Ana səhifə

R II id kep Raden ra kep radiallahuanhu: Sayidina Umar al-Khatab ~. ra


Yüklə 0.78 Mb.
səhifə3/20
tarix26.06.2016
ölçüsü0.78 Mb.
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   20

rakak ark rangkak.

rakam 1. hasil mengecap (bunga-bunga pd kain, huruf atau tanda yg dicetak, dll); 2. garis-garis berwarna pd kain tenun, suji atau sulam yg berwarna lain; 3. alur bunyi atau suara pd piring hitam atau pd pita (perakam pita);

berakam dirakamkan: muzik yg sudah ~;

merakam 1. mengecap, mencetak, mencorakkan (kain dll); 2. memberi garis-garis dgn warna lain (tenunan), menekat (dgn benang emas atau berwarna), menyuji, menyulam; 3. mengekalkan suara (bunyi, lagu, dll) pd piring hitam atau pita: jarum itu pun bergetar menurut bentuk alur-alur yg ada di piring itu dan getaran semendal itu mengeluarkan bunyi yg dirakam; ~ rompak merakam secara haram (tanpa membayar apa-apa kpd yg berhak); 4. Mn melekap, menempel, melekat (baju pd tubuh dll);

merakamkan 1. mengecapkan, mencetakkan, menerakan, mencorakkan (kain dll); 2. menekatkan, menyulamkan, menyujikan; 3. mengambil bunyi (suara, nyanyian, dll) utk dicapkan (diterakan) pd piring hitam (pita rakam dll): ~ cerita-cerita pelipur lara; 4. melekatkan (menyematkan) dlm hati, menyimpan dlm hati; 5. melakukan dgn mencatatkan dll supaya (sesuatu itu) tersimpan utk kegunaan (rujukan dsb) pd suatu waktu kemudian kelak: sesiapa sahaja dapat ~ perkara-perkara yg berlaku dlm parlimen; novel ~ kehidupan masyarakat secara keseluruhannya;

terakam 1. tercap, tercatat, tersurat (dlm perlembagaan, perjanjian, dll): hak-hak istimewa yg sudah ~ dlm perlembagaan; 2. tersirat dlm hati, terlekat dlm hati: kenangan-kenangan yg sedih itu sudah ~ dlm hatinya; 3. tercatat dan tersimpan (utk kegunaan, rujukan, dsb pd waktu kemudian);

rakaman sesuatu yg dirakamkan (cetakan, stensilan, sulaman, dll);

perakaman proses merakamkan sesuatu, perekodan: ~ data;

perakam sesuatu yg merakamkan, alat merakam: akhbar dan majalah ialah media utama serta ~ penting peristiwa-peristiwa yg berlaku di negara kita; ~ pita alat merakam yg menggunakan pita.

rakan I = rakanan 1. sahabat, handai, taulan, teman (sepermainan, sekerja, dll): kanak-kanak yg menjadi ~ sepermainan anaknya; 2. kawan dlm sebuah perkongsian (persatuan, persekutuan, jabatan, dll) atau sesuatu kegiatan: ~ sejawat; ~ niaga;

~ kongsi orang yg menjadi ahli dlm sesuatu perkongsian (bkn perniagaan dsb); ~ masjid program yg bertujuan utk melibatkan orang ramai dlm pelbagai aktiviti peribadatan dan pendidikan keagamaan yg dijalankan di masjid; ~ muda program utk membentuk dan membimbing remaja agar mempunyai sifat terpuji spt berdisplin, bertanggungjawab, amanah, bermotivasi dan berdaya maju; ~ sejawat = ~ sejawatan orang yg sejajar kedudukan, jawatan, fungsi, atau tugasnya dgn orang lain (di tempat kerja, antara kementerian, antara negara, dsb); ~ sekerja orang yg bekerja setempat dgn seseorang, spt dlm sesuatu bahagian, jabatan, dsb; ~ sepermainan rakan yg sering bermain bersama-sama dlm sesuatu permainan;

berakan, merakan 1. bersahabat, berteman: Ahmad Fuad menjenguk di ambang pintu tanpa disedari dua ~ itu; 2. bersama-sama berusaha, berkongsi, bersekutu.

rakan II Kl ark 1. bala, bahaya (yg akan datang); 2. huru-hara, kacau-bilau.

rakap I 1. besi tempat memijak (meletakkan kaki) ketika menunggang kuda, sanggurdi; 2. pengayuh basikal.

rakap II penyangkut pd palang senjung neraca kimia dll.

rakat sl sj pertunjukan tari-menari dgn lawak jenaka (dgn memakai topeng);

merakat bermain tari-menari dgn memakai topeng, mengadakan pertunjukan tari-menari dgn topeng: gemuruh bunyi orang bermain itu terlalu ramai, ada yg bertandak, ada yg berwayang, ada yg ~.

rakbi Ar sj lagu Arab.

raket (rakét) alat utk memukul bola dlm permainan tenis (badminton dll), penangkis: ~ tenis.

rakit I beberapa batang buluh (kayu dll) yg diikat berangkai (digunakan utk mengangkut orang, barang, dsb menyeberangi sungai dsb);

~ balai gambang sj rumah di atas rakit; ~ pisang Mn sj penganan yg dibuat drpd pisang muda yg disayat dan diatur spt rakit;

berakit bergerak di air di atas rakit, menggunakan rakit: perjalanan ~ hanya memakan masa kira-kira tiga jam;

berakit-rakit bergerak ke sana sini di air dgn menggunakan rakit: biarlah kita semua ~ ke hulu sebelum berenang-renang ke tepian; berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian prb bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang;

merakit 1. membuat rakit; 2. ki mengatur atau menyusun rapi-rapi; 3. mereka-reka, mencari akal;

perakit pengatur, penyusun.

rakit II Jw; serakit sepasang (kuda dll).

rakit III; burung ~ sj burung, burung hujan-hujan, Cymbirhyncus macrorhyncos malaccensis.

rakmo Kl dapur tempat memasak manisan kelapa dll.

rakna ark sl ratna.

raksa = air ~ sj logam cair berwarna putih perak (utk mengisi jangka suhu dll), merkuri.

raksamala = pokok ~ sj tumbuhan (pokok besar yg kayunya berbau harum), Altingia excelsa.

raksasa 1. sj makhluk spt manusia yg sangat besar dan tinggi badannya (dlm cerita-cerita), bota, gergasi; 2. ki tersangat besar, besar sekali;

kemajuan ~ kemajuan yg tersangat besar; kekuatan ~ kekuatan yg besar sekali; rancangan ~ rancangan yg besar sekali; rapat ~ rapat umum yg besar (biasanya di tanah lapang);

raksasa-raksasaan banyak raksasa, secara besar-besaran: kini tinggal badan-badan monopoli sahaja, ~ yg maha besar berhadapan satu dgn lain;

keraksasaan (Bio) 1. keadaan tubuh yg terlalu besar akibat perembesan hormon pertumbuhan yg berlebihan sehingga penderita menjadi sangat tinggi (dgn kemampuan mental dan seks yg sangat rendah); 2. pertumbuhan yg berlebihan pd tumbuhan akibat perembesan hormon pertumbuhan yg berlebihan.

raksi I 1. sesuatu yg harum, bau-bauan; 2. harum, wangi; minyak (di) ~ minyak wangi;

meraksi mewangikan dgn bunga-bungaan (minyak wangi dll);

peraksi sesuatu yg harum (bunga-bungaan dll) utk meraksi.

raksi II  rasi.

rakuk Mn takik, takuk;

berakuk bertakik, bertakuk; membuat titian ~ prb mencelakakan orang dgn tipu muslihat;

merakuk-rakuk membuat takik atau takuk beberapa kali: Azman sampai di hadapan ibunya, lalu ~ sekeping papan dgn sebilah pisau yg dipegangnya.

rakun sj binatang kecil pemakan daging yg bermuncung panjang dan bulu ekornya kembang berbelang putih dan hitam, biasanya terdapat di kawasan hutan Amerika Utara dan Selatan, Procyon lotor.

rakung I Kl, Tr; merakung mengambil semua, membeli semua.

rakung II; rakungan Mn kerongkongan.

rakus 1. gelojoh, lahap: alangkah ~nya ia memakan juadah itu; 2. ki selalu hendak banyak-banyak, loba, serakah, tamak: ~ akan kekayaan; sangat ~ dan loba terhadap bahan-bahan hidup;

kerakusan 1. kegelojohan, kelahapan: ia tahu benar akan perangai pemuda itu, pantang larangnya, kekuatannya, kelemahannya, ~nya, dll; 2. kelobaan, ketamakan: utk mengubah sikap dan ~ peribadi kpd sikap berbudi bahasa dan berkasih sayang;

perakus orang yg sangat rakus (gelojoh, loba, tamak, dll).

rakut; merakut 1. memasang jaring, memasang sarang (labah-labah); 2. ki memperdayakan, mengakali, menipu.

rakyat 1. seluruh penduduk sesebuah negara (sbg syarat mendirikan sesuatu pemerintahan): ~ Malaysia terdiri drpd berbagai-bagai kaum; dewan ~ dewan yg mewakili suara rakyat dlm sistem pemerintahan demokrasi; wakil ~ ahli dewan rakyat; 2. anak buah, orang-orang sebawahan: setahun sekali penghulu menjamu ~nya; 3. orang kebanyakan, orang ramai, orang biasa: padang permainan utk ~; ia keturunan ~, bukan keturunan raja; cerita ~ cerita yg diceritakan utk orang biasa; 4. pasukan perang, bala tentera: maka baginda pun berangkat diiringi oleh seluruh ~ lengkap dgn senjatanya; 5. Ph, bp orang asli; ~ jelata (jembel, marhaen, murba) orang kebanyakan (bukan golongan bangsawan);

merakyat tersebar luas kpd rakyat: budaya ilmu dan tradisi pengajian telah meluas dan ~, lalu dgn itu pecahlah monopoli pujangga istana sbg elit ilmuwan;

merakyatkan menyebarluaskan ilmu, amalan dsb kpd rakyat: ilmu kebudayaan harus dirakyatkan agar ilmu itu tidak menjadi urusan sarjana, kaum elit dan golongan cendekiawan semata-mata;

kerakyatan 1. perihal rakyat; 2. demokrasi; 3. ark kewarganegaraan: ~ akan diberikan kpd orang dagang di negeri ini.

ralat I 1. tidak betul, keliru, salah, silap; 2. kesalahan cetakan (tulisan dll).

ralat II bp berat hati, tidak sedap hati, kesal (kerana tidak dapat membuat sesuatu yg baik atau terpaksa membuat sesuatu yg tidak baik): tidak ~ aku mati apabila telah kulihat anak aku memegang dan membaca buku ini.

rali 1. perlumbaan kenderaan bermotor di tempat tertentu, spt di estet, jalan raya dsb: dia pernah menyertai ~ kereta klasik antarabangsa Bejing-Paris; 2. (Eko) kenaikan harga saham dsb secara keseluruhan selepas mengalami suatu kejatuhan; ~ teknikal kenaikan secara menyeluruh sesuatu saham atau sekumpulan saham utk jangka masa pendek dlm pasaran semasa pasaran menurun; 3. (Suk) pertukaran pukulan antara pemain dlm beberapa siri sehingga satu mata diperoleh spt dlm permainan badminton dan skuasy.

ralik Kl, Tr ralip, ralit.

ralip = meralip sangat mengantuk, setengah tidur;

peralip orang yg (tabiatnya) selalu mengantuk, pengantuk.

ralit Kd, Ph, Pn asyik, leka (suka benar): dia ~ membaca buku kini;

meralitkan menyebabkan ralit, mengasyikkan, melekakan: warna merah, kuning, biru, jingga serta liuk lentok rumput-rampai yg menyelit di celah-celahnya sungguh ~ mata yg memandangnya.

ram I bunyi deram.

ram II IB 1. jendela, tingkap; 2. bingkai utk dibentangkan kain dll utk disulam dll, pemidang(an).

ram III  eram.

ram IV bilah-bilah yg berpusing pd baling-baling (kipas angin dll).

rama Jw, sl ayah(anda), bapa.

rama-rama 1. sj serangga yg sayapnya lebar dan cantik (dlm pelbagai warna), kupu-kupu; 2. kupu-kupu (besar dan tidak berwarna-warni sayapnya).

Ramadan Ar bulan kesembilan dlm tahun Hijrah, bulan puasa.

Ramadan al-Mubarak Ar bulan Ramadan yg diberkati.

ramah 1. elok dan menarik budi bahasanya (terhadap sesiapa): perempuan yg berbudi itu mempelawa lagi dgn ~nya; mereka menyambutku dgn ~nya; 2. suka bercampur (bergaul, bercakap-cakap, dll) dgn mesra: gadis yg dahulunya ~, sekarang menjadi pendiam pula; umumnya kaum lelaki ~-~ benar;

~ lidah suka bercakap-cakap; ~ mesra sangat karib (pergaulan);

beramah-ramahan bergaul (bercakap-cakap, berkenalan) dgn ramah: serta ~lah aku dgn segala supai-supai itu;

meramahi bersikap ramah-tamah kpd, mengambil hati: siapa pun diramahinya;

keramahan sifat atau sikap ramah, kemesraan (dlm pergaulan dsb): kecantikan dan ~ gadis-gadisnya memang tidak dapat dinafikan; ~ beliau membuatkan kami terasa seolah-olah sudah lama berkenalan;

peramah orang yg ramah, bersifat ramah: penumpangnya itu ~ orangnya; bahawa dia sebetulnya lebih ~ dan lebih periang drpd kawannya.

ramah-tamah sangat ramah; perjumpaan ~ perjumpaan selaku sahabat yg karib (secara kekeluargaan);

beramah-tamah berbual-bual (bercakap-cakap, bergaul) dgn ramah: mereka tidak ada masa langsung utk ~;

keramah-tamahan sifat atau sikap ramah-tamah: semuanya manis-manis dan ~ mereka sangat menyenangkan hati para tetamu.

ramai 1. riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dll): orang menyabung terlalu ~, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah Temenggung Seri Udana dgn Peringgi terlalulah ~; 3. sangat gembira, sangat meriah, riang gembira: Encik Ramli pun hanya ~ dlm hati sendiri; 4. aktif, giat, sibuk: sesudah meleset beberapa lama, pasaran getah ~ kembali; Singapura ialah bandar perniagaan yg ~; 5. banyak penghuninya (penduduknya): pd zaman itu negeri Siak ~; 6. banyak (orang), orang banyak, umum: ~ orang berkumpul; perkara Dang Kenanga janganlah dijadikan soal ~; di muka ~ di depan orang banyak (umum); khalayak ~ orang banyak, umum; kegemaran ~ kesukaan umum; kemahuan ~ kemahuan umum; orang ~ a) orang biasa (kebanyakan); b) orang yg banyak (umum); suara (pendapat) ~ suara atau pendapat umum;

~ beragam, rimbun menyelara prb kesukaan (kemahuan) tiap-tiap seorang tidak sama;

seramai 1. sama banyak (dgn); 2. sebanyak, sejumlah: penduduk-penduduk yg ~ sejuta orang itu;

beramai-ramai 1. berbuat sesuatu dgn riuh-rendah (hiruk-pikuk): mereka ketawa ~; undang-undang tidak dapat digubal dgn bertengkar ~; 2. bersama-sama (banyak orang), banyak-banyak (tidak berseorang): selepas tembakan itu kami keluar ~ melihat api; mari kita kerjakan ~;

meramai-ramai anak buah Bendahara pun pergilah mengambil peti itu, diramai-ramainya dibawanya ke hadapan Bendahara;

beramai-ramaian sl 1. dgn ramainya, dgn banyaknya: sekali persetua ayah hamba raja Tanjung Pura pergi ~ ke pulau; 2. dgn riuh-rendahnya (hiruk-pikuknya): terlalulah suka pula aku melihatkan orang menyabung ~ itu;

meramaikan 1. menjadikan ramai, menyebabkan ramai (riuh-rendah, hiruk-pikuk): kereta ini diramaikan dgn bual penumpang-penumpangnya; 2. menjadikan banyak, membanyakkan: ~ kaum keluarga; 3. menjadikan gembira, memeriahkan: ia mengucapkan terima kasih kpd kawan-kawannya yg datang ~ majlis hari jadinya;

memperamai, memperamaikan menyerang beramai-ramai, membanyaki: malangnya tok guru diperamaikan dan mati ditikam; ia menetak dan menikam Peringgi tetapi apakan daya ia diperamai oleh Peringgi;

keramaian 1. perihal ramai (riuh-rendah dll): melalui jendela aku lihat ~ lalu lintas; ia suka berkunjung ke negara-negara asing, melihat ~ kota dan pemandangan di perdesaan; 2. perayaan, pesta: ~ menyambut hari perkahwinannya ialah suatu peristiwa besar; satu ~ telah diadakan bagi menyambut hari kemerdekaan.

ramal I Ar 1. pasir; negeri ~ negeri Arab; 2. pasir utk menengok nasib, sesuatu yg digunakan utk melihat nasib atau mengetahui sesuatu yg akan berlaku dll (kitab nujum dll); membaca (membilang, membuka) ~ melihat nasib orang dll (dgn menengok kitab nujum dll);

meramal menengok nasib, menelah: profesor ini mungkin punya bola kristal utk ~;

meramalkan 1. menengok nasib orang dll dgn membuka kitab nujum (pustaka), menenung, menelah: ia hanya dapat ~ nasib orang lain, tetapi tidak nasibnya sendiri; 2. memberitahukan (mengatakan, menceritakan) sesuatu yg akan berlaku, menerka, menduga, menelah: banyak orang ~ cukai pendapatan akan dinaikkan lagi; ia menjeling ke muka orang itu, menduga, dan meramalkan apa yg difikirkannya;

teramal dapat diramalkan: kehidupan yg tidak ~ dan tidak terkawal;

ramalan sesuatu yg diramalkan, dugaan, telahan, tekaan: Karl Marx telah membuat suatu ~ yg meleset; ingatlah, rancangan-rancangan bukan dibuat mengikut ~, tetapi berasaskan hakikat; kitab ~ kitab nujum, pustaka;

keteramalan perihal dapat diramalkan;

peramalan perbuatan meramal (meramalkan);

peramal orang yg meramal atau meramalkan sesuatu: sbg seorang ~ yg selalu tepat, Orwell yakin semua tulisannya akan menjadi kenyataan.

ramal II sj sapu tangan: sehelai ~ sutera yg bertaburkan benang emas disampaikan di hulu keris itu; rumal.

Ramalan Id Ramadan.

ramanda ark  rama.

ramas I; meramas 1. menggumpal-gumpal dan memeras-meras (adunan, kelapa, nasi, dll): tepung gandum digaul dan diramas dgn lemak; ~ kelapa; 2. memegang-megang dan memicit-micit, memijit-mijit, mengurut: lapan orang yg ~ kaki Yang Dipertuan; 3. memulas dan memeras (kain basah), memerah: dia ~ kain yg baru dibasuhnya itu; perut ~ perut memulas; 4. merenyukkan, mengumalkan: dia ~ surat layang yg baru diterimanya;

~ api memadamkan api; ~ bibir (mulut) ki menggasak, mengajar; ~ jantung (perut) ki marah dlm hati, mendongkol, sebal, sangat menyesal;

meramas-ramas memicit, memeras, merenyukkan dsb berulang kali dgn jari-jari tangan: bunga itu diramas-ramasnya dgn sebelah tangannya; tangannya ~ tangan ibunya;

ramasan pegangan atau picitan utk meramas: ia berasa satu ~ yg mesra di bahunya.

ramas II; nasi ~ nasi yg dicampurkan lauknya sekali.

rambah; merambah 1. menebas, menebang; (pokok, tumbuh-tumbuhan), membabat: mereka ~ pokok-pokok kecil; 2. membuka (meneroka) hutan, merintis (jalan): biar sedikit benih yg ditanam dan sedikit rimba yg dirambah, asal tanaman itu dijaga dan rumputnya disiangi; ~ hutan; ~ jalan; 3. merampat (memarang, memukul, menembaki, menyebat, dll) semuanya sekali gus: pasukan yg menceroboh itu dirambah dgn mesingan;

rambahan daun-daunan (pokok dll) yg sudah dirambah, sisa merambah;

perambah orang yg merambah; ~ jalan perintis jalan.

rambahan; ~ bukit sj tumbuhan (pokok renek), rami bukit (bulan, hutan, jantan), sumin bukit (jantan), malam petai, Alchornea villosa.

rambai I sj tumbuhan (pokok yg buahnya boleh dimakan), Baccaurea motleyana;

~ ayam = ~ bukit = ~ burung = ~ tikus = ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), Baccaurea brevipes; ~ cengkuang sj tumbuhan (pokok), pasak lingga, Dysoxylon densiflorum; ~ hutan a) sj tumbuhan (pokok), setambun, Baccaurea parviflora; b) sj tumbuhan (pokok), mempaung, Baccaurea lanceolata; c) = ~ puntianak sj tumbuhan (pokok), pokok bantun, kelap, Symplocos rubiginosa; ~ kera sj tumbuhan (pokok), jintik-jintik, mesekam, Baccaurea kingii; ~ padang sj tumbuhan (pokok memanjat), akar daldaru, Psychotria sarmentosa; ~ puntianak sj tumbuhan (pokok), kelat jambu putih, Symplocos rigida; akar ~ daun sj tumbuhan (pokok memanjat), berenas, Trichosporum radicans.

rambai II 1. bulu yg halus-halus lagi panjang (pd leher dan ekor ayam dll), bulu yg panjang-panjang pd janggut kambing dll; 2. akar yg halus dan panjang-panjang serta berumbai-rumbai pd beberapa jenis pokok;

rambaian berambut, berbulu halus-halus (pd buah dll), berbulu panjang-panjang (ayam dll).

rambai III sj ikan laut, Caranx armatus; ~ landih sj ikan laut, Alectis indica.

rambak I; merambak 1. menjalar-jalar, merayap ke mana-mana (tumbuh-tumbuhan yg menjalar); 2. bertambah-tambah bilangannya, bertambah-tambah luasnya;

merambakkan 1. menjadikan merambak; 2. menjadikan banyak (luas); ~ wang memperbanyak wang (dgn diperbungakan dll).

rambak II Jw sj keropok yg dibuat drpd kulit lembu atau kerbau.

rambak III; ~ cina sj burung.

ramban, rambanan Jk (mencari) daun-daun utk makanan kambing.

rambang 1. tidak tetap (hati, tujuan, dll); ~ mata a) mata keranjang (suka bermain perempuan, suka kahwin); b) tidak tahu yg mana satu yg hendak dipilih (kerana banyak pilihan); jala ~ jala yg lebar-lebar matanya; mulut ~ banyak cakap, cerewet; merawak ~ = rambang-rambang; 2. tidak atau tanpa ditentukan (diatur, dirancang, dsb) terlebih dahulu, diambil (dipetik dsb) secara sembarangan sahaja, rawak: sbg contoh penggunaan sebenar, saya petik sebuah ayat secara ~ drpd Kamus Dewan;

rambang-rambang secara sembarangan sahaja, merambang: Karim menembak ke arah tempat bunyi tembakan itu ~;

merambang berbuat sesuatu (berkata dll) dgn membabi buta sahaja (dgn mengagak-agak sahaja): tangannya dirambang bagaikan mencari sesuatu dlm gelap;

kerambangan keadaan rambang: membuat pertimbangan tentang sesuatu sampel semata-mata berasaskan kesamaan dan ~.

rambas; merambas Pr 1. mengibas-ngibas kain dll; 2. mengibaskan kain (utk menghalau hantu ketika mengubati orang sakit): maka tok bidan yg tua pun lalu ~ dgn kain tujuh warna.

rambat I; merambat 1. merambak, merayap ke mana-mana, bertambah banyak (tumbuh-tumbuhan); 2. menjalar (api dll), menular (penyakit dll), tersebar ke mana-mana (khabar, berita), berpanjang-panjangan (pertengkaran, perselisihan, dll); 3. Id menjalar atau meluas (panas dll); 4. Jw merayap atau melata naik: permukaan tanah itu hampir hilang ditutupi tumbuh-tumbuhan yg ~ dan melata;

rambatan (Fiz) gerakan gelombang tenaga yg berlaku pd gelombang elektromagnet, air atau bunyi mengikut arah yg normal dgn muka gelombang yg biasanya berbentuk sfera, sebahagian sfera atau satah;

perambatan 1. perihal (proses atau perbuatan) merambat, penyebaran; 2. (Fiz) pergerakan gelombang tenaga yg berlaku pd gelombang elektromagnet, air atau bunyi mengikut arah yg normal dgn muka gelombang yg biasanya berbentuk sfera, sebahagian sfera atau satah.

rambat II ark tempat yg tinggi sedikit (dlm rumah dll), tempat menerima tetamu yg dihormati dll.

rambat III 1. Br, Pr jala; 2. Kd rantai (batu) jala;

merambat Pr membubul jala.

rambih; berambih, merambih pergi (berziarah, berkelah, dll) beramai-ramai.

rambu I = rambu-rambu rumbai-rumbai, jumbai-jumbai, jerambat (pd tepi kain, tuai, dll); tombak ~ tombak yg diberi berjumbai;

berambu-rambu 1. = berambu berjerambai; tirai ~ tirai yg berjerambai; 2. Kd tidak kemas, sangat remeh: ia benci akan pakaian Melayu yg ~ itu.

rambu II sj pancang, patuk, tiang (utk tanda dll).
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   20


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət