Ana səhifə

Syarat-syarat pertandingan


Yüklə 78 Kb.
tarix26.06.2016
ölçüsü78 Kb.
1.0 PERTANDINGAN PERBARISAN TERBAIK

(LINTAS HORMAT DAN PERSEMBAHAN)




SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Setiap kontingen yang mengambil bahagian di dalam pertandingan Perbarisan (Lintas Hormat dan Persembahan/Formasi) hendaklah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti di bawah ini:-


1. Pertandingan Perbarisan (Lintas Hormat dan Persembahan/Formasi) adalah digalak berdasarkan tema TOT Ke-36 iaitu “BUMI HIJAU:UNIVERSITI DALAM TAMAN”.
2. Setiap kontingen dikehendaki menghantar seramai 30 - 40 orang peserta, tidak termasuk Ketua Kontingen, Barisan Exco, Pembawa Sepanduk, Pembawa Bendera, Pengurus Pasukan dan Maskot. (Kurang daripada 10 orang).
3. 10 markah daripada markah keseluruhan akan dipotong sekiranya terdapat mana-mana kontingen yang mempunyai bilangan peserta yang kurang atau lebih daripada jumlah yang ditetapkan.
4. Setiap kontingen perlu memakai pakaian yang kemas, seragam dan bersesuaian dengan suasana temasya olahraga.
5. Semasa lintas hormat dan persembahan/formasi, kontingen akan dinilai dari segi:-
Bahagian A - Pakaian dan Disiplin

Bahagian B - Perbarisan

Bahagian C - Persembahan Perbarisan/Formasi

sepertimana di dalam skema pemarkahan yang dilampirkan dalam Lampiran 5.


6. Persembahan/formasi yang akan dipertontonkan oleh setiap kontingen semasa lintas hormat mestilah tidak melebihi 90 saat dan secara On Going”. Tiada markah akan diberi kepada kontingen yang melebihi 90 saat. Sila rujuk Lampiran 4.
7. Mana-mana hakim tidak dibenarkan mengadili kontingennya sendiri.
8. Setiap kontingen wajib menyediakan Maskot masing-masing. Penilaian akan dibuat semasa berlangsungnya acara lintas hormat kontingen berkenaan.
9. Laungan Motto Kontingen yang dilakukan secara sopan di hadapan tempat duduk penonton VIP (VIP box) adalah wajib semasa persembahan/formasi kreatif kontingen.
10. Semua peserta yang mengambil bahagian dinasihatkan agar mengikut arahan Jawatankuasa Pengelola terutamanya dari segi ketepatan masa dan disiplin peserta supaya upacara perasmian dapat berjalan dengan lancar.

2.0 PERTANDINGAN KHEMAH TERBAIK




SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Setiap kontingen yang mengambil bahagian dalam pertandingan Khemah hendaklah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti di bawah:-


1. Corak perhiasan khemah berkonsepkan “BUMI HIJAU:UNIVERSITI DALAM TAMAN”.
2. Kelebihan akan diberi kepada kontingen yang dapat menghiasi khemah seceria yang mungkin mengikut kreativiti masing-masing berkonsepkan tema yang telah ditetapkan. Bahan yang digunakan adalah bebas mengikut kehendak setiap kontingen. Bahan tempahan daripada luar yang difikirkan tidak menepati syarat tidak diterima.
3. Khemah akan dinilai sebanyak 2 kali sepanjang berlangsungnya temasya olahraga iaitu:-


  1. Hari Kedua (8.00 pagi – 6.00 ptg.)


Bahagian A - Tema Khemah

Bahagian B - Kreativiti

Bahagian C - Kebersihan Khemah dan Persekitaran

Bahagian D - Susunan Keseluruhan



  1. Hari Ketiga (8.00 pagi – 2.00 ptg.)


Bahagian A - Kreativiti

Bahagian B - Kebersihan Khemah dan Persekitaran

Bahagian C - Susunan Keseluruhan
Sepertimana di dalam skema pemarkahan yang dilampirkan dalam Lampiran 6.
4. Mana-mana hakim tidak dibenarkan mengadili kontingennya sendiri.
5. Untuk mengelakkan pengadil keliru, diharap setiap kontingen dapat meletakkan nama kontingen di atas khemah masing-masing dengan besar dan jelas.

3.0 PERTANDINGAN MASKOT TERBAIK




SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Setiap kontingen yang mengambil bahagian dalam pertandingan Maskot hendaklah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti di bawah:-


1. Setiap kontingen WAJIB menyediakan Maskot masing-masing yang berkonsepkan kepada Jenis “BUMI HIJAU:UNIVERSITI DALAM TAMAN”.
2. Maskot akan dinilai dari segi:-
Bahagian A - Kesesuaian Maskot dengan Pasukan

Bahagian B - Kecantikan dan Keceriaan

Bahagian C - Persembahan/Gaya
Sepertimana di dalam skema pemarkahan yang dilampirkan dalam Lampiran 7.
3. Maskot akan hanya dinilai semasa berlangsungnya acara lintas hormat kontingen berkenaan.
4. Mana-mana hakim tidak dibenarkan mengadili Maskot kontingennya sendiri.
5. Maskot bebas berada dalam mana-mana kedudukan dalam kontingen.

4.0 PERTANDINGAN KUMPULAN SORAK TERBAIK



SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

Setiap kontingen yang mengambil bahagian dalam pertandingan Kumpulan Sorak hendaklah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti di bawah:-


1. Kumpulan Sorak akan dinilai sebanyak 3 kali sepanjang berlangsungnya Temasya Olahraga iaitu pada dan mengikut kriteria-kriteria seperti berikut:-


  1. Hari Pertama (Perasmian) – Pavillion


Bahagian A - Keseragaman

Bahagian B - Persembahan

Bahagian C - Disiplin


  1. Hari Kedua Sesi Pagi dan Petang (8.00 pagi – 6.00 ptg.) - Khemah


Bahagian A - Keseragaman

Bahagian B - Persembahan

Bahagian C - Disiplin


  1. Hari Ketiga Sesi Pagi (8.00 pagi – 2.00 ptg.) - Pavillion


Bahagian A - Keseragaman

Bahagian B - Persembahan

Bahagian C - Disiplin
Sepertimana di dalam skema pemarkahan yang dilampirkan dalam Lampiran 8.
2. Tiada had peserta untuk Kumpulan Sorak.
3. Kumpulan Sorak hanya boleh bersorak di hadapan khemah masing-masing dan pavilion.
4. Kumpulan Sorak tidak dibenarkan bersorak semasa sesuatu acara kejohanan hendak dimulakan kerana ia akan mengganggu kosentrasi/tumpuan peserta.


  1. Mana-mana hakim tidak dibenarkan mengadili kontingen sendiri.




  1. Sebarang jenis alatan muzik yang boleh membawa bunyi bising seperti kompang, drum dan lain-lain lagi tidak dibenarkan di stadium tetapi dibenarkan di khemah.




  1. Kumpulan Sorak diwajibkan memakai pakaian seragam yang melambangkan Kumpulan Sorak Kontingen masing-masing dan pakaian tersebut digalakkan tertera nama kontingennya.




  1. Kumpulan Sorak tidak dibenarkan bersorak ketika siren merah berbunyi dan menyala kerana ketika itu sesuatu acara akan dilangsungkan.

9. Unsur-unsur provokasi adalah dilarang sama sekali.


LAMPIRAN 5


SKEMA PEMARKAHAN



PERTANDINGAN PERBARISAN


(LINTAS HORMAT DAN PERSEMBAHAN)


BAHAGIAN A - Pakaian dan Disiplin

Kesesuaian



Keseragaman 20 markah Ikut arahan dan disiplin

keseluruhan




BAHAGIAN B - Perbarisan



 Keseragaman pergerakan

kaki dan tangan

Kreativiti susunan ketinggian 30 markah

(Menarik & Sesuai)

Keseluruhan pergerakan

lintas hormat

BAHAGIAN C - Persembahan Perbarisan/Formasi



 Kreativiti persembahan/

formasi

Kelancaran pergerakan dan

kesesuaian dengan temasya 50 markah

Keceriaan kontingen semasa

persembahan

Keseluruhan persembahan






JUMLAH KESELURUHAN:
A + B + C = 100 MARKAH






LAMPIRAN 6



SKEMA PEMARKAHAN BARU



PERTANDINGAN KHEMAH


HARI KEDUA:


BAHAGIAN A - Tema Khemah

 Motto kontingen 5 markah

 Identiti 5 markah

 Menepati tema TOT 10 markah


BAHAGIAN B - Kreativiti
 Aspek Kelestarian 10 markah

 Corak (menarik dan sesuai) 5 markah

 Kesempurnaan 5 markah

BAHAGIAN C - Kebersihan Khemah dan Persekitaran 5 markah



BAHAGIAN D - Susunan Keseluruhan 5 markah

-----------



50 markah

=======
HARI KETIGA




BAHAGIAN A - Kreativiti

 Aspek Kelestarian 10 markah



  • Corak (menarik dan sesuai) 10 markah

  • Kesempurnaan 10 markah

BAHAGIAN B - Kebersihan Khemah dan Persekitaran 10 markah




BAHAGIAN C - Susunan Keseluruhan 10 markah


-----------

50 markah

=======
JUMLAH KESELURUHAN:
HARI PERTAMA + HARI KEDUA
= 100 MARKAH




LAMPIRAN 7



SKEMA PEMARKAHAN




PERTANDINGAN MASKOT



BAHAGIAN A - Kesesuaian Maskot dengan Pasukan 10 markah



BAHAGIAN B - Kecantikan dan Keceriaan





  • Rupa bentuk 5 markah

  • Pemilihan warna 5 markah

  • Kreativiti bahan yang digunakan 10 markah

  • Aspek Kelestarian 10 markah



BAHAGIAN C - Persembahan/Gaya 10 markah


-----------

50 markah

=======






JUMLAH KESELURUHAN:
A + B + C = 50 MARKAH





LAMPIRAN 8


SKEMA PEMARKAHAN



PERTANDINGAN KUMPULAN SORAK



BAHAGIAN A - Keseragaman





BAHAGIAN B - Persembahan





  • Pergerakan

  • Kelantangan suara 20 markah

BAHAGIAN C - Disiplin




  • Ikut arahan dalam 10 markah

syarat-syarat pertandingan

-----------



50 markah

=======






JUMLAH KESELURUHAN:
A + B + C = 50 MARKAH










Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət