Ana səhifə

G huruf ketujuh abjad Rumi. G. kep Gunung: ~ Kinabalu; ~ Tahan ga


Yüklə 0.66 Mb.
səhifə7/15
tarix27.06.2016
ölçüsü0.66 Mb.
1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   ...   15

gelimpang; bergelimpangan berbaringan di lantai, tanah, dll dgn tidak teratur, bergulingan, menggeletak: anak itu tidur ~ saja di atas tikar getah;

menggelimpang bergulingan (orang terlalu letih dll), terbaring, terlantar;

tergelimpang tergeletak, terlantar.

gelimun; bergelimun; ~ selimut berselubung, berselimut;

menggelimuni menyelimuti: ~ kepala.

gelincat; tergelincat 1. memantul balik, melenting (rotan dll); 2. silap urat, tergeliat.

gelincik sj tumbuhan (pokok kecil), Myrica farquhariana.

gelincir; menggelincir hampir jatuh kerana terpijak sesuatu yg licin, menggeluncur, meleset;

menggelincirkan menyebabkan menggeluncur;

tergelincir 1. tergeluncur, tergeser kerana licin, terlepas dr landasan (kereta api); 2. mulai turun (matahari); 3. ki terlanjur, terlepas (cakap); ~ lidah terlepas kata, salah mengatakan sesuatu;

gelinciran (Geo) retak pd kerak bumi yg menyebabkan muka bumi ternaik atau terturun.

gelincuh; tergelincuh tersandung, tersentuh, tertarung (kaki).

gelinding = gelindingan roda;

bergelinding, bergelindingan berguling-guling: spt sekeping wang yg ~;

menggelinding berguling;

menggelindingkan menggulingkan: cerita Raja Sisyphus yg mengangkat batu dr kaki bukit ke atas, ~ batu itu ke bawah, mengangkat batu itu lagi ke atas.

gelinggam sj cat merah yg dibuat drpd tumbuhan.

gelinggaman Mn geli-geman;geli I.

gelingsir; bergelingsir, menggelingsir menggelincir, melincir, turun (matahari dll);

menggelingsirkan menjadikan bergelingsir: maka Tun Tuah pun segeralah ~ tangan bajunya.

gelinjang; menggelinjang berkinja-kinja, melonjak-lonjak, meloncat-loncat (kerana suka dll), mendompak-dompak (kuda).

gelintang; tergelintang terbaring, menggeletak, tergelimpang: anjing yg ditembak itu jatuh ~ di atas tanah.

gelintar; menggelintar berkeliling mencari sesuatu.

gelintin; bergelintin kental, pekat.

gelintir 1. Jw butir, biji; 2. orang (sbg penjodoh bilangan);

segelintir sekumpulan kecil (manusia): mereka berusaha utk mempersalahkan seluruh kaum kerana dosa ~ manusia.

gelinya sj perhiasan pd cuping telinga.

gelinyau Pk; menggelinyau gatal, gelisah (spt anak baru lahir).

gelip kelip.

gelipar; tergelipar terbeliut (mata pisau dll).

gelis (Sunda) cantik (gadis dll).

gelisah tidak tenang (hati), tidak tenteram, tidak sabar (menanti dll), risau: hari sudah jauh malam, perempuan itu ~ memikirkan hal anaknya yg belum pulang lagi; resah ~ sangat gelisah;

menggelisah berlaku (bertindak) gelisah, berada dlm keadaan gelisah: ia duduk salah, berdiri tidak kena, ke sana ke mari ~;

menggelisahkan menimbulkan atau menyebabkan rasa gelisah, mencemaskan, merunsingkan: keluarnya Singapura drpd Malaysia ~ sebahagian besar penduduk di Malaysia;

kegelisahan perihal gelisah, perasaan gelisah: inilah punca penderitaan dan ~ jiwa.

gelisar Kl gelisah.

gelita; gelap-~ sangat gelap;

kegelitaan perihal (keadaan) gelita: ~ akal;gelap.

gelitak; menggelitak menggelikan, menggaru supaya menjadi geli, menggeletek.

gelitar; menggelitar menggeletar, meronta-ronta.

geliting geletek.

geliung sj kapal layar yg besar di Eropah yg digunakan sbg kapal perang atau kapal dagang dr kurun ke-15 hingga ke-18.

geliut geliang, geliat.

gelobak Kl 1. luka parah; 2. koyak, rosak.

gelobok; menggelobok berbunyi spt bunyi air dituang ke dlm sesuatu bekas.

gelobor sangat labuh dan longgar (baju).

gelocak I berkocak-kocak (air).

gelocak II Kl melecet (kulit), terkelupas (luka, cat, dll).

gelodak; menggelodak menggelegak (semangat, perasaan, dll): lapangan puisi ialah salah satu saluran tempat mengucapkan bantahan, kebencian, keriangan, dan perasaan jiwa yg ~;

menggelodakkan menyebabkan menggelodak: percintaan yg digelodakkan oleh perasaan marah, sedih, dan pilu;

kegelodakan keadaan menggelodak: itulah ~ rasanya.

gelodar I; menggelodar menggelepar-gelepar hendak melepaskan diri, meronta-ronta.

gelodar II berlumpur, keruh, kotor.

gelogok I; menggelogok 1. menggelegak; 2. minum banyak-banyak dan terus masuk ke kerongkong hingga berbunyi, menggogok; 3. melimpah, tertuang banyak-banyak (melimpah-limpah).

gelogok II Mn ancaman, ugutan; salah ~ membuat sesuatu dgn terburu-buru; salah ~ hulu malang, pandai bertenggang hulu baik prb hati-hatilah membuat pekerjaan kalau menginginkan keuntungan.

gelohok; tergelohok terbuka luas.

gelohong Tr terbuka (pintu rumah dll).

gelojak nyala api yg berkobar-kobar;

bergelojak, menggelojak menyala-nyala, berkobar-kobar;gejolak.

gelojoh 1. lahap, rakus: terlalu ~ pd makanan; 2. gopoh dan kasar, tidak cermat: janganlah engkau buat sesuatu kerja itu dgn ~ dan gopoh;

kegelojohan keadaan (sifat) gelojoh:~ manusia menghapuskan keindahan alam di bumi Semerak amat dikesali oleh Pak Tua.

gelokak terkelupas (kulit kayu dll), tidak melekat (kapur, cat, dll).

gelombang 1. ombak laut yg bergulung-gulung panjang, ombak besar: laut mengganas dgn ~; ~nya membukit berlapis-lapis; ~ dua belas Mn sj tarian pedang; 2. = riak ~ Id aliran getaran (unsur bunyi, cahaya dsb) yg bergerak dlm satu perantaraan: radio Malaysia disiarkan melalui ~ pendek 49 meter; ~ bunyi; 3. gerakan (tindakan dsb) yg dilakukan berturut-turut (serangan tentera, tunjuk perasaan, dll): ~ pertama kapal-kapal terbang pengebom sudah berangkat; 4. gerakan atau aliran (manusia dll) dlm kumpulan yg besar, dan meliputi kawasan yg luas: ~ pertama manusia yg dipanggil oleh Heine Gelden, seorang ahli prasejarah sbg ‘Proto Malaya’;

~ elektromagnet (Fiz) gelombang tenaga yg dirambat dlm medan elektromagnet; ~ haba (Fiz) gelombang udara panas yg besar dan bergerak perlahan; ~ mikro (Fiz) gelombang elektromagnet yg sangat pendek dgn jarak gelombang antara 1 - 300 mm, digunakan terutamanya dlm perhubungan radio dan radar, memasak dsb, mikrogelombang; ~ panjang (Fiz) gelombang radio yg jarak gelombangnya lebih drpd 1000 meter; ~ pendek (Fiz) gelombang radio yg jarak gelombangnya antara 10 - 100 meter; ~ radio (Fiz) gelombang tenaga elektrik yg bergerak melalui udara dan ruang angkasa, yg frekuensinya antara 10 KHz - 300 000 MHz; ~ sederhana (Fiz) gelombang radio yg jarak gelombangnya antara 100 - 1000 meter;

bagai ~ dua belas prb hebat (pendekar apabila menarikan pedang); sama naik bak ~, sama turun bak ke pencong prb dua hal atau kejadian yg sama keadaannya;

bergelombang 1. = menggelombang berombak panjang-panjang, mengombak; 2. berlaku berturut-turut (serangan, tunjuk perasaan, dll): serangan-serangan itu datang ~-gelombang.

gelomor; menggelomor mengotorkan, mencemari.

gelompar; menggelompar melompat, meloncat (cepat).

gelondeng (gelondéng) Tr melekat kuat.

geloneng (gelonéng) sj gong kecil dlm permainan gamelan.

gelong Kd 1. (barisan dll) yg tidak betul; 2. tidak waras (bagi manusia).

gelonggang tali leher (utk anjing dll), kalung.

gelonggong Kl 1. = bergelonggong berlubang (spt nyiur yg ditebuk tupai dll); 2. lubang tempat ikan tinggal (dlm sungai dll); 3. bukan perawan lagi (perempuan).

gelongsong kelongsong.

gelongsor cerun licin drpd kayu dsb, tempat seseorang atau sesuatu meluncur turun;

menggelongsor menggeluncur (di atas lantai licin dll), meluncur turun (dr pohon, tiang, dll), menggelincir.

gelontor; menggelontor 1. menyimbah dgn banyak air (supaya hanyut); 2. bk minum banyak-banyak.

gelopak; menggelopak terkelopak, terkelupas, terlelas (kulit kayu dll).

gelora 1. ombak yg melambung hebat, air laut yg bergelora dgn hebat, banjir besar; 2. = musim ~ musim hujan dan badai, musim air bah; 3. perasaan yg bergolak (tidak tenang); ~ hati perasaan hati yg bergolak-golak;

bergelora, menggelora 1. bergelombang besar, mengombak; 2. sangat gelisah (perasaan), berkobar-kobar (semangat): semangat kebangsaan telah ~;

menggelorakan membangkitkan, mengobarkan (semangat dll), menaikkan perasaan.

gelorah, gelorat gelora.

gelosang Mn; menggelosang menggesa-gesa, menyuruh (kerjakan dll) lekas-lekas.

gelosok; ~-gelusang = menggelosok menggosok-gosok, memulas dgn keras (kain cucian dll).

gelotak; menggelotak mengupas buah yg berkulit keras (nyiur dll); kelotak.

geluduk Jw guruh.

geluga gelinggam.

gelugur 1. sj tumbuhan (pokok yg buahnya beralur-alur kulitnya dan boleh dimakan), Garcinia atnoviridis; asam ~ asam keping; 2 = awan ~ alur (sbg ukiran);

bergelugur mempunyai ukiran gelugur.

gelugut 1. bunyi kertak (gigi dll); 2. sl bunyi gendang: bunyi gendang itu hanya se~;

bergelugut, menggelugut 1. menggigil (kerana kesejukan, demam, dll), berkertak (gigi): ~ dagu kerana terlampau sejuk; 2. sl mengeluarkan bunyi gelugut: dong, dong, dong, ~ bunyi gendang larangan.

geluh I tanah liat.

geluh II Pn; ~ leher sembelih.

geluk bekas air drpd tempurung; tudung ~ sj bakul; bagai ~ tinggal di air prb orang yg melarat hanya menunggu bantuan orang.

gelulung Kl bergulung (daun pisang dll).

gelulur melincir turun (seluar dll).

gelumak; ~ susu sj tumbuhan (herba yg daunnya dibuat ubat), lempedu (mempedu) tanah, rumput kerak nasi, Curanga felterrae (amara).

gelumang; bergelumang berlumur (dgn lumpur dll), penuh dgn kotoran dsb;~ dgn noda dan dosa banyak noda dan dosanya, sudah banyak berbuat noda dan dosa; gelimang.

gelumat I gelemat I.

gelumat II sl bising, riuh-rendah.

gelumbak sj tumbuhan (herba), Plocoglottis foetida.

gelumpung; akar ~ sj tumbuhan (akar memanjat), akar saut, akar timun dendang, mentimun paya, pedendang, Adenia acuminata.

geluncur; menggeluncur, tergeluncur meluncur turun (spt pd permukaan yg curam);

geluncuran gerakan meluncur turun (pd permukaan yg curam dsb): tasik terbentuk melalui berbagai-bagai proses, antaranya melalui hakisan spt ~ air batu.

gelundang Tr cair.

gelung I 1. lingkar, lengkung, gulung (tali, rotan, ular, dll); 2. kelok, ikal (rambut dll); sanggul ~ kondai, sanggul;

bergelung melengkung, berlingkar: ular ~; dawai yg ~ itu mesti diluruskan sebelum dipakai;

menggelung 1. melengkung hingga menjadi gelung (rotan dll); 2. membuat sanggul;

menggelungkan melingkarkan, melengkungkan;

tergelung-gelung terlingkar-lingkar;

gelungan lingkaran (dawai, rotan, dll).

gelung II Kd kumpulan (orang jahat dll).

gelung III Kl 1. bendang (petak-petak); 2. lorong bencah, jalan sempit.

gelung IV Kl harapan, gamak (menjadi sesuatu dll).

geluntur cacing besar dan merah warnanya.

gelup I; menggelup gugur atau tanggal (gigi).

gelup II; bekas air spt mangkuk kecil, sangku.

gelupar gelupur.

gelupas; menggelupas terkelupas (kulit, cat, dll), terlelas.

gelupur; menggelupur bergerak-gerak sambil memukul-mukulkan sayap dll (ayam berlaga dll), menggelepar.

gelusang; gelosok-~ memulas (menggosok) keras-keras;gelosok.

gelut I gomol, gulat, perkelahian pura-pura (budak-budak dll); adu ~ perlawanan bergomol;

bergelut 1. peluk-memeluk dan guling-menggulingkan (spt orang bergusti), bergomol, bergulat, bergusti (utk menunjukkan kekuatan seseorang dll); 2. berkelahi: ia luka kerana ~ dgn tiga orang perompak; 3. bertungkus-lumus atau bergiat dgn hebatnya (melakukan atau mencuba mengatasi sesuatu), bertarung (bertentangan, bersaingan, dsb): suatu fakta penting utk penghidupan dlm dunia yg ~ dan berlumba-lumba ini; ~ dgn maut; bagai tupai ~ prb perihal kehebatan langkah dll seorang pendekar;

menggelut memeluk hendak menghempas (menggulingkan dll);

pergelutan 1. perihal bergelut, perlawanan bergelut; 2. perkelahian; 3. usaha atau kegiatan bertungkus-lumus, pertarungan: mereka membawa pulang bukan sahaja oleh-oleh malah kegigihan yg ditimba drpd ~ menyara hidup.

gelut II Pr giat mengerjakan sesuatu, sibuk.

geluyur keluyur.

gem (gém) bp tamat, selesai (permainan dll), menang.

gema 1. bunyi yg berbalik, gaung, kumandang: kelawar tidak boleh melihat dlm gelap, tetapi ia membuat suara-suara, dan ~ suara-suara inilah yg menyebabkan ia tidak terlanggar pd apa-apa; 2. ki kejadian sbg akibat suatu kejadian lain: ~ drpd ceramah Profesor Teeuw tempoh hari masih belum habis lagi;

bergema, menggema bergaung, berkumandang, bertalun: suara radio ~ di dlm ruangan itu;

menggemai membuat gema pd: suara azan ~ seluruh daerah itu;

menggemakan menjadikan bergema.

gemai Kd padi yg diketam, diikat-ikat, dan diirik.

gemak; menggemak, menggemak-gemak memegang-megang (hendak mengetahui besar, berat, dll): ia ~ ayam itu sebelum membelinya;gamak.

gemal banyak yg terdapat dlm secekak jari; se~ sebanyak yg dapat dipegang dgn cekak jari, secekak: se~ padi;

bergemal-gemal banyak cekaknya, bercekak-cekak;

menggemal memegang dgn cekak jari.

gemala batu yg bercahaya dan mempunyai hikmat (berasal drpd ular, naga, dll); ~ hikmat sj batu sakti; buntat hendak menjadi ~ prb orang kecil hendak menjadi orang besar.

gemalai 1. melambai-lambai (bkn daun nyiur dll), berayun-ayun; 2. lemah dan manis (gerak tubuh dll); lemah ~ melenggok-lenggok manis (gerak tubuh seseorang gadis);

bergemalai melambai-lambai (ditiup angin): daun-daun kelapa ~ dipupuk bayu.

gemam gumam, kemam.

geman takut, ngeri; geli-~;geli I.

gemang I besar (benda yg bulat torak), bayak.

gemang II Mn ngeri, takut; gopoh-~ gugup;

penggemang penakut;gamang.

gemang III sj ikan laut, sembilang, Plotosus spp.

gemap; tergemap tercengang, tergamam: ketika mendengar berita itu, ~lah ia.

gemar suka benar (berbuat sesuatu): ia ~ berenang;

bergemar bergembira, bersuka ria;

menggemari menyukai benar akan: hikayat ini sangat laku kerana digemari orang;

menggemarkan menggembirakan, menyukakan hati;

kegemaran kesukaan, kegembiraan: barang-barang ~ perempuan;

penggemar orang yg menggemari, peminat: memang sudah biasa majalah itu menyiarkan gambar dan kisah ~-~nya.

gemas 1. sangat kesal, amat jengkel (marah, benci, dll): ~ hatinya melihat orang yg tidak menaruh belas kasihan itu; 2. benci bercampur sayang;

menggemaskan menimbulkan rasa gemas.

gemaung bergaung, berkumandang, bergema.

gemawan 1. = awan-~ bermacam-macam rupa awan; 2. berarak (awan), melayang: awan putih ~ lalu.

gemba Kl kembung pipi (kerana ada sesuatu di dlm mulut).

gembadak sj tumbuhan (pokok renek), gaharu badak, Phyllochlamys wallichii.

gembak I jambak, rambut pd dahi kuda, rambut yg dipanjangkan pd ubun-ubun budak; gombak.

gembak II Kl berombak (rambut dll).

gembala I 1. orang yg menjaga atau memelihara ternakan (kambing, lembu, dll); ~ kuda pemelihara kuda; 2. ki penjaga keselamatan orang ramai, pemimpin;

bagai ~ diberi keris prb orang yg mendapat sesuatu yg tidak berguna baginya; gajah seekor ~ dua prb satu pekerjaan diketuai oleh dua orang (dua orang laki-laki yg mencintai seorang perempuan);

bergembala mempunyai gembala (orang yg memelihara); ternak ~ parak berpagar prb harta benda harus dijaga;

menggembala menjaga, memelihara, memimpin: anak muda itu menolong bapanya ~ lembu-lembu peliharaan mereka;

penggembalaan 1. perihal menggembala; 2. = tanah ~ tempat menggembala binatang;

penggembala orang yg menggembala, gembala.

gembala II; ~ gajah sj burung, burung kambing, Platysumarus leucopterus; burung ~ kera sj burung, Eupetes macrocerus; burung ~ kerbau sj burung, Acridotheris tristis; burung ~ pelanduk sj burung, Pitta sordida; burung ~ rimau sj burung, burung kesumba, Harpactes oreskios.

gembar-gembur = bergembar-gembur bersorak-sorak, berseru-seru: buatlah kerja awak, jangan asyik ~ saja; buah ~ cakap besar, borak;

menggembar-gemburkan menyorak-nyorakkan, menyeru-nyerukan, melaung-laungkan: apa gunanya semboyan palsu itu digembar-gemburkan; keburukan Pak Kasa sentiasa digembar-gemburkan, terutama oleh watak Dogol.

gembel Id jembel.

gembeng (gembéng) Id mudah (lekas) menangis.

gembereng (gembéréng) Jw canang yg tidak bertombol di tengahnya.

gembira 1. = bergembira sangat suka, sangat girang, besar hati: “Saya suka, saya ~,” katanya; 2. = naik ~ = bergembira bangga dan berani, marah: mendengar penghinaan itu, panglima itu pun naik ~, mukanya merah menyala; 3 = kegembiraan;

menggembirakan 1. menimbulkan perasaan gembira, membawa kegembiraan: kenangannya melayang kpd hari Natal yg ~ itu; sampaikan berita yg ~ kpd orang yg beriman; 2. memberanikan, menggiatkan;

kegembiraan keadaan gembira, kesukaan, kegirangan, kebanggaan, keberanian: dia menceritakan kejayaannya kpd adik-adiknya dgn ~; tidak ada kata-kata yg hendak dilahirkan bagi menyatakan ~ hatinya; mereka dlm ~ menerima kurniaan dan kenikmatan Allah.

gembleng Jw; bergembleng bersatu padu, berpadu menjadi satu;

tergembleng menjadi satu, dipersatukan;

penggemblengan perihal atau perbuatan mempersatukan: ~ ideologi dan budaya.

gembleng (gembléng); menggembleng 1. Jw menempa (besi) supaya menjadi tipis atau keras; 2. ki menyatukan atau memadukan (tenaga, modal, dll) utk melakukan (menghasilkan, memperteguh, dsb) sesuatu: penduduk kampung itu ~ tenaga utk membina jambatan itu; bank mempunyai peranan penting bagi ~ modal dlm negeri utk membiayai perusahaan; mengikut Paul Postal, tatabahasa transfomasi-generatif ~ ciri-ciri utama tatabahasa tradisional;

gemblengan paduan, penyatuan: kisah keluarga itu dipaparkan dlm penceritaan yg tersusun kemas dgn ~ unsur-unsur ketegangan yg memanjang;

penggemblengan perihal (perbuatan, usaha) menggembleng: utk mencapai kemajuan, ~ tenaga amat perlu.

gembok Jw repuh-repuh, induk kunci (yg tergantung).

gembol (gémbol) I Jw; menggembol membawa sesuatu dlm kain (kocek dll).

gembol (gémbol) II; menggembol kembung dan berisi (bkn pipi), tembam.

gembong (gémbong) Jw 1. harimau; 2. jago, juara, samseng; 3. orang yg terkemuka, pemuka.

gembos Jw; menggembos menjadi kempis (tiub dll).

gembreng gembereng.

gembuk sj tumbuhan (herba), Adenosma caeruleum.

gembul I bongkol, bonggol (pokok), kelasa (unta).

gembul II (Sunda) selalu berasa lapar, makan banyak.

gembung I = bergembung kembung, menjadi besar (kerana penuh dgn air, udara, dll); perut ~ kemasukan angin atau kena penyakit basal; bergembung dada berasa bangga (girang);

menggembung menjadi gembung;

menggembungkan mengembungkan, membusungkan (dada dll);  kembung I.

gembung II; ikan ~ sj ikan laut.

gembur I gembar-gembur.

gembur II tidak padat, berderai-derai (tanah, pasir, dll), lembut, lunak; sakit ~-~ basal, busung air;

menggemburkan mencangkul (tanah) supaya gembur;

penggembur alat utk menggemburkan tanah; ~ putar alat penggembur tanah yg berputar.

gembut I; bergembut-gembut, menggembut bergerak turun naik (spt ubun-ubun anak yg baru lahir), berdenyut-denyut.

gembut II Pn bekas sirih yg dibuat drpd emas.

gemelentam bunyi dentam berkali-kali (spt bunyi meriam dll).

gemeletak bunyi spt bunyi gigi berkertak.

gemeletap bunyi spt bunyi kaki (apabila orang berlari).

gemeletek (gemeléték) gementar keras, menggigil.

gemeletuk gemeletak.

gemelugut menggigil keras (kerana ketakutan, demam, dll), gelugut.

gemendit ikat pinggang (drpd kulit, kain, dll), kendit.

gementam berdentam-dentam (bunyi meriam dll).

gementar gentar, menggigil (kerana ketakutan, demam, dll): jangan berasa ~ melihat kekuatan seteru.

gemercak bunyi spt bunyi air keluar dr pancuran dll.
1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   ...   15


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət