Ana səhifə

G huruf ketujuh abjad Rumi. G. kep Gunung: ~ Kinabalu; ~ Tahan ga


Yüklə 0.66 Mb.
səhifə6/15
tarix27.06.2016
ölçüsü0.66 Mb.
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   15

gelandang I Id; bergelandangan 1. berkeliaran, bertualang, berjalan-jalan tanpa tujuan: tindakan patut diambil utk mengawal orang-orang muda yg ~ di jalan-jalan raya; 2. ki merana: di sinilah letaknya harapan yg bakal memberi sinar pd hatinya yg ~;

gelandangan 1. = orang ~ orang yg pekerjaannya atau tempat tinggalnya tidak tetap; 2. tidak tentu tempat kediamannya atau pekerjaannya: seorang intelektual, yg menggunakan bahasa Indonesia, yg hidup secara ~.

gelandang II Id hafbek.

gelandang III Jw; menggelandang menyeret (dgn paksa), menghela.

gelang I 1. sesuatu yg berupa bulatan (lingkaran), cincin besar; 2. perhiasan berupa bulatan yg dipakai pd tangan atau kaki;

~ bajang gelang sbg tangkal (dibuat drpd benang hitam); ~ benzena (Kim) susunan enam atom karbon dan atom hidrogen yg membentuk gelang heksagon dlm satu satah; ~ dayung gelang nipis yg hujungnya spt sudu; ~ kana gelang sbg perhiasan utk anak-anak atau pengantin; ~ keroncong gelang kaki yg bergemerencing; ~ kunci gelang utk menggantungkan anak kunci; ~ mayang = ~ cerai gelang halus-halus yg dipakai banyak-banyak, gelang berurai; ~ pertumbuhan (Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku; ~ rantai a) mata rantai; b) gelang yg berupa rantai; ~ tahunan (Bio) a) lapisan pertumbuhan yg terjadi dlm setahun dan digunakan utk mengira umur pokok; b) gelang yg menandakan pertumbuhan pd cangkerang;

~ tidak laga sebentuk, laga keduanya prb suatu kejadian spt perkelahian dll tidak berasal drpd satu pihak saja; bagai menambah ~ bini prb Mn pemberian kpd orang yg sudah mempunyai benda yg sama;

gelang-gelang 1. benda yg bentuknya spt gelang; 2. = ~ raya sj cacing dlm perut manusia (binatang); 3. = ~ tanah sj cacing yg hidup dlm tanah;

menggelang (Tani) membuang kulit di sekeliling pangkal pokok supaya mati;

pergelangan 1. = ~ tangan bahagian tangan dekat buku tangan; 2. = ~ kaki bahagian kaki dekat buku kaki.

gelang II; rotan ~ sj tumbuhan (palma), rotan cincin (duduk, jelutung, kemunting, kerai, perupuh, segera), Daemonorhops geniculatus.

gelang (gélang) I; ~ laut sj tumbuhan (pokok melata), sepit-sepit, Sesuvium portulacastrum; ~ pasir sj tumbuhan (herba), rumput beremi, segan jantan, Portulaca oleracea.

gelang (gélang) II Mn; bergelang-gelang gilang-gemilang.

gelanggang 1. tempat menyabung ayam (bertinju, bermain sukan, dll); 2. medan perang (pertempuran, pertarungan, dsb); ~ perang medan perang; 3. lingkaran di sekeliling bulan (matahari, susu, luka, dll); 4. ki ruangan atau tempat perjuangan sesuatu bidang: institusi sastera terus menjadi ~ bertembung, berdialog, dan berdirinya pemikiran yg kritis; tak pernah masuk ~ bergong prb tercengang-cengang (kehairanan);

bergelanggang 1. memakai gelanggang; 2. ki bertempur; 3. berlingkaran: air matanya mulai ~ di tepi matanya; ~ mata orang banyak prb sudah terang dan nyata sekali;

menggelanggang mengadakan tempat utk menyabung ayam: hendak ~ tujuh hari lamanya, dan hendak memotong kerbau empat belas ekor.

gelangsar; menggelangsar meluncur ke muka, menggelincir.

gelangsir gelangsar.

gelantang I Jk; menggelantang menjemur pakaian yg masih bersabun di tempat yg panas; kelantang I.

gelantang II; guling-~; guling.

gelanting, gelantung bergantung berayun-ayun, bergayut, kontang-kanting;

bergelantungan bergantungan, bergayutan.

gelap 1. tidak terdapat cahaya, kelam, tidak terang: hari mulai ~ lebih kurang pd pukul tujuh malam; keadaan di tempat itu ~; 2. tidak jelas atau belum jelas (bkn sesuatu hal, perkara, kedudukan, dll): hal itu masih ~ bagi saya; (masih) dlm ~ (masih) belum faham benar atau tahu dgn jelas akan sesuatu; 3. tidak cerah (bkn kehidupan atau masa depan seseorang dsb), menghadapi kesulitan; 4. (secara) haram, (secara) tidak sah, (secara) rahsia; barang ~ barang yg diimport (dijual dll) secara gelap; mata-mata ~ ampama (pengintip rahsia, polis rahsia); pasar ~ tempat berjual beli barang-barang haram (yg ditegah oleh kerajaan);

~ buta = ~ -guguk = ~ -gelita = ~-gelemat = ~-katup = ~-pekat sangat gelap; ~ fikiran = ~ mata a) tidak dapat berfikir lagi kerana marah dsb (sehingga mengamuk, memukul, dsb); b) pitam: dia dibawa ke hospital setelah dia berasa ~ mata; ~ hati sukar (tidak mudah) belajar;

bergelap berada dlm gelap (tidak memakai lampu): pd malam hari peraturan ~ dijalankan;

bergelap-gelap tidak dgn terus terang;

menggelap 1. menjadi gelap; 2. lenyap, melenyapkan diri; 3. menjadi gelap mata;

menggelapkan 1. menjadikan gelap, menjadikan tidak diterangi cahaya (dgn mematikan lampu dll): jangan digelapkan bilik ini kerana saya hendak membaca lagi; 2. menyebabkan tidak cerah (masa depan seseorang dll), menyulitkan, menyusahkan: kata-kata itu benar-benar ~ masa depan keluarganya; 3. menghilangkan atau mencuri (barang yg diamanahkan orang dll): ia telah ~ wang kesatuan; 4. menyembunyikan, menghalangi (tersebarnya berita dll): pihak penjajah telah ~ pengiriman berita;

kegelapan 1. perihal gelap, keadaan gelap: ia keluar dr rumahnya dlm ~ malam; suasana politik dunia sekarang masih dlm ~; 2. berada dlm gelap: kalau tidak cepat pulang tentu ~ di tengah jalan; 3. menjadi gelap mata;

kegelap-gelapan 1. agak gelap; 2. menjadi gelap mata;

penggelapan perihal atau perbuatan menggelapkan (barang, berita, dll): orang yg terlibat dlm ~ barang-barang kerajaan telah ditangkap.

gelar I = gelaran 1. panggilan (sebutan) spt Tengku (Raja, Tun, Datuk, dll); ~ kehormat gelar yg diberi kerana jasa seseorang; 2. nama julukan (yg ada hubungannya dgn sifat atau keadaan seseorang dll, spt si bopeng, si bahlul, si kedekut, dll);

bergelar memakai gelar: orang yg dipanggil Sutan itu sebenarnya ~ Sutan Bagindaseraya;

menggelar, menggelari memberi gelar, memberi nama julukan dll: kalau Sultan ~ orang, maka baginda diadap orang spt adat utusan datang.

gelar II Jw; menggelar membentangkan, menghamparkan (tikar dll).

gelar III Ph sebab.

gelas 1. bekas utk minum (sirap, air, dll) yg tidak bertangkai, biasanya dibuat drpd kaca: ~ anggur; 2. kaca: cincin-cincin itu bermata batu atau ~;

bergelas-gelasan Mn melagakan layang-layang (berusaha memotong tali lawan) dgn tali yg dilekatkan serbuk kaca;

menggelas melekatkan serbuk kaca pd tali layang-layang.

gelatak I geletak (gelétak).

gelatak II cerewet, lidah panjang, banyak mulut.

gelatak III; menggelatak menggeletek, mencubit-cubit, menggelikan.

gelatang Jk gelantang I.

gelatik Jk  jelatik.

gelatin (gélatin) sj bahan yg jernih warnanya (tidak mempunyai bau atau rasa) yg dibuat drpd tulang-tulang dan kulit binatang yg direbus.

gelatuk; menggelatuk menggeletuk (gigi dsb kerana kesejukan atau ketakutan), gementar: Mamat menggigil kerana takut, giginya ~; ~ sekalian sendi anggotanya oleh kesejukan.

gelawai sj tumbuhan (pokok), Buchanania sessilifolia.

gelayangan Jk berkeliaran, merayau, bergelandangan.

gelayaran Jw terhuyung-hayang.

geldik Kl lentik, kedik.

gelebah sl sedih, duka, gelisah; gelabah.

gelebak; menggelebak bunyi spt bunyi nyiur gugur (buku jatuh dsb).

gelebap gelebak.

gelebar; tergelebar jatuh berserak (cerai-berai).

gelebar (gelébar); tergelebar berkibar-kibar (bendera dll).

gelebat (gelébat) dayung yg kedua-dua belah hujungnya berdaun, kelibat.

gelebek (gelébék) Kl terturun ke bawah (bibir), herot.

geleber (gelébér); menggeleber, geleberan Id terkelepai (gelambir, pial ayam, dll), terkulai ke bawah (bendera dll): ia meraba-raba perut kambingnya yg ~ itu.

gelebuk bunyi barang jatuh dll.

gelebung; ~ buaya Kl sj penganan (dibuat drpd tepung pulut, nyiur muda, dan gula).

geleca ark sj tilam nipis.

gelecah tergelincir, tergeliat, tersalah langkah.

gelecak gelegak.

gelecek (gelécék); gelecak (gelécak); menggelecek menggelangsar, menggelincir;

tergelecek tergelangsar, tergelincir: masa kawan ~ dlm sungai, kawan rasa beban di belakang badan kawan jatuh ke dlm sungai.

gelecok (gelécok) NS tergelincat, melanting, melencong.

geledah (gelédah); menggeledah memeriksa dgn tujuan mendapatkan sesuatu (barang curian, senjata haram, dll), menyelongkar (rumah dll), menggeladah: sesudah ~ sekolah itu, pihak polis menemui lima pucuk senapang;

penggeledahan perihal atau perbuatan menggeledah, pemeriksaan: ~ rumah itu tidak memberi hasil apa-apa;

penggeledah orang yg menggeledah.

geledang; menggeledang mendepangkan tangan.

geledek (gelédék) Jk petir, guruh;

menggeledek berbunyi spt geledek, gemuruh.

geleding; menggeleding meledung (papan, kayu dll), melendut.

geleduh beleduh.

geledur; menggeledur berlipat-lipat (spt kulit perut orang gemuk dll).

gelegak; menggelegak 1. mendidih dan berbunyi (spt air), membual: air sedang ~ di dapur; 2. ki naik darah (marah): apabila ia terusik dlm bulan puasa, darahnya lekas ~; 3. ki bergelora: hatinya begitu ~ dgn kemarahan;

menggelegakkan mendidihkan.

gelegar I bunyi gemuruh (meriam, letupan bom, dll); ~ buluh cakap besar (tetapi kosong belaka);

menggelegar bergemuruh (guruh, letupan, dll).

gelegar II kayu (balak) yg menyangga lantai, jeriau.

gelegata sj penyakit kulit, bedan-bedan, bengkak-bengkak atau bintil-bintil pd badan kerana panas dll.

gelehah Kl; tergelehah tersalah urat (tulang).

gelehok Kd; bergelehok berlubang besar.

gelek (gélék) I; tarian ~ tarian dgn gerakan tubuh yg liang-liuk;

menggelek 1. berguling, bergolek, berbalik-balik: guli yg sedang ~ itu disekatnya; 2. menggiling, menggilas, menindih sampai pipih (hancur): siapa tahu kalau-kalau dia digelek kereta; 3. menggiling di antara dua belah tapak tangan supaya menjadi bulat (lilin, tanah liat dll), menggentel: lengannya spt lilin digelek; 4. melenggok-lenggokkan atau menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan berganti-ganti;

tergelek kena gelek, tergilas, terlindas;

gelekan 1. gerakan tubuh (punggung dsb) yg liang-liuk, terutamanya ketika menari: penari itu menari dgn ~ yg mempesonakan; 2. perbuatan atau hasil menggelek: ~ eloklah dibuat selepas rumput dipotong;

penggelek penggiling.

gelek (gélék) II Mn; menggelek mengelokkan badan dll utk mengelakkan pukulan dll, mengelak;

menggelekkan mengelakkan (diri).

gelekak; menggelekak melekang, terkelupas (cat, kulit, dll), terkelopak.

gelekek (gelékék); menggelekek tertawa terkekek-kekek.

gelekok (gelékok) Kl bengkang-bengkok (ular dll).

gelelok (gelélok) Kl bengkang-bengkok.

gelema dahak; gegelema.

gelemaca (Bio) benda pekat yg memenuhi ruangan mata (antara kanta dgn retina).

gelemair (Bio) benda cair di hadapan kanta mata.

geleman geman, gugup, takut; geli-~ jijik.

gelemat I geladak perahu di sebelah haluan dan buritannya.

gelemat II; gelap-~ Kl = kelam-~ Kd sangat gelap, gelap-gelita.

gelemayar  kelemayar I.

gelembai kelambai.

gelember (gelémbér) = gelemberan Jk gelambir.

gelembung 1. sesuatu yg berisi udara, bola-bola air (sabun, buih, dll); 2. = gelembungan bola-bola getah permainan budak-budak, belon; ~ paru Id gelembung dlm paru-paru;

bergelembung, menggelembung menjadi kembung kerana berisi udara dll;

gelembung-gelembungan; main ~ permainan membuat gelembung-gelembung drpd air sabun dll.

gelembur; menggelembur menggelambir, berkerut-kerut (kulit orang tua dll).

gelempung I bunyi rebana (gendang dll);

bergelempung berbunyi (rebana, gendang, dll).

gelempung II sj kapas utk membalut luka.

gelen (gélén) unit sukatan cecair yg bersamaan dgn 4.55 liter;

bergelen-gelen banyak gelen (air, minyak dsb): biasanya dia membeli ~ minyak petrol utk enjin sampannya sebelum turun ke laut.

gelenang (gelénang) I; tergelenang tergenang (air mata dll).

gelenang (gelénang) II alat muzik gamelan yg terdiri drpd tiga buah gong kecil.

gelencong (geléncong); tergelencong menyimpang, terpesong: angin barat daya ialah angin timuran tenggara yg ~ dr selatan khatulistiwa.

gelendong (geléndong) I sesuatu (drpd kayu, buluh, dll) tempat benang dll digulung, kumparan: ~ filem dibuat drpd logam atau plastik, dan terdapat dlm beberapa saiz dan corak.

gelendong (geléndong) II Kl kendur, bengkok, tidak lurus.

geleng (géléng) = gelengan gerakan ke kiri ke kanan atau sebaliknya (kepala); ~ spt si patung kenyang prb berjalan dgn sombongnya, sombong;

bergeleng, bergeleng-geleng bergoyang (kepala) ke kiri ke kanan atau sebaliknya;

menggeleng = ~ kepala menggoyang kepala ke kiri ke kanan atau sebaliknya;

menggelengkan menggoyangkan kepala tanda tidak setuju (tidak mahu, hairan, kasihan, dll) : apabila anak-anaknya sudah ~ kepala, tidak mahu minum lagi, barulah Dolah meneguk teh;

tergeleng tergoyang (kepala) ke kiri ke kanan atau sebaliknya: dia memastikan kepalanya yg ~ itu tidak menerima apa yg dikatakan oleh Pak Ciknya.

gelenggang (gelénggang) sj tumbuhan (herba yg daunnya dibuat ubat kurap, kayap dll), daun kurap, Cassia alata.

gelentang; guling-~ = golek-~ berguling-guling, berbalik-balik, bergolek-golek.

gelentar; menggelentar gementar, menggigil, berdegup-degup (hati dll);  geletar.

gelenting; menggelenting melentur, melenting, menjadi bengkok; lenting I.

gelentok (geléntok); menggelentok terkulai, melentok: ayam kepunyaannya terkapai-kapai, lantas ~ jatuh mati.

gelenyar I; menggelenyar semut-semutan, kebas.

gelenyar II Kl tidak duduk diam, meronta-ronta, gatal, perasaan spt digigit (bkn badan dll).

gelenyeh (gelényéh) Kl 1. tumpul (pisau dll); 2. ki gatal (perempuan dll).

gelepai; menggelepai terkulai ke bawah (dahan yg patah, bendera yg basah, dll), terkelepai; kelepai.

gelepak; menggelepak bergantung terkulai (spt layar yg tidak ditiup angin dll), bergantung mengelepai.

gelepar; menggelepar, menggelepar-gelepar menggelupur, bergerak-gerak mengibas-ngibaskan sayap: setelah beberapa kali ~, ayam yg disembelih itu pun mati;

menggeleparkan, menggelepar-geleparkan menggerak-gerakkan sayap.

gelepik; menggelepik menggelepak, bergantung terkulai.

gelepok (gelépok) kotor kerana kena lumpur, berlumpur.

gelepot (gelépot) gelepok.

gelepung bunyi barang jatuh ke dlm air, cempelung, celempung.

gelepur melompat dan memukul-mukulkan sayap (ayam berlaga dll); tinggi ~ rendah laga prb sombong (banyak bercakap tanpa hasil);

menggelepur melawan dgn memukul-mukulkan sayap serta kaki (ayam dll); kelepur.

gelesai; menggelesai menggelepar (burung dll), menggerak-gerakkan kepak.

gelesek (gelésék); menggelesek menggosok, menggesek-gesek (kasut, biola, dll).

geleser (gelésér) I; menggeleser bergerak-gerak terus-menerus, menggelepar-gelepar.

geleser (gelésér) II; menggeleser mulai berpusing (roda dll).

geleta (geléta) sj buyung atau kendi yg berleher panjang.

geletah Kl gelenyar.

geletak Tr berkeinginan sangat: dia ~ hendak berkahwin kerana sudah lama membujang.

geletak (gelétak); menggeletak, tergeletak terbaring, terlantar di atas tanah dll: apabila dipukul, rebahlah ia ~ di atas lantai.

geletar; menggeletar gementar (kerana ketakutan, demam, dll), menggentar, bergentar (gitar, suara, dll): takutlah ia, ~ segala sendi anggotanya;

menggeletarkan menyebabkan sesuatu menggeletar: rasa takutnya pd suara itu ~ seluruh tubuhnya; gelentar.

geletas Kl gatal (perempuan), galak.

geletek (geléték) 1. perbuatan mencuit (mencubit) supaya jadi geli; 2. ki hasutan, galakan (supaya jadi berani), rangsangan; hilang geli kerana ~ prb sesuatu yg kurang menyenangkan itu hilang apabila menjadi kebiasaan;

menggeletek 1. mencuit (mencubit) supaya jadi geli: orang tua cepat melatah apabila digeletek; 2. menghasut, menggalakkan, memberangsangkan: kalau tidak digeletek, perkelahian mungkin tidak akan timbul.

geletik; menggeletik 1. bergerak liat-liut (spt ulat), menggelepar, meronta-ronta; 2. berbunyi spt bunyi jam (tik, tik, tik) dll; 3. berdebar-debar (jantung), bergerak (hati): hatinya ~ mendengar khabar itu.

geleting; menggeleting berbunyi keleting (loceng dll).

geletis I; menggeletis berputar-putar dgn cepat, menggeliat, bergerak-gerak (geliang-geliut).

geletis II; menggeletis gatal, miang.

geletuk; menggeletuk berbunyi macam bunyi gigi bersentuhan (kerana menggigil dll).

gelewak (geléwak) Kl, Tr kelewak.

geli I 1. rasa badan kalau digeletek; 2. rasa hendak ketawa (kerana lawak jenaka dll): ~ ia melihat kelakuan anaknya; 3. berasa ngilu atau ngeri (mendengar bunyi orang mengikir besi dll); 4. berasa jijik dan seram melihat sesuatu spt ular, lintah, dll; 5. berasa jijik, mual, atau loya apabila terlihat atau terhidu benda yg kotor dan busuk;

~-geman = ~-geleman jijik; ~ hati rasa hendak ketawa; habis ~ oleh geletek, habis bisa oleh biasa prb kalau sudah biasa, sengsara pun akan tidak dirasai lagi;

menggeli Mn memberanikan (ayam yg berlaga);

~ induk ayam prb memberanikan seorang penakut;

menggelikan 1.= ~ hati menimbulkan gelak ketawa; 2. menimbulkan rasa geli: maka banyak perkara yg ~ telah disaksikan;

kegelian 1. perihal geli, perasaan geli: cerita Esah itu menimbulkan ~ juga di hatiku; 2. berasa geli: benda itu melentuk-lentuk macam telinga arnab ~;

penggeli orang yg mudah berasa geli (kalau digeletek); ~ hati sesuatu yg menggelikan hati, lawak jenaka.

geli II; buah ~ = geli-geli buah pinggang, ginjal.

geliang; ~-geliat = ~-geliut gerakan berkelok-kelok spt belut dipegang kepalanya;

menggeliang bergerak geliang-geliut: ~ bagai ular dipukul.

geliat; ~ -geliut geliang-geliut;

menggeliat 1. merentang-rentangkan anggota badan (apabila bangun drpd tidur dll): baru saja bangkit, ia menguap dan ~ sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya ke atas; 2. memulas-mulas (benda yg kaku, ketat, dll);

menggeliatkan menyebabkan (diri seseorang) menggeliat: Pak Tua ~ diri utk bebas drpd ikatan;

tergeliat terpelecok, salah urat, terkilir (kaki, tangan, dll).

gelibar; menggelibar berkibar (bendera, layar, dll).

gelibas sj ikan laut, dengkis, Siganus spp.

gelibat I dayung yg kedua-dua hujungnya mempunyai daun; kelibat I.

gelibat II Kl hilang, lenyap (orang yg lari).

gelibir; menggelibir melengkung ke bawah dan tebal (bibir gajah dll).

gelicau; menggelicau berkicau, mencicit, mencecit (burung).

geliga sj batu hikmat yg dapat menghilangkan bisa dll (didapati dlm tubuh binatang spt ular, landak, dll);

bergeliga 1. mempunyai geliga; 2. cerdik dan pintar; otaknya ~ pandai, cerdik;

kegeligaan perihal pandai, cerdik.

geligah Kl; bergeligah berkerutu, kasar, bopeng, tidak licin (muka, permukaan jalan, dll).

geli-geli sj tumbuhan (tumbuh dlm paya), bekil, segeli, Lasia spinosa.

geligi; menggeligi menggigil.

geligin kayu pd perkakas tenun tempat menggulung benang, gelendong benang.

geligir; bergeligir berkerutu (langit-langit keras dll).

geligis I; menggeligis gementar, menggigil (kerana demam, kesejukan, ketakutan, dll).

geligis II Kl bengkang-bengkok, berliku-liku; gerigis.

geligit; menggeligit menggigit berkali-kali.

gelignit (gélignit) sj bahan letupan yg sangat kuat, yg digunakan utk meletupkan batu, bukit dsb.

geligut Kl menggigil (kerana kesejukan, ketakutan).

gelimang; bergelimang, bergelimangan berlumur dgn lumpur dll; gelumang.

gelimbir berkelepai (pipi orang tua dll), terkulai.

gelimir selaput daging, sj kulit ari.
1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   15


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©atelim.com 2016
rəhbərliyinə müraciət