Ana səhifə

G huruf ketujuh abjad Rumi. G. kep Gunung: ~ Kinabalu; ~ Tahan ga


Yüklə 0.66 Mb.
səhifə14/15
tarix27.06.2016
ölçüsü0.66 Mb.
1   ...   7   8   9   10   11   12   13   14   15

guar I Kd anak bukit.

guar II Mn; mengguar memukul, membunyikan: tabuh sudah diguar orang.

guatak sj tumbuhan (pokok), Dysoxylon cauliflorum.

gubah I; menggubah 1. mengatur atau menyusun bunga (utk perhiasan sanggul dll); 2. mengarang (cerita, sajak, dll), mencipta (lagu dll), membentuk atau menyusun (sesuatu): nasihat itu telah digubah dlm serangkap pantun;

gubahan 1. bunga dll yg digubah; 2. karangan (cerita dll), ciptaan lagu: banyak cerpen ~nya disiarkan dlm majalah mingguan;

penggubahan perbuatan (usaha dsb) menggubah: kita harus meninjau sejarah perkembangan sains moden serta dasar-dasar ~ falsafahnya;

penggubah orang yg menggubah, pencipta.

gubah II kubah II.

gubal I kayu yg lembut di antara kulit dgn teras; teras terunjam, ~ melayang prb penduduk bumiputera akan tetap tinggal di negerinya sedangkan orang asing akan keluar.

gubal II bongkah (tanah, batu, dll); ~ besi bongkah besi (besi yg belum ditempa).

gubal III; menggubal membuat, menyusun, mencipta (undang-undang, perlembagaan, dll), membentuk dan mengatur (menyusun): jawatankuasa itu telah ~ satu perlembagaan yg baru; terpulanglah kpd kerajaan kelak utk ~ dasar-dasar utk menggalakkan bumiputera dlm perniagaan dan perdagangan;

tergubal terbentuk, tercipta, tersusun (peraturan, formula, dll): dgn itu ~lah siri abjad Jawi yg lengkap bagi bahasa Melayu;

penggubalan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) menggubal;

penggubal orang yg menggubal: ~ istilah; ~ undang-undang orang yg menggubal undang-undang.

gubang I ark; perahu ~ sj perahu layar, panjangnya antara 20 hingga 25 kaki atau 6 hingga 7.5 meter.

gubang II ark takuk-takuk pd pokok utk memudahkan orang memanjat.

gubas kasar (buatan, hasil pertukangan).

gubel Jw; menggubel bergantung pd, berpegang pd (kanak-kanak pd ibu atau ayahnya).

gubernemen (gubernemén) Id kerajaan atau pemerintah (pd zaman kolonial).

gubir gelambir.

gubit Mn; menggubit melambai (tangan dll) utk memanggil.

gubra gugup.

gubris Id = menggubris bp mengambil perhatian, mempedulikan, mengendahkan.

gubuk dangau, rumah kecil (di sawah dll).

guci sj buyung yg dibuat drpd tembikar dll; ~ wasiat ki sesuatu yg penuh rahsia (sakti).

gucik guncak.

gucuk Br gobek.

gudang bangunan atau rumah tempat menyimpan barang-barang: ~ getah;

bergudang-gudang beberapa gudang (banyaknya);

menggudangkan menyimpan dlm gudang.

gudeg Jw sj masakan yg dibuat drpd nangka muda; kota ~ bp Jogjakarta; nasi ~ nasi bercampur dgn gudeg.

guderi Jk sj permaidani yg halus.

gudi ark 1. sj cerana; 2. kalangan kapal;guri II.

gudig Jw kurap;

gudigan menderita penyakit kurap, berkurap.

gudik ark; tergudik-gudik tergerak-gerak (ekor kucing dll).

gudu-gudu sj paip utk menghisap tembakau dll, hukah.

gugah Jw; menggugah 1. menjagakan (orang tidur), membangkitkan, membangunkan; 2. menggesa atau mencabar (supaya melakukan sesuatu dll), membangunkan, membangkitkan: melalui makalah ini, saya ingin ~ ahli bahasa, sasterawan, guru bahasa, dan pengguna bahasa utk menentukan pilihan mana yg betul dan mana yg salah.

gugat I; menggugat 1. mendakwa, mengadukan (perkara) kpd mahkamah; ~ pusaka mengadukan perkara pusaka kpd mahkamah; 2. mendesak supaya menepati janji, membangkitkan perkara yg sudah-sudah, mengkritik dgn keras, mencela, membantah, menyanggah: ahli Dewan Rakyat itu digugat oleh ahli-ahli partinya kerana tidak menepati janji;

gugatan dakwaan, tuntutan, celaan, sanggahan;

tergugat digugat: ketenteraman masyarakat telah ~;

penggugatan perihal atau perbuatan menggugat;

penggugat orang yg menggugat.

gugat II Id goncangan;

menggugat menggoncang.

gugu NS; menggugu 1. mendengking-dengking (menangis dll); 2. mengunyah, memamah biak (binatang dll).

guguh Mn; mengguguh 1. mengetuk (pintu dll); 2. memukul (gendang dll).

guguk I Mn bukit kecil, anak bukit.

guguk II; gelap-~ gelap-gelita.

gugup 1. riuh-rendah, gegak-gempita, hiruk-pikuk: apabila letupan bergemuruh maka di dlm rumah kedengaran ~ dgn raung dan tangis perempuan; 2. bingung, kehilangan akal; 3. gagap: ia kelihatan ~ dan teragak-agak dlm adegan itu;

menggugupkan menjadikan gugup;

kegugupan perihal gugup, kebingungan;

penggugup orang yg mudah menjadi gugup.

gugur 1. jatuh, luruh (buah dll): buah yg tak ~-~; 2. jatuh sebelum masak (buah-buahan); 3. lahir sebelum cukup bulan (anak kecil): anak ~; 4. runtuh (tanah dll); 5. mati (terkorban) dlm pertempuran: telah banyak pahlawan Kedah yg ~; 6. hilang, habis (hak dll): kalau sesebuah negara tidak membayar hutangnya sampai dua tahun lamanya akan ~ haknya utk mengundi dlm majlis perhimpunan agung;

~ hati jatuh hati, jatuh cinta; ~ talak jatuh talak (diceraikan); bunga ~, putik pun ~ prb setiap yg hidup akan mati (dgn tidak memandang umur);

berguguran gugur dgn banyaknya: papan dinding rumahnya ~ jatuh berkeping-keping kerana sudah tua;

menggugurkan 1. menjatuhkan: risalah-risalah digugurkan dr kapal terbang; 2. mengeluarkan anak sebelum cukup bulan (dgn sengaja): dgn diam-diam anak yg dlm kandungannya digugurkan; 3. mengeluarkan drpd (tidak memasukkan ke dlm) pasukan dll: Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan ~ lima pemain drpd skuad Piala Malaysia Kelantan tahun ini; 4. tidak menggunakan, meniadakan atau menghilangkan (drpd penggunaan): dlm situasi ini tiap-tiap penutur ~ ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan sebaliknya berusaha menggunakan ciri-ciri bahasa yg difikirkan lebih umum; contoh-contoh tersebut memperlihatkan bahawa kata sendi sama ada di, dari, ke, daripada, ataupun oleh tidak boleh digugurkan; 5. tidak meneruskan lagi (tuntutan dsb), tidak terus menuntut;

keguguran 1. mengalami gugurnya (daun dll): pokok ceri yg sedang ~ daun; 2. melahirkan anak sebelum cukup bulan (dgn tidak sengaja): isterinya ~;

pengguguran perihal (perbuatan, tindakan, dsb) menggugurkan: ~ kata ‘dari’ pd ayat contoh membuat ayat tersebut menjadi tidak gramatis; ~ tuntutan.

gugus 1. benda yg tumbuh banyak-banyak pd setangkai (buah-buahan), benda yg sama jenisnya (anak kunci dll) yg dikumpulkan dalam satu ikatan, rangkai, kelompok, tompok: se~ rambutan; 2. = gugusan serangkai, sekelompok, setompok: ~ pulau-pulau; 3. (Lin) urutan unsur linguistik yg berupa bunyi atau golongan kata: ~ konsonan;

~ akhir (Lin) gugus konsonan yg letaknya di akhir suku kata, mis ks dlm kompleks; ~ awal (Lin) gugus konsonan yg letaknya di awal suku kata, mis pr dlm prasejarah; ~ konsonan (Lin) gabungan dua konsonan atau lebih yg berurutan dlm satu suku kata, mis kl dlm klasik dan pr dlm protes;

bergugus-gugus berkelompok-kelompok (bkn pulau, bintang, buah-buahan dsb), bertompok-tompok: setengah-setengah pokok kelapa itu sudah berbuah dgn lebatnya ~ pd tandannya;

gugusan sesuatu yg berada dlm kelompok: ~ pulau-pulau.

gugut; gelap~- Kl gelap-gelita.

GUI akronim bagi graphical unit interface (antara muka unit grafik).

guih Kd mancis.

guilder unit mata wang Netherlands.

guit; mengguit 1. menguit, menguis; 2. ki menyinggung, melanggar (hak dll); 3. = mengguit-guit bergerak-gerak (jari dll).

gujirak, gujirat Mn fitnah, umpatan, gunjing.

guk gema, gaung.

gul ark sl bunga ros, bunga mawar; ~ bakawali sj bunga yg kembang di tengah malam, kengwa, Epiphyllum oxypetalum.

gula I benda manis yg dibuat drpd pati (air) tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan (spt tebu, kelapa, anggur, dll);

~ aising gula berbentuk serbuk berwarna putih yg digunakan utk membuat aising; ~ anggur gula drpd buah anggur; ~ aren (enau, kabung) gula drpd nira enau; ~ batu (buku) gula yg berketul-ketul; ~ bit gula yg terdapat drpd ubi bit putih; ~ demerara gula tebu berwarna perang muda yg datangnya dr Demerara; ~ ganting gula kasar; ~ getah manisan yg dicampur getah (karet) utk dikunyah; ~ kastor gula putih yg sangat halus; ~ kuning gula pasir yg berwarna kemerah-merahan; ~ melaka (jawa, kelapa, nyiur, tuak) gula drpd nira kelapa; ~ merah a) gula pasir merah; b) gula enau (kabung); ~ pasir (putih) gula halus spt pasir dibuat drpd air tebu; ~ ringkas gula dlm bentuk ringkas spt glukosa, fruktosa, galaktosa; ~ tarik sj manis-manisan drpd gula; ~ tebu gula drpd tebu; penyakit ~ kencing manis;

ada ~ ada semut prb di mana banyak keuntungan dan rezeki, di situlah banyak orang berkumpul; hitam-hitam ~ jawa prb Jk dikatakan kpd perempuan yg hitam kulitnya tetapi manis rupanya; semanis-manis ~, ada pasir di dalamnya prb kata-kata yg lemak manis itu biasanya berisi tipu muslihat; umpama ~ di dlm mulut prb pekerjaan yg mudah dilakukan (sesuatu yg sudah dikuasai);

gula-gula 1. bermacam-macam manisan dibuat drpd gula; ~ getah sj gula-gula bergetah dan berperisa utk dikunyah-kunyah sahaja; 2. bp sesuatu yg menyukakan hati; 3. bp gundik, perempuan utk bersuka-suka;

menggula, menggula-gula bp mengangkat-angkat (menyanjung-nyanjung) utk mendapat sesuatu, melakukan atau mengatakan yg muluk-muluk terhadap seseorang utk memperdayanya atau mendapatkan sesuatu: bijak sungguh orang tua yg berasal dr Pulau Pinang itu berdiplomasi, patutlah bapa aku dulu mudah digulanya;

menggulai memberi bergula pd, membubuh gula pd;

menggulakan menjadikan (kata-kata, percakapan, dsb) manis dan muluk-muluk utk memperdaya seseorang atau utk mendapatkan sesuatu.

gula II; ~ merah sj tumbuhan (pokok), api-api hutan, kayu gula, medang api-api, mungul tiup-tiup, Adinandra dumosa;

gulai masakan (daging, ikan, dll) yg berkuah: ~ ayam; ~ terung; ~ lemak gulai yg memakai santan yg banyak;

~ lampau serai tentu maung prb perbuatan yg berlebihan tidak mendatangkan faedah; ~ sedap nasi mentah, nasi sedap ~ mentah prb sesuatu perbuatan atau perkataan yg tidak sempurna;

menggulai membuat (memasak) gulai: ibuku sudah siap bertanak dan ~; jikalau pandai ~, badar pun menjadi tenggiri prb orang yg pandai dapat mengerjakan sesuatu dgn baik walaupun kelengkapannya kurang;

gulai-menggulai pekerjaan menggulai;

menggulaikan 1. membuat gulai utk orang lain; 2. = mempergulaikan memasak sesuatu supaya menjadi gulai: barang rendang direndangkan, barang gulai digulaikan;

penggulaian 1. perihal atau perbuatan menggulai(kan); 2. barang apa yg digulaikan, masakan gulai: kalau babu itu memang enak ~nya.

gulali Jw sj manisan yg dibuat drpd air gula yg kental.

gulambai Mn; si ~ sj hantu yg menyebabkan rumah terbakar; kelambai.

gulana; gundah-~ sl sedih dan lesu.

gulang sj tumbuhan (pokok), gelam tikus, kelat paya, samak bukit, Eugenia papillosa.

gulang-gulang Mn pondok kecil di sawah atau ladang, dangau.

gulat; bergulat 1. ark bergolek; 2. bergomol, bergelut; 3. ki berjuang: utk mencapai cita-citanya dia rela ~ dgn sebarang ancaman;

menggulatkan ark menggolekkan;

penggulatan 1. penggomolan; 2. ki perjuangan, perlawanan.

gulet Jkgulat.

guli bola-bola kecil drpd kaca (batu dll) utk permainan kanak-kanak, gundu, jaka, kelerang.

guling; ~-gantang = ~-gelantang tergolek-golek di sana sini, tergelimpang di sana sini; bantal ~ bantal panjang yg bulat (bantal golek);

berguling bergulung (berpusing dll) berbalik-balik, bergolek: pd musim kemarau pokok Selaginella tergulung menjadi spt bola dan apabila ditiup angin ~lah ia ke merata tempat;

berguling-guling berguling berkali-kali, bergolek-golek;

bergulingan berguling-guling, bergolek-golek: meja dan kerusi tidak menentu letaknya, tin-tin kosong ~;

mengguling bergolek, berguling, senget ke sisi (bkn perahu);

menggulingkan 1. menyebabkan berguling: ~ kayu balak ke sungai; 2. ki menjatuhkan, meruntuhkan, mengalahkan: mereka diberitahu tentang satu komplot utk ~ kerajaan; 3. sl menggelengkan: Siti Wang Gemala pun ~ kepalanya;

terguling telah digulingkan, tergolek: dlm pilihan raya lepas partinya ~;

terguling-guling berguling-guling (dgn tidak sengaja), berpusing berbalik-balik.

gulir guling.

gulma Id rumpai.

gulonggok bergulung-gulung dr hujung ke pangkal (daun dan paku pakis).

guludan Jw petak tanah yg telah digemburkan dan ditanam sesuatu.

gulung I 1. benda yg berlembar-lembar atau berutas-utas yg dilipat begitu rupa hingga berbentuk bulat torak, bentuk bulat panjang drpd benda berlembar-lembar atau berutas-utas yg dilipat: belat se~; dawai lima ~; ~ kain itu tidak betul diikat; 2. ark gulung-gulung kayu yg melintang di antara kasau jantan dan kasau betina; ~ tikar ki bankrap (bkn perusahaan, perniagaan, dsb);

gulung-gemulung = bergulung-gulung;

bergulung 1. berada dlm gulung (spt kain, layar, dll): tatal ~ spt subang; 2. bergerak spt berguling (ombak, asap, dll); 3. melengkung ke atas atau ke bawah pd hujung atau tepi daun dll;

bergulung-gulung 1. banyak gulung: membeli tikar ~; 2. bergerak spt berguling-guling: gelombang air datang ~; asap api ~;

menggulung 1. melipat benda yg berlembar atau berutas sehingga berbentuk panjang bulat: tatal itu digulungnya spt subang; ~ rokok daun; 2. melilitkan (benang, tali, dll) pd gelendong: ~ benang; 3. ki menghambat, mengejar musuh, mengalahkan: dia telah dapat ~ lawannya; 4. mengakhiri, menyudahi, menutup (ucapan, perdebatan, dsb dgn mengemukakan atau menonjolkan aspek-aspek yg penting): dia berkata demikian sewaktu ~ ucapan mengenai anggaran belanjawan kementeriannya;

~ lengan baju ki bersiap utk bekerja; ~ tikar ki bersurai, bubar;

tergulung sudah digulung;

gulungan lipatan berbentuk bulat torak: ~ belat;

penggulungan perihal (perbuatan dsb) menggulung (perdebatan dsb): ~ hujah dlm kes yg berat memerlukan perbandingan kes dan undang-undang;

penggulung alat dll utk menggulung.

gulut; bergulut, bergulut-gulut, tergulut-gulut tergesa-gesa, terburu-buru: dia makan ~ sebab hendak berangkat lekas;

menggulut mendesak (orang) supaya berbuat sesuatu dgn segera, menggesa-gesa: mereka digulut pergi ke pasar sebab hari sudah tinggi.

gum bunyi spt bunyi meriam, degum.

gumai; buah ~ sj tumbuhan (pokok), balam cubadak, gamai, nyatuh (bunga tanjung), taban bunga, Lucuma (Sideroxylon) maingayi.

gumal ronyok (kertas, kain, dll), berkerut-kerut, berkerumuk;

menggumalkan meronyokkan.

gumam; bergumam terkulum di dlm mulut (perkataan dll), berkemam: orang itu tersenyum ~; gelak ~ = senyum ~ ketawa (senyum) yg tertahan dlm mulut, tersenyum; berkata ~ bercakap dgn mengulum kata-kata;

menggumam mengulum (kata-kata) dlm mulut: “ Hmm ...” dia ~;

gumaman kuluman (kata-kata) dlm mulut: dia cuba bersuara, tetapi suaranya hanya ~;

gumba I Id bincul pd dahi gajah, kumba.

gumba II Kl; menggumba membomba (air).

gumba III alat utk mengepam minyak dll keluar dr bekasnya, pam;

menggumba mengepam minyak dll keluar dr bekasnya dgn gumba.

gumbang buyung besar.

gumbar hati pokok kabung (nipah dll).

gumbuk; menggumbuk memujuk.

gumpal 1. bongkah, bingkah, kepal (tanah, tembakau, dll): ekor arnab itu spt se~ kapas putih; 2. ketul (darah dll); 3. kepul (asap, awan);

bergumpal 1. berkepal, berketul, berkepul: butirnya ~ melekat menyebabkan tanah menjadi lembik; 2. peluk-memeluk dan guling-menggulingkan; 3. bertukar drpd cecair menjadi pekat dan separuh pepejal (bkn cecair spt darah dsb), membeku: darah cepat ~ dlm suhu yg sejuk;

bergumpal-gumpal berkepal-kepal, berketul-ketul, berkepul-kepul;

menggumpalkan 1. mengepal dan merenyukkan; 2. menyebabkan bergumpal (menjadi pekat dan separuh pepejal): jus limau ~ susu;

gumpalan 1. kepalan, genggaman; 2. ketulan (darah dsb): ~ darah;

penggumpalan proses yg menyebabkan cecair, mis darah, bertukar menjadi pekat dan separuh pepejal: bahan Allicin berupaya menghalang ~ darah, meningkatkan aliran darah dan merendahkan tekanan darah;

penggumpal (bahan) yg menyebabkan penggumpalan: vitamin K juga dikenali sbg agen ~ atau faktor pembekuan darah.

gumpung kelompok belukar (pokok-pokok kecil).

gumuk; gumukan bukit kecil.

gun Jw sj alat pd perkakas tenun utk memisahkan benang.

guna I 1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~;

~ sama dapat digunakan secara bersama-sama oleh dua pihak atau lebih (bkn perkhidmatan, bangunan dsb): satu sistem jawatan ~ sama di Mahkamah Syariah akan diwujudkan bagi membolehkan pegawai mahkamah berkenaan berkhidmat di mana-mana negeri mengikut keperluan; ~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia dlm kegiatan dan perkembangan ekonomi; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya;

seguna; ~ sekaya harta benda yg diperoleh suami isteri bersama-sama (dibahagi-bahagi apabila bercerai);

berguna berfaedah, bermanfaat, mendatangkan faedah atau manfaat: tangisnya tidak ~ kerana semakin ia menangis semakin suka pula budak-budak itu mengusiknya; hidup pun tidak ~;

kebergunaan perihal (keadaan dsb) berguna: ~ traktor dlm kerja membajak sawah itu memang tidak dapat dinafikan;

menggunakan 1. = mempergunakan mengambil faedah: dipergunakan hari mudanya utk mencari ilmu; 2. memakai, mengerjakan (melakukan) sesuatu dgn: dia ~ kesempatan yg baik ini utk menentang ajaran Hamzah; kereta itu dijalankan dgn ~ kuasa elektrik;

mempergunakan 1. = menggunakan; 2. memperlakukan utk tujuan atau kepentingan tertentu, memperalat: pelajar sepatutnya menimba ilmu di kampus tetapi mereka janganlah sampai dipergunakan oleh mana-mana parti politik, hatta parti kerajaan yg memerintah;

gunaan bidang pelajaran yg ada kegunaan praktiknya: sains ~;

kegunaan 1. faedah, guna: undang-undang itu dibuat utk ~ seluruh rakyat; 2. yg digunakan: semua kertas ~nya dapat dibeli; segala alat ~ menebas pd zaman itu dibuat drpd batu;

pergunaan ark 1. pemakaian: ~ alat jentera menghendaki modal yg besar; 2. faedah, guna: paderi David Haex telah menyusun kamus Melayu-Latin utk ~ menyiarkan agama Kristian;

penggunaan 1. perihal (perbuatan, kegiatan, dll) menggunakan sesuatu: ~ kata itu tidak sesuai dgn ayat ini; 2. pemakaian (barang-barang, hasil perusahaan, bahan makanan, dll);

kepenggunaan segala hal mengenai pengguna (barang-barang dll): nasihat-nasihat ~;

pengguna orang dll yg menggunakan: tumbuh-tumbuhan ialah penyimpan bahan makanan, haiwan ~nya.

guna II; guna-guna jampi, mantera (utk memikat hati seseorang), ubat pengasih: kena ~;

menggunai mengguna-gunai;

mengguna-gunai mengenakan guna-guna (ubat pengasih) pd.

gunam; buah ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Chilocarpus costatus.

gunawan sl 1. mempunyai sifat-sifat kebaikan; 2. berguna.

guncak sj tumbuhan (pokok), gocek, gunciak, gunci(a)n, Antidesma ghaesembilla.

gunci gunjai, ikal (rambut).

guncip gunting besar.

gundah 1. dukacita, sedih hati: setelah meninggalkan negeri ini saya akan terus ~ sehingga saya dapat datang sekali lagi; 2. sl rindu: marilah Laksamana, kita hendak mendengar khabar Inderaputera, ~nya kita akan Laksamana;

bergundah berduka, bersedih: puteri bersedih ~ hati;

menggundahkan mendukakan, menyedihkan, menyayukan: hal apakah yg ~ hatikau itu?

kegundahan perihal gundah;

gundah-gulana duka dan lesu, duka lara;

menggundah-gulanakan menjadikan gundah-gulana, mendukalarakan: dia tidak mahu lagi ~ hati orang tua itu;

kegundah-gulanaan keadaan atau sifat gundah-gulana, kedukalaraan: ini merupakan gambaran betapa ~ orang Melayu yg melihat kuasa asing sbg penceroboh.

gundak; ~ api sj tumbuhan (pokok memanjat), Vitis cinnamomea.

gundal I 1. tanda (berupa garis, simpul, takik, dll) yg dibuat sebagai peringatan semasa menghitung (supaya jangan silap); 2. (Eko) catatan kredit, debit, dsb;
1   ...   7   8   9   10   11   12   13   14   15


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət