génital) (Bio) bkn organ pembiakan atau alat kelamin.

genitalia (génitalia) (Bio) organ dan struktur pembiakan (manusia dan haiwan) yg biasanya terdapat pd luar tubuh.

geniteri sj tumbuhan (pokok), Elaeocarpus ganitrus.

genius (génius) sangat pintar (cerdik): dia memang ~;

kegeniusan keadaan atau sifat genius, kecerdikan (kepintaran) yg luar biasa: ~nya hampir sama spt manusia dlm bidang ketenteraan.

genjah Jw; padi ~ padi yg cepat berbuah, padi radin.

genjak Kl; ~ telur pemukul telur (utk membuat kuih);

menggenjak memukul adunan (tepung, telur, gula, dll) supaya naik.

genjak (génjak) ganjak.

genjala tangkai kemudi, celaga.

genjang (génjang) 1. herot, bengot, serong; ~-genjot erang-erot, menyerong-nyerong; 2. segi empat selari;

genjangan (Hut) perubahan bentuk permukaan keratan rentas kayu, yg asalnya berbentuk segi empat bujur, menjadi bentuk genjang yg herot semasa proses pengeringan kayu.

genjer (génjér) Id sj tumbuhan (tumbuh di rawa), Limnocharis flava.

genjot (génjot) genjang.

genjur kaku (rambut, daun kering), tegang (tali); keras ~ sangat keras (hati dll).

genong Kl palang pagar (drpd kayu, besi).

genosid (génosid) pembunuhan (penghapusan) secara sengaja sesuatu bangsa atau kaum.

genotip (génotip) (Bio) 1. komposisi ciri genetik yg menentukan struktur dan fungsi sesuatu organisma; 2. kumpulan organisma yg mempunyai komposisi genetik yg sama.

genre (génré) kategori atau jenis karya sastera atau seni yg dicirikan dgn sesuatu gaya, bentuk, atau kandungan tertentu: ~ sastera yg paling digemari ialah puisi, dgn mutu dan kecemerlangan yg dapat kita ungkapkan melalui persembahan teater atau yg lain.

genta 1. loceng kecil-kecil (utk perhiasan gelang kaki, leher lembu, dll); 2. loceng besar (pd gereja dll);

~ alamat genta yg dibunyikan kalau terjadi sesuatu hal yg penting dlm negeri; anak ~ pemukul loceng; menggerakkan (menggoyangkan) ~ membunyikan loceng;

bergenta mempunyai genta: perisainya ~.

gentak sl hentak: dia pun dia ~ kuda hijaunya dia.

gentala sl kenderaan yg bergerak sendiri; naga ~ ukiran berupa naga pd roda kereta.

gentar 1. goncangan yg cepat (tali gitar kalau dipetik, badan kalau ketakutan, bumi kalau gempa dll), getar, geletar; 2. ki berasa takut (bimbang dll): tidak ~ menyerang musuh;

bergentar, menggentar 1. bergoncang: sekitar daerah itu ~ kerana letupan bom; 2. gementar, menggeletar (kerana kesejukan, ketakutan, dll);

menggentari, mempergentari menyebabkan jadi gentar (takut), menakut-nakutkan: dia ~ pencuri itu dgn pistol mainan;

menggentarkan 1. menjadikan bergentar: letupan bom ~ seluruh badan; 2. menjadikan gentar, menakutkan: hal itu tidak ~ hatinya; 3. merusuhkan, menggemparkan: orang yg gelap itu ~ seluruh kampung;

gentaran goncangan: kaca jendela pecah kerana ~ bunyi bom;

kegentaran 1. perihal gentar; 2. ketakutan;

penggentaran perihal menggentarkan (merusuhkan dll);

penggentar 1. sesuatu yg digunakan utk menggentarkan; 2. perusuh, pengganas; 3. pengecut.

gentas 1. putus (kerana terpetik dgn kuku, bkn tangkai bunga, dll); 2. habis, berakhir; betik sudah ~ a) pokok betik yg tidak berbuah lagi; b) prb orang yg tidak dapat menghasilkan apa-apa lagi;

menggentas 1. memetik dgn kuku (tangkai bunga dll), memutuskan; 2. mengakhirkan.

gentat lekuk ke dalam, kempis ke dalam.

gentayangan Jk berjalan ke sana sini, berkeliaran.

gentek (génték) Ph juga.

gentel (géntél) pil (ubat), butir, until, gelintir;

bergentel berbentuk spt butir, berbutir;

bergentel-gentel berupa atau berbentuk banyak butir, berbutir-butir;

menggentel, menggenteli membulat-bulatkan (dgn hujung jari).

gentian serat, serabut (pd sabut, daging manusia, dll);

~ asli = ~ semula jadi gentian drpd bahan mineral (spt asbestos), tumbuhan (spt kapas) atau haiwan (spt sutera), lazimnya dibuat tenunan; ~ buatan = ~ sintetik gentian drpd bahan spt nilon, kaca, karbon, dan polimer yg berat molekulnya tinggi; ~ kaca (Fiz) gentian yg diperbuat drpd filamen kaca yg halus-halus (bergaris pusat antara 5 hingga 10 mikrometer); ~ karbon (Fiz) gentian drpd benang-benang tekstil (spt rayon) yg dibakar utk menghasilkan bahan yg lebih kukuh; ~ optik (Komp) gentian kaca yg panjang, lut sinar, dan halus yg digunakan utk menghantar data digital dlm bentuk denyutan cahaya, spt yg digunakan dlm telekomunikasi; ~ rami serat rami; ~ saraf serat saraf.
1   ...   4   5   6   7   8   9   10   11   ...   15


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət