Ana səhifə

G huruf ketujuh abjad Rumi. G. kep Gunung: ~ Kinabalu; ~ Tahan ga


Yüklə 0.66 Mb.
səhifə15/15
tarix27.06.2016
ölçüsü0.66 Mb.
1   ...   7   8   9   10   11   12   13   14   15

gundalan tempat membuat gundal (tali, kayu, dll).

gundal II Jk pengekor, pengikut, tali barut; negara ~ bp negara yg mengekori negara lain.

gundal III Kl tambahan, kelebihan.

gundang Jw lekum, kerongkong, tenggorok.

gundar Mn berus pakaian dll;bundar II.

gundi sj buah; kembal ~ Pr kembal yg berbentuk buah dan dihiasi dgn kertas berwarna.

gundik 1. isteri yg bukan gahara, isteri tidak rasmi; 2. bini gelap; ~-candik berbagai-bagai gundik;

bergundik mempunyai gundik;

bergundikkan mempunyai (seseorang) sbg gundik;

mempergundikkan menjadikan gundik;

pergundikan perihal bergundik: kongres wanita diadakan utk menentang ~.

gundu 1. buah yg keras (dipakai dlm permainan), guli; 2. sesuatu spt guli (getah, kepingan kayu, dll) yg digunakan sbg pelontar (lastik dll) dlm permainan guli (getah, jengkek, dsb), tagan;

bergundu 1. bermain guli; 2. ada atau mempunyai gundu.

gundukan Id longgokan, tompok, kelompok.

gunggung Jw jumlah, sejumlah, sebanyak;

menggunggung menjumlahkan.

guni 1. serat yg didapati drpd sj pokok utk dibuat karung; 2. karung yg dibuat drpd serat sj pokok.

gunjai jumbai, rumbai-rumbai, malai; sampai ke ~nya sampai ke penghabisan (yg kecil-kecilnya); bunjai.

gunjing Mn fitnah, umpat; ~ gujirak (gujirat) berbagai-bagai fitnah;

menggunjing memfitnah, mengumpat, mengata-mengatai (orang dsb);

menggunjingkan memfitnahkan, mencaci (orang), memperkatakan keburukan (orang dsb);

gunjingan umpat-mengumpat, perbualan (percakapan) memfitnah atau mengata-ngatai orang: masing-masing adalah spt ~ rendahan seorang suri rumah dgn suri rumah jirannya mengenai kejelikan seorang suri rumah lain.

guntak bunyi biji-biji buah dlm cemuk yg kering.

guntang I pelampung (pd kail, pancing).

guntang II = guntang-guntang kumparan tenun berbentuk torak yg berisi benang di dalamnya.

guntil pundi-pundi kecil; buntil.

gunting 1. alat utk memotong kain (rambut, kertas, dll) yg terdiri drpd dua bilah logam yg dirangkapkan; ~ babi sj perangkap babi yg menggunakan pisau; ~ tiket alat untuk menebuk lubang pd tiket; tukang ~ rambut tukang potong rambut; 2. bentuk atau potongan (baju, rambut, dll): baju ~ Cina; rambut ~ GI; spt ~ makan di hujung prb mencapai sesuatu dgn diam-diam;

bergunting 1. menyuruh potong (rambut) oleh tukang gunting: dia baru saja lepas ~; 2. dipotong dgn gunting: kain itu belum ~ lagi;

menggunting 1. memotong dgn gunting, memangkas (rambut dll); 2. Id menipu, mencatut;

~ hati menyakitkan hati orang; ~ dlm lipatan prb membinasakan sahabat (bangsa dll) sendiri;

mengguntingkan menggunting (kain dll) utk dijadikan sesuatu (baju dll): kalau ya kasihkan kami guntingkan awan sehelai baju;

guntingan 1. hasil drpd menggunting, potongan (karangan, akhbar, buku, dll); 2. (Komp) gambar atau teks yg telah dipotong atau disalin oleh pengguna drpd dokumen yg sedia ada utk digunakan dlm lukisan atau dokumen lain;

penggunting 1. orang yg menggunting; 2. alat utk menggunting.

guntung I tidak lancip, kotong, pendek (tiang, lengan baju, dll); baju ~ baju lengan pendek; tiang ~ tiang yg tidak lancip pd hujungnya;

mengguntung memotong bahagian hujung atau depan.

guntung II sj kail yg diikat pd pelampung dan pelampung ini pula berhubung satu sama lain.

guntur guruh;

harapkan ~ di langit, air di tempayan dicurahkan prb oleh kerana mengharapkan keuntungan besar yg belum pasti, keuntungan kecil dilepaskan; spt itik mendengar ~ prb mengharapkan keuntungan yg belum tentu diperoleh;

mengguntur (berbunyi dll) spt guntur, gemuruh.

gunu Kd sesuatu yg digunakan utk menandakan petak-petak bagi permainan teng-teng.

gunung bukit yg besar dan tinggi (lebih drpd 1500 kaki atau 457.2 meter); ~ berangkat sj susunan bantal di atas pelamin; ~ berapi gunung yg mengeluarkan lahar, api, dll dr kawahnya; ~ berapit gunung yg letaknya di antara dua gunung; ~-ganang berbagai-bagai gunung, banyak gunung; ~ lipat gunung yg terjadi kerana muka bumi berlipat; ~ payung ki buah hati, kesayangan (utk anak dll);

~ juga yg dilejang panas prb a) orang kaya juga yg bertambah kekayaannya; b) orang yg pernah berbuat salah biasanya dituduh kalau timbul sesuatu kesalahan; ~ yg tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali prb harta yg banyak sekalipun akan habis kalau selalu diboroskan; ke ~ tak dapat angin prb hendak memperoleh kejayaan tetapi gagal; niat hati hendak memeluk ~ apakan daya tangan tak sampai prb tidak berdaya mencapai sesuatu yg dihajati (dicita-cita); niat hati nak peluk ~ sudah terpeluk biawak celaka (sial) prb lain yg dihajati lain yg diperoleh (kemuliaan yg dihajati, kehinaan yg diperoleh); rendah ~ tinggi harap(an) prb dipakai utk menyatakan besarnya harapan; tak ada ~ yg tinggi yg tak dapat didaki, tak ada lurah yg dalam yg tak dapat dituruni prb tidak ada usaha yg tidak akan berhasil (asalkan keras kemahuan); tak akan lari ~ dikejar (hilang kabut tampaklah dia) prb tidak perlu bergopah-gapah mengerjakan sesuatu yg sudah tentu;

gunung-gemunung banjaran gunung;

gunung-gunungan, gegunungan gunung buatan, bukit kecil;

bergunung-gunung = bergunung-ganang mempunyai banyak gunung: kawasan yg ~;

menggunung 1. meninggi (spt gunung): gelombang pun ~ tingginya; 2. mencapai paras (peringkat dsb) yg amat tinggi, memuncak tinggi: kelayakan yg paling penting bagi seseorang pemimpin dlm masyarakat Jepun ialah sahsiah penuh dgn fahaman dan kesabaran, bukan kebolehan yg ~;

menggunungkan ki membesar-besarkan, menghebah-hebahkan; air setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil;

pergunungan tanah yg penuh dgn gunung, daerah yg bergunung-gunung.

gup bunyi spt bunyi papan dipukul (debaran jantung dll), bunyi degap, degup.

gurap sl sj perahu: maka turunlah Sultan Abdul Jalil itu kepada ~ yg besarnya itu.

gurah I; bergurah berkumur (dgn air dll), mencuci mulut;

menggurah mencuci mulut dgn air.

gurah II sj tumbuhan (pokok yg buahnya dipakai utk menuba ikan), gayan, guring, Sapium indicum; ~ bukit sj tumbuhan (pokok renek), kayu seluang mudik, pokok tempang puteri, Pseuderanthemum graciliflorum; ~ peria(t) sj tumbuhan (pokok renek), ara lumut, Croton caudatum.

gurah III Kl guli.

guram Jk muram, suram, tidak berkilau.

gurami Jw sj ikan darat, ikan kaloi, Osphronemus goramy.

gurang sj tumbuhan (pokok renek), Ervatamia malaccensis; ~ bukit sj tumbuhan (pokok), Helicia attenuata.

gurat = guratan (Sunda) gores, coret; ~ batu tetap pendirian;

menggurat menggores, mencoret;

tergurat tergores, tercoret.

gurau percakapan secara bermain-main, senda, kelakar, lawak, olok-olok: anakanda hendak mengusik ayahandakah dgn ~ jenaka anakanda ini?; ~ senda = senda ~ berbagai-bagai kelakar;

bergurau = ~ senda berbual secara bermain-main, bersenda, berjenaka, berkelakar: jangan ~ Aini, jangan berolok-olok;

memperguraukan mempermain-mainkan supaya ditertawakan orang, memperolok-olok: adakah anak sebesar kau diperguraukan orang?

gurauan, pergurauan senda, kelakar, jenaka.

gurdan; ringgit ~ sj wang ringgit yg bergambar burung (dolar Mexico).

gurdi gerudi, penggerek;

menggurdi menggerek (lubang dll);  gerudi.

guri I sj tempayan kecil (dipakai juga sebagai takar), buyung; ~ arak botol arak.

guri II limbungan, galangan (kapal).

guri III Kl, Tr membeli sebelum ada pembeli lain, menjual kpd pembeli yg pertama; gori II.

gurih Id sedap (spt ikan goreng dll); nasi ~ nasi

yg dimasak dgn santan dan kayu manis.



gurin Sr baring.

gurindam sj bentuk puisi (terdiri drpd dua baris, berisi dgn berbagai-bagai pengajaran);

bergurindam melafazkan gurindam.

guring sj tumbuhan (pokok yg bijinya digunakan sbg kapur barus), bunga lerak, kekapur, pelir musang, sekobang kecil, sesundo bukit, Anaxagorea scortechinii (javanica).

gurit Jw sj syair atau sajak;

menggurit mensyair, menyajak.

gurita I sj sotong, sotong gurita, Octopus spp., Eledone spp..

gurita II sj kain pembalut dada dan perut anak-anak, barut.

Gurkha 1. suku kaum berketurunan Hindu yg tinggal di Nepal dan dikatakan terkenal dgn keberanian dlm ketenteraan; 2. anggota rejimen angkatan tentera British atau India yg terdiri drpd askar yg berasal dr Nepal: sepasukan askar ~.

gurnador sl gabenor.

guru 1. orang yg mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh: ~ pelatih; ~ pelawat; 2. pemimpin agama Hindu;

~ bantu Id pembantu guru; ~ besar, = ~ kepala = ~ ketua guru yg mengetuai sesuatu sekolah, pengetua sekolah; ~ latihan normal guru yg bukan lepasan maktab atau universiti; ~ lepasan maktab guru yg terlatih di maktab; ~ pelatih pelajar-pelajar di maktab perguruan yg bakal menjadi guru; ~ pelawat pegawai pendidikan yg tugasnya melawat dan memeriksa keadaan sekolah (bangunan, pelajar, guru, dll), nazir sekolah; ~ penolong guru yg kanan selepas guru besar;

~ kencing berdiri, murid kencing berlari prb kelakuan murid mencontohi kelakuan guru (terutama dlm hal yg tidak baik);

berguru 1. belajar: sepeninggalan Awang kerana ~ itu, Bacuk telah memujuk Dayang utk menggantikan tempat Awang; 2. berlaku (bertindak) spt guru; ~ kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi prb ilmu yg tidak sempurna dituntut tidak ada faedahnya;

bergurukan menjadikan seseorang sbg guru: dia ~ al-Guwayni yg dikenal dgn gelaran Imam al-Haramayn;

keguruan yg berkaitan dgn guru, yg berkaitan dgn peranan (tugas, kelayakan) sbg guru: sifat-sifat ~ yg luhur;

perguruan 1. sekolah, tempat belajar; 2. pengajaran; ~ rakyat Id pengajaran kpd rakyat; 3. yg berkaitan dgn guru; maktab ~ maktab tempat melatih guru; maktab ~ bahasa maktab tempat melatih guru bahasa.

guruh bunyi bising di langit (yg biasanya didahului oleh kilat), guntur, tagar;

~-gemuruh berbunyi spt guruh, berdegar-degar;

harapkan ~ di langit, air tempayan dicurahkan prb kerana mengharapkan sesuatu yg belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan; tak ada ~ pd orang pekak, tak ada kilat pd orang buta prb orang bodoh tidak tahu akan erti kiasan dan sindiran.

gurun kawasan yg luas dan kering (biasanya diliputi pasir), padang pasir; ~ tandus gurun yg tidak ditumbuhi tumbuh-tumbuhan.

gurur Ar harapan hampa, fikiran yg bukan-bukan.

gus semuanya pd waktu yg sama;

sekali ~ (mengerjakan) semuanya pd waktu yg sama: bayaran sekolah di Tokyo dibayar setahun sekali ~.

gusar berang, marah: ia menunjukkan ~nya kpd saya;

menggusari memarahi: jangan digusari orang tua itu;

menggusarkan menimbulkan rasa gusar, menyebabkan marah: jawaban anaknya itu semakin ~nya; mati di medan jihad bagi orang Mukmin bukanlah sesuatu yg ~;

kegusaran perihal gusar, kemarahan: sepanjang minggu orientasi itu berjalan, penuntut-penuntut baru sering berada dlm keadaan ketakutan, ~ dan tidak tenteram.

gusi I daging tempat tumbuh gigi; gatal ~ ki terbit air liur, mengingini makanan dll.

gusi II; layar ~ layar yg dipasang pd tiang belakang.

gusti I Jw gelaran atau panggilan bagi orang bangsawan.

gusti II; perlawanan menjatuhkan lawan dgn bergelut;

bergusti bergelut dgn lawan utk menjatuhkannya.

gusuk Kl terakhir (perlawanan, peperiksaan, dll).

gusur Jk; menggusur menarik, mengheret.

gusut Kl berpilin-pilin, berbelit-belit, bersimpul-simpul, berputar-putar (tali dll).

gutik; menggutik 1. menyentuh dgn jari; 2. Mn mencubit, menggetil, mengambil sedikit demi sedikit.

guyur Jw; mengguyur menyiram.
1   ...   7   8   9   10   11   12   13   14   15


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət