Ana səhifə

M II kep meter. M kep Masihi; 1959~ tahun 1959 Masihi ma


Yüklə 0.79 Mb.
səhifə5/18
tarix26.06.2016
ölçüsü0.79 Mb.
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   18

mandi I 1. = bermandi mencuci (membasuh) tubuh dgn air: badan engkau kotor, pergilah ~ dahulu; 2. berenang-renang di laut utk bersuka-suka: banyak orang yg pergi ke Port Dickson utk ~ di laut; pakaian ~ baju atau seluar utk berenang; 3. ki dipenuhi (peluh dll), mempunyai melimpah-limpah (wang dll): badannya ~ peluh; baginda sentiasa ~ air mata;orang kampung pd masa itu ~ wang;

~ air perantan Sr sj upacara mandi beradat dlm istiadat perkahwinan; ~ angin a) sentiasa kena angin; b) menyembur dgn kuasa angin (air, cat, dll); ~ bakal (gubah, kubat) membasuh mayat yg baru sahaja meninggal; ~ balai mandi utk menghalau hantu; ~ basuh lantai upacara mandi 40 hari selepas bersalin; ~ bunga mandi dgn air yg dicampurkan dgn pelbagai jenis bunga dan dijampi, yg dipercayai dapat mengubati sesuatu penyakit atau dapat menolong anak dara yg sudah lanjut usia mendapat jodohnya; ~ bunting (wiladah) upacara mandi sewaktu hamil tujuh bulan; ~ damai = ~ suatu mempelai upacara mandi utk kedua-dua pengantin sesudah selesai nikah dan berdamai-damai; ~ darah a) berlumuran darah; b) pertumpahan darah (sewaktu berlaku perkelahian dll); ~ embun membiarkan diri kena embun; ~ haid mandi sesudah datang bulan (perempuan); ~ junub (janabat, hadas luas) mandi utk bersuci diri (selepas bersetubuh, haid, nifas dsb); ~ kerbau ki mandi dgn tidak membersihkan badan; ~ lenggang perut upacara mandi semasa hamil tujuh bulan, melenggang perut; ~ lulur rawatan tradisional utk membersihkan badan dan menghaluskan kulit dgn melumurkan lulur pd badan; ~-manda bermacam-macam cara (upacara) mandi; ~ mayat membasuh mayat dgn air; ~ nifas mandi selepas berhenti nifas; ~ ombak basah kena ombak; ~ pelimau sj upacara mandi utk kedua-dua pengantin sesudah bersanding; ~ peluh basah dgn peluh; ~ safar upacara mandi utk menolak bala (pd hari Rabu yg terakhir dlm bulan Safar tetapi sudah tidak diamalkan lagi kerana amalan ini bertentangan dgn hukum Islam); ~ sampat Pr, Ph upacara mandi utk kedua-dua mempelai pd hari ketiga sesudah nikah; ~ sudah membasuh mayat kali yg terakhir (ketika hendak dikafan); ~ tian upacara mandi sesudah hamil tujuh bulan; ~ wajib mandi utk bersuci drpd hadas besar; ~ wap mandi dgn mengewapi seluruh badan di dlm kebuk atau bilik yg dipenuhi wap utk menyegarkan badan dsb;

bagai ~ dlm cupak prb sesuatu (pertolongan dll) yg tidak mencukupi; alang-alang (mati-mati) ~ biar basah prb kalau membuat sesuatu biarlah sampai selesai, jangan berhenti separuh jalan;

bermandikan penuh dgn;

~ cahaya penuh dgn cahaya (terang-benderang); ~ wang mempunyai wang yg banyak;

memandikan 1. membersihkan tubuh seseorang (sesuatu) dgn air, memberi mandi: Aminah sedang sibuk ~ anak-anaknya; 2. mencuci (mayat) dgn air: jika hamba mati, tuan hambalah ~ hamba; 3. mencelupkan (menyelamkan sesuatu ke dlm barang cair); 4. ki banyak mendapat (menerima) sesuatu, mencurahkan (dlm erti ki): anak-anak ini mahu dimandikan dgn kasih sayang ibunya; dimandikan dgn air segeluk prb diberi pertolongan (puji-pujian) yg tidak bererti;

mempermandikan 1. sl memandikan (dgn); 2. Id menyiram dgn air suci (sewaktu memeluk agama Kristian), membaptiskan;

permandian 1. tempat mandi; 2. Id upacara mempermandikan, pembaptisan;

pemandi orang yg memandikan: yg makruhnya, menyentuh tubuh badan si mati (mayat) oleh orang yg bukan ~nya kerana badan si mati itu adalah aurat kpd orang yg hidup.

mandi II; ~ abu sj ikan laut, kaci, mesikur, pinang, tebal bibir, Plectorhincus spp.

mandibel (Bio) 1. rahang bawah haiwan vertebrat; 2. bahagian mulut yg berpasangan pd serangga dan haiwan antropod yg digunakan utk menggigit dan menghancurkan makanan.

mandir; mundar-~; mundar.

mandiri Jw berdiri sendiri; pemerintah ~ pemerintah yg berdiri sendiri;

bermandiri dapat berdiri sendiri: kehidupan ini perjuangan terus-menerus utk ~;

kemandirian perihal (keadaan) dapat berdiri sendiri.

mandolin sj alat muzik yg berupa gitar kecil dan mempunyai empat pasang tali.

mandom Kd lembap, tidak cergas, bodoh.

mandu Mn ark pendirian, kaedah.

mandub Ar sunat.

manduk Kd tidak cergas, lembap.

mandul 1.tidak boleh beranak, majir: isterinya ~; 2. ki tidak produktif: benarkah sastera Malaysia ~?; bagai emak ~ baru beranak prb sangat gembira kerana mendapat sesuatu yg sangat diidam-idamkan;

memandulkan menjadikan benda hidup mandul: kebanyakan orang lelaki tidak bersetuju kalau mereka dimandulkan;

kemandulan perihal mandul (tidak boleh beranak);

pemandulan perihal (proses, perbuatan) memandulkan benda hidup (manusia, binatang): ~ merupakan salah satu cara utk mengatasi masalah ledakan penduduk.

mandung I sl ayam, ayam jantan.

mandung II; kemenyan ~ jati sl kemenyan putih, sj dupa.

mandur orang yg mengawasi pekerja-pekerja; kepala pekerja-pekerja; ~ jalan a) mandur yg mengurus orang-orang yg membuat atau membaiki jalan; b) bp orang yg berjalan ke sana ke mari, penganggur;

memanduri mengawasi pekerja-pekerja: Mak Som ~ pelayan-pelayan di dapur.

manfaat 1. guna, faedah; kejadian itu tidak akan memberi ~ kpd sesiapa pun; 2. untung, laba;

bermanfaat berguna, berfaedah: apa yg dilakukan mereka memang ~ bagi bangsa;

memanfaatkan menggunakan sebaik-baiknya (utk atau dgn cara yg mendatangkan faedah), mendapatkan faedah drpd (sesuatu), menjadikan bermanfaat (berfaedah): tidaklah sukar utk ~ alat-alat ini utk kajian saintifik; apa yg menjadi persoalan ialah berapa ramaikah orang yg kebolehan celik hurufnya dimanfaatkan utk membaca;

kemanfaatan 1. guna, faedah, manfaat: setiap sesuatu yg mendatangkan ~ dgn kebaikan hendaklah dilindungi dan diusahakan; 2. kebaikan, kegunaan;

pemanfaatan perihal atau perbuatan memanfaatkan: apa yg berlaku ialah timbulnya penyesuaian dan ~ terhadap unsur-unsur sastera tradisi Islam itu dlm pelbagai unsur yg diserapkan secara berseni.

mangan I (man.gan) (Kim) sj unsur logam yg rapuh dan berwarna putih kekelabu-kelabuan.

mangan II Jw makan.

mangap Jw ternganga.

mangas sj tumbuhan (pokok), Memecylon acuminatum.

mangau; termangau, termangau-mangau ternganga, tercengang kehairanan: dia tersentak dan ~ apabila adiknya memanggil namanya;mangu.

mangga I sj tumbuhan (pokok dan buahnya), mempelam, Mangifera indica dll.

mangga II ibu kunci, pedal ayam;

bermangga berkunci dgn mangga, dipasang mangga: kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun datang dan membuka pintu pagar yg ~ itu;

memangga mengenakan ibu kunci, mengunci: ia sedang ~ pintu biliknya.

mangga III; sakit ~ bengkak (yg biasanya bernanah) pd celah kelangkang, buah kelenjar yg bengkak.

mangga IV Jw, Sunda ark silakan.

manggak Kl sombong, besar hati, biadab, tidak sopan.

manggar 1. tangkai mayang kelapa; 2. Mn pangkal pelepah (kelapa dll); bunga ~ sj perhiasan drpd kertas berwarna-warni yg berupa spt manggar yg dipasangkan pd sebatang kayu (digunakan dlm upacara keraian spt perkahwinan, sambutan orang besar-besar, dsb).

manggis sj tumbuhan (pokok dan buahnya), mesetor, sementah, semetah, Garcinia mangostana; ~ hutan sj tumbuhan, beruas; ingin di buah ~ hutan, masak ranum tergantung tinggi prb menginginkan sesuatu yg sangat susah hendak mendapatnya.

manggul = tanah ~ tanah tinggi, anak bukit.

manggut Jw mengangguk;  anggut.

mangir bedak yg diperbuat drpd tepung beras yg dicampurkan dgn bahan-bahan rempah tertentu, gunanya utk membersihkan, menghaluskan dan menguningkan kulit.

mangka bp maka; ~nya kerana itu.

mangkahmangkar.

mangkar 1. keras (ubi yg direbus dll), bangkar; 2. mengkal (buah-buahan).

mangkara makara I.

mangkas I keras; keras ~ sangat keras; makas.

mangkas IIbangkas.

mangkat bd meninggal (digunakan utk raja-raja), mati: maka marhum pun ~;

kemangkatan bd perihal mangkat, kematian: anak raja itu pun diberitahu tentang ~ ayahandanya.

mangkel Jw ark berasa kesal, mendongkol.

mangkih; cangkih-~; cangkih.

mangkin I makin.

mangkin II 1. (Kim) bahan (spt platinum, yis, dll) yg dapat mengubah kecepatan sesuatu tindak balas kimia tetapi ia sendiri tidak mengalami apa-apa perubahan; 2. ki faktor (unsur dsb) yg dapat mempercepat atau menyegerakan berlakunya sesuatu perkembangan dsb: gerakan bimbingan kerjaya Malaysia boleh menjadi ~ yg merapatkan perhubungan antara majikan dan institusi pelajaran bagi menerbitkan pekerjaan;

memangkinkan 1. (Kim) mempercepat tindak balas kimia dgn menggunakan mangkin: enzim ini ~ tindak balas glukosa terhadap asid glukonik; 2. ki mempercepat sesuatu tindakan (perubahan, proses, pembangunan dsb): begitu juga perkembangan ilmu ~ pertumbuhan industri; langkah itu dapat ~ usaha pembinaan lebih banyak rumah kediaman;

pemangkinan (Kim) pengubahan kadar tindak balas kimia dgn menggunakan mangkin;

pemangkin faktor dsb yg mempercepat sesuatu tindakan (proses, perubahan dsb): kewujudan lebuh raya itu akan menjadi ~ pembangunan ekonomi sesuatu kawasan.

mangkir bp tidak hadir (bekerja, bersekolah, dll), tidak datang.

mangku yg memangku (hanya dlm gelaran sahaja); Darjah M~ Negara pingat yg dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong.

mangkubumi sl bendahara, perdana menteri.

mangkuk 1. bekas yg dalam drpd tembikar dll tempat mengisi lauk-pauk (nasi dll); 2. cangkir, cawan: se~ kopi; 3. bk kata yg mempunyai maksud menghina atau mempermain seseorang, bodoh;

~ basuh tangan mangkuk bekas air basuh tangan; ~ gulai mangkuk utk mengisi gulai; ~ jorong mangkuk yg panjang bulat (utk mengisi air dll); ~ keda(h) sj mangkuk bertutup; ~ lonjak Kl mangkuk tingkat; ~ nasi mangkuk utk diisi nasi; ~ pengadun mangkuk tempat mengadun bahan-bahan masakan dll; ~ perak piala; ~ pijar sj mangkuk yg biasanya dibuat drpd porselin dan digunakan dlm makmal utk melakurkan bahan kimia pepejal; ~ tandas sesuatu spt mangkuk bentuk atau rupanya digunakan sbg tempat buang air besar atau buang air kecil di tandas; ~ tingkat mangkuk drpd aluminium dll yg bertingkat-tingkat (utk bekas kuih, lauk-pauk, nasi, dll), rantang, mangkuk tepen, siya.

mangkung Jh sj tukul drpd kayu;

memangkung memukul kuat-kuat; pangkung.

mangkus Mn manjur, mujarab, mustajab.

mangli Kd kalis, kebiasaan.

mangsa 1. binatang yg menjadi korban (makanan) binatang buas: harimau sedang menunggu ~nya; 2. ki orang atau barang yg menjadi korban kemalangan (kecurian, penipuan, kebakaran, peperangan, dll), sasaran perbuatan jahat: ibu tiriku menjadi ~ kebakaran itu; mereka berdua ialah ~ Perang Dunia Kedua;

memangsakan menjadikan seseorang (sesuatu) sbg mangsa, mengorbankan: kemusnahan alam sekitar ~ manusia;

pemangsaan perihal (perbuatan, tindakan dsb) menyebabkan seseorang atau sesuatu menjadi mangsa: ~ jenis ini sangat biasa terdapat di kalangan sesetengah binatang;

pemangsa binatang yg memakan binatang lain: harimau termasuk salah seekor binatang jenis ~.

mangsai I; kusut-~ sangat kusut;  masai.

mangsai II; masak ~ a) terlalu masak; b) ki sudah banyak pengalaman.

mangsi 1. dakwat, tinta; 2. ark sj tepung hitam drpd arang (utk menghitamkan gigi); 3. Mn warna hitam (biru tua), tarum; ikan ~ sotong.

mangu; termangu, termangu-mangu termenung-menung (kerana susah hati, bingung, dll), melengung: sejak ibunya meninggal, ia kelihatan selalu ~ sahaja; ia pun duduk termangu-mangu;

ketermanguan keadaan termangu: dlm ~ itu, Mat Janin termenung sendiri; mangau.

mangut termenung (spt orang mengelamun), bingung.

manhaj Ar kaedah, cara: Islam berjaya membentuk suatu ~ hidup manusia drpd barbarisme kpd ketamadunan.

mani air dan benih yg terpancut keluar dr alat kelamin lelaki (haiwan jantan) ketika bersetubuh (mengawan) atau apabila mencapai puncak syahwat; pancaran ~ Id pengeluaran mani;

permanian (Bio) proses memasukkan mani atau sperma ke dlm faraj atau salur pembiakan haiwan betina; ~ beradas perihal memasukkan mani ke dlm rahim dgn menggunakan radas tertentu.

mania (Psi) sebarang bentuk gangguan mental yg dicirikan dgn kelakuan ganas yg tidak terkawal.

manifestasi (maniféstasi) perbuatan (ucapan dll) yg memperlihatkan (menjadikan nyata) sesuatu;

memanifestasikan melahirkan, memperlihatkan, menunjukkan, menjadikan nyata: hasrat ini dimanifestasikan oleh seorang penulis yg tidak dikenali pd tahun 1814; watak yg secara lebih giat ~ rasa kekecewaan; dlm solatnya dia sentiasa ~ dan selalu pula membaharui ikrarnya kpd al-Khaliq;

termanifestasi terpancar: hal ini ~ dlm amalan umat Islam tentang konsep sekolah agama;

pemanifestasian perihal (perbuatan, tindakan dsb) memanifestasikan: karya sastera merupakan salah satu sumber kekayaan budaya dan wadah ~ pemikiran dan produk perilaku masyarakat.

manifesto (manifésto) pengisytiharan kpd orang ramai tentang dasar (tujuan, dll) sesuatu parti politik sebelum pilihan raya dll.

manik I 1. butir-butir kecil drpd kaca atau karang dll yg berlubang (dan boleh dicucuk utk dijadikan kalung, perhiasan, dll); 2. butir-butir kecil yg berwarna-warni, digunakan sbg hiasan pd biskut, kek, dll: setelah sejuk sapukan coklat cair dan taburkan ~ di atas kek; bagai ~ putus pengarang (tali) prb perihal air mata yg bercucuran;

bermanik-manik 1. memakai kalung dll drpd manik; 2. berbutir-butir spt manik (peluh dll): di daun-daun masih kelihatan air ~ .

manik II sj tumbuhan (pokok kecil), Aglaia spp..

manikam 1. batu permata, intan; ratna mutu ~ bermacam-macam jenis intan permata; 2. ark mani;

~ sudah menjadi sekam prb tidak berguna (berharga) lagi; adapun ~ itu jika dijatuhkan ke dlm limbahan sekalipun, nescaya tiada akan hilang cahayanya prb orang yg berasal baik-baik itu walau miskin sekalipun tetapi budi bahasa dan sopan santun tetap ada; mengembalikan ~ ke dlm cembulnya prb memikirkan kembali apa-apa yg telah diucapkan.

manik-manik; ~ hutan sj tumbuhan (pokok renek), jangka, kayu tanduk, telinga rusa, Lasianthus maingayi.

manila I = bunga (kembang) ~ sj tumbuhan (pokok), kembang mentega, kembang susu, Tabernaemontana divaricata.

manila II; itik ~ sj itik, serati, Anas moschata.

manipol Id kep manifesto politik.

manipulasi 1. perihal atau perbuatan menggunakan sesuatu (alat dll) atau mengerjakan sesuatu (dgn tangan dll) dgn cekap: spt selalu Kurosawa menyegarkan filemnya dgn ~ visual dan bunyi yg menarik; setiap ~ bahasa dlm karya sastera hanya wajar dilakukan oleh orang yg telah lebih dulu menguasai bahasa; 2. segala tindakan dan selok-belok utk memperdayakan orang atau mempengaruhi perlakuan (pendirian dll) orang lain tanpa disedari orang itu; 3. sesuatu perbuatan curang atau kurang baik yg dilakukan utk faedah sendiri: ~ harga mempengaruhi keberuntungan pengusaha industri kecil;

memanipulasikan 1. mengerjakan atau membuat sesuatu (dgn menggunakan tangan) dgn cekap, mengendalikan atau menggunakan sesuatu dgn cekap atau bijaksana: yg begitu dighairahkan ialah meniup dan ~ kaca semasa lembik; masyarakat umum mengenali al-Jabar sbg ilmu yg membicarakan cara ~ simbol dgn hukum dan petua tertentu; 2. mengendalikan (menggunakan) sesuatu atau melakukan sesuatu secara bijaksana sehingga dapat mencapai sesuatu tujuan: ahli-ahli politik mesti kembali menghormati agama dan mengelakkan nafsu kuasa politik dgn ~ agama; 3. melakukan sesuatu yg curang, menggunakan sesuatu utk berbuat curang atau tidak baik;

pemanipulasi pihak (orang dsb) yg bijak memanipulasikan sesuatu (keadaan dsb).

manipulatif berkaitan dgn, melibatkan atau bersifat manipulasi: kursus itu memberikan penekanan pd proses berfikir dan kemahiran ~.

manira sl aku, kita.

manis I 1. rasa spt rasa gula atau madu: kuih ini ~ spt gula; 2. sangat menarik (muka, percakapan, perawakan, senyuman, dll), lemah lembut serta peramah: gadis itu tidak cantik tetapi ~; tutur bahasanya ~; senyum ~; 3. cantik, elok, molek, mongel (gadis, benda, dll): gadis itu memang ~; 4. panggilan utk gadis (wanita) yg cantik manis: ia mendekati si ~ itu tanpa segan-segan lagi; 5. sopan, beradab (kelakuan, gerak-geri, dll): jangan buat begitu, nanti tak ~ dipandang orang; 6. ki dlm berbagai-bagai erti bermaksud nyaman (senang, mewah, dll): bagaimana pula dapat aku hidup ~ dgn orang yg demikian?

~ bangun Kl sedap dipandang mata, cantik, segak; ~-~ buah rasa yg tidak berapa manis (kuih dll); ~ budi (bahasa) pandai berbudi dan berbahasa, sopan-santun; ~ leting Kl, Tr tersangat manis; ~ madu rasa spt rasa madu; ~ muka muka yg periang (menarik hati); ~ mulut pandai berkata-kata;

~ spt gula derawa = ~ laksana gula sarawak = ~ spt gula jawa prb bersesuaian dlm semua hal (spt suami isteri yg sama elok dll); habis ~ sepah dibuang prb seseorang atau sesuatu yg dihargai hanya ketika berguna sahaja dan sesudah tidak berguna lagi lalu dibuang (atau ditinggalkan); lemak ~ jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan prb yg nampaknya baik itu jangan lekas diterima dan yg nampaknya buruk itu jangan lekas ditolak (harus dipertimbangkan dalam-dalam sebelum sesuatu perkara diterima atau ditolak); rindu akan jadi batasnya, maka ~ tidak jadi cuka prb jangan terlalu mesra bergaul dgn orang kerana nanti akan menimbulkan dendam kesumat;

bermanis; ~ muka tersenyum utk menunjukkan rasa hormat, mesra, disenangi dsb; ~ mulut bercakap dgn kata-kata manis;

bermanis-manis bercakap dgn kata-kata manis, bercakap dgn lemah lembut;

memanis 1. menjadi manis; 2. = memanis-manis membuat sesuatu supaya elok dilihat atau didengar;

memaniskan menjadikan manis; lewat dimaniskan, masam, lewat diharumkan, busuk prb perihal orang yg mula-mula berkasih-kasihan tetapi kemudian selalu berselisih;

mempermanis membuat supaya bertambah manis: dia melembutkan suaranya ~ mukanya ketika menyatakan maksudnya itu;

manisan, manis-manisan 1. sesuatu cecair (drpd bunga, sarang lebah, dll) yg manis rasanya; ~ bunga madu bunga; ~ lebah madu lebah; 2. buah-buahan dll yg direndam dlm air gula, halwa;

kemanisan 1. rasa yg manis: ~ nanas jenis itu memang diketahui orang; 2. kecantikan, kemolekan, kemongelan: ia yakin ~nya akan kembali jika ia pulih kembali; 3. keseronokan, kesukaan: ~ hidup bagai madu dgn isteri muda itu tidaklah akan lama; 4. bp terlalu manis, manis sangat: kopi ini ~ kerana terlalu banyak gula;

pemanisan perihal (proses, perbuatan dsb) memaniskan;

pemanis 1. sesuatu yg menyebabkan sesuatu yg lain menjadi manis atau bertambah manis (elok, cantik, dll); 2. = ~ muka guna-guna utk memikat hati orang (dgn menjadikan seseorang sentiasa kelihatan manis): diberi makan pula oleh kawannya sekapur sirih ~; mencarikan Ramlah ubat memperelok dan ~ rupa kembali.

manis II; akar ~ = akar kulit ~ sj tumbuhan (akar memanjat), tebu gajah, Albizzia myriophylla; akar kayu ~ sj tumbuhan (akar memanjat), akar cius, akar kepah, akar tebu gajah, Acacia penata; kayu ~ sj tumbuhan (pokok yg kulitnya manis), Cinnamomum zeylanicum.

manja I 1. kurang elok kelakuannya kerana selalu diturut kemahuannya (dibiarkan berbuat apa-apa sahaja): ~ betul budak itu, maklumlah anak bongsu; 2. sangat kasih (jinak, mesra, ramah) kpd: dia berkata dgn suara yg ~; kedua-dua anak itu sangat ~ dgn saya;

bermanja berlaku manja: Arif sudah mulai ~ dgn pengasuhnya;

bermanja-manja, bermanja-manjaan berjinak-jinakan, beramah-ramahan: cuma hari ini saja kami berpeluang ~ dgn Murad;

memanja berbunyi manja (suara dll): kadang-kadang suaranya ~;

memanjakan, memanja-manjakan, mempermanjakan sangat melayani kehendaknya sehingga jadi manja: jururawat itu membetulkan kain selimutnya spt ibu ~ anaknya; gerak-gerinya semakin dimanja-manjakan;

termanja-manja (sudah) menjadi terlalu manja;

manjaan yg dimanjakan: dia memang ingin memelihara seekor binatang ~;

kemanjaan perihal manja: anaknya masih haus kpd ~ dan kemesraan;

kemanja-manjaan dgn berlaku manja: ia menjawab ~ .

manja II (dlm kata majmuk) maja; majakani.

manjahil; tandil ~;tandil.

manjakanimajakani.

manjang sj hantu yg menghisap darah.

manjanganmenjangan.

manjapada ark sl dunia ini, mayapada;  marcapada.

manjau ark = bermanjau bertandang (ke rumah gadis).

manjung I sj jamung atau suluh besar (utk menangkap ikan).

manjung II sl; manjungan sj perahu: maka segala dendang dan ~ pun belayarlah.

manjung III; permanjungan bilik di sisi rumah yg lantainya lebih tinggi, anjung.

manjur 1. dapat menyembuhkan dgn segera (ubat dll), mujarab, mustajab; 2. mempunyai kuasa atau daya yg kuat (doa, jampi, dll), sakti: manteranya ~; 3. boleh mematikan dgn segera, bisa: anjing itu mati kerana termakan racun yg ~ itu;
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   18


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət