Ana səhifə

G huruf ketujuh abjad Rumi. G. kep Gunung: ~ Kinabalu; ~ Tahan ga


Yüklə 0.66 Mb.
səhifə11/15
tarix27.06.2016
ölçüsü0.66 Mb.
1   ...   7   8   9   10   11   12   13   14   15

bergetah 1. mempunyai (mengandungi) getah: pokok itu ~; 2. lekat, melekat: badannya ~ kerana berpeluh; 3. mencari getah (di hutan); 4. ki menarik dan menggiurkan (bkn bentuk badan wanita), seksi: dia kelihatan berkepit dgn wanita baru yg ~ itu; ~ bibir ki sangat pandai memikat hati (membujuk dll);

menggetah 1. mencari getah: kawan-kawannya ~ ke hutan; 2. menangkap (burung dll) dgn getah: ~ punai; 3. menjadi spt getah; ~ bawang ki perkataan dll yg menyakitkan hati; niat hati nak getah bayan, sudah tergetah burung serindit prb lain yg dihajati, lain yg diperoleh;

tergetah terkena getah.

getah II; ~ sundik sj tumbuhan (pokok), Payena havilandii; akar ~ sundik sj tumbuhan (pokok memanjat), akar gerip putih, Leuconotis maingayi.

getak I Pn gugur (buah-buahan, gigi, dll).

getak II; ~-getuk bunyi ketuk-ketuk.

getang I benda tipis (kain, daun, kulit) yg diregangkan utk menutup sesuatu;

menggetang 1. menutup dgn benda tipis yg dibentangkan; ~ muka menutup muka; 2. Kl mengikat, membelit, menyimpul;

penggetang; kulit ~ kulit yg digetang pd gendang (rebana dll).

getang II sj tumbuhan (herba yg daunnya digunakan sbg ubat sakit gigi), Spilanthes acmella.

getangguri sj tumbuhan (herba), Sida rhombifolia.

getap I Mn pecah, rekah;

menggetap memakan (mengunyah, menggigit) benda yg keras, mengatupkan (gigi, bibir) rapat-rapat: giginya digetap-getap, bibirnya kumat-kamit; ~ geraham berkertak gigi.

getap II Jw; getapan mudah terperanjat, lekas sakit hati.

getar I; bergetar, menggetar bergerak cepat dan berterusan ke depan ke belakang, bergentar;

menggetarkan menggentarkan, menggegarkan sedikit, menjadikan bergolak (agak riuh dsb): pancaran lampu menjadikan suasana lebih menarik dan ditambah dgn caklempong yg ~ suasana malam;

tergetar-getar terketar-ketar: kata Sabrika dgn suara yg ~, yg tidak dapat dikawal;

getaran gentaran;

penggetar penggentar;  ketar I.

getar II Kl; ~ sakmur sj kuih (dibuat drpd ubi, santan dan gula).

getas I 1. mudah pecah (patah), rapuh; 2. ki mudah patah hati.

getas II Jk tegas, tentu, nyata.

getas III Pr bernasib baik.

getas-getas sj kuih (dibuat drpd tepung pulut, kelapa) yg dibentuk menjadi bujur, digoreng dan disira.

getek (géték) I buruk kelakuan (bkn perempuan), geletek, gelenyar.

getek (géték) II Jk rakit.

getek (géték) III; tergetek-getek terketek-ketek.

getek (géték) IV Ph, Tr juga, bersama-sama.

getel (gétél) Kl, Tr gentel; bulat ~ bulat sungguh.

geti sj tumbuhan (pokok), (kacang) turi, Sophora grandiflora.

geti-geti sj kuih yg dibuat drpd kacang dan gula.

getik I; menggetik 1. memukul atau menguis sesuatu dgn belakang hujung jari yg dibidaskan dgn ibu jari, menjentik; 2. menggetil;

getikan hasil atau perbuatan menggetik.

getik II Pr benci, jijik, meluat.

getil; menggetil menjepit dgn ibu jari dan jari telunjuk atau jari-jari lain, mencubit;

getilan hasil perbuatan menggetil, cubitan.

getir I Jw rasa pahit (spt rasa kulit limau); pahit ~ (hidup) penderitaan atau pengalaman pahit (hidup);

kegetiran kepahitan (hidup).

getir IIgetil.

getis I getas, rapuh, mudah patah.

getis II; menggetis menggentis, memetik (tangkai, pucuk, dll).

getok Jk ketuk;

menggetok mengetuk.

getol Jk tekun, rajin.

getu; menggetu 1. menekan atau menindas (kutu dll) dgn kuku; 2. mencubit;

getuan hasil menggetu, cubitan: ~nya meninggalkan bekas di paha anaknya.

getuk Jw sj penganan yg dibuat drpd ubi kayu.

getun Jk  gegetun.

getus Kl; menggetus memetik (bunga, daun, dll), menggetis, menggentis.

gewang (géwang) I 1. siput mutiara (digunakan utk perhiasan peti, butang, dll): giginya bersih laksana ~; 2. subang kecil.

gewang (géwang) II; tergewang-gewang tergoyang-goyang: Si Galak rebah ke tanah dgn kedua-dua kakinya ~ di udara; belalai-nya ~.

ghaflah sl lupa: sesungguhnya spt sabda raja itu adalah ~ kpd peperangan kamu yg telah lalu itu.

ghaib 1. tidak dapat dilihat, tersembunyi; ilmu ~ a) ilmu bkn kekuatan dll yg tersembunyi; b) ilmu suluk (tasawuf); kuasa ~ tenaga yg tidak kelihatan; 2. hilang, lenyap: setelah sudah berkata-kata, suara itu pun ~lah; badannya ~ tiada berketahuan; 3. sl meninggal, mangkat: baginda yg telah ~; 4. ajaib, aneh (keadaan dll): peristiwa yg ~;

mengghaibkan menghilangkan, menjadikan tidak nampak; ~ diri menghilangkan diri;

keghaiban perihal atau keadaan ghaib.

ghain 1. huruf ke-19 abjad Arab (mempunyai nilai 1000); 2. huruf ke-20 abjad Jawi.

ghair Ar melainkan, hanya.

ghairah 1. nafsu (keinginan) yg keras, cinta (berahi) yg amat sangat: dia melihat gadis itu dgn penuh ~; 2. cemburu yg keras: ~nya berombak-ombak melihat kelakuan isterinya; 3. penuh minat (keinginan, nafsu, dll), mempunyai atau menunjukkan minat (keinginan dsb) yg keras atau meluap-luap: anak-anak muda itu makin ~ menyanyi;

mengghairahkan 1. menimbulkan nafsu (cinta, cemburu, dll) yg amat sangat: memang kucing itu apabila berkasih-kasihan terlalu ~; 2. mengingini (mencintai, mencemburui) amat sangat: ia ~ kedudukan saudaranya itu;

keghairahan 1. nafsu, percintaan, cinta berahi; 2. kecemburuan; 3. perihal ghairah (penuh minat), keinginan (minat) yg keras: ~ orang ramai menyertai koperasi yg menjanjikan kemudahan pinjaman kpd mereka tentu sekali menarik minat banyak pihak yg ternyata menangguk di air keruh;

pengghairah sesuatu yg (boleh) mengghairahkan.

ghali sl gali II.

ghalias  galias.

ghalib 1. berjaya, beruntung, menang; 2. biasa, lazim: apa ~nya yg terjadi kalau kita meminjamkan wang kpd orang lain?; pd ~nya biasanya, lazimnya, pd umumnya;

mengghalibkan membiasakan, melazimkan;

keghaliban kebiasaan, kelaziman.

ghana Ar kekayaan; Tuhan yg ~ Tuhan yg memiliki segala kekayaan.

ghani Ar kaya.

ghanimah Ar harta rampasan perang.

gharib Ar aneh, asing, ganjil, luar biasa.

ghaut Ar; ~ serang pengusaha yg mencari pekerja utk bekerja di kapal.

ghaza Ar sl jaya.

ghazal sj muzik yg dimainkan dgn menggunakan alat muzik spt gambus (akordion, marakas, marwas, dsb) dan biasanya diiringi oleh nyanyian.

ghetto (géto) 1. kawasan bandar yg didiami oleh sesuatu etnik atau kumpulan sosial minoriti, biasanya hidup dlm keadaan miskin, perumahan yg sesak dan daif, terasing dsb: ~ bukan sahaja dikaitkan dgn kualiti tempat kediaman yg merosot dan usang, tetapi juga dgn ciri-ciri kaum yg menghuninya; ramai pekerja kulit hitam yg terpaksa tinggal di ~ di Chicago, Detroit atau New York; 2. kawasan di sesebuah bandar raya di Eropah yg dahulunya menjadi tempat kediaman penduduk Yahudi.

ghobar sedih, pilu.

ghoyat Kl bercerita, memberitahu.

ghulam Ar hamba, budak.

ghurab Ar sl perahu.

ghurub Ar terbenam (matahari).

GHz simbol bagi gigahertz.

gi minyak sapi.

giam sj tumbuhan (pokok yg keras kayunya), cengal tenggelam, merepak, Hopea nutans.

gian 1. cepat habis, banyak terpakai (minyak dll): orang boros lekas ~, merapu dana hari kemudian; 2. bp sangat ketagih akan sesuatu (dadah dsb).

giang gatal, miang.

giat I sentiasa atau sering kali membuat sesuatu, aktif, cergas, cekatan, tangkas: kita mesti ~ bekerja; sejak awal tahun enam puluhan, Mohd Nor Azam ~ menulis ulasan tentang cerpen;

bergiat berusaha dgn giat, bersungguh-sungguh, aktif: dia ~ dlm lapangan seni nyanyi; kanak-kanak itu tidak mahu ~ menjayakan usaha guru;

menggiatkan, mempergiat, mempergiatkan menyebabkan bergiat, membangkitkan semangat utk berusaha: perkataan itu ~ usaha mereka;

kegiatan 1. perihal atau keadaan giat, kecergasan; 2. aktiviti;

penggiat pihak (bahan, orang, jentera, dsb) yg menggiatkan sesuatu; penggerak: tokoh dan ~ teater berkumpul utk membincangkan kegiatan teater tanah air.

giat II ejekan, cemuh: ~ dan cemuh kawan-kawannya tidak pernah dijawab;

menggiat mengejek, mencemuh.

giau; menggiau memotong padi dgn sabit, menyabit;

penggiau pisau utk menyabit padi.

gibas kambing biri-biri yg mempunyai ekor besar, domba.

gidik Id; bergidik geli;

menggidik, menggidik-gidik menggelikan, menggeletek.

giga unit bagi kuantiti yg berjumlah seribu juta: ~bait.

gigabait (Komp) unit data yg bersamaan dgn seribu juta atau 109 bait, digunakan bagi menyatakan kemampuan storan pukal spt cakera padat dan cakera keras.

gigahertz unit frekuensi yg bersamaan dgn 109 kitar sesaat.

gigameter (gigaméter) unit metrik yg bersamaan dgn 109 meter.

gigau ark; menggigau berkata-kata dlm tidur; igau I.

gigavolt unit tenaga elektrik yg bersamaan dgn 109 volt.

gigawatt unit kuasa elektrik yg bersamaan dgn 109 watt.

gigi I 1. struktur keras yg menyerupai tulang, yg tumbuh pd gusi (gunanya utk menggigit, mengunyah, dll); 2. ki benda yg bentuknya spt gigi: ~ sikat (gergaji dll); ~ kikir; 3. ki tepi, pinggir; ~ anjing (asu) siung, taring; ~ asmaradanta gigi yg putih spt gading; ~ air tepi air laut dll; ~ batu = ~ buatan gigi palsu; ~ belalang = ~ susu gigi kanak-kanak yg akan berganti; ~ berdukung = ~ tersengkil gigi berlapis; ~ bongsu = ~ muda gigi geraham yg akhir sekali tumbuhnya; ~ geligi Id selengkap gigi; ~ gongak = ~ rongak tidak ada gigi (kerana tanggal atau tidak tumbuh); ~ hutan tepi hutan; ~ jawa balak panjang tempat tumpuan kasau (rumah Melayu); ~ kacip salah satu drpd lapan gigi tajam di bahagian depan mulut (di bahagian atas dan di bahagian bawah) yg berfungsi utk memotong (mengacip) makanan dsb; ~ kapak gigi hadapan yg besar sekali; ~ kekal gigi yg tidak akan berganti lagi; ~ manis = ~ seri gigi kacip; ~ palsu gigi tiruan yg menggantikan gigi sebenar (asli); ~ parang-parang gigi yg berbentuk kecil-kecil dan runcing; ~ penolak perkakas mesin jahit yg menyorong kain jahitan; ~ rambut tepi rambut di kepala; ~ sambut (disebut kalau) gigi pd rahang bawah di luar gigi rahang atas; ~ sayap kumbang gigi yg berbaja hitam (seakan-akan hijau berkilat); ~ sulung gigi yg mula-mula tumbuh; lunak ~ drpd lidah ki sangat lemah lembut;

~ dgn lidah ada kala tergigit juga prb suami isteri atau sanak saudara biasa juga berselisih (berbantah); ~ tanggal rawan murah (awak tua gadis bermusim) prb keinginan datang apabila tidak berwang (berkuasa) lagi; tinggal ~ dgn lidah sahaja prb habis segala harta;

bergigi mempunyai gigi; tidak ~ a) tidak mempunyai gigi; b) tidak berkuasa;

belum ~ hendak mengunyah prb hendak mengerjakan sesuatu padahal belum cekap lagi; belum ~ sudah hendak menggigit prb hendak berkuasa padahal belum lagi mempunyai kekuasaan; mengunyahkan orang ~ prb mengajar orang yg sudah tahu;

kegigian kedudukan dan susunan semula jadi gigi di dlm rongga mulut: pemilihan berus gigi bergantung pd keadaan ~ seseorang;

pergigian perihal gigi: formula ~ binatang mengerip; Penolong Pengarah Perkhidmatan Perubatan Bahagian P~; Fakulti P~;

penggigian proses (atau masa) pertumbuhan gigi.

gigi II; ~ buntal a) sj tumbuhan (pokok), gerisik hitam, Xerospermum intermedium; b) sj tumbuhan (pokok), campa biru, Canarium kadondon.

gigih I Mn keras hati, tegar hati, patuh kpd pendirian (pendapat dsb) sendiri: dgn ~nya, ia menghapuskan rasuah dlm jabatannya; menyingkirkan lawannya yg paling ~;

kegigihan perihal gigih, keteguhan mempertahankan pendapat (fikiran dsb): setelah berjuang dgn segala ~nya, dia berjaya juga.

gigih II ark; menggigih menggigil, menggeletar.

gigil; menggigil 1. menggeletar (kerana demam, ketakutan, dsb), gementar (menggentar) kuat: dgn tidak semena-mena, badannya ~ dan seram sejuk; 2. turun naik atau tinggi rendah seakan-akan menggeletar (bunyi muzik dll): gelak ketawa yg ~-gigil;

menggigilkan menjadikan menggigil, menggentarkan: angin yg bertiup ~ badannya;

tergigil tergeletar.

gigir I Mn; menggigir menggigil.

gigir II Jw; ~ gunung punggung (belakang) gunung, bahagian gunung yg memanjang dr puncak ke puncak.

gigis; bergigis bergerigi.

gigit; bergigit, bergigitan mencengkam (mencengkeram dll) dgn gigi antara satu sama lain, saling menyepit dgn gigi;

menggigit 1. mengapit (mengacip, menyepit, dsb) dgn gigi: kaki pencuri itu digigit anjing; ~ bibir ki berasa marah (geram); ~ jari (telunjuk) ki berasa kecewa (hampa); 2. mengapit atau mencengkam (bkn kasut); 3. berasa seakan-akan dicengkam atau dicucuk-cucuk (kerana kelaparan dll): perut Pak Dollah semakin ~ lapar; 4. menimbulkan rasa seakan-akan dicengkam-cengkam atau dicucuk-cucuk (kerana kesejukan dll): dinginnya terasa ~-gigit ke tulang sumsum;

tergigit 1. telah digigit; 2. boleh digigit; 3. tidak sengaja digigit; ~ lidah a) tidak bermalu, tidak menghiraukan kecaman (celaan) orang; b) tidak berani bercakap terus terang (kerana terhutang budi dll);

gigitan 1. cengkaman dgn gigi utk menggigit; 2. bekas digigit.

gigolo laki-laki upahan yg dipelihara oleh seseorang wanita sbg teman atau kekasihnya.

gil unit sukatan cecair yg bersamaan dgn suku pain.

gila 1. tidak sihat atau tidak waras fikirannya (otaknya, ingatannya): kelakuannya spt orang ~; rumah (sakit) ~ rumah sakit tempat menggubat orang gila; anjing ~ anjing yg kena penyakit, anjing yg berbahaya; 2. penyakit tidak sihat otak (fikiran, ingatan); 3. bp tidak spt yg seharusnya (semestinya, selalunya), tidak normal, luar biasa; anyam ~ anyam yg tidak tentu coraknya; harga ~ harga yg bukan biasa, terlalu mahal (murah); main ~ melakukan sesuatu sekehendak hati sahaja (spt meninggalkan tugas atau kerja sesuka hati, berzina, dll); 4. ki terlalu gemar (asyik, sayang, cinta, dll) akan sesuatu: dia tu ~ menengok wayang;

~ angau sangat ingin akan perempuan (lelaki), gila urat; ~ anjing = penyakit anjing ~ sj penyakit virus yg berbahaya pd anjing;~ asyik (berahi, hati) terlalu cinta (asyik); ~ babi = ~ sawan sj penyakit ayan, pitam (sawan) babi, epilepsi; ~ bahasa = ~-~ bahasa rempang bahasa, kurang sihat sedikit atau tidak panjang fikirannya (cepat marah, pemberani, tidak malu, dll perangainya); ~ bayang cinta akan seseorang yg tidak tahu akan cintanya (tidak dibalas); ~ bayang-bayang perasaan ingin akan sesuatu yg tidak mungkin diperoleh; ~ gadis (perempuan) terlalu gemar akan perempuan; ~ hormat sangat suka dihormati (dimuliakan) orang; ~ isim gila kerana tersalah mengamalkan (menuntut) ilmu batin; ~ judi terlalu suka bermain judi; ~ kebangsaan selalu bersemangat (berusaha) utk memperjuangkan (memajukan) bangsanya; ~ kuasa sangat ingin mendapat kuasa; ~ pangkat a) sentiasa ingin mendapat (mengejar) pangkat; b) berubah kelakuannya (sikapnya) setelah mendapat pangkat tinggi; ~ politik selalu asyik dgn cita-cita (kegiatan-kegiatan) politik; ~ renang = ~-~ air agak kurang sihat ingatannya (fikirannya); ~ seks kecenderungan atau keinginan yg melampau (kuat) terhadap aktiviti seksual; ~ talak tidak sihat fikirannya kerana bercerai (selalu teringat-ingat akan bekas isteri atau suaminya); ~ urat sangat ingin akan perempuan (lelaki), gila angau; tiap ~ tiap berkongkong, tiap mandi tiap bergosok prb spt orang yg berbicara, setiap kali berbicara, setiap kali membayar belanja perbicaraan;

gila-gila 1. bertingkah laku, bersikap dsb spt orang gila, seolah-olah, seakan-akan atau pura-pura gila: ini bukanlah tempat dan masanya utk bergurau dan berperangai ~; watak ~ ini memang susah juga, tetapi ada seronoknya; 2. berbuat dgn sekehendak atau sesuka hati tanpa memikirkan akibat atau kesannya dsb: dia memang suka memandu kereta ~ tanpa memikirkan keselamatan orang lain; 3. melampaui had atau batas yg sepatutnya, berlebih-lebihan, keterlaluan, bukan-bukan: suatu langkah yg berkesan harus diambil segera utk membendung kenaikan harga barang keperluan yg ~ sejak kebelakangan ini;

bergila-gila 1. = gila-gilaan, menggila berkelakuan (berperangai dll) spt orang gila (tidak menggunakan fikiran, mengikut perasaan sahaja); 2. = tergila-gila terlalu amat ingin (suka, asyik, cinta, berahi) akan sesuatu: anak-anak muda sekarang banyak yg ~ mahu hidup di bandar; kulihat banyak gadis yg ~ kepadanya; 3. = menggila semakin sangat, menjadi-jadi, berlebih-lebihan;

menggila 1. menjadi-jadi, bergila-gila: batuknya ~; peperangan sudah ~; 2. berkelakuan spt orang gila, bergila-gila: di dlm hatinya berharapkan semoga musuhnya akan ~ terus kepadanya; 3. berasa sangat asyik (suka, gemar, dll): pemuda yg ~ kepadanya; 4. menyebabkan gila (sangat kasih, suka sekali, dll); 5. berjalan (belayar dll) dgn laju sekali, tiada teratur dll (bkn kereta, kapal, dll): di jalan raya, motokar makin ~; korvet-korvet ini kian ~ di atas air spt ular kena palu;

menggilai 1. terlalu mengasihi (mencintai, mengingini, dll): siapa nama perempuan yg digilainya?; memperoleh sotong-sotong yg ~ cahaya api; 2. = menggilakan Mn menjaga (memelihara, melayani, dll) baik-baik;

menggilakan 1. menjadikan (menyebabkan) gila, membuat supaya gila; 2. = mempergilakan menganggap (melayani dll) spt orang gila, mempermainkan (memperolokkan); 3. Mn menjaga (memelihara);

tergila-gila terlalu suka (ingin, asyik, dll) sangat: jangan ~ sangat hendak kahwin;

tergila-gilakan terlalu sangat suka (ingin, asyik, cinta, dll) akan (seseorang atau sesuatu): abang sudah ~ gadis lain; ~ kuasa;

kegilaan 1. perihal gila; 2. terlampau sangat suka (asyik): pemuda-pemuda yg ~ dan kedahagaan wanita mengajak pelayan-pelayan itu berbual; penulis-penulis muda di Singapura ~ mengadakan perjumpaan; 3. keadaan (peristiwa dll) yg tidak biasa atau berlebih-lebihan: memandang ~ alam dgn warna-warna senjanya yg keras, terang, pekat, kacau dan menakutkan; peristiwa seumpama itu ialah peristiwa yg boleh dikatakan ~; 4. ketololan, kebodohan;

kegila-gilaan 1. sedikit gila, agak gila; 2. seakan-akan gila tampaknya: kalau diteruskan, hasilnya adalah bercorak ~ sahaja; gelak ketawa yg terlalu ~; 3. terlalu suka (asyik, gemar, dll) sangat, tergila-gila.

gilan sj tumbuhan (pokok menumpang), Elytranthe platyphylla.

gilang; ~-gemilang (cemerlang) a) bercahaya sangat terang: disuluh oleh bulan purnama yg ~ -gemilang; b) sl teramat elok atau cantik (bkn rupa): ~-gemilang cahaya muka Awang Sulung Merah Muda; c) paling baik: harapan yg ~-gemilang; hasil yg ~-gemilang.

gilap licin dan berkilat (spt barang-barang perak yg baru digosok);

bergilap digilap: kenapa awak memakai kasut yg tidak ~;

gilap-gemilap bercahaya gemerlap, berkilauan;

menggilap menggosok supaya gilap: cara mencanai dan ~ kanta;

gilapan hasil mengilap: dgn ~ terakhir, dia memandang kasut itu dgn kepuasan;

penggilapan perihal (proses, perbuatan) menggilap;

penggilap 1. bahan (alat) yg digunakan utk menggilap sesuatu: ~ kasut; 2. orang yg menggilap sesuatu.

gilas; menggilas 1. menindih atau menggiling hingga halus (hancur dsb): wanita umumnya pandai ~ cabai; 2. menggelek, melindas: lori ~ seekor anjing;

tergilas tergelek (oleh motokar dll);

penggilas alat utk menggilas.

gilau ark kilau.

gili; menggili, menggili-gili 1. menggeletek: meskipun saya marah, ia masih berani ~ saya; 2. ki menghasut.

gili-gili 1. tambak, permatang; 2. tempat tinggi di tepi jalan, tempat orang berjalan.

gilik I; menggilik menggelek, menggiling.

gilik II sj tumbuhan (pokok memanjat), Psychotria sarmenfosa.

gilik III; menggilik, menggilik-gilik menggiling, menggelikan, menggeletek.

giling; anak batu ~ batu yg bulat panjang (kawan batu giling) utk menghancurkan lada dll; batu ~ batu utk menghancurkan rempah (lada, beras, dll); beras ~ beras drpd padi yg dikupas dgn mesin; mesin ~ mesin berat yg digunakan utk memadatkan (meratakan) jalan;

giling-giling besi atau batu bulat yg digunakan utk memadatkan (meratakan) jalan (tanah);

menggiling 1. menghancurkan atau melumatkan (rempah dll) dgn batu giling dan anak batu giling; 2. memadatkan (memipihkan) tanah dll dgn giling-giling (mesin giling); 3. mengupas (mengilang) padi dgn mesin giling; 4. memerah (mengilang) tebu dll di antara dua kayu (besi) bulat yg berpusing; 5. menggelek; 6. menggulung (rokok dll);

menggilingkan menggiling sesuatu utk: Hasnah ~ emaknya rempah;
1   ...   7   8   9   10   11   12   13   14   15


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət