Ana səhifə

G huruf ketujuh abjad Rumi. G. kep Gunung: ~ Kinabalu; ~ Tahan ga


Yüklə 0.66 Mb.
səhifə2/15
tarix27.06.2016
ölçüsü0.66 Mb.
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   15

menggajah tampak spt gajah, kelihatan besar;

gajah-gajahan 1. = main ~ main catur; 2. = sakit ~ penyakit yg menyebabkan kaki menjadi bengkak, untut;

bergajah menaiki gajah: bala tentera ~.

gajai Mn; menggajai melepaskan;

tergajai terlepas, tidak terikat lagi, tidak ada sangkut-pautnya: pd suatu waktu sangkutan hatinya ~ dan ia benci melihat anak muda yg pandai bercakap itu.

gajak sikap dan langkah, tingkah laku, gerak-geri.

gaji upah yg tetap, bayaran yg tetap utk pekerjaan;

hari ~ hari pembayaran gaji; makan ~ bekerja utk mendapat gaji; orang ~ pembantu rumah tangga yg diberi gaji, pembantu rumah, amah; ~ bulan (minggu, hari) upah kerja yg dibayar setiap bulan (minggu, hari); ~ buta gaji yg diterima tanpa bekerja (keras); ~ mati gaji yg telah mencapai tahap terakhir (maksimum) dlm tangga gaji seseorang pekerja: sbg pemimpin persatuan, dia ingin melihat pekerja sektor perkilangan mendapat ~ mati lebih drpd RM1000 sebulan; ~ pokok gaji yg menjadi dasar dgn tiada tambahan elaun dsb;

bergaji mendapat gaji: ~ besar;

menggaji memberi (membayar) gaji, mengambil sbg pekerja: ia ~ penolongnya sangat rendah; orang-orang Cina lebih suka mengambil saudara-saudara mereka bekerja drpd ~ orang luar;

gajian; orang ~ a) hamba, bujang, babu; b) orang pinjaman atau sewaan (dgn kontrak dll); hari ~ hari gaji;

penggajian urusan menggaji: majikan perlu mengemukakan permohonan kpd Urusetia P~ Pekerja Asing di kementerian itu.

gajih Jw lemak.

gajul ark Id orang yg tidak baik tingkah lakunya, bergajul;

pergajulan bp penjahat.

gajus sj tumbuhan (pokok yg buahnya berbiji di luar), jambu golok, jambu ketereh, jambu monyet, kajus, janggus, Anacardium occidentale; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), belonggok, Alseodaphne penduncularis.

gak I bunyi burung gagak.

gak II Jk tidak, enggak.

gak III Kl tempat membakar roti atau bata.

gala I sj damar;

gala-gala, gegala pakal yg dibuat drpd damar dll; ~ lembut minyak tar;

bergala direkat dgn gala; tiada ~ lagi a) bercerai-cerai (tulang dll), tidak terikat erat; b) sl sangat berlebih-lebihan.

gala II; segala-gala seluruhnya, semuanya.

gala-gala I Mn kelulut, tebuan kecil.

gala-gala II bp gara-gara.

galaba, galabah ark pilu, duka, sedih.

galagasi Jk labah-labah.

galah 1. kayu panjang (utk menjolok buah-buahan, menolak sampan, dll); 2. sj tombak atau lembing pemburu babi hutan; ~ canggah galah yg bercabang hujungnya; ~ jemur kayu yg dipasang melintang antara dua tiang dgn pacakan beberapa batang paku padanya, digunakan sbg tempat menyangkut, meregangkan, dan menjemur kain; ~ pancang (unjam) galah yg ditancapkan utk menambat perahu; (main) ~ panjang permainan kanak-kanak (dgn membuat petak-petak atau garis-garis di tanah); ~ sanggamara galah yg berkait utk menolak atau meraih perahu;

bagai ~ dijual prb Mn sudah habis hartanya (kerana berjudi dll); bagai ~ di tengah arus prb a) sangat gementar; b) sentiasa gelisah (berkeluh-kesah dll);

bergalah menggunakan galah, menjalankan perahu (rakit dsb) dgn memakai galah; segan ~ hanyut serantau prb kalau malas berusaha tentu mengalami kerugian besar dlm kehidupan;

menggalah amat tinggi: tinggi ~;

menggalah(kan) menolak (sampan) dgn memakai galah;

sepenggalah sepanjang atau setinggi galah; matahari ~ tingginya lebih kurang pukul 7 pagi hingga 8 pagi.

galai I sl sj kapal;ghali.

galai II sj tumbuhan (pokok), Goniothalamus tapis.

galak I 1. berangsang, ganas, garang, suka melawan: anjing yg ~; 2. kuat dan memuncak (bkn tangisan): ngongoi Mak Esah semakin ~ jadinya: 3. tidak berhenti dan giat (melakukan sesuatu), sangat giat (aktif): kameranya ~ merakam; kegiatan kongsi gelap tidak se~ dulu; 4. Kl gembira, ria; 5. Kd, Pn mempunyai sifat-sifat tidak bermalu (bkn lelaki suka mengusik perempuan dsb, bkn perempuan suka bergaul bebas dgn lelaki dsb), gatal;

menggalak menjadi galak (berangsang, ganas, dll), menjadi sangat marah (berani dsb);

menggalakkan 1. membangkitkan marah: ~ ayam sabungan; 2. memberi semangat, memberi dorongan: tunangannya ~ dia melanjutkan pelajarannya;

galakan dorongan, desakan: ia memberi ~ kpd belia supaya menjadi ahli sukan;

penggalakan perihal atau perbuatan menggalakkan: mereka membincangkan ~ industri kecil;

penggalak orang yg menggalakkan (memberi semangat, mendorong): raja-raja menjadi penaung, ~ dan peminat bahasa dan kesusasteraan; ~ akar bahan kimia utk membanyakkan akar.

galak II; penggalak ubat bedil dlm persumbuan meriam lama (senapang dll).

galak III kerap; ~ kali kerap kali.

galaksi gugusan bintang yg terpisah jauh dr satu sama lain dlm alam semesta: bintang itu pula berkelompok-kelompok membentuk kumpulan yg dinamakan ~.

galaktosa (Kim) gula ringkas yg kurang larut dan kurang manis drpd glukosa.

galang I benda melintang utk landasan (penunjang, penopang, dll);

~ dapur a) papan di sekeliling tempat memasak; b) sj tumbuhan, gading; ~ ganti pengganti; ~ geta Kd gelegar; ~ kepala bantal (kepala); ~ perahu balak utk menyangga perahu;

bergalang 1. menggunakan galang (bantal, landasan, dll); ~ tanah berbantal tanah; 2. berada di atas galang, sedang disangga (ditopang) dgn galang;

menggalang 1. diberi galang (landasan, ganjal, dll), menyokong, menunjang: ~ kepala dgn bantal; ~ perahu; 2. Id memperkuat, memperkukuh (negara, pertubuhan, dll): menyumbangkan tenaga dan fikiran utk ~ parti sendiri; 3. menghalang: barang kehendaknya tidak pernah digalang melainkan diturutkan sahaja;

menggalangkan 1. membuat sesuatu sbg galang: ~ paha di bawah kepala orang sakit; ~ batang leher ki sanggup berkorban; 2. meletakkan (perahu dsb) di atas galang: sampan yg bocor itu akan digalangkan;

tergalang 1. digalang, berganjal; kapal ~ kapal yg terletak di atas galang; lidah ~ ki tidak dapat bertutur lagi (menyanggupi permintaan dll); 2. terhalang, tersekat;

galangan 1. tempat membaiki kapal di darat, landasan; 2. halangan, sekatan: ketiadaan wang adalah satu ~ yg besar utk meneruskan pelajaranku; 3. = galang-galangan permatang sawah;

penggalang sesuatu yg digunakan utk menggalang, perintang.

galang II sj tumbuhan (herba), Spilanthes acmella; ~ dapur sj tumbuhan (pokok), Vitex longisepala; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), Goniothalamus giganteus.

galanggasi Jk  galagasi.

galar Jw pelupuh yg digunakan sbg tikar.

galas 1. kayu yg dipikul di bahu utk mengandar (mengangkat, membawa) barang-barang, kandar, pengandar, gandar; 2. beban yg dikandar dgn galas (kayu); 3. barang jualan yg dijajakan dgn cara berkandar;

~ habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi jua prb pekerjaan yg tidak menguntungkan; ~ terdorong kpd Cina prb sudah terlanjur dan tidak dapat ditarik balik; bagai menyandang ~ tiga berat tak berapa rintangnya yg lebih prb pekerjaan yg senang tetapi susah hendak melakukannya; dilihat ~ berlaba, dihitung pokok termakan prb zahirnya untung tetapi sebenarnya rugi; sambil menyerodok (menyorok) ~ lalu prb sambil bersenang-senang tercapai juga cita-cita (keuntungan dll);

menggalas 1. memikul barang-barang dgn galas (kandar), mengandar; 2. menyandang (bungkusan dll) di atas bahu, memikul: ia ~ sebuah bungkusan dan tangannya membimbit beg; 3. menjajakan barang dagangan; orang ~ penjaja; 4. ki memikul atau menanggung (tanggungjawab, masalah, dsb): dia pulang ke rumah panjang ~ masalah di bahunya;

penggalasan 1. perihal menggalas, perdagangan; 2. tempat berdagang;

penggalas penjaja, pedagang kecil.

galau kebisingan, kekacauan;

bergalau terlalu ramai dan sibuk, kacau-bilau: bunyi suara orang ~ datang dr arah belakang rumah; tiada sesuatu pun dapat dikatakannya walaupun di dlm dadanya bergelora perasaan yg ~ dan bergolak;

~ orang di pasar sangat ramai; fikirannya ~ fikirannya keliru;

kegalauan 1. kebisingan, kekalutan: tatkala berhadapan dgn ~, berkidung-kidunglah agar sukmanya tenteram; 2. kekeliruan: ~ fikiran.

galei (galéi) = pruf ~ (Cetak) pruf cetakan pd kertas panjang utk diteliti dan dibuat pembetulan sebelum dipotong-potong mengikut ukuran muka surat yg dikehendaki.

galena (galéna) (Geo) sj mineral berwarna kelabu yg merupakan sumber utama plumbum.

galengan Jw permatang sawah;galang I.

galeri bangunan atau bilik tempat mempamerkan karya-karya seni dsb: satu pameran telah diadakan di sebuah ~ seni dan sejarah.

galgal terburu-buru dan kasar (bkn kelakuan, pekerjaan, dll), lekas marah: orang yg ~.

gali I; bergali Ph = menggali mengorek (kubur);

menggali 1. membuat lubang dlm tanah dgn menggunakan alat, mesin, dll (utk mendapat air, menanam, mengambil sesuatu dr dlm tanah, dll), mengorek, menambang; ~ kubur (longkang, lubang, dll) membuat kubur (longkang, lubang, dll) dgn menggali tanah; ~ ubi (emas dll) mengeluarkan atau mengambil ubi dll dr dlm tanah; 2. ki menyelidiki, mendalami: mereka merasakan perlunya ~ kembali kekayaan hukum adat nenek moyangnya; menjadi idaman A. Samad Said bukannya utk memfokuskan mengapa hal-hal itu terjadi, tetapi cuba ~ sikap dan tindakan manusia;

~ lubang menutup lubang prb menebus hutang dgn meminjam wang; nan digali dalam, nan digantungkan tinggi prb yg sudah dirundingkan matang-matang mendapat persetujuan;

galian bahan yg dikeluarkan dr tanah dgn menggali: tanah ini tidak mengandungi bijih atau ~ yg lain; bahan ~ hasil lombong;

gali-galian bermacam-macam hasil lombong, bermacam-macam hasil tanaman yg digali;

penggalian perihal (perbuatan, kerja, dsb) menggali: ~ kesan-kesan lama;

penggali 1. orang yg menggali (membuat) lubang; 2. alat utk menggali (spt tembilang dll); diam ~ berkarat prb pengetahuan yg tidak dipakai akan hilang.

gali II sj kapal yg digerakkan oleh dayung atau layar yg digunakan pd zaman dahulu atau pd zaman pertengahan sbg kapal perang atau kapal dagang.

galias sj gali besar yg digunakan sbg kapal perang di laut Mediterranean dr kurun ke-15 hingga ke-18.

galibut sj perahu (gali yg kecil), jalibut.

galik I Kl suka, gembira.

galik II; golak -~ berputar balik, berbalik-balik.

galing = galing-galing Jw sj tumbuhan (herba), kepialu, Vitis trifolia.

galir 1. longgar kerana haus (bkn kunci, skru), tidak sendat: mesin ini tidak berjalan betul kerana skrunya sudah ~; 2. ki fasih, lancar (bercakap), cepat bergerak.

galium (Kim) sj unsur logam bersimbol Ga yg diekstrak drpd bauksit atau bijih zink, biasanya digunakan utk membuat aloi yg digunakan dlm termometer suhu tinggi, dan utk membuat sebatian yg digunakan sbg semikonduktor.

galon Id gelen.

galu-galu Mn padi yg hampir masak (baik utk dibuat emping).

galuh 1. sl perak; 2. permata (intan) sbg sebutan utk puteri raja.

galuk geluk.

galur alur; susur-~ salasilah, asal usul;

bergalur-galur beralur-alur, berjalur-jalur;

menggalur mencari punca atau asal: makna yg boleh digalur drpd falsafah mistik dlm Islam;

menggalur-galur memeriksa, mengusut (hingga kpd asalnya);

menggalurkan menguraikan sampai kpd asalnya;

penggaluran perihal menggalurkan.

galut Pr selalu.

galvani; besi ~ besi yg disalut dgn lapisan zink supaya tahan karat;

menggalvani menyalut besi (keluli dsb) dgn lapisan zink utk melindunginya drpd berkarat: proses ~ kepingan besi;

penggalvanian proses atau perbuatan menggalvani.

galvanometer (galvanométer) (Fiz) alat utk mengesan atau mengukur arus elektrik.

gam I degam (bunyi meriam dll).

gam II Kd tiba-tiba, dgn serta-merta.

gam III bahan perekat yg diperoleh drpd damar;

bergam dilekatkan (dicantumkan, disapu dsb) dgn gam: kertas dinding itu sudah ~;

mengegam menghalang sesuatu atau seseorang drpd bergerak, bergiat, dsb: sesetengah artis telah digam;

mengegamkan melekatkan atau memperekatkan dgn gam.

gama huruf ketiga dlm abjad Yunani yg ditulis dgn simbol , .

gamak 1. agak, kira, sangka: ini tuan puteri ~nya; tidak ~ tidak ragu-ragu; 2. sanggup, sampai hati: sampai ~ ia menipu aku; ~-~ spt orang menyambal prb membuat keputusan tentang perbuatan dll dgn diagak-agak saja;

menggamak-gamak 1. memegang-megang utk mengagak besar (berat) sesuatu, mengagak-agak: digamak-gamaknya benda itu lalu ia membayar harganya; 2. memegang-megang utk mengancam, mengacu-acu (senjata dll): ~ hulu keris;

tergamak sampai hati, sanggup, teragak: masakan ~ ia membiarkan seorang drpd ahli keluarganya itu diseksa Jepun; tidak ~ a) tidak teragak, tidak terkira; b) tidak ragu-ragu, tidak teragak-agak; c) tidak sampai hati, tidak sanggup: barangkali Ismail tidak ~ melihat Jamilah, sepupunya itu menangis.

gamaka (Muz) bunga lagu dlm muzik India.

gamam 1. tidak dapat berbuat apa-apa kerana terkejut dll: dia menjadi ~; 2. = tergamam gelisah, ragu-ragu: dia menegur dgn suara ~;

tergamam menjadi gamam, terkejut dan tidak dapat berbuat apa-apa, terpegun,: dia tidak dapat membuat apa-apa kerana ~;

kegamaman dlm keadaan gamam.

gaman Jw ark senjata.

gamang 1. takut melihat ke bawah dr tempat yg tinggi, gayat: sungguh ~lah ketika melihat jurang yg amat dalam itu; 2. = tergamang berasa sepi: ia ~ sepeninggalan ibunya;

penggamang orang yg lekas gamang, penggayat; orang ~ mati jatuh, orang pendingin mati hanyut prb Mn orang yg takut-takut tidak akan mencapai kehendaknya.

gamat I bising, riuh-rendah: Dewan Rakyat ~ dgn gelak ketawa hari ini;

menggamatkan menyebabkan gamat pd telinga, membisingkan, memekakkan: pekik sorak ~ suasana;

kegamatan keadaan gamat, kebisingan: ~ kelas reda secara mendadak.

gamat II sj binatang laut spt teripang tetapi lebih pendek dan lebih kurus (biasanya hidup di celah-celah atau di bawah batu, dan digunakan utk mengubati penyakit luka dalam akibat jatuh, bersalin, dsb), Holothuria spp.;

air ~ air drpd gamat yg diawetkan; ibu ~ gamat yg diawet atau disimpan sehingga menjadi kecut dan mengeluarkan air.

gamat III ark; bergamat berlagu, bernyanyi;

menggamat; ~ lagu melagukan.

gamat IV; kayu ~ kayu keramat yg dipakai sbg cap kerajaan.

gamat V; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Pterisanthes cissoides.

gamba; ~ putih sj tumbuhan (pokok memanjat), Cardiopteris lobata.

gambang I sj alat muzik (dibuat drpd bilah-bilah kayu atau gangsa yg panjangnya tidak serupa); ~ keromong gamelan khas Betawi untuk mengiringi drama rakyat Betawi.

gambang II; balai ~;balai I.

gambar 1. lukisan, foto; tukang (pandai) ~ orang yg kerjanya mengambil gambar, jurugambar; kantur ~ Id pejabat tempat membuat gambar peta; 2. tiruan sesuatu benda yg dibuat dgn menggunakan kamera, foto; 3. sl patung;

~ angan-angan gambar yg dikhayalkan; ~ bagan gambar yg dibuat dgn garis-garis dan menunjukkan bahagian penting sahaja, lakar; ~ bumi peta bumi; ~ cermin Id bayangan pd cermin; ~ denah gambar bagan; ~ ejekan (sindiran) gambar orang yg dibuat ganjil dgn sengaja sbg sindiran; ~ hidup = wayang ~ = komidi ~ wayang gelap, gambar bergerak yg ditayangkan; ~ mati = ~ sorot wayang gelap yg tidak bergerak; ~ sisip = ~ selit kepingan lut sinar yg diberi bergambar utk ditayangkan pd tirai; ~ tempel Id a) gambar yg dilekatkan pd kertas (kad, kain, dll); b) gambar iklan yg dilekatkan pd tembok dll; ~ timbul gambar yg dibuat timbul pd batu dll;

bergambar 1. mempunyai gambar, dihiasi dgn gambar: buku bacaan ~; kad ~; 2. mengambil gambar dgn kamera: para pelancong ~ di depan bangunan Parlimen;

menggambar melukis (membuat) gambar : ia suka ~ pemandangan;

menggambari memberi bergambar, menghiasi dgn gambar: kertas minyak digambari rangka-rangka bangunan;

menggambarkan 1. membuat gambar utk: guru ~ muridnya seekor singa; 2. melukiskan, membayangkan: lukisan ini ~ penderitaan rakyat yg miskin; dapat digambarkannya bagaimana rakan-rakannya pd hari itu bersuka ria; 3. mengisahkan atau membayangkan sesuatu keadaan dsb: pepatah ini ~ satu hakikat yg tidak boleh dinafikan dlm kehidupan sehari-hari;

tergambar terbayang, terlukis: dlm fikirannya ~ wajah anak muda itu;

gambaran 1. gambar, lukisan; 2. kisah (keterangan, bayangan, dsb) tentang sesuatu keadaan dsb;

penggambaran 1. perihal menggambarkan (membuat foto, melukiskan, membayangkan, dll); 2. kegiatan (perbuatan, usaha, dsb) membuat filem termasuk berlakon, mengarah dsb;

penggambar orang yg menggambarkan, pelukis.

gambar foto gambar yg dihasilkan dgn menggunakan kamera, foto.

gambar rajah sketsa, rangka atau pelan yg menerangkan sesuatu (hal, perkembangan, dll).

gambas Jw ketola.

gambir 1. sj tumbuhan (pokok menjalar), Uncaria gambir; 2. bahan yg diperoleh drpd pokok gambir utk dimakan dgn sirih dan pinang (utk menyamak kulit dll);

~ air sj tumbuhan (pokok memanjat), Hippocratea macrantha; ~ badak = ~ jantan sj tumbuhan (pokok), Maesa ramentacea; ~ hutan sj tumbuhan (pokok memanjat), Uncaria cordata; ~ paya sj tumbuhan (pokok memanjat), Uncaria lanosa.

gambir-gambir 1. sj tumbuhan (pokok), kenar, keranji bulan, me(r)limau, pasak perahu, pokok rambutan pacat jantan, temilang, Aglaia odoratissima; 2. sj tumbuhan (pokok memanjat), kait-kait, Combretum sunaicum.

gamboj sj damar yg diperoleh drpd beberapa jenis pokok tertentu, biasanya digunakan sbg sumber pigmen kuning, dan sbg julap.

gambuh 1. sj tarian; 2. penari gambuh;

bergambuh menari gambuh.

gambus 1. sj kecapi Arab yg bertali enam (dimainkan dgn iringan gendang); 2. = orkes ~ Id pancaragam yg terdiri drpd gambus, harmonium dsb yg memainkan lagu-lagu Arab;

lagu ~ lagu yg dimainkan oleh pancaragam gambus; tarian ~ tarian dgn iringan gambus.

gambut lembut dan tidak padat (tanah): nanas ditanam di tanah ~ atau di ladang getah yg ditinggalkan.

gamelan (gamélan) seperangkat alat muzik yg berasal dr Jawa, yg terdiri drpd beberapa jenis alat yg dipalu spt saron, bonang, gambang, gong, dll.

gamen (gamén) bp kerajaan, pemerintah.

gamer teragak-agak (hendak membuat sesuatu kerana malu dll).

gamet (gamét) (Bio) sel pembiakan.

gamik Mn; menggamik memberi isyarat (menyentuh) dgn jari;gamit.

gamis Ar kemeja: wanita itu memakai gaun biru dgn ~ putih;

bergamis memakai gamis: seorang lelaki yg berkopiah putih , ~, dan bercelana panjang mendekati Tipah.

gamit isyarat memanggil dgn jari: ibarat ~ sudah berkecapi, ibarat kata sudah berjawab;

bergamit-gamitan 1. saling memberi isyarat dgn jari; 2. saling menyentuh dgn jari: kedua-duanya ~ dan kerling-mengerling;

menggamit 1. memberi isyarat dgn jari (utk memanggil); 2. menyentuh jari, mencuit; ~ kecapi memetik kecapi;

menggamitkan menyentuhkan jari, melambaikan (tangan) utk memanggil dll: kanak-kanak itu ~ tangannya spt meminta sesuatu;

gamit-gamitan sesuatu yg sering kali disebut-sebut orang, buah mulut orang: menjadi ~ orang.

gampang Jw mudah; anak ~ anak haram;

menggampangkan memudahkan, menganggap ringan;

gampangan Jk lebih mudah;

gampang-gampangan dgn cara mudah sahaja, alang-alangan, tidak dgn bersungguh-sungguh.

gampar I Jk; menggampar menampar, meninju.

gampar II Jw; gamparan terompah drpd kayu.

gamuh sj kendi (teko dll) yg tidak bercerat.

gamut (Komp) julat keseluruhan jenis warna yg boleh dipaparkan oleh paparan komputer.

ganal; ganal-ganal; ~ mati seolah-olah mati, spt mati rupanya.

ganang; gunung-~ bermacam-macam gunung, pergunungan.

ganar I Mn bingung.

ganar II penembak meriam.

ganas 1. liar dan suka menyerang, mengamuk, membunuh dsb (bkn binatang), buas: harimau (buaya) yg ~; 2. cenderung merosakkan harta benda, mencederakan orang dsb (bkn orang): orang gila itu semakin hari semakin ~;

mengganas 1. berlaku ganas (menyerang, mengamuk, dll): samseng-samseng makin ~ di bandar-bandar ini; 2. menjadi semakin hebat, menjadi-jadi: wabak taun ~;

mengganasi berlaku ganas terhadap, melakukan perbuatan ganas terhadap (seseorang): wanita sepatutnya dihormati sbg seorang insan, spt lelaki, dgn itu kaum lelaki tidak akan ~ wanita;
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   15


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət