Ana səhifə

R II id kep Raden ra kep radiallahuanhu: Sayidina Umar al-Khatab ~. ra


Yüklə 0.78 Mb.
səhifə1/20
tarix26.06.2016
ölçüsü0.78 Mb.
  1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   20
r I huruf yg ke-18 abjad Rumi.

R II Id kep Raden.

ra kep radiallahuanhu: Sayidina Umar al-Khatab ~.

ra (rO) 1. huruf ke-10 abjad Arab (mempunyai nilai 200); 2. huruf ke-11 abjad Jawi.

Ra simbol kimia bagi radium.

Rab Ar yg empunya segala sesuatu (Allah).

RAB kep Republik Arab Bersatu.

raba I tekaan, agakan, dugaan, taksiran; salah ~ salah dugaan;

meraba, meraba-raba 1. menyentuh (memegang-megang, menjamah) kerana hendak merasai atau mencari sesuatu (dgn tidak melihat): serangga menggunakan sesungutnya utk ~ jalan; tuan Sutan meraba-raba mukanya kalau sungguh-sungguh ada lumpur terpalit; 2. mencari sesuatu pd tubuh orang (dlm saku dll), memeriksa orang utk mencari sesuatu: susahlah sedikit memeriksa perempuan yg lalu, takkan nak diraba seluruh tubuhnya; Amir ~ saku seluarnya dan mengeluarkan rokok; 3. meneka, mengagak (yg tidak terang), mencuba-cuba mendapatkan sesuatu: ia mencuba meraba-raba maksud kata-kata ibu tirinya; ia mencari-cari jawabannya sendiri, meraba-raba sendiri;

merabai meraba berkali-kali atau merata-rata: dia membiarkan dirinya diciumi dan dirabai;

teraba-raba 1. meraba-raba (memegang-megang); 2. tercari-cari (sesuatu yg terselindung dsb): sebelum mengucapkannya, mereka tentunya akan ~ utk mencari rumus pemakaiannya;

rabaan 1. sentuhan utk meraba(-raba); 2. agakan, dugaan, taksiran, tekaan;

peraba; alat ~ pancaindera utk merasa (dgn kulit), perasaan kulit, perasa.

raba II Mn; meraba marah;

peraba pemarah.

raba III; ~-rabu tergesa-gesa (ke sana ke mari).

raba IV Kd, bp getah pemadam.

rabab ark rebab.

rabah I sj burung yg biasa terdapat di hutan kecil, Criniger tephrogenys.

rabah II Br rebah, tumbang.

rabak koyak panjang atau besar, cabik-cabik; koyak ~ = rabik ~ banyak koyaknya;

merabak mengoyakkan, mencabik-cabikkan: oleh terlalu panas hatinya, maka dirabaknya baju orang itu.

raban; bahasa ~ ark bahasa (cakap) yg tidak tentu (tidak keruan), bahasa yg bercampur aduk;

meraban 1. mengigau, merepek; 2. berkelakuan (berperangai) tak tentu arah: ia pun berjalanlah ~ dgn tiada tentu arah tujuannya; jangan engkau ~ dlm kampung ini, nanti kepala engkau diketuk orang.

raba-raba; pokok ~ sj tumbuhan (pokok kecil), rawa, Mangifera macrophylla.

rabas Mn 1. air yg menitik dr daun sesudah hujan; hari ~ hari gerimis; hujan ~-~ hujan rintik-rintik, gerimis; 2. bertitikan (air, air mata, dll), berjatuhan, berguguran, berluruhan (buah-buahan dll).

rabat IB potongan drpd jumlah bayaran yg mesti dibuat, potongan kemudian.

Rabbana Ar Tuhan kami; ya ~ ya Tuhan kami.

rabbani Ar yg berkaitan dgn Tuhan, ketuhanan: generasi ~.

Rabbi Ar Tuhan yg memiliki diriku: ya Allah, ya ~.

Rabbulalamin Ar Tuhan empunya seluruh alam, Tuan (pemilik dan penguasa) seluruh alam.

Rabbulghafur Ar Tuan segala ampun, Tuhan Yang Maha Pengampun.

Rabbulizzati Ar Tuan segala kemuliaan (Allah).

Rabbuljalil Ar Tuan Yang Maha Mulia (Allah).

rabies (rabis) penyakit berjangkit (lazimnya menjangkiti manusia melalui gigitan anjing yg menghidapnya) yg mengakibatkan kelumpuhan pernafasan yg akhirnya membawa maut, penyakit anjing gila.

rabik pecah, robek (di tepi), cabik-cabik, rabak; carik ~ = robak-~ koyak-koyak (pecah-pecah); rabit.

rabit koyak, robek (memanjang): bibirnya ~; robat-~ koyak-koyak;

telinga ~ dipasang subang, kaki untut dipakaikan gelang, jari kudung dimasukkan cincin prb pemuliaan kpd yg tidak patut dimuliakan;

merabit mencabik panjang, merabik panjang: ~ muncung Mn berteriak keras-keras;

merabitkan menyebabkan rabit: ditariknya baju yg tersangkut pd cangkuk itu kuat-kuat sehingga ~ bahagian kolarnya; rabik.

rabitah, rabitat Ar 1. (per)ikatan, perkumpulan; 2. terikat (kpd guru).

Rabiulakhir Ar bulan keempat dlm tahun Hijrah yg mengandungi 30 hari.

Rabiulawal Ar bulan ketiga dlm tahun Hijrah yg mengandungi 29 hari.

rabu I Mn paru-paru; besar ~ Mn bodoh, dungu; dendeng ~ sj makanan drpd paru-paru; sakit ~ sakit paru-paru.

rabu II; ~ kembang a) sj tumbuhan (pokok renek), akar serimbung, julung jantan, Alchonea rugosa (javenis); b) sj tumbuhan (pokok renek), melur jawa, rompok setumpuk, Clerodendron fragrans.

Rabu III hari keempat dlm seminggu, selepas hari Selasa.

rabub (Muz) sj alat bunyi-bunyian bertali satu yg digesek, yg terdapat di kalangan kaum Kenyah di Sarawak.

rabuk I 1. sj cendawan (jamur); 2. bulu halus-halus yg terdapat pd pokok kabung (utk menghidupkan api dgn pemantik), kaul; 3. sesuatu yg menjadi bibit perselisihan dll;

sehabis ~ sehabis putaran prb kerja selesai wang pun habis; spt ~ dgn api prb mudah terjadi perkara yg kurang baik kalau didekatkan (jika gadis didekatkan dgn teruna).

rabuk II Jw baja, pupuk; ~ buatan = ~ garam baja (pupuk) buatan; ~ hijau pupuk hijau;

merabuk, merabuki memupuk, membaja: laksana tanaman yg sudah jadi, tidak perlu dirabuk-rabuk, tidak perlu disiram.

rabun I asap (drpd daun-daun, dupa, dll) utk mengasapi rumah (menghalau nyamuk, mengubati orang sakit, dll);

merabuni mengasapi (rumah, orang sakit, dll);

merabunkan membakar (daun-daun, dupa, dll) utk merabuni;

perabun daun-daun dll yg dibakar utk mengusir hantu syaitan dll.

rabun II kabur (kurang terang, kurang jelas): orang tua itu sudah ~ matanya; ~ ayam = ~ senja Mn a) buta ayam; b) samar muka;

~ dekat kabur melihat benda-benda yg dekat, hipermetropia; ~ jauh kabur melihat benda-benda yg jauh, miopia; ~ malam kabur pd waktu malam; ~ tua rabun kerana sudah tua;

berabun-rabun bermain tutup mata;

merabunkan menjadikan (menyebabkan) rabun, mengaburkan: serangan penyakit itu telah ~ matanya;

kerabunan perihal rabun, kekaburan: dia tidak diterima sbg juruterbang kerana ~ matanya.

rabung 1. puncak bumbung rumah; air pasang ~ pasang yg naik tinggi-tinggi; bercakap ~ bercakap besar (banyak); 2. jalur tanah tinggi yg panjang, barisan bukit, kemuncak bukit; 3. Kd terlalu ramah, bercakap banyak;

merabung membumbung tinggi, memuncak, meninggi; air pasang ~ air pasang rabung;

perabung, perabungan puncak atap rumah, puncak bumbung rumah; ~ limas (panjang) Id bumbungan rumah yg berbentuk limas (panjang);

berperabungkan mempunyai perabung: ruang tetamu bersiling tinggi yg berhiaskan kayu dan ~ konkrit.

rabut I lepas (lulus) kerana diragut;

merabut meragut, mencabut, merenggut.

rabut II; berabut Br tergesa-gesa, lekas, pantas.

racak Mn ark; meracak mengenderai, menunggang: aku ~ basikalku hendak pergi ke kedai.

racau I; meracau, meracau-racau bercakap dgn tidak tentu fasal (tidak keruan) ketika demam dll, mengigau: sepanjang sakitnya dia ~;

kemeracauan perihal meracau.

racau II Mn selalu bergerak-gerak, lincah, rencah.

racik I sj jerat utk menangkap burung;

tahan ~ burung tak masuk, burung biasa makan di tangan prb orang yg biasa bercampur dgn orang yg berakal itu susah hendak dikalahkan;

meracik menangkap burung dgn menggunakan racik;

peracik orang yg meracik burung: bapanya bukanlah ~ burung sepenuh masa.

racik II; meracik menghiris, memotong atau mengerat (timun, pinang, dll) tipis-tipis, menyayat (merajang) tipis-tipis;

racikan sesuatu yg sudah dihiris (dipotong dll) tipis-tipis, hirisan yg tipis-tipis;

peracik alat, spt pisau dsb, yg digunakan utk meracik sesuatu: kilang-kilang papan ini dilengkapi dgn peralatan spt gergaji gelung, pembelah dan ~.

racit  racik II.

racun 1. bahan yg berbisa dan boleh mematikan atau membawa maut (kalau dimakan dll): ia pun makan ~ lalu mati; ~ herba racun perosak yg digunakan utk menghapuskan atau mengawal pertumbuhan rumpai atau tumbuhan lain yg tidak dikehendaki; ~ kulat racun perosak yg digunakan utk membunuh atau menghalang pertumbuhan kulat; ~ perosak racun drpd bahan kimia yg digunakan utk membunuh perosak spt serangga dan rumpai; ~ serangga racun perosak yg digunakan utk membunuh serangga yg berbahaya pd manusia; 2. bahan yg berbisa dan boleh menyebabkan sakit: kuman tetanus ini berkembang biak dan mengeluarkan sj ~ yg menyebabkan tegang urat leher dan tulang rahang; 3. ki sesuatu yg merosakkan batin (fikiran dll): kerisauan menjadi ~ kpd kehidupan; perbuatan spt ini akan menjadi ~ kpd syarikat dan juga kpd ahli yg berkenaan; jikalau air ~, rembesnya pun ~ juga prb jika asal sesuatu itu buruk, nescaya keturunannya pun buruk juga;

beracun ada racunnya, mengandungi racun: gas yg ~; makanan yg ~;

meracun memberi makan racun (supaya mati): ia dituduh ~ anjing jirannya;

meracuni 1. membubuh racun pd: dia berteriak mengatakan aku ~ makanan itu; 2. mengganggu, mengusik, menggiurkan (hati): senyumnya ~ hati; 3. merosakkan, membinasakan: dia dikatakan ~ fikiran rakyat;

meracunkan meracun utk: dia ~ ibunya lalang yg tumbuh terbiar di sekeliling rumah;

keracunan kena racun, termakan racun; ~ makanan termakan makanan yg mengandungi unsur atau bahan beracun, mengidap penyakit atau berasa kesakitan kerana telah memakan makanan yg mengandungi unsur-unsur beracun atau bahan yg menyebabkan penyakit;

peracunan perihal meracun (meracuni);

peracun 1. orang yg meracun atau meracuni: perempuan boleh menjadi penawar dan perempuan juga boleh menjadi ~; 2. orang yg membuat racun.

racut; peracut bp sj penyakit spt bisul.

rad IB ark dewan, majlis; ~ agama ark mahkamah yg mengurus hal ehwal yg bersangkutan dgn hukum Islam (di Indonesia pd zaman penjajahan).

rada = rada-rada Jk agak, sedikit; ~ gila agak gila; kain-kain yg ~ halusan kain-kain yg agak halus.

radai I Mn kepak pd ikan, sirip.

radai II Mn ark; meradai 1. mengarak tabut; 2. meminta derma (sedekah).

radak I; beradak (berperang, berlawan, dll) tusuk-menusuk, tohok-menohok, tombak-menombak;

meradak 1. menusuk (menohok, menombak) dgn lembing dll (dr bawah dll): sakit meradak-radak; 2. bk makan dgn lahap;

meradakkan menusukkan tombak dll: keris itu dapat juga diradakkan ke dadanya; ~ diri merempuh, menyerbu.

radak II; meradak 1. berjalan melanggar; 2. menyerang, menyerbu.

radang 1. panas badan, gerah, meriang, palak; naik ~ marah sungguh, panas hati, geram; 2. (Ubat) keadaan sesuatu bahagian badan atau organ menjadi bengkak, merah, panas, gatal dan sakit akibat jangkitan atau kecederaan: ~ paru-paru;

~ lidah penyakit bengkak-bengkak pd lidah (kerana kekurangan vitamin B2); ~ paru-paru sakit bengkak pd paru-paru, pneumonia; ~ tenggorok bengkak pd tenggorok, bronkitis; sakit ~ penyakit yg disebabkan oleh bengkak;

meradang 1. radang: badannya ~; 2. naik radang, marah sungguh, panas hati: banyak orang yg ~ dan marah-marah apabila menerima surat dr pejabat kerajaan yg ditulis dlm bahasa Inggeris;

meradangkan marah kpd, panas hati kpd: apa yg kauradangkan?

keradangan 1. perihal radang, kemarahan: dlm pertemuannya nanti, dia akan dapat melepaskan kegeraman dan ~nya; 2. (Ubat) (keadaan) radang: jangkitan kuman pd saluran pernafasan mengakibatkan ~ dan kebengkakan di saluran telinga tengah;

kemeradangan perihal meradang;

peradangan berkaitan dgn, menyebabkan jadi, atau cenderung menimbulkan radang (bkn penyakit): hepatitis adalah penyakit ~ di bahagian hati;

peradang orang yg lekas panas hati (lekas marah): dia memang ~ benar orangnya.

radar alat utk mengesan arah dan jarak jauh kapal (kapal terbang dll) dgn gelombang radio.

radas alat, perkakas: makmal merupakan woksyop yg istimewa dan di dalamnya ada perkakas sains atau ~;

beradas menggunakan radas, ada radas: permanian ~ dijalankan terhadap binatang utk mendapatkan baka yg lebih baik.

raden (radén) Jw 1. gelaran putera dan puteri raja; 2. panggilan atau sebutan keturunan raja (yg sudah jauh);

~ ajeng gelaran anak perempuan bangsawan; ~ ayu gelaran wanita bangsawan (yg telah bersuami); ~ mas gelaran anak laki-laki bangsawan.

rades (radés) IB sj lobak, lobak cina (putih), Raphanus sativus radicula.

radi Ar; sudi dan ~ sudi dan rela hati.

radiallahuanhu Ar moga-moga Allah memberi keredaan kepadanya (disebut sesudah menyebutkan nama khalifah Abu Bakar, Umar, Othman, dan Ali).

radian unit ukuran sudut satah pd bulatan (satu radian = 57.296 darjah).

radiator alat utk menyejukkan enjin kereta dll dgn menggunakan air yg beredar dan kipas.

radif Ar, sl sajak (persesuaian bunyi).

radikal 1. secara menyeluruh (tidak sedikit-sedikit atau terbatas), secara yg menjejaskan (mengubah dsb) aspek atau sifat asas sesuatu: perubahan yg ~ dlm adat resam sosial, politik, ekonomi, dan estetik; manusia boleh berubah dgn ~; 2. memperjuangkan (menyokong atau cenderung kpd) perubahan-perubahan dasar pd bidang atau keadaan politik (ketatanegaraan, ekonomi, sosial, dll): parti yg akan dibentuknya itu berhaluan lebih kiri drpd UMNO sekira-kira dapat mempengaruhi golongan ~ dlm parti itu; 3. = ~ bebas (Kim) atom atau kumpulan atom yg mempunyai elektron luar yg tidak berpasangan, lazimnya sangat reaktif;

meradikalkan menjadikan sesuatu radikal: proses ~ garis perjuangan pragmatis kesatuan sekerja yg tradisional;

keradikalan perihal (sifat) radikal: tidak ada seorang pun yg melebihi pengalamannya dan tidak ada pula yg melebihi ~nya.

radikalisme 1. fahaman (kepercayaan) yg radikal dlm politik; 2. fahaman (aliran) yg menginginkan perubahan yg mendadak dlm arena politik dan sosial.

radikel (Bio) bahagian embrio biji benih yg akan berkembang menjadi akar utama.

radin ark padi ~ sj padi (ringan), padi cere, Oryza sativa.

radio 1. pemancaran (penghantaran, pengiriman, siaran) bunyi dll menerusi udara: baginda akan berucap kpd rakyat melalui ~ ; 2. = pemancar ~ tempat memancarkan bunyi dll menerusi udara, tetuang udara: warta berita dr ~ Malaysia; Jepun dgn perantaraan ~nya beberapa kali memberitakan kapal itu tenggelam; 3. = pesawat ~ = peti ~ alat perkakas utk menerima (menangkap) siaran menerusi udara: dr ~nya terdengar lagu-lagu instrumental yg lembut;

kereta ~ kereta peronda polis yg mempunyai sistem radio; ~ transistor radio kecil yg mudah dibawa ke mana-mana;

meradiokan menghebahkan (mengumumkan, menyiarkan) melalui radio.

radioaktif berkaitan dgn atau mengandungi bahan (mis uranium, radium, dll) yg menghasilkan sinar (alfa, beta, dan gama) yg sangat kuat dan berbahaya;

keradioaktifan sifat nuklid yg secara spontan memancarkan sinaran yg mengion.

radiobiologi cabang biologi yg berkaitan dgn kajian tentang kesan sinaran terhadap organisma dan penerapan teknik radiologi dlm proses biologi.

radioekologi kajian tentang kesan sinaran terhadap spesies tumbuhan dan haiwan dlm komuniti semula jadi.

radiogenik (radiogénik) (Fiz) bkn sesuatu yg terhasil drpd pereputan radioaktif: haba ~.

radiograf gambar X-ray.

radiografi (Ubat) penggambaran struktur dlm tubuh pd filem dgn menggunakan sinar-X atau sinar lain.

radiogram 1. = peti ~ peti nyanyian yg digabungkan dgn radio utk memainkan piring hitam; 2. Id telegram yg dihantar melalui radio, berita melalui radio.

radioimunologi penggunaan unsur radioaktif spt sinar-X dlm proses imunologi.

radiokarbon sj karbon yg radioaktif yg terdapat dlm bahan organik, biasanya digunakan sbg penyurih utk menentukan struktur dalaman, mis sistem dlm tubuh, atau menentukan usia sesuatu bahan organik kuno.

radiokardiografi pengukuran aliran darah berlabel radioaktif yg melalui jantung dgn menggunakan pengesan Geiger-Muller.

radiokimia bidang kimia yg berkaitan dgn bahan radioaktif.

radiokoloid bahan radioaktif dlm keadaan koloid.

radiologi cabang ilmu perubatan yg melibatkan penggunaan unsur (tenaga) radioaktif dlm pemeriksaan dan perawatan sesuatu penyakit.

radiometer (radiométer) alat utk mengukur atau mengesan tenaga sinaran.

radiometri (radiométri) kaedah analisis yg berdasarkan pengukuran sinaran.

radionuklid (Fiz) nuklid yg tidak stabil dan mengalami pereputan radioaktif semula jadi.

radiosond alat yg dibawa ke angkasa dgn belon khas yg digunakan utk menentukan suhu, tekanan, kelembapan bandingan dsb yg berlaku dlm lapisan atmosfera atas dan menghantar balik data ke stesen pencerapan di bumi.

radiotelegrafi (radiotélégrafi) sistem komunikasi telegraf yg menggunakan pemancaran gelombang radio.

radioterapi (radiotérapi) kaedah rawatan penyakit dgn menggunakan pancaran sinar spt sinar-X dll.

radiotermi (Ubat) rawatan penyakit dgn menggunakan haba yg dihasilkan oleh sinaran elektromagnet.

radiotropisme tindak balas tumbuhan atau organisma terhadap sinaran elektromagnet.

radium (Kim) sj unsur logam yg radioaktif yg terdapat semula jadi dlm bijih uranium dan digunakan dlm bidang perubatan, radiografi, cat berkilau, dll.

radius IB 1. sinar; 2. garis dr pusat ke keliling lingkaran, jejari (jari-jari).

radom (Fiz) penutup atau pelindung antena radar, terutamanya pd bahagian muncung pesawat udara, yg diperbuat drpd bahan yg boleh ditembusi oleh gelombang radio.

radon (Kim) sj unsur gas yg radioaktif.

radu Br bajak, tenggala.

radung; meradung melanggar, merempuh (dawai, pagar, dll);

teradung terlanggar.

radup; jahit ~ sj jahitan pd lipatan, jahit sembat.

rafak Ar naik;

merafakkan mengangkat: ~ sembah.

rafidi Ar ajaran agama yg terkeluar drpd dasar asalnya (kaum Syiah dll).

rafia 1. sj pokok palma, Raphia ruffia, yg pelepah daunnya menghasilkan serat yg boleh dibuat tali, tikar dsb; 2. serat drpd pelepah (daun) pokok rafia yg digunakan utk membuat tali, tikar, bakul, dsb.

rafik I Ar tinggi, mulia.

rafik II Ar kawan, sahabat, taulan (yg karib).

raga I 1. sj bakul yg diperbuat drpd bilah (rotan dll) utk mengisi barang dll: ia pergi ke pasar, tangannya membimbit ~; 2. buah ~ sj bola yg dianyam drpd rotan; bermain sepak ~ bermain raga dgn menyepaknya dan menjaga supaya jangan jatuh ke tanah; (bermain) sepak ~ jaring bermain raga dgn menggunakan jaring;

meraga sbg raga, kasap, berserabut.

raga II Jw badan: seolah-olah jiwa seni yg ada pd ~ Abdul Aziz dulu sungguh-sungguh telah bertukar; jiwa dan ~.

raga III; raga-raga sl, beraga, meraga memperlihat-lihatkan (menunjukkan) diri, berlagak, sombong, menyombongkan dirinya: akan kita ~ dgn bermain;

memperagakan 1. mempamerkan (kpd bakal pembeli dll), menunjukkan (barang dagangan) kpd orang ramai: peruncit harus menggunakan segala ruang dlm kedainya dgn sebaik-baiknya utk ~ barangannya; 2. memperlihat-lihatkan kebagusan diri (pakaian dll), mempamerkan, menunjuk-nunjukkan, melagakkan: gadis-gadis berjalan ke sana ke mari ~ pakaian mereka; 3. menunjuk-nunjukkan (kekayaan dll);

peragaan perbuatan memperagakan sesuatu;

peraga orang yg suka memperagakan diri, pesolek.

ragah I; beragah-agah  agah I.

ragah II Pr tegap badan (manusia).

ragam I 1. tingkah, cara, laku, olah: aku menjunjung sekotak pinggan dan kawan-kawan yg lain masing-masing dgn ~nya; 2. jenis, macam: dlm masyarakat ada berbagai-bagai ~ manusia; aneka ~ berbagai-bagai jenis; serba ~ serba macam; 3. lagu, langgam: maka gendang pun dipukul oranglah tujuh ~, dan pd se~ sekali

nafiri berbunyi; ahli ~ ark ahli muzik; 4. corak, ragi, warna: kain yg cantik ~nya; ~ bahasa variasi bahasa berdasarkan penggunaannya, yg berkaitan dgn situasi (tajuk pembicaraan, bidang, dll) yg tertentu; banyak orang banyak ~nya prb banyak orang banyak tingkahnya (fiilnya, lakunya);

seragam 1. sama potongan dan warnanya (bkn pakaian dll), sama sahaja (ciri-cirinya, peraturannya, dll): pakaian ~; 2. sesuai, sepakat; ~ sebau sehati (suami isteri dll);

menyeragamkan menjadikan seragam: ~ ejaan Rumi bahasa Malaysia-Indonesia;

keseragaman perihal (keadaan dsb) seragam: ~ bentuk; ~ warna;

penyeragaman perbuatan menyeragamkan: ia akan dapat berusaha ke arah ~ bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia;

beragam; beragam-ragam berbagai-bagai, bermacam-macam, berwarna-warna: masyarakat yg digaulinya jauh lebih ~ dan luas drpd masyarakat zaman ayahnya; ramai ~, rimbun menyelara prb setiap orang ada kemahuan (fikiran, kegemaran, dll) sendiri;

meragam 1. menyanyi (bernyanyi, berlagu); 2. mewarnai; 3. bp berkelakuan (berperangai) tidak tentu hala (tidak dapat diteka): kereta buruk yg ~; gadis itu terus-menerus ~;

meragamkan menjadikan beragam, membuat (mengubah dsb) supaya menjadi berbagai-bagai atau tidak serupa sahaja: mereka tahu ~ masakan utk hidangan sehari-hari;

keragaman 1. perihal berjenis-jenis ragam: orang yg begini membawa sekali ~ yg beraneka juga; 2. = ~ jiwa keadaan (jiwa).
  1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   20


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət