Ana səhifə

R II id kep Raden ra kep radiallahuanhu: Sayidina Umar al-Khatab ~. ra


Yüklə 0.78 Mb.
səhifə4/20
tarix26.06.2016
ölçüsü0.78 Mb.
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   20

rambu III; kaki ~ bp orang yg suka merayau-rayau ke sana sini (tanpa tujuan);

merambu berjalan ke mana-mana (tanpa tujuan), merayau-rayau ke sana sini, berkeliaran: ~ siang dan malam itulah kerjanya.

rambun semak yg masih belum menjadi belukar.

rambung I sj tumbuhan (pokok), Ficus elastica.

rambung II sj tarian Siam.

rambuni sl sj kayu.

rambustan ark rambutan.

rambut I 1. sj bulu yg tumbuh di kepala: ~nya ikal, lebat, dan hitam; ~ kelong dahi rambut yg ikal di dahi; anak ~ hujung rambut yg ikal pd dahi dll; gigi ~ rambut yg di pinggir; kaki ~ rambut yg di pinggir atas tengkuk; si ~ panjang bp orang perempuan; termakan di ~ sangat susah; sakit kepala panjang ~ pura-pura sakit kepala; 2. sesuatu yg spt rambut;

~ anak kundai rambut pendek di dahi pengantin; ~ genjur rambut yg kejang (tegak kaku); ~ ikal rambut yg mengombak; ~ jagung bulu pd jantung jagung; ~ kerul = ~ keriting rambut ikal kecil-kecil; ~ palsu rambut buatan;

~ sama hitam, hati masing-masing berlainan prb masing-masing orang itu mempunyai pendapat (kemahuan dll) yg berlainan; bagai ~ dibelah tujuh prb perihal sesuatu yg terlalu sedikit (kecil); spt bergantung pd (di) ~ sehelai prb sentiasa dlm keadaan yg sangat sulit dan berbahaya; spt menghela ~ dlm tepung, ~ jangan putus, tepung jangan terserak prb menghukum hendaklah dgn seadil-adilnya;

serambut sebesar rambut, sekecil-kecilnya: tidak ada suatu kejadian yg betul-betul sempurna tanpa ada sebarang cacat walau ~ jua;

berambut mempunyai atau ditumbuhi rambut: hatinya terpaut dgn pemuda yg ~ hitam berkilat itu; kepalanya hampir botak tidak ~ lagi;

merambut berhelai-helai spt rambut;

perambut sj tali (dawai) yg kuat antara tali kail dgn mata kail.

rambut II; akar ~ cambang sj tumbuhan (pokok memanjat), Cynanchum spp.; cendawan ~ ali sj tumbuhan (cendawan), Marasmius gordipes.

rambutan sj tumbuhan (pokok dan buahnya), Nephelium lappaceum; ~ hutan a) = ~ kabung = ~ kahang sj tumbuhan (pokok), gumpuh, gerik, Nephelium eriopetalum; b) = ~ pacat sj tumbuhan (pokok), redan (tumu), Nephelium glabrum; c) sj tumbuhan (pokok), mertajam, Erioglossum edule; ~ kapri sj tumbuhan (pokok), pulasan, mutan reba, sanggul lotong, Nephelium mutabile; ~ pacat a) sj tumbuhan (pokok), sanggul lotong, gumpal benang, arang para, Nephelium hamulatun; b) = ~ hutan sj tumbuhan (pokok), Nephelium glabrum; c) sj tumbuhan (pokok), Xerospermum spp.;

~ cantum(an) (pokok) rambutan hasil drpd percantuman kulit tunas yg baik kpd pokok yg kurang baik; ~ jantan pokok rambutan yg berbunga sahaja (tidak berbuah); ~ kahwin bp rambutan cantuman; ~ lekang buah rambutan yg longkah isinya (dr biji); gelagah boreh ~ jantan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak prb perihal nasib yg malang seseorang yg berbuat spt orang lain tetapi tidak beroleh faedah (spt orang lain).

rambuti ark; kain ~ sj kain tenun drpd bulu kambing biri-biri (domba).

rami sj tumbuhan (pokok renek yg seratnya dibuat tali), rami-rami, Boehmeria nivea; kain ~ sj kain tenun yg kasar; tali ~ tali drpd serat rami;

~ buah sj tumbuhan (herba), dukung anak, Phyllanthus niruri; ~ bukit = ~ bulan = ~ hutan = ~ jantan sj tumbuhan (pokok renek), Alchornea villosa; ~ hantu = ~ bukit = ~ hutan sj tumbuhan (pokok kecil), Ficus chartacea; ~ sengat sj tumbuhan (pokok), rebung pengayuh, Abroma augusta.

ramin I sj anyaman yg berlilit-lilit (berjalin-jalin);

meraminkan menganyam berlilit-lilit (berjalin-jalin).

ramin II sj tumbuhan (pokok) dlm famili Gonystylaceae, dara eluk, melawis, pinang baik, pinang muda, Gonystylus spp.

ramis Br remis.

rampai 1. campuran berbagai-bagai, gabungan bermacam-macam; bunga ~ a) campuran berbagai-bagai bunga dan daun-daun yg harum; b) himpunan berbagai-bagai cerita (petikan drpd cerita dll); minyak ~ campuran berbagai-bagai minyak wangi; rumput ~ berbagai-bagai rumput; 2. bp bahan utk dijadikan campuran, bahan utk dicampurkan, perencah: jagung muda pun ada utk dijadikan ~ sayur;

rampai-rampai campuran berbagai-bagai macam: cerita ~ ;

merampai 1. membuat berbagai-bagai (bermacam-macam) latihan sekolah: bila sudah ~ dan semua jawaban diperiksa, cikgu memuji-muji murid yg banyak betul; 2. mencampur bahan-bahan dlm masakan (lauk, gulai, dll), merencah: sambal tumis yg dirampai dgn kacang panjang; gulai ikan yg dirampai dgn terung;

merampaikan mencampur berbagai-bagai bunga; ~ khabar menyiarkan (menyebarkan) berbagai-bagai khabar;

rampaian 1. campuran berbagai-bagai macam, rampai-rampai: jagung muda pun ada utk dijadikan ~ sayur; 2. latihan berbagai-bagai pelajaran sekolah: kanak-kanak akan lebih mundur dlm ~nya jika mereka dipaksa menulis sambung;

~ sains berbagai-bagai macam pengetahuan sains (sains am); buku ~ buku yg digunakan utk menulis (menjawab) latihan di sekolah; kerja ~ berbagai-bagai kerja (latihan).

rampak I = berampak 1. bercabang atau berdahan banyak dan panjang-panjang, memapar (spt pokok ketapang, hujan-hujan): sepohon kayu yg amat ~ dahannya; ~ rendang = rimbun ~ rampak lagi lebat daunnya; 2. ki banyak pakaian atau perhiasan yg dipakai: pakaian pengantin perempuan ~.

rampak II Mn jatuh rebah, rebah, runtuh, tumbang (kerana dilanggar dll); rebah ~ rebah;

serampak serentak, bersama-sama, serempak: "betul," kata mereka ~;

merampak melanda, melanggar (hingga roboh, jatuh, dll), menyerang.

rampang ark merampang berang, marah, meradang;

perampang pemarah.

rampas; berampas-rampasan saling merampas, bertarik-tarikan: maka Dewa Perkasa pun meronta, lalulah ~lah dgn panglima itu;

merampas 1. mengambil dgn kekerasan, merebut: pergerakan sulit utk ~ kekuasaan negara; ~ kuasa mengambil alih kekuasaan (negara) dgn kekerasan atau tidak mengikut perlembagaan; 2. menyamun, membegal, menjabal: wang gajinya habis dirampas penyamun di jalan; 3. menyita: jika ia enggan membayar hutangnya itu, hartanya akan dirampas;

rampasan sesuatu yg dirampas, hasil merampas: banyak beroleh barang ~ ; ~ kuasa;

perampasan perihal merampas (perebutan, penyamunan, penyitaan); ~ kuasa perebutan kuasa;

perampas orang yg merampas.

rampat; merampat 1. memarang (memukul, menyebat, dll) semuanya dgn serentak, membabat (merambah, memangkas, menebang) dgn serentak: segera diparangkan baginda kenalah leher penyamun yg ketujuh itu putus ketujuhnya bagai dirampat; ~ tanaman; 2. = ~ papan menganggap semuanya salah (jahat dll), menganggap sama, menyamaratakan: kita semua dirampat, dikatakan malas.

ramping I 1. kecil menggenting (bkn pinggang): pinggangnya ~; 2. kecil panjang (tidak gemuk), langsing:

merampingkan menjadikan ramping: herba ubatan yg berkesan sbg sejenis minuman ~ badan;

kerampingan perihal (keadaan atau sifat) ramping: ~ pinggang.

ramping II; meramping cabik-cabik (koyak-koyak) pd tepinya; rompang.

rampis ark ramping.

rampok ark kumpulan yg memecah rumah orang: ukuran hidup makin hari makin naik dan bersama itu makin naik pula jumlah ~, pengemis, dan kupu-kupu malam;

merampok mencuri dgn memecah rumah, mengambil barang orang dgn paksa, menjarah: maka turunlah Badwi dr gunung datang ~ dan menyamun;

rampokan (barang) yg dirampok, hasil merampok: barang-barang ~;

kerampokan kemasukan perampok;

perampokan perihal merampok, perbuatan merampok: ia dihukum 15 tahun penjara kerana ~ bersenjata;

perampok orang yg merampok, penjarah.

rampung Jw selesai, beres: pekerjaan kita sudah ~; telah ~ segala permuafakatan;

merampungkan menyelesaikan, membereskan: tahap pertama harus dirampungkan dulu.

rampus tidak lemah lembut, tidak sopan, kasar (perkataan dll): mulut ~ kotor mulut (suka memaki-maki dll);

berampus, merampus 1. mengeluarkan kata-kata kasar, memaki-maki, sangat marah: tenang dan sabar ia menjalankan kerjanya, tidak sedikit pun tanda merampus atau menyesali untung; lama-kelamaan datang bebal hatinya serta merampus lalu ia menurunkan layar dan melabuhkan sauhnya; 2. membuat sesuatu dgn kasar, membuat sembarangan sahaja (semahu-mahunya).

ramput ark rampus.

ramu; meramu mencari bahan-bahan (kayu, ubat, dll) utk dipakai (digunakan): ~ akar-akaran dan daun-daunan utk membuat ubat; ~ rumah mencari kayu yg baik utk rumah;

ramuan 1. bahan-bahan yg diperlukan utk membuat sesuatu (kayu-kayan utk rumah, daun-daun dan akar-akar utk ubat dll): melainkan diubatilah Tunku dgn ilmu dan ~ ; 2. rempah-rempah yg dipakai utk menyedapkan gulai, bumbu, rampai: lepas itu gorenglah ~ - ~ yg lain kecuali telur yg sudah digoreng dan tauhu; 3. ki benda-benda yg perlu utk digunakan: bahawa jiwa Islam dan Quran itulah yg memberikan ~ istimewa.

ramunia sj tumbuhan (pokok), pohon gandaria.

ramus = beramus berbulu sangat tebal dan panjang-panjang (misai, janggut): seorang yg bermisai dan berjanggut terlalu ~nya; pemuda itu merenung muka d' Albuquerque yg beramus dgn janggut dan misai.

ran pondok yg dibuat di atas pokok (tempat kediaman orang asli atau tempat pemburu berteduh).

rana I; merana 1. menderita penyakit yg lama: sakit ~; 2. sentiasa sakit-sakit, makin lama makin kurus: badan ~ kerana dia; 3. sentiasa menanggung susah (sedih dll): hati ~ ; hidupnya ~.

rana II ark sl 1. peperangan; 2. medan perang.

rana III ark  ratna.

ranah I 1. tanah datar, dataran rendah, lembah; 2. kawasan yg berpaya-paya; 3. ruang lingkup, lingkungan bidang atau lapangan sesuatu (aktiviti, ilmu pengetahuan dsb), domain: dialek Melayu sesuai digunakan dlm ~ tak formal; perlu diperkuat dasar dan strategi pembangunan negara yg berteraskan bahasa Kebangsaan dlm semua ~ kehidupan.

ranah II; punah-~ habis rosak sama sekali;  punah.

ranai Mn 1. basah (oleh air mata, peluh, dll); 2. = meranai keluar berderai-derai, bertitik-titik, menitis-nitis (air mata, hujan, dll); renai.

ranap I 1. berada dlm keadaan (hampir) rata dgn tanah (kerana roboh, tumbang, dll): rumah Pak Dollah ~ ditimpa pohon kelapa yg tumbang; 2. ki rosak binasa, jahanam, musnah: motokarnya habis ~ ditimpa pohon kayu; apabila cinta sudah tidak ada lagi, maka kebahagiaan hidup berumah tangga turut ~; ~ petulang, ijuk penebal prb pencarian tambahan selain gaji (tetap);

meranapkan menjadikan ranap, meratakan sehingga sama dgn tanah (memukul kayu ke dlm tanah sehingga sama dgn permukaan tanah dll), memusnahkan: angin sekencang itu boleh ~ rumah papan beratap nipah di kampung-kampung di Malaysia;

keranapan perihal ranap, keadaan ranap, keruntuhan, kebinasaan.

ranap II Mn sunyi (senyap).

ranca ark; meranca menganggap ringan (gampang, mudah).

rancah (tanah yg) berpaya-paya; rencah I.

rancak I 1. Mn bagus, baik, cantik, elok, molek; ~ di lebuh suka berpakaian yg bagus-bagus (cantik), pesolek; 2. cepat dan riang (irama muzik, rentak tarian, dll): Masri suka menyanyikan lagu-lagu ~; murai melagukan irama ria dan ~ memanggil petani bekerja; 3. aktif, bersungguh-sungguh, giat, tangkas: dia berjalan dgn ~ menghala ke kampungnya; persatuan itu sekarang sedang ~ dan bersungguh-sungguh menjalankan projek membantu pelajar-pelajar miskin; degup jantungnya bertambah ~; kedengaran suara tembakan yg ~ dr suatu arah; perjuangan begitu ~, begitu tangkas;

merancak menjadi rancak: perlumbaan senjata yg semakin ~;

merancakkan menjadikan rancak: banyak rancangan yg diatur utk ~ kerjasama antara kedua-dua buah negara;

kerancakan perihal rancak;

kerancak-rancakan sombong kerana cantiknya.

rancak II Jw; merancak menetak(-netak), memenggal(-menggal), mengerat(-ngerat).

rancak III Jw; serancak seperangkat gamelan;

rancakan sj alat gamelan (sj para-para yg dibuat drpd kayu utk menaruh bonang dll).

rancang I sj pancang yg ditajamkan di hujungnya supaya dapat dicucukkan ke tanah (utk menandai, turus pagar, dll);

merancang 1. memacakkan rancang ke dlm tanah (utk menentukan sempadan dll); 2. tegak menganjur ke atas runcing-runcing (mencuar runcing-runcing).

rancang II; berancang 1. dgn diatur (difikirkan masak-masak, direncanakan) lebih dahulu: pembunuhan ~; 2. ada atau tersedia rancangan atau rencananya, diatur dan diawasi (berdasarkan asas-asas tertentu): sistem laissez-faire digantikan dgn sistem ~;

merancang 1. mengatur lebih dahulu, mempersiapkan, merencanakan: antara beberapa kemajuan yg dicapai oleh ilmu perubatan sekarang ialah ilmu ~ keluarga; seorang daimio ~ suatu pemberontakan; 2. menganggarkan: negara ~ jumlah penghasilan yg mesti dicapai, menentukan apa yg penting dan tidak...; 3. bercadang, mengagak-agak, memikir-mikir, mempertimbangkan: kerajaan Indonesia ~ hendak memutuskan hubungan diplomatik dgn China Komunis;

terancang sudah dirancang, sudah disediakan rancangannya, mengikut asas-asas dsb yg telah ditentukan;

rancangan 1. sesuatu yg dirancang, persediaan, persiapan, program, rencana; ~ lima tahun rencana pembangunan negara utk jangka masa lima tahun; 2. = tanah ~ tanah yg diusahakan oleh peneroka-peneroka FELDA (FELCRA dsb);

perancangan perbuatan (tindakan, usaha) merancang sesuatu: ~ ekonomi, perusahaan, kebajikan, dan sebagainya; ~ bahasa;

perancang orang yg merancang: seorang ~ pelajaran yg terkemuka telah didatangkan; badan ~ badan (jawatankuasa dll) yg bertugas membuat rancangan (undang-undang dll); Lembaga P~ Keluarga lembaga yg bertugas memberi penerangan dan kemudahan-kemudahan bagi orang awam utk merancang keluarga.

rancang III; ~ besi a) sj tumbuhan (pokok renek), tongkat ali, dedawai, sedawai, Smilax calophylla; b) sj tumbuhan (pokok memanjat), pudak tikus, Freycinetia malaccensis; ~ hantu sj tumbuhan (sakat), serugut, Tropidia curculigoides.

rancang usaha projek.

rancap I Id perihal memuaskan nafsu syahwat dgn cara yg tidak wajar (dgn tangan dll);

merancap memuaskan nafsu syahwat dgn cara yg tidak wajar.

rancap II Jw rancung, runcing, sangat tajam (senjata); tukang ~ ark tukang mengasah senjata.

rancu tidak teratur, campur aduk, kacau (bahasa);

merancukan menjadikan tidak teratur, mencampuradukkan, mengacaukan;

kerancuan keadaan rancu (tidak teratur dsb), kekacauan: kekeliruan penggunaannya hanya akan meningkatkan kadar ~ kita berbahasa.

rancung berhujung lancip, runcing dan tajam (pensel dll);

merancung 1. meraut (memotong, mengasah) supaya rancung; 2. semakin ke hujung semakin rancung: hujung kayu yg ~ .

rand unit mata wang utama Afrika Selatan dan Namibia.

randa I perempuan yg tidak ada suami lagi, janda: lebih baik ~ spt ini, bebas sbg burung di udara; ingatlah keluh-kesah ~-~ miskin yg menangis dgn sedih di atas kuburan suaminya; ~ tua perempuan atau lelaki yg sudah tua tetapi masih belum berkahwin;

meranda hidup sbg randa (janda), menjanda: sebab memikirkan nasib anaknya maka ibu Hanafi tetap ~ ; ~ tua (gadis yg) hingga tua tidak mahu berkahwin.

randa II sj tumbuhan (pokok), cempaka hutan, Gardenia carinata; ~ hutan sj tumbuhan (pokok), bongkal mempulur rimba, Randia anisophylla.

randah; berpindah-~ selalu berpindah.

randai I; merandai mengharungi air, paya, rumput, dll), meranduk.

randai II Mn ark sj tarian yg ditarikan oleh sekumpulan orang yg berdiri melengkung yg bernyanyi-nyanyi dan bertepuk tangan;

berandai-randai ki bersambung-sambung, berturut-turut.

randajawa ark jawawut, sekoi.

randau I; merandau memasukkan benda-benda lain dlm makanan supaya menjadi lebih sedap atau lebih banyak;

merandaukan memasukkan benda-benda lain dlm makanan (supaya lebih sedap atau banyak): biarlah hamba randaukan dahulu sayur-mayur, nantilah hamba cari anak-anak ikan.

randau II Sr pertukaran pendapat tentang isu-isu tertentu, dialog: Bahagian Pentadbiran dan Perjawatan akan mengadakan majlis ~ dgn kakitangan bagi membincangkan isu kenaikan pangkat.

randek Jk; jam ~ jam yg digunakan utk mencatat waktu dlm pertandingan sukan dll, jam detik, jam sukat, jam randik;

merandek terhenti.

randi; kain ~ sj kain sutera yg bergaris-garis.

randih; rondah-~; rondah.

randu I sj tumbuhan (pokok), kabu-kabu, kapuk, Ceiba pentandra.

randu II; merandukan mengacaukan, mengaduk, mengarau.

randuk I; meranduk mengharungi (air, rumput, dll), menempuh, merandai: mereka ~ air itu menuju ke sawah; Budin ~ rumput tebal di tepi jalan.

randuk II; kambing ~ kambing jantan (yg berjanggut dan berbulu banyak); bapa ~ a) ki kambing randuk; b) ki lelaki yg suka bermain muda; c) Kd harimau.

randung ark; terserandung terhantuk pd (kaki), tersampuk, tersandung: ada yg lari berhambat-hambat ~ jatuh rebah-rempah drpd sangat sukanya itu;

merandungkan melanggarkan, memijakkan.

raneh (ranéh), rane (rané) (Sunda) 1. sj tumbuhan (paku-pakis), paku serani, paku kawat, Lycopodium cernum; 2. sj tumbuhan (paku-pakis), paku merak, paku lumut, Selaginella willdenovii.

rang I barang apa (tulisan, gambar, dll) yg dibuat sbg contoh (teladan, pola), buram, rancangan; ~ undang-undang draf undang-undang (yg akan dibincangkan di parlimen dan apabila diluluskan dinamakan 'Akta'); rangrangan.

rang II bunyi spt bunyi gendang dll; derang I.

rang III IB pangkat, tingkatan.

rang IV Mn kep drpd kata orang; ~ kaya orang kaya.

rang V; tanah ~ Kd tanah bendang (sawah) yg terbiar atau tidak ditanami.

rang VI Kl 1. tempat duduk yg dibuat di perdu kayu besar supaya senang menebangnya; 2. Tr (spt) para drpd buluh utk menjemur ikan.

rangah = merangah angkuh, congkak, pongah, sombong.

rangai; merangai membersihkan sawah drpd rumput, membuang rumput, menyiangi.

rangak I; siput ~ sj siput.

rangak II Mn gaduh, hingar, kacau, recok, rusuh;

merangak membuat gaduh (kacau, recok, dll).

rangam sj tumbuhan (pokok dan buahnya), tomato, Solanum spp.

rangan sj tumbuhan (pokok), geresek, medang kuning, kunyit, lasa, Cryptocarya caesia (scortechinii).

rangas Jk sj anai-anai (yg suka makan tikar dll).

rangga I; runggu-~ = berangga bercabang-cabang (tanduk rusa);  runggu I.

rangga II Jw sebutan atau pangkat: rakyat bala, temenggung, dan ~ jaksa kita hendak bawa bersama-sama.

ranggah I; meranggah menjolok (memetik) habis buah-buahan pd pokok, meradak (dgn tongkat dll).

ranggah II Mn balung, jengger.

ranggah III; meranggah bk 1. makan dgn gelojoh: semua buah-buahan habis diranggah oleh mereka; 2. Kd tertawa (dgn kuat).

ranggak I; meranggakkan menaikkan ke darat (perahu).

ranggak II Tr; meranggak melanggar, menyerang, melanda.

ranggas 1. luruh daunnya, tidak ada daunnya lagi: pokok papaya itu ~ daunnya; 2. ranting-ranting kayu yg mati;

tampak ~ tak akan meleting prb perihal mengetahui bahawa seseorang itu tidak akan dapat berbuat apa-apa sebab bodoh atau penakut;

meranggas 1. gugur daunnya: pohon-pohon yg sedang subur menghijau tiba-tiba layu ~; 2. luruh bulu (buahnya): ayam ~;

meranggaskan menyebabkan tidak ada daun: cuaca panas dan musim kemarau yg berpanjangan itu telah ~ banyak pohon yg dahulunya subur dan rendang;

peranggasan perihal (proses atau perbuatan) meranggas atau meranggaskan;

peranggas sesuatu (bahan, faktor dsb) yg menyebabkan pokok ranggas: ulat beluncas disifatkan sbg ~.

ranggeh (ranggéh) Jk; meranggeh menghulurkan tangan utk mencapai, mencapai, menjengkau.

ranggi I 1. elok, gagah, tampan (sikap dll): pemuda itu ~ dan lawa; tahun 1985, muda-mudi lebih senang dgn gaya ~; pakaian yg santun dan ~ ini biasanya dipakai ke majlis-majlis rasmi; 2. bp angkuh, lagak, sombong: anak kurang ajar, nak tunjuk ~; sengaja ia hendak tunjukkan ~nya saja, boleh meminang anak orang dgn ringgitnya;

meranggikan menunjukkan angkuh (sombong, lagak, dll) dgn, melagakkan, menyombongkan: ia hendak ~ wang ringgit orang tuanya;

keranggian sikap angkuh (sombong, bermegah), kesombongan, kemegahan: berpindah drpd ~ dan rasa tinggi diri para akademik kpd sesuatu pengiktirafan berbagai-bagai jenis pencapaian cemerlang.

ranggi II kelopak bunga.

ranggit ark kait;

meranggitkan mengaitkan, menggantungkan.

ranggoi; meranggoi membuang atau menyisikkan duri dr batang nibung.

ranggu I; meranggu mencampurkan, merencamkan.

ranggu II sj tumbuhan (pokok) dlm famili Anacardiaceae, Koordersiodendron pinnatum.

ranggul ark; meranggul terangkat ke atas (muncung meriam dll yg dinaikkan), mendongak, anggul.
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   20


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət