Ana səhifə

G huruf ketujuh abjad Rumi. G. kep Gunung: ~ Kinabalu; ~ Tahan ga


Yüklə 0.66 Mb.
səhifə10/15
tarix27.06.2016
ölçüsü0.66 Mb.
1   ...   7   8   9   10   11   12   13   14   15

bergergaji sudah dipotong dgn gergaji (bkn balak, kayu dsb);

menggergaji 1. memotong dgn gergaji; 2. berjalan serong ke kiri;

penggergajian tempat menggergaji kayu;

penggergaji orang yg menggergaji.

gergajul Jk penjahat, samseng.

gergap sj kera.

gergasi 1. sj makhluk besar yg suka makan orang, raksasa bersiung, bota; 2. ki seseorang atau sesuatu (spt jentera, alat, dll) yg sangat besar, atau yg mempunyai kebolehan (kemampuan) yg luar biasa: kebolehan komputer dilihat sbg ~ mesin kira yg cepat; saksikanlah ~ bola sepak beraksi dlm kejohanan ini; 3. ki kuasa besar dlm sesuatu lapangan atau bidang: ada kalangan yg masih merendah-rendahkan kemampuan Jepun menjadi ~ ekonomi;

menggergasi menjadi besar spt gergasi: harapannya menggunung dan impiannya ~.

gerha isteri, permaisuri.

gerhana 1. = ~ bulan bulan gelap sebahagian atau seluruhnya (kerana kena bayang-bayang bumi); 2. = ~ matahari matahari gelap sebahagian atau seluruhnya (kerana bulan berada di antara bumi dan matahari); 3. Id ki dlm kesusahan;

menggerhanakan ki menyebabkan menjadi gerhana, memudarkan: puisinya ~ semua puisi Inggeris yg sezaman dengannya.

gerigerak.

geriak I; menggeriak berkerumun (merayap) banyak-banyak (spt semut dll).

geriak II Kl dahak.

geriap Jk; menggeriap menjadi layu (mata kerana mengantuk), menjadi malap (bkn lampu yg kekurangan minyak).

geriatrik (gériatrik) kajian tentang penyakit di kalangan orang tua, dan perawatan serta penjagaan kesihatan mereka: wad ~

gericau bunyi berulang-ulang yg keras (spt bunyi burung, kera, dll);

menggericau mengeluarkan bunyi berulang-ulang yg keras (berkicau dll).

geridip; menggeridip berkelip-kelip, gilap-gemilap.

geridit; ~-pidit Mn penuh sesak.

gerigi I gigi-gigi tajam pd permukaan atau tepi sesuatu, gerigis;

bergerigi mempunyai gerigi, banyak geriginya.

gerigi II sj tumbuhan (pokok), Connaropsis sericea.

gerigik bekas (buluh) bertangkai utk mengambil air dll.

gerigis 1. gigi-gigi tajam pd permukaan atau tepi sesuatu, gerigi; 2. takik pd permukaan logam dll;

bergerigis bergigi-gigi, bergerigi;

menggerigis membuat gerigis (pd sesuatu permukaan);

menggerigiskan menjadikan bergerigis.

gerigit; menggerigitkan menimbulkan rasa geram bercampur sayang: anak kecil yg petah bercakap itu ~ perasaan setiap orang.

gerih Jw ikan asin (kering).

gerik; gerak-~; gerak

gerila 1. = perang ~ perang secara kecil-kecilan dan tidak berhadap-hadapan; 2. = pasukan ~ pasukan yg menjalankan perang gerila.

gerim IB; kain ~ kain yg dibuat drpd bulu kambing atau unta, sj sakhlat.

gerimis = hujan ~ hujan rintik-rintik.

gerimit gerudi, penggerek.

gerincinggemerencing.

gerinda = batu ~ batu canai yg berputar;

menggerinda mencanai dgn gerinda.

gerindin Mn menggigil (sj penyakit kuda dll).

gerinding sj alat bunyi-bunyian (dimainkan dgn mendekapkannya pd mulut dan dipetik), sj genggong.

gering bd sakit, uzur;

~ bersalin sakit hendak bersalin; ~ hulu pening kepala; ~ tengah sakit perut;

kegeringan perihal gering;

penggering 1. sentiasa sakit; 2. mantera utk menyakitkan orang.

geringsing sj corak kain batik (kain tenun).

gerinjal ark ginjal.

gerinjam 1. batu asah yg dipakai utk mencanai gigi; 2. benda yg digunakan utk membersihkan lubang (telinga dll), pencolek;

menggerinjam membersihkan (dgn gerinjam), mencungkil.

gerinting sj rumput, Chamaeraphis aspera.

gerinyau; menggerinyau gatal atau geli: keladi dimakan ~ lidah.

gerip I IB kalam papan batu.

gerip II; akar ~ putih a) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar getah sundik, Leuconotis griffithii; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar putar angin, akar serpat putih, Parameria barbata.

gerip-gerip gerit-gerit II.

geripir IB penulis dlm mahkamah.

gerisi kerisi.

gerisik terkersik, berbunyi kersik-kersik.

gerising mengherot-herotkan muka, gerenyot.

gerit I bunyi spt bunyi pena digoreskan dll.

gerit II  geret.

gerit-gerit I; ikan ~ sj ikan darat.

gerit-gerit II; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar sangkang buaya, akar serepat jantan, Urceola malaccensis.

geritik; menggeritik menggeletar, menggigil.

geriuk Kl, Tr banyak sekali (anak, semut, dll).

gerlang Kl bulatan (bundaran) pd lukisan dll, kepingan bulat-bulat;

menggerlang mengerat jadi kepingan bulat-bulat.

gerlap kerlap;

menggerlap berkilauan, berkilat-kilat.

gerlip kerlip;

menggerlip berkerlip-kerlip.

gerluh; menggerluh berkeruh, berdengkur: orang yg ~ mengganggu orang lain tidur.

germang = menggermang seram, meremang.

germanium (Kim) unsur bukan logam, bersifat semikonduktor, digunakan sbg mangkin dan utk membuat peranti transistor.

germisid (Bio) bahan yg boleh membunuh kuman, pembunuh kuman.

germo Jw 1. pemburu; 2. barua, alku, muncikari.

germut; menggermut merayap, berkerumun;

menggermuti mengerumuni;  gerumut.

gernyut; menggernyut 1. bergerak geliang-geliut; 2. berkernyut, berdenyut.

geroak Jk berlubang besar.

gerobak I gerabak, pedati;

~ kereta api gerabak kereta api; ~ lembu gerobak yg ditarik lembu; ~ sorong gerobak yg disorong; oto ~ = mobil ~ Id lori.

gerobak II Kl almari dapur utk menyimpan makanan dll;  gerobok II.

geroboh sj tumbuhan (pokok renek), seburut, Thottea grandiflora.

gerobok I; bergerobok, menggerobok menggelegak (spt botol dimasukkan ke dlm air).

gerobok II 1. sj almari utk menyimpan makanan dll; 2. peti besar tempat pakaian dll.

gerocok Id; bergerocokan berbunyi spt bunyi air yg keluar dr pancuran.

geroda sj burung dlm sastera lama, burung rajawali besar, helang besar (kenaikan Visynu).

gerodak bunyi spt bunyi batu di dlm peti kalau digoyang;

menggerodak 1. berbunyi spt bunyi tikus dlm peti; 2. menceroboh masuk; 3. Kd mengacau dgn kayu dlm sesuatu bekas dgn kuat.

gerogol I (Palembang) rumah di atas rakit.

gerogol II Jk pagar penguat benteng, pagar utk menahan ombak (di pantai).

gerogot Jk; menggerogot menggigit-gigit, mengunggis.

gerohok, gerohong Jk lubang besar (pd pokok).

gerokok Kl; menggerokok membongkokkan badan kerana sakit di perut.

gerombol; bergerombol berkumpul, berkelompok: pengganas-pengganas ~ utk menyerang;

gerombolan 1. kumpulan, kelompok; 2. kumpulan orang jahat (perusuh dll): polis melepaskan tembakan supaya ~ itu bersurai.

gerombong = gerombongan kelompok, kumpulan.

gerompok; menggerompok mengerumuni.

gerondong I sj siput yg digunakan utk membuat perhiasan, Dolium.

gerondong II penyakit bengkak pd kelenjar tiroid (gondok) di bahagian depan atau tepi leher, beguk, gondok.

gerong berlubang (rongga) dlm tanah.

gerongga Kd geronggang.

geronggang 1. berlubang di dalam; 2. rongga (dlm pokok dll): kebanyakan tulang yg besar itu mempunyai ~.

geronggong I sj tumbuhan (pokok), derum paya, Cratoxylon orborescens; ~ semut sj tumbuhan (pokok kecil), cinta mula, janggut kecil, kelat liau, pokok lebar (luas), medang salah, pendarah, Ouratea crocea.

geronggong II geronggang.

geronggong III; ~ laut sj ikan ampai-ampai (mengandungi racun).

gerontang Jk bunyi riuh (utk menakutkan dll), gerantang.

gerontologi (gérontologi) kajian tentang proses penuaan serta masalah yg dihadapi orang tua.

geronyong sj tumbuhan (pokok), geretak, Turpinia pomifera.

geronyot denyut-denyut (urat daging dll), sengal.

geropes; menggeropes membuat pekerjaan yg kecil-kecil.

geropyak Jw bunyi spt bunyi dinding jatuh dll.

geropyok Jw; menggeropyok mengejar hendak menangkap (penjahat, binatang, dll), menyergap;

penggeropyokan penangkapan, penyergapan.

geros Jk; menggeros mendengkur.

gerosak, gerosok kerosok, bunyi daun kering yg dipijak dll.

gerpak I Kl 1. serempak, sekali gus; 2. sekelompok.

gerpak II Kl; menggerpak menggertak, mengugut.

gersak bunyi spt pasir (daun kering dll) dipijak.

gersang 1. kering dan tidak subur (bkn tanah); 2. tegak kaku (bkn rambut); 3. hampa, kosong: tinggal sekeping hati yg ~;

menggersangkan menjadikan hampa, kosong: kehidupan kota telah ~ kehidupan seni warganya;

kegersangan keadaan gersang, kekeringan, kehampaan, kekosongan;  kersang.

gersik 1. kerikil, pasir yg kasar, kersik; 2. bunyi pasir dipijak.

gersul; gerbang -~ terurai dan kusut (rambut).

gertak I tengking (hentakan kaki, ugutan, dll) utk menakut-nakutkan, gerantang;

~-gerantang = ~ sambal ugutan utk menakut-nakutkan saja; kalah ~ Id kalah suara, kalah kerana diugut; main ~ suka menakutkan orang;

menggertak mengugut (mengancam, menakutkan) dgn suara yg keras dll: ia berjalan di hadapanku dgn muka yg marah, ~, dan menakut-nakutkan;

menggertakkan 1. menghentak atau mengacu (sesuatu) utk mengugut: digertakkannya perisainya kpd anjing itu; 2. memacu (kuda) supaya kencang larinya: Patan itu pun naiklah ke atas kuda itu lalu digertakkannya; 3. mengeritkan (gigi, geraham) kerana marah dll; 4. Kl menggoncang (bekas barang dll) supaya isinya padat;

gertakan 1. gertak; 2. perbuatan menggertak;

penggertak 1. orang yg menggertak; 2. perkakas utk menggertak; 3. benda utk memberanikan.

gertak II Kl, Tr jambatan kecil dan pendek, titi.

gertap gerlap.

gertik bunyi yg lebih halus drpd ketak.

gertuk bunyi mengetuk-ngetuk;

menggertuk, menggertukkan menggoncangkan kuat-kuat: cubalah gertuk tikar itu.

geru; menggeru meraung (gajah), mengaum (harimau).

geruai lemah badan (kerana besar dan tinggi).

gerudi sj alat utk membuat lubang (pd kayu dll), penggerek, penebuk lubang, gerimit;

menggerudi 1. membuat lubang dgn gerudi; 2. mengorek lubang jauh ke dalam bumi atau di dasar laut utk mencari minyak: ~ minyak;

penggerudian perbuatan (kerja dsb) menggerudi.

geruguh Kd, Kl sj alat menangkap ketam dll (sj bubu).

gerugun sj tumbuhan (pokok memanjat), Celastrus malayensis.

gerugut kasar dan berigi-rigi (tanduk kerbau dll).

geruh I malang, celaka, nasib buruk, sial; ~-gerah berbagai-bagai kemalangan; ~ tak mencium bau prb kemalangan tidak dapat diketahui lebih dahulu;

kegeruhan kemalangan, kecelakaan.

geruh II; menggeruh 1. mendengkur; 2. meraung, menggeru.

geruit; menggeruit berbelit-belit, geliang-geliut.

geruk I; menggeruk membungkus buah-buahan (nangka dll) supaya tidak gugur.

geruk II; ~-gerak bunyi barang yg digeserkan di lantai dll.

geruk III sj tumbuhan (pokok) dlm famili Hamamelidaceae, Symingtonia populnea.

gerumit; menggerumit membuat pekerjaan yg halus-halus, menggeropes.

gerumuk; menggerumuk duduk meringkuk (spt orang sakit), mendekam, meromok.

gerumut Jk; menggerumut berkerumun banyak-banyak (bkn semut dll);

menggerumuti mengerumuni.

gerun takut, ngeri, gamang: dia ~ dgn keadaan dlm hutan; ~ gementar takut yg amat sangat: hati mereka ~ gementar kerana mereka yakin akan kembali kpd Tuhan mereka;

menggerunkan menimbulkan rasa gerun: peristiwa itu ~, ngeri, dan menakutkan; angkatan tentera yg terkuat, yg dapat ~ musuh;

kegerunan perasaan atau keadaan gerun, kengerian, ketakutan: kumpulan kongsi gelap itu benar-benar menimbulkan ~ di kalangan orang awam;

penggerun (orang, benda) yg menimbulkan gerun: azimat ~.

gerundang anak katak (spt ikan), berudu;

~ tinggallah di kubangan prb jangan mencampuri pekerjaan orang lain; gedang ~ di kubangan, gedang ikan raya di lautan prb tiap-tiap orang besar mulia di tempatnya masing-masing.

gerunduh Tr lebat (buahnya).

gerung I; ~-gerang bunyi spt bunyi pinggan mangkuk berhantukan.

gerung II Mn; menggerung mengerang (spt orang sakit), meraung;

tergerung mengerang, meraung dgn tiba-tiba.

gerung-gerung sj ikan laut, gerung belang, daing belang, Gnathanodon speciosus.

gerunggung sj tumbuhan (pokok), Cratoxylon formosum.

geruning sj binatang (macam cicak besar).

gerunyut; bergerunyut menggeletar, gementar.

gerup belebas tempat dipasang sisir (pd perkakas tenun).

gerupuk Mn; tergerupuk terperlus (ke dlm lubang, lumpur, dll), terperosok;

menggerupukkan 1. menjatuhkan (ke dlm sesuatu), memerosokkan; 2. ki mencelakakan.

gerus sj siput yg cangkerangnya dipakai utk melicinkan dan mengilatkan kain, Cypraea tigris;

bergerus dilicinkan dan dikilatkan dgn gerus: pemukaan kain tenun yg ~;

menggerus menggosok dgn gerus (supaya licin dan berkilat);

gerusan; kain ~ kain yg telah digerus.

gerusih = ~ jantan = ~ putih sj tumbuhan (pokok kecil), Randia racemosa.

gerut bunyi spt bunyi kayu dikikir dll, bunyi bergesek.

gerut-gerut = ikan ~ sj ikan laut, Pomadasys spp.

gerutu I = menggerutu kasap, kesat, berkerut-kerut (kulit pokok, binatang, dll): paip itu menggerutu spt limau purut; kerutu.

gerutu II sungut, comel: “ ... macam orang tak beragama,” ~ Haji Salihin;

menggerutu bersungut-sungut, mencomel.

gerutu III sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, meranti gerutu, seraya putih berat (di Sabah), Parashorea spp.

gerutup; menggerutup (ber)bunyi meletup (spt bunyi mercun, senapang, dll) yg berturut-turut.

gesa; gesa-gesa = bergesa-gesa = tergesa-gesa bergopoh-gapah, terburu-buru, cepat-cepat: dia berangkat tergesa-gesa sehingga tertinggal begnya;

menggesa, menggesa-gesa 1. menyuruh membuat cepat-cepat: buatlah pekerjaan itu dgn tenang, jangan digesa-gesa; 2. menyuruh dgn sungguh-sungguh, mendesak: negara itu telah ~ kerajaan Inggeris supaya jangan campur tangan dlm hal-hal dlm negerinya;

menggesa-gesakan menyegerakan, mempercepat;

gesaan kata-kata, usaha, dsb utk menggesa, desakan: ~nya tidak diendahkan;

ketergesa-gesaan keadaan tergesa-gesa: mereka terpaksa membuat tempat berlindung dlm ~;

penggesaan perbuatan menggesa: antara caranya ialah melalui diplomasi, ~, dan pembujukan.

gesau desau.

gesek (gésék) gosok, geser; asah se~ sehari;

bergesek bergosok, bergeser;

menggesek menggosok (mata dll), menggeser (tali biola, gitar, dll): ~ mata;

mempergesek-gesekkan menggosok-gosokkan, menggeser-geserkan (dua benda);

gesekan hasil perbuatan menggesek;

pergesekan perihal bergesek (bergosok);

penggesek 1. orang yg menggesek; 2. alat utk menggesek (biola dll); 3. = ~ api Kl mancis.

gesel (gésél) gosok, geser;

bergesel bersentuh (dgn), bergosok (dgn), kena-mengena: makan minum terpaksa bersama-sama, kadang-kadang ~ badan; ~ bahu berhubungan erat, bergaul, bergandingan;

bergeselan saling bersentuhan;

gesel-menggesel saling menggesel;

menggesel menggeser, menggosok: bola putih itu ~ bola biru;

menggeselkan menggeserkan, menggosokkan: apabila tanduknya mula tumbuh, rusa itu ~nya pd batang-batang kayu;

tergesel tersentuh, tergeser, tergosok; ~ kena miang, tergegar kena rebas prb sifat orang berkuasa (orang kecil itu tidak boleh sedikit pun bersalah kepadanya);

pergeselan perihal bergesel: ~ personaliti juga boleh menimbulkan pelbagai masalah;

geselan gesekan, geseran.

geseng (géséng); bergeseng bergesek kerana hendak bermanja; kalah adat dik muafakat, kalah kemat dik ~ prb tali perhubungan antara seorang laki-laki dan perempuan dapat dieratkan oleh pergaulan.

geser (gésér); bergeser 1. = bergeseran bergeselan, bergosokan, bersentuhan: derauan hujan berselang-selang dgn bunyi desiran daun-daun kayu ~; 2. berengsot, beralih tempat: dia tidak ~ dr tempatnya;

menggeser menggesel, menggosok: lututnya luka kerana ~ simen;

menggeserkan mengalih, menolak (menarik) supaya berengsot: ~ kerusi sedikit ke belakang;

tergeser tergesel; ~ kena miangnya, terlanggar kena rebasnya prb sifat orang berkuasa (orang kecil itu tidak boleh sedikit pun bersalah kepadanya);

geseran 1. geselan, gesekan; 2. (Lin) bunyi desis yg dihasilkan apabila udara melalui ruang yg sempit (spt [s]);

pergeseran 1. pergesekan; 2. perselisihan, pertelingkahan: sebarang ~ dlm parti tidak boleh dianggap sbg jalan ke arah keretakan; di sini terjadi pula ~ makna sesuatu kata; 3. pertukaran tempat, peralihan tempat;

penggeseran perihal (perbuatan dsb) menggeserkan.

gesit Jk tangkas, cepat, pantas: pemain hoki yg ~.

gesper (géspér) IB kepala tali pinggang (utk menyambungkan kedua-dua hujung).

gestalt (Psi) struktur sesuatu benda atau idea yg harus ditanggapi secara utuh kerana jumlah keseluruhannya tidak sama dgn jumlah pecahan-pecahannya.

Gestapo (géstapo) polis rahsia Jerman semasa pemerintahan Nazi yg terkenal dgn soal siasatnya yg kasar dan kejam.

gestasi (géstasi) (Bio) perkembangan embrio di dlm rahim antara mulai hamil (bunting) hingga masa dilahirkan: tempoh ~.

get (gét) I (Komp) 1. peranti yg mempunyai satu saluran output dan satu saluran input atau lebih, yg keadaan outputnya ditentukan oleh keadaan input; 2. salah satu elektrod pd peranti transistor yg digunakan dlm cip litar komputer.

get (gét) II bp = pintu ~ pintu pagar.

geta I takhta; ~ peraduan katil raja.

geta II Kl = galang ~ Kd balak penyangga papan lantai, gelegar.

geta III sl genta.

getah I 1. cairan pekat yg keluar dr bermacam-macam pokok: ~ jelutung; ~ rambung; 2. = susu ~ = ~ susu cairan yg keluar dr pokok para (atau pokok getah) terutamanya apabila ditoreh kulitnya; 3. bahan kenyal atau memberi yg dibuat drpd susu getah dll; ~ pemadam = ~ penggosok; kasut ~; tikar ~; 4. pokok para, Hevea spp.: ladang ~; menanam ~; 5. Id zat cair dr kelenjar tubuh: ~ bening; ~ lambung;

~ asap kepingan getah yg sudah diasap; ~ asli = ~ alam getah yg berasal drpd pokok para; ~ bening Id zat cair drpd darah yg mengandungi zat makanan; ~ buku = ~ sekerap = ~ tanah sisa susu getah yg sudah keras; ~ gebu getah yg berupa span (bunga kerang); ~ kahwin pokok getah yg diperoleh dgn jalan mengahwinkan pokok-pokok getah yg berlainan jenis; ~ keping getah yg berupa kepingan; ~ kerip getah keping yg menggerutu; ~ kilangan getah yg telah diproses di kilang; ~ lambung Id zat cair dlm perut utk pencernaan makanan; ~ serbuk getah yg berupa serbuk; ~ span = ~ busa getah yg dimasukkan gelembung-gelembung udara, biasanya digunakan utk membuat tilam dan kusyen; ~ taban = ~ perca getah drpd pokok dlm famili Sapotaceae, terutama drpd taban merah, Palaquium gutta, dan digunakan utk membuat bahan penebat kabel; ~ tiruan = sintetik getah yg dibuat drpd campuran bahan kimia yg cirinya (spt kekenyalan dll) menyerupai ciri getah asli, dan digunakan utk membuat paip, tayar, dll;

~-~ dibawa ke lalang prb orang yg pandai itu mudah sekali menipu barang siapa yg bergaul dengannnya; ~-~ dibawa ke semak prb perkara yg semakin kusut; ~ meleleh ke pangkal, daun melayang jauh = daun dapat dilayangkan, ~ jatuh ke perdu juga prb anak sendiri lebih dikasihi drpd anak saudara; ~ terbangkit, kuaran tiba prb salah langkah (utk mencari keuntungan); berseleleran bagai ~ di lalang prb percakapan yg tidak berkesudahan dan tidak beraturan; ditakik ~ di daun prb hidup melarat; tak sama ~ daun dgn ~ batang prb kasih kpd anak kandung tidak sama dgn kasih kpd anak saudara; tak sungguh ~ daun, yg sebenarnya ~ batang prb sejahat-jahat saudara kandung, lebih baik juga drpd kerabat yg lain;
1   ...   7   8   9   10   11   12   13   14   15


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət