Ana səhifə

M II kep meter. M kep Masihi; 1959~ tahun 1959 Masihi ma


Yüklə 0.79 Mb.
səhifə4/18
tarix26.06.2016
ölçüsü0.79 Mb.
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   18

kemalangan 1. kecelakaan, kesialan, kerugian, kesusahan: abang engkau telah terlibat dlm satu ~ kereta di utara Semenanjung; 2. tertimpa malang (celaka), mendapat kecelakaan: kalau-kalau ada antara kawan-kawan yg ~ dlm masa ribut besar semalam itu; mendapat ~ mendapat celaka (spt luka-luka atau mati dilanggar kereta, jatuh dr pohon, dll).

malangbang ark sl sj perahu (kapal).

malangkamomalakamo.

malangkan sj tumbuhan (pokok), bulangkan, katang, Cynometra polyandra.

malap 1. tidak terang cahayanya (lampu), kurang terang, muram, suram, pudar (cahaya): api itu sekejap marak dan sekejap ~; cahaya ~ menerangi bilik; 2. hampir padam (api); 3. ki tidak aktif (segar dsb), tidak begitu berupaya utk maju (berkembang dsb);

memalapkan 1.menjadikan malap, memudarkan: Amir ~ lampu keretanya; 2. ki dimusnahkan: namun kemajuan dan kegemilangan ini telah berjaya dimalapkan oleh kedatangan penjajah Barat;

kemalapan 1. keadaan malap atau muram, keadaan pudar (bkn cahaya); 2. ki perihal atau keadaan tidak aktif (segar, berkembang, dsb): ~ dan kelesuan dunia kritikan berterusan walaupun mereka memiliki sarjana atau Ph.D;

pemalap = ~ lampu peranti utk mengubah-ubah darjah terangnya cahaya lampu elektrik.

malapari sj tumbuhan (pokok), mempari, pari-pari, Pongamia pinnata.

malapetaka berbagai-bagai kesusahan (bencana, kecelakaan, kesengsaraan, dsb): orang di kampung itu sedang menghadapi satu ~ besar akibat air sungai yg semakin naik.

malar 1. tetap, tidak berubah, terus-menerus: kulit mengawal suhu badan manusia supaya ~ walaupun suhu alam di kelilingnya berubah; ~ hijau sentiasa berdaun (hijau) sepanjang tahun (bkn tumbuh-tumbuhan yg tertentu); 2. = malar-malar lebih-lebih lagi, malahan;

memalarkan membuat supaya tetap dan tidak berubah: suhunya dimalarkan;

kemalaran perihal malar;

pemalar kuantiti yg tidak berubah, lazimnya diwakili oleh simbol tertentu (bergantung pd bidang ilmu yg diperkatakan).

malaria sj penyakit yg disebabkan oleh parasit protozoa dlm sel darah merah, yg dibawa oleh gigitan nyamuk tiruk, dan dicirikan dgn serangan demam dan seram sejuk yg berulang-ulang, demam kura.

malas I 1. tidak mahu berbuat apa-apa (bekerja dll), segan, lwn rajin: aku tidak mahu menolong orang yg ~ bekerja spt kamu ini; 2. tidak sudi, tidak suka, enggan, segan: kalau di tempat orang, jangan ~ bertanya;

bermalas-malas duduk dgn tidak membuat sesuatu apa pun, duduk berehat-rehat, lengah: selepas makan, dia duduk di bawah pohon itu ~;

memalaskan menjadikan malas: ia sengaja hendak ~ suaminya;

kemalasan perihal malas: ia dicaci orang kerana ~nya;

pemalas orang yg malas, penyegan: ia ~ dan penyegan tetapi penjudi.

malas II; burung ~ sj burung, a) burung segan, Caprimulgus indicus; b) burung kubur, Caprimulgus macrurus.

malau sj damar atau pelekat yg digunakan utk mengetatkan keris, parang, dll pd hulunya;  embalau I.

malaun Ar yg terkutuk atau dilaknati.

malaut sj tumbuhan (pokok), Hopea ferrea.

Malayalam bahasa dlm keluarga bahasa Dravidia, yg hampir sama dgn bahasa Tamil, dituturkan oleh kaum yg tinggal atau berasal dr barat daya India, dan merupakan bahasa rasmi Kerala.

Malayali Malayalam.

Malaysia negara yg terletak di Asia Tenggara yg ibu negaranya Kuala Lumpur, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaannya bahasa Melayu, dan agama rasminya agama Islam;

memalaysiakan menyesuaikan atau menjadikan sesuatu supaya bercirikan Malaysia: pakaian tradisi Cina yg telah dimalaysiakan bersesuaian dgn suasana tempatan;

kemalaysiaan berhubung dgn atau bersifat Malaysia (sbg sebuah negara seluruhnya): banyak ciri dan cita-citanya lebih melambangkan ciri dan cita-cita ~;

pemalaysiaan perbuatan (proses) menjadikan sesuatu bercirikan Malaysia: penyusunan semula masyarakat adalah satu proses ~ semua sektor kehidupan rakyat Malaysia.

malbar sj tumbuhan (pokok renek), bunga kisar, kembang lubo, Abutilon indicum; ~ hutan sj tumbuhan (herba), sepulut, selasih hutan, Hyptis suaveolens.

maleh malih.

maleman Jw perayaan pd malam tarikh yg ganjil atau gasal (selepas 20 hari bulan) dlm bulan puasa.

malformasi (Bio) pembentukan organ secara tidak normal semasa perkembangan fetus.

malignan (Ubat) cenderung menjadi lebih teruk dan mengakibatkan maut (bkn tumor atau ketumbuhan): ketumbuhan pd rahimnya ialah sj ketumbuhan yg ~, dan dia mati akibat ketumbuhan itu.

malih Jw bertukar (rupa, corak, dll), berubah.

malik I Ar yg memiliki, raja, tuan: Raja Syarif raja yg soleh / Bangsa Hasyim sedia terpilih / Berkat syafaat Tuhan yg ~ / Pangkat yg mulia sudah terpilih.

malik II sj tumbuhan (pokok), Litsea glutinosa.

Malik malaikat yg menjaga pintu neraka.

Malik al-Mulk (Malikul Mulk) Ar Pemilik Mutlak Segala Kekuasaan (satu drpd 99 nama Allah).

Maliki; mazhab ~ satu drpd empat mazhab yg teraku dlm agama Islam (didirikan oleh Imam Malik bin Anas).

malikuljabbar Ar raja yg Maha Berkuasa, Allah.

malim 1. guru agama (Islam), orang yg alim, ulama; 2. petunjuk jalan, pemimpin; 3. = ~ angin = ~ kapal jurumudi; 4. pawang;

pemaliman operasi (khidmat, tugas dsb) mengemudikan kapal masuk ke pelabuhan atau keluar dr pelabuhan yg dilakukan oleh malim: pengendalian pelabuhan itu meliputi perkhidmatan kargo, kontena dan ~.

mali-mali; ~ berduri sj tumbuhan (pokok renek), memali, toi, Leea angulata.

maling I Jw 1. = pemaling pencuri (terutama yg mencuri pd waktu malam): gerak-gerinya spt orang ~; 2. mencuri;

~ curi hal curi-mencuri; ~ dapat (Palembang) ark menemui sesuatu serta memilikinya;

kemalingan dimasuki oleh pencuri, kecurian.

maling II; pintu ~; pintu.

Malinja = padi ~ sj padi yg menghasilkan biji yg besar;  padi.

malis pucat (warna), tidak begitu keras (bau).

malnutrisi (Bio) kekurangan makanan seimbang pd individu atau populasi.

maltase (Bio) enzim yg memangkinkan penukaran maltosa kpd glukosa dan terdapat dlm usus kecil.

maltosa (Bio) sj gula yg disediakan secara hidrolisis kanji oleh enzim diastase dan digunakan sbg pemanis.

maltosuria (Ubat) kewujudan maltosa dlm air kencing.

malu I 1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; panglima tak bermalu, melerek-lerek macam kambing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya; 3. menaruh hormat akan, berasa segan (agak takut): ia sendiri masih begitu ~ hendak mengemukakan pertanyaan ini;

~ besar malu yg amat sangat; ~ mata segan, hormat;

~ bertanya, sesat jalan = ~ berdayung, perahu hanyut = ~ makan, perut lapar prb kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mendapat kejayaan; ~ kalau anak harimau menjadi anak kucing (kambing) prb tidak patut kalau anak orang baik-baik atau pandai menjadi jahat atau bodoh;

semalu; sehina ~ mempunyai nasib yg sama, seia, sekata;

malu-malu nampaknya sangat malu: masuklah, jangan ~; dgn sikap yg ~, dinyatakannya maksudnya dlm bahasa yg lembut; ~ bahasa berasa segan-segan (sewaktu berhadapan dgn orang yg dihormati dll); ~ kucing berpura-pura malu;

memalui ark 1. menaruh malu pd: dialah yg harus kaumalui; 2. menghormati, menakuti, menyegani: pd ketika itu segala anak raja-raja Inderagiri tiada dimalui oleh segala anak tuan-tuan Melaka;

memalukan 1. memberi malu, menyebabkan malu: akibatnya nanti bukan hanya ~ tetapi juga merugikan; 2. malu kerana sesuatu (pakaian dll): tak usah dimalukan rumah buruk;

termalu-malu berasa agak malu: selama besar ini dia ~ memanggil abang kpd Ramlan;

kemaluan 1. perihal malu, sesuatu yg mendatangkan malu, rasa malu: jikalau si Tuah ada, dapatlah ia menghapuskan ~ku; 2. mendapat (berasa) malu: hendaklah tuan berikan kehendaknya supaya kita tidak ~; 3. bh alat kelamin (laki-laki atau perempuan);

kemalu-maluan berasa sangat malu, tersipu-sipu: dia tunduk ~;

pemalu (orang yg) mudah berasa malu.

malu II; si ~ = puteri ~ = malu-malu sj tumbuhan (pokok renek kecil, yg apabila tersentuh daunnya terkuncup), Mimosa pudica.

malun (mal.un) Armalaun.

malung 1. sj ikan laut, Congresox spp.; 2. sj ikan laut, Muraenesox spp.

malut I malaut.

malut II; kalut-~ kalut (sibuk) tidak keruan;  kalut.

mama I bp ibu.

mama II mamak.

mamah; memamah 1. menghancurkan makanan (dlm mulut) dgn gigi, mengunyah: Hashim ~ kacang goreng sambil memerhatikan anak-anaknya bermain; ~ biak memakan makanan kali keduanya (lembu dll); 2. ki memusnahkan, menghancurkan, menjahanamkan, merosakkan: pejabat itu musnah dimamah api; tekanan hidup yg pahit dan tempang ini ~ daging badannya;

memamahkan 1. memamah (mengunyah) sesuatu utk; 2. memamah pd;

mamahan sesuatu yg sudah dimamah;

pemamah; ~ biak binatang yg memamah biak (lembu dll).

mamai 1. kurang terang ingatan atau fikiran (kerana terlalu tua, sakit teruk, dll), tidak sedarkan diri (mabuk, hilang ingatan, dll): saya diam, terkatup mulut, ~ ingatan dan hilang pandangan; 2. mimpi dan mengigau (dlm tidur);

bermamai mengigau (dlm tidur), berkata-kata dlm tidur.

mamak 1. Mn saudara ibu yg laki-laki, bapa saudara: ibunya telah menggunakan harta pesaka kerabat utk menyekolahkannya, dgn keizinan Sutan Batuah, ~ Hanafi, abang ibunya; 2. sl sebutan oleh raja kpd pembesar-pembesar negeri (menteri dll): ~ menteri; ~ bendahara; 3. ark mak kecil, mak tua; 4. bp panggilan kpd lelaki India yg beragama Islam (terutamanya yg terlibat dgn perniagaan makanan dsb); ~ nenek = nenek ~ Mn a) penghulu adat; b) orang tua-tua yg bijaksana.

mamalia (Bio) haiwan bertulang belakang, badannya berbulu, jantungnya terbahagi kpd empat kebuk, dan menyusui anaknya.

maman 1. sj tumbuhan (herba yg boleh dimakan), Cleome icosandra; 2. sj tumbuhan (herba yg daunnya dibuat ubat pening), Gynandropsis gynandra; ~ pasir sj tumbuhan (herba), inai paya, Jussiaea linifolia.

mamanda bh mamak.

mamang I 1. kabur pandangannya (kerana hendak pengsan dll); 2. mamai, bingung, ketakutan: gopoh-~ tergopoh-gopoh benar, tergesa-gesa.

mamang II maman.

mamang III Mn sj peribahasa (yg mengandungi nasihat).

mamang IV (Jw, Sunda) pak cik, paman.

mamar ark  mamang I.

mamas-mamas; ~ pelanduk sj tumbuhan (pokok), Sapium baccatum.

mambang I 1. sj hantu (yg bermacam-macam warnanya dan disebut mengikut tempatnya): ~ segera; 2. = ~ kuning = ~ petang warna kuning kemerah-merahan tatkala matahari hendak masuk (di sebelah barat); 3. ki perempuan (yg belum bersuami), anak gadis: dia belum lagi dapat memikat hati seorang ~ .

mambang II sj ikan laut, Lutjanus sanguineus.

mambar Kl tidak menarik, tidak cergas, lembap.

mambo sj rentak lagu (irama) Amerika Selatan.

mambu I Jk = berbau ~ berbau busuk.

mambu II, mambul sj tumbuhan (pokok kecil), sadu, Melia indica; ~ jantan = akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat daunnya dibuat ubat), jemerah, lemak pahit, merambu, sekebah, Millettia sericea; sepahit-pahit ~ kelatnya menjadi ubat prb sesuatu barang dianggap tidak berguna, ada kalanya boleh mendatangkan faedah.

mambung kering serta tidak berisi di dalamnya (buah-buahan, roti, dll), hampa (padi dll); mampung.

mami bp 1. ibu, emak; 2. emak saudara; 3. perempuan yg mengawasi dan menjadi perantara kpd perempuan lacur dsb.

mamik berubah rasanya (barang makanan), menjadi tidak sedap.

mamlakat Ar ark kerajaan, kedaulatan.

mamografi teknik menggunakan sinar-X utk memeriksa buah dada sbg langkah awal mengesan penyakit barah.

mampal Kd, Pn tumpul (pisau dll), dempak (bentuk sesuatu).

mampat I 1. tidak beronga-rongga, tidak gembur (tanah dll), padat, tumpat; 2. Jk tidak dapat mengalir, tersendat, tersumbat: parit itu ~;

memampatkan membuat (menekan, mengasak, dsb) supaya padat atau tumpat: jangan dimampatkan sangat isi tin itu;

termampat dimampatkan: campuran itu terasak atau ~ ke dlm ruang kecil di sebelah atas kebuk;

mampatan perihal mampat;

kemampatan perihal (keadaan dsb) mampat, kepadatan, ketumpatan;

pemampatan perihal (proses, perbuatan) memampatkan sesuatu;

pemampat alat utk memampatkan; ~ udara alat utk memasukkan udara ke dlm tangki dll.

mampat II Mn baik sekali, elok sekali, jempol.

mampir Jw berhenti sebentar, singgah: sepulang dr sawah, ia biasa ~ dulu ke langgar utk sembahyang.

mampu 1. sanggup (dapat, kuasa) melakukan sesuatu: ramai ibu bapa yg tidak ~ membeli seluar baju utk anak mereka; 2. kaya, berada: awak orang ~;

memampukan membolehkan: jumpaan teks ini ~ kita membuat kesimpulan berikut;

kemampuan 1. kesanggupan (utk melakukan sesuatu), kebolehan, kekuatan: Malaysia akan memperkuat angkatan bersenjatanya sesuai dgn ~nya; 2. kekayaan;

berkemampuan 1. mempunyai kesanggupan (kebolehan, kekuatan); 2. mempunyai kekayaan.

MAMPU akronim bagi Manpower and Administrative Modernization Planning Unit (Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia).

mampung ringan serta berongga-rongga di dalamnya (roti dll);  mambung.

mampus bk mati.

mamun Kd, Pn 1. mengigau (dlm tidur); 2. agak nyanyuk, mamai.

mamung sj ikan laut, cupak, Caranx sexfasciatus.

man I sj ukuran berat (yg beratnya lebih kurang 80 paun atau 36.3 kilogram).

man II singkatan bagi paman.

mana 1. = yg ~ kata yg digunakan utk menanyakan benda dlm satu kumpulan (kelompok): baju ~ yg hendak dibawa pergi?; ~ satu budak yg nakal itu? 2. perkataan yg digunakan utk menanyakan tempat: di ~ sampai, di situlah bermalam; di ~ ayahmu sekarang?; ke ~ engkau hendak pergi?; di ~ mungkin (perlu) kalau mungkin (perlu); di ~ -~ di segala tempat; ke ~-~ ke segala tempat; 3. perkataan yg digunakan utk menanyakan keadaan atau cara sesuatu; bagai~ = macam ~ spt apa keadaannya (caranya); 4. = ~ boleh = ~lah = manakan, manatah mana boleh, bagaimana: seorang ibu manakan jemu memelihara anaknya; manatah tuan dapat menyebut bahasa Melayu; ~lah terdaya ibu bapa hendak menanggungnya; ~lagi = ~ pula tambahan (lebih-lebih) lagi; di manakan bagaimana akan boleh (dapat), tidak mungkin, mustahil: kalau tidak bercuti ~ sempat saya buat pekerjaan itu; ~ tahu Dolah menolak, jikalau tiada kayu, ~ api itu bernyala; 5. sl barang apa, apa sahaja : ~ bicara bapa hamba tiadalah hamba lalui; 6. apa: bahasa ~ yg disebut raja ini; sebanyak ~ stok yg hendak diisikan di dlm kedai itu terpulanglah kpd pekedai; ~ pula lebih-lebih lagi, tambahan lagi, mana lagi; 7. yg tersebut (sebelumnya): kepandaian itu digunakan utk mengumpulkan wang, hal ~ sangat menyedihkan;

~ ... ~ ... baik.... mahupun...: ~ miskin ~ kaya datang semuanya; ~ ... ~ ... sudah... pula; ~ panas ~ berdesak-desak bp sudahlah panas berdesak-desak pula;

mana-mana 1. mana pun, barang apa pun, setiap: mereka tidak menyebelahi ~ pihak dlm pertikaian itu; bacalah ~ novel; ~ dokumen disimpannya baik-baik; 2. siapa-siapa, barang siapa: ~ yg setuju mengangguk-anggukkan kepalanya.

manah I bp kep amanah (amanat); harta ~ = mas ~ Mn a) harta benda (yg dipusakai drpd nenek moyang); b) persembahan yg diberikan kpd raja (sewaktu raja mengadakan majlis perkahwinan dll);

bermanah mempunyai harta benda, banyak meninggalkan harta benda.

manah II sl perasaan (hati dll), perhatian.

manai pucat lesi (kerana kurang darah dll); pucat ~ sangat pucat.

manakala 1. apabila, bilamana: ia tersenyum ~ melihat anaknya sudah terlena; 2. tetapi: dia duduk di samping mayat ayahnya, ~ adiknya tidak putus-putus menangis; 3. sedangkan: ramai orang yg cedera dan hilang ~ beratus-ratus kehilangan rumah tangga dlm gempa bumi itu.

manakan bp kep kemanakan.

manalagi lebih-lebih lagi, mana pula, apalagi;  mana.

mana lagi; jeruk ~, jeruk si manalagi Id sj buah limau besar serta manis.

manas Br manik: beratus-ratus biji ~ disimpannya, mungkin akan dijadikan seutas kalung.

mana suka Id dgn sesuka hati (tidak dipaksa), dgn sukarela; jam ~ waktu (dlm jadual waktu pelajaran) yg tidak ditentukan apa yg harus diajarkan; sokongan ~ sokongan yg diberikan dgn sukarela.

manat Mn ark tetap mengenai janji (persetujuan dlm mesyuarat).

manau sj tumbuhan (rotan besar), Calamus manan;

laksana ~, seribu kali embat haram tak patah prb sesuatu yg sangat kuat dan teguh; spt maksud ~ = maksud bagai maksud ~ prb cita-cita yg tidak mungkin dicapai; spt mengilang ~ prb suatu masalah yg sangat sukar;

memanau 1. membuat gawar-gawar drpd manau; 2. memukul dgn rotan, merotan.

mancanegara Id negara-negara asing.

mancawarna Id banyak warnanya, berwarna-warna;  pancawarna.

manci Id kuali besi, panci.

mancis = ~ api gores api, korek api, geretan;

memancisi menyalakan dgn mancis (rokok dll);

memanciskan menggoreskan anak mancis supaya menyala.

mancit Mn tikus.

mancung I makin kecil ke hujung, lancip, runcing; hidung ~ hidung yg lancip; hidung tak ~ pipi tersorong-sorong prb suka ikut campur dlm urusan orang lain;

kemancungan perihal mancung atau lancip (hidung).

mancung II seludang kelapa yg kering; perahu ~ sj perahu yg bentuknya spt seludang.

mancur; memancur; air ~ air terjun, jeram;  pancur.

manda I singkatan bagi mamanda.

manda II; mandi-~ berbagai-bagai upacara mandi;  mandi.

manda III Jw mahu, tahan (menderita).

manda IV; kanda-~; kanda.

mandah I daun atau kulit yg letaknya dlm lesung (sbg alas).

mandah IImanda III.

mandai sj tumbuhan (pokok).

Mandailing suku bangsa yg berasal dr Sumatera, Indonesia.

mandala I 1. kawasan atau lingkungan yg termasuk dlm bidang kuasa pihak berwajib (negara); 2. ruang lingkup sesuatu bidang ilmu, pengetahuan, dsb: sistem itu mengalami perubahan sikap yg mengurangkan ~ ketakpelbagaian; 3. sl bulatan, lingkungan, daerah.

mandala II (S.Lukis) simbol bulat yg melambangkan cakerawala yg terdapat dlm seni Buddha dan Hindu.

mandalika I ark sl gelaran atau jawatan kepala daerah (spt adipati atau gabenor).

mandalika II sj tumbuhan (pokok), Artocarpus rigida.

mandam = termandam 1. berasa pening kepala (kerana mabuk dll), mabuk; 2. terlalu asyik (dlm percintaan dll).

mandang I bp memandang;  pandang.

mandang II Jk sj burung yg terdapat di paya-paya dll.

mandat 1. amanah yg diberikan oleh orang ramai atau sesuatu kumpulan kpd wakil mereka (dlm mesyuarat dll utk mengemukakan pendapat, memajukan permintaan, dll): Perdana Menteri itu akan meminta ~ baru drpd rakyat; 2. kuasa yg diberikan oleh pihak yg lebih tinggi: Presiden telah memberikan ~ kpd Perdana Menteri utk membentuk kabinet baharu; 3. Id surat kuasa, surat perintah (membayar dll): ia masih menunggu ~ utk membayar gaji pekerja-pekerja; 4. kuasa yg diberikan oleh Liga Bangsa-Bangsa (sekarang Bangsa-Bangsa Bersatu) kpd sesebuah negara utk mentadbir sesuatu wilayah dsb; 5. kuasa mentadbir sesebuah negara asing dll yg diamanahkan kpd sesuatu pihak berkuasa: rancangan itu menyeru supaya wilayah-wilayah Gaza dan Tebing Barat diletakkan di bawah ~ Bangsa-Bangsa Bersatu.

mandataris IB orang yg menerima mandat, penerima mandat.

mandatori mesti atau wajib dilaksanakan (dikuatkuasakan dsb): dia dituduh mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, (semakan 1983) yg membawa hukuman mati ~ jika sabit kesalahan;

memandatorikan menjadikan mandatori: resolusi ketiga pula ialah ~ PSKP melalui peraturan perundangan;

pemandatorian perihal (proses atau tindakan) memandatorikan: ~ itu adalah sejajar dgn salah satu kenyataan dlm laporan Jawatankuasa Kabinet.

mandau sj pedang buatan Kalimantan.

mandeh (mandéh) Mn ibu, mak.

mandek Jk 1. berhenti, terhenti: keretanya ~ di situ; 2. tidak lancar perjalanannya, tidak dapat diteruskan (perundingan dll), terbantut, terbengkalai: kekurangan bahan mentah menyebabkan perusahaan itu ~.
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   18


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət