Ana səhifə

M II kep meter. M kep Masihi; 1959~ tahun 1959 Masihi ma


Yüklə 0.79 Mb.
səhifə1/18
tarix26.06.2016
ölçüsü0.79 Mb.
  1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   18
m I huruf ke-13 abjad Rumi.

m II kep meter.

M kep Masihi; 1959~ tahun 1959 Masihi.

ma Pr semua; saya ~ kita; dia ~ mereka.

MA kep Master of Arts (Sarjana Sastera).

maab Ar ark tempat kembali.

maaf 1. kerelaan melepaskan atau membebaskan seseorang drpd hukuman atau denda kerana sesuatu kesalahan (kekeliruan dsb), ampun: Omar meminta ~ drpd bapanya; memberi ~ mengampuni; 2. = maafkanlah ampunilah: ~ sahajalah budak itu, dia masih belum tahu apa-apa; minta ~ minta diampuni;

bermaaf-maafan saling memberi ampun: Ros mengesat air matanya setelah ~ dgn Jamilah;

memaafi memberi ampun (maaf) kpd, mengampuni: sekali dua dia boleh dimaafi;

memaafkan mengampunkan kesalahan (kesilapan dll), tidak menganggap salah dll lagi: sudilah kiranya engkau ~ kesalahanku lahir batin, dunia akhirat;

permaafan perihal bermaaf-maafan;

pemaaf 1. orang yg rela memberi maaf (memaafkan); 2. bersifat suka memaafi atau memaafkan: dia seorang dermawan yg merendah diri, khusyuk, dan ~.

maahad Ar tempat atau pusat pembelajaran agama Islam: aku berminat utk belajar di ~ itu, tetapi terpaksa menghadapi satu ujian kelayakan utk belajar di situ; ~ tahfiz pusat pengajian utk menghafal dan mengkaji al-Quran.

maakul Ar masuk akal (fikiran), berdasarkan akal (fikiran), logik, munasabah: tiap-tiap orang yg menentang cadangan itu mempunyai alasan yg ~ dan kuat pula.

maakulat Ar ilmu pengetahuan berkenaan sesuatu yg ghaib (dgn berdasarkan akal fikiran), metafizik.

maalaf Ar ark tempat utk mengisi makanan kuda dll, palung.

maal hijrah Ar majlis yg diadakan sempena mengingati dan mengambil pengajaran drpd peristiwa hijrah Rasulullah (diadakan pd bulan Muharam).

MABBIM akronim bagi Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia.

mabir; tabir-~; tabir.

MABM kep Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu.

mabrur Ar diterima Allah: haji ~.

mabuk 1. pening kepala (hilang ingatan, tidak sedarkan diri, dsb) kerana meminum minuman keras atau makan gadung dsb: Ali dimarahi isterinya kerana pulang ke rumah dlm keadaan ~; 2. ki sangat suka (gemar) akan sesuatu ... terlalu sangat asyik (berahi): maka Tuanku Malim Dewana pun asyik dan ~lah melihat permainan ayahnya itu;

~ agak-agak (kira-kira) suka duduk berangan-angan sahaja (satu kerja pun tidak dibuatnya); ~ andan tergila-gila kerana hendak kahwin; ~ asmara (berahi, cendawan, cinta) hilang akal atau spt gila (kerana jatuh cinta dll); ~ bunga raya mabuk dgn muka berwarna merah; ~ bunga selasih terlalu mabuk (hingga tidak dapat berdiri dgn tegak); ~ darah a) pening kepala kerana melihat darah; b) pengsan kerana banyak kehilangan (keluar) darah; c) mengamuk setelah melihat darah; d) suka menumpahkan darah orang; ~ gunung berasa pening kerana udara agak tipis (di tempat-tempat yg tinggi, pergunungan, dll); ~ hamil rasa loya-loya, pening dsb, biasanya pd sebelah pagi, yg dialami pd peringkat awal kehamilan; ~ kecubung a) pening kepala kerana memakan biji kecubung; b) ki sangat berahi sehingga lupa akan hal-hal lain; ~ kepayang (kesmaran) fikiran terganggu (seakan-akan gila) sebab jatuh cinta dll; ~ laut (ombak) pening dan muntah-muntah dlm pelayaran (dgn kapal atau perahu); ~ tahi telinga menjadi bingung kerana mendengar bermacam-macam percakapan orang; ~ udara pening kerana naik kapal terbang;

~ di enggang lalu prb tertarik hati kpd orang yg tidak dikenali; spt orang ~ gadung prb sangat pucat;

dimabuk diganggu atau terganggu oleh sesuatu (fikiran dll): kerana telah banyak sangat ~ asmara, pekerjaan Mansor mulai kelihatan mundur;

~ angan-angan gelisah hati (kerana sangat memikirkan sesuatu dll); ~ bayang-bayang mengalami cinta yg tidak berbalas; ~ nasib berasa sangat sedih kerana memikirkan nasibnya;

dimabuki diganggu oleh: selama tujuh tahun darwis itu ~ sakit cinta;

memabukkan menjadikan (menyebabkan) mabuk: minuman yg ~;

kemabukan sedang mabuk, dlm keadaan mabuk: dia sudah spt orang yg benar-benar ~, tidak peduli apa di hadapannya;

pemabukan proses menjadi mabuk: bahaya ~ akibat arak atau dadah;

pemabuk (orang yg) selalu mabuk.

mabung sj ikan laut, Rastrelliger kanagurta.

mabur Jk lari,terbang.

Mac bulan ketiga dlm tahun Masihi yg mengandungi 31 hari.

macam 1. keadaan sesuatu benda, bangsa, jenis, rupa: kain ini ada dua ~; 2. laksana, seperti, umpama: ~ rusa masuk kampung; 3. cara, kaedah: walau ~ mana sekalipun, ia mesti berjumpa dgn orang tuanya; apa ~ a) = ~ apa (mana) bagaimana; b) apa pendapatmu?

semacam 1. sebangsa, sejenis: 2. sebagai, serupa, seperti: adakah orang ~ saya menaruh khianat di dlm hati;

bermacam berbagai(-bagai);

bermacam-macam, macam-macam berbagai-bagai, berjenis-jenis, berupa-rupa;

mempermacam-macamkan memperbuat dll bermacam-macam.

macan Jw harimau; ~ loreng harimau belang; ~ tutul harimau akar;

memacani mempertakuti, menakut-nakutkan;

macanan, macan-macanan sj permainan anak-anak.

macang bp embacang.

macat macet.

macet Jk 1. tidak lancar, sendat, serat: satu kali lagi hendak dilepaskan tembakan tapi pistolnya ~; 2. ki terhenti, kandas, terbengkalai: kalau kita ditangkap, usaha kita akan ~;

kemacetan hal (keadaan) macet: impian manusia utk keluar drpd ~ hidup yg dirasakan terbelenggu oleh tradisi.

Machiavellianisme (machiavéllianisme) fahaman (prinsip) politik yg menekankan ciri orang yg suka mengambil kesempatan (oportunis), bersifat licik, dan pandai menipu.

macho maco.

macis mancis.

maco bp tampak sifat kelelakiannya sama ada dr segi penampilan, perawakan dsb.

macuk sj permainan judi Cina (dimainkan di atas meja oleh empat orang pemain dgn menggunakan balak-balak kecil).

mad Ar pemanjangan bunyi, bunyi pendek dijadikan bunyi panjang;  maddah.

mada 1. Mn tidak ada perasaan, tebal telinga; 2. bp bodoh.

MADA akronim bagi Muda Agricultural Development Authority (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda).

madah I 1. kata yg terutamanya digunakan utk puji-pujian: Ramlah tersipu-sipu mendengar ~ Tuan Penghulu itu; 2. sl perkataan;

berpanjang ~ berkata (menghuraikan dll) dgn panjang lebar; pendek ~ pendek kata, pendeknya;

bermadah 1. bersyair dll dgn memuji-muji, memuji-muji: saya ~ spt pujangga, dia membisu sahaja; 2. berkata: senang manusia berkata apa yg disukainya tanpa memikirkan akibat atau padahnya, senang mereka ~;

memadahkan mengucapkan, mengatakan: madahkan juga barang hajat tuan.

madah II Pn menjemput orang (utk majlis perkahwinan).

madali sl sj alat bunyi-bunyian.

madam nyonya.

madang selalu, kerap.

madani Ar maju dr segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan (bkn masyarakat, generasi dsb): usaha utk membentuk masyarakat ~ dgn menyemaikan nilai-nilai murni kekeluargaan; kurikulum itu juga terarah kpd pembinaan masyarakat ~.

madar Mn ark  mada.

madat I 1. candu yg belum dimasak; minum ~ menghisap madat; rumah ~ tempat orang membeli dan menghisap madat; 2. segala jenis dadah (spt ganja, morfin, heroin, candu, dsb) yg disalahgunakan oleh penagihnya;

bermadat menghisap madat;

pemadatan 1. perihal menghisap madat; 2. Jk biasa melakukan sesuatu yg tidak sopan (kurang baik dll);

pemadat orang yg biasa (ketagih) menghisap madat: orang yg ~ itu semuanya kurus kering.

madat II sl 1. menara tempat orang berkawal; 2. dinding atau tembok yg letaknya di menara dll dan diberi berlubang-lubang (digunakan utk menembak).

maddah Ar tanda bunyi panjang pd tulisan Arab; mad.

maddi Id kebendaan (yg berupa benda): hukum~.

madgad kepingan besi, plastik, dsb yg dipasang menutupi roda basikal, motosikal, dll utk mencegah percikan lumpur, air, dll;

bermadgad mempunyai (memakai, dilengkapi dgn) madgad: basikal tua tidak ~ yg tersandar di tiang tengah diheretnya keluar halaman.

madrasah Ar 1. tempat belajar (terutama bkn agama Islam), sekolah, perguruan; ~ jamiah sekolah (perguruan) tinggi, universiti; 2. surau, langgar.

madu I 1. cecair manis yg terdapat dlm sarang lebah dan bunga, manisan: ~ lebah; ~ bunga; gula dan ~ disangka manis, manis lagi senyummu tuan; 2. ki manis benar (senyuman dll); senyum ~ senyuman yg manis benar;

~ satu tong, jikalau rembes, rembesnya pun ~ juga prb jika baik asalnya, keturunannya pun baik juga; dlm ~ berisi hempedu prb jangan mudah percaya akan perkataan yg manis-manis kerana biasanya berisi tipu daya yg jahat; di luar bagai ~ , di dlm bagai hempedu prb tipu muslihat biasanya dilakukan dgn perkataan yg lemak manis; laut ~ berpantaikan sakar prb perkataan manis yg keluar drpd mulut orang yg elok rupanya.

madu II 1. wanita lain yg menjadi isteri kpd suami sendiri, 2. ki saingan dlm percintaan;

bermadu mempunyai madu (bkn isteri yg suaminya beristeri lagi): di negerinya ~ itu sudah lazim terbiasa, tersimpul dlm adat; dia minta cerai jika saya kahwin lagi, ~ itu pahit baginya;

memadu memadukan: Usinah yg tidak mahu dimadu, diceraikannya;

memadui 1. menjadi madu kpd, bermadu dgn; 2. memberi bermadu (suami terhadap isterinya);

memadukan menjadikan sbg madu: isterinya tidak rela dimadukan;

mempermadukan menjadikan (membiarkan) bermadu dgn: seboleh-bolehnya, jangan sampai Ramlah dipermadukan;

permaduan 1. perihal bermadu: masa dlm tangan mandur besar dahulu, enam orang madu saya, dlm ~ itulah saya abang ambil; 2. perihal beristeri lebih drpd satu pd satu ketika (laki-laki), poligami: ~ dianggap kolot sekarang ini.

madu III; ~ mancung Id perhubungan dua sisi yg merupakan sudut.

madukara 1. sl lebah; 2. = kain ~ sj kain sutera yg disulam dgn benang emas.

maesan (maésan)  mesan.

mafela skarf yg dililitkan pd leher utk mengurangkan kesejukan.

mafhum Ar 1. sudah mengerti (maklum, tahu), sudah faham: ~lah baginda akan surat Yang Dipertuan itu; 2. pengertian;

memafhumi mengerti, mengetahui, memahami.

mafia pertubuhan haram yg menjalankan kegiatan jenayah dan keganasan.

mafsadah Ar kerosakan, kebinasaan, kehancuran: menolak ~ haruslah didahulukan drpd mengambil maslahah.

magal sj tumbuhan (pokok), Sarcocephalus hirsutus.

magang I orang yg bakal atau calon menjadi pegawai (tetapi masih belum menerima gaji): dia mula-mula bekerja sbg ~ .

magang II 1. terlampau masak (buah-buahan), ranum; 2. hampir masam kerana mengalami perubahan kimia (bkn nira, tapai dsb);

memagang membuat (memproses) sesuatu supaya jadi magang, menapai (tapai dll);

pemagangan perihal memagang.

magasawih sj tumbuhan (pokok) dlm famili Sonneratiaceae, berembang bukit, magas dan tagahas (Sabah), sawih (Sarawak), Duabanga spp.

magazin 1. sj kotak berisi peluru yg digunakan pd senjata api: pihak polis telah merampas senapang itu bersama dgn dua ~ pelurunya; 2. tempat mengisi kartrij filem dlm kamera.

magel Jk 1. belum masak benar (buah-buahan), mengkal; 2. ki belum sempurna pengetahuan, belum begitu pandai.

magenta (magénta) (warna) ungu kemerah-merahan, merah tua, merah lembayung.

MAGERAN akronim bagi Majlis Gerakan Negara.

magersari Jw 1. orang yg berumah dlm kawasan rumah orang lain; 2. ark orang yg membantu orang-orang yg berpindah dr satu tempat ke tempat yg lain.

maghfirat Ar ampun, maaf.

maghrib Ar 1. tempat arah matahari terbenam, barat: lalu dilempar oleh Selampit sebelah badannya ke masyrik dan sebelah badannya ke ~; 2. = waktu ~ waktu terbenam matahari sehingga hilang cahaya merah di ufuk barat; sembahyang ~ sembahyang fardu pd waktu maghrib.

maghribi Ar dr sebelah barat, termasuk sebelah barat (Moroko dll).

maghrur Ar sombong, angkuh.

magi IB ilmu ghaib.

maging; binatang ~ binatang (spt harimau, anjing, beruang, dsb) yg memakan daging, karnivor.

magis luar biasa dan mengandungi (mempunyai) keupayaan dsb yg tersembunyi, ghaib: kisah kehidupan di angkasa raya dgn kekuasaan ~ atau yg berunsurkan tahyul; mengikut Winstedt, raja itu juga mempunyai kuasa ~.

maglub Ar ark kalah, takluk.

magma batuan lebur (panas) yg terdapat di bawah kerak bumi yg apabila menyejuk menjadi batuan igneus.

magnalium (Kim) aloi aluminium dan magnesium.

magnesium (magnésium) (Kim) sj unsur logam yg ringan, mulur, berwarna putih keperakan, dan terbakar dgn cahaya putih berkilauan dan digunakan dlm membuat aloi ringan;

~ hidroksida sebatian magnesium dan air; ~ klorida sebatian magnesium dan klorin; ~ oksida sebatian magnesium dan oksigen.

magnet (magnét) sj besi yg mempunyai daya menarik logam-logam lain, besi berani, semberani;

~ kekal (Fiz) sj magnet yg kekal bermagnet walaupun medan magnet yg menghasilkannya itu sudah tiada; ~ ladam magnet yg berbentuk ladam; ~ sementara (Fiz) bahan yg bertindak sbg magnet hanya apabila bahan itu berada dlm medan magnet;

bermagnet mempunyai (ciri) magnet: kunci ~;

memagnetkan menjadikan (sbg) magnet;

termagnet telah menjadi magnet;

magnetan, kemagnetan perihal magnet; pemagnetan proses memagnetkan sesuatu.

magnetik (magnétik) mempunyai sifat magnet.

magnetisme (magnétisme) (sains tentang) fenomena dan sifat kemagnetan.

magnetit (magnétit) bijih besi yg magnetik.

magneto (magnéto) (Kej) sj dinamo yg mengeluarkan api dlm sistem pencucuhan sesuatu enjin pembakaran dalam.

magnetometer (magnétométer) (Fiz) alat utk mengukur keamatan dan arah medan magnet.

magnetosfera (magnétosféra) (Ast) kawasan di sekeliling planet yg dipengaruhi oleh medan magnet planet berkenaan.

magnetron (magnétron) alat yg menghasilkan gelombang mikro apabila dibekali voltan tinggi.

magnitud besarnya, pentingnya, atau banyaknya sesuatu.

magnolia sj pokok dr genus Magnolia yg bunganya besar, berwarna putih, kuning atau merah jambu, wangi dan kelihatan spt berlilin.

magun dipasang tetap pd perahu (spt kajang, tingkap, bilik, kurungan di buritan perahu tempat jurumudi, dll): tingkap ~; ~ angin tingkap pd perahu utk memasukkan udara atau cahaya; kajang ~ kajang yg sentiasa dipasang pd perahu.

mah I singkatan bagi maha; ~raja maharaja.

mah II (Sunda) kata utk menguatkan perkataan atau ayat di depannya, bukankah.

maha yg teramat, sangat, amat: M~ Besar; M~ Esa; M~ Berkuasa; M~ Mengetahui; M~ Mulia; M~ Suci.

maha- awalan asing besar, tertinggi, mis mahaguru dan mahasiswa.

MAHA akronim bagi Malaysian Agri-Horticultural Association (Persatuan Pertanian dan Perkebunan Malaysia); pertunjukan ~ pertunjukan hasil pertanian dan perkebunan serta pekerjaan tangan.

mahabbah Ar kasih sayang, percintaan.

mahadewa (mahadéwa) 1. sl Betara Siwa; 2. dewa yg tertinggi.

mahadewi (mahadéwi) 1. Betari Surga; 2. ki sebutan utk puteri atau permaisuri.

Mahadper Id kep Mahkamah Angkatan Darat dlm Perang.

Mahaduta ark duta besar;

permahadutaan ark kedutaan besar.

mahaguru 1. guru yg tertinggi pangkatnya di perguruan tinggi atau universiti, profesor; 2. ketua sesuatu kumpulan silat.

mahahakim hakim besar.

mahajana I ark orang besar (orang yg terkenal dll).

mahajana II orang ramai (umum).

mahakarya karya agung yg dihasilkan oleh pujangga (ahli falsafah dll) pd sesuatu zaman, karya terbaik yg gemilang atau karya yg dicipta drpd daya intelek dan daya kreativiti yg tinggi.

maha kuasa sangat berkuasa (tidak ada bandingannya);

kemahakuasaan perihal (keadaan, sifat) maha kuasa: orang-orang yg percaya akan ~ Allah.

mahal 1. tinggi harganya, lwn murah: kain jenis itu memang ~; 2. susah hendak mendapatnya, sukar, tidak mudah, jarang ada: dlm negeri Melaka terlalulah ~ orang yg tahu menulis dan mengarang barang suatu;

~ dibeli, sukar dicari = ~ tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta prb sesuatu yg sangat sukar diperoleh;

memahalkan 1. membuat (menjadikan) mahal, menaikkan harga; 2. meletakkan harga yg terlalu tinggi (lebih drpd sepatutnya), menghargai lebih drpd sepatutnya;

kemahalan 1. kenaikan harga (barang-barang dll), masa barang-barang mahal; 2. bp terlalu mahal; tunjangan ~ Id tambahan kpd gaji disebabkan harga barang-barang mahal;

pemahal yg menyebabkan jadi mahal: Ramlah tidak mempedulikan keindahan rupanya kalau hanya sekadar ~ harga dirinya.

mahamenteri sl ketua menteri (tetapi di bawah bendahara).

mahameru (mahaméru) sl gunung tempat tinggal segala dewa.

mahang sj tumbuhan (pokok kecil), Macaranga spp.; jenis-jenisnya: ~ api, ~ bayan, ~ bulan, ~ putih, dll.

mahaputera Id gelaran yg diberi kpd warganegara yg sangat besar jasanya terhadap negara.

mahar Ar = ~ kahwin mas kahwin (yg diberi kpd pengantin perempuan); membayar ~ memberi mas kahwin.

maharaja 1. raja besar; 2. sl gelaran atau sebutan bagi orang besar: Bendahara Seri M~; nikah M~ Boma prb nikah tanpa belanja;

kemaharajaan perihal maharaja: semua negara Asia Pasifik pernah berada di bawah pengaruh besar ~ itu.

maharajalela (maharajaléla) sl (gelaran yg diberi kpd) kepala menteri yg tugasnya memenggal kepala orang yg bersalah kpd raja;

bermaharajalela, bersimaharajalela, merajalela 1. berbuat sesuka hati (sewenang-wenang): lanun-lanun ~ di daerah itu; 2. berkecamuk, berjangkit dgn hebat (penyakit dll): penyakit taun ~ setelah peperangan itu; 3. menjadi-jadi: tindas-menindas terus berlaku, kekejaman ~;

kemaharajalelaan perihal bermaharajalela; merajalela.

maharana sl perang besar.

maharani sl raja perempuan, ratu, permaisuri.

maharesi, maharishi sl pendeta yg suci.

maharupa sl terlalu cantik (indah).

mahasiswa pelajar (penuntut) di universiti;

kemahasiswaan hal yg berkaitan dgn mahasiswa: apakah yg menghalang siswi turut aktif dlm kerja ~ ini?

mahasiswi mahasiswa perempuan.

mahasitua bp panggilan utk mahasiswa yg sudah berumur (biasanya bagi yg mengikuti kursus sarjana muda).

mahatma jiwa besar (gelaran yg diberi kpd mendiang Gandhi sbg pemimpin India).

mahatur = paduka ~ sl gelaran yg diberi kpd salah seorang drpd isteri raja Jawa zaman dahulu.

mahbub Ar yg dikasihi (lelaki).

mahbubah, mahbubat Ar yg dikasihi (perempuan).

mahdi Ar pemimpin, penunjuk jalan; al ~ = imam ~ pemimpin yg akan muncul utk membersihkan dunia ini drpd dajal (ketika hampir kiamat).

maherat (mahérat) ark hilang, menghilangkan diri;  mairat.

mahesa (mahésa) sl kerbau (juga dipakai utk nama orang).

maheswara (mahéswara) sl dewa Siwa;  mahadewa.

mahfuz Ar yg sudah dihafazkan, tersemat dlm hati (ingatan); loh al ~; lohmahfuz.

mahing Mn ark bau yg sangat busuk.

mahir terlatih utk mengerjakan sesuatu, cekap, lancar, pandai: orang Cina itu masih belum ~ berbahasa Melayu;

memahiri melatih diri supaya mahir dlm sesuatu bidang dsb: agak sukar bagi peserta jika tidak memiliki atau ~ kepandaian tertentu, spt kreativiti atau kemahiran menggunakan komputer; penguasaan bahasa bukan sekadar ~ aspek linguistik sesebuah bahasa;

memahirkan melatih seseorang supaya cekap, mempelajari dgn sungguh-sungguh supaya mahir: pelajar akan didedahkan pd latihan yg dapat ~ mereka dlm menghadapi peperiksaan sebenar;

kemahiran kecekapan, kepandaian: ~ Fernando tentang pelayaran telah diketahui oleh mereka;

berkemahiran mempunyai kemahiran, mahir: dan tentu ramai calon di situ yg lebih ~, lebih layak, fikirnya.

mahjung sj permainan judi orang Cina.

mahjur orang yg tidak dibolehkan oleh syarak membahagi-bahagikan hartanya kerana bodoh, muflis, sifat boros (mubazir), atau tidak berakal.

mahkamah tempat membicarakan kes undang-undang, dewan atau majlis pengadilan;

~ agung Id pengadilan yg tertinggi; ~ juvenil mahkamah yg mempunyai bidang kuasa ke atas pesalah juvenil dan kanak-kanak di bawah kawalan ibu bapa; ~ perusahaan badan yg menyelesaikan pertikaian buruh; ~ rendah (majistret, sesyen) mahkamah yg di bawah kuasa atau diadili oleh majistret; ~ syariah mahkamah yg mengadili hal-hal yg bersangkutan dgn hukum Islam; ~ tentera mahkamah yg mengadili perkara tentera; ~ tinggi mahkamah yg mengadili perkara yg besar-besar spt pembunuhan dll (diadili oleh Hakim Besar).
  1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   18


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət