Ana səhifə

G huruf ketujuh abjad Rumi. G. kep Gunung: ~ Kinabalu; ~ Tahan ga


Yüklə 0.66 Mb.
səhifə9/15
tarix27.06.2016
ölçüsü0.66 Mb.
1   ...   5   6   7   8   9   10   11   12   ...   15

genting I 1. kecil (sempit) di tengah-tengah: pinggangnya ~; 2. = ~ tanah tanah yg sempit antara benua dan semenanjung dll; 3. = ~ bukit jalan di celah bukit: Kabul ada jalan raya melalui ~ Khyber yg menghubungkan bandar itu dgn Peshawar; 4. sudah halus hingga hampir putus (tali dll); 5. tegang, berbahaya (mungkin akan pecah perang dll), meruncing: perhubungan antara kedua-dua negara itu ~;

~ menanti putus, biang menanti tembuk prb Mn perkara yg hampir selesai; ~ putus, biang tembuk prb Mn perkara yg telah putus dan tidak dapat diubah lagi;

menggenting 1. menjadi genting (kecil atau sempit di tengah-tengah); 2. menjadi genting (tegang), menegang: perhubungan mereka semakin ~;

menggentingkan 1. menyebabkan genting (kecil atau sempit di tengah-tengah); 2. menyebabkan genting (tegang), menegangkan;

kegentingan perihal atau keadaan genting, ketegangan;

pergentingan tempat yg genting, genting; manahan jerat di ~ prb mencari keuntungan drpd kesukaran orang;

penggentingan perihal atau perbuatan menggentingkan.

genting II kepingan yg leper atau melengkung utk mengatapi rumah; atap ~ atap drpd genting; ~ kodok Id sj genting tebal.

gentis; menggentis memetik pucuk tanaman dll dgn hujung jari.

genu Kl 1. papan yg menutup hujung papan lantai dan dinding; 2. bahagian berhias atau berukir pd kepala katil.

genus (génus) (Bio) kumpulan benda hidup spt haiwan atau tumbuhan yg terdiri drpd spesies yg mempunyai beberapa ciri yg serupa: ~nya perlu ditentukan terlebih dahulu; lalat tsetse adalah drpd ~ Glossina.

genyeh (gényéh); menggenyeh menggosok-gosok (mata dll supaya hilang gatal).

genyi Pr tertahan nafsu utk makan (kerana kotor, melihat najis, dll), jijik, mual.

genyit kenyit.

genyut; genyang-~ herot, tidak selari (baris dll), bengot.

geo- (géo) awalan asing berkaitan dgn bumi, mis geofizik, geokimia dan geologi.

geobotani (géobotani) kajian tentang taburan tumbuh-tumbuhan dr segi geografi.

geodesi (géodési) cabang ilmu geologi yg mengkaji dan menentukan kedudukan sebenar, bentuk, dan saiz bumi.

geofizik (géofizik) cabang geologi yg menggunakan ilmu fizik utk mengkaji sifat-sifat bumi, termasuk meteorologi, oseanografi, dan seismologi.

geografi (géografi) sains tentang fitur-fitur semula jadi permukaan bumi, termasuk topografi, iklim, tanah, tumbuh-tumbuhan, dan gerak balas manusia terhadapnya, ilmu alam.

geokimia (géokimia) sains yg mengkaji komposisi kerak bumi dan perubahan kimia yg dialaminya.

geokronologi (géokronologi) cabang geologi yg berkaitan dgn penentuan usia dan urutan peristiwa sejarah bumi.

geologi (géologi) sains tentang asal usul, sejarah, struktur, dan komposisi bumi, kaji bumi.

geomansi (géomansi) ramalan yg dibuat berdasarkan pola atau bentuk rupa yg terjadi drpd segenggam tanah yg ditebarkan atau titik-titik secara rawak yg disambungkan dgn garis-garis.

geometri (géométri) cabang matematik yg berkaitan dgn ukuran, sifat-sifat hubungan titik, garis, sudut, permukaan dan bongkah.

geomorfologi (géomorfologi) kajian tentang asal usul, struktur dan perkembangan ciri-ciri topografi kerak bumi.

geonasti (géonasti) (Bio) gerak balas tumbuhan terhadap graviti, mis pembengkokan akar.

geopolitik (géopolitik) kajian tentang kesan faktor-faktor geografi terhadap politik (terutama politik antarabangsa), geografi politik.

geosains (géosains) sains yg berkaitan dgn bumi, spt geokimia, geologi dan geodesi.

geosentrik (géoséntrik) (Ast) 1. mempunyai bumi sbg pusat, berpusatkan bumi: sistem ~; 2. berkaitan dgn atau diukur dr pusat bumi: kedudukan ~.

geotaksis (géotaksis) (Bio) gerak balas keseluruhan organisma terhadap graviti.

geotekstil (géotékstil) (Tks) sj fabrik sintetik yg kukuh, biasanya digunakan utk menguatkan benteng, tapak lebuh raya dsb.

geoterma (géoterma) (Geo) berkaitan dgn (dihasilkan oleh atau berpunca drpd) haba dalaman bumi: tenaga ~.

geotropisme (géotropisme) (Bio) gerak balas bahagian tumbuh-tumbuhan terhadap rangsangan graviti.

gepeng (gépéng) Jw pipih (kerana dipukul dll), penyek; bulat ~ bulat pipih;

gepengan benda yg pipih.

gepok-gepok Tr sj kuih yg berupa kepalan rebusan kacang hijau yg dimakan dgn parutan kelapa.

gepuh pedal ayam, perepuh, repuh-repuh, tala-tala, mangga, induk kunci gantung.

gepuk I; segepuk seikat (wang kertas dll), segabung, seberkas;

bergepuk-gepuk beberapa ikat (berkas dll);

gepukan ikatan, berkas.

gepuk II celepa (tembakau).

gepuk III Mn gemuk.

gera; menggera 1. menyergah, menggertak, menakut-nakutkan: ~ musuh; musim ~ musim menghalau burung dll (yg hinggap pd padi yg mulai masak); 2. memberi isyarat (tanda ada bahaya dll): bendera merah dipakai utk ~ bahawa tempat itu berbahaya;

penggera 1. orang yg menakut-nakutkan, alat utk menakut-nakutkan; ~ burung alat utk menakut-nakutkan burung (yg makan padi dll); 2. alat utk memberi isyarat (ada bahaya dll); ~ kebakaran alat yg berbunyi kalau ada kebakaran (loceng dll).

gerabak I kereta (pedati) yg disambung-sambung pd kereta api, gerbong;

~ barang gerabak tempat memuatkan barang; ~ penumpang gerabak tempat orang duduk; ~ tangki gerabak tempat tangki minyak dll.

gerabak II gerabang.

gerabak III Mn; menggerabak bercucuran (air mata dll).

gerabak IV Jk; ~-gerubuk 1. bunyi spt bunyi kerusi jatuh dll; 2. membuat sesuatu dgn tergesa-gesa dan tidak tentu arah.

gerabang berlubang besar, sobek besar.

geradah  geladah.

geradi ark kisi besi.

geragai sj pengait besar utk menangkap buaya.

geragas; menggeragas menyikat (rambut dgn sisir kasar atau jari tangan), menggaruk-garuk.

geragau I; menggeragau mencakar-cakar, menggaruk-garuk (dgn kuku).

geragau II; udang ~ sj udang kecil-kecil yg biasanya dibuat belacan, udang baring, Acetes spp.

geragot Jw; menggeragoti 1. menggigit sedikit-sedikit, mengunggis; 2. ki merosakkan (merugikan) sedikit demi sedikit.

geraguk I geragau II.

geraguk II panggilan utk orang keturunan Feringgi.

gerah I Jw berasa panas badan (kerana hari hendak hujan).

gerah II Kl kemalangan, kecelakaan, nahas.

gerahak sj ikan darat, bergahak, Belodonticythys dinema.

geraham gigi kisar yg bulat atau rata permukaannya yg terletak di belakang gigi kacip dan gigi taring;

~ besar geraham yg terletak di belakang sekali; ~ bongsu geraham yg tumbuh akhir sekali; ~ kecil geraham yg di depan geraham besar.

gerai I 1. sl pelamin (tempat mempelai bersanding); 2. balai-balai (tempat duduk atau tidur), bangku; 3. bangku (meja) tempat menjual barang, kedai (kecil): ~ surat khabar dan buku-buku.

gerai II; menggerai menggali, mengorek;

penggerai sj penggerek, gerudi.

gerai (gérai) Mn; tergerai terurai (rambut).

gerak 1. perpindahan tempat, lwn diam: dgn ~ yg lemah spt orang kehabisan tenaga ia berjalan perlahan-lahan; 2. denyut, kenyat-kenyut: ~ nadinya berhenti dgn tiba-tiba, dia telah menghembus nafas terakhir; 3. alamat, petanda, gelagat (denyut pd mata dll): janganlah tuanku bersusah hati, jikalau adinda hendak berputera datanglah ~ kpd patik; 4. = ~ batin = ~ hati dorongan hati, perasaan hati; 5. kehendak (Allah): entah hilang anakanda di laut lepas, ~ Allah siapa tahu;

~ badan Id olahraga, sukan; ~ gempa a) goyang gempa, gempa bumi; b) sj cucuk sanggul yg bergerak-gerak; ~-gerayu bergetar (pd hujung); ~-geri = ~-gerik = ~-garit a) bermacam-macam gerak (badan); b) = ~ langkah = ~ laku tingkah laku; ~ jalan Id latihan berjalan bersama-sama sbg sukan; pasukan ~ cepat Id pasukan tentera yg mudah dipindah-pindahkan;

segerak berlaku atau bergerak pd masa yg sama;

menyegerakkan menjadikan dua atau lebih peranti, alat, dll berfungsi atau bergerak pd masa yg sama;

penyegerakan proses menyegerakkan alat, peranti, dll.

bergerak 1. bergoyang, beralih tempat, berpindah tempat: pohon itu ~ ditiup angin; jangan ~ dr tempatmu; 2. berangkat, pergi, menuju: askar-askar British telah ~ ke kawasan itu; kemudian ia bangun dan ~ dr situ; 3. berusaha, berikhtiar, bertindak: persatuan itu memerlukan wang utk ~; kami dulu sama-sama ~ dlm kumpulan itu;

menggerakkan 1. menjadikan atau mengakibatkan bergerak (bergoyang, berubah letak, beralih tempat, dsb); ~ kepala menggoyangkan kepala; 2. menjadikan aktif (dapat bergerak atau bertindak, hidup dan berfungsi, dsb), menjadikan mampu mencapai kejayaan atau perkembangan: tiap-tiap peristiwa yg ada itu, berperanan tegas utk ~ cerita; ia amat percaya bahawa seni mempunyai tugas penting utk ~ tenaga masyarakat; 3. membangunkan (drpd tidur);

~ enjin menjalankan enjin; ~ hati membangkitkan hati, membuat hati (orang) kurang senang; ~ minat menambah minat; ~ pasukan memindahkan (memajukan dll) pasukan; ~ rakyat menaikkan semangat rakyat;

tergerak bergerak dgn tiba-tiba, telah digerakkan;

~ di hati = ~ dlm hati timbul perasaan dlm hati; ~ hatinya timbul perasaan atau keinginan;

gerakan 1. hasil bergerak, perbuatan bergerak: ~ bumi; ~ tentera; 2. usaha, kegiatan: ~ hendak menghapuskan buta huruf; bilik ~ bilik tempat mengendalikan sesuatu usaha (kegiatan dll); ~ bawah tanah gerakan sulit utk menjatuhkan kerajaan dll; 3. = pergerakan;

pergerakan kebangkitan (utk memperjuangkan sesuatu): ~ kaum ibu;

penggerakan perihal (perbuatan dsb) menggerakkan;

penggerak galakan (tenaga dll) utk menggerakkan, faktor (unsur, individu, dll) yg menggerakkan: jelas kpd kita bahawa Islam telah memainkan peranan yg penting sbg ~ kpd manusia utk mencapai kemajuan; Abdul Aziz H.M. seorang ~ teater.

gerakak Kl ketawa kanak-kanak yg masih kecil.

gerak balas (Bio) sesuatu yg berlaku (spt gerakan) akibat pendedahan kpd sesuatu rangsangan: perubahan arah daun itu menunjukkan ~ positif tumbuhan hijau terhadap matahari; ~ cahaya (matahari) gerak balas yg rangsangannya ialah cahaya (matahari);

bergerak balas bertindak balas secara positif: pesakit ~ terhadap rawatan.

geram 1. marah, panas hati, sakit hati: ia menjadi semakin ~ mendengar anaknya berani menjawab; 2. suka atau cinta (tetapi seakan-akan benci), gemas: amboi, bijaknya budak itu, ~ aku menengoknya; turut hati yg ~, hilang takut timbul berani prb kerana marah hilang takut;

menggeram 1. menjadi geram; 2. menyukai atau mencintai (tetapi seakan-akan benci): ia menciumi budak itu di mana-mana sahaja yg digeramnya; 3. berbunyi menderum (harimau dll), menderam: orang kampung berasa takut apabila mendengar harimau ~ pd waktu malam;

menggeramkan menyebabkan geram, membangkitkan geram;

kegeraman 1. perihal geram; 2. berasa (menjadi) geram: kakaknya terjerit-jerit ~.

geraman Mn geraham.

geramang terperanjat, gamang, gugup, gamam.

gerambel (gerambél) Tr banyak.

geramsut, geramut sl sj kain yg dibuat baju sadariah.

geramung sj tumbuhan (pokok), akar belalang puak, Pittosporum ferrugineum.

geran surat hak milik tanah;

~ besar geran bagi tanah dlm bandar atau tanah di luar bandar yg lebih drpd 4 hektar luasnya; ~ hidup geran bagi tanah yg dimiliki utk jangka yg tertentu; ~ kecil geran utk tanah di luar bandar yg lebih kecil drpd 4 hektar dan dimiliki selama-lamanya; ~ merah geran bagi tanah dlm kawasan simpanan Melayu; ~ putih geran bagi tanah di luar kawasan simpanan melayu.

gerang I sl agaknya, rupanya: maka pd hatinya, sebab orang muda ini ~ padi kita berbuahkan emas; gerangan.

gerang II sl arang tempurung yg dilumatkan utk menghitamkan gigi;

menggerang menjadikan gigi hitam.

gerang III sj tumbuhan (pokok renek), Randia macrophylla.

gerangan agaknya, rupanya, barangkali (menyatakan kebimbangan), konon: aku ingin juga tahu apa ~ yg dicakapkannya.

geranggang Jw buluh runcing, tombak buluh.

geranium (géranium) sj pokok yg bunganya berwarna putih, merah atau merah muda, biasanya ditanam sbg pokok hiasan.

gerantang 1. bunyi (suara) riuh-rendah; 2. ki gertak, tengking utk menakut-nakutkan;

menggerantang menakut-nakutkan, menggertak.

gerantung; ~ tongah sj tumbuhan (pokok), Chisocheton divergens.

geranyam Mn; menggeranyam 1. senyar (apabila siku terhantuk dll), semutan; 2. bergerak beriak-riak (hawa panas dll).

gerapah Tr; bergerapah banyak sekali (ikan dlm tangguk dll).

gerapai; menggerapai meraba-raba dgn tangan kerana hendak mencapai (memegang) sesuatu, menggapai.

gerapak I; menggerapak lari lintang-pukang (kerana ketakutan dll).

gerapak II Kl bising, riuh.

gerapu I; bergerapu tidak licin (kulit katak dll), kasap, kesat; kerapu II.

gerapu II sj ikan laut, Caranx tille.

gerat I; menggeratkan menggertakkan, menggeritkan (gigi).

gerat II takuk, ketak (pd tanduk kerbau, batang nyiur, dll).

gerat III Kl perkakas (sisir) utk menghancurkan tanah.

geratak Jw menjelajah, mencari di sana sini.

geratih Mn ligas (lari kuda).

gerau I tukang masak di istana.

gerau II; biru ~ biru kehitam-hitaman.

gerawan Mn warna yg bercampur, kabur (dlm udara).

gerayang I Jk; menggerayang meraba-raba, memegang-megang (hendak mencuri dgn cepat dll).

gerayang II Mn; menggerayang 1. = ~ rambut menggaru atau mengeruk kepala dgn jari; 2. merayap (kutu dll), melata.

gerayu; gerak-~;gerak.

gerbak; menggerbak semerbak, harum.

gerbang I; ~-gersul = ~-geresing Kl kusut tidak keruan;

menggerbang terurai dan kusut (rambut): rambutnya ~ tidak terurus;

menggerbangkan menyebabkan terurai (rambut), menjadikan menggerbang.

gerbang II 1. = pintu ~ pintu besar yg di sebelah atasnya kedapatan satu binaan melengkung, gapura; 2. ki alam: memasuki ~ perkahwinan; 3. (Komp) portal.

gerbas; ~-gerbus bunyi desas-desus, debas-debus.

gerbong gerabak kereta api; ~ barang (penumpang) gerabak utk mengangkut barang-barang (penumpang).

gerbus; gerbas-~; gerbas.

gerdam bunyi spt bunyi barang yg jatuh (lesung dipukul antan dll).

gerdum (lebih lembut drpd) gerdam.

gereba Ar botol air (dibuat drpd kulit).

gerebeg Jw hari raya Islam.

gerebek Jk; menggerebek menangkap dgn tiba-tiba, menyergap, menggeledah;

penggerebekan penyergapan, penangkapan, penggeledahan.

gerecak; menggerecak-gerecak berbunyi spt air mendidih.

gerecok (gerécok) Jk; menggerecok mengusik, menggodai.

gerehem (gerehém) Kl mendehem.

gereja (geréja) 1. tempat (rumah) sembahyang orang Kristian; 2. Id badan (pertubuhan) orang Kristian yg mempunyai kepercayaan (ajaran dll) yg sama: ~ Katolik; ~ Protestan; burung ~ sj burung pipit;

kegerejaan (yg) berkaitan dgn gereja: skripnya pula lebih kpd tradisi lisan, dan apa yg penting drama itu harus membawa mesej ~; hierarki gereja mempunyai kuasa bebas dlm soal-soal keagamaan dan ~.

gerejani (geréjani) Id bkn gereja.

gerek (gérék) I; rumput ~ telinga sj tumbuhan (rumpai), Ischaemum aristatum.

gerek (gérék) II; bergerek-gerek berlubang-lubang: kayu yg ~;

menggerek menebuk (dgn jara dll): ~ lubang;

gereklah langit olehmu, engkau takkan kusa-raki juga prb walaupun kpd siapa kauadukan halmu, engkau tidak akan kuceraikan;

menggerekkan 1. menggunakan sesuatu (jara dll) utk menggerek; 2. menggerek utk orang lain;

penggerek alat utk menggerek (spt gerudi dll).

gerek (gérék) III Kl emas tiruan; barang ~ benda yg dibuat drpd emas tiruan.

gerek (gérék) IV Kd basikal.

gerelang Kl; menggerelang mencencang, mengerat halus-halus.

gerencang gemerencang (senjata).

gerendeng (geréndéng) Mn; menggerendeng bersikap mengancam atau menyerang (spt lembu yg hendak berlaga dll).

gerender (geréndér) Tr lebat (buah), banyak (anak dll).

gerenek (gerénék) 1. kecil molek, kecil mongel; 2. rendah menggeletar (suara dll): suara yg ~;

menggerenek sl membunyikan: maka orang pun ~ nobat.

gerengau; menggerengau menggeragau, mencakar (dgn kuku).

gerenggung sj tumbuhan (pokok), balun hijau, Aglaia griffithii.

gerengseng (gerénséng) I sj corak kain batik atau kain tenun (berupa setengah bulatan).

gerengseng (gerénséng) II kuali besar drpd tembaga.

gerentam bunyi berdentam-dentam;

menggerentam merentakkan kaki (kerana marah dll).

gerentang gerentam.

gerenti (gérénti) bp jaminan, kepastian;

menggerenti menjamin.

gerenyam = menggerenyam gatal, biang (perempuan), menggelenyar (kerana semut-semutan).

gerenyau 1. tidak dapat duduk diam (selalu melompat-lompat dan berlari), kurang sopan (bkn budak perempuan); 2. pantas tangan atau mulut (budak perempuan dll).

gerenyeng (gerényéng) seringai, kernyih;

tergerenyeng-gerenyeng menyeringai (hingga kelihatan gigi); ~ bagai anjing disua antan prb seorang penakut yg menepi-nepi kerana ingin lari.

gerenyet (gerényét) gerak-gerak urat;

menggerenyet bergerak-gerak (bkn urat, otot dsb): bibir mataku ~ sejak tadi lagi;

penggerenyetan proses, hal dsb menggerenyet: ~ otot.

gerenyot (gerényot) herot (mulut).

gerepek (gerépék); menggerepek tidak cebok sesudah membuang air.

gerepes (gerépés) I; menggerepes menguit-nguit dgn jari, tidak dapat diam.

gerepes (gerépés) II Jk; bergerepes tidak rata (licin).

geresah; menggeresah tidak dapat diam, gelisah.

geresek (gerésék); menggeresek berbunyi kersik-kersik.

geret (gerét) Jk; menggeret menggaris, menggores, mencorek;

geretan mancis, gores api.

geretak (gerétak) sj tumbuhan (pokok), geronyong, kabau bukit, merbung jantan, singguih, Turpinia pomifera.

geretang (gerétang) Mn; menggeretang bersikap mengancam (hendak menyerang).

geretuk I bunyi spt bunyi kayu diketuk (gigi berkertak).

geretuk II Pr; menggeretuk mengebas, mengirap-irapkan (kain dll).

gergaji alat yg bergerigi pd matanya utk memotong kayu dll;

~ aneka gergaji yg berbagai-bagai jenis matanya yg boleh ditukar-tukar; ~ balak (baluk) gergaji utk membuat papan dll; ~ belah gergaji utk memotong kayu mengikut hala urat; ~ belakang besi sj gergaji tangan yg bilahnya drpd besi keras dgn belakangnya disokong oleh bingkai keluli atau loyang, dan digunakan utk kerja-kerja kayu; ~ beregu sj gergaji dgn dua atau lebih mata yg dipasang pd bingkai atau pd aci gergaji talam, dan digerak ke hadapan dan ke belakang secara menegak atau mendatar utk membelah balak; ~ besar gergaji yg bingkainya merupakan bentuk huruf H; ~ besi gergaji utk memotong logam; ~ busar sj gergaji lengkuk yg berbingkai kayu dgn bilah nipis, dan digunakan utk memotong lengkuk pd kayu; ~ gelung sj gergaji dgn satu atau dua mata drpd keluli nipis yg berbentuk gelung, dan digunakan utk membelah balak; ~ kerat gergaji utk memotong kayu melintang urat; ~ kerawang gergaji utk membuat ukiran; ~ lengkuk sj gergaji tangan yg terdiri drpd bingkai keluli berbentuk U dgn bilah yg halus dan digunakan utk memotong lengkuk yg sempit pd papan nipis; ~ lengkuk halus sj gergaji lengkuk yg kecil dan digunakan utk memotong bahagian yg rumit, membulatkan bucu kayu, atau membuat reka bentuk tertentu; ~ lengkung sj gergaji tangan dgn bilah keluli yg nipis, dipasang pd bingkai logam yg melengkung, dan digunakan utk menebang pokok-pokok kecil; ~ lubang kunci sj gergaji yg bilahnya runcing pd bahagian hujung dan digunakan utk membuat lubang, memotong bucu, dll; ~ pengerat = ~ potong pepat sj gergaji yg digunakan utk memotong pepat kayu merentasi ira; ~ pita = ~ tali gergaji yg matanya berlingkar; ~ potong pepat sisi sj gergaji yg terdiri drpd rangka yg mengandungi beberapa keping gergaji talam, utk memotong atau membuang bahagian papan yg serong supaya sisi papan itu pepat; ~ racik sj gergaji (gelung atau talam) yg digunakan utk meracik dan menggergaji balak segi, kayu racik, dan kayu sayung; ~ rantai sj gergaji berjentera mudah alih yg mata pemotongnya terlekat pd rantai yg berputar, dan digunakan utk menebang pokok dan memotong tual kayu balak; ~ saber sj gergaji berjentera dgn bilah yg nipis dan pendek, dan digunakan utk memotong lengkung, membuat lubang, dll; ~ talam sj gergaji drpd keluli tegar yg bulat, pipih, yg berputar pd aci bermotor, dan digunakan utk memotong bahagian tepi atau hujung kayu; ~ tangan gergaji kecil yg dipegang dgn sebelah tangan; ~ tebuk gergaji yg matanya tidak lebar; spt ~ dua mata prb orang yg mendapat keuntungan drpd dua pihak;
1   ...   5   6   7   8   9   10   11   12   ...   15


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət