Ana səhifə

G huruf ketujuh abjad Rumi. G. kep Gunung: ~ Kinabalu; ~ Tahan ga


Yüklə 0.66 Mb.
səhifə13/15
tarix27.06.2016
ölçüsü0.66 Mb.
1   ...   7   8   9   10   11   12   13   14   15

gomba jendul (benjol) pd dahi gajah, kumba.

gombak jambul (pd burung, ayam, dll), rambut pd dahi orang atau kuda, jambak: janganlah tuan-tuan bersorak dahulu, anak raja berpangkas ~; ~ gemilang kutu banyak, bibir hitam gigi kotor prb hal orang yg baik rupanya tetapi busuk hatinya;gembak I.

gombang I sj burung (tempayan) besar, situn.

gombang II Mn cantik, elok, tampan;

segombang secantik, semolek: semolek secantik ini, ~ semuda ini engkau; ~ lebuh a) congkak (sombong); b) molek di luarnya sahaja (tidak di dalamnya).

gombang III sj jaring yg dipasang pd belat, ambai.

gombang IV; baju ~ baju kurung.

gombeng (gombéng) I ark; menggombeng memperbesar lubang, menjadikan renggang.

gombeng (gombéng) II Kl 1. menggigit sesuatu utk dibawa lari (spt anjing menggigit tulang); 2. menghisap susu (bkn kanak-kanak).

gombing 1. sj ikan laut, Pomacentridae; 2. sj ikan laut, Dascyllus marginatus; 3. sj ikan laut, Daya jerdoni.

gomok I Kl; katak ~ sj katak yg buncit.

gomok II Kl sj kuih yg dibuat drpd jagung (kacang, beras).

gomol; bergomol berpeluk-peluk kerana hendak menggulingkan lawan (spt orang bergusti), bergelut, bergumpal, bergulat;

menggomol memeluk seseorang erat-erat (kerana hendak menggulingkannya dll);

pergomolan perihal bergomol, pergelutan;

penggomolan perbuatan menggomol, penggulatan.

gompiok Jk lebat atau tebal (rambut, daun, dll).

gon Kd, Kl tanah (jalan dll) yg makin meninggi.

gonad (Ubat) organ yg menghasilkan gamet, spt ovari atau testis.

goncang = bergoncang 1. bergoyang dgn keras atau kencang, bergegar: pondok kecil itu ~ kerana ditiup angin kencang; dgn ~ kaki a) dgn berayun kaki; b) ki dgn mudah sahaja; 2. ki mudah berubah-ubah (pendirian dll), menjadi tidak aman (tetap, tenang, dll): hatinya ~ ketika mendengar berita bkn kematian kawannya;

menggoncang, menggoncangkan 1. menggoyang(kan) dgn keras, menggerak-gerakkan hingga bergoncang; ~ botol mengocok botol; ~ loceng membunyikan (menggoyangkan) loceng; 2. ki menyebabkan tidak tenang (tetap dll): kenaikan cukai itu tidak ~ pasaran saham; 3. ki memeranjatkan, mengejutkan: pembunuhan Presiden Kennedy telah ~ dunia; ~ kepala menggelengkan kepala; ~ tangan menggerak-gerakkan tangan ketika berjabat tangan;

tergoncang tergoyang (tergerak) keras atau cepat-cepat, tergegar;

goncangan gerakan (goyangan) yg keras, gegaran;

kegoncangan keadaan tidak tenteram (tidak aman dll);

penggoncang 1. orang yg menggoncang; 2. bekas (alat) utk menggoncang sesuatu: ~ koktel.

gonceng (goncéng) Jk bonceng.

gondang nama bermacam-macam jenis siput, Dolium spp.

gondek (gondék) Kl melengkung atau berkelok ke bawah (bkn tanduk).

gondeng (gondéng) Kl; bergondeng 1. bergantung, bergayut (spt lebah pd dahan); 2. = lekat ~ teguh melekat (tidak mudah terlepas atau tertanggal).

gonder (gondér) Tr bulat panjang.

gondok 1. pendek dan besar, gemuk (badan, leher, benda, dll); parang ~ parang yg pendek dan tebal bilahnya; merpati ~ merpati yg besar lehernya; 2. bonggol pd bahagian leher di bawah dagu, beguk; kelenjar ~ Id halkum; 3. Jk sebal hati, perasaan marah yg tidak dilahirkan;

kegondokan perihal (keadaan) gondok.

gondol I = bergondol 1. botak sama sekali (kepala), tidak berdaun (pokok): perutnya buncit, kepalanya besar ~; 2. tidak bertudung (bersongkok dll), tidak bertutup kepalanya (lelaki atau perempuan); 3. tidak ditumbuhi tanam-tanaman atau tumbuh-tumbuhan (spt padang pasir dll): tanah daratan itu hijau dan penuh dgn hutan, sangat berbeza dgn pantai pasir yg ~;

menggondolkan 1. membuang rambut hingga gondol (botak); 2. ki menelanjangi, menghabiskan (harta benda dll).

gondol II; menggondol 1. Jw membawa dgn mulut, menggonggong: anjing ~ tulang; 2. Jw ki melarikan, mencuri: ~ barang-barang kemas; 3. ki memenangi, memperoleh (piala, sijil, dll) kerana kejayaan: dia banyak ~ hadiah dlm peraduan melukis.

gondola 1. sj sampan yg panjang, leper bahagian bawahnya dan melengkung di kedua-dua hujungnya, yg dijadikan sbg pengangkutan di terusan di Venice, Itali; 2. kabin yg tergantung dr kapal udara, belon, kereta api kabel dsb.

gondong bengkak pd leher, beguk, benguk.

gondrong Jk panjang rambutnya (kerana tidak digunting).

gong I 1. sj alat bunyi-bunyian drpd logam yg bertombol (dibunyikan dgn dipalu), canang besar; ~ pelaung sl gong yg dibunyikan utk memanggil; ~ pengerah sl gong utk menghimpunkan (mengerahkan) askar-askar (pekerja-pekerja dll); 2. bunyi spt bunyi canang besar dipalu;

mengegongkan memalu gong, membunyikan gong; ~ gong pesuk prb memegahkan kemuliaan (kekayaan dll) yg telah tidak ada lagi.

gong II 1. sj tumbuhan (pokok), putat tepi, Helicia petiolaris; 2. sj tumbuhan (pokok), rambutan pacat, Xerospermum laevigatum.

gong III Kl 1. agak gila, kurang siuman; 2. dungu.

gong IV Tr sombong, berlagak: padanlah Bakar kena tampar. Dia ~ sangat.

gonggok I sj binatang dlm kelas Diplopoda (spt lipan yg banyak kakinya dan akan melingkarkan badannya apabila disentuh), sepah bulan.

gonggok II ark gulung.

gonggong I; menggonggong 1. membawa (memegang) dgn mulut atau paruh (bkn anjing, burung, dll), menggondol: mereka mengejar seekor anjing yg lari ~ sepotong daging; 2. menyalak (anjing); spt gagak ~ telur prb perihal lelaki yg buruk atau hitam beristerikan perempuan cantik atau berkulit putih;

gonggongan salakan (anjing): sayup-sayup terdengar ~ anjing.

gonggong II sj lokan atau siput.

gonjak; menggonjak mengusik-usik (utk menyakiti), menggiat, mengejek.

gonjok; menggonjokkan sl memperolokkan, menggonjak.

gonjong tirus (lancip) ke hujung atau ke puncak (spt bentuk bumbung rumah dll), runcing;

bergonjong berbentuk gonjong; rumah ~ rumah yg bumbungnya tirus (lancip) ke puncak (spt rumah Minangkabau).

gonorea (gonoréa) (Ubat) sj penyakit kelamin yg diakibatkan oleh virus Neisseria gonorrhoeae yg dijangkiti melalui persetubuhan, yg dicirikan dgn radang pd kemaluan dan tempat pembiakan, sukar kencing, dll.

gonta; ~ -ganti Jw ark berganti-ganti, bergilir-gilir, beri-memberi.

gontai Mn perlahan-lahan, lambat (jalannya, langkahnya, dll), lemah (tidak berdaya): langkahku ~ menuju kereta tumpanganku; Rapiah berjalan ~ menuju ke dapur sambil suaminya terus mencerca;

menggontai membuat sesuatu lambat-lambat, bergerak (berjalan) perlahan-lahan;

mempergontai memperlambat;

tergontai-gontai perlahan-lahan.

gonyah Kl; menggonyah menggonyoh, menggosok (utk mencuci): ~ lantai.

gonyak ark; menggonyakkan mengejek, mencemuhkan;gonjak, gonjok.

gonyeh (gonyéh); menggonyeh 1. mengunyah-ngunyah dgn gusi (spt orang tidak bergigi); 2. Kd menghancurkan (melumatkan) makanan di dalam mulut, mengunyah.

gonyel (gonyél); menggonyel 1. menekan-nekan atau memicit-micit (tidak dgn kuat); 2. menggigit-gigit puting (mata) susu (spt anak kecil yg menetek), menggonyeh.

gonyoh; menggonyoh membersihkan (melicinkan) dgn berus dll, menggosok.

gopoh cepat-cepat, lekas-lekas (mengerjakan sesuatu); ~-gapah = ~-gapik = ~-mamang = gapah-~ = gopoh-gopoh;

gopoh-gopoh tergesa-gesa, terburu-buru, lekas-lekas (dgn tidak cermat) membuat sesuatu: Dolah mengenakan pakaiannya dgn ~ dan kemudian berlari meninggalkan bilik itu;

bergopoh-gopoh, bergopoh-gapah, tergopoh-gopoh, tergopoh-gapah gopoh-gapah: dgn tergopoh-gopoh, dia melompat ke bawah, kemudian berkejar ke arah Zaini;

kegopohan perihal terburu-buru (tergesa-gesa).

gopong sj bekas air drpd tempurung yg diberi bertali, sekul.

gorak Kl serak, kasar (suara).

gorden IB tabir, tirai.

gorek (gorék) I korek api; ~ api gores api, mancis;

menggorek-gorek = hati ~ hati menggeletek, berdebar-debar hati.

gorek (gorék) II = gorek-gorek sj tumbuhan, (pokok memanjat), Caesalpinia jayabo.

goreng (goréng) 1. yg dipanggang (dipanaskan) dlm kuali kering, yg dimasak dgn minyak: kacang ~; mi ~; nasi ~; pisang ~; minyak ~ = minyak penggoreng minyak utk menggoreng; 2. bp kecekapan memetik gitar mengikut tempo rancak;

menggoreng 1. memasak dgn minyak: ~ ikan; ~ pisang; 2. memasak (beras, tepung, dsb) dlm kuali dgn tidak menggunakan minyak, merendang; 3. bp memperolok-olokkan, memborak;

menggorengkan menggoreng utk: "Emak, gorengkan saya sebiji telur";

gorengan sesuatu yg digoreng;

penggorengan bekas (spt kuali dll) tempat menggoreng: kutekan ikan itu pd ~ supaya lekas masak;

penggoreng 1. orang yg menggoreng: ~ mi; 2. alat yg digunakan utk menggoreng: kuali ~ ikan.

gores (gorés) garis, calar, coret (corek); ~ api korek api, mancis;

bergores, bergores-gores bergaris(-garis), bercalar(-calar), berparut(-parut);

menggores menggaris, mencalar, menggarit; ~ hati melukakan (menyakitkan) hati, mengharukan;

menggoreskan menggariskan, menggaritkan: ~ pisau pd meja;

tergores tergaris, tercorek; ~ dlm hati terlintas dlm hati, terfikirkan: tidak ~ dlm hatiku derhaka kepadanya;

goresan yg sudah digores (digaris), tanda atau bekas digores;

penggoresan perihal menggores, pencalaran, penggaritan;

penggores alat (spt pisau dll) utk menggores.

gori I Jw buah nangka muda.

gori II Kl; bergori 1. membeli mula-mula sekali (sebelum pembeli-pembeli lain); 2. menjual mula-mula sekali (kpd pembeli pertama).

gorila sj mawas yg sangat besar, yg hidup di hutan bahagian tengah Afrika Barat, berbadan tegap, bermuncung pendek, dan berbulu kasar dan gelap, Gorilla gorilla.

goroh Mn; menggoroh menyembelih (lembu dll);

penggorohan penyembelihan;gorok.

gorok; menggorok bk menyembelih;

penggorokan penyembelihan; goroh.

gosip cakap-cakap yg mengisahkan khabar-khabar atau hal-hal yg buruk atau umpatan tentang orang lain;

bergosip berbicara atau berdesas-desus tentang keburukan (kejelekan) seseorang, mengumpat: dia terpaksa menafikannya, mungkin setelah memikirkan dia sendiri suka ~;

menggosipkan memperkatakan atau memperbualkan (sesuatu) sbg gosip.

gosok; ~ gigi Id ubat gigi; abu ~ sj abu utk menggilapkan camca, garpu, dll; ubat ~ ubat yg disapukan (disentalkan) pd tubuh;

bergosok 1. bergeser, bergesel, bergeseran; 2. sudah digosok (digilapkan): kemas rupanya dgn pakaian yg berseterika keras dan sepatu yg ~;

menggosok 1. membersihkan (menggilapkan dll) dgn tangan (berus, kain, dll), menggeser-geserkan (berus, kain, dll) pd sesuatu dgn keras, menyental: sbg orang gaji kerjanya ialah memasak, mencuci pakaian dan ~ lantai; 2. menyeterika (baju dll); 3. = menggosok-gosok membangkit-bangkitkan kemarahan, menghasut: jika tiada orang yg ~ tidak mungkin ia mahu melawan; 4. menggilap (mengasah, menyerodi) permata dll; 5. ark menggesek (biola dsb);

menggosokkan, mempergosokkan 1. menggosok dgn (tangan, barang, dll), menggunakan sesuatu utk menggosok: Pawang Ahmad meramas limau serta ~nya ke badan orang sakit itu; 2. menjadikan bergeser, menggeserkan: sambil bercakap, orang India itu menggeleng-gelengkan kepala dan menggosok-gosokkan tapak tangannya;

gosokan 1. sesuatu yg sudah digosok, pakaian dll yg akan atau sudah diseterika; 2. perihal menggosok; 3. = gosok-gosokan ki hasutan;

penggosokan perihal menggosok;

penggosok 1. alat utk menggosok; 2. orang yg menggosok.

gosong I timbunan pasir di pinggir laut atau di kuala sungai, busung.

gosong II hangus;

bergosongan ark hangus, terbakar.

gostan bp undur (ke belakang).

got IB saluran air, parit, selokan.

gotel (gotél) Kl; menggotel menjadikan bulat, menggenteli (adunan kuih dll).

gotes (gotés) ark; menggotes memetik (bunga dll) pd tangkainya, memutuskan (tangkai dll), menggentas.

gotong; ~-royong tolong-menolong (bantu-membantu), kerja bersama-sama: sudah teradat bagi penduduk-penduduk desa itu bekerja ~ pd musim menuai padi;

bergotong; ~-royong mengusahakan (mengerjakan) sesuatu bersama-sama: orang kampung ~ membina jambatan dan jalan-jalan kecil;

menggotong membawa (sesuatu yg berat) bersama-sama orang lain (tidak seorang diri): ~ beras ke dlm kedai.

gotri Jw peluru yg bulat-bulat kecil.

gotrok Jw gerabak kereta api utk mengangkut barang.

gout (gaut) sj penyakit akibat gangguan metabolisme asid urik yg menyebabkan sendi kaki (lutut, dll) menjadi bengkak.

goyah 1. goyang spt hendak tumbang atau tercabut (bkn gigi, tiang, dll), gual-gail: mana-mana terdapat tiang yg ~ digantikannya dgn yg baru; 2. tidak tetap atau teguh (kepercayaan, pendirian, dsb), tidak kukuh atau teguh (bkn hubungan, ikatan, dsb): kepercayaannya terhadap kejujuran pemimpin-pemimpin kesatuannya sudah ~; mendamaikan rumah tangga kami yg selama ini ~ ditimpa banyak godaan, antara lain soal wanita;

menggoyahkan menjadikan goyah (tidak tegap), menjadikan tidak teguh (erat dll): sukar hendak ~ perpaduan rakyat di negeri itu;

tergoyah(kan) tergoyang(kan): mereka mempunyai nilai yg abadi, yg tidak ~;

kegoyahan keadaan atau hal goyah: ~ sosial yg meletus selepas Perang Dunia II.

goyak; menggoyak menggoncang, menggoyang(kan).

goyang I 1. bergerak, berayun-ayun: pohon kelapa itu ~ kerana ditiup angin kencang; kerusi ~ kerusi ayun (kerusi yg boleh digerakkan berbuai-buai); 2. ki tidak tetap (pendirian, keyakinan, dll), selalu berubah-ubah, goncang (keadaan politik dll): kedudukannya sbg menteri ~ kerana tidak ada kepercayaan drpd rakyat; keyakinan yg tidak ~ terhadap peperangan yg ditempuhi;

bergoyang 1. berayun-ayun, bergerak-gerak: daun yg ~ spt melambai-lambai aku memberi selamat bahagia; 2. sedang membuai-buaikan (mengayun-ayunkan); ~ kaki a) berayun kaki; b) ki bersenang-senang (hidup dgn tidak bekerja); ~ kepala bergeleng kepala (sebab sangat hairan dll); ~ lutut duduk dgn menggerak-gerakkan lutut;

menggoyang = menggoyangkan;

menggoyangkan 1. menggoncangkan, mengayunkan: ia ~ buaian itu utk anaknya; 2. menyebabkan selalu berubah-ubah (keyakinan, pendirian, dsb), menggoncangkan (kedudukan dsb);

tergoyang terayun, tergoncang;

goyangan goncangan, ayunan;

kegoyangan perihal goyang, kegoncangan.

goyang II; kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung beras dan digoreng, kuih loyang, kuih ros.

GPIM kep Gabungan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia.

GPMS kep Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung.

grad IB darjat, tingkat, taraf.

graduan mahasiswa yg akan menerima ijazah pd hari penyampaian ijazah.

graf 1. rajah yg terdiri drpd beberapa garis, titik, dsb utk memaparkan saling hubungan antara dua nilai atau lebih yg berubah-ubah; 2. (Lin) simbol visual, terutamanya satu atau beberapa huruf, yg mewakili satu unit bunyi atau ciri ujaran yg lain;

menggrafkan menggambarkan dgn graf.

grafem (grafém) (Lin) unit minimum yg distingtif dlm sistem tulisan sesuatu bahasa.

grafemik (grafémik) (Lin) kajian tentang tanda graf yg digunakan dlm bahasa tertentu.

grafik 1. maklumat atau paparan yg terdiri drpd lukisan, gambar rajah, simbol, dll (utk menyatakan atau menyampaikan idea dsb); 2. lukisan-lukisan (gambar-gambar dsb) pd susunan halaman majalah (buku dsb); 3. (yg) menggunakan atau terdiri drpd lukisan, gambar rajah, simbol, dll; ~ komputer kaedah penggunaan komputer utk mencipta, mengolah, memaparkan, mencetak, dll lukisan atau imej grafik.

grafit (Kim) sj karbon yg lembut dan berwarna hitam yg digunakan dlm pembuatan pensil, pelincir, dll.

grafiti kata-kata atau lukisan, biasanya lucah, lucu, berbau politik dsb, yg dicontengkan di tempat-tempat awam spt tembok bangunan, bilik air dsb.

grafologi 1. kajian tentang tulisan tangan seseorang, terutamanya utk menganalisis atau mengenali keperibadian orang itu; 2. (Lin) kajian tentang sistem tulisan.

graha gedung.

gram sukatan berat yg bersamaan dgn satu per seribu kilogram.

gramatis (Lin) berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa: mereka harus dilatih berbicara dgn terang, jelas, lancar, ~, tidak tersendat-sendat, dan tidak berbelit-belit; ayat-ayat di bawah ini sebaliknya tidak ~;

kegramatisan perihal gramatis, sifat gramatis, kepatuhan kpd atau ketepatan dgn tatabahasa: asas bahasa Melayu tinggi ditentukan oleh ~ ayat-ayat yg dihasilkan oleh pengguna bahasa.

gramofon alat utk memainkan piring hitam, peti nyanyi.

granit (Geo) sj batu igneus berwarna kelabu yg terdiri drpd feldspar, kuarza, dll dan banyak digunakan dlm pembinaan, spt bangunan dan jalan.

grandstan blok tempat duduk bertingkat-tingkat di stadium dsb, biasanya berbumbung, yg membolehkan para penonton menyaksikan sesuatu acara olahraga, perlumbaan kuda dsb dgn jelas.

grasi IB ampun (maaf) yg diberikan oleh kepala negara (sultan dll) kpd orang yg kena hukum (bunuh dll).

gratifikasi IB wang pemberian kpd pekerja di luar gaji yg ditetapkan.

gratis IB tanpa apa-apa bayaran, (dgn) percuma: sejak penyingkirannya beliau tidak lagi perlu memberikan perkhidmatan ~ kpd pertubuhan itu.

gratuiti ganjaran biasanya berupa wang yg diberikan oleh majikan kpd pekerja yg berhenti atau bersara sbg penghargaan kpd perkhidmatan yg telah diberikan.

graviti (Fiz) daya tarikan yg menggerakkan jasad-jasad ke arah pusat sesuatu cakerawala spt bulan atau bumi.

gred (gréd) 1. peringkat atau darjah nilai sesuatu mutu: telur ~ A; 2. pangkat atau tingkatan kelulusan yg dicapai (dlm peperiksaan tertentu): ~ satu (dua, tiga);

menggredkan menentukan gred (mutu);

penggredan perihal atau perbuatan menggredkan.

gregat, greget Jw kemahuan (membuat sesuatu).

grenad (grénad) bom kecil yg dilemparkan atau ditembakkan ke arah sasaran dgn sj senapang;

menggrenadkan melemparkan atau menembakkan grenad.

grepe (grépé) Jk; menggrepe meraba-raba, memegang-megang.

grid (Komp) 1. permukaan yg dirintangi silangan garis mendatar dan mengufuk yg sekata; 2. jadual hamparan elektronik yg terdiri drpd lajur dan baris; 3. garis paksi-x dan paksi-y yg berjarak sekata pd carta atau graf utk membantu pemplotan titik data.

gril sj perkakas yg terdiri drpd batang-batang besi yg selari utk membakar atau memanggang daging dsb;

menggril memanggang ikan, daging dsb di atas gril: ibu sedang ~ ikan di dapur.

grip Id kalam (papan batu).

gris sj minyak pekat yg digunakan sbg pelincir utk jentera dsb;

bergris ada gris: bahagian bawah kenderaan lebih cepat menjadi kotor, berlumpur atau ~ kerana bahagian berkenaan lebih dekat dgn permukaan jalan;

menggris membubuh (menyapukan, memalitkan dsb) gris pd: dia sedang ~ bahagian tertentu enjin itu supaya tidak mudah berkarat.

GRO kep Guest Relations Officer (pegawai perhubungan pelanggan).

gros ukuran kuantiti yg bersamaan dgn 12 dozen.

grotes (grotés) lukisan (ukiran dsb) dgn gaya atau bentuknya yg sangat ganjil: catan ~.

groto (Geog) gua kecil yg mempunyai ciri yg menarik.

grup bp rombongan, kumpulan, golongan, kelompok.

gu I 1. balak yg diletakkan di atas tengkuk sepasang lembu, igu; 2. pasang: kasut se~; 3. regu, kumpulan, rombongan.

gu II; cik~ panggilan bagi guru.

gua I lubang besar di kaki bukit (gunung dll).

gua II; burung ~ sj burung, burung siput, burung kubur rimba, gagak gunung, tiung belacam, Myophoneus flavirostris dicrorhyncus.

gua III C, bk ganti nama diri pertama spt aku, saya.

guah; ~ hitam sj tumbuhan (pokok), jahur, jeragur, jual, petai belalang, sebusuk, Cassia siamea.

gual; ~-gail mudah lepas atau tanggal (gigi dll), goyah, goyang.

guam I sl perselisihan, perkelahian, persengketaan (dlm mahkamah);

berguam berselisih, berkelahi, bersengketa;

guaman, perguaman persengketaan, perbicaraan (dlm mahkamah); pembantu ~ pegawai yg menyusun perjalanan perkara dlm mahkamah;

peguam orang yg pekerjaannya (profesionnya) mengemukakan tuntutan guaman di mahkamah atau memberi nasihat atau bantuan guaman kpd pelanggannya, pengacara; ~ negara pegawai guaman tertinggi kerajaan.

guam II sj penyakit pd mulut, serawan, serjawan.

guana Kl, Tr bagaimana, macam mana.

guano tahi burung laut yg dikeringkan, yg digunakan sbg baja.
1   ...   7   8   9   10   11   12   13   14   15


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət